bab 1 teknologi pendidikan

24
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 1 BAB 1: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 1.0 Pengenalan Sesiapa sahaja yang sedang melaksanakan tugas berhadapan dengan komputer atau sedang mengakses internet untuk untuk apa sahaja tujuan sama ada membina hubungan sosial melalui laman muka buku (Facebook, Twitter dsb), mencari bahan atau resepi masakan baru atau sedang mereka bentuk persembahan multimedia, individu tersebut sebenarnya sedang menggunakan teknologi terkini. Jika sekiranya seorang pendidik atau pelajar pula yang menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, maka teknologi yang digunakan sering kali dirujuk sebagai teknologi dalam pendidikan. 1.1 Konsep Teknologi Istilah teknologi umumnya seringkali dikaitkan dengan alat teknologi moden terutamanya alat elektronik seperti komputer, televisyen, radio, perakam pita video, pemain cakera padat, perakam kaset audio, projektor paparan hablur cecair (LCD), kamera digital dan telefon bimbit. Teknologi bermaksud produk atau alat media serta proses yang digunakan untuk membangunkan negara atau menyelesaikan sesuatu masalah dalam sistem pendidikan atau latihan. Mengikut Galbraith (1967), technology is the systematic application of scientific or other organised knowledge to practical tasks, yang membawa maksud teknologi adalah keupayaan dalam menggunakan pengetahuan sama ada pengetahuan saintifik atau pengetahuan lain yang tersusun, digunakan secara sistematik sehingga mampu mempamerkan amalan praktikal dalam melaksanakan sesuatu tugas sehingga tugas tersebut mencapai kejayaan. Aplikasi sistematik di sini bermaksud teknik yang digunakan perlulah mempunyai kerangka reka bentuk untuk menghasilkan satu sistem yang menyeluruh dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Pengetahuan lain yang tersusun bermaksud pengetahuan yang belum diuji dan dibuktikan secara saintifik tetapi diterima amalannya sebagai suatu pengetahuan yang benar berdasarkan

Upload: peggylau9318

Post on 04-Aug-2015

133 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 1 teknologi pendidikan

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

1

BAB 1: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

1.0 Pengenalan

Sesiapa sahaja yang sedang melaksanakan tugas berhadapan dengan komputer

atau sedang mengakses internet untuk untuk apa sahaja tujuan sama ada membina

hubungan sosial melalui laman muka buku (Facebook, Twitter dsb), mencari bahan

atau resepi masakan baru atau sedang mereka bentuk persembahan multimedia,

individu tersebut sebenarnya sedang menggunakan teknologi terkini. Jika sekiranya

seorang pendidik atau pelajar pula yang menggunakan komputer untuk tujuan

pengajaran dan pembelajaran, maka teknologi yang digunakan sering kali dirujuk

sebagai teknologi dalam pendidikan.

1.1 Konsep Teknologi

Istilah teknologi umumnya seringkali dikaitkan dengan alat teknologi moden

terutamanya alat elektronik seperti komputer, televisyen, radio, perakam pita video,

pemain cakera padat, perakam kaset audio, projektor paparan hablur cecair (LCD),

kamera digital dan telefon bimbit. Teknologi bermaksud produk atau alat media serta

proses yang digunakan untuk membangunkan negara atau menyelesaikan sesuatu

masalah dalam sistem pendidikan atau latihan.

Mengikut Galbraith (1967), technology is the systematic application of scientific

or other organised knowledge to practical tasks, yang membawa maksud teknologi

adalah keupayaan dalam menggunakan pengetahuan sama ada pengetahuan saintifik

atau pengetahuan lain yang tersusun, digunakan secara sistematik sehingga mampu

mempamerkan amalan praktikal dalam melaksanakan sesuatu tugas sehingga tugas

tersebut mencapai kejayaan. Aplikasi sistematik di sini bermaksud teknik yang

digunakan perlulah mempunyai kerangka reka bentuk untuk menghasilkan satu sistem

yang menyeluruh dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Pengetahuan lain yang

tersusun bermaksud pengetahuan yang belum diuji dan dibuktikan secara saintifik

tetapi diterima amalannya sebagai suatu pengetahuan yang benar berdasarkan

Page 2: Bab 1 teknologi pendidikan

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

2

pengalaman dan pengamatan manusia terhadap sesuatu tindakan. Pengaplikasian

pengetahuan saintifik pula merujuk kepada teknik yang digunakan untuk

mengaplikasikan idea atau teori di mana teknik ini telah diuji dan didapati berjaya

manakala aplikasinya pula telah disahkan melalui ujian.

Teknologi juga mengikut Finn (1960) membawa maksud suatu proses ke arah

penyelesaian masalah dengan menggunakan teknik, kaedah, reka bentuk atau alat

yang berkesan dan teruji serta penggunaan pengetahuan sains dan lain-lain cabang

ilmu untuk menghasilkan tugasan pembelajaran yang praktikal. Manakala Evans dan

Nation (2000) menyatakan, “Technology is not a tool – it is an art or science of how to

use a tool for a purpose.”

Selain daripada itu, Smaldino et.al (2004) menyatakan bahawa teknologi adalah

sebagai produk atau bahan di mana penghasilan perkakasan dan perisian adalah hasil

dari proses teknologi itu sendiri. Contohnya komputer (perkakasan) dan bahan CD-

ROM (perisian) adalah hasil teknologi. Saettler (1990) turut menegaskan bahawa

teknologi bukan hanya merujuk kepada penggunaan mesin sahaja, bahkan turut

meliputi teknik penggunaan pengetahuan saintifik. Menurutnya, teknik lebih penting

daripada produk kerana untuk menghasilkan sesuatu, proses amat diperlukan. Proses

pula perlu dilihat dalam konteks menggunakan kaedah atau teknik untuk meningkatkan

proses pengajaran dan pembelajaran. Kadangkala teknologi juga dilihat sebagai arus

pembangunan atau pemodenan dan biasanya apabila sesuatu organisasi itu maju dan

berkembang adalah kerana pengaruh dan kesan penggunaan alat teknologi itu sendiri.

1.2 Konsep Pengajaran

Secara umumnya pengajaran membawa maksud proses mengajar di mana

keberkesanan penyampaian maklumat boleh terbukti dengan perubahan tingkahlaku

pelajar. Manakala pembelajaran pula bermaksud proses belajar yang berlaku apabila

guru dan pelajar sama-sama terlibat dalam proses memberi dan menerima.

Page 3: Bab 1 teknologi pendidikan

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

3

Pullias dan Young (1968) menyatakan, “Pengajaran itu keseluruhannya

merupakan cara membimbing murid untuk memperolehi sejumlah pengalaman yang

cukup bermutu hingga mampu sejauh mungkin menolong pembinaan kemungkinan-

kemungkinan sebagai manusia”.

Mengikut Ramsden (1988) konsep pengajaran adalah “Belajar atau

pembelajaran di sekolah seharusnya merupakan satu pergerakan ke arah

pembentukan insan yang berupaya menyelesaikan persoalan yang kompleks,

mengiktiraf kuasa dan keelokan konsep-konsep sesuatu bidang pelajar, dan

menggunakan ilmu yang dipelajari di dalam kelas dalam menyelesaikan masalah di luar

kelas.”

Manakala menurut Trigwel, Prosser, & Lyons (1997), konsep pengajaran adalah

“Proses bekerja bersama pelajar untuk membantu mereka berkebolehan dan

berkemungkinan untuk belajar.”

1.3 Konsep Teknologi Pendidikan

Teknologi pendidikan adalah satu bidang yang berusaha ke arah meningkatkan

kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Bahagian Teknologi

Pendidikan di Kementerian Pelajaran Malaysia (1991) mentakrifkan teknologi

pendidikan adalah aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik ke arah pencapaian

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Crowell (1971), dalam Encyclopedia of

Education menjelaskan bahawa, "Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia,

peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada

pendidikan" .

Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia (1988), mentakrifkan teknologi

pendidikan sebagai proses yang kompleks dalam mengalisis keperluan pendidikan

secara sistematik, saintifik dan rasional bertujuan untuk mereka bentuk dan

mengaplikasikannya secara sepadu idea, tenaga, sumber bahan, kaedah dan tatacara

untuk mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 4: Bab 1 teknologi pendidikan

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

4

Seels & Reechy (1994) bersama The Association for Educational

Communication and Technology‟s (AECT) menyatakan teknologi pendidikan adalah

teori dan amalan tentang mereka bentuk, membangun, mengguna, mengurus dan

menilai proses serta sumber untuk pembelajaran, (Instructional technology is the theory

and practice of designing, development, utilization, management and evaluation of

processes and resources for learning).

Molenda (2000) mendefinisikan teknologi pendidikan sebagai “…the profession

in which a knowledge of the science of instruction and art of teaching, gained by study

and experience, are applied to develop and manage, with economy and elegance,

instructional materials and systems that contribute to the provision of humane, effective

learning environments necessary to advance the progressive well-being”.

Seterusnya Reiser (2001), menjelaskan bidang teknologi pendidikan merupakan

“The field of instructional design and technology encompasses the analysis of learning

and performance problems, and the design, development, implementation, evaluation

and management of instructional and non-instructional processes and resources

intended to improve learning and performance in a variety of settings, particularly

educational institutions and the workplace. Professionals in the field of instructional

design and technology often use systemic instructional design procedures and employ a

variety of instructional media to accomplish their goals. Moreover, in recent years, they

have paid increasing attention to non-instructional solutions to some performance

problems. Research and theory related to each of the aforementioned areas is also an

important part of the field”.

1.5 Domain Dalam Teknologi Pendidikan

Domain dalam Teknologi Pendidikan melalui dua (2) fasa iaitu;

Fasa pertama: Tahun 1977

Fasa kedua: Tahun 1994

Page 5: Bab 1 teknologi pendidikan

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

5

1.5.1 Domain Teknologi Pendidikan Fasa Pertama Tahun 1977

Domain Teknologi Pendidikan Fasa Pertama adalah berdasarkan definisi

Teknologi Pendidikan oleh The Association for Educational Communication and

Technology‟s (AECT) 1977:

“Teknologi pengajaran merupakan satu proses yang kompleks dan bersepadu yang

melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan dan organisasi untuk menganalisis

masalah-masalah serta mereka bentuk, menilai dan menguruskan penyelesaian

kepada masalah-masalah. Proses pembelajaran itu pula mempunyai matlamat dan

terkawal”.

Berdasarkan definisi tersebut, terdapat tiga (3) fungsi:

i. Pengembangan pengajaran

ii. Sumber pembelajaran

iii. Pengurusan pengajaran

i. Pengembangan Pengajaran:

a) Penyelidikan

b) Reka bentuk

c) Penerbitan

d) Penilaian

e) Logistik

f) Penggunaan

g) Pengedaran

Page 6: Bab 1 teknologi pendidikan

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

6

Fungsi pengembangan pengajaran ini ialah menganalisis masalah-masalah

pembelajaran serta mereka bentuk, melaksana dan menilai penyelesaian kepada

masalah ini. Ia melibatkan satu proses yang mengandungi beberapa peringkat.

Peringkat pertama ialah mengkonsepsikan model teoritikal bagi menyelesaikan

masalah yang dihadapi. Oleh itu, penyelidikan dijalankan bagi memperoleh maklumat

saintifik berkenaan murid, pengajaran dan pembelajaran, sumber pembelajaran dan

sebagainya. Di sini teori dan model dihasilkan dan diuji.

Setelah dikenal pasti teori dan model yang sesuai, maka tugas seterusnya

adalah merekabentuk pengajaran yang selari dengan teori tersebut. Tegasnya, teori kini

ditukar menjadi suatu spesifikasi yang akan menjadi asas kepada pembinaan

pengajaran. Ia dimulakan dengan analisis terhadap murid, menulis objektif, memilih

strategi pengajaran, memilih media pengajaran dan juga menentukan spesifikasi media

tersebut.

Daripada spesifikasi ini, penerbitan media pengajaran dilaksanakan, skrip ditulis,

grafik dan gambar dihasilkan. Selain itu, program pengajaran berpandukan komputer

dan pengendalian alat turut diadakan. Dalam aspek penghasilan atau penerbitan,

segala macam media pengajaran boleh dihasilkan asalkan ada spesifikasinya. Media

pengajaran yang telah dihasilkan tidak boleh terus digunakan. Ia harus dinilai terlebih

dahulu agar benar-benar memberi kesan yang dihajatkan.

Aspek yang paling dititikberatkan dalam proses penilaian ini ialah dari sudut

kemampuannya menepati kehendak objektif. Di samping itu, penilaian terhadap kualiti

teknikal turut dilakukan. Daripada penilaian yang dilakukan, cadangan akan

dikemukakan sama ada hasil penerbitan ini diterima, ditolak atau diterima dengan

pembaikan.

Setelah disahkan keberkesanannya, barulah media sedia untuk digunakan. Di

peringkat penggunaan ini, murid dibantu untuk memilih sumber pembelajaran (media

pengajaran sebahagian daripadanya) yang sesuai dengan pembelajaran mereka serta

membantu mereka menggunakan sumber yang dipilih. Kemajuan murid dipantau

semasa mereka menjalani aktiviti pembelajaran ini.

Page 7: Bab 1 teknologi pendidikan

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

7

Untuk memastikan sumber pembelajaran sentiasa tersedia, logistik atau tempat

pengumpulan perlu disediakan. Di sinilah sumber pembelajaran dikatalog, diselenggara

dan diedarkan. Akhir sekali, bagi memastikan perkembangan teknologi pendidikan

dapat diikuti, peringkat penyebaran pula memastikan agar maklumat tentang teknologi

pengajaran dikumpulkan dan disebarkan, melalui pemberian khidmat nasihat, latihan

dan pemberitaan.

ii. Sumber Pembelajaran:

a) Mesej

b) Manusia

c) Bahan

d) Peralatan

e) Teknik

f) Tempat atau keadaan

Sumber pembelajaran terdiri daripada mesej, manusia, bahan, peralatan, teknik

dan tempat atau keadaan (settings). Setiap komponen boleh digunakan secara terpisah

atau secara kombinasi bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Pada

peringkat penggunaan dan logistik, sumber pembelajaran ini dipilih, digunakan dan

disebarkan. Oleh itu, domain ini merupakan produk daripada proses yang berlaku

dalam domain atau fungsi pengembangan pengajaran.

Sumber pembelajaran ialah apa sahaja yang menyimpan dan/atau menghantar

maklumat kepada murid. Satu daripadanya ialah mesej. Mesej mengandungi maklumat

yang diterima oleh murid. Misalnya, isi pelajaran, arahan dan lain-lain. Manusia

bertindak sebagai penyimpan dan penghantar atau penyebar mesej. Manusia dalam

konteks sekolah adalah seperti pengetua, guru, murid dan ibu bapa. Bahan juga adalah

penyimpan mesej yang akan disebarkan seperti nota, buku, pita video, modul

Page 8: Bab 1 teknologi pendidikan

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

8

pembelajaran, cakera padat dan sebagainya. Peralatan pula berfungsi menghantar

maklumat yang tersimpan di dalam bahan seperti projektor, perakam audio, pemain

cakera video dan sebagainya. Teknik ialah bagaimana bahan, peralatan dan manusia

digunakan bagi menghantar maklumat seperti perbincangan, lawatan, mel elektronik

dan lain-lain.

Tempat atau keadaan merupakan keseluruhan persekitaran. Mesej akan disebarkan

seperti bilik darjah, bilik sumber, makmal sains dan lain-lain lagi. Berhubung dengan

sumber pembelajaran, tidak semuanya direka bentuk khusus untuk pembelajaran.

Bagaimanapun, kebanyakannya masih boleh digunakan sebagai sumber pembelajaran

seperti iklan televisyen, akhbar, katalog barangan pengguna, cerita dari filem atau

televisyen, muzium, zoo, internet dan pelbagai lagi. Dalam hal ini, sumber yang tersedia

ada sama pentingnya dengan sumber yang dihasilkan. Oleh yang demikian, guru dan

murid perlu mengetahui bagaimana menggunakan sumber-sumber tersebut secara

berkesan.

iii. Pengurusan Pengajaran:

a) Pengurusan organisasi

b) Pengurusan kakitangan

Fungsi pengurusan pengajaran adalah menyelaras dan mengawal fungsi

pengembangan serta fungsi sumber pembelajaran dan lain-lain fungsi supaya teknologi

pengajaran dapat berjalan dengan berkesan. Fungsi ini meliputi pengurusan organisasi

dan pengurusan kakitangan. Fokus pengurusan organisasi ialah mentadbir projek

dengan cara mengenal pasti keperluan organisasi, menentukan matlamat dan objektif.

Seterusnya, menguruskan soal perbelanjaan, pembelian serta perkara yang berkaitan

dengan prosedur pentadbiran bagi hubungan dalam dan luar organisasi.

Pengurusan kakitangan pula terlibat dengan perkara yang berkaitan dengan

pengambilan, penyeliaan dan penilaian pekerja. Tujuan utama pengurusan kakitangan

Page 9: Bab 1 teknologi pendidikan

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

9

ialah mewujudkan hubungan baik serta meningkatkan keberkesanan komunikasi antara

pekerja. Jelasnya, tidak dapat dinafikan lagi bahawa teknologi pengajaran dilaksanakan

secara bersepadu di mana usaha manusia, prosedur dan idea bagi mencapai satu

objektif tertentu diintegrasikan seterusnya, untuk menyelesaikan sebarang masalah,

semua fungsi perlu bergerak secara sistematik dan bersepadu.

1.5.2 Domain Teknologi Pendidikan Fasa Kedua Tahun 1994

Domain Teknologi Pendidikan Fasa Kedua adalah berdasarkan definisi

Teknologi Pendidikan oleh The Association for Educational Communication and

Technology‟s (AECT) 1994:

“Teknologi pengajaran adalah teori dan amalan tentang mereka bentuk , membangun,

mengguna, dan menilai proses serta sumber untuk pembelajaran”.

Rekabentuk RB Sistem Pengajaran RB Mesej Strategi Pengajaran Ciri-ciri Pelajar

Pembangunan Teknologi

Percetakan Teknologi

Audiovisual Teknologi

Berasaskan Komputer

Teknologi Bersepadu

Penggunaan Penggunaan Media Difusi dan Inovasi Pelaksanaan Polisis dan Peraturan

Pengurusan Pengurusan Projek Pengurusan Sumber Peng Sistem Penyampaian Pengurusan Maklumat

Penilaian Analisis Masalah Pengukuran Rujukan Kriteria Penilaian Formatif Penilaian Sumatif

Page 10: Bab 1 teknologi pendidikan

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

10

Berdasarkan definisi tersebut, terdapat lima (5) fungsi;

i. Rekabentuk

ii. Pembangunan

iii. Penggunaan

iv. Pengurusan

v. Penilaian

i. Domain Rekabentuk:

Rekabentuk Sistem Pengajaran

Rekabentuk Mesej

Strategi Pengajaran

Ciri-ciri Pelajar

Reka bentuk adalah proses menyatakan syarat yang khusus untuk pembelajaran.

Domain ini merupakan sumbangan terbesar teori teknologi pengajaran kepada bidang

pendidikan yang lebih besar. Tujuan reka bentuk adalah untuk mewujudkan strategi

bersekala besar dalam penghasilan produk seperti program dan kurikulum, serta yang

berskala kecil, seperti pelajaran dan modul. Sebagai contoh, permohonan teori

pengajaran dan pembelajaran untuk reka bentuk kursus atau kurikulum sekolah,

analisis ciri-ciri pelajar dan juga dalam konteks pembelajaran (persekitaran fizikal,

keperluan, tugas), perancangan strategi pengajaran, serta interaksi manusia-komputer /

muka reka bentuk untuk sistem yang direka bagi memudahkan pembelajaran.

ii. Domain Pembangunan:

Teknologi Percetakan

Teknologi Audiovisual

Teknologi Berasaskan Komputer

Teknologi Bersepadu

Domain Pembangunan adalah proses menterjemahkan spesifikasi reka bentuk

Page 11: Bab 1 teknologi pendidikan

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

11

ke dalam bentuk fizikal. Domain pembangunan merangkumi pelbagai teknologi yang

digunakan dalam pengajaran. Bagaimanapun, domain ini tidak diasingkan daripada

teori dan amalan yang berkaitan dengan pembelajaran dan reka bentuk. Ia berfungsi

bebas daripada pengurusan penilaian, atau penggunaan. Pada asasnya, domain

pembangunan boleh digambarkan oleh mesej yang didorong oleh kandungan, strategi

pengajaran yang merupakan teori dan manifestasi fizikal seperti teknologi perkakasan,

perisian dan bahan-bahan pengajaran. Oleh itu, teknologi cetak, teknologi audiovisual,

teknologi berasaskan komputer, dan teknologi bersepadu (seperti multimedia interaktif),

boleh dibangunkan untuk tujuan pengajaran.

iii. Domain Penggunaan:

Penggunaan Media

Difusi dan Inovasi

Pelaksanaan

Polisi dan Peraturan

Domain Penggunaan adalah suatu tindakan menggunakan proses dan sumber

untuk pembelajaran. Mereka yang terlibat dalam penggunaan adalah

bertanggungjawab untuk memadankan pelajar dengan bahan dan aktiviti tertentu,

menyediakan pelajar untuk berinteraksi dengan bahan-bahan terpilih dan

melaksanakan aktiviti, memberi bimbingan semasa perbincangan, menyediakan

penilaian keputusan dan menggabungkan penggunaan ini ke dalam prosedur

berterusan dalam sesebuah organisasi.

iv. Domain Pengurusan:

Pengurusan Projek

Pengurusan Sumber

Peng Sistem Penyampaian

Page 12: Bab 1 teknologi pendidikan

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

12

Pengurusan Maklumat

Domain Pengurusan melibatkan mengawal teknologi pengajaran melalui

perancangan, menyusun, menyelaras dan menyelia. Individu dalam bidang ini kerap

dipanggil untuk menyediakan pengurusan dalam pelbagai ketetapan. Sesuatu

pelaksanaan teknologi pengajaran mungkin terlibat dengan usaha seperti pengurusan

projek pembangunan pengajaran atau pengurusan pusat media sekolah. Matlamat

sebenar untuk aktiviti pengurusan boleh berbeza daripada penetapan sesuatu program

atau aktiviti, tetapi kemahiran pengurusan asas kekal malar tanpa mengira

persekitaran.

v. Domain Penilaian:

Analisis Masalah

Pengukuran Rujukan

Kriteria

Penilaian Formatif

Penilaian Sumatif

Domain Penilaian ialah proses menentukan pencapaian dan melengkapkan

proses pengajaran dan pembelajaran. Ia adalah penentuan rasmi dari segi kualiti,

keberkesanan atau nilai program, produk, projek, proses, objektif, atau kurikulum.

Dalam domain penilaian terdapat empat kategori iaitu penilaian analisis masalah

pengajaran, penilaian kriteria, penilaian formatif dan penilaian sumatif. Sebagai contoh,

teknologi pengajaran mungkin bertindak sebagai perunding, mengenal pasti jurang

antara objektif dan hasil pembelajaran sebenar untuk program atau projek dan

mencadangkan beberapa maklum balas bagi sebarang perubahan.

1.6 Prinsip-prinsip Teknologi Pendidikan

Menurut Roblyer (2003), teknologi pendidikan adalah kombinasi antara proses

dan alatan yang terlibat untuk menangani keperluan dan masalah pendidikan dengan

Page 13: Bab 1 teknologi pendidikan

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

13

memberi penekanan kepada aplikasi alat yang terkini iaitu komputer dan teknologi yang

berkaitan. Kadangkala teknologi juga dilihat sebagai arus pembangunan atau

pemodenan dan biasanya apabila sesuatu organisasi itu maju dan berkembang adalah

kerana pengaruh dan kesan penggunaan alat teknologi itu sendiri. Justeru, teknologi

pendidikan dapat dijustifikasikan sebagai penggunaan prinsip-prinsip saintifik untuk

merancang dan melaksanakan sistem pengajaran. Penekanan adalah kepada

pencapaian objektif pendidikan yang tepat dan ianya boleh diukur, pemusatan kepada

murid dan bukan kepada mata pelajaran.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2012) menyatakan prinsip teknologi pendidikan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran hanya merupakan sebagai bahan bantu

kepada guru untuk mengajar dan tidak boleh digunakan untuk menggantikan

pengajaran. Teknologi pendidikan digunakan untuk membantu guru mengajar dan

membantu murid belajar suatu kandungan mata pelajaran dengan lebih berkesan.

Tegasnya, teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media,

organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam

pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.

Pada prinsipnya, sumber pendidikan digunakan untuk mencapai objektif dan

peringkat perkembangan pengajaran dan pembelajaran bagi tujuan seperti;

i. pengenalan topik

ii. perkembangan pelajaran iaitu penerangan konsep

iii. penutup atau kesimpulan topik pelajaran

iv. penilaian kefahaman terhadap sesuatu topik.

Sumber pendidikan juga perlu digunakan mengikut masa yang sesuai untuk

mengoptimum proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan sumber pendidikan

perlu dirancang dalam tiga peringkat, iaitu;

i. Sebelum penggunaan - merancang masa dan cara bagaimana mengaitkannya

dengan topik yang diajar.

ii. Semasa penggunaan - merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting

yang dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 14: Bab 1 teknologi pendidikan

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

14

iii. Selepas penggunaan - merancang aktiviti lanjutan atau pengayaan dan juga

aktiviti pengukuhan.

1.7 Peranan Dan Kepentingan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Pembelajaran

Dengan perkembangan pesat penggunaan komputer dan perisian pengajaran,

muncul peningkatan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang pentingnya

komputer sehingga timbul suatu lagi literasi yang diistilahkan sebagai literasi komputer

(Heinich et al., 1996). Literasi komputer yang merujuk kepada kemahiran memperoleh

maklumat, berfikir dan berkomunikasi menggunakan komputer dalam abad ini jauh

melebihi kemahiran 3M (membaca, menulis, mengira) suatu ketika dahulu. Murid-murid

kini perlu berliterasi komputer sekiranya mereka ingin bersaing di pusat-pusat pengajian

atau di tempat kerja mereka. Sehubungan itu, dalam menuju era teknologi dan

informasi serta meningkatkan produktiviti, sistem pendidikan negara memerlukan

perubahan dari segi model pendidikan yang ada sekarang kepada suatu model baru

iaitu melalui penggunaan teknologi seperti perisian pengajaran yang boleh

menghasilkan sumber tenaga kerja yang diperlukan untuk pembangunan negara.

Anjakan ke arah penggunaan teknologi pendidikan dan perisian pengajaran juga

adalah sangat penting kerana bentuk pembelajaran pada masa hadapan sudah

pastinya tidak sama seperti keadaan sekarang. Kelas pada masa hadapan mungkin

bukan lagi dalam bentuk bilik, sebaliknya kemungkinan proses pengajaran dan

pembelajaran boleh berlaku 24 jam sehari di mana murid sendiri yang akan

menentukan masa dan tempat mereka perlu belajar. Pengajaran juga tidak boleh hanya

terbatas kepada proses menyampaikan maklumat, tetapi murid perlu diajar kemahiran

untuk memperoleh maklumat.

Teknologi pendidikan merupakan aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik-

teknik ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Dengan

pelbagai kelebihannya, teknologi pendidikan mampu memainkan peranan yang penting

bagi mencapai objektif ini. Antara peranan dan kepentingan teknologi pendidikan yang

dapat meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran ialah;

Page 15: Bab 1 teknologi pendidikan

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

15

i. Membina kemahiran kognitif

ii. Menggalakkan pembelajaran kendiri

iii. Menjadikan pembelajaran aktif

iv. Menggalakkan pembelajaran yang menghiburkan

v. Mempelbagaikan latar belakang dan kaedah belajar

vi. Mengatasi masalah bilangan murid yang ramai

vii. Melibatkan lebih daripada satu deria

viii. Menjimatkan masa pembelajaran

ix. Membantu meningkatkan pencapaian akademik murid

x. Menggalakkan Persekitaran Pembelajaran Positif

xi. Menggalakkan Pendekatan Koperatif

xii. Menggalakkan Pendekatan Kolaboratif

xiii. Mengubah pengalaman pembelajaran

xiv. Mengubah sistem atau pendekatan pengajaran

xv. Mengubah peringkat membuat keputusan

i. Membina Kemahiran Kognitif

Menurut Gagne (1985), murid perlu mengulangi pelajaran beberapa kali

untuk memahami sesuatu konsep pembelajaran. Proses pengulangan yang

dilakukan melalui perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan lebih

membantu murid mengingati sesuatu maklumat berbanding proses

pengulangan melalui bahan bercetak. Sesuatu maklumat yang disampaikan

dalam bentuk verbal (contoh: lisan dan teks) berserta dengan bentuk visual

(contoh: gambar, animasi dan video) akan meningkatkan lagi kadar ingatan

dan mencapai semula maklumat dari memori (Mayer, 2001).

ii. Menggalakkan Pembelajaran Kendiri

Keupayaan menyediakan platform pembelajaran kendiri serta jadual belajar

yang sesuai dengan murid merupakan dua (2) kelebihan perisian pengajaran

dalam teknologi pendidikan yang telah dibuktikan melalui kajian.

Page 16: Bab 1 teknologi pendidikan

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

16

Pembelajaran kendiri melalui perisian pengajaran adalah lebih baik

berbanding kaedah tradisi, di mana melalui pembelajaran kendiri ini murid

boleh mengawal pembelajaran berdasarkan tahap kemampuan serta

kesesuaian mereka.

iii. Menjadikan Pembelajaran Aktif

Perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan mempunyai kelebihannya

dari sudut interaktif yang tidak ada pada media pengajaran lain. Interaktiviti

menggalakkan pembelajaran aktif berlaku dalam kalangan murid pada

sebarang peringkat umur dan komputer adalah satu-satunya media yang

mempunyai potensi ini (Sewell, 1990). Semakin dinamik interaktiviti, semakin

aktif proses pembelajaran akan berlaku. Melalui pembelajaran aktif, banyak

kelebihan dapat dicapai seperti menarik tumpuan murid, membina ingatan

jangka panjang, pembelajaran lebih pantas dan peningkatan motivasi belajar.

iv. Menggalakkan Pembelajaran Yang Menghiburkan

Elemen multimedia terutamanya animasi telah menjadikan pembelajaran

berasaskan perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan itu sesuatu yang

menghiburkan dan menjanjikan pelbagai kemudahan yang tidak pernah

terfikir oleh manusia sebelum ini serta tidak membosankan (Jamalludin,

Baharudin & Zaidatun, 2001; ChanLin, 2000). Penerapan nilai hiburan yang

tidak berlebihan dalam pendidikan sebenarnya akan memberi kesan yang

baik terhadap proses pengajaran dan pembelajaran asalkan ianya tidak

menganggu pembelajaran.

v. Mempelbagaikan Latar Belakang Dan Kaedah Belajar

Perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan membolehkan penyampaian

isi pelajaran kepada murid dalam bentuk yang mudah difahami dan lebih

menarik berbanding buku atau media lain dan mampu memenuhi strategi

Page 17: Bab 1 teknologi pendidikan

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

17

belajar yang bervariasi (Ellis, 2004). Setiap individu mempunyai corak

pembelajarannya yang tersendiri. Pengajaran secara tradisi tidak dapat

memenuhi masalah corak pembelajaran yang berbeza ini. Namun perisian

pengajaran dalam teknologi pendidikan kini dapat memberikan segala

kemudahan ini kepada murid.

vi. Mengatasi Masalah Bilangan Murid Yang Ramai

Perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan dapat mengatasi masalah

keberkesanan pengajaran sekiranya melibatkan bilangan murid yang ramai.

Guru sememangnya dapat menumpukan pengajaran secara individu

sekiranya jumlah murid adalah kecil. Namun, sekiranya berurusan dengan

murid yang ramai, penumpuan secara individu adalah di luar kemampuan

mereka (Heinich et al., 1996). Guru juga akan dapat bersama murid di suatu

tempat yang sama pada suatu tempoh yang terhad, hal ini juga menjadi

faktor penghalang bagi para guru untuk melakukan penumpuan secara

individu terhadap setiap murid. Masalah ini dapat diatasi dengan penggunaan

perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan yang menawarkan

kebolehan menyampaikan maklumat kepada setiap murid secara individu

serta menjamin pencapaian yang baik.

vii. Melibatkan Lebih Daripada Satu Deria

Pendidikan menerusi perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan akan

menggerakkan setiap deria murid untuk terlibat sama dalam proses

pembelajaran. Hal ini bermaksud, deria penglihatan, pendengaran, sentuhan

dan minda seseorang murid itu akan tertumpu dan terlibat secara aktif dalam

proses tersebut (Vaughan, 1998). Penglibatan lebih daripada satu deria

membawa impak positif terhadap proses pembelajaran. Pembelajaran yang

menggunakan satu deria sahaja adalah kurang berkesan berbanding dengan

pembelajaran yang menggunakan pelbagai deria (Neo & Neo, 2001).

viii. Menjimatkan Masa Pembelajaran

Page 18: Bab 1 teknologi pendidikan

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

18

Perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan dapat menjimatkan masa

pembelajaran seseorang murid. Banyak dapatan kajian mendapati

penggunaan perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan mampu

mengurangkan tempoh pembelajaran murid jika dibandingkan dengan

kaedah tradisi (Khairul Hashim, 2003).

ix. Membantu Meningkatkan Pencapaian Akademik Murid

Kebanyakan kajian yang dijalankan menunjukkan keberkesanan teknologi

pendidikan melalui penggunaan perisian pengajaran dari sudut peningkatan

pencapaian murid. Hal ini dapat dilihat melalui tinjauan yang dijalankan

melibatkan 946 kajian dari tahap pra-sekolah sehingga ke tahap universiti

oleh North Central Regional Educational Laboratory, Amerika Syarikat

(NCREL). Setiap kajian ini merumuskan bahawa penggunaan perisian

pengajaran dalam teknologi pendidikan menunjukkan kesan positif terhadap

pencapaian murid serta dapatan markah yang tinggi dalam peperiksaan

(NCREL, 2002) terutamanya terhadap murid lemah (Newby et al., 2000).

x. Menggalakkan Persekitaran Pembelajaran Positif

Penggunaan tekonologi pengajaran yang berkesan dapat merangsang

persekitaran pembelajaran yang positif (berkesan) dan dapat menarik minat

murid. Penggunaan teknologi terkini seperti penggunaan laptop, tayangan

slaid dapat meransang perhatian murid secara optimum jika dilaksanakan

dengan sistematik. Terdapat pelbagai pendekatan pembelajaran yang dapat

dilaksanakan di dalam kelas dengan mengunakan teknologi pendidikan bagi

menjana persekitaran pembelajaran yang berkesan.

xi. Menggalakkan Pendekatan Koperatif

Pendekatan koperatif ialah pembelajaran yang melibatkan murid

bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli

kumpulannya. Dalam pendekatan ini, semua ahli hendaklah bekerjasama di

dalam kumpulan bagi menyelesaikan masalah yang diberikan. Di dalam

Page 19: Bab 1 teknologi pendidikan

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

19

pendekatan ini guru bertanggungjawab untuk memastikan murid dapat

berkerjasama di dalam kumpulan dengan baik. Kemahiran bersosial dalam

kalangan ahli kumpulan dititikberatkan supaya dapat membantu ahli

kumpulan mencapai objektif dan mengekalkan hubungan yang positif. Dalam

melaksanakan pendekatan ini guru hendaklah memberikan motivasi kepada

murid seperti pengiktirafan dan penghargaan sekiranya dapat melaksanakan

tugas yang diberikan dengan baik.

Sebagai contoh, dalam mata pelajaran sains, guru memberikan tugasan

kepada murid untuk mencari sesuatu maklumat yang berkaitan dengan

Sistem Solar. Murid diberikan masa untuk mencari maklumat secara

berkumpulan di dalam perpustakaan dan makmal komputer. Hasil dapatan

tersebut dibentangkan di dalam kelas dengan menggunakan aplikasi media

yang dihasilkan oleh murid. Aktiviti sebegini dapat melahirkan murid yang

mempunyai keyakinan diri yang tinggi, celik teknologi maklumat (IT) dan

dapat berkomunikasi dengan berkesan.

xii. Menggalakkan Pendekatan Kolaboratif

Pembelajaran kolaboratif memerlukan penglibatan semua ahli kumpulan. Ia

memerlukan idea yang mencabar, menyokong dan menambah baik sesuatu

idea sehingga mencapai persetujuan kumpulan. Dalam pendekatan ini, murid

akan mengumpul idea atau data, berkongsi pengalaman, berbincang sesama

mereka dan menyelesaikan masalah bersama. Dalam pendekatan ini juga,

setiap ahli kumpulan hendaklah memberikan komitmen bagi melaksanakan

tugas yang diberi dan sedia untuk saling membantu bagi meningkatkan

prestasi akademik meraka.

Sebagai contoh, dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran sains, guru

meminta murid mencari satu penyelesaian bagi satu permasalahan seperti

faktor yang mempengaruhi pengaratan. Murid diminta untuk mengkaji faktor

yang mempengaruhi pengaratan dan melakukan satu eksperimen bagi

menyokong pendapat mereka. Di sini, guru dapat menggalakkan murid untuk

Page 20: Bab 1 teknologi pendidikan

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

20

menggunakan pelbagai sumber media pengajaran bagi membantu mereka,

seperti tayangan slide show, hasil pemerhatian dan perolehan maklumat dari

sumber internet. Di samping menggalakkan murid berkomunikasi, guru juga

dapat memberikan penekanan terhadap penggunaan teknologi pendidikan

seperti mencari bahan di internet.

xiii. Mengubah Pengalaman Pembelajaran

Penggunaan teknologi pendidikan juga dapat mengubah pengalaman

pembelajaran. Pengalaman pembelajaran amat penting untuk menjadikan

pembelajaran yang berkesan, iaitu pembelajaran yang dapat mengubah

tingkah laku murid. Oleh yang demikian, pengalaman pembelajaran

merupakan aspek yang penting di dalam pelaksanaan kurikulum.

Bagi menjayakan kurikulum, perancangan yang teliti dan rapi hendaklah

diatur supaya ia dapat membantu murid mendapatkan pengalaman

pembelajaran berlandaskan objektif yang ditentukan oleh guru berdasarkan

sukatan pelajaran (KSSR – Standard Pembelajaran) yang telah digubal.

Perancangan seperti penggunaan media yang sesuai sama ada

menggunakan aplikasi komputer, simulasi, tunjuk cara atau apa jua bahan

yang dapat membantu murid memahami pembelajaran hendaklah ditentukan

agar pemikiran secara kritis dan kreatif dapat dijana di dalam kelas supaya

murid mampu mengaplikasikan pembelajaran dengan kehidupan seharian

mereka.

Teknologi pendidikan ini juga telah merubah sistem pengajaran dengan

adanya pelbagai kaedah dan teknik-teknik pembelajaran seperti

pembelajaran secara berkumpulan atau bersendirian, bersama sumber

manusia (tenaga pengajar) dan bahan teknologi (perisian komputer),

pembelajaran koperatif dan melibatkan murid secara aktif di samping

menggalakkan murid berfikir dengan lebih kritis dan kreatif. Perubahan ini

penting bagi memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada

murid bagi menguasai sesuatu pelajaran.

Page 21: Bab 1 teknologi pendidikan

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

21

xiv. Mengubah Peringkat Membuat Keputusan

Seperti yang telah kita ketahui, di Malaysia sukatan pelajaran (Standard

Pembelajaran – KSSR) ataupun kurikulum sekolah telah ditentukan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan tersebut telah digubal

berlandasakan aras kemahiran murid mengikut peringkat umur. Semasa

perancangan sukatan atau standard pembelajaran atau kurikulum ini diolah

dan digubal, perancang kurikulum akan berkerjasama dengan pereka

pengajaran untuk menentukan penggunaan teknologi pendidikan dalam

kurikulum sekolah.

Pada masa dahulu, penggunaan media dirancang semasa kurikulum

dilaksanakan. Oleh yang demikian, pelbagai masalah telah timbul seperti

kurangnya persediaan guru semasa melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran dan kesukaran mendapatkan bahan media yang sesuai untuk

membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Di sini dapat

dijelaskan peranan teknologi pendidikan telah berperanan merubah

kebiasaan yang telah dilaksanakan pada masa dahulu. Sistem pendidikan

kini lebih efisyen dan mampu melahirkan pembelajaran yang berkesan

kepada murid dalam masa yang lebih singkat.

Dengan adanya teknologi pendidikan, pelaksanaan pengajaran

berlandasakan kurikulum yang telah ditetapkan menjadi lebih berkesan,

mudah, berteknologi terkini dan memberikan impak positif kepada

pembelajaran murid dan seterusnya sistem pendidikan.

xv. Mengubah Sistem Atau Pendekatan Pengajaran

Selain daripada mengubah peringkat membuat keputusan, teknologi

pendidikan juga berperanan untuk mengubah sistem atau pendekatan

pengajaran. Hasil pembaharuan teknologi pendidikan ia dapat mempengaruhi

sistem atau pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran. Teknologi

pendidikan juga dapat menukar sistem atau pendekatan pengajaran

konvensional, menerima sistem pembelajaran jarak jauh, sistem kelas

Page 22: Bab 1 teknologi pendidikan

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

22

terbuka atau sistem sekolah bebas. Sebagai contoh, hasil teknologi

pendidikan kini dapat menghasilkan sistem yang lebih sistematik dan teratur

yang dapat memberi manfaat kepada guru dan murid serta memudahkan sesi

pengajaran dan pembelajaran. Penciptaan perisian bagi menyediakan jadual

waktu guru (System Windows), dan yang terkini sistem pengajaran

berdasarkan „IES‟ (Interaction Education System) dapat memudahkan

pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Dalam perisian IES guru

menggunakan komputer semasa pelaksanaan pengajaran dan murid

memberikan maklum balas dengan menggunakan „remote control‟ secara

individu untuk memberikan maklum balas. Melalui sistem ini guru dapat

mengesan hasil pembelajaran dengan lebih cepat iaitu pada setiap kali

pengajaran. Guru juga dapat mengenalpasti aras kefahaman murid secara

individu dengan lebih mudah.

Teknologi pendidikan juga telah merubah sistem pengajaran dengan adanya

sistem pembelajaran jarak jauh yang menggunakan teknologi maklumat

sebagai pengantara ilmu. Jelaslah di sini teknologi pendidikan dapat

mewujudkan persekitaran pengajaran yang positif. Hasil kajian dan ciptaan

teknologi yang canggih daripada para ilmuan cerdik pandai telah

memungkinkan perubahan kepada kepelbagaian sistem dan pendekatan

yang lebih produktif bagi melahirkan generasi ilmuan yang lebih ulung.

Aktiviti Rangsangan:

1. Apakah yang anda faham tentang istilah teknologi?.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan Teknologi pendidikan ?

3. Apakah kepentingan teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran?

4. Bagaimanakah teknologi digunakan untuk pembelajaran?

5. Apakah domain teknologi pengajaran?

6. Apakah peranan domain teknologi pengajaran?

7. Apakah perkaitan antara domain-domain teknologi pengajaran?

Page 23: Bab 1 teknologi pendidikan

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

23

8. Apakah peranan teknologi pendidikan terhadap pembelajaran?

9. Bagaimanakah teknologi pendidikan memberi kesan terhadap proses

pengajaran dan pembelajaran?

10. Apakah peranan lain teknologi pendidikan?

11. Mengapakah teknologi diperlukan dalam pendidikan masa kini?

BIBLIOGRAFI

AECT . Association for Educational Communications and Technology (1977). The

definition of educational technology. Washington DC: AECT.

AECT, Association for Educational Communication and Technology (1994). The

definition of educational technology. Washington: AECT.

AECT, Association for Educational Communication and Technology (2004). Definition

and Terminology Committee document #MM4.0. The meanings of educational

technology. Washington DC: AECT.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Akses pada November 12, 2012 daripada

[http://bibliografi.moe.edu.my/sumberpendidikan/images/psp/Huraian_Sukatan_Modul_

Bab_1.pdf]

Evans T. & Nation D. (Eds) (2000), Changing university teaching: Reflections on

creating educational technologies. London: Kogan Page.

Galbraith, J.K. (1967). The new industrial state. Boston: Houghton Mifflin.

Hedges, William D. Hopkins, L. Thomas. The encyclopedia of education. Vol. 4. New

Page 24: Bab 1 teknologi pendidikan

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

24

York, NY: Crowell-Collier Educational Corporation, 1971.

Yusup Hashim. (1998). Teknologi pengajaran. Shah Alam: Siri Pendidikan Fajar Bakti.