teknologi dan inovasi dalam pendidikan

31
Faculty of Information and Communication Technology KPT 4033 :TEKNOLOGI & INOVASI DALAM PENDIDIKAN KULIAH 9: SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN (LEARNING MANAGEMENT SYSTEM)

Upload: eric-adreec

Post on 14-Sep-2015

266 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

sistem pengurusan pendidikan

TRANSCRIPT

  • PengenalanSecara ringkas, Content Management System dan Learning Management System mempunyai kesamaan. Kedua-duanya mempunyai ciri-ciri yang sama:pendaftaran pengguna didalam kursus, fungsi komunikasi dengan pelajar, mengesan prestasi pelajar, dan melancarkan bahan pembelajaran.

  • Pengenalan Sambungan.Learning Management System adalah istilah yang digunakan dengan meluas untuk lingkungan sistem-sistem yang menyediakan capaian kepada perkhidmatan pembelajaran secara atas talian untuk:para pelajar, para guru dan pentadbir sistem. Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan termasuk pengawalan capaian, persediaan kandungan pembelajaran, alat komunikasi, dan pentadbiran kumpulan pengguna. Istilah lain yang sering digunakan sebagai sinonim kepada LMS adalah:Content Management System (CMS) Learning Content Management System (LCMS)

  • Definisi - LMSLearning management systems (LMS) merujuk kepada perisian yang keutamaannya bertindak sebagai pendaftar elektronik dengan melaksanakan berbagai pendaftaran dan tugas-tugas yang berkaitan secara elektronik.LMS pada asalnya direka untuk suasana pembelajaran ditempat kerja, dan khususnya digunakan untuk mengurus kesemua program latihan sesuatu organisasi, termasuk pembelajaran tradisional didalam kelas.Saul Carliner

  • Definisi - LMSLearning Management System (LMS) adalah perisian yang mentadbir acara latihan secara automatik.Kesemua Learning Management Systems mengurus log masuk pengguna berdaftar, mengurus katalog-katalog kursus, merekodkan data daripada pelajar, dan menyediakan laporan kepada pihak pengurusan.Hall (2001)

  • Definisi - CMSSecara mudahnya Course Management System (CMS) ialah alat/perisian yang membenarkan tenaga pengajar meletakkan maklumat di web tanpa dia perlu mengetahui atau memahami HTML atau lain-lain bahasa komputer.

    Definisi CMS yang lebih lengkap ialah ia menyediakan satu set alat dan rangka kerja kepada tenaga pengajar yang membolehkan dia mewujudkan kandungan kursus atas talian degan mudah serta mengajar dan mengurus kursus tersebut termasuk berbagai interaksi dengan pelajar yang mengambil kurus itu. John Meerts,

  • Definisi - CMSCourse management systems (CMSs) adalah sistem atas talian yang pada asalnya direka untuk menyokong pembelajaran bilik darjah didalam persekitaran akademik, seperti universiti dan sekolah tinggi. CMSs membolehkan tenaga pengajar dengan mudah mencipta kursus laman web dengan mengikuti model dan muat naik dokumen sedia ada dalam PowerPoint, Word, Excel, Acrobat dan format lain yang terkenal tanpa perlu menukarnya kepada format web (seperti HTML), mereka memerlukan kemahiran khusus yang sedikit. Saul Carliner

  • Definisi - LCMSLearning content management system adalah persekitaran dimana pembangun boleh mencipta, menyimpan, menggunakan semula, mengurus dan menghasilkan kandungan pembelajaran daripada pusat tempat menyimpan objek, kebiasaannya adalah pangkalan data. LCMS secara amnya bekerja dengan kandungan yang berdasarkan kepada model objek pembelajaran. Sistem ini kebiasaannya mempunyai keupayaan mencari yang baik, membolehkan pembangun untuk menjumpai teks atau media yang diperlukan untuk membina kandungan latihan dengan cepat. Hall (2001)

  • Definisi - LCMSLearning Content Management Systems selalu berusaha untuk mencapai pemisahan kandungan, dimana ia biasanya di label dalam XML, daripada persembahan.

    In membolehkan kebanyakkan LCMS menerbitkan format, platform dalam lingkungan yang luas, atau alat seperti cetakan, Web, dan alat maklumat tanpa wayar (WID) seperti PDA and Windows CE handhelds, semua dari sumber bahan yang sama. Hall (2001)

  • Definisi - LCMSLCMS (learning content management system): Satu perisian aplikasi yang membolehkan pelatih dan pengarah yang dilatih untuk menguruskan kedua-dua pentadbiran dan kandungan yang berkaitan dengan fungsi latihan. Sesuatu LCMS menggabungkan keupayaan pengurusan kursus sesuatu LMS (learning management system) dengan keupayaan mencipta kandungan dan menyimpan oleh sesuatu CMS (content management system). by Kaplan-Leiserson

  • Ciri-ciri LCMSLCMSs menyediakan tenaga pengajar dengan keupayaan untuk melaksanakan tugas dibawah:

    Meletakkan bahan kursus diatas talian. Kebanyakkan LCMSs menyediakan butang yang telah diprogramkan untuk silibus kursus, jadual kursus dan bahan kurus yang dikaitkan dengan pelajaran yang khusus, seperti salinan bacaan dan PowerPoint slides daripada kuliah. Mengesan kemajuan pelajar melalui ciri-ciri penilaianMembolehkan tenaga pengajar memberi kuiz dan ujian diatas talian dan buku gred diatas talian, dimana tenaga pengajar boleh meletakkan gred pelajar.

  • Ciri-ciri LCMSPapan diskusi (discussion board)Tenaga pengajar dan pelajar boleh berdiskusi mengenai pembacaan dan menyambung diskusi kuliah diantara sesi kuliah yang formal. Alat komunikasi lain (other communications tools)Membolehkan tenaga pengajar menghantar pengumuman ke kelas dan berhubung dengan pelajar secara individu. Lock box for studentsDimana pelajar boleh menyimpan bahan kelas ditempat yang selamat samada persembahan yang akan diadakan dikelas kemudiannya atau membuat salinan kedua untuk tugasan kelas ditempat yang selamat.

  • Kepentingan LCMS terhadap PendidikanLCMS juga mengambil peranan yang sama penting didalam perusahaan akademik seperti aktiviti mengajar dan belajar.Sesuatu LCMS boleh mengandungi:Aspek pentadbiran jadual kelas, Class rosters, merekodkan gred.Aspek teras dalam pengajaran objek pembelajaran, kelas latihan, kuiz dan ujian.Alat komunikasi real-time chats, asynchronous bulletin board.

  • Cabaran dalam pelaksanaan LCMSPertukaran dengan kemudahan penggunaannya

    Kebanyakkan LCMSs menyediakan tenaga pengajar dengan fleksibiliti yang terhad didalam mereka kursus.

    LCMSs datang dengan seksyen piawaian dimana tenaga pengajar mesti sediakan, dan nama seksyen tidak mudah diubah.

  • Cabaran dalam pelaksanaan LCMSKeupayaan yang terhad untuk menyediakan "e-learning" secara interaktif. Walaupun mereka membenarkan tenaga pengajar menguji pelajar atas talian, ujian tersebut mesti mengikut model dan "e-learning" yang terutamanya mengandungi pembacaan transkrip. Untuk menambah lebih imiginasi dan interaktif "e-learning" melalui authoring tools seperti Flash dan Dreamweaver, tenaga pengajar mesti dihubungkan kepada bahan yang direka secara berasingan. Iaitu, pelajaran itu tidak boleh direka dan dimuat naik kedalam LCMS. Bahan tersebut mesti direka dengan alat yang berbeza dan disimpan ditempat lain.

  • Cabaran dalam pelaksanaan LCMSUjian yang terhad dan keupayaan menyimpan rekod. Walaupun LCMSs membenarkan pelajar mengambil ujian atas talian, ada yang kekurangan langkah-langkah keselamatan untuk mengesahkan bahawa pelajar-pelajar tersebut adalah pelajar-pelajar yang sebenarnya.Sebilangan kecil ada kehilangan ujian yang mana telah dilengkapkan oleh pelajar sebelum menghantarnya kepada tenaga pengajar untuk mendapatkan gred. Walaupun kebanyakkan LCMSs telah menambah keupayaan untuk menghantar gred secara automatik daripada buku gred ke sistem lain yang mengesan kemajuan pelajar, keupayaan ini tidak terdapat didalam kesemua LCMSs dan kebiasaannya menaikkan kos.

  • Cabaran dalam pelaksanaan LCMSKos Apabila pasaran semakin matang dan pengeluar perisian menambah ciri-ciri yang kompleks (terutamanya untuk menyeru pasaran koprat), harga LCMSs telah meningkat secara mendadak dalam tahun kebelakangan ini. Walaupun kos telah mendorong sesetengah universiti untuk menguatkan komitmen terhadap LCMSs mereka, ia juga telah mendorong universiti lain untuk tidak menggunakan CMSs mereka dan menyediakan alat sumber terbuka yang tidak perlu disewa atau dibeli.

  • Jenis-jenis LCMSProprietary System atau Commercial products BlackboardWebCT

    Sistem Sumber TerbukaMoodleATutor

  • Mengenai MoodleMoodle adalah pakej perisian untuk menghasilkan kursus dan laman web yang berlandaskan internet. Ia adalah projek pembangunan yang berterusan yang direka untuk menyokong rangka kerja pendidikan social constructionist. Moodle disediakan secara percuma sebagai perisian sumber terbuka dibawah GNU Public License. Moodle boleh dipasang pada mana-manay komputer yang boleh mengendalikan PHP dan boleh menyokong pangkalan data jenis SQL contoh MySQL. Ia boleh dikendalikan pada multi platform seperti Windows, Macintosh dan sistem operasi Linux. Perkataan Moodle adalah pada asalnya daripada perkataan Modular Object-Oriented Dynamic Learning Environment, dimana ia amat berguna untuk pengaturcara dan ahli teori pendidikan.

  • Contoh Skrin Moodle

  • Contoh Skrin Moodle

  • Contoh Skrin ATutor

  • Contoh Skrin ATutor

  • Rules of Thumb untuk menilai LCMSAda 2 pendekatan untuk menilai produk LCMS:

    Membangunkan senarai ciri-ciri yang diperlukan dan kemudian menilai pelaksanaan produk tersebut berdasarkan ciri-ciri yang telah disenaraikan.Tumpukan kepada proses pendidikan dimana LCMS akan terlibat dan petakan fungsi utama LCMS yang bertentangan dengan proses tersebut.

  • Isu yang perlu diberi perhatianInteroperabilityPada masa ini amat sukar untuk berkongsi kandungan diantara sistem-sistem yang daripada berlainan penjual.

    Content ManagementApabila lebih banyak bahan yang tinggal didalam sistem, adalah perlu untuk mengurus dan berkongsi bahan ini didalam institusi dan diantara institusi.

  • Isu yang perlu diberi perhatianKosDengan kumpulan penjual yang kecil, harga sistem ini masih belum dapat diramalkan.PenilaianDalam cara apa sistem-sistem ini memperbaikai aktiviti mengajar dan belajar? Apabila perbelanjaan kita meningkat lebih banyak masa dan wang menyokong dan menggunakan sistem-sistem ini, Adalah penting untuk berupaya mendokumentasikan value added kepada proses pendidikan.

  • KesimpulanProses mengajar dan belajar yang kompleks memerlukan pelaksanaan model yang kompleks dan multi-faceted. Satu alat tidak dapat memenuhi semua keperluan didalam semua konteks. Kesan perubahan dan pengaruh model yang sedia adamenyebabkan penyelesaian semalam sudah lapuk.Didalam bidang pembelajaran, model yang boleh disesuaikan dengan jenis teknologi yang dipilih dan pentadbiran adalah diperlukan untuk memastikan kesemua kehendak pemegang saham dipenuhi. Penyelesaian hari ini mungkin tidak akan berkesan keesokkan harinya.

  • KesimpulanProses yang disokong perlu digubal supaya perubahan konteks sejajar dengan perubahan dan pendekatan kaedah pembelajaran dan teknologi yang sedia ada.LCMS mempunyai kedudukan dalam pendidikan tinggi (jenis-jenis tahap pembelajaran under-graduate yang tertentu adalah lebih tersusun dan fokus kepada penghafalan atau penerokaan kandungan). Untuk memenuhi kehendak semua pelajar-pelajar dalam berbagai peringkat pendidikan, pandangan pembelajaran multi-faceted (holistic) perlu dipertimbangkan. Persekitaran pembelajaran peribadi menyediakan alat dan model untuk melayani pelbagai kehendak individu pada hari ini adalah semakin meningkat.

  • RujukanLMS Strategic Review Committee (2005), Learning Management System (LMS) Strategic Review, California State University, Chico.Online learning history. (2007). Moodledocs. Retrieved February, 2007, from http://docs.moodle.org/en/Online_Learning_History NKI Forlaget (2003), Onlin Education and Learning Management Systems http://www.studymentor.comJohn Meerts, (2003), Course Management Systems (CMS), EDUCAUSE Evolving Technologies Committee, Wesleyan University.Moodle is a course management system (CMS) http://moodle.org/

  • SOAL JAWAB

  • TERIMA KASIH

    **