teknologi pendidikan

24
SHAMSUDDIN BIN MOHD NAWI 750507045359001 1. Pengenalan. Secara umumnya kajian ini dijalankan adalah untuk meneliti penghasilan bahan bantu mengajar dengan menggunakan prinsip- prinsip reka bentuk visual simplisiti , domain , pola , seimbang , variasi dan prinsip harmoni Menurut Mohd Dahlan (1992) , penggunaan pelbagai medium atau alat bantuan mengajar dengan menggunakan teknik atau kaedah yang sesuai dapat meningkatkan mutu atau tumpuan pelajar terhadap pengajaran. Penggunaan bahan bantu mengajar juga akan memudahkan guru menyampaikan konsep,tajuk atau topik dan isi kandungan seterusnya objektif sesuatu pengajaran akan lebih mudah di capai oleh murid atau klien. Justeru itu , pemilihan bahan bantu mengajar merupakan elemen yang perlu di pandang serius kerana ianya akan menyokong dalam mencapai objektif sesuatu topik pembelajaran dan memudahkan pelajar Faktor pemilihan bahan bahan bantu mengajar (ABM) perlu tepat, agar ia dapat membantu guru dalam menjalankan sesi pengajaran. Pemilihan bahan bantu mengajar yang di pilih perlu mempunyai prinsip seperti (i) simplisiti , (ii) dominan , (iii) pola , (iv) seimbang , (v) variasi dan ( vi) harmoni , sekiranya alat bantu mengajar yang dipilih 1

Upload: nurul

Post on 02-Feb-2016

245 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tekno

TRANSCRIPT

Page 1: teknologi pendidikan

SHAMSUDDIN BIN MOHD NAWI750507045359001

1. Pengenalan.

Secara umumnya kajian ini dijalankan adalah untuk meneliti penghasilan bahan bantu

mengajar dengan menggunakan prinsip-prinsip reka bentuk visual simplisiti , domain ,

pola , seimbang , variasi dan prinsip harmoni

Menurut Mohd Dahlan (1992) , penggunaan pelbagai medium atau alat bantuan mengajar

dengan menggunakan teknik atau kaedah yang sesuai dapat meningkatkan mutu atau

tumpuan pelajar terhadap pengajaran. Penggunaan bahan bantu mengajar juga akan

memudahkan guru menyampaikan konsep,tajuk atau topik dan isi kandungan seterusnya

objektif sesuatu pengajaran akan lebih mudah di capai oleh murid atau klien.

Justeru itu , pemilihan bahan bantu mengajar merupakan elemen yang perlu di pandang

serius kerana ianya akan menyokong dalam mencapai objektif sesuatu topik pembelajaran

dan memudahkan pelajar

Faktor pemilihan bahan bahan bantu mengajar (ABM) perlu tepat, agar ia dapat

membantu guru dalam menjalankan sesi pengajaran. Pemilihan bahan bantu mengajar

yang di pilih perlu mempunyai prinsip seperti (i) simplisiti , (ii) dominan , (iii) pola , (iv)

seimbang , (v) variasi dan ( vi) harmoni , sekiranya alat bantu mengajar yang dipilih

mempunyai prinsip-prinsip ini , maka mudah bagi guru untuk menyampaikan apa yang

dihasratkan pada objektif pengajarannya .

1

Page 2: teknologi pendidikan

SHAMSUDDIN BIN MOHD NAWI750507045359001

1. Prinsip reka bentuk visual - Simplisiti

Gambarajah 1

Gambarajah 1 di atas , adalah salah satu contoh bahan bantu pengajaran dan pembelajaran

( P&P ) yang menggunakan perisian “MS Office Powerpoint” bagi matapelajaran seperti

berikut :

1. Matapelajaran : Kajian Tempatan .

2. Tahun : 4.

3. Topik : Perihal Kawasan Setempat.

4. Sub Topik : Cuaca

Contoh slide di atas jelas menunjukkan , penggunaan prinsip simplisiti dalam reka bentuk

visual,iaitu sesuatu rekaan haruslah memungkinkan kefahaman yang pantas dan jelas, oleh

yang demikian penggunaan jenis tulisan serta susun atur yang digunakan untuk

menerangkan tajuk pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah bersesuai dengan tahap,minat

dan penumpuan murid khususnya untuk murid sekolah rendah. Mengikut Dyner (1978)

pelajar yang membaca sambil melihat gambar boleh mengingat dengan lebih baik daripada

hanya membaca teks sahaja.

2

Page 3: teknologi pendidikan

SHAMSUDDIN BIN MOHD NAWI750507045359001

warna yang digunakan adalah mudah untuk di baca dan difahamai, oleh murid manakala

penggunaan gambar latar belakang dikaburkan adalah bertujuan untuk memberi kesan dan

penumpuan murid pada tajuk pembelajaran , walaupun pemilihan gambar latar belakang agak

kabur ini tidak menjejaskan tajuk pembelajaran kerana ia memberikan gambaran tentang

topik pembelajaran dan murid dengan pengetahuan sediada ada akan membuat membuat

gambaran mental.

2.Prinsip reka bentuk visual - Dominan

Gambarajah 2

Berpandukan prinsip reka bentuk visual dominan iaitu pusat penumpuan atau focus dalam sesuatu reka bentuk visual, objek atau item utama perlulah ditonjolkan agar dapat di lihat dan di baca maksudnya. Salah satu ciri yang digunakan ialah elemen yang menunjukkan gerakkan dalam rekaan visual seperti pergerakkan dan pencahayaan yang memancar.

Gambarajah 2 seperti yang ditunjukkan oleh slide di atas, menunjukkan penggunaan elemen yang menunjukkan pergerakkan dan penggunaan cahaya digunakan amat jelas , walaupun murid perlu memberikan penumpuan kepada dua visual tetapi gambar tersebut mempunyai saling kaitan atau turutan peristiwa, Oleh yang demikian fokus murid akan lebih jelas

3

Page 4: teknologi pendidikan

SHAMSUDDIN BIN MOHD NAWI750507045359001

3.Prinsip reka bentuk visual - Pola

Gambarajah 3

Di Dalam gambarajah 3 , slide yang digunakan di atas juga mempunyai elemen pola

antaranya ialah bayangan bangunan kesan dari pantulan di permukaan air akan menarik

perhatian pemerhati untuk meneroka ke hampir seluruh visual.

Selain daripada itu , jajaran bangunan juga membantu untuk memandu mata pemerhati atau

murid agar fokus dan objektif mata pelajaran itu lebih mudah dicapai.

4

Page 5: teknologi pendidikan

SHAMSUDDIN BIN MOHD NAWI750507045359001

4.Prinsip reka bentuk visual - Seimbang

Elemen visual haruslah seimbang pada keseluruhannya dan tidak berat

Sebelah sama ada dari atas ke bawah atau dari kiri ke kanan. Perimbangan adalah susun atur

elemen-elemen visual dalam bentuk gubahan yang baik dan elok di pandang. Elemen boleh

dibahagikan kepada dua iaitu:

4.1 Perimbangan formal (symmetrical)

Gambarajah 4

Beradasarkan gambarajah 4 ,slide yang digunakan mempunyai ciri Perimbangan formal

(symmetrical) .Oleh yang demikian , tumpuan murid akan terus ke titik fokus iaitu ditengah-

tengah visual justeru itu , objektif pembelajaran dapat di capai dengan lebih mudah dan cepat

kesan daripada penggunaa elemen perimbangan formal ( symmetrical) ini.

5

Page 6: teknologi pendidikan

SHAMSUDDIN BIN MOHD NAWI750507045359001

4.2 perimbangan tidak formal (asymmetrical).

Bermakna pembahagian yang tidak sama rata (asymmetrical) antara item kiri dengan

kanan atau atas dengan bawah di dalamn sesuatu rekaan visual. Jika digambarkan, ia

bagaikan satu jongkang-jongkit yang masih seimbang tetapi bebanan yang ada di kiri

kanan papan jongkang-jongkit, bukan daripada jenis atau bahan yang sama, cuma

beratnya sahaja. Contohnya seimbang tidak formal adalah seperti berikut:

Gambarajah 5

Merujuk kepada gambarajah 5, menunjukkan berlakunya perimbangan tidak formal dalam

menghasilkan visual.Pemberatan visual lebih banyak tertumpu pada bahagian sebelah

kanan.Walaubagaimana penyampaian isi kandungan yang hendak disampaikan mudah

difahami oleh murid kerana slide tersebut menggunakan teks dan gambar dan ini dapat

merangsang pemikiran murid.

Menurut Ahmad Jaffni (1989). ABM dapat merangsang minat yang tinggi di kalangan

pelajar, di mana minat merupakan satu faktor yang penting dalam pendidikan

6

Page 7: teknologi pendidikan

SHAMSUDDIN BIN MOHD NAWI750507045359001

5.Prinsip reka bentuk visual - Variasi

Prinsip variasi penting dalam menghasilkan sesuatu reka bentuk visual yang menarik.Prinsip

ini akan menyokong prinsip pola khususnya untuk meningkat daya tarikan kepada sesuatu

visual.

Penggunaan pelbagai elemen seperti bentuk , saiz , tekstur , warna , garisan ,kedudukan ,

dimensi , kontras , susunan , gambar foto dan kartun san sebaliknya juga menjadi faktor

menyokong bagi prinsip ini.

Gambarajah 6

Dalam gambarajah 6 , menunjukkan penggunaan elemen garisan telah digunakan , oleh yang

demikian , visual ini dapat menerangkan situasi sebenar iaitu hujan telah turun.

Selain daripada itu elemen kartun yang menggunakan kostum mengikut situasi juga

menunjukkan adanya penggunaan elemen variasi .Dengan adanya dua contoh ini maka murid

akan mudah untuk mengetahui situasi yang sedang berlaku pada visual berdasarkan

pengamatan menggunakan deria penglihatan .

7

Page 8: teknologi pendidikan

SHAMSUDDIN BIN MOHD NAWI750507045359001

6.Prinsip reka bentuk visual - Harmoni

Suasana harmoni memang mententeramkan hati dan perasaan. Begitulah halnya dengan

rekaan grafik. Penggunaan elemen grafik yang mempunyai kesinambungan antara satu dengan lain

membolehkan mata dan fikiran penonton mengikuti perkembangan keseluruhan visual yang

dipersembahkan.

.

Gambarajah 7

Justeru prinsip visual harmoni dapat memberikan rasa yakin dan pasti kepada

penonton/pembaca kerana mereka dapat melihat hubungan antara elemen-elemen, arah aliran

persembahan, perspektif dan kesatuan mesej. Gambarajah 7 adalah salah satu contoh yang

menjelaskan prinsip ini.

8

Page 9: teknologi pendidikan

SHAMSUDDIN BIN MOHD NAWI750507045359001

Soalan 2.

2.1 Pengenalan.

Pada masa ini , penggunaan teknologi maklumat khususny a internet telah menjadi medium

yang wajib dalam melaksanakan banyak aktiviti harian . Sistem pendidikan di Negara ini juga

tidak terkecuali dalam hal ini. Justeru itu para guru perlu mempunyai kemahiran yang agak

tinggi untuk menggunakan medium ini dan mengaplikasikan segala kemahiran tersebut dalam

pembelajaran dan pengajaran.

Penggunaan internet yang betul dan bersesuaian dengan objektif pembelajaran dan

pengajaran akan menghasilkan pembelajaran yang menarik menurut Geisert dan Futrell

( 1995 ) , kemudahan internet akan menawarkan pendekatan yang menarik untuk pengajaran

dan ianya tidak pernah termimpi oleh mereka yang hidup dua puluh tahun dahulu, tetapi

sejauh manakah ia berpotensi bergantung kepada guru untuk merevolusikan di dalam bilik

darjah .

Pemilihan bahan pembelajaran dan pengajaran yang menggunakan dari portal atau laman

sesawang haruslah menghasilkan kesan kepada pembelajaran dan mencungkil kemahiran

serta merangsang pemikiran murid .Sebagai contoh di dalam laman sesawang tersebut perlu

mengandungi maklumat ,jadual , graf atau analisis , keterangan dan gambar sama ada pegun

atau video yang akan mendorong murid untuk berfikir seterusnya jawapan yang

dikemukakan dan menjurus kepada mencapai objektif pembelajaran dan pengajaran .

9

Page 10: teknologi pendidikan

SHAMSUDDIN BIN MOHD NAWI750507045359001

2.2 Pemilihan bahan bantuan mengajar menggunakan internet.

Dewasa ini, terdapat banyak sumber atau bahan bantuan mengajar terdapat secara atas talian

atau portal seperti di laman sesawang www.eduwebtv.com.my seperti di gambarajah 8,

tujuannya tidak lain ialah untuk memberikan pilihan atau variasi kepada pengguna

khususnya guru dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran.

Gambarajah 8

Sebagai pendidik , guru seharusnya bijak dalam memilih bahan yang sesuai dengan aras

pemikiran dan pengetahuan murid yang berbeza serta memudahkan pemahaman murid

berkaitan topik pengajaran guru.

Pemilihan reka bentuk visual yang tepat akan meningkatkan kemahiran berfikir murid .

Menurut Som Hj. Nor dan Dahalan Mohd Ramli ( 1998) telah merumuskan pemikiran

adalah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu ,

menerokai pelbagai kemungkina idea atau mencipta dan membuat pertimbangan yang wajar

bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan

metakognisi terhadap proses yang dialami.

Reka bentuk dalam konteks pendidikan, adalah suatu proses untuk membina bahan

pengajaran seperti modul bercetak, video pengajaran, perisian komputer dan sebagainya.

Proses ini mencakupi proses reka bentuk dan proses membina bahan. Manakala Kemahiran

berfikir adalah satu proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman

terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat

pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan

seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami.

10

Page 11: teknologi pendidikan

SHAMSUDDIN BIN MOHD NAWI750507045359001

2.3 Reka bentuk - Analisis pelajar.

Reka bentuk pengajaran bilik darjah melibatkan tugas guru merancang, memilih dan menilai

media pengajaran yang ingin digunakan . Bagi melaksanakan tugas ini , guru boleh

mengaplikasikan beberapa reka bentuk model pengajaran yang sesuai.

Sesuatu pengajaran yang terancang rapi akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan.

Pengajaran berasaskan media tidak terkecuali memerlukan perancangan yang rapi dan

tersusun.

Perancangan yang dimaksudkan ialah susunatur pengajaran agar pembelajaran dapat berlaku

secara berstruktur. Gagne (1985) menyatakan pembelajaran berlaku sebagai satu proses yang

berkembang secara berperingkat. Justeru itu penyampaian pengajaran perlu disusun secara

berperingkat-peringkat.

Di dalam model ASSURE langkah pertama yang boleh dilakukan oleh guru sebelum

memilih sesuatu laman web guru harus mengenalpasti pelajar sama ada dari segi umur, latar

belakang sosioekonomi dan sebagainya. Sekiranya guru berdepan dengan pelajar yang pasif

maka guru harus memilih laman web yang sesuai supaya pembelajaran pelajar tidak

membosankan.

Contohnya sekiranya guru ingin memilih laman web bagi topik iklim empat musim dalam

subjek kajian tempatan, guru perlu mengenalpasti latar belakang pelajar sama ada pernah

mengalami 4 musim tersebut atau tidak. Sekiranya pelajar tidak pernah melalui suasana

musim dingin misalnya, guru perlu memikirkan suatu alternatif yang boleh memberi

pengalaman kepada pelajar tanpa perlu berada di kawasan empat musim. Seperti di dalam

laman web eduwebtv.com terdapat banyak pilihan video yang memaparkan tentang topik

iklim .Pelajar boleh memilih video melalui ikon menu atau menulis kata kunci pada ikon

cari seperi gambarajah 8 di bawah

11

Ikon Menu

Ikon Kata kunci

Page 12: teknologi pendidikan

SHAMSUDDIN BIN MOHD NAWI750507045359001

Gambarajah 8

Gambarajah 9

Setelah berbuat sedemikian, paparan video berkaitan akan dipaparkan seperti gambarajah 9

dan murid boleh menonton video dan mengesan isi kandungan yang terdapat dalam video

tersebut sekaligus membantu pemahaman murid , tayangan video yang dipaparkan jelas dan

menarik serta menggunakan prinsip reka bentuk visual variasi iaitu menggunakan boneka

dan secara tidak langsung akan menarik perhatian murid untuk menumpu kepada visual tanpa

mengira aras kognitif .

Selain daripada itu, reka bentuk yang terdapat pada visual akan menjuruskan pemikiran

murid untuk berfikir secara kreatif iaitu membuat analogy dengan mengaitkan dengan realiti

atau peristiwa sebenar.

2.4 Reka bentuk - pemilihan kaedah dan media

12

Page 13: teknologi pendidikan

SHAMSUDDIN BIN MOHD NAWI750507045359001

Pengajaran guru menjadi lebih berkesan sekiranya laman web yang digunakan sesuai dan

menarik. Oleh itu, memilih kaedah dan media yang sesuai juga merupakan salah satu lagi ciri

model ASSURE., saya berpendapat guru harus mempertimbangkan dengan menggunagkan

media yang sesuai seperti tayangan video kerana ia lebih menarik dan mampu memberi

gambaran yang jelas tentang sesuatu perkara.

Bahan video ini sangat relevan kerana ia boleh memberi pengalaman baru Pendapat ini turut

disokong Nicholson (1996) dalam kajiannya yang mendapati bahawa guru di negara Jepun

turut menggunakan bahan video berkaitan gempa bumi dalam pengajaran geografi bagi sub

topik bencana alam. Maka tidak hairanlah kenapa model ini digunakan dengan meluas dalam

bidang pendidikan.

Pemvariasian kaedah pengajaran menggunakan video yang dipilih haruslah berdasarkan isi

atau topik pelajaran . Contohnya , sekiranya guru ingin mengajar berkaitan tajuk syarahan ,

guru tersebut boleh memilih pada bahagian menu dan memilih berbagai bentuk syarahan

dalam bentuk paparan video yang menarik dan mengaitkan dengan pengajaran dan strategi

pengajaran yang digunakan, disamping menyesuaikan dengan aras pemikiran murid.

Gambarajah 9

13

Senarai video yang menarik

Page 14: teknologi pendidikan

SHAMSUDDIN BIN MOHD NAWI750507045359001

Gambarajah 9, menujukkan satu paparan di dalam laman www.eduwebtv.com yang

menyenaraikan beberapa pilihan video berkaitan dengan tajuk pengajaran syarahan.Sebelum

itu guru akan meneliti setiap video yang telah disenaraikan dan menetapkan video yang

bersesuaian dengan pembelajarannya.

Pemilihan video yang betul akan merangsang pemikiran murid serta menjana idea dan ianya

perlu selaras dengan penetapan objektif pengajaran guru yang telah ditetapkan terlebih

dahulu , contohnya guru menetapkan objektif pembelajaranna berkaitan format penulisan

syarahan..Setelah itu,murid dikehendaki menonton pada video yang berkaitan sahaja

Dengan menggunakan kemahiran berfikir secara kritis murid akan dapat menyusun urutan

format penulisan serta mengesan isi kandungan syarahan dengan betul

2.5 Reka bentuk - Penggunaan Media

Berdasarkan model ASSURE, terdapat 5 prinsip dan salah satu daripadanya ialah

penggunaan media iaitu “preview’ media. Ini bertujuan untuk memastikan media yang akan

digunakan tidak bermasalah. Merujuk kepada kajian Adelina & Rafiza (2006) dari Universiti

Malaya, didapati selepas pelajar menggunakan CD atau penggunaan media yang mempunyai

unsur video mendapati, pembelajaran menjadi lebih baik dan meningkat kemahiran bahasa

Inggeris,

Jika di diteliti pada laman web yang telah dipilih , pengguna khususnya iaitu murid boleh

berinteraksi untuk mendapatkan maklumat.

Seperti dalam gambarajah 10, murid boleh memilih butang-butang pada bahagian pautan

(i) , (ii) kategori video, (iii) takwim , (iv) dan pada ruangan pemberitahuan. Kesemua sisipan

ikon ini diletakkan pada bahagian kiri dan kanan laman web adalah bertujuan untuk

memberikan laluan kepada paparan visual yang akan dimainkan apabila murid telah membuat

pilihan video yang ingin dilihat. Ini bertujuan untuk memberikan keseimbangan pada web

tersebut selain untuk memudahkan penumpuan murid.

14

Page 15: teknologi pendidikan

SHAMSUDDIN BIN MOHD NAWI750507045359001

Gambarajah 10

2.6 Reka bentuk - Tindak balas pelajar

Pembelajaran yang berpusat kepada pelajar mampu merangsang minda dan tingkah laku

pelajar John Dewey ( 1900) .Melalui kaedah pembelajarn inkuiri penemuan guru boleh

merangsang pemikiran murid dengan menggunakan bahan yang terdapat dalam laman web

yang dicadangkan.

Bahan yang terkandung di dalam web ini hampir 70% adalah terdiri daripada video

pendidikan yang menarik dan selebihnya merupakan bahan berbentuk latihan seperti soalan

peperiksaan secara formatif dan sumatif.Murid boleh melakukan tugas berdasarkan arahan

guru yang terdapat di dalam tugasan .

Contohnya,pembelajaran secara “hands-on” guru meminta murid menyenaraikan beberapa

contoh mesin ringkas yang terdapat di sekeliling mereka berdasarkan contoh yang telah di

lihat di dalam video yang telah disediakan oleh guru.Murid juga boleh melihat arahan yang

telah dibuat oleh guru dengan menekan butang lihat .

Di sini kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis murid akan digunakan khasnya kemahiran

mengesan, membeza, menyenarai, mengkaji,dan menyedia dalam mencari jawapan . Gambarajah 11

hingga 15, menunjukkan langkah-langkah bagaimana murid boleh bertindak balas terhadap

soalan yang diberikan oleh guru.

15

Pautan (ii)Pautan (iv)

Pautan (i)

Pautan (iii)

Page 16: teknologi pendidikan

SHAMSUDDIN BIN MOHD NAWI750507045359001

16

Langkah 1

Murid log masuk

Langkah 2

Melihat tugasan dengan menekan butang pada panel senarai playlist

Gambarajah 11

Gambarajah 12

Page 17: teknologi pendidikan

SHAMSUDDIN BIN MOHD NAWI750507045359001

17

Langkah 3

Menekan butang lihat untuk membaca arahan guru

Langkah 4

Membaca dan memahami arahan guru,

Gambarajah 13

Gambarajah 14

Page 18: teknologi pendidikan

SHAMSUDDIN BIN MOHD NAWI750507045359001

Pembelajaran yang tidak melibatkan aktiviti pelajar secara aktif sebenarnya kurang

membantu pelajar dan tidak efektif. Saya amat bersetuju dengan Smaldino et. Al. 2005 yang

mengatakan bahawa pembelajaran yang efektif adalah pengajaran dan pembelajaran yang

melibatkan murid secara aktif dengan memberikan respon terhadap soalan guru .

Justeru itu, pemilihan laman web yang dicadangkan mengandungi mempunyai cirri-ciri reka

bentuk berasaskan model ASSURE, mampu merangsang tingkah laku dan minda murid

dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

18

Langkah 4

Menonton video dan memahami isi kandungan

Gambarajah 15

2525 patah perkataan