bbm teknologi dalam pendidikan

Upload: din261204

Post on 14-Jul-2015

109 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PENDIDIKAN M. Pelajaran: KEMAHIRAN HIDUP 1.9 Tanaman Sayuran b) Penanaman & Penjagaan Mengawal Perosak dan PenyakitDisediakan oleh: Mohamad Faiz b. Damanhuri Mohd Sholehuddin b. Mohamad Ariff

KEMAHIRAN HIDUP TAHUN ENAM / INSTITUT PERGURUAN TUN HUSSIEN ONN

KLIK TETIKUS ANDA PADA IKON-IKON YANG DISEDIAKAN. UNTUK KEMBALI KE MENU ASAL KLIK PADA IKON HOME. KLIK IKON NEXT UNTUK KE LAMAN SETERUSNYA. KLIK IKON PREVIOUS UNTUK KEMBALI KE LAMAN SEBELUMNYA. KLIK IKON LATIHAN UNTUK MENGUJI MINDA ANDA.

Musuh utama sayuran ialah serangga perosak dan penyakit oleh itu, sayuran perlulah dikawal daripada penyakit untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

Petunjuk

Menu

Cabaran Minda

Seterusnya

Sebelumnya

Serangga Serangga merupakan sebahagian besar dari semua ejen perosak. Ia dikenali dengan nama-nama seperti kumbang, lalat, ulat, rama-rama, kutu daun dan lain-lain lagi.

ULAT BUAH BELALANG

Berikut ialah jenis-jenis serangga perosak yang menyebabkan kerosakkan pada tanaman, sila klik pada butang disebelah untuk mendapatkan maklumat selanjutnya.

KUMBANG TANDUK CENGKERIK KEPINDING KUPU-KUPU

.

BELALANG - (Tauchira polychroa) Kelas: Insecta Order: Orthoptera Famili: Acrididae Mengalami metamorfosis ringkas Menyerang daun-daun hijau Meletakkan telurnya di dalam tanah secara berkelompok. Telur menetas menyerupai ibu cuma tidak mempunyai sayap. Setiap kali bersalin kulit, sayap belalang menjadi lebih besar sehingga dewasa. Daun yang sudah tua dan yang termuda dimakannya kerana kurang kandungan lateks.

TELURTelur

NIMFA 1Ulat

Dewasa

Kepom pong

DEWASA

NIMFA 2

TELUR: dalam tanah secara berkelompok sebanyak 70 100 biji sedalam 5 8 cm dlm tanah menetas dalam tempoh 1.5 2 bulan NIMFA: mula-mula, hidup dengan memakan daun tanaman penutup bumi selang beberapa hari,beralih kepada tanaman utama yang masih muda bagi nimfa jantan boleh mencapai peringkat ke-6 dan nimfa betina boleh mencapai peringkat ke-8 DEWASA: belalang betina lebih besar daripada belalang jantan menghasilkan bunyi yang kuat dalam cuaca terang dan panas memakan daun tumbuhan dan jika serangan di tahap teruk pokok boleh mati dan tiada daun

ULAT BUAH KELAS: SERANGGA ORDER: APTERYGOTA FAMILY: NOCTUIDAE Ciri-ciri ulat Meletakkan telurnya di permukaan buah yang hampir masak telur ini akan menetas diperingkat larva yang seterusnya mengorek ke dalam buah berkenaan. Peringkat larva berbadan merah jambu pada keseluruhannya dengan bahagian kepalanya berwarna perang kemerahan dan bahagian hujung abdomen serta belakang protoraks berwaran agak perang tua. Larva ini membesar di dalam buah dengan mengorek dan memakan biji seta isi buah mengakibatkan buah menjadi busuk.

Pada keseluruhannya kepak hadapan bercorak-corak keperangan dengan sebaris tiga tompok kuning yang teratur di bahagian anterior kepak. Biasanya, peringkat instar terakhir keluar dari buah busuk yang telah gugur ke tanah. Ia bertukar menjadi kepompong yang terselindung di dalam kokun yang diperbuat daripada tanah. Kepompong ini berwarna perang kemerahan. Jangka masa peringkat ini dianggarkan sekurang-kurangnya 24 hari. Kitaran hidupnya boleh memakan masa beberapa bulan.

TELURTelur

ULATUlat

Dewasa

Kepom pong

DEWASA

KEPOMPONG

TELUR: dibahagian bawah dan atas daun-daun muda sebiji-sebiji diantara urat daun tempoh masa penetasan 3 4 hari ULAT: merayap di permukan bawah daun memakan tisu-tisu epidermis bawah daun kerosakan tanaman hanya di bahagian serangan ulat sahaja KEPOMPONG: peringkat ini tidak aktif dan berlaku dalam tanah peringkat ini memakan masa selama 12 19 hari DEWASA: menjadi kupu-kupu dan mempunyai warna yang menarik kupu-kupu betina lebih besar daripada kupu-kupu jantan berpasangan selepas sahaja keluar daripada kepompong tidak lama selepas itu kupu-kupu betina akan bertelur tabiat kupu-kupu ini adalah aktif pada siang dan malam

KUMBANG TANDUK Order : Coleoptera. Famili : Scarabaeidae Nama Saintifik : Oryctes Rhinoceros Kumbang ini juga dikenali sebagai kumbang hitam. Kumbang inimenyerang pokok kelapa sawit dan lain-lain pokok jenis palma Bertelur dalam tanah dalam tempoh penetasan antara 5-10 tahun. Larva berwarna putih (3mm-15mm) hidup dengan memakan bahan organic dan akar tumbuhan (67-77 hari). Proses kepompong berlaku di dalam kokun dan memakan masa 11-13 hari.

Kumbang ini bersifat polifagus dan pertaburannya bercorak agak cosmopolitan. Kitaran hidupnya 86-100 hari. Sungguhpun serangan kumbang ini penting,serangan yang luas selalunya tidak berlaku.serangan yang berlaku hanya serangan kecil di beberapa tempat sahaja. Kumbang ini terkawal oleh penyakit dan musuh kumbang semulajadi. Menyerang dengan mengorek tisu lembut pada umbut kelapa.

TELURTelur

ULATUlat

Dewasa

Kepom pong

DEWASA

KEPOMPONG

TELUR: telur warna putih,bulat bujur,diliputi butiran tanah Terdapat di tunggul pokok kelapa,batang kelapa reput Kumbang betina bertelur sebanyak 20 70 biji Masa pengeraman antara 10 18 hari LARVA: berwarna putih kebiruan,mulut berwarna merah coklat badan melentur dan memakan bahan organan mencapai ukuran 60 105 mm panjang,25 mm lebar mengambil masa lebih kurang 3 bulan sebelum jadi kepompong PUPA: mengambil masa kira-kira 19 27 hari kepompong jenis eksarat ditempat makanannya,dalam tanah dan diselaputi kokun DEWASA: berubah menjadi kumbang terbang ke pokok kelapa untuk mencari makan kumbang betina bertelur 30-60 hari selepas meninggalkan kepompong kumbang jantan ada tanduk panjang, betina ada tanduk pendek jangka masa hidup sebagai dewasa lebih kurang 3 bulan

CENGKERIK : (Nisitrus sp) Kelas: Insecta Order: Orthoptera Famili: Tettigonnidae Alat-alat mulut berbentuk memanjang dan bersegmen. Palpus tiada. Tarsus 2-3 segmen, mempunyai cakar yang berkembang baik. Kitaran hidupnya sama dengan belalang. Menyerang daun-daun hijau. Menghasilkan bunyi yang nyaring (mengerik) pada waktu malam bagi menarik perhatian pasangan serta bagi melindungi diri daripada serangan musuh.

Ia juga bergerak dengan melompat. Pada kebiasaannya ia berwama coklat atau hijau dan mempunyai sepasang kepak dan bertelur di kawasan yang lembab. la memakan daun hijau dan mudah didapati di kawasan timbunan pokok atau di kawasan padang mempunyai sesungut yang sangat panjang

TELURTelur

ULATUlat

Dewasa

Kepom pong

DEWASA

KEPOMPONG

TELUR: telur terdapat di tanah secara berkelompok seekor cengkerik betina boleh bertelur 25 50 biji masa penetasan 1 1.5 bulan NIMFA: hidup dengan memakan daun disekitarnya kemudian beralih ke tempat lain dan memakan daun-daun muda pada tanaman utama boleh mencapai beberapa peringkat nimfa kehidupan tidak jauh beza dengan belalang DEWASA: memakan daun muda sepanjang hayat bergerak dalam kumpulan yang banyak boleh memusnahkan tanaman dalam jangkamasa \ yang singkat

KEPINDING BENDI - (Migtis longicornis) Kelas: Insecta Order: Hemiptera Famili: Coreidae Mempunyai bau yang busuk untuk melindungi diri daripada musuh. Menyerang sayur dan buah limau dan mangga Telur diletakkan secara berkelompok sebanyak 2-3 biji setiap kelompok. Jangka masa instar pertama agak pendek dan hanya memerlukan air untuk hidup.

Bersalin kulit pada nimfa kedua dan mula mencederakan pokok perumah. Tabiat ini berlarutan hingga ke peringkat nimfa dewasa. Proses mengawan mengambil masa 2-4 hari. Tempoh tumbesaran daripada peringkat telur hingga ke peringkat dewasa berlangsung selama 29-43 hari.

TELURTelur

ULATUlat

Dewasa

Kepom pong

DEWASA

KEPOMPONG

Serangga ini tidak mempunyai kitaran hidup yang tidak lengkap iaitu bermula dari peringkat telur, anak jelmaan dan dewasa. Kepinding bertelur sebanyak 25 112 biji sepanjang hayatnya. Telur berbentuk bulat, berwarna kebiruandan mempunyai bintik-bintik bentuk bulatan dikeliling permukaan atas. Telur diletakkan di atas permukaan daun. Penetasan berlaku dalam masa 4 7 hari. Selepas menetas muncul anak jelmaan. Anak jelmaan membesar menjadi kepinding dewasa. Serangga ini gemar berkumpul Proses mengawan mengambil masa yang lama diantara 2 4 hari.

KUPU-KUPU (PAPILIO POLYTES ) Kelas: Insecta Order: Lepidoptera Famili: Papiliondea Kupu-kupu atau nama saintifiknya Lepidoptera membawa maksud sayap bersisik. Larva bersifat nomtural, maka aktiviti sebagai makhluk perosak akan bersembunyi di dalam gulungan daun mengikut arah tulang daun. Kupu-kupu sebenarnya bukanlah makhluk perosak tanaman. Namun, semasa tumbesarannya dari telur kepada larva memberi kesan buruk kepada tanaman. Kupu-kupu terdiri daripada kepala, toraks dan abdomen. Larva berwarna kehijauan, berkepala hitam dan diselaputi debu-debu putih yang biasanya akan menetas selepas 5-6 hari.

Kupu-kupu betina juga kelihatan serupa melainkan corak di kepak hadapannya agak kelabu dan kepak belakangnya mempunyai tompok - tompok putih di bahagian tengah dan tanda-tanda merah berbentuk bulan sabit di pinggir. Kitaran hidupnya beriangsung lebih kurang 23-48 hari.

TELURTelur

ULATUlat

Dewasa

Kepom pong

DEWASA

KEPOMPONG

TELUR: Kupu-kupu serangga ini bertelur sebiji-sebiji pada pucuk dan daun muda. Telurnya berbentuk bulat, berwarna putih kekuningan dan menetas dalam masa 14 hari. NIMFA: Peringkat larvanya metalui lima instar. Instar pertama hingga ketiga berwarna perang tua dengan tompok-tompok putih seperti najis burung, manakala instar seterusnya berwarna hijau muda dengan campuran tompok-tompok hitam, perang dan kelabu. ia gemar memakan daun yang masih muda dan bam berkembang. Peringkat instar terakhir boleh mencapai 5 cm panjang. Larva serangga ini memakan daun muda pokok limau . Tempoh tumbesaran adalah di antara 11-30 hari. DEWASA:Serangga dewasa berupa kupu-kupu yang berwarna hitam dengan bintik-bintik putih kekuningan di pinggir hujung kepak hadapan bagi yang jantan.

GAMBAR 1 GAMBAR 2 Serangga perosak menyerang dan merosakkan bahagian-bahagian sayuran seperti daun,batang dan akar. sila klik pada butang disebelah Untuk melihat jenis-jenis kerosakkan tanaman. GAMBAR 3 GAMBAR 4 GAMBAR 5

GAMBAR 1

Serangan perosak pada batang pokok

GAMBAR 2

Serangan perosak pada daun pokok

GAMBAR 3

Serangan perosak pada daun pokok

GAMBAR 4

Serangan perosak pada pucuk pokok

GAMBAR 5

Serangan perosak pada buah

Terdapat tiga jenis racun serangga perosak yang perlu digunakan bagi mengawal agen-agen perosak Klik next untuk melihat jenis-jenis racun serangga dan tindakannya.

Racun sentuh Membunuh serangga yang menyentuh racun ini.

Kesuburan tanaman pada lumrahnya sering diancam oleh pelbagai jenis perosak. Akibatnya hasil dan mutu tanaman terjejas (merosot dan berkurangan). Sebelum membuat apa-apa tindakan dalam usaha untuk mengawalnya, adalah penting terlebih dahulu mengenali apakah hidupan atau agen-agen yang telah menyerang dan merosakan tanaman tersebut. I. Perosak-perosak yang biasa menyerang tanaman hiasan : a. Virus b. Bakteria c. Kulat d. Cacing nematoda e. Serangga f. Haiwan vetebrata (tupai, tikus dan burung) g. Lain-lain haiwan bukan vetebrata (siput, ketam dan hama/mite)

Cara- cara untuk mengenali atau menentukan jenis ejen perosak : a. Dengan melihat dan meneliti tanda-tanda atau cara kerosakan yang disebabkan oleh perosak pada tanaman dan ditunjukan kepada orang-orang yang mahir dalam perkara ini. b. Dengan melihat sendiri rupa bentuk perosak itu dan mengutip sampel perosak yang hidup atau mati dan ditunjukkan kepada orang-orang yang mahir dalam perkara ini.

Tanda penyakit tanaman Simptom (tanda) penyakit tanaman yang dapat dilihat adalah disebabkan gangguan yang dilakukan oleh ejen-ejen atau parasitik. Simptom adalah hasil gangguan fungsi salah satu sistem atau gabungan beberapa sistem di dalam pokok perumah. Tanda penyakit boleh dibahagikan kepada kategori: a. Kematian atau pemusnahan tisu perumah b. Layu dan mati (dieback) c. Pertumbuhan yang luar biasa. d. Pertukaran warna tisu perumah.

PEROSAK ATAU PENYAKITKutu daun

KEROSAKKANMenghisap cairan pokok Membawa penyakit virus

PENGAWALANSembur dengan malathion,dimethoate

Koya Menghisap cairan pokok Teritip pokok Menghisap cairan pokok Sembur dengan malathion,dimethoate Kikis serangga daripada pokok ranting kayu Sembur dengan Kelthane,Malathion, dimenthoate

Hamamah merah Menghisap cairan pokok

Jawab benar atau tidak bagi setiap soalan berikut:

Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4

Kulat ialah salah satu agen penyakit tanaman sayuran?

Tidak

Benar

Jawab benar atau tidak bagi setiap soalan berikut:

Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Racun sistemik ialah racun membunuh serangga yang memakan bahagian tanaman yang disembur racun.

Tidak

Benar

Jawab benar atau tidak bagi setiap soalan berikut:

Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4

Salah satu cara untuk mengenali atau menentukan jenis ejen perosak dengan melihat sendiri rupa bentuk perosak itu.

Tidak

Benar

Jawab benar atau tidak bagi setiap soalan berikut:

Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4

Penyakit sayuran dapat dikawal dengan cara menjaga kebersihan kebun

Tidak

Benar

Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 KLIK IKON SOALAN DAN JAWAB SOALAN YANG DIBERIKAN DENGAN TEPAT

DISEDIAKAN OLEH: MOHAMAD FAIZ B. DAMANHURI MOHD SHOLEHUDDIN B. MOHD ARIFF INSTITUT PERGURUAN TUN HUSSIEN ONN