peranan teknologi maklumat dlm pendidikan

25
KPT 6013 PENGENALAN KEPADA REKABENTUK INSTRUKSIONAL & TEKNOLOGI Tugasan Individu: PERANAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM SISTEM PENDIDIKAN MASA KINI Disediakan Untuk: PROF. MADYA DATO’ DR. ABDUL RAHMAN BIN DAUD Disediakan Oleh: 1

Upload: soulmoon313

Post on 05-Jul-2015

281 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan Teknologi Maklumat Dlm Pendidikan

KPT 6013

PENGENALAN KEPADA REKABENTUK INSTRUKSIONAL & TEKNOLOGI

Tugasan Individu:

PERANAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM

SISTEM PENDIDIKAN MASA KINI

Disediakan Untuk:

PROF. MADYA DATO’ DR. ABDUL RAHMAN BIN DAUD

Disediakan Oleh:

MOONA FAIRUZ BINTI BIDINM20092001131

MT21 – PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

1

Page 2: Peranan Teknologi Maklumat Dlm Pendidikan

PERANAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA MASA KINI

MOONA FAIRUZ BINTI BIDIN (20092001131)

PENDAHULUAN

Teknologi boleh difahami sebagai satu mekanisme atau kaedah baru dalam

melakukan atau menghasilkan sesuatu yang mana ianya melibatkan ilmu

pengetahuan dan juga kepakaran yang pelbagai. Teknologi membawa kepada

perubahan yang besar dengan kualiti dan kuantiti sesebuah produk dihasilkan

bersama. Informasi atau maklumat pula merupakan data yang telah disusun supaya

ia mempunyai maksud dan nilai kepada penerima. Takrifan teknologi yang diguna

pakai di sekolah-sekolah dan institusi-insitusi pengajian tinggi di Malaysia ialah

aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan

masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.

Teknologi maklumat pula bermaksud kepakaran dalam bidang pengurusan

dan bermula daripada penghasilan sehinggalah penyampaian ke pengguna terakhir

dan ianya berkesinambungan dan berterusan sehinggalah objektif tercapai. Era

teknologi maklumat di zaman ini merupakan satu pembaharuan yang telah

memberiiiiikan kesan yang mempengaruhi perkembangan sesebuah organisasi yang

bergantung kepada teknologi dalam proses kemajuan. Informasi memberiikan

maksud data yang telah diproses menjadi panduan dan juga landasan bagi

membuat sesuatu keputusan seperti yang dinyatakan oleh Davis dan Olson “a data

that has been processed into a form that is meaningful to the recipient and is of real

perceived value in current or perspective decisions”.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Sistem Pendidikan

2

Page 3: Peranan Teknologi Maklumat Dlm Pendidikan

Pada hari ini, istilah teknologi maklumat telah diperluas untuk merangkumi

banyak aspek pengkomputan dan teknologi, dengan istilah ini lebih dapat dikenal,

berbanding dengan dahulu. Di dalam era globalisasi ini, perkembangannya teknologi

maklumat telah menjadi pemangkin kepada ledakan komunikasi dan dikenali

sebagai teknologi maklumat dan komunikasi atau lebih gemar dirujuk sebagai

Information Communication Technology (ICT). ICT (Information Communication

Technology) adalah sistem yang membolehkan pengumpulan, pengurusan,

manipulasi, perolehan, dan komunikasi maklumat dalam pelbagai bentuk. Merujuk

kepada seario negara kita, ternyata implikasi ICT telah membawa perubahan yang

amat besar di dalam memacu kepesatan sektor-sektor utama seperti ekonomi dan

perniagaam, pentadbiran, telekomunikasi, kesihatan, pengangkutan, perkhidmatan,

dan tidak terkecuali bidang pendidikan.

ICT dalam pendidikan bermaksud penggunaan teknologi maklumat dan

komunikasi yang menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran

pendidikan, pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta pendidikan sepanjang hayat.

Penggunaan ICT dalam P&P membolehkan aktiviti P&P dijalankan tanpa kekangan

tempat dan masa, meningkatkan penggunaan sumber pendidikan, berupaya

meningkatkan kualiti pendidikan di samping mempercepat proses pendidikan

berasaskan kadar kebolehan pelajar. Konsep perlaksanaan ICT dalam pendidikan

negara dari kaca mata Kementerian Pelajaran Malaysia merangkumi 3 dasar utama:

i. Dasar pertama adalah literasi ICT untuk semua pelajar, bermaksud pelajar memperoleh kemahiran menggunakan kemudahan ICT.

ii. Dasar kedua mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai kurikulum dan alat P&P. ICT sebagai kurikulum bermaksud pelajar mempelajari ICT sebagai mata pelajaran seperti mata pelajaran Teknologi Maklumat bagi peringkat SPM dan mata pelajaran Pengkomputeran bagi peringkat STPM. ICT dalam P&P seperti penggunaan perisian kursus, internet, dan aplikasi generik yang lain.

iii. Dasar ketiga menekankan penggunaan ICT untuk meningkatkan produktivi,

kecekapan, dan keberkesanan sistem pengurusan. Ini terhasil daripada 3

Page 4: Peranan Teknologi Maklumat Dlm Pendidikan

pengautomasian pejabat dan pelaksanaan sistem aplikasi pengurusan yang

membawa kepada penambahbaikan proses kerja.

      Sehubungan itu, seiring dengan perkembangan pendidikan global, KPM melihat

ICT sebagai suatu alat untuk merevolusikan pembelajaran, memperkayakan

kurikulum, memperkembangkan pedagogi, menstrukturkan organisasi sekolah

dengan lebih berkesan, melahirkan hubungan yang lebih kuat di antara sekolah-

sekolah dan masyarakat, dan meningkatkan penguasaan pelajar. Justeru, dengan

menjadikan hasrat-hasra tersebut sebagai panduan, kerajaan telah menggariskan

pembangunan ICT dalam sistem pendidikan negara bagi 10 tahun akan datang

dengan usaha-usaha berikut:

i. Meningkatkan pembangunan infrastruktur ICT;

ii. memperluas akses dan ekuiti kepada kemudahan ICT;

iii. Memperluas kurikulum berasaskan ICT;

iv. Meningkatkan sistem pentaksiran dengan menggunakan ICT;

v. Menekankan pengintegrasikan ICT dalam P&P;

vi. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan pelajar,

tenaga   pengajar, dan personel KPM;

vii. Meningkatkan penggunaan ICT dalam pengurusan pendidikan;

viii. Meningkatkan usaha pengurusan dan penyenggaraan perkakasan

ICT;

ix. Meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam ICT; dan

x. Meningkatkan kerjasama antara institusi pendidikan dengan

masyarakat dalam membantu memperkembangkan ICT dalam

pendidikan.

4

Page 5: Peranan Teknologi Maklumat Dlm Pendidikan

       Mengimbau perkembangan pendidikan negara bagi tempoh sepuluh tahun yang

lalu, tidak dapat disangkal lagi bahawa ICT telah menjadi satu gelombang yang telah

mempengaruhi pendidikan di negara kita dari segi penyediaan infrastruktur

hinggalah kepada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Dari sudut

pendidikan, Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mula memberiikan

penekanan kepada aspek ini dengan membina frasarana dan infrastruktur berkaitan

di dalam organisasi-organisasi KPM. Selain makmal komputer, dan pusat akses,

KPM turut membekalkan peralatan-peralatan ICT di setiap sekolah seluruh negara

bagi menyokong proses P&P di sekolah. Malah kursus dan bengkel ICT turut diberi

kepada para guru yang merupakan frontliner atau pelaksana dasar kementerian ini.

Malah, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga terlebih dahulu

mengambil inisiatif dengan memasukkan kurikulum ICT dalam Kurikulum Bersepadu

Sekolah Rendah dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Ini bertujuan untuk

mendedahkan kepentingan dan penggunaan literasi maklumat khususnya kepada

warga pendidik dan para pelajar. Keperluan dalam penggunaan ICT secara

berkesan di dalam pendidikan ini menjadi lebih ketara dengan wujudnya Sekolah

Bestari yang berteraskan ICT pada tahun 1998 dan perlaksanaan Dasar PPSMI

(Pengajaran dan Pembelajaran Sains &Matematik Dalam Bahasa Inggeris) pada

tahun 2003 yang memberiiiii penekanan terhadap iklim sekolah dan pembudayaan

P&P yang berpaksikan ICT.

PERANAN ICT TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

Secara umumnya penggunaan dan perlaksanaan ICT telah memberii impak

yang positif di dalam sistem pendidikan negara khususnya dari aspek pembelajaran

dan pengajaran (P&P) yang merupakan core-business dunia pendidikan,

pengurusan dan pentadbiran organisasi, komunikasi, sistem pengurusan maklumat,

pengurusan sumber manusia, sistem pentaksiran, pembelajaran di atas talian atau

e-learning dan sebagainya.

5

Page 6: Peranan Teknologi Maklumat Dlm Pendidikan

Rajah 1: Peranan ICT dalam Sistem Pendidikan

ICT DALAM PROSES PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

Dalam era digital ini, komputer digunakan untuk menyelesaikan

pelbagai masalah. Salah satu penggunaan Information Communication

Technology (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) ialah melalui

penggunaan komputer. Di negara kita pengetahuan dan penggunaan

komputer di sekolah semakin berkembang. Dalam konteks ini guru bukan lagi

dilihat sebagai sumber utama untuk menyampaikan maklumat tetapi lebih

sebagai pemudah cara. Warga pendidik juga diberi latihan agar bolehan dan

mahir  memperolehi  maklumat  daripada   pelbagai sumber untuk tujuan

pembelajaran dan pengajaran (P&P)  dan tahu menggunakan teknologi

komunikasi seperti CD Rom, cakera padat, video, komputer, komputer

bimbit,  dan perisian-perisian aplikasi komputer seperti   e-mail, pengkalan

data, pemprosesan perkataan, hamparan eletronik, internet, perisian

persembahan dan lain-lainnya.

Dasar KPM yang memperkenalkan Program Pengajaran dan

Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bermula

pada tahun 2003, meningkatkan lagi kepentingan integrasi ICT dalam P&P di

dalam usaha melahirkan pelajar yang mahir dalam bidang sains dan

teknologi. Untuk itu, kerajaan telah memperuntukkan perbelanjaan yang

besar bagi melengkapkan sekolah dengan prasarana dan kelengkapan yang 6

ICT DI DALAM SISTEM PENDIDIKAN

PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (P&P) PENGURUSAN

& PENTADBIRAN KOMUNIKASI

& PUBLISITI

SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT

SISTEM PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN

PEMBELAJARAN DI ATAS TALIAN (E-LEARNING)

Page 7: Peranan Teknologi Maklumat Dlm Pendidikan

menyokong penggunaan ICT bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Warga pendidik juga telah didedahkan dengan dengan kemahiran

menggunakan dan mengurus sumber dan peralatan ICT khas untuk proses

P&P menerusi bengkel dan kursus yang disediakan oleh KPM contohnya

bengkel Bimbingan Perguruan Profesional Dalam Teknologi Maklumat dan

Komunikasi (BPPT).

Selaras dengan perkembangan pendidikan peringkat global,

pengguanaan ICT di menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran

menjadi lebih menarik dan menyeronokkan, Guru dibekalkan dengan sumber

yang pelbagai, menarik dan terkini untuk P&P berbanding kaedah lama yang

hanya menggunakan kaedah chalk and talk dan berpandukan buku teks

sahaja. Di dalam era digital kini, guru dan pelajar juga boleh melayari internet

sebagai sumber tambahan untuk mendapatkan maklumat untuk tujuan P&P.

Kaedah instruksional juga boleh dipelbagaikan seperti menggunakan simulasi

komputer, pembelajaran secara interaktif dan sebagainya.

Perisian CD-ROM (Read Only Memory) atau cakera padat ‘ingatan

baca sahaja’ merupakan salah satu media popular yang digunakan untuk

membantu proses P&P. Penggunaan CD-ROM berfungsi sebagai buku

rujukan malah ia menjanjikan pembelajaran yang lebih bermakna dan efektif.

Malah kerana saiznya yang kecil ia mudah disimpan dan dengan dibawa ke

mana sahaja. Isi kandungannya pula lebih menarik kerana ia mempunyai

gabungan elemen teks, grafik, audio, video dan animasi menjadikannya lebih

menarik serta memudahkan pemahaman tentang sesuatu konsep pelajaran

(Ismail Zain,2003).

Justeru, KPM menerusi Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) dan

Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) telah membangunkan banyak perisian-

perisian kursus atau teaching courseware untuk digunakan oleh guru-guru di

sekolah sebagai sumber pengajaran dan juga sokongan kepada

pembestarian sekolah yang sedang giat dijalankan. Penggunaan perisian-

perisian kursus adalah titik tolak daripada program perlaksanaan Pengajaran

7

Page 8: Peranan Teknologi Maklumat Dlm Pendidikan

dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

yang dimulai pada tahun 2003. Daripada hanya menumpukan kepada dua

mata pelajaran tersebut telah diperluaskan kepada subjek-subjek yang lain

iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, serta Pendidikan

Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.

Jadual 1 : Penggunaan ICT dalam P&P adalah seperti jadual berikut

Cakera Padat CD Rom Internet Aplikasi

PerisianKursus Pendidikan

(Tutorial) – Courseware

Pencarian maklumat –

pangkalan data +

membangun laman web

Pemprosesan Data

- Microsoft Word

- Microsoft Publisher

- Page Make

Pangkalan Data

(Database)

Komunikasi

-Forum, Emel, Chat

Hamparan elektronik

-Microsoft Excel

Ensaiklopedia / Maklumat/

Sumber Multimedia

Muat turun – Download Persembahan

-Microsoft Power Point

Sumber : Aplikasi ICT dalam P&P; Panel Jurulatih Utama ICT Negeri Selangor

Pengintegrasian ICT di dalam P&P secara tidak langsung turut

membantu dalam usaha meningkatkan profesionalisme warga pendidik di

mana selain daripada menggunakan perisian pengajaran yang dibekalkan

oleh KPM, guru-guru turut digalakkan mengambil inisiatif membina perisian

sendiri dengan menyertai bengkel-bengkel ICT yang dianjurkan oleh

organisasi-organisasi di bawah KPM seperti Bahagian Teknologi Pendidikan

(BTP), Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) dan Pusat Kegiatan Guru

(PKG) mahupun atas iniasiatif diri sendiri. Malah usaha ini diberi pengiktirafan

sewajarnya menerusi Anugerah Guru Inovatif yang dianugerahkan kepada

8

Page 9: Peranan Teknologi Maklumat Dlm Pendidikan

para guru yang sentiasa berfikiran jauh, kreatif dan inovatif di dalam usaha

untuk meningkatkan kecemerlangan bidang pendidikan khususnya dalam

proses P&P. Usaha ini juga merupakan salah satu bentuk sokongan dan

motivasi kepada para guru untuk meningkatkan profesionalisme mereka

sebagai pendidik yang terbaik.

PEMBELAJARAN INTERAKTIF DALAM TALIAN

Internet telah membolehkan perkhidmatan dan program latihan

disalurkan melalui talian dan diakses secara jarak jauh. E- Learning atau

pembelajaran melalui online. Pembelajaran yang perlaksanaanya didukung

oleh jasa teknologi seperti telefon, audio, videotape, transmisi satelit atau

komputer. Menurut Lowe (2000), staf akademik dan pelajar mendapati

pembelajaran secara talian merupakan satu kaedah yang menyenangkan

pembelajaran dan pengajaran. Pembelajaran ini membolehkan pelajar belajar

di mana sahaja dan pada masa yang dipilih oleh pelajar. Ini membolehkan

pelajar menguruskan sendiri masanya dengan lebih efektif.

Pembelajaran secara maya ini juga melibatkan penggunaan kos

secara efektif. Pembelajaran secara interaktif secara talian membolehkan

pelajar meneroka maklumat baru menerusi perpustakaan digital atau laman

web. Pelajar berpeluang mendapatkan pengalaman berbincang dengan pakar

dari universiti melalui e-mel atau blackboard. Apabila semakin banyak

teknologi diperkenalkan dalam bidang pendidikan, pendidikan jarak jauh

menyediakan satu cara untuk menyebarkan maklumat dan pengetahuan

secara global.

Kini kebanyakan universiti awam, kolej universiti swasta di Malaysia

telah mula menawarkan pengajian secara atas talian atau e-learning bagi

program-program pendidikan mereka dan ia bukan merupakan satu perkara

yang baru. Pelajar-pelajar boleh mencapai topik-topik yang berkaitan kursus

yang diambil menerusi internet. Sebagai contoh di UPSI dan UKM,

9

Page 10: Peranan Teknologi Maklumat Dlm Pendidikan

pembelajaran secara elektronik telah mula dilaksanakan penggunaannya oleh

pensyarah dan pelajar. Segala bentuk bahan pengajaran merangkumi kuiz,

tugasan, pengumuman dan lain-lain disimpan di dalam portal pendidikan atau

e-portal. Pensyarah-pensyarah juga disediakan kemudahan tapak web bagi

kemudahan mereka membangunkan laman web sendiri. Pelajar-pelajar boleh

mencapai segala bahan pembelajaran melalui web pensyarah atau pun

daripada laman web lain yang berkaitan.

Penggunaan e-learning memberiiii impak pembelajaran atau peluang

yang luas kepada pelajar menerusi penglibatan aktif pelajar, interaktif,

koloboratif dan menggalakkan pembelajaran seumur hidup. Pengalaman

pembelajaran boleh diperolehi menerusi penggunaan e-learning yang tidak

dibatasi oleh empat dinding kelas semata-mata; malah penggunaannya

mampu menambah nilai pembelajaran itu sendiri.

ICT DALAM PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

Menurut  Stair dan Reynolds  ( 1999 ), tujuan utama sistem maklumat

dan komunikasi adalah untuk membantu organisasi mencapai matlamat-

matlamatnya  dengan membekalkan pengurus-pengurus dengan pandangan

ke atas operasi organisasi supaya mereka dapat mengawal, mengelola dan

merancang tugas dengan lebih berkesan dan lebih cekap.  Oleh itu,  pihak

pengurusan yang terlibat dalam sistem pendidikan seharusnya menyiapkan

diri dengan kepakaran dan kelebihan dalam teknologi maklumat ini kerana

kemampuan mereka itu akan memudahkan setiap sektor pendidikan untuk

beroperasi dengan berkesan dan cemerlang serta mampu menghadapi

perubahan-perubahan drastik dlam dunia pendidikan.

Meninjau sistem pendidikan negara masa kini, ternyata teknologi

maklumat dan komunikasi (ICT) telah banyak membantu pengurusan

pendidikan dalam membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan

dan selanjutnya dapat meningkatkan komunikasi dalam setiap peringkat

10

Page 11: Peranan Teknologi Maklumat Dlm Pendidikan

organisasi yang menyokong sistem pendidikan itu sendiri. Bermula daripada

pengurusan di peringkat kementerian sehinggalah ke sekolah kecil di

pedalaman, pasti tidak dapat lari daripada menggunakan ICT bagi melicinkan

urusan pengurusan dan pentadbiran. Sebagai contoh, saban tahun KPM

menggunakan kemudahan Internet bagi memudahkan urusan permohonan

dan penghebahan program-program yang dianjurkan. Sistem permohonan

dipermudahkan dengan menggunakan perisian pangkalan data (database)

yang sistematik dan mesra pengguna.

Berbicara mengenai pengurusan dan pentadbiran di peringkat sekolah,

para pengurus sekolah iaitu pengetua mahupun guru besar pasti tidak dapat

lari daripada membuat keputusan pada setiap hari kerana ini merupakan

elemen penting dalam mentadbir dan mengurus sekolah. Penggunaan ICT

sangat  membantu dalam menolong  pengurusan sekolah untuk berfungsi

dengan lebih cekap,  berkesan, mudah, cepat dan  membuat keputusan yang

melibatkan maklumat, proses dan kerja seperti pendaftaran pelajar, 

simpanan pelbagai rekod, kawalan inventori, jadual waktu, opsyen guru,

bilangan waktu mengajar, hal yang berkaitan peperiksaan, pembelian stok

dan sebagainya.  Ini bersesuaian dengan pendapat Laudon dan

Laudon (1997) yang menyatakan sistem maklumat dan komunikasi adalah

komponen-komponen yang bersepadu yang mengumpul dan menyimpan

maklumat bagi membantu organisasi membuat keputusan, merancang,

mengawal dan menganalisis.

Selain itu tugas pengurusan pejabat   yang berkaitan dengan

pengurusan kewangan, pengurusan stok, inventori, pembelian dan pelupusan

barang memerlukan satu sistem yang memudahkan pengurusan sekolah

membuat keputusan-keputusan penting.  “Sistem Sokongan Keputusan”

(Decision Support Sistem) adalah perisian komputer yang boleh

menganalisis data dan seterusnya dapat memudahkan proses membuat

keputusan. 

11

Page 12: Peranan Teknologi Maklumat Dlm Pendidikan

Dalam konteks sekolah kini,  kebanyakan sistem pengurusan pejabat

menggunakan peralatan komputer dengan menggunakan perisian-perisian

seperti MS Excel untuk kewangan sekolah,  sistem sokongan keputusan

(DSS) untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah, sistem

maklumat pengurusan  (MIS) yang membolehkan capaian mudah kepada

data pelajar dan staf,  sistem  pengautomasian pejabat (Office Automation

Sistem) untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan urusan seharian

pejabat dengan menghasilkan kerja yang lebih pantas dan lebih kemaskini

berbanding era sebelum ini di mana segala maklumat direkod dan disimpan di

dalam fail didapati kurang membantu dan dimanfaatkan kerana sukar

diakses. 

SISTEM PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN

Dengan mengambil contoh sistem pengkalan data peperiksaan (Sispa)

dan Headcount yang digunakan bagi penilaian dan peperiksaan di sekolah,

maklumat mengenai pencapaian setiap pelajar dalam peperiksaan disimpan,

diproses dan dianalisis di dalam sistem pengkalan data. Data pentaksiran

boleh diakses dalam bentuk graf, carta pai, carta bar, senarai dan jadual-

jadual statistik yang mudah. Ini dapat membantu pentadbiran sekolah serta

para guru untuk mengesan kekuatan dan kelemahan yang ada dan

seterusnya memudahkan mereka membuat perancangan dan program

susulan yang sesuai dan dan relevan di samping memudahkan urusan

dokumentasi dan penyimpanan data.

SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT(MIS)

12

Page 13: Peranan Teknologi Maklumat Dlm Pendidikan

Di dalam pengurusan sekolah, maklumat berkaitan pelajar tidak hanya

terhad kepada peperiksaan sahaja, malah turut melibatkan maklumat

berkaitan maklumat peribadi, maklumat ahli keluarga, pencapaian akademik,

penglibatan kokurikulum, disiplin,  sahsiah,  senarai bantuan yang diterima

daripada KPM seperti buku teks, rancangan makanan tambahan, biasiswa

dan sebagainya. Justeru bagi pengurusan data sebegini, satu pengkalan data

yang menggunakan perisian Microsoft Database iaitu Sistem Maklumat Murid

(SMM) telah digunapakai di semua sekolah kerajaan di seluruh Malaysia.

Sistem ini berfungsi untuk mengumpulkan ratusan ribu data pelajar-

pelajar di seluruh negara secara terperinci dan sistematik. Melalui sistem ini,

data pelajar dapat diakses dengan mudah dan cepat bagi kegunaan di

peringkat sekolah, pejabat pelajaran daerah, negeri mahupun pusat. Di dalam

masa yang sama, saban tahun ianya merupakan sumber rujukan utama bagi

KPM untuk menyalurkan bantuan-bantuan khas kepada pelajar yang layak.

Ternyata penggunaan ICT memberii banyak manfaa di mana data dan

maklumat boleh diakses dengan mudah dan cepat untuk kegunaan

pengurusan sekolah.     

PENILAIAN PRESTASI PERKHIDMATAN SECARA SISTEMATIK

Pengetua atau guru besar sebagai pengurus sekolah perlu membuat

keputusan yang adil, bijak dan menyenangkan staf dan guru-guru sekolah.

Umpamanya dalam menentukan prestasi, kecemerlangan dan peluang-

peluang kenaikan pangkat, suatu  rekod dan maklumat  yang  lengkap   dan  

kemaskini  amatlah diperlukan supaya keputusan penilaian itu tepat dan tidak

diragui.  Di samping itu, faktor kerahsiaan keputusan juga amat penting dan

perlu dititikberatkan. Justeru, dengan sistem penilaian prestasi secara atas

talian yang digunapakai sekarang, kerahsian keputusan adalah lebih terjamin.

Justeru, berdasarkan daripada sistem maklumat sebegini, pihak pentadbiran

13

Page 14: Peranan Teknologi Maklumat Dlm Pendidikan

dapat mengambil tindakan yang relevan, telus dan tepat tanpa menjejaskan

integriti.     

Begitu juga dengan pengurusan maklumat guru dan kakitangan di

sekolah di mana kini rekod-rekod mengenai tugas, sumbangan, penglibatan,

maklumat peribadi dan emolumen para guru dan kakitangan boleh diakses

menerusi Sistem EMIS yang digunapakai di seluruh sekolah di negara kita.

Sistem ini beroperasi secara online atau di atas talian yang membolehkan

akses bukan sahaja di peringkat sekolah malah turut boleh diakses oleh pihak

pejabat pelajaran daerah, jabatan pelajaran negeri dan KPM khususnya. Ini

memudahkan pihak KPM untuk mengetahui maklumat terperinci mengenai

apa jua aspek tentang sesebuah sekolah seperti bilangan guru dan staf,

enrolmen murid, bilangan dan status bangunan sekolah dan banyak lagi.

Penggunaan sistem atas talian memudahkan segala maklumat diakses

dengan pantas dan mudah.

ICT UNTUK KOMUNIKASI

Komunikasi merupakan proses penghantaran dan penerimaan mesej. 

Melalui komunikasi pengurusan dan pentadbiran sekolah boleh berkongsi

maklumat-maklumat yang berguna untuk sebarang urusan.  Bentuk

komunikasi  seperti surat-menyurat, memo, fax, pesanan suara dan telefon 

adalah merupakan cara komunikasi yang sering digunapakai di dalam sistem

pendidikan satu ketika dahulu. Namun begitu seiring dengan perubahan

teknologi di era digital, proses komunikasi menjadi lebih dinamik, global dan

berkesan dengan aplikasi yang berasaakan ICT.

  Dalam era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), proses-proses

komunikasi di dalam sesebuah organisasi telah dikembangkan dan

dipertingkatkan dengan bantuan peralatan teknologi komunikasi di mana

maklumat boleh diulang-ulang, boleh dihantar dalam pelbagai keadaan dan

14

Page 15: Peranan Teknologi Maklumat Dlm Pendidikan

bentuk seperti gambarajah dan carta serta diikuti dengan kesan audio dan

video.   Menggunakan teknologi Internet, penggunaan laman web, blog, mel

elektronik atau e-mail telah banyak memudahkan komunikasi, hebahan

perkhidmatan dan pengurusan data dan maklumat di antara jabatan dan

organisasi-organisasi di bawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia

mahupun Kementerian Pengajian Tinggi. Sebagai contoh KPM menawarkan

pelbagai jenis perkhidmatan di laman web rasminya seperti Sistem

Pertukaran Guru (e-GTukar), Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan

(EMIS), Semakan dan Pembayaran Balik Pinjaman (SSB), Semakan Senarai

EFT dan Cek Batal, Sistem Semakan Urusan Kenaikan Pangkat Secara

Online dan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK)

Di samping mendapat maklumat dengan cepat, maklumat-

maklumat itu boleh merangkumi bukan sahaja teks, malahan gambar,

animasi, grafik dan audio juga boleh diperoleh.  Maklumat-maklumat boleh

segera diperolehi melalui penggunaan internet menerusi File Transfer

Protocol, World Wide Web dan sebagainya  yang dapat membantu organisasi

sekolah mendapat ilmu pengetahuan yang baru dan terkini.

Hakikatnya ternyata teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dapat

meningkatkan komunikasi di dalam sistem pendidikan

KAJIAN PENGGUNAAN ICT DI DALAM PENDIDIKAN

Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi turut mendorong ramai

penyelidik untuk menjalankan ratusan kajian ilmiah mengenai aplikasi dan implikasi

ICT khususnya di dalam dunia pendidkan negara. Diantaranya ialah kajian yang

telah dijalankan oleh Zaitun Bt. Hj. Sidin dan Doriyah Binti Endut bertajuk

Penggunaan Perisian Kursus Yang Dibekalkan Kementerian Pelajaran

Malaysia Oleh Guru-Guru Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Bilik Darjah

Di Sekolah-Sekolah Rendah bagi Zon Benut, Pontian, Johor. Kajian ini adalah

untuk meninjau penggunaan perisian-perisian kursus yang dibekalkan oleh

15

Page 16: Peranan Teknologi Maklumat Dlm Pendidikan

Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai bahan bantu mengajar kepada guru-guru

yang mengajar subjek Matematik, Sains, Bahasa Inggeris dan lain-lain subjek di

dalam bilik darjah.

Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik 37 item yang mengandungi

lima bahagian iaitu. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti persepsi guru

mengenai kemahiran mereka menggunakan komputer, mengenal pasti kemahiran

guru dalam penggunaan perisian-perisian kursus komputer, mengenal pasti

kekerapan guru menggunakan perisian-perisian kursus yang dibekalkan dan

mengenal pasti persepsi guru terhadap kesesuaian penggunaan perisianperisian

kursus yang dibekalkan di dalam kelas. Kajian berbentuk tinjauan ini melibatkan

seramai 178 guru yang mengajar subjek-subjek Sains, Matematik, Bahasa Inggeris,

Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

serta Pendidikan Muzik. Persampelan juga mengambil kira guru yang pernah

menghadiri kursus seperti ETeMS, BPPT dan LIP. Persampelan kajian tidak

termasuk guru besar, guru penolong kanan, guru prasekolah, guru data, guru

pemulihan khas, guru pendidikan khas dan guru media.

Dapatan kajian ini mendapati seramai 116 orang (72.1%) responden

bersetuju mereka menggunakan perisian kursus pendidikan sekurang-kurangnya

dua kali seminggu. Peratus tertinggi adalah di kalangan responden lepasan Sarjana

Muda seramai 78.6% (11 orang) diikuti oleh lulusan KPLI seramai 17 orang (77.3%),

lepasan Diploma Perguruan Malaysia seramai 43 orang (76.8%), dan lulusan Sijil

Perguruan seramai 45 orang (65.2%). Dapatan ini menunjukkan guru-guru

menerima baik penggunaan ICT di dalam P&P. Mereka meraskan bahawa, jika guru

selalu menggunakan perisian kursus ia akan menjadi lebih cekap dan dapat

menguasai kemahiran dalam menggunakannya.

Seterusnya, dapatan kajian juga menunjukkan responden sebagai guru

bersetuju bahawa pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih

menyeronokkan sekiranya mereka menggunakan perisian kursus yang dibekalkan.

Selain itu ada juga responden sudah mula mencari bahan-bahan P & P daripada

Internet khusus untuk digunakan semasa pengajaran. Oleh itu, secara rumusannya

16

Page 17: Peranan Teknologi Maklumat Dlm Pendidikan

dapatan kajian ini menunjukkan dari segi persepsi, responden telah dapat menerima

perubahan dalam bidang dan sistem pendidikan negara serta mudahnya untuk

mengendalikan komputer di mana sahaja termasuk di bilik darjah. Persepsi yang

kedua ialah faedah penggunaannya. Apabila menggunakan teknologi maklumat di

tempat kerja ini akan dapat meningkatkan kualiti kerja dan produktiviti. Kualiti kerja di

sini ialah kualiti pengajaran guru dan produktiviti pula merupakan hasil pembelajaran

yang diperolehi oleh murid-murid.

Kajian yang kedua pula berkaitan dengan penggunaan ICT untuk tujuan

pengurusan dan pentadbiran di sekolah oleh Mohamad Khairuddin Abdullah. Beliau

meninjau Sikap Terhadap Penggunaan Komputer Dalam Pengurusan Dan

Pentadbiran Sekolah Di Kalangan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Di

Negeri Sabah. Menerusi kajian ini, penyelidik mengkaji tentang sikap pengetua

terhadap penggunaan komputer dalam pengurusan dan pentadbiran dan melihat

perhubungan antara sikap dengan umur, jawatan, jantina, pencapaian akademik,

lokasi, gred sekolah, bilangan komputer yang terdapat di sekolah, kekerapan guna

komputer dan kekerapan berlatih menggunakan komputer serta lama masa

responden memegang jawatan.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa lima dimensi faktor utama telah

dirumuskan sebagai mempengaruhi sikap pengetua terhadap penggunaan komputer

dalam pengurusan sekolah. Dimensi faktor tersebut adalah dimensi faktor

pengurusan, dimensi faktor kepuasan kerja, dimensi faktor pentadbiran, dimensi

faktor kurikulum dan dimensi faktor kualiti kerja. Seterusnya dapatan daripada kajian

ini merumuskan bahawa pengetua-pengetua sekolah menengah di Sabah

mempunyai sikap yang positif terhadap penggunaan komputer serta kemudahan ICT

dalam urusan pengurusan dan pentadbiran di sekolah. Malah, mereka berpendapat

dengan kemudahan ICT tugas pengurusan dan pentadbiran dapat diselesaikan

dengan cepat, mudah dan lebih sistematik. Justeru, ini menggalakkan kekerapan

penggunaan komputer dan kemudahan ICT di kalangan pengetua sekolah

menengah yang terlibat.

17

Page 18: Peranan Teknologi Maklumat Dlm Pendidikan

BIBLIOGRAFI

Baharuddin Aris et al. (2000). Teknologi Pendidikan dari yang tradisi kepada yang terkini. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir. (2003). Multimedia Dalam Pendidikan.Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2001). Pembangunan Pendidikan 2001-2010, Perancangan Bersepadu Penjana Kecemerlangan Pendidikan 2001: Kuala Lumpur.

Mohamad Khairuddin Abdullah. (1993). Sikap Terhadap Penggunaan Komputer Dalam

Pengurusan Dan Pentadblran Sekolah Di Kalangan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Di Negeri Sabah. Universiti Putra Malaysia.

Norani Idris, Esther Gnanamalar Sarojini Daniel & Rohaida Mohd. Saat. (2004). Teknologi dalam Pendidikan Sains dan Matematik. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

http://www.cikgublog.com/ict-dalam-pendidikan/

http://www.moe.gov.my/

http://pmr.penerangan.gov.my

18