teori kecerdasan pelbagai sej

6
Teori Kecerdasan Pelbagai Labels: Rekabentuk dan teori pengajaran 1. Konsep Teori Kecerdasan Pelbagai adalah berdasarkan pada pemikiran bahawa kemampuan intelektual yang diukur melalui ukuran ujian IQ adalah sangat terbatas. Ini kerana ukuran ujian IQ menekankan pada kemampuan logikal-matematik dan bahasa sahaja. Sebenarnya, setiap orang mempunyai caranya yang tersendiri dan unik untuk menyelesaikan persoalan atau masalah yang dihadapi mereka. Tambahan lagi, kecerdasan bukan hanya dilihat dari nilai yang diperolehi seseorang. Hal ini kerana kecerdasan merupakan kemampuan yang dimiliki oleh seseorang untuk melihat sesuatu masalah dan seterusnya berupaya menyelesaikan masalah tersebut atau membuat sesuatu yang berguna kepada orang lain. Definisi kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh Gardner (1983) adalah kepakaran kecerdasan manusia seharusnya mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah, menangani masalah sesuai dengan masa dan tempat dan menghasilkan output yang efektif. “An intelligence is the ability to solve problems, or to create products that are valued within one or more cultural setting” (Gardner 1983) Kecerdasan Pelbagai yang mencakupi sembilan kecerdasan pada dasarnya merupakan pengembangan dari kecerdasan otak (IQ), kecerdasan emosional (EQ) dan kecerdasan spiritual (SQ). Teori Kecerdasan Pelbagai mempunyai pengaruh signifikan dalm pendidikan serta membawa kesan penting pembelajaran organisasi. Gardner mengatakan bahawa pendidikan tradisional dengan proses pengujian tradisional (ujian IQ) telah mengabaikan kecerdasan pelbagai manusia. Menurut beliau, kebanyakan ujian IQ hanya mengukur kebolehan verbal atau bahasa dan pemikiran logical atau matematik. Kemahiran lain seperti sosial, interpersonal dan emosi yang membolehkan manusia berfungsi dengan berkesan telah dikecualikan daripada ujian IQ tradisional. Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Gardner (2000) mendasari dua prinsip asas iaitu manusia mempunyai kecerdasan yang pelbagai dan semua orang dapat mengembangkan kesemua kecerdasan ini ke satu tahap yang kompeten. Teori ini hasil daripada kajian beliau yang dijalankan terhadap pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai pelbagai kriteria tersendiri dalam kalangan kanak-kanak biasa dan kanak-kanak istimewa. Menurut

Upload: namaku-akira

Post on 26-Dec-2015

38 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

reference

TRANSCRIPT

Page 1: Teori Kecerdasan Pelbagai sej

Teori Kecerdasan PelbagaiLabels: Rekabentuk dan teori pengajaran

1.      Konsep

Teori Kecerdasan Pelbagai adalah berdasarkan pada pemikiran bahawa kemampuan

intelektual yang diukur melalui ukuran ujian IQ adalah sangat terbatas. Ini kerana ukuran

ujian IQ menekankan pada kemampuan logikal-matematik dan bahasa sahaja.

Sebenarnya, setiap orang mempunyai caranya yang tersendiri dan unik untuk

menyelesaikan persoalan atau masalah yang dihadapi mereka. Tambahan lagi,

kecerdasan bukan hanya dilihat dari nilai yang diperolehi seseorang. Hal ini kerana

kecerdasan merupakan kemampuan yang dimiliki oleh seseorang untuk melihat sesuatu

masalah dan seterusnya berupaya menyelesaikan masalah tersebut atau membuat

sesuatu yang berguna kepada orang lain. Definisi kecerdasan pelbagai yang diberikan

oleh Gardner (1983) adalah kepakaran kecerdasan manusia seharusnya mempunyai

kemahiran untuk menyelesaikan masalah, menangani masalah sesuai dengan masa dan

tempat dan menghasilkan output yang efektif.

“An intelligence is the ability to solve problems, or to create products that are valued

within one or more cultural setting”

(Gardner 1983)

Kecerdasan Pelbagai yang mencakupi sembilan kecerdasan pada dasarnya merupakan

pengembangan dari kecerdasan otak (IQ), kecerdasan emosional (EQ) dan kecerdasan

spiritual (SQ).

Teori Kecerdasan Pelbagai mempunyai pengaruh signifikan dalm pendidikan serta

membawa kesan penting pembelajaran organisasi. Gardner mengatakan bahawa

pendidikan tradisional dengan proses pengujian tradisional (ujian IQ) telah mengabaikan

kecerdasan pelbagai manusia. Menurut beliau, kebanyakan ujian IQ hanya mengukur

kebolehan verbal atau bahasa dan pemikiran logical atau matematik. Kemahiran lain

seperti sosial, interpersonal dan emosi yang membolehkan manusia berfungsi dengan

berkesan telah dikecualikan daripada ujian IQ tradisional.

Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Gardner (2000) mendasari dua prinsip asas iaitu manusia

mempunyai kecerdasan yang pelbagai dan semua orang dapat mengembangkan

kesemua kecerdasan ini ke satu tahap yang kompeten. Teori ini hasil daripada kajian

beliau yang dijalankan terhadap pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai pelbagai

kriteria tersendiri dalam kalangan kanak-kanak biasa dan kanak-kanak istimewa. Menurut

Page 2: Teori Kecerdasan Pelbagai sej

Howard Gardner, kecerdasan tidak boleh diwarisi semata-mata dan kecerdasan boleh

dipengaruhi oleh budaya, persekitaran, peluang pendidikan, makanan, suasana

pembelajaran dan lain-lain. Teori Kecerdasan Pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard

Gardner lebih kepada aspek kognitif dan perkembangan psikologi, antrapologi dan

sosiologi dalam menjelaskan kecerdasan manusia. Pada mulanya teori ini terdiri daripada

tujuh kecerdasan tetapi pada tahun 1999, dua lagi kecerdasan dimasukkan ke dalam

teori ini.

Pendapat yang dikemukakan oleh Howard Gardner menunjukkan bahawa kecerdasan

seseorang dapat ditingkatkan melalui pendidikan dan latihan. Menurut Gardner, setiap

individu mempunyai tahap kecerdasan yang  berbeza kecerdasan dan kecerdasan 

tersebut boleh ditingkatkan dengan pendidikan melalui aktiviti yang bersesuian. Dalam

konteks pendidikan guru memainkan peranan penting untuk merancang  aktiviti dalam

pengajaran dan pembelajaran supaya dapat memenuhi keperluan kecerdasan iaitu yang

terdiri daripada sembilan kecerdasan yang diperkenalkan oleh Gardner.

5.      Kelebihan-Kelebihan Menggunakan Teori Kecerdasan Pelbagai .

Teori kecerdasan pelbagai adalah salah satu konsep yang baru diperkenalkan. Teori ini

dilihat adalah sangat baik untuk diaplikasikan dalam psikologi pendidikan. Teori

kecerdasan pelbagai ini adalah sangat fleksibel dimana ia boleh diaplikasikan dalam

pengajaran dan pembelajaran untuk kesemua mata pelajaran yang terdapat di sekolah

kerana ia tidak terhad atau menjerumus kepada satu-satu mata pelajaran sahaja

contohnya terhad kepada mata pelajaran matematik.

Teori kecerdasan ini mengiktiraf kesemua kecerdasan yang terdapat pada manusia,dan

ia mempunyai kelebihan apabila diaplikasikan dalam pendidikan. Antara kelebihan dan

kepentingan penggunaan kecerdasan pelbagai ini adalah seseorang guru itu dapat

melihat potensi yang ada pada pelajar itu sendiri. Ini kerana kecerdasan pelbagai ini

bertindak sebagai petunjuk kepada potensi pelajar. Apabila guru dapat mengenalpasti

potensi yang ada pada murid itu, maka ia dapat membantu guru untuk

memperkembangkan lagi  potensi yang ada pada pelajar.

Teori kecerdasan pelbagai ini membolehkan guru memberi tunjuk ajar sepenuhnya

tentang kekuatan dan kelemahan yang ada pada pelajar. Dengan itu pelajar dapat

mengukuhkan lagi kekuatan mereka dan dapat memperbaiki kelemahan yang ada pada

diri mereka. Maka modal insan yang lengkap dengan segala kecerdasan yang ada dapat

dilahirkan.

Pengaplikasian teori kecerdasan pelbagai ini dapat membantu guru untuk merancang

pengajarannya. Guru dapat merancang apa yang patut diberikan kepada pelajar tentang

Page 3: Teori Kecerdasan Pelbagai sej

cara pengajaran, penekanan dan pemfokusan sewaktu dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran. Ini kerana guru dapat mengenalpasti potensi yang ada dalam diri pelajar

dan membolehkan guru menjalankan pengajaran mengikut kecerdasan pelbagai ini.

Dengan adanya kecerdasan pelbagai ini, maka guru dapat membangunkan bukan sahaja

kesemua bidang akademik malah membangunkan ko-kurikulum pelajar. Ini

kerana,sebagaimana yang kita tahu, kecerdasan pelbagai bukan sahaja tertumpu kepada

bidang akademik tetapi juga mencangkumi bidang ko-kurikulum seperti kecerdasan

kinestetik,kecerdasan muzik dan beberapa kecerdasan lain.

Teori kecerdasan pelbagai Gardner juga membolehkan guru untuk mempelbagaikan

teknik pengajaran. Ia membolehkan guru itu untuk menjadi lebih kreatif dalam

mengembangkan kecerdasan dan potensi murid. Kecerdasan pelbagai ini tidak

menghadkan guru ke atas cara pengajaran tertentu tetapi ia membolehkan guru

mengaplikasikan pendekatan yang pelbagai. Ini akan menjadikan pengajaran dan

pembelajaran itu satu proses yang seronok untuk dilalui oleh guru dan diikuti oleh

pelajar.

Melalui kecerdasan pelbagai, pelajar juga akan mendapat kebaikan dari aplikasi

kecerdasan pelbagai ini dimana pelajar dapat memahami potensi yang ada pada diri

mereka sendiri dan mereka akan merasa diri mereka dihargai kerana kecerdasan yang

ada pada diri diiktiraf. Selain itu, pelajar juga akan dapat memahami kecerdasan yang

ada pada individu disekeliling mereka yang dapat membantu lagi untuk mengembangkan

potensi dalam diri mereka.

Pelajar tidak akan rasa terasing dan rendah diri dengan kecerdasan pelbagai. Ini kerana,

sesetengah kecerdasan hanya mengiktiraf kecerdasan dalam logikal-matematik dan

apabila seseorang pelajar itu tidak dapat menguasai kecerdasan logikal-matematik maka

pelajar dikategorikan sebagai lemah. Sedangkan banyak lagi kecerdasan dan kekuatan

lain yang ada pada diri pelajar tidak diberi perhatian. Sebaliknya, kecerdasan pelbagai

memberI perhatian terhadap kecerdasan selain logikal-matematik disamping kecerdasan

logikal-matematik itu sendiri. Maka pelajar akan rasa lebih bersemangat untuk belajar.

Kecerdasan pelbagai ini dapat memberi keyakinan yang jitu kepada pelajar. Ini kerana

kekuatan mereka dalam kecerdasan tertentu diberikan perhatian dan begitu juga

kelemahan mereka akan diperbaiki. Ini dapat menaikkan lagi semangat dan keyakinan

mereka untuk memperkembangkan lagi kecerdasan mereka dan untuk memperbaiki

kelemahan yang ada pada diri mereka.

Kecerdasan pelbagai ini juga mempunyai kelebihan dimana ia dapat mengenal pasti

kecerdasan secara kontekstual. Kegagalan untuk mengenalpasti kecerdasan ini boleh

memberi impak ke atas pengurusan modal insan dalam pendidikan negara. Dalam erti

kata lain, kegagalan ini oleh mengakibatkan pembaziran sumber manusia. Pengurusan

modal insan yang sempurna adalah amat penting untuk masa depan negara. Kegagalan

pengurusan modal insan ini akan memberi kesan ke atas Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan 2006-2010 yang memfokuskan untuk membangunkan modal insan.

Page 4: Teori Kecerdasan Pelbagai sej

Kecerdasan pelbagai ini, memandangkan ia memfokuskan hampir kesemua kecedasan

pada manusia, maka ia membolehkan pelajar-pelajar yang dikategorikan sebagai pelajar

corot untuk merealisasikan kebolehan mereka. Dengan menambahkan lagi penilaian

disamping penekanan terhadap verbal-linguistik dan logikal-matematik yang diorientasi

oleh sistem pendidikan pada hari ini, maka pelajar ini akan mendapat peluang untuk

menonjolkan kecerdasan mereka masing-masing. Mereka mungkin mempunyai

kecerdasan lain yang lebih tinggi berbanding rakan lain yang berada dalam kelas yang

lebih baik.

Kecerdasan pelbagai, oleh kerana ia memfokus lebih banyak kecerdasan dan memberi

peluang kepada semua individu untuk menonjolkan kecerdasan yang ada pada diri

mereka dilihat sebagai satu bentuk penilaian kecerdasan yang adil. Ini membolehkan

semua pelajar mendapat layanan yang sama rata dan dapat merasakan diri mereka

mempunyai nilai dan berkepentingan. Maka, semua pelajar akan berpeluang untuk

bersama-sama berjuang untuk mambagunkan diri dan negara.

Perlaksanaan teori kecerdasan pelbagai Gardner ini juga mempunyai kelebihan kerana ia

juga dapat mengatasi masalah seperti gejala ponteng kelas dan ponteng sekolah.

Bagaimana teori kecerdasan pelbagai ini dapat membantu mengatasi masalah ini? Teori

kecerdasan pelbagai dapat mengatasi masalah ini kerana ia memberi ruang untuk pelajar

mengembangkan potensi dalam diri mereka. Dengan itu minat untuk belajar dapat

ditingkatkan kerana apa yang mereka pelajari dapat mereka kembangkan berdasarkan

apa yang ada dan sesuai dengan diri mereka.Dengan adanya minat, pelajar akan

sanggup untuk melaui apa jua kesukaran demi mengembangkan potensi yang ada dalam

diri mereka kerana telah timbul minat untuk menguasainya.

Kecerdasan pelbagai ini dikatakan dapat mengatasi masalah bosan dengan sistem

pembelajaran sedia ada di sekolah. Minat untuk belajar memainkan peranan yang amat

penting dalam pembelajaran. Ini kerana jika pelajar merasa pembelajaran yang mereka

sedang lalui tidak membawa apa-apa manfaat, maka mereka akan merasa bosan untuk

mengikuti kelas terbabit. Dengan adanya kecerdasan yang sesuai dengan diri pelajar,

maka perasaan bosan untuk belajar dapat diatasi. Pelajar tentunya tidak akan bosan lagi

untuk belajar sebaliknya akan lebih berminat untuk dating ke sekolah kerana

beranggapan bahawa pelajaran itu menyeronokkan, berfaedah untuk masa hadapan

mereka dan bukannya sebagai satu bebanan.

Teori kecerdasan pelbagai ini mempunyai pelbagai cara untuk diaplikasikan. Dengan

kepelbagaian ini, kita dapat memupuk dan mencungkil mana-mana kecerdasan yang

diingini malah jika kena dengan cara pengajarannya, seseorang pelajar itu tidak mustahil

untuk dapat menguasai kesemua kecerdasan yang diutarakan oleh Howard Gardner ini.

Antara lainnya, dengan teori kecerdasan pelbagai ini, kita tentunya tidak perlu

menghadapi kemelut yang melanda sistem pendidikan negara baru-baru ini iaitu masalah

pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Jika

dari dulu kita memahami dan melaksanakan teori kecerdasan pelbagai, kita tentunya

tidak akan menukar sistem pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik ke dalam

Page 5: Teori Kecerdasan Pelbagai sej

Bahasa Inggeris. Ini kerana, dalam sistem itu, adalah sangat jelas dimana ia hanya

menekankan kecerdasan verbal-linguistik dan kecerdasan logikal-matematik. Sedangkan

terdapat ramai pelajar yang tidak dapat menguasai kecerdasan itu dan penekanan

terhadap hanya dua jenis asas kecerdasan itu sebenarnya boleh memudaratkan anak

bangsa dan tentunya Negara pada masa hadapan. Maka langkah yang diambil untuk

tidak meneruskan PPSMI adalah satu langkah yang bijak kerana ia adalah adil untuk

semua yang sejajar dengan kecerdasan pelbagai Gardner.

Di sini, kita dapat lihat dengan jelas betapa kecerdasan pelbagai ini adalah sangat adil

kerana ia tidak menekankan pada kecerdasan tertentu yang mungkin tidak dapat

dikuasai oleh pelajar atau individu yang lain. Ia juga tidak bermaksud bahawa pelajar

yang mempunyai kecerdasan tertentu contohnya di sini kecerdasan verbal-linguistik dan

logikal-matematikdibiarkan maju sendiri tanpa perhatian malah mereka ini masih

mempunyai peluang yangsama untuk mereka memgembangkan potensi dalam asas-asas

kecerdasan ini disampingpeluang untuk mengenalpasti kecerdasan lain yang ada dalam

diri yang tidak mungkin ditemuitanpa perhatian yang diberi melalui kecerdasan pelbagai.

 6.      Kelemahan-Kelemahan Teori Kecerdasan Pelbagai

Terdapat kekangan atau masalah bagi mengaplikasikan teori ini dalam pengajaran dan

pembelajaran.

Antara masalah yang dihadapi bagi mengaplikasikan teori ini ialah guru perlu

mengenalpasti kecerdasan yang di hadapi oleh para pelajarmya. Oleh yang demikian

guru perlu melakukan kaji selidik terhadap kemampuan para pelajar, supaya proses

pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.

Selain itu, cara pembelajaran yang tidak menyeluruh iaitu berfokus kepada kecerdasan

tertentu juga merupakan salah satu masalah dalam mengaplikasikan teori ini dalam

pembelajaran. Jika guru menggunakan pendekatan secara tradisional seperti linguistik

atau logikal sahaja, maka pembelajaran tidak berkesan kerana pelajar merasa bosan. Hal

ini di sebabkan pelajar terdiri daripada tahap kecerdasan yang berbeza serta mempunyai

potensi yang berbeza, sekiranya guru hanya menekankan kepada sesuatu aspek sahaja

dengan tidak mempelbagaikan aktiviti pengajaran, maka ianya menimbulkan perasaan

kurang minat kepada pelajar untuk belajar.

Di samping itu juga, boleh menimbulkan ketidakadilan sekiranya guru mengamalkan

dasar pilih kasih. Sebagai contohnya, jika guru tertarik dengan kepetahan pelajarnya

bercakap serta sering memberi peluang kepada pelajar tersebut untuk menguasai

pengajaran dan mengabaikan pelajar lain, maka hal ini menimbulkan diskriminasi kerana

potensi pelajar lain tidak dapat digilap. Guru yang mudah tertarik kepada potensi

seseorang pelajar akan mengganggu proses pembelajaran.

Guru tidak kreatif bagi wujudkan suasana yang berkesan dalam menyampaikan ilmu,

merupakan salah satu faktor bakat pelajar tidak dapat berkembang. Bagi menyampaikan

sesuatu ilmu dengan berkesan serta mengasah potensi atau bakat pelajar, kaedah

pengajaran yang pelbagai juga perlu dilakaukan. Sekiranya guru tidak kreatif bagi

menyampaikan pembelajaran, sebagai contohnya, hanya bercakap di dalam kelas, tanpa

Page 6: Teori Kecerdasan Pelbagai sej

menggaplikasikan peralatan yang sedia ada pada masa kini, seperti penggunaan power

point, video dan lain-lain dalam pengajaran, maka tahap kecerdasan pelajar tidak dapat

berkembang. 

 7.      Kesimpulan

Bidang pendidikan adalah sangat penting untuk sesebuah negara. Ia akan menentukan

jatuh bangun sesebuah negara itu pada masa hadapan. Oleh itu, wajarlah kita memberi

penekanan yang sesuai untuk setiap individu bagi memastikan setiap individu itu dapat

menguasai kecerdasan yang ada pada diri mereka dengan baik bagi membolehkan

mereka meneraju masa depan negara dengan baik.

Pendidikan yang adil dilihat dapat memberi jaminan untuk keutuhan sesebuah tamadun

manusia dan dapat menjamin kejayaan dalam sesuatu sistem pendidikan. Teori

kecerdasan pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner adalah merupakan satu

bentuk teori yang memperjuangkan keadilan dalam pendidikan. Ini kerana kita dapat

melihat dengan jelas betapa teori ini memperjuangkan agar setiap individu diberi ruang

dan peluang untuk berjaya dalam bidang-bidang tertentu.

Mengaplikasikan teori kecerdasan pelbagai adalah lebih berkesan berbanding pendidikan

yang menekankan kecerdasan asas iaitu kecerdasan verbal-linguistik dan kecerdasan

logkal-matematik.

Jika selama ini kita hanya mementingkan kefahaman tentang teori tersebut di dalam

dewan-dewan kuliah untuk tujuan peperiksaan semata-mata, maka kini telah sampai

masanya kita beralih kepada aspek pelaksanaannya pula. Walaupun belanja yang

diperlukan adalah besar, namun kejayaan projek ini berpotensi menghasilkan insan yang

berkualiti tinggi yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara.

Biblografi

Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Diperoleh pada

Disember 2, 2011 daripada http://www.staripoh.com/muat_turun.

Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Diperoleh pada

Disember 2, 2011 daripada http://www.docstoc.com/docs/19708001/APLIKASI-TEORI-

KECERDASAN-PELBAGAI-DALAM-PENGAJARAN-DAN-PEMBELAJARAN

Berman, S.(1995). Multiple Intelligences Road To A Quality Classroom. Illinois: IRI/Skylight

Training and Publishing.

En. Ali Ab. Ghani . Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran dan

Pembelajaran.Diakses pada 4 Disember 2011

daripada http://www.staripoh.com/muat_turun/

Bahan%20PPK/bsk/bpanduan/teori_kecerdasan.pdf