bil: 53 / 2013

32
BeritaUKUR Julai-Disember 2012 BeritaUKUR Julai-Disember 2012 1 JUPEM selaku penganjur bersama dengan Pertubuhan Juruukur DiRaja Malaysia (RISM) telah berjaya menganjurkan ISG 2012 (Simposium Antarabangsa dan Pameran Geoinformasi 2012) pada 25-26 September 2012 bertempat di Hotel Istana, Kuala Lumpur. ISG 2012 adalah platform utama bagi pendidikan khusus kepada golongan profesional yang terlibat dalam bidang geoinformasi teknologi, termasuk Sistem Maklumat Geografi (GIS), Geographic Positioning System (GPS), Remote Sensing, Pemetaan Automatik/Pengurusan Kemudahan (AM/FM), Pemetaan Utiliti Bawah Tanah, Kawalan Penyeliaan dan Pangkalan Data (SCADA) dan teknologi berkaitan geospatial. ISG 2012 yang diadakan ini telah berjaya mengumpulkan delegasi antarabangsa dari Indonesia, India, Korea Selatan, United Kingdom dan Netherlands yang terdiri daripada para saintis, ahli akademik dan perindustrian serta agensi-agensi kerajaan, bagi menganalisis kemajuan dan meneroka bidang penyelidikan yang baharu. ISG 2012 yang diadakan ini juga turut memberi tumpuan kepada topik yang baharu mengenai hasil penyelidikan asas merentasi semua sektor teknologi geoinformasi. Program yang diadakan ini turut menarik golongan penyelidik geoinformasi terkemuka dari semua bidang geoinformasi, termasuk sains kognitif, sains komputer, kejuruteraan, geografi, maklumat sains, matematik, falsafah, psikologi dan sains sosial serta telah menawarkan pengisian program teknikal yang menarik, termasuk sesi pleno dan sesi teknikal sebagai memenuhi keperluan saintifik, teknikal dan perniagaan untuk diuji oleh pengamal- pengamal geoinformasi. JUPEM Penganjur Bersama International Symposium & Exhibition on Geoinformation (ISG) 2012 BERITA UKUR Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Bil : 53 JULAI - DISEMBER 2012 ISSN 0128-0414

Upload: dodieu

Post on 31-Dec-2016

265 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bil: 53 / 2013

1 BeritaUKUR Julai-Disember 2012 BeritaUKUR Julai-Disember 2012 1

JUPEM selaku penganjur bersama dengan Pertubuhan Juruukur DiRaja Malaysia (RISM) telah berjaya menganjurkan ISG 2012 (Simposium Antarabangsa dan Pameran Geoinformasi 2012) pada 25-26 September 2012 bertempat di Hotel Istana, Kuala Lumpur.

ISG 2012 adalah platform utama bagi pendidikan khusus kepada golongan profesional yang terlibat dalam bidang geoinformasi teknologi, termasuk Sistem Maklumat Geografi (GIS), Geographic Positioning System (GPS), Remote Sensing, Pemetaan Automatik/Pengurusan Kemudahan (AM/FM), Pemetaan Utiliti Bawah Tanah, Kawalan Penyeliaan dan Pangkalan Data (SCADA) dan teknologi berkaitan geospatial.

ISG 2012 yang diadakan ini telah berjaya mengumpulkan delegasi antarabangsa dari Indonesia, India, Korea Selatan, United Kingdom dan Netherlands yang terdiri daripada para saintis, ahli akademik dan perindustrian serta agensi-agensi kerajaan, bagi menganalisis kemajuan dan meneroka bidang penyelidikan yang baharu.

ISG 2012 yang diadakan ini juga turut memberi tumpuan kepada topik yang baharu mengenai hasil penyelidikan asas merentasi semua sektor teknologi geoinformasi.

Program yang diadakan ini turut menarik golongan penyelidik geoinformasi terkemuka dari semua bidang geoinformasi, termasuk sains kognitif, sains komputer, kejuruteraan, geografi, maklumat sains, matematik, falsafah, psikologi dan sains sosial serta telah menawarkan pengisian program teknikal yang menarik, termasuk sesi pleno dan sesi teknikal sebagai memenuhi keperluan saintifik, teknikal dan perniagaan untuk diuji oleh pengamal-pengamal geoinformasi.

JUPEM Penganjur Bersama International Symposium & Exhibition

on Geoinformation (ISG) 2012

BERITA UKURSuara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia

Bil : 53 JULAI - DISEMBER 2012 ISSN 0128-0414

Page 2: Bil: 53 / 2013

2 BeritaUKUR Julai-Disember 2012

Merakyatkan Perkhidmatan Awam merupakan hasrat Ketua Setiausaha Negara yang baharu iaitu YBhg. Dato’ Sri Ali Hamsa yang dilantik pada 24 Jun 2012 menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan. Ini merupakan cabaran kepada penjawat awam sebagai golongan yang bertanggungjawab dalam menyampaikan segala tindakan dan dasar kerajaan serta menjadikan rakyat sebagai teras kepada segala gerak kerja yang dilakukan. Bagi menyahut cabaran ini, semua warga perkhidmatan awam harus melakukan anjakan paradigma untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Selaras dengan itu 6 prinsip baru transformasi sektor awam yang dicetuskan oleh YAB Perdana Menteri menjadi asas kepada strategi merakyatkan perkhidmatan awam. Prinsip ini merupakan akronim kepada CTI (Cepat, Tepat dan Integriti) dan PCI (Productivity,Creativity dan Inovasion). CTI bermaksud tuntutan melaksanakan tugas dengan cepat, segera dan tepat tanpa halangan dan alasan yang remeh. Manakala PCI membawa bermaksud memberi penekanan kepada produktiviti dan dalam tindakan dan hasil kerja.

Selain itu, penjawat awam juga dituntut untuk lebih kreatif dan berinovatif dengan fikiran dan minda yang lebih berdaya saing, bijaksana dan sentiasa mencari idea baru dengan menggunakan pendekatan strategi lautan biru. Merakyatkan perkhidmatan awam merupakan agenda besar untuk merealisasi kecekapan warga kerja. Bertepatan dengan slogan ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’, pendekatan ‘turun padang’ yang disarankan KSN adalah untuk melihat dengan lebih dekat tentang gerak kerja pegawai bawahan. Sindrom mentadbir dari kerusi empuk perlu dikikiskan. Pengarah, Ketua Jabatan, Ketua Bahagian perlu lebih responsif dan sentiasa mendekati pegawai di bawah seliaan supaya dapat mengetahui punca masalah serta kelemahan untuk segera diatasi.

Pihak pengurusan tertinggi JUPEM telah mengambil langkah menggunakan pendekatan ‘turun padang’ melalui majlis Dialog Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan bersama pelbagai gred jawatan di peringkat Ibu pejabat di sepanjang tahun 2012. Sepanjang majlis ini, hasrat dan harapan pengurusan tertinggi dapat disampaikan secara terus dan jelas. Manakala warga JUPEM boleh menggunakan peluang ini untuk menyampaikan pelbagai isu dan permasalahan yang dihadapi. Selain itu juga pihak pengurusan tertinggi JUPEM mengamalkan sistem terbuka iaitu memberi ruang kepada petugas bawahan untuk berjumpa dan memberi idea serta mengemukakan sebarang masalah.

Tidak dinafikan perkembangan teknologi yang semakin canggih sememangnya menjadi faktor yang mempercepatkan proses kerja dan memudahkan urusan dengan orang awam. Namun, perkhidmatan awam di negara kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada teknologi sebagai kaedah memenuhi pelbagai keperluan rakyat. Sentuhan kemanusiaan oleh penjawat awam masih diperlukan dan penting kerana dalam banyak situasi, penjawat awam perlu menggunakan budi bicara yang berhemah dalam berhadapan dengan karenah orang ramai yang sentiasa memberi tumpuan terhadap sistem penyampaian kerajaan. Pada era langit terbuka dan dunia tanpa sempadan ini, rakyat cukup peka dengan setiap tingkah laku dan tutur kata penjawat awam. Jika timbul sebarang masalah dan rasa tidak puas hati orang awam yang berurusan dengan mana-mana agensi kerajaan, mereka boleh memilih pelbagai medium komunikasi untuk meluahkan masalah.

Selain menghantar surat kepada Biro Pengaduan Awam, orang awam boleh bersuara menerusi medium sosial seperti twitter dan facebook. Jika timbul isu seperti layanan kurang mesra kakitangan awam yang bertugas di kaunter pejabat kerajaan, ianya tidak perlu mengambil masa lama untuk didedahkan menerusi medium sosial. Sebagai penjawat awam, warga JUPEM perlu sedar bahawa orang awam semakin celik dengan kuasa mereka sebagai pelanggan perkhidmatan kerajaan. Piagam pelanggan setiap agensi kerajaan sama ada ia dipatuhi atau tidak, sentiasa menjadi perhatian orang awam. Justeru itu kita perlu peka terhadap tahap pencapaian piagam pelanggan di jabatan masing-masing agar ia tidak dipersoalkan dan diperlekehkan. Piagam pelanggan bukanlah sekadar hiasan dinding di pejabat kerajaan malahan merupakan komitmen yang perlu diutamakan dan diberikan penekanan. Pencapaian piagam pelanggan perlu dipantau dan jika ia tidak menepati sasaran maka langkah pemulihan perlu diwujudkan. Kesimpulannya, imej perkhidmatan awam yang sinonim dengan karenah birokrasi dapat dielak jika penjawat awam komited untuk merakyatkan perkhidmatan awam sebagaimana aspirasi pucuk pimpinan negara.

PenasihatYBHG. DATUK PROF. SR DR. ABDUL KADIR BIN TAIB,

PJN, DSDK, SDK, KMNKetua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia

PengerusiAHMAD FAUZI BIN NORDIN, JSM, KMN

Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I

Ketua PenyuntingSR HJ RAMLI BIN NOR

PenyuntingSR MOHAMAD AZMAR BIN CHE MAT

ROSMARTINI BINTI ABD RAHMAN

Pengarang/JurugambarSURANI BIN LEGIMEN

MOHD ZUMAIRI BIN AHMADHASANUL ARIFFIN BIN MOHD NOR

Ketua Rekabentuk/PercetakanHJ MUHAMMAT PUZI BIN AHMAT, KSD

Sumbangan anda adalah dialu-alukan bagi menjadikan penerbitan Berita Ukur lebih luas dan padat - Sidang Pengarang

RenunganDari Abu Abdullah An-Nu’man bin Basyir r.a. katanya: saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: ‘Sesungguhnya yang halal itu terang (jelas) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara yang syubahat (tidak terang halal atau haramnya) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam perkara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah perkara-perkara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hAtI.‘

Makluman Semua pendapat dan buah fikiran dalam Berita Ukur ini tidak semestinya pendapat rasmi Pentadbiran Jabatan. Sidang Pengarang Berita Ukur mengalu-alukan sumbangan dari pembaca. Segala bahan-bahan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan dan dialamatkan kepada :

PengerusiPenerbitan Berita UkurTingkat 13, Wisma JUPEMJalan Semarak50578 Kuala LumpurTel : 03 - 2617 0800 Faks : 03 - 2617 0990

Page 3: Bil: 53 / 2013

3 BeritaUKUR Julai-Disember 2012

RANGKUMAN BERITA IBU PEJABAT JUPEM

Amalan Gaya Hidup Sihat dalam ‘Jom Sihat’ bersama Dato’ Malek Noor

Tiga siri program ‘Jom Sihat’ yang telah diadakan sepanjang bulan Julai hingga Disember 2012 telah mendapat sambutan hangat warga JUPEM. Pada program kali ini dalam siri ke 3, warga JUPEM bertuah kerana berpeluang bersenamrobik bersama bekas wira bina badan negara yang telah banyak mencapai kejayaan dan menerima gelaran antaranya seperti ‘Mr. Malaysia, ‘Mr. Asia’, dan ‘Mr. Universe’. Program yang diadakan pada 18 Oktober 2012 di perkarangan letak kereta bangunan CAMS telah disertai lebih kurang 200 orang pegawai dan kakitangan JUPEM. Dua orang jurulatih jemputan telah mengetuai aktiviti senamrobik tersebut.

Dato’ Malek Noor turut berada di atas pentas dengan iringan muzik untuk melakukan senamrobik diikuti pegawai-pegawai dan warga JUPEM. Datuk KPUP dan Pegawai pengurusan tertinggi turut serta dalam program ini. Sebelum aktiviti senamrobik, Dato’ Malek Noor bersama KPUP serta pegawai yang lain terlebih dahulu telah melawat pusat gimnasium di tingkat 16, Wisma JUPEM. Beliau turut diberi peluang untuk menyampaikan sedikit pengalaman dan pengetahuannya mengenai gimnasium sebagai motivasi dan dorongan kepada warga JUPEM agar dapat menggunakan kemudahan yang telah disediakan dengan sebaiknya demi kesihatan tubuh badan.

JUPEM Finalis Anugerah Inovasi Negara 2012

JUPEM telah terpilih sebagai finalis Anugerah Inovasi Negara 2012 bagi kategori perkhidmatan anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan penyertaan bertajuk Sistem Malaysia Real-time Kinematic Network (MyRTKnet).

Satu booth pameran mengenai MyRTKnet juga telah dibuka sempena National Innovation Conference & Exhibition (NICE) 2012 yang diadakan selama dua hari bermula 5 hingga 7 November 2012 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) bagi mengetengahkan sumbangan MyRTKnet dalam kerja-kerja ukur yang dilaksanakan di Malaysia. Seramai sembilan (9) orang pegawai Seksyen Geodesi telah bertugas mengikut giliran semasa pameran dijalankan bagi memberikan penerangan kepada orang ramai mengenai perkhidmatan MyRTKnet yang disediakan oleh JUPEM.

Page 4: Bil: 53 / 2013

4 BeritaUKUR Julai-Disember 2012

Majlis Berbuka Puasa JUPEM

Majlis berbuka puasa JUPEM telah diadakan pada 16 Julai 2012 bersamaan 6 Ramadhan 1433H bertempat di perkarangan lobi Wisma JUPEM. Majlis dihadiri oleh YB. Dato Sri Douglas Uggah Embas, Menteri NRE, YBhg. Datuk Zoal Azha Yusof, Ketua Setiausaha NRE, Datuk KPUP serta pegawai dan kakitangan JUPEM. Sempena majlis tersebut telah diadakan majlis penyampaian sumbangan hari raya dari pihak JUPEM kepada anak-anak yatim yang telah disampaikan oleh Menteri NRE. Seorang penceramah agama jemputan turut menyampaikan ceramahnya di majlis tersebut.

Kursus Pembentukan Imej dan Etika Sosial

JUPEM telah menganjurkan satu kursus Pembentukan Imej dan Etika Sosial pada 17 hingga 18 Julai 2012 di Dewan Ukur, Ibu Pejabat JUPEM. Kursus ini telah dihadiri seramai 55 orang pegawai dan kakitangan wanita. Penceramah undangan dari Laluan Minda Sdn. Bhd. iaitu Puan Zailan binti Mohd Yusof telah menyampaikan ceramah sepanjang dua hari kursus.

Di antara objektif program ini ialah;• Memberiperhatiankepadapenjagaanpenampilandiri;• Lebihberkeyakinandalampergaulandanberurusandenganindividulain;• Lebihyakindandapatmenyesuaikandiridalammajlisyangdihadiri;dan• Menjadipersonelyangbolehdicontohiolehanggotalain.

RANGKUMAN BERITA IBU PEJABAT JUPEM

Page 5: Bil: 53 / 2013

5 BeritaUKUR Julai-Disember 2012

Dialog KPUP bersama Pegawai JUPEM Gred 41 hingga 48

Satu Majlis Dialog KPUP bersama pegawai Pengurusan dan Profesional gred 41 hingga 48 telah diadakan di Dewan Ukur, Ibu Pejabat pada 26 Julai 2012. Program ini merupakan lanjutan selepas majlis dialog bersama kaitangan kumpulan Sokongan I dan Sokongan II yang telah diadakan pada tahun 2011. Seramai 70 orang pegawai telah hadir dalam program ini sebagai satu platform rasmi untuk membolehkan mereka menyuarakan pendapat dan masalah secara terus kepada pihak pengurusan tertinggi. Dalam program ini juga YBhg. Datuk KPUP menyatakan kesediaannya untuk membantu dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan tugas rasmi atau permasalahan yang timbul di tempat kerja. Beliau turut memaklumkan bahawa telah berlaku perubahan yang ketara dalam pentadbiran awam berbanding dahulu dan sekarang di mana ketika ini jurang hubungan pegawai atasan dan pegawai peringkat yang lebih rendah telah dapat dikurangkan. Katanya lagi, pihak pengurusan tertinggi digalakkan turun padang supaya permasalahan di peringkat bawahan diketahui. Ini dapat mewujudkan hubungan yang baik supaya setiap permasalahan dapat diselesaikan, selain itu ianya boleh mengelakkan masalah back bitting dan surat layang.

JUPEM sertai Himpunan ‘Janji Ditepati’

Seramai 200 orang warga JUPEM telah menyertai Perhimpunan Janji Ditepati pada 31 Ogos 2012 sempena Sambutan Kemerdekaan ke-55 yang telah diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan untuk menyemai semangat patriotik terhadap rakyat khususnya penjawat awam terhadap Negara. Dalam program tersebut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah menyampaikan perutusan sambutan kemerdekaan ke-55. Perhimpunan turut diserikan dengan persembahan bercirikan perpaduan dan semangat patriotik.

RANGKUMAN BERITA IBU PEJABAT JUPEM

Page 6: Bil: 53 / 2013

6 BeritaUKUR Julai-Disember 2012

Sepagi bersama Ustaz Don Daniyal Biyajid

Satu majlis ilmu yang telah diadakan pada 4 September 2012 di Dewan Ukur kali ini sungguh menarik perhatian warga JUPEM. Ustaz Don yang sememangnya tidak asing lagi sebagai seorang pendakwah muda dan pensyarah dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah dijemput untuk menyampaikan ceramah keagamaan untuk dikongsi bersama dalam program ceramah bulanan anjuran PUSPANITA JUPEM. Seramai lebih kurang 350 orang kakitangan dan pegawai JUPEM hadir dalam majlis tersebut. Turut hadir dalam majlis ini ialah YBhg. Datin Normah binti Mohamad, Pengerusi PUSPANITA JUPEM.

Dalam ceramah yang telah disampaikan oleh Ustaz Don, dua topik utama telah dikupas iaitu menyambut kelahiran anak menurut cara islam dan memberikan nama-nama yang baik kepada anak yang baharu lahir. Cara penyampaian beliau dengan gaya tersendiri, jelas dan mudah difahami selain dirujuk dengan al-Quran dan hadis telah memikat hadirin untuk mendengar ceramahnya hingga ke penghujung.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1433H JUPEM disambut meriah

Pada 30 Ogos 2012 satu majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan bertempat di perkarangan letak kereta bangunan CAMS. Majlis yang dianjurkan oleh JUPEM ini bertemakan ‘1 Malaysia’ telah dihadiri oleh YB. Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dan YBhg. Datuk Zoal Azha Yusof, Ketua Setiausaha NRE sebagai tetamu terhormat. Dalam majlis tersebut juga telah diadakan penyampaian sumbangan ikhlas dari pihak JUPEM kepada anak-anak yatim disampaikan oleh YB. Timbalan Menteri NRE. Beliau turut melapangkan masa melawat gerai-gerai disamping beramah mesra dengan pegawai dan kakitangan JUPEM.

RANGKUMAN BERITA IBU PEJABAT JUPEM

Page 7: Bil: 53 / 2013

7 BeritaUKUR Julai-Disember 2012

JUPEM sertai Pertandingan di Konvensyen KIK

Perkhidmatan Awam Peringkat Wilayah

Persekutuan Ke-9 Tahun 2012

JUPEM telah menghantar kumpulan PADU dari Seksyen Pemetaan Utiliti di Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Peringkat Wilayah Persekutuan pada 19 hingga 20 September 2012 bertempat di Dewan Serbaguna, Menara Seri Wilayah, Putrajaya. Konvensyen KIK yang dianjurkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) diadakan bertujuan memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada penjawat awam yang terlibat dalam KIK. Ia turut memberi peluang kepada ahli-ahli KIK membuat persembahan bagi membuktikan dan memberi keyakinan kepada penjawat awam bahawa KIK boleh dilaksanakan dalam sektor awam.

Sebanyak 16 kumpulan yang terdiri daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menyertai konvensyen ini. Syabas kepada kumpulan PADU kerana berjaya mendapat tempat ketiga dalam kategori Teknikal dengan memperolehi hadiah RM2000.00 berserta sijil penghargaan dan sebuah piala. Hadiah telah disampaikan oleh YB. Datuk M. Saravanan, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

RANGKUMAN BERITA IBU PEJABAT JUPEM

Page 8: Bil: 53 / 2013

8 BeritaUKUR Julai-Disember 2012

Konvensyen KIK 2012 JUPEM disambut meriahInovasi dan kreativiti adalah penanda aras baru global yang menuntut kepada keupayaan penciptaan yang bukan sahaja bersifat baru, unik dan bermanfaat, malahan mampu berfungsi sebagai pemangkin tranformasi kepada kesejahteraan rakyat dan negara.

Penubuhan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) yang diadakan diperingkat JUPEM dapat dijadikan sebagai platform kepada perkembangan kreativiti dan peningkatan daya inovasi di kalangan warga JUPEM. Di samping itu budaya nilai Kerjasama, Integriti, Profesionalisme dan Penyayang (KIPP) di kalangan warga kerja JUPEM dapat diterapkan dengan lebih berkesan lagi.

Pada 7 hingga 8 November 2012 menyaksikan Konvensyen KIK Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia telah berlangsung di Grand Ballroom, Hotel Flamingo, Kuala Lumpur. Konvensyen ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Prof. Sr Dr. Abdul Kadir bin Taib, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia dalam satu upacara yang gilang gemilang. Majlis perasmian turut dihadiri oleh Sr Ahmad Fauzi bin Nordin, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I, Sr Hasan bin Jamil, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II, Pengarah-pengarah Bahagian, Pengarah-pengarah JUPEM Negeri serta wakil-wakil dari setiap bahagian.

Konvensyen kali ini telah berjaya menarik penyertaan empat belas (14) buah kumpulan. Pertandingan ini diadili oleh tiga (3) panel juri yang diketuai oleh Lt. Kol. Mohd Yusof bin Awang (Kementerian Pertahanan) selaku ketua juri dan dibantu oleh Puan Eda Mariati binti Awang (MAMPU) dan Encik Norjufri bin Edrus (Kementerian Luar Negeri).

Kumpulan-kumpulan yang bertanding adalah, Kumpulan TopS1 dari Seksyen Topografi Semenanjung, Kumpulan EDIGIT dari Seksyen Penawanan Data, Kumpulan GiGEO dari Bahagian Geospatial

Pertahanan, Kumpulan JANA KREATIF dari JUPEM Selangor, Kumpulan CUN dari Seksyen Topografi Sarawak, Kumpulan gKS dari JUPEM Kedah, Kumpulan G2(JITU) dari JUPEM W.P.Kuala Lumpur/Putrajaya, Kumpulan KOMPAS dari JUPEM Perak, Kumpulan KEMUDI dari JUPEM Kelantan, Kumpulan GEN_XY dari JUPEM Pahang, Kumpulan TIMBALAI dari Seksyen Topografi Sabah, Kumpulan TASOH dari JUPEM Perlis, Kumpulan JEBAT dari JUPEM Melaka dan Kumpulan POLIGON dari Seksyen Topografi Sabah. Konvensyen ini dimeriahkan lagi dengan persembahan kumpulan KIK jemputan dari Perusahan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. (PROTON). Persembahan mantap oleh kumpulan jemputan tersebut telah mendapat perhatian oleh seramai lebih kurang 300 orang yang telah menghadiri konvensyen tersebut.

Konvensyen kali ini menyaksikan Pasukan GEN_XY dari JUPEM Pahang telah dinobatkan sebagai juara KIK dengan menerima RM5000.00 berserta sijil penghargaan dan piala pusingan. Tempat kedua dimenangi oleh pasukan TopS1 dari Seksyen Topografi Semenanjung menerima hadiah RM3000.00 berserta sijil penghargaan diikuti pasukan gKS dari JUPEM Kedah menerima RM2000.00 berserta sijil penghargaan di tempat ketiga. Turut dipertandingkan ialah kategori Pembentang Terbaik yang dimenangi oleh Puan Rosfadilla binti Sekof dari Kumpulan KOMPAS, manakala bagi kategori Dokumentasi Terbaik telah dimenangi oleh Kumpulan GiGEO diikuti Kumpulan POLIGON memenangi kategori Persembahan Kumpulan Terbaik.

RANGKUMAN BERITA IBU PEJABAT JUPEM

Page 9: Bil: 53 / 2013

9 BeritaUKUR Julai-Disember 2012

JUPEM Raih 4 Kejayaan dalam Sambutan Hari Inovasi NRE

JUPEM berjaya mengukir nama dalam sambutan Hari Inovasi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) 2012 pada 8 November 2012 setelah meraih kejayaan dan menerima anugerah dalam beberapa kategori

yang telah dipertandingkan sempena Hari Inovasi NRE. Berikut adalah kejayaan yang telah diterima;• JohandalamAnugerahKumpulanInovasidanKreatif(KIK)TerbaikKategoriPengurusan• JohandalamAnugerahKumpulanInovasidanKreatif(KIK)TerbaikKategoriTeknikal• TempatKetigadalamPertandinganMontaj5S• TempatKetigadalamPertandinganPosterPropagandaTerbaikKategoriMotivasi

Majlis penyampaian anugerah ini telah di adakan di Dewan Baiduri, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang telah dirasmikan oleh YB. Dato Sri Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, turut hadir YBhg. Datuk Zoal Azha bin Yusof, Ketua Setiausaha NRE dan YBhg. Datuk Prof. Sr Dr. Abdul Kadir bin Taib, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia. Seramai 300 pegawai dari pelbagai jabatan telah hadir pada majlis ini. Hari Inovasi ini diadakan bertujuan meraikan dan mengiktiraf jabatan-jabatan di bawah NRE yang cemerlang dalam membudaya ilmu dan kreativiti. Majlis ini juga diadakan bagi melahirkan warga NRE yang berinovasi dan dapat meningkatkan daya saing kearah membudayakan kreativiti dan inovasi.

JUPEM sertai Sambutan Maal Hijrah 1434H Peringkat Kebangsaan

Seramai 30 orang kakitangan dan pegawai JUPEM menyertai Majlis Perhimpunan Maal Hijrah pada 9 November 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Majlis sambutan yang membawa tema 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah' telah disertai sebanyak 143 kontinjen dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Majlis diadakan bertujuan memperingati dan mengambil iktibar dari peristiwa penghijrahan Rasulullah SAW selain cetusan ke arah menjana ummah gemilang dan fokus untuk melakukan perubahan menuju kejayaan.

RANGKUMAN BERITA IBU PEJABAT JUPEM

Page 10: Bil: 53 / 2013

10 BeritaUKUR Julai-Disember 2012

Dialog KPUP bersama Kakitangan Gred 27 hingga 38

Satu majlis dialog KPUP bersama kakitangan gred 27 hingga 38 telah diadakan pada 9 November 2012 di Dewan Ukur, Ibu Pejabat JUPEM. Seramai lebih kurang 150 orang telah hadir dalam majlis ini. Majlis yang dianjurkan oleh JUPEM merupakan program kali ke 4 yang diadakan bertujuan memberi ruang kepada kakitangan untuk bertemu dan menyuarakan pendapat atau permasalahan yang timbul dengan pihak pengurusan tertinggi JUPEM. Dalam ucapan pembukaan majlis tersebut, Datuk KPUP antaranya menyatakan supaya kakitangan boleh melaporkan terus sebarang ketidakpuasan pentadbiran dan permasalahan kerja kepada pengurusan tertinggi dan beliau berharap agar mengelakkan dari membuat aduan yang tidak mengikut saluran seperti surat layang atau membuat aduan terus ke Biro Pengaduan Awam.

Dalam majlis dialog ini juga, Datuk KPUP menyentuh isu penglibatan kakitangan dalam Kumpulan Koir JUPEM yang semakin berkurangan. Beliau juga menjelaskan bahawa Koir merupakan agenda dalam Perkhidmatan Awam untuk meningkatkan imej jabatan. Penyertaan sebagai ahli kumpulan koir amatlah dialu-alukan dan akan mendapat penghargaan kerana penglibatannya mampu membantu menjulang nama jabatan. Selain dari itu, beliau turut memaklumkan bahawa penglibatan kakitangan dalam kumpulan muzik jabatan yang baru ditubuhkan juga boleh meningkatkan imej JUPEM melalui penyertaan dalam pertandingan atau majlis-majlis rasmi.

Program Kesedaran Kesihatan Kumpulan Pengurusan

Program Kesedaran Kesihatan ini telah diadakan pada 30 November hingga 1 Disember 2012 di Awana Genting Highlands sempena Persidangan Pengarah-Pengarah Ukur 2012. Tujuan program ini bagi memberi kesedaran mengenai penjagaan kesihatan tubuh badan disamping menerima info dari penceramah mengenai cara pemakanan seimbang seiring dengan melakukan aktiviti sihat seperti bersenam. Memberi alasan lapuk seperti tiada masa untuk melakukan senaman mestilah dihindarkan demi kesihatan dan kesejahteraan hidup.

RANGKUMAN BERITA IBU PEJABAT JUPEM

Page 11: Bil: 53 / 2013

11 BeritaUKUR Julai-Disember 2012

Persidangan Pengarah-Pengarah Ukur

Persidangan Pengarah-pengarah Ukur 2012 telah diadakan pada 29 November 2012 di Awana Genting Highlands Golf and Country Resort. YBhg. Datuk Abdul Kadir bin Taib, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia telah merasmikan persidangan ini dan dihadiri oleh Pengarah Ukur JUPEM Negeri dan Ibu Pejabat JUPEM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Persidangan yang diadakan ini bertujuan memberi ruang kepada pihak pengurusan JUPEM untuk membentangkan kertas kerja berkaitan topik perkembangan dan isu semasa Jabatan serta cadangan penambahbaikan yang menjurus kepada meningkatkan kualiti perkhidmatan jabatan.

Sebanyak 13 kertas kerja telah berjaya dibentangkan dengan tajuk-tajuk seperti berikut;• DasardanHalatujuPrint on Demand• MenandaArasKemajuanSistemUkurKadasterdiLuarNegara-PersediaanJUPEMkeArahMenjayakan Kadaster 2.0• KeArahPenghasilanProduk-ProdukFotogrametriBerkuantitiBesardanBerkualitiTinggiDalamTempoh Yang Singkat Melalui Pemprosesan Selari• Kerja-kerjaTertunggakAllahyarhamHj.MaidinbinHjManapdiJUPEMNegeri-IsudanCadanganPenyelesaian• GoogleEarthdiDalamPengemaskinianDataTopografi• PembangunanMaklumatSpatialdanNonSpatialSempadanKampungKeArahKadasterMulti-Purpose Menggunakan Module GLS• PenggunaanQrCodeDalamPengedaranMaklumatUkurdanPemetaan• KeupayaanUAVuntuktujuanPenawananDataGeospatialPertahanan• PembangunanLapisanRizabSungaiBagiPengesananPertindihanPermohonanUkur(PU)• MemasyhurkanJUPEMKeArahSpatially Enable4d Government and Society• KeperluanMengemaskiniMaklumat-maklumatPemetaanDalamPangkalanDataKebangsaanKadaster (NDCDB)• Pemetaan1.X-CabarandanPeluang-peluang• CadanganPenggunaanFormatGeo.pdfTerhadapPetaCetakanTenteraKepadaAngkatanTentera Malaysia

Perhimpunan Pagi bersama Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia (KPUP)Satu Perhimpunan Pagi Bersama KPUP telah diadakan pada 19 November 2012 di Dewan Ukur, JUPEM Perhimpunan ini telah dihadiri lebih kurang 300 pegawai dan kakitangan JUPEM. Perhimpunan pada kali ini merupakan satu perhimpunan yang bersejarah kerana ianya telah diadakan serentak dengan Pelancaran Rakan Alam Sekitar (RAS) dan juga Pelancaran Kumpulan Muzik JUPEM.

Penubuhan kumpulan Muzik ‘JUPEM Unplugged Group’ merupakan satu lagi catatan sejarah selepas 127 tahun kewujudan jabatan ini.

Dalam perhimpunan ini juga, KPUP melahirkan rasa gembira kerana semasa pelancaran RAS dilakukan, seramai 3,902 pegawai dan kakitangan JUPEM telah pun menjadi ahli dengan penyertaan secara online. Beliau turut memaklumkan bahawa dengan menyertai RAS, ahli-ahli akan diberi ruang dan peluang untuk menyertai sebarang aktiviti pemuliharaan alam sekitar yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar, selain dari dapat menjalani gaya hidup yang sihat ianya juga dapat memberikan sumbangan di peringkat nasional.

RANGKUMAN BERITA IBU PEJABAT JUPEM

Page 12: Bil: 53 / 2013

12 BeritaUKUR Julai-Disember 2012

Kunjungan Rasmi & Lawatan JUPEM

20 Julai 2012Participant of Fifth International Summer School and Conference Applied Geoinformatics for Society and Environment (AGSE and FOSS4Geo 2012) anjuran UTM melawat JUPEM.

2 Ogos 2012Sebahagian dari 95 pelajar Geomatika College International dalam sesi lawatan sambil belajar ke JUPEM.

14 September 2012Pelajar Tahun 1 Diploma Ukur Tanah dari UTM International Campus, Jalan Semarak melawat Seksyen Kartografi, JUPEM. 30 Oktober 2012

Pelajar Tahun 1 Diploma Ukur Tanah, Politeknik Ungku Omar Ipoh mendapat pengalaman berguna secara teori dan praktikal dalam sesi lawatan ke JUPEM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

14 Disember 2012Pelajar program Sarjana Muda Sains Gunaan (Biodiversiti dan Pemuliharaan Marin) dan Sains Samudera dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) seramai 100 orang mendengar taklimat sebelum lawatan ke Seksyen Penawanan Data, JUPEM.

27 Disember 2012Lawatan oleh pegawai dari Majlis Negara Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NCOSH) Kementerian Sumber Manusia ke JUPEM melihat cara penyimpanan maklumat data yang dijalankan di Seksyen yang berkaitan.

31 Oktober 2012Seramai 29 pelajar Semester 5 dari Politeknik Merlimau, Melaka membuat lawatan akademik ke Seksyen Percetakan Peta dan Seksyen Penawanan Data, JUPEM.

27 Disember 2012Tiga orang Delegasi dari Badan Informasi Geospasial (BIG) Indonesia mengadakan kunjungan ke JUPEM dalam rangka peningkatan kerjasama antara JUPEM dan BIG.

Page 13: Bil: 53 / 2013

13 BeritaUKUR Julai-Disember 2012

Program-program Outreach

3-4 Julai 2012Festival Sains dan Teknologi peringkat negeri Johor 2012 di SMK Dato’ Penggawa Barat, Pontian, Johor anjuran Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor.

18 Julai 2012Seminar Kesedaran Pemetaan Utiliti 2012 anjuran INSTUN di Hotel Grand Dorsertt, Subang Jaya, Selangor.

7 Julai 2012YBhg. Dato’ TKSU mendapat penerangan berkaitan kerja pengukuran pemetaan utiliti semasa Hari Terbuka INSTUN 2012 di Kampus INSTUN Behrang Ulu, Tanjung Malim.

25-26 September 2012Timbalan Menteri NRE melawat booth JUPEM sempena 11th International Symposium and Exhibition on Geoinformation (ISG 2012) di Hotel Istana, Kuala Lumpur.

4-7 Oktober 2012Pameran sempena Hari Perkampungan ICT 2012 di Perkarangan Pantai Sri Tujoh Tumpat, Kelantan.

20 Oktober 2012Hari Bertemu Pelanggan bersama Jabatan dan Agensi Kerajaan di Wilayah Persekutuan Labuan yang diadakan di Komplek Ujana Kewangan, Labuan.

7-8 November 2012Hari Inovasi NRE di Dewan Baiduri, Wisma Sumber Asli (NRE) Putrajaya yang disertai oleh semua agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

3-4 November 2012Pelbagai aktiviti dijalankan sempena Karnival Paya Indah Wetlands, Dengkil, Selangor dan juga sambutan Hari GIS.

Page 14: Bil: 53 / 2013

14 BeritaUKUR Julai-Disember 2012

Keupayaan UAV Untuk Tujuan Penawanan Data Geospatial Pertahanan

Oleh : Kol. Sr Dr. Mohd Zambri bin Mohamad Rabab Pengarah Seksyen Pembangunan Geospatial (BGSP)

Kertas Kerja ini telah dibentangkan semasa Persidangan Pengarah-pengarah Ukur pada 29-30 November 2012 di Awana Genting Highlands Golf & Country Resort, Pahang

SINOPSIS

Memberi bantuan khidmat geospatial di medan perang adalah merupakan salah satu peranan Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP) di Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Oleh itu, keupayaan memberikan maklumat geospatial yang terkini dan tepat dalam konteks imageri adalah sangat penting dalam memastikan tindakan membuat keputusan ketenteraan yang cepat dan tepat dapat dibuat.

Micro Unmanned Aerial Vehicle (UAV) adalah satu platform yang menjanjikan satu kaedah mendapatkan imageri dengan pantas di lapangan. Hasilnya pula boleh diproses menjadi mozek ortofoto yang merupakan asas kepada pemetaan. Keupayaan ini adalah penting untuk BGSP bagi melengkapkan keupayaan penawanan data di lapangan. Ketika ini BGSP telahpun dibekalkan dengan sistem Geospatial Mobile System (GSMS) dalam menghasilkan produk-produk terrain Analysis dan Rapid Response Product.

Secaraamnya,keperluanmicroUAVuntukpenugasanBGSPmestilahmemenuhikeperluanresponsiveness yang mana sistemmicroUAV tersebutperluberupayamembantupengemaskiniandatapemetaandibuatdengancepat. Keperluan responsiveness ini kebanyakannya tertumpu kepada aktiviti-aktiviti yang melibatkan operasi-operasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM), keselamatan negara serta bantuan kemanusiaan dan bencana alam yang mana pada kebiasaannya bantuan untuk aktiviti-aktiviti tersebut diperlukan berasaskan notis yang singkat. Oleh itu,aspek-aspekaturgerakmicroUAV,kualitihasilortofotodanDigital Surface Model (DSM) serta jumlah masauntukmelaksanakanoperasimicroUAVamatdititikberatkandidalamperolehanpadamasahadapan.

KertaskerjainiakanmempersembahkankajiansecaraliteraturterhadapkeperluanmicroUAVtujuanpemetaandengan memfokuskan kepada keperluan penugasan BGSP membantu operasi ATM. Outcome daripada kajian iniakanmenjadiasasuntukperolehansistemmicroUAVyangoptimumkhususuntukkegunaanpenawanandatapemetaan secara cepat.

1. PENGENALAN

Unmanned Aerial Vehicle (UAV) merupakan pesawat kecil tanpa juruterbang yang boleh diprogramkan untuk penerbangan berasaskan input larian penerbangan yang telah dimasukkan ke dalam processor navigasi di dalam pesawat tersebut. Pesawat kecil ini adalah seperti pesawat kawalan jauh dan boleh berkomunikasi mengunakan radio dan Global Positioning System (GPS) dengan sistem kawalan di darat. UAV telah lamadigunapakai didalam tugasan ketenteraan, terutama di dalam tugasan pengintipan dan taktikal. Namun begitu, perkembangan muktahir dalam pemetaan telah menarik minat kedua-dua golongan tentera dan awam untuk mengkaji dengan lebihmendalamkeupayaanUAVtersebutsebagaialternatifkepadapesawatkomersialpemetaanudara.BanyakkajiandanpembangunanberkenaandenganUAVtelahdijalankandanianyamerupakanteknologisemasadanmasa depan dalam industri ketenteraan dan juga awam.

2. PEMBANGUNAN UAV

Secaraamnya,UAVbolehdikategorikanmengikuttempohpenerbangan(endurance),kelajuan,ketinggiandankemampuan saiz berat muatan seperti berikut (Ibrahim, 2009):

a. HighAltitudeLongEnduranceUAV(HALE).UAVkategoriinibiasanyadigunakanbagitujuankajiansaintifikyang dapat terbang melebihi ketinggian 30,000 kaki sehingga ke lapisan atmosfera.

b. Mid-RangeUAV.UAVdalamkategoriinimampuberoperasimelebihi3jamdanpadaketinggianmelebihi10,000kaki.ContohUAVkategoriiniadalahPredatorUAVyangmampumembawapeluruberpandudanjugadikenalisebagaitaktikaldanattackingmid-rangeUAV.

SUDUT ILMU

Page 15: Bil: 53 / 2013

15 BeritaUKUR Julai-Disember 2012

c. Micro UAV. Micro UAV adalah UAV yang hanya mampu terbang dalam tempoh kurang 1 jam danmempunyai faktormuatanyang terhad.KebanyakanmicroUAVmempunyai rekabentukberdasarkanpesawat glider danmampumembawakamera yang kecil dan ringan.WalaupunmicroUAVmamputerbang melebihi 10,000 kaki, bagi tujuan pengambilan imej udara, tahap optimum kualiti imej yang berguna adalah antara 800 kaki hingga 1200 kaki dan resolusi imej antara 6 cm hingga 15 cm per pixel.

3. APLIKASI PENGGUNAAN UAV

Menerusi kajian literatur yang telah dilaksanakan, antara aplikasi-aplikasi penggunaan UAV dapat dihuraikanseperti berikut:

a. Kajian Cuaca dan Alam Sekitar. HALEUAVmampu terbang keatmosferabagimendapatkan sampleudara (Martin et al., 2010).

b. Pengawasan Sempadan.PemantauanudaramenggunakanUAVuntukmelihatkegiatandisempadan(Gertler and Haddal, 2010).

c. Kajian dan Pemantauan Pertanian.MARDItelahmenggunakanmicroUAVbagimengkajikeberkesananracun serangga dan baja melalui imej udara beresolusi tinggi (Ibrahim, 2009).

d. Pemantauan Perhutanan. UAVdigunakansecarameluasolehnegara-negaramajudidalampenyelidikanperhutanan, terutama bagi kerja-kerja inventori pokok, pemantauan, penguatkuasaan dan sebagainya.

e. Pemantauan dan Penyelengaraan Industri Minyak dan Gas.Penggunaanmid-rangeUAVbagipemantauansaluran-saluran gas di laut bagi mengesan kebocoran dan operasi kecemasan (ING Engineering, 2012).

f. Pemetaan Muka Bumi dan Infrastruktur di Kawasan Operasi Ketenteraan.SistemmicroUAVjenisGatewingtelah digunakan semasa penugasan ketenteraan North Atlantic Treaty Organization (NATO) di Afganistan untuk memetakan muka bumi dan infrastruktur dengan cepat (Teufert, 2011).

4. UAV TUJUAN PEMETAAN

PerkembanganpenggunaanmicroUAVdalambidangpemetaanskalabesaryangamatmengalakkansejakakhir-akhir ini. Ini adalah disebabkan kosnya adalah lebih murah secara relatif berbanding penggunaan pesawat udarakonvensional. Ianyaterbuktidengankemunculanpelbagai jenismicroUAVsamadaberbentukpesawatatau helikopter.

Di antara micro UAV yang menggunakan konsep pesawat adalah seperti Gatewing X100, Pteryx, Sensefly,SmartPlanes,CropCam,MAVincidanLehmannAviation.TerdapatpelbagaikaedahuntukmenerbangkanmicroUAV seperti penggunaan landasan khas ataupun dengan cara meluncurkan dengan tangan (Pix4D, 2012).Untuk proses mendarat pula, kebanyakannnya menggunakan material khas dan tahan lasak yang diletakkan di bawahmicroUAVbagimengurangkanrisikokerosakanmendaratdipermukaanyangtidakrata.TerdapatjugamicroUAVyangmenawarkanpendaratanmenggunakanpayungterjunsepertiPretyx(2012)danjaringsepertiCropCam(2012)bagitujuanpendaratandi lokasiruangmendaratyangtidakluas.ManakalamicroUAVyangmenggunakankonsephelikopteradalah sepertiMikrokopter,AeryonScout™micro-UAV,AibotX6danAscTecFalcon8(Pix4D,2012).MicroUAVdalamkategoriinitidakmemerlukanruangmendaratdanberlepasyangluas.

SUDUT ILMU

Rajah1menunjukkanjenis-jenismicroUAVyangdibangunkanuntuktujuanpemetaan(Pix4D,2012).

Page 16: Bil: 53 / 2013

16 BeritaUKUR Julai-Disember 2012

5. HAD PENGGUNAAN MICRO UAV TUJUAN PEMETAAN

MicroUAVadalahpesawat ringan yang kecil, iaitu 1/3atau 1/5dari saizpesawatberpemandu sebenar (Lin,2008).Sehubungandenganitu,microUAVamatterhaddarisegimuatansertajarakpenerbangan.PenerbanganmicroUAVmemerlukanperancanganyangteliti sebelumsesuatumisipenerbangandilakukan. Ini termasuklahperancangan dalam mengenal pasti bentuk muka bumi kawasan penerbangan, ketinggian, ancaman ganguan signal,ramalancuacadansebagainya.PengendalimicroUAVperlujugamengadakanlawatantapakawalbagimengesahkan keadaan rupa bumi semasa sebelum penerbangan dijalankan.

BerikutadalahbeberapahaddalampenggunaanmicroUAVsepertimanakajianolehIbrahim(2009):a. Kuasa Bateri. Pesawat micro UAV menggunakan bateri dan hanya bertahan selama 30 - 40 minit

penerbangan. Tempoh ini akan membolehkan liputan kawasan yang terhad iaitu lebih kurang 0.5 – 0.8 km persegi bagi satu misi atau jumlah penerbangan sejauh 17 - 20 km.

b. Had Muatan.HadmuatansesebuahmicroUAVadalah terhad.SebagaicontohnyagliderUAVsepertiCropcam hanya mampu membawa muatan kurang dari 1 kg dan menyebabkan hanya sistem kamera yangringandanbiasasahajadapatdigunakanbagimicroUAVini.

c. Faktor Cuaca. Keadaan cuaca buruk seperti angin dan hujanmanghalang penggunaanmicro UAVdenganefektif.KebanyakkanmicroUAVhanyamampubertahanuntuk tiupananginheadwindselaju30 knot sejam. Manakala faktor hujan boleh menyebabkan air masuk ke dalam sistem pengoperasian di airframemicroUAVdanberupayamerosakkansistem-sistemelektronik.

d. Lokasi Pelancaran dan Pendaratan. Kawasan perlancaran dan pendaratan yang luas diperlukan walaupun ianya pesawat kecil. Oleh itu, agak sukar mencari kawasan pelancaran dan pendaratan bagi kawasan-kawasan perumahan, perniagaan dan industri yang mana ia memerlukan kawasan sekurang-kurangnya 200 - 300 meter kawasan lapang.

6. PERISIAN MEMPROSES FOTOGRAFI UDARA MICRO UAV

Fotografi udara yang dicerap oleh micro UAV secara umumnya berjumlah ratusan keping. Keupayaan inimemerlukan perisian yang berupaya memproses fotografi udara berkenaan menjadi produk yang berguna untuk tujuan pemetaan seperti orthophoto dan Digital Surface Modelling (DSM) dengan cepat. Perisian seperti Pix4UAV,AgisoftPhotoScandanEnsoMOSAICadalahmerupakanperisianyangmampumengeluarkanproduk-produk pemetaan berkenaan. Perisian ini bukan sahaja boleh diperolehi untuk kegunaan desktop malah boleh juga dicapai melalui perkhidmatan cloud processingsepertimanayangditawarkanolehperisianPix4UAV.PerisianPix4UAVdidapatipalingpopulardandigunakanolehlebihdaripada10syarikatUAVseluruhdunia.Formatoutputdaripada perisian ini boleh terus dibaca oleh perisian GIS seperti ESRI ArcGIS dan Google Earth Enterprise.

Ketepatan merupakan aspek penting dalam peningkatan pembangunan perisian memproses fotografi udara ini. Sebagaicontoh,perisianPix4UAVberupayamewujudkanketepatanglobalsehingga5cmuntukmendatardanpugak. Keupayaan ini adalah berasaskan kepada kamera biasa yang menghasilkan dataset yang beresolusi 2cm Ground Sampling Distance (GSD) (Strecha, 2011).

Secaraamnya,Strecha(2011)menjelaskanperisianPix4UAVmempunyaibeberapaprosedursebelumberupayamenghasilkanproduk terakhir iaituorthophoto. Sebagaicontohnyauntukperingkatpertama,perisianPix4UAVakan mengira lokasi sebenar dan parameter terhadap imageri asal melalui kaedah Pix4D’s Advanced Automatic Aerial triangulation (AAt) and Bundle Block Adjustment (BBA). Berdasarkan 3D point clouds yang dijanakan semasa proses mewujudkan AAT dan BBA, Digital Surface Model (DSM) seterusnya dapat diwujudkan dengan menghubungkan 3D point clouds tersebut. Langkah berikutnya ialah membuat interpolasi terhadap pixel level point clouds. Dengan ini, setiap pixel gambar udara tersebut akan mempunyai nilai ketinggian dan maklumat ini akan digunakan dalam mewujudkan orthophoto. Selain itu, perisian ini juga berupaya memproses data yang dicerap menggunakan sensor Near Infra Red (NIR) dan thermal.

SUDUT ILMU

Page 17: Bil: 53 / 2013

17 BeritaUKUR Julai-Disember 2012

7. KEPERLUAN MICRO UAV BAGI TUJUAN GEOSPATIAL PERTAHANAN

BGSP telahpun dilengkapi dengan sistem geospatial medan yang boleh diaturgerak secara cepat di medan peperangan. Keupayaan ini adalah untuk melengkapkan peranan Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (DPNM) yang ketika ini lokasinya adalah tetap tetapi mempunyai kemudahan yang lengkap. Sistem geospatial medan ini dipanggil Geospatial Mobile System (GSMS) dan berupaya menghasilkan pelbagai jenis produk geospatial pertahanan seperti terrain Analysis dan Rapid Response Product. Produk-produk ini memerlukan input data imageri interim yang dicerap secara berkala bagi menghasilkan produk yang lebih tepat dan realistik. Penggunaan imej satelit dalam menghasilkan data imageri interim adalah satu kaedah yang amat berkesan namun kosnya agak mahal dan proses perolehan yang memakan masa. Oleh itu, keperluan kepada sistem perolehan imageri alternatif sepertimicroUAVadalahamattinggi.

Secara umumnya, keperluan micro UAV untuk melengkapi sistem GSMS mestilah dapat disesuaikan denganpersekitaran negara kita. Kebanyakan micro UAV di pasaran dibangunkan berasaskan persekitaran negaraEropah yang mana bentuk muka buminya yang banyak litupan padang rumput. Walau bagaimanapun, terdapat padang rumput yang amat terhad dari segi keluasan tujuan pendaratan di negara kita. Selain itu, terdapat juga halanganpugakyangtidakmembenarkanpendaratandibuat.Olehitu,pemilihanmicroUAVmestilahmemilikisistem pendaratan alternatif seperti penggunaan payung terjun dan jaring. Dari segi saiz dan berat kebanyakan sistemmicroUAVdipasaranmemenuhikeperluanoperasi.SelainmelaksanakanuntuktujuanoperasidanlatihanATM,microUAVperlulahberupayamembantuoperasipemetaankawasanyangdilandamasalahkemanusiaandan bencana alam.

Dari segi perisian pemprosesan orthophoto dan DSM, perisian berkenaan perlulah mampu melaksanakan proses tersebut di medan. Ketepatan produk orthophoto yang dihasilkan kebanyakkannya sesuai untuk keperluan pemetaan tujuan ketenteraan. Format produk tersebut hendaklah berkeserasian dengan sistem GSMS sedia ada tanpa perlu menukar format dan sistem koordinit. 8. KESIMPULAN

PenggunaanmicroUAVadalahsatulagiplatformbarumemperolehidataimagerisebagaipilihanpenggunaanpesawatudarakonvensional.TerdapatpelbagaipilihanmicroUAVyangdibangunkanuntuktujuanpemetaan.BanyakkebaikanpenggunaanmicroUAVsepertipenerbangandibawahawanmembolehkankualitigambaryang lebih baik daripada imej satelit serta kos pengoperasian yang lebih rendah berbanding pesawat konvensional. KajianResearchandDevelopment(R&D)yangberterusanolehpembekalmicroUAVdanjugaperisianpemprosesanimageri berupaya memperbaiki ketepatan produk orthophoto dan DSM pada masa hadapan.

MicroUAV jugaamatpentinguntuktujuanpemetaanpertahanandanperludiintegrasikandenganperalatanGSMS sedia ada. Maklumat geospatial interim seperti terrain Analysis dan Rapid Response Product dapat dijanakan terusdaripadaprodukUAVberkenaandimedanperang.Sehubungandenganitu,BGSPdapatmemanjangkanperkhidmatan geospatial di medan dengan lebih berkesan berbanding perkhidmatan sedia ada.

RUJUKAN• Cropcam, 2012, CropCam – Image on Demand. URL: http://www.cropcam.com/• Gertler J. and Haddal C. C., 2010, Homeland Security: Unmanned AerialVehicles and Border Surveillance, Congressional Research

Service, URL: http://www.crs.gov• Ibrahim I., 2009, Penggunan UAV Bagi Applikasi Awam . URL: http://gisondemand.blogspot.com/2009_08_01_archive.html• ING Engineering, 2012, UAVs Offer Sensor Solutions to the OIL & GAS Industries, URL: http://www.ingengineering.com/wp-content/

uploads/O-PG.pdf• Lin Z., 2008, UAV for Mapping – Low Altitude Photogrammetric Survey. The International Archived of the Photogrammetry, Remote

Sensing and Spatial Information Sciences, Vol. XXXVII. Part B1. Beijing p1183.• Martin S., Bange J. and Beyrich F., 2010, Meteorological profiling of the lower troposphere using the research UAV ‘M2AV Carolo’, URL:

http://www.atmos-meas-tech.net/4/705/2011/• MikroKopter, 2012, MikroKopter. URL: http://www.mikrokopter.de/ucwiki/• Pix4D, 2012, Pix4D – Next Generation Aerial Image Processing Software. URL: http://pix4d.com/• Pteryx, 2012, Pteryx UAV – The Ultimate Photomapping Tool. URL: http://www.trigger.pl/pteryx/• Strecha C., 2011, Automated Photogrammetric Techniques on Ultra-light UAV Imagery. URL: http://www.pix4d.com/downloads/

pix4uav_accuracy.pdf• Teufert J., 2011, Rapid Terrain and Infrastructure Mapping in Precarious Conditions using mini-UAV. Esri User Conference in San Diego

Jul 2011.

SUDUT ILMU

Page 18: Bil: 53 / 2013

18 BeritaUKUR Julai-Disember 2012

BERITA JUPEM NEGERI/SEKSYEN

Bengkel KIK Siri 2 6 - 8 Julai 2012JUPEM Perlis telah mengadakan Bengkel Pemantapan KIK bertempat di Hotel Seaview, Langkawi. Seramai 21 orang peserta menghadiri bengkel ini dengan tujuan untuk memahami aspek peningkatan produktiviti dan kualiti selain untuk mengetahui konsep dan asas pelaksanaan proses KIK serta mendapatkan pendedahan kepada kaedah inovasi dan kreatif dalam semua aktiviti KIK.

Karnival Sukan JUPEM Kedah

8 Julai 2012Kanival Sukan yang telah diadakan di padang Politeknik Sultanah Bahiyah, Kulim Kedah telah mendapat sambutan hangat warga JUPEM Kedah. Dalam program yang diadakan itu, empat pasukan telah dibentuk iaitu Harimau Buas (merah), Beruang Comel (biru), Kancil Bijak (kuning) dan Angsa Ganas (hijau). Acara perasmian telah dilakukan oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan Kedah Sr. Haji Mohammad Yunus bin Md. Yusof. Antara aktiviti sukan yang dipertandingkan ialah bola tampar, bola jaring, futsal, karom, damak dan tarik tali.

Page 19: Bil: 53 / 2013

19 BeritaUKUR Julai-Disember 2012

BERITA JUPEM NEGERI/SEKSYEN

Perasmian Bangunan Utama Balai Cerap Selangor

19 Julai 2012JUPEM Selangor telah dijemput oleh Jabatan Mufti Selangor di perasmian Bangunan Utama Balai Cerap Selangor oleh DYMM Sultan Selangor. Bangunan yang terletak di Sungai Lang, Sabak Bernam ini merupakan Balai Cerap yang pertama di negeri Selangor yang telah dilengkapi dengan 2 teleskop robotik canggih serta sistem kubah yang boleh berputar 360 darjah, manakala di bahagian atas koridor pula telah disediakan 8 pilar untuk cerapan hilal menggunakan alat total station. Turut serta dalam majlis perasmian ini ialah Pengarah Ukur JUPEM Selangor, Sr. Ahamad bin Zakaria, Pengarah Ukur Seksyen Geodesi, Sr. Dr Azahari bin Mohamed, serta beberapa orang pegawai dan kakitangan Pejabat Ukur Daerah Barat dan Timur.

Mencerap Hilal Ramadhan 1433H

19 Julai 2012Satu program mencerap Hilal Ramadhan oleh JUPEM Perlis telah diadakan di Kampung Kuala Sungai Baru, Perlis. Program yang dianjurkan oleh Pejabat Agama Islam Perlis bertujuan untuk menentukan bilakah bermulanya bulan Ramadhan selain menjadi penentu kepada umat Islam permulaan melakukan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Program ini turut dihadiri oleh DYMM Raja Muda Perlis selaku Yang Dipertua MAIPS.

JUPEM Kedah Sertai Pertandingan Keceriaan Merdeka Tahun 2012

Peringkat Negeri

15 Julai 2012Sempena Hari Kemerdekaan ke-55 JUPEM Kedah telah menyertai pertandingan dalam kategori pintu gerbang anjuran Jabatan Penerangan Malaysia. Penyertaan pertandingan ini adalah sebagai tanda semangat patriotik dan cintakan Negara. Dalam pertandingan ini JUPEM Kedah telah berjaya memenangi Anugerah Terbaik kategori tersebut dan telah menerima hadiah RM 500.00 serta sijil penghargaan dan sebuah piala.

Page 20: Bil: 53 / 2013

20 BeritaUKUR Julai-Disember 2012

Lawatan KPUP di Sempadan Bersama Negeri Terengganu - Kelantan

20 Julai 2012Datuk KPUP bersama pegawai kanan JUPEM telah mengadakan lawatan ke tapak sempadan negeri Kelantan – Terengganu. Tujuan lawatan ini adalah untuk meninjau dan mengetahui perkembangan dan permasalahan mengenai kerja ukuran yang dijalankan. Terdahulu dari itu satu taklimat mengenai pengukuran dan penandaan batu sempadan telah disampaikan oleh pegawai daripada Seksyen Topografi Semenanjung Malaysia.

Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Penandaan dan Pengukuran Sempadan

Bersama Negeri-negeri (JKPPSBN)

19 Julai 2012Mesyuarat JKPPSBN Bil 1/2012 telah diadakan di Bukit Keluang Beach Resort, Besut, Terengganu dan telah dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dan dihadiri oleh wakil-wakil dari NRE, wakil daripada Kerajaan Negeri-negeri Semenanjung Malaysia, Pengarah-pengarah Ukur Negeri serta wakil dari Pejabat Tanah dan Galian Negeri-negeri.

BERITA JUPEM NEGERI/SEKSYEN

Kelab Sukan JUPEM Selangor Lawat Rumah Anak Yatim 14 Ogos 2012Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak, Kelab Sukan dan Kebajikan JUPEM Selangor telah mengadakan program lawatan ke Rumah Anak-Anak Yatim dan Asnaf As-Solihindi Sijangkang, Selangor. Mengambil keberkatan, barakah dan fadhilatnya, satu tabung Sumbangan Anak Yatim telah dilancarkan. Tabung ini bertujuan untuk membuat kutipan dan memudahkan kakitangan membuat sumbangan untuk disalurkan ke rumah anak yatim yang dipilih. Sumbangan yang berupa wang tunai, cenderahati dan juadah raya telah disampaikan oleh Sr Ahamad bin Zakaria, Pengarah Ukur JUPEM Selangor.

Page 21: Bil: 53 / 2013

21 BeritaUKUR Julai-Disember 2012

Kursus Pengurusan Stress

2 - 4 September 2012Seramai 20 orang pegawai dan kakitangan JUPEM Kelantan terdiri dari pegawai pengurusan, AJK Majlis Bersama Jabatan (MBJ) dan AJK Pemantauan Kerja Juruukur Tanah Berlesen JUPEM Kelantan telah menghadiri Kursus Pengurusan Stress bertempat di Demong Resort, Besut, Terengganu. Pengisian kursus ini antaranya, peserta telah diberi penerangan mengenai stress di kalangan kakitangan dan cara untuk menghindarkan dari mengalami stress dalam kerja seharian. Gejala stress terhasil antaranya apabila seseorang itu merasa keperluan melebihi dari keupayaan atau sumber yang ada pada dirinya.

BERITA JUPEM NEGERI/SEKSYEN

Upacara Pecah Tanah Di Sempadan Antarabangsa Malaysia – Brunei Darussalam

3 September 2012 Bertempat di Sungai Tujoh, Sempadan Malaysia – Brunei Darussalam satu upacara pecah tanah telah berlangsung bagi menandakan permulaan pembinaan Tanda Sempadan antarabangsa Malaysia - Brunei Darussalam, yang disempurnakan bersama oleh CPD Malaysia, Sr Sohaime Haji Rasidi dan CPD Brunei Darussalam, Awang Arefin Haji Jaya. Di tapak itu juga telah dibina Monumen Fundamental Layer Control Type A yang pertama bagi Sempadan Malaysia - Brunei Darussalam. Turut hadir sempena Majlis Pecah Tanah tersebut ialah Dato’ Robet Lian, Pengarah Imigresen Sarawak, Encik Abdul Aziz, Penolong Residen Bahagian Miri, kakitangan Jabatan Ukur

Brunei Darussalam, kakitangan JUPEM Sarawak serta kakitangan CIQ Sungai Tujuh yang terdiri daripada Jabatan Imigresen, Kastam Diraja Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

Kempen Derma Darah 5 September 2012 Seksyen Topografi Sabah dengan kerjasama Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kota Kinabalu telah menganjurkan Kempen Derma Darah. Program yang diadakan ini telah berjaya mengutip sebanyak 64 beg/pints darah yang didermakan oleh pegawai dan kakitangan Seksyen Topografi Sabah serta orang awam yang hadir. Sebuah ‘booth’ dan gerai pameran telah dibuka bagi mempromosikan produk-produk Jabatan kepada para pengunjung.

Page 22: Bil: 53 / 2013

22 BeritaUKUR Julai-Disember 2012

BERITA JUPEM NEGERI/SEKSYEN

Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Sekyen Topografi Sarawak

10 September 2012Bertempat di Ruang Legar, Tingkat 7, Bangunan Sultan Iskandar, Kelab Sukan dan Kebajikan telah menganjurkan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Ukur Topografi Sarawak Sr Sohaimie bin Hj. Rasidi. Majlis diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silatulrahim sesama kakitangan.

Ceramah Perdana dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri

6 September 2012Satu Majlis Perhimpunan Bulanan dan Sambutan Hari Raya Adilfitri sempena Hari Kemerdekaan ke 55 tahun telah diadakan di perkarangan JUPEM Kelantan. Dalam pengisian program ini, satu sesi ceramah perdana yang disampaikan oleh Ustaz Mahzami bin Muhamed, Penolong Pengarah Hal Ehwal Dakwah Jabatan Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) dengan tajuk ceramah ’Cara Penghayatan Hari Kebangsaan dan Hari Raya Aidilfitri Mengikut Cara Islam’. Dalam ceramahnya beliau menyeru agar hadirin dapat menghayati dan mengisi nikmat kemerdekaan mengikut kehendak yang dituntut oleh agama Islam. Dalam ceramahnya juga beliau turut menceritakan tentang besarnya hikmah merayakan hari raya.

Anas menceritakan:“Ketika Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, ada dua hari raya yang disambut meriah oleh penduduknya. Maka Baginda bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik daripada itu, iaitu Aidiladha dan Aidilfitri .” (Hadis riwayat Abu Daud dan An-Nasa'i)

Majlis telah dirasmikan oleh Sr. Dr. Zainal bin A Majeed, Pengarah Ukur dan Pemetaan Kelantan. Dalam ucapan perasmiannya beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan yang terlibat bagi menjayakan majlis tersebut. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran daripada anak-anak kalangan orang kelainan upaya (OKU), Juruukur- juruukur Tanah Berlesen serta wakil Jabatan-jabatan berhampiran.

Page 23: Bil: 53 / 2013

23 BeritaUKUR Julai-Disember 2012

BERITA JUPEM NEGERI/SEKSYEN

Kempen Kesedaran Kesihatan

19 September 2012 Bagi meningkatkan kesedaran kesihatan dikalangan pegawai dan kakitangan, satu program kempen ‘Berjalan Lapan Ribu Langkah Sehari′ telah diadakan bermula jam 3.30 petang hingga 4.30 petang di Sembulan RiverPark yang terletak 200 meter daripada pejabat Seksyen Topografi Sabah. Program tersebut telah diketuai oleh Sr Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, Pengarah Ukur Seksyen Topografi Sabah. Satu sesi ceramah motivasi telah disampaikan oleh beliau semasa rehat mengenai pentingnya kesedaran menjaga kebersihan alam sekitar terutama di taman rekreasi dan sungai.

Lawatan Kerja Setiausaha Persekutuan Sabah

12 September 2012Seksyen Topografi Sabah menerima lawatan kerja YBhg. Dato’ Abu Bakar bin Hassan, Setiausaha Persekutuan Sabah sebagai rangka lawatan kerja beliau ke pejabat-pejabat Kerajaan Persekutuan di Sabah sempena pertukarannya ke negeri di bawah bayu itu. Tujuan

lawatan beliau adalah untuk mengetahui peranan dan fungsi Seksyen Topografi Sabah dengan lebih dekat lagi. Semasa lawatan, beliau telah diberi taklimat mengenai peranan dan fungsi serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Seksyen Topografi Sabah seperti menjalankan kerja-kerja pemetaan topografi, ukuran penandaan dan penentuan sempadan antarabangsa Malaysia (Sabah) – Indonesia (Kalimantan Timur) dan juga kerja-kerja ukur geodetik yang disampaikan oleh Sr Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, Pengarah Ukur Seksyen Topografi Sabah.

Page 24: Bil: 53 / 2013

24 BeritaUKUR Julai-Disember 2012

BERITA JUPEM NEGERI/SEKSYENSeksyen Topografi Sarawak Terima Sijil Penghargaan Sempena Penyediaan Titik Kawal Global Navigation Satellite Sistem (GNSS)

2 Oktober 2012Seksyen Topografi Sarawak telah menerima satu sijil penghargaan di atas kerjasama dalam penyediaan Titik Kawal Global Navigation Satellite System (GNSS) daripada pihak Politeknik Kuching, Sarawak. Satu Majlis penyampaian sijil penghargaan tersebut telah diadakan di bilik mesyuarat Politeknik Kuching, Sarawak. Sijil telah diserahkan kepada Timbalan Pengarah Ukur Seksyen Topografi Sarawak, Encik Rahim bin Hj.Mohamad Saleh oleh Timbalan Pengarah Politeknik (Akademik), Puan Shamsuria binti Mohd Ariffin.

Lawatan KPUP Serta Rombongan Ke Kawasan Berhampiran Sempadan Antarabangsa Malaysia-

Brunei

5 Oktober 2012Satu lawatan telah diadakan oleh YBhg. Datuk KPUP serta rombongan ke Kampung Lubok

Sigantang, Kampung Lubok Epai, Kampung Lubok Beranak (Bebuloh) dan Sungai Pandaruan Limbang berhampiran Sempadan Antarabangsa Malaysia – Brunei Darussalam bagi mendapatkan gambaran jelas tentang kerumitan dan masalah yang dihadapi semasa kerja-kerja pengukuran sempadan antarabangsa dijalankan. Turut serta dalam rombongan ini ialah Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I, Sr Ahmad Fauzi bin Nordin, Pengarah Ukur Bahagian (Pemetaan), Dato' Sr Mohd Noor bin Isa, Pengarah Geospatial Pertahanan, Brig. Jen Dato' Zaharin bin Din, Pengarah Ehwal Persempadanan Sr Tan Ah Bah dan Pengarah Ukur Topografi Sarawak, Sr Sohaime bin Haji Rasidi.

Page 25: Bil: 53 / 2013

25 BeritaUKUR Julai-Disember 2012

BERITA JUPEM NEGERI/SEKSYEN

‘Out-Reach’ Rakan Alam Sekitar (RAS)

11 Oktober 2012 RAS Seksyen Topografi Sabah telah mengadakan program Out-Reach di Rainforest Discovery Centre (RDC) Sepilok, Sandakan. Program ini adalah sebagai tanda sokongan terhadap kempen penyertaan warga JUPEM dalam aktiviti RAS, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Program ini juga adalah untuk memberikan kesedaran dan menanamkan rasa tanggungjawab di kalangan ahli RAS dalam menjaga alam sekitar. Satu taklimat mengenai peranan dan fungsi Rainforest Discovery Centre (RDC) telah disampaikan oleh Pengurus RDC, Puan Bernadette Joeman. Mengakhiri program ini, para peserta telah dibawa melawat ke Plant Discovery Garden disamping menerima pendedahan tentang penjagaan alam sekitar.

Kursus Pengurusan Pentadbiran dan Arahan Perkhidmatan

12 -14 Oktober 2012Seramai 98 orang pegawai dan kakitangan JUPEM Perlis telah menghadiri Kursus Pengurusan Pentadbiran dan Arahan Perkhidmatan bertempat di Swiss Inn Hotel, Sungai Petani, Kedah. Kursus yang diadakan ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta tentang aspek pengurusan dan pentadbiran pejabat. Selain dari itu kursus yang diadakan diharap akan dapat meningkatkan kefahaman tentang prosedur Arahan Pekeliling demi meningkatkan kualiti kerja yang tinggi.

Page 26: Bil: 53 / 2013

26 BeritaUKUR Julai-Disember 2012

BERITA JUPEM NEGERI/SEKSYEN

Lawatan Kerja Bersama Panglima Markas 5 Briged Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah

30 Oktober 2012 Panglima Markas 5 Briged Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah yang baru dilantik, Brig. Jeneral Datuk Ramjit Singh telah mengadakan lawatan kerja ke Pulau Sebatik bagi meninjau persempadanan antarabangsa Malaysia-Indonesia serta mendalami isu-isu yang berkaitan dengannya. Beliau yang juga merupakan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Perancang Gerakan Negeri telah diiringi oleh Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Sabah (selaku urusetia lawatan), Pengarah Ukur Topografi Sabah dan wakil-wakil daripada agensi berkaitan telah melakukan lawatan ke beberapa lokasi persempadanan antarabangsa Malaysia-Indonesia dan melihat tanda-tanda sempadan di Pulau Sebatik.

Mini Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)

16 Oktober 2012Seksyen Topografi Sabah telah mengadakan Mini Konvensyen KIK peringkat Seksyen Topografi Sabah di East India, Grand Ballroom, 1Borneo, Kota Kinabalu Sabah. Mini Konvensyen tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sr Mohd Noor bin Isa, Pengarah Ukur Bahagian (Pemetaan). Sebanyak tujuh kumpulan KIK telah mempersembahkan projek KIK masing-masing. Kumpulan Poligon dari pejabat Cawangan Kerjaluar Wilayah II, Tawau telah menjuarai mini konvensyen ini.

Page 27: Bil: 53 / 2013

27 BeritaUKUR Julai-Disember 2012

Hari Inovasi JUPEM Sarawak

2 November 2012Sambutan Hari Inovasi peringkat JUPEM Sarawak telah diadakan di Auditorium, Tingkat 17 Bangunan Sultan Iskandar, Kuching. Program tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Ukur Topografi Sarawak, Sr Sohaime bin Hj. Rasidi. Antara pengisian program tersebut adalah bicara hari inovasi yang disampaikan oleh Pengarah Ukur Topografi Sarawak Sr Sohaime bin Hj. Rasidi dan ceramah inovasi yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Ukur Encik Rahim bin Hj. Mohamad Saleh.

Hari inovasi ini telah diserikan dengan persembahan KIK kumpulan CUN yang merupakan pasukan yang akan bertanding diperingkat jabatan. Mengakhiri program ini, Pengarah Ukur Topografi Sarawak telah menyampaikan sijil Penghargaan kepada penderma darah terbanyak dan penerima cuti sakit sifar 3 tahun kebelakang.

BERITA JUPEM NEGERI/SEKSYEN

Pertandingan Futsal Piala Setiausaha Persekutuan Sabah 2012

17- 18 November 2012 Seksyen Topografi Sabah telah menyertai pertandingan Futsal Piala Setiausaha Persekutuan Sabah yang telah diadakan di Gelanggang Futsal BSA Kolombong,Kota Kinabalu. Sebanyak 39 pasukan telah menyertai pertandingan ini yang terdiri daripada agensi-agensi Kerajaan Persekutuan di Sabah. Pasukan Futsal Seksyen Topografi Sabah telah berjaya sehingga ke peringkat 16 pasukan terbaik. Majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Abu Bakar bin Hassan, Setiausaha Persekutuan Sabah.

Page 28: Bil: 53 / 2013

28 BeritaUKUR Julai-Disember 2012

BERITA JUPEM NEGERI/SEKSYEN

Hari Inovasi JUPEM Kelantan

19 November 2012Program Hari Inovasi JUPEM Kelantan telah diadakan di Auditorium Kesenian dan Kebudayaan Negara Tanjung Chat, Kota Bharu Kelantan dan telah dihadiri seramai 328 orang pegawai dan kakitangan. Satu sesi ceramah telah diadakan sempena program tersebut yang disampaikan oleh Prof. Madya Norhayati binti Abdul Muin dari UiTM Machang yang bertajuk ‘Budaya Kerja’ sebagai pembuka majlis. Perasmian majlis telah disempurnakan oleh Sr. Hassan bin Jamil, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II. Pengarah Ukur dan Pemetaan Kelantan turut menyampaikan ucapan alu-aluan serta menyarankan agar semua pegawai dan kakitangan mempunyai daya kreatif untuk merekacipta dan mengeluarkan idea-idea baharu supaya dapat menaikkan imej dan meningkatkan produktiviti Jabatan. Satu persembahan KIK dari Pasukan KEMUDI turut mendapat tumpuan dimajlis tersebut. Majlis juga dimeriahkan dengan beberapa acara menarik seperti bersajak dan seloka pantun diantara kakitangan JUPEM Kelantan dan kakitangan dari RTM.

Majlis Malam Mesra Disambut Meriah

18 November 2012Satu majlis ‘Malam Mesra JUPEM Sarawak’ yang diadakan di The Regency Rajah Court, Pending telah disambut meriah dengan kehadiran seramai lebih kurang 300 orang tetamu terdiri daripada kakitangan dan ahli keluarga kelab sukan. Antara pengisian majlis tersebut adalah cabutan bertuah, pertandingan karaoke, pakaian beragam kanak-kanak, pertandingan kreativiti mumia dan jamuan makan malam. Program diadakan bertujuan mengeratkan hubungan kekeluargaan di kalangan kakitangan.

Page 29: Bil: 53 / 2013

29 BeritaUKUR Julai-Disember 2012

BERITA JUPEM NEGERI/SEKSYEN

Naib Juara Pertandingan Karom

23 November 2012JUPEM Pulau Pinang telah menyertai acara Karom pada Pertandingan Sukan Dalaman Jabatan Persekutuan 2012 Peringkat Negeri Pulau Pinang bertempat di Ruang Legar Tingkat 5, KOMTAR. Pertandingan yang julung-julung kali diadakan ini bertujuan untuk mengeratkan tali persahabatan di kalangan warga Jabatan Persekutuan selain dapat melahirkan masyarakat yang ceria dan sihat. Dalam pertandingan ini, JUPEM Pulau Pinang telah berjaya menjadi naib juara.

Hari Inovasi JUPEM Selangor

20 November 2012Bertempat di INTEKMA Resort & Convention Centre, Shah Alam, Selangor dengan bertemakan ‘Inovasi Pemacu Transformasi′,satuprograminovasitelahdirasmikanolehTuanPengarahUkurJabatanUkurdanPemetaanSelangor,Sr Ahamad bin Zakaria. Program yang diadakan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan inovasi dan kreativiti dalam meningkatkan produktiviti jabatan. Pelbagai pertandingan telah diadakan sempena hari inovasi yang diadakan ini seperti pertandingan mencipta slogan inovasi, pertandingan mencipta pantun dan pertandingan koir. Seramai 5 orang kakitangan turut menerima ‘Tokoh Anugerah Khas Pengarah Ukur’ bagi mengiktiraf jasa-jasa yang telah diberikan. Program ini juga diserikan dengan ceramah bertajuk ‘Inovasi Dalam Perkhidmatan Awam′ yang disampaikan oleh Tuan Haji Baharin bin Hj. Yahya selaku penceramah jemputandaripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia Selangor.

Page 30: Bil: 53 / 2013

30 BeritaUKUR Julai-Disember 2012

BERITA JUPEM NEGERI/SEKSYEN

Latihan Pengendalian dan Penyelenggaraan

Mesin Gergaji Berantai

3 - 7 Disember 2012Seramai 20 orang peserta terdiri di kalangan pekerja awam gred R1 dan R4, JUPEM Sarawak telah mengadakan latihan secara teori

dan praktikal cara pengendalian dan penyelenggaraan mesin gergaji berantai di Hotel Grand Continental. Peserta telah dibawa ke kampong Jaya Ria untuk menjalani latihan amali. Latihan telah dikendalikan oleh penceramah dari seksyen latihan Sarawak Timber Association Kuching bertujuan meningkatkan kemahiran yang tinggi dalam penggunaan mesin gergaji berantai secara betul dan selamat.

Kejohanan Bowling Naza TTDI 2012

1 Dis 2012JUPEM Selangor telah menyertai Kejohanan Bowling NAZA TTDI 2012 yang diadakan di Sunway Piramid Bowl, Sunway Piramid. Kejohanan ini telah disertai oleh Pejabat Dewan Undangan Negeri, JUPEM Selangor, PTG Selangor, PTG Wilayah, DBKL, MBSA, MBPJ dan Pejabat Tanah Daerah di Negeri Selangor. Setiap Jabatan telah menghantar 3 pasukan yang dianggotai oleh 4 orang pemain. Kejohanan tahunan yang diadakan ini adalah bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan di antara Jabatan Kerajaan dan Swasta. Manakala bagi JUPEM Selangor, penyertaan kejohanan ini adalah merupakan satu ruang untuk menimba pengalaman bagi menghadapi kejohanan PESUMA yang akan diadakan di negeri Johor kelak.

Page 31: Bil: 53 / 2013

31 BeritaUKUR Julai-Disember 2012

BERITA JUPEM NEGERI/SEKSYEN

JUPEM Selangor Komited Amalan 5S

6 Disember 2012JUPEM Selangor sekali lagi telah diiktiraf memenuhi keperluan kriteria komponen Sistem Pengurusan Persekitaran Kerja melalui Amalan 5S oleh Malaysia Productivity Cooperation (MPC). Beberapa aktiviti dan program berterusan seperti mengadakan promosi dan pertandingan 5S iaitu pertandingan zon terbaik, ruang kerja individu terbaik, bilik individu terbaik, sudut 5S terbaik dan bilik simpanan terbaik merupakan langkah-langkah positif yang diambil supaya amalan 5S dapat dibudayakan.

Mini Sukan JUPEM Selangor

12 Disember 2012Buat julung kalinya Kelab Sukan dan Kebajikan telah menganjurkan Mini Sukan JUPEM Selangor. Sebanyak enam jenis sukan telah dipertandingkan

iaitu karom, damak, futsal, badminton, ping pong dan bowling. Mini Sukan yang diadakan ini bertujuan untuk mewujudkan semangat kesukanan berpasukan selain dapat mengeratkan silaturahim di kalangan kakitangan JUPEM dan memupuk nilai-nilai positif yang dapat meningkatkan produktiviti jabatan.

Page 32: Bil: 53 / 2013

32 BeritaUKUR Julai-Disember 2012

BERITA JUPEM NEGERI/SEKSYEN

Sambutan Hari Inovasi

18 Disember 2012Hari Inovasi JUPEM Perlis yang diadakan di ruang legar pejabat telah disambut meriah dalam suasana yang sederhana. Seramai lebih kurang 100 orang kakitangan dan pegawai telah hadir dalam program tersebut. Satu sesi ceramah motivasi turut disampaikan oleh seorang penceramah jemputan dari UNIMAP.

Gotong Royong Memasak Bubur Asyura

12 - 13 Disember 2012Sempena menyambut 10 Muharam, Kelab Sukan dan Kebajikan JUPEM Kelantan telah mengadakan majlis memasak bubur asyura. Program yang disertai seramai 200 orang kakitangan dan pegawai ini bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dan persaudaraan di kalangan kakitangan dari pelbagai cawangan dan bahagian. Program ini juga menjadi salah satu platform kepada kakitangan JUPEM Kelantan supaya dapat mengeratkan lagi ikatan silaturahim disamping membudayakan semangat berkerjasama dalam melakukan sebarang aktiviti berfaedah dan saling bantu membantu antara satu sama lain.