teknologi pendidikan-asas grafik

66
PRINSIP ASAS PRINSIP ASAS GRAFIK GRAFIK TENGKU ADNAN BIN TENGKU MAHMUD JABATAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN INSTITUT PERGURUAN KUALA TERENGGANU EDU 3105 EDU 3105

Upload: artventure-ipkt

Post on 14-Nov-2014

42.205 views

Category:

Travel


6 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

PRINSIP ASAS PRINSIP ASAS GRAFIKGRAFIK

TENGKU ADNAN BIN TENGKU MAHMUD JABATAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN INSTITUT

PERGURUAN KUALA TERENGGANU

EDU 3105EDU 3105

Page 2: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

Asas Grafik Prinsip Reka bentuk visual Peralatan penghasilan grafik

Page 3: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

PRINSIP ASAS GRAFIK

Kejayaan sesuatu bahan bantu mengajar bukan unjuran lazimnya bergantung kepada kualiti dan keberkesanan hasil seni atau bahan grafik yang digunakan. Ia diperolehi melalui perancangan rapi yang merangkumi idea-idea yang teliti serta penggabungan pelbagai jenis teknik penghasilan grafik tertentu. Visual yang banyak menggunakan grafik seperti carta, graf, gambarajah, poster, kartun, lutsinar dan lain-lain bahan bantu mengajar.

Page 4: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

Grafik ialah kombinasi gambar-gambar, lambang-lambang, simbol-simbol, huruf-huruf, angka, perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi konsep dan idea dari pengirim kepada sasarannya dalam proses menyampaikan maklumat.

Sambungan…

Page 5: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

Kepentingan Grafik Dalam Pendidikan

Grafik penting untuk menyediakan bahan-bahan pandangan (visual) yang sangat penting untuk menyampaikan sesuatu mesej tertentu dengan jelas.

Page 6: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

Reka Bentuk VisualReka Bentuk Visual

– Visual ialah alat komunikasi yang dapat menyediakan rujukan konkrit yang lebih baik daripada pernyataan secara lisan atau betulis.

Page 7: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

Konsep dan Fungsi VisualKonsep dan Fungsi Visual

Visual boleh didapati dalam tiga bentuk:– Fotografi– Elektronik– Grafik

Fotografi dan video sebagai satu contoh bahan elektronik. Di mana ianya disediakan dalam bentuk ilustrasi melalui gambar atau visual yang menyerupai situasi yang sebenar.

Page 8: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

Definisi Grafik

Grafik adalah bahan yang dilukis sebagai karangan visual. Ia dapat memberi satu atau lebih keterangan visual. Perkataan grafik sebenar berasal dari perkataan “graphikos” bererti lukisan. Graphier pula ialah perbuatan dan ertinya menulis dengan perkataan.

Page 9: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

– Manakala Grafik menyediakan ilustrasi secara artistik atau simbolik.

Ciri-ciri yang memainkan peranan yang berkesan untuk ketiga-tiga visual tersebut:

Mudah dan jelas dibaca dan difahami. Mesej dapat ditafsir tanpa terlalu bersusah

payah. Mendorong interaksi yang aktif antara pelajar,guru dan maksud yang terdapat dalam visual. Membantu memfokuskan perhatian kepada

maksud yang terdapat dalam visual.

Page 10: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

Elemen Reka Bentuk VisualElemen Reka Bentuk Visual

Elemen grafik bermakna bahan-bahan asas yang digunakan untuk membentuk sesuatu komposisi visual.

Elemen Grafik terdiri daripada:i. Ruang ( Space )ii. Garis ( Line )iii. Permukaan ( Surface )iv. Bentuk tiga dimensi ( Form )v. Bentuk dua dimensi ( Shape )

Page 11: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

1.1. Ruang (Space)Ruang (Space)

– Ruang adalah keluasan yang disediakan bagi sesuatu visual, sama ada sebesar kertas A4, kertas manila mahupun seluas padang bola.

– Ruang terbahagi kepada dua jenis:

Ruang Positif – ruang yang digunakan. Ruang Negatif – ruang yang kosong.

Page 12: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

Ruang negatif

Ruang positif

Page 13: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

• Garis adalah satu elemen yang paling ringkas dan amat mustahak. Tanpanya tidak akan wujud gambaran objek, manusia, suasana dan lain-lain.

• Ia boleh didapati dalam bentuk dua dimensi ( cth. Lakaran pensil ) dan tiga dimensi ( cth: Tali ).

2. Garisan ( Line )2. Garisan ( Line )

Page 14: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

Fungsi garisan ialah:Fungsi garisan ialah:

1. Menunjukkan pergerakan dan arah atau aliran, seperti aliran sungai, tiupan angin, arah larian dan lain-lain.

2. Menunjukkan suasana aman atau ganas seperti letupan.

3. Menunjukkan kemegahan dan kekuatan seperti bangunan.

4. Menunjukkan kekusutan.

Page 15: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

5. Melukis objek atau benda,contoh: cawan, pasu dan lain-lain.

6. Menghubungkan antara satu elemen dengan elemen yang lain.

Page 16: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

3. Permukaan ( Surface )3. Permukaan ( Surface )

• Sesuatu permukaan boleh dirawat dengan memberi warna dan tekstur.

• Permukaan yang kasar atau licin akan memberi kesan ke atas rupa garisan yang dibuat di atasnya.

• Jika anda membuat garisan di permukaan papan hijau dan di papan putih perbezaan ini dapat dilihat dengan jelas.

Page 17: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

4. Bentuk Dua Dimensi (Shape)4. Bentuk Dua Dimensi (Shape)

• Bentuk dua dimensi mempunyai hanya dimensi panjang dan lebar seperti sekeping kertas.

• Terdapat tiga jenis bentuk dua dimensi: a) Bentuk geometri

Page 18: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

b) Bentuk abstrak

Page 19: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

c) Bentuk gambaran

Page 20: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

5. Bentuk Tiga Dimensi (Form)5. Bentuk Tiga Dimensi (Form)

Bentuk tiga dimensi mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi. Ia boleh didapati dalam dua kategori:

Bentuk tiga dimensi sebenar adalah bahan sebenar yang mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi, cth meja.

Bentuk tiga dimensi tiruan ia kelihatan seolah-olah mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi atau tebal, cth gambar foto dan lukisan yang diberi bayang.

Page 21: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

Contoh, lukisan dibawah ini yang menggunakan bayang untuk menunjukkan dimensi ketebalan.

Page 22: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

Prinsip Reka Bentuk VisualPrinsip Reka Bentuk Visual

– Prinsip visual berkaitan dengan kaedah atau cara menggunakan elemen-elemen grafik supaya visual yang dihasilkan menarik dan berkesan.

Page 23: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

Enam prinsip grafikEnam prinsip grafik

i. Simplisitiii. Dominaniii. Polaiv. Seimbangv. Variasivi. Harmoni

Page 24: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

1. Simplisiti

• Simplisiti bermaksud sesuatu rekaan haruslah memungkinkan kefahaman yang cepat dan jelas. Cara yang terbaik ialah dengan mempersembahkan satu perkara pada satu masa.

Page 25: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

2. Dominan

• Dominan merupakan pusat penumpuan atau minat. Dalam sesuatu rekaan visual, objek

atau item utama mestilah ditonjolkan agar dapat dilihat dan dibaca maksudnya.

• Terdapat pelbagai cara untuk mencapai dominan, antaranya ialah :

Page 26: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

a) Menggunakan Peraturan Satu Pertiga (Rule of Third)

Peraturan satu pertiga berdasarkan kajian bagaimana manusia menyaring sesuatu visual. Daripada kajian itu, didapati

perhatian tertumpu lebih di sudut atas kiri daripada tempat-tempat lain.

41% 20%

25% 14%

Page 27: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

b) Warna dan bentuk yang kontrasc) Saiz yang lebih besard) Menggunakan anak panah yang menunjuk ke arah item utamae) Menggunakan garis-garis yang menunjuk ke arah item utamaf) Mewujudkan gerakan dalam rekaan visual seperti pergerakan cecair, guli atau kipasg) Menggunakan lampu atau cahaya yang

memancar.

Page 28: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

3. Pola Pola atau corak berkaitan dengan soal susunan item-

item dalam sesuatu rekaan visual. Aspek susunan ini amat dititikberatkan kerana ia dapat: Menarik penglihatan mata ke arah item yang

utama. Menggerakkan penglihatan mata kepada

keseluruhan visual dalam arah yang betul. Mengekalkan penglihatan mata dan

seterusnya mengikuti aliran persembahan sehingga sampai kepada titik akhir.

Page 29: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

4. Seimbang

Sesuatu yang tidak seimbang akan tumbang. Begitu juga dalam rekaan sesuatu visual ia juga perlu seimbang, di mana elemen grafik disusun supaya beratnya seimbang dalam setiap bahagian reka bentuk. Dengan cara ini, mata rasa selesa memandang.

Page 30: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

Terdapat dua jenis seimbang

a) Seimbang formalBermakna pembahagian yang sama antara dua bahagian visual samada kiri dengan kanan atau atas dengan bawah. Cth:

Jongkang-jongkit yang mempunyai bebanan yang sama jenis di kedua-dua belah.

Page 31: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

b) Seimbang tidak formalBermakna pembahagian yang tidak sama rata antara item kiri dengan kanan atau atas dengan bawah. Cth: Jongkang-jongkit yang masih seimbang tetapi ianya bukan beban atau bahan yang sama jenis, cuma beratnya sahaja yang sama.

Dalam rekaan visual penggunaan penglihatan mata adalah cara untuk menentukan keseimbangan.

Page 32: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

5. Variasi

Elemen-elemen yang digunakan dalam sesuatu komposisi seharusnya menimbulkan perasaan seolah-olah visual itu hidup dan bergerak.

Perlu mempelbagaikan elemen-elemen yang digunakan supaya ia dapat memberi kesegaran dan menimbulkan minat.

Variasi menyokong pola untuk meningkatkan tarikan terhadap visual.

Page 33: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

6. Harmoni

Dalam rekaan grafik kesemua elemen perlu menunjukkan kesinambungan idea atau buah fikiran.

Ini membolehkan mata dan fikiran penonton/pembaca mengikut perkembangan keseluruhan visual.

Justeru harmoni memberikan rasa yakin dan pasti kepada penonton/pembaca kerana mereka dapat melihat hubungan antara elemen-elemen, arah aliran, persembahan, perspektif dan kesatuan mesej.

Page 34: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

Warna

Page 35: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

Roda Warna

Page 36: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

Menjiwai Warna

Page 37: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

Warna PANAS

Page 38: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

Warna SEJUK

Page 39: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

Warna HANGAT

Page 40: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

Warna NYAMAN

Page 41: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

Warna PUCAT

Page 42: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

Warna GELAP

Page 43: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

Warna CERAH

Page 44: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

SkemaAsasWarna

Page 45: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

Juga dikenali sebagaiKOMBINASI WARNA

Page 46: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

Skema Primer

Page 47: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

Skema Sekunder

Page 48: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

Skema Tertiar

Page 49: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

Komplimentari

Page 50: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

Komplimentari Terpecah

Page 51: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

Skema Bertembung

Page 52: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

Skema Analogous

Page 53: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

Skema Akromatik

Page 54: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

Skema Neutral

Page 55: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

Proses membina suatupersembahan berwana

Langkah 1 Jelaskan hasil yang anda mahukan dengan warna

Langkah 4 Perincikan pilihan warna yang lain berdasarkan pengkhususan dalam projek dan citarasa individu

Langkah 3 Pilih satu skema warna berasaskan pilihan warna utama

Langkah 2 Pilih satu warna utama yang melambangkan keperluan projek

Page 56: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

HURUF

Setiap visual biasanya tidak hanya dipenuhi dengan gambar dan lukisan.

Bagi memantapkan maksud, elemen verbal seperti perkataan dan ayat disatukan.

Pakar dalam bidang ini berpendapat bahawa penggunaan tajuk, soalan dan lain-lain perkataan akan dapat meningkatkan keberkesanan sesuatu paparan visual.

Page 57: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

Dalam penggunaan huruf, terdapat tujuh perkara yang perlu diberi pertimbangan iaitu:

i. Stail hurufii. Bilangan stail hurufiii. Huruf besar dan huruf keciliv. Warna hurufv. Saiz hurufvi. Jarak antara hurufvii. Jarak antara baris

Page 58: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

1. Stail Huruf

Terdapat beratus-ratus stail huruf (font) pada masa ini, namun kesemua stail huruf boleh dikelaskan kepada lima keluarga iaitu:a) Huruf Roman

A

Page 59: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

b) Huruf Gotik

Ac) Huruf Sambung atau Cursive

A

Page 60: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

d) Huruf Teks

Ae) Huruf Novelti

A

Page 61: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

2. Bilangan Stail Huruf

Bagi memastikan visual yang dihasilkan kelihatan menarik, elak daripada menggunakan terlalu banyak stail huruf.

Jangan melebihi tiga stail. Pastikan juga, stail huruf bersesuaian dengan mesej.

Page 62: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

3. Huruf Besar dan Huruf Kecil

Pastikan penggunaan huruf besar dan kecil yang wajar dalam reka bentuk anda.

Biasanya huruf besar digunakan pada tajuk. Sub-tajuk dan caption ditulis dalam huruf kecil.

Page 63: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

4. Warna Huruf

Warna huruf turut menyumbang kepada mesej yang hendak disampaikan.

Pemilihan warna huruf perlu diberi perhatian serius. Pernah seorang pelajar menggunakan huruf berwarna

hijau untuk tajuk, “ Aku Terpenjara” warna hijau yang menjadi simbol kesegaran dan kesuburan tentunya tidak sesuai dengan mood yang sedih dan merana.

Page 64: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

5. Saiz Huruf Persoalan tentang berapa besar saiz huruf yang hendak

digunakan boleh dijawab berdasarkan satu prinsip yang mudah iaitu, huruf mesti boleh dibaca dalam satu jarak tertentu seperti rajah dibawah:

1’’2”

2 ½”3’’

4”

20 40 50 60 80Jarak penglihatan dalam kaki

Ketinggian huruf kecil

Page 65: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

6. Jarak Antara Huruf

Huruf perlu dijarakkan dalam keadaan yang seimbang, tidak terlalu jauh dan tidak terlalu rapat.

Huruf tidak dijarakkan dengan menggunakan ukuran biasa seperti menggunakan unit inci, tetapi bergantung semata-mata kepada ketajaman penglihatan.

Page 66: Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

7. Jarak Antara Baris

Prinsip menjarakkan huruf antara baris dan antara huruf adalah sama.

Baris yang terlalu rapat melahirkan rasa bagai dihimpit, manakala terlalu jarak menghilangkan rasa kepunyaan.

Sebagai aturan biasa, bagi sekeping transparensi, bilangan baris dihadkan kepada enam baris sahaja.