bahasa issue 53 hi

9
| 1 Issue No 53 // 2 February , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG Al-Quds Weekly News 2 February 2015, Issue no 53 PIHAK BERKUASA ISRAEL MEROBOHKAN BEBERAPA BUAH RUMAH DI AL-QUDS In This Issue Perancangan Pihak Perbandaran Israel untuk merobohkan 2 buah rumah milik 2 orang adik-beradik, Riyadh dan Muhammed Hasan Mazraa’wi yang berada di perkampun- gan Issawiya ,ditangguhkan selama 24 jam berikutan tentangan dari peguam mereka terhadap perkara itu. Dalam berita lain pada pagi Rabu (21/1), sebuah rumah milik penduduk Jurusalem A’lyan Jalal Rabaya’h di kejiranan Bukit Scopus telah dirobohkan oleh jentolak milik Perbandaran Israel atas alasan dibina tanpa permit. Penduduk kawasan itu berkata, pihak berkuasa Israel telah mengancam untuk merobohkan 2 buah rumah lagi yang juga milik Jalal Rabaya’h. Mereka berkata, satu perbincangan akan diadakan pada hari Jumaat nanti untuk membincangkan tentang perobohan itu secara terperinci. Dalam waktu yang sama, jentolak Majlis Perbandaran Israel telah memulakan ker- janya untuk merobohkan bangunan kediaman 2 tingkat milik keluarga Mukhaimar, Al-Mashni dan Bisharah di perkampungan Shua’fat di Jurusalem dengan dakwaan yang sama, iaitu dibina tanpa permit. Sepertimana puluhan penduduk Bukit Scopus menghadirkan diri di hadapan Mahka- mah Tinggi Israel sempena perbicaraan mengenai petisyen yang difailkan oleh rakyat menentang polisi Pihak Perbandaran Israel dan ancaman mereka untuk merobohkan beberapa buah rumah di kejiranan Al-Juma’h di wilayah itu. Sumber: Laman Web Palestin 48 Dan Pusat Berita Palestin bertarikh 21/1/2015 YAHUDI BERHAK BERIBADAT DI TEMPLE MOUNT? SEBUAH REFERENDUM DI- JALANKAN SEMPENA PILI- HANRAYA R37 KES PENGUSIRAN DAN 253 KES TAHANAN RUMAH DIKENAKAN TERHADAP KANAK-KANAK BAWAH UMUR DI JURUSALEM. OUR EVENTS Page 7 Page 9 Monthly Calendar

Upload: alquds-malaysia

Post on 07-Apr-2016

237 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Bahasa issue 53 hi

| 1Issue No 53 // 2 February , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

| 1Issue No 53 // 2 February , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

2 February 2015, Issue no 53

PIHAK BERKUASA ISRAEL MEROBOHKAN BEBERAPA BUAH RUMAH DI AL-QUDS In This Issue

Perancangan Pihak Perbandaran Israel untuk merobohkan 2 buah rumah milik 2 orang adik-beradik, Riyadh dan Muhammed Hasan Mazraa’wi yang berada di perkampun-gan Issawiya ,ditangguhkan selama 24 jam berikutan tentangan dari peguam mereka terhadap perkara itu.Dalam berita lain pada pagi Rabu (21/1), sebuah rumah milik penduduk Jurusalem A’lyan Jalal Rabaya’h di kejiranan Bukit Scopus telah dirobohkan oleh jentolak milik Perbandaran Israel atas alasan dibina tanpa permit. Penduduk kawasan itu berkata, pihak berkuasa Israel telah mengancam untuk merobohkan 2 buah rumah lagi yang juga milik Jalal Rabaya’h. Mereka berkata, satu perbincangan akan diadakan pada hari Jumaat nanti untuk membincangkan tentang perobohan itu secara terperinci.Dalam waktu yang sama, jentolak Majlis Perbandaran Israel telah memulakan ker-janya untuk merobohkan bangunan kediaman 2 tingkat milik keluarga Mukhaimar, Al-Mashni dan Bisharah di perkampungan Shua’fat di Jurusalem dengan dakwaan yang sama, iaitu dibina tanpa permit.Sepertimana puluhan penduduk Bukit Scopus menghadirkan diri di hadapan Mahka-mah Tinggi Israel sempena perbicaraan mengenai petisyen yang difailkan oleh rakyat menentang polisi Pihak Perbandaran Israel dan ancaman mereka untuk merobohkan beberapa buah rumah di kejiranan Al-Juma’h di wilayah itu.

Sumber: Laman Web Palestin 48 Dan Pusat Berita Palestin bertarikh 21/1/2015

YAHUDI BERHAK BERIBADAT DI TEMPLE MOUNT?SEBUAH REFERENDUM DI-JALANKAN SEMPENA PILI-HANRAYAR37 KES PENGUSIRAN DAN 253 KES TAHANAN RUMAH DIKENAKAN TERHADAP KANAK-KANAK BAWAH UMUR DI JURUSALEM.

OUR EVENTSPage 7

Page 9 Monthly Calendar

Page 2: Bahasa issue 53 hi

2 | Issue No 53 // 2 February , 2015

Issue No : 54 29th July, 2013Issue No : 54 29th July, 2013

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

YAHUDI BERHAK BERIBADAT DI TEMPLE MOUNT?SEBUAH REFERENDUM DIJALANKAN SEMPENA PILIHANRAYA

(THE KNESSET)

Sebuah organisasi pem-binaan Haikal di Temple Mount telah mengada-kan kaji selidik kepada semua parti-parti ber-lainan haluan yang ter-libat dalam pilihanraya The Knesset, berkaitan pandangan mereka ter-hadap isu “hak Yahudi untuk beribadat di Al-Aqsa”. Terdapat empat soalan yang dipertan-yakan, iaitu: 1) Adakah terdapat kemungkinan untuk membina jambatan tetap di kejiranan Mugharabah tanpa keizinan dari kera-jaan jordan?2) Adakah kamu menyokong kemungki-nan untuk menaikkan bendera Israel di Temple Mount?3) Adakah terdapat dalam manifesto pihak kamu menyokong ke-bebasan beragama bagi semua agama termasuk-lah Yahudi untuk beriba-dat di Temple Mount, dan adakah terdapat usa-ha dari pihak kamu untuk melakukannya selepas pilihanraya?4) Adakah kamu menyokong untuk meny-enaraikan Temple Mount sebagai salah satu dari tempat-tempat suci khu-sus untuk Yahudi?Sebagai tindak balas ke-

pada soal selidik itu, parti The Jewish Home berkata: “Sesungguhnya Temple Mount meru-pakan tempat paling suci bagi umat Yahudi di seluruh alam. Jadi sudah tentu mereka ber-hak untuk beribadat di situ tanpa sebarang diskriminasi dan halangan berunsur perkauman. Dan kami juga berjanji tidak akan berputus asa dalam mendapatkan hak Yahudi untuk beribadat di situ dan akan berusaha semampu mungkin dalam merealisasikan agenda itu dengan berhikmah dan mengambil kira sensiviti semua pihak.”Parti Kulanu di bawah pimpinan Moshe Ekhalon pula berkata, “Kami menyokong sepenuh-nya agenda menyatu padukan kota suci ini dalam mana-mana perjanjian rangka kerja masa depan politik , bahkan kota lama Al-Quds ini adalah dibawah Kedaulatan Israel dan juga milik rakyat Yahudi dari sudut politik dan sejarahnya. Kami juga percaya kepada seba-rang kemungkinan untuk membenarkan kebebasan beragama di tempat-tempat suci semua agama.”Adapun, parti berhaluan kiri seperti parti Meretz berpandangan bahawa sebarang peruba-han dalam “status quo” di Masjid Al-Aqsa tidak boleh berlaku kecuali dengan persetujuan politik masa depan, sekaligus menunjukkan sokongan mereka terhadap hak Yahudi untuk beribadat di Temple Mount.Parti United Torah Judaism pula menganggap yang Temple Mount itu sememangnya meru-pakan salah satu tempat paling suci bagi masyarakat Yahudi, tapi dalam masa yang sama mengaitkannya dengan fatwa Rabbi-Rabbi Yahudi yang melarang masyarakat Yahudi dari beribadat di situ buat masa sekarang.

Sumber: Laman Web Palestin 48 bertarikh 26/1/2015

Page 3: Bahasa issue 53 hi

| 3Issue No 53 // 2 February , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

22 TUDUHAN TERHADAP SEORANG WARGA JURUSALEM YANG DIDAKWA MENYOKONG PENGGANAS DIDALAM PERANG GAZA

WARGA JURUSALEM MINTA PEMASANGAN KAMERA UNTUK MENGHALANG SERANGAN ISRAEL.

Pendakwa Raya Israel , pada hari Rabu (21/1) telah mengemukakan dakwaan di Mahmakah Majistret di Jurusalem terhadap seorang pemuda Jurusalem berumur 38 ta-hun berhubung “Hasutan kepada keganasan dan sokongan terhadap organisasi peng-ganas” di laman facebooknya. Pihak pen-dakwa dengan persetujuan Peguam Negara memutuskan untuk memfailkan dakwaan terhadap tertuduh sebanyak 15 kesalahan “Hasutan terhadap kekerasan dan kegana-san” dan 7 kes lain berkenaan sokongan ke-pada organisasi pengganas. Pendakwa raya juga memohon kepada mahkamah untuk melanjutkan tempoh penahanan tertuduh se-hingga akhir prosiding undang-undang ter-hadapnya yang akan dipertimbangkan oleh mahkamah kemudian.

Sumber: Laman Web Palestin 48 Bertarikh 21/1/2015

Akhbar mingguan berbahasa Ibrani “Yerush-alem” berkata, bahawasanya peningkatan se-rangan pelampau-pelampau Yahudi terhadap penduduk Beit Sofafa di bahagian tenggara Kota Suci Al-Quds, dalam kempen yang dina-makan “ Pengumpulan harta rakyat Palestin”, telah mendesak penduduk Jurusalem untuk meminta supaya dipasangkan kamera di pintu masuk dan keluar bandar itu.Minggu lalu menyaksikan sebuah serangan dilakukan oleh pihak pelampau Yahudi yang merosakkan 11 biji tayar kereta milik pen-duduk Palestin. Serangan demi serangan yang mensasarkan penduduk Palestin itu juga sema-kin meningkat, lebih-lebih lagi di pinggir Kota Al-Quds, sebahagian perkampungan-perkam-pungan dan bandar-bandar yang berdekatan dengan kawasan kependudukan Israel. Malangnya, perkara yang menyebabkan ketakutan kepada penduduk Palestin ini tidak diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa Israel,malah tiada tindakan tegas diambil terhadap para pelakunya. Sumber : Pusat Berita Palestin bertarikh 24/1/2015

Page 4: Bahasa issue 53 hi

4 | Issue No 53 // 2 February , 2015

Issue No : 54 29th July, 2013Issue No : 54 29th July, 2013

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

37 KES PENGUSIRAN DAN 253 KES TAHANAN RUMAH DIKENAKAN TERHADAP KANAK-KANAK BAWAH UMUR DI JURUSALEM.

Menurut Hal Ehwal Penahanan dan Pembebasan, Isnin (26/1), jumlah kanak-kanak bawah umur yang dihukum buang daerah dari tempat tinggal mereka di Jurusalem mencecah 37 kes, manakala 253 kes lain dikenakan tahanan rumah.

Dinyatakan dalam sebuah kenyataan akhbar, bahawa penahanan kanak-kanak di bawah umur di Jurusa-lem kini semakin meluas hingga melebihi angka 1500 kes sekaligus menjadikannya sebagai yang ter-banyak dalam sejarah sepanjang beberapa tahun lalu. Mereka menunjuk kepada keputusan Mahkamah Tentera Israel yang mengenakan beberapa bentuk hukuman, termasuklah jaminan kewangan, tahanan rumah sepanjang tempoh tertentu, dan pengusiran dari bandar mereka ditemani oleh seorang ahli ke-luarga.

Malah, Pihak Berkuasa Israel juga memaksa ibubapa kanak-kanak tersebut berikrar untuk tidak melang-gar hukuman yang dikenakan itu ataupun mereka sendiri yang akan ditahan, dikenakan bayaran denda yang tinggi, dan kanak-kanak itu juga akan ditahan semula. Perkara itu menyebabkan ibubapa tiada pilihan lain melainkan terpaksa mengikut anak-anak mereka yang diusir itu keluar ke tempat pengusiran.

Sumber: Agensi Berita Dan Maklumat Palestin “Wafa” bertarikh 26/1/2015

Page 5: Bahasa issue 53 hi

| 5Issue No 53 // 2 February , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

SHIN BET: PELAKU SERANGAN TERHADAP ORANG-ORANG ISRAEL MENGAKU MENYERANG KERANA TERKESAN DENGAN

PERLAKUAN ISRAEL TERHADAP PENDUDUK GAZA DAN AL-AQSA.

LAPORAN PBB : ISRAEL MEMUSNAHKAN 77 BUAH RUMAH DI AL-QUDS DAN TEBING BARAT SEPANJANG MINGGU LALU.

Pihak Berkuasa Keselamatan Israel (Shin Bet) melaporkan bahawasanya pemuda Palestin daripada kem pelarian Tulkarm, Muhammed Hassan Matruk (23 tahun) memberitahu polis-polis Israel yang menyoal siasatnya bahawa dia telah melakukan serangan itu pada pagi Rabu (21/1) di bandar Tel Aviv, kerana terkesan dengan serangan Israel ke atas Gaza dan Masjid Al-Aqsa.

Dia yang menyerang di Tel Aviv itu, ditembak di kakinya oleh pegawai keselamatan Israel sebaik sahaja turun dari bas setelah menyebabkan kecederaan kepada 15 orang warga Israel,dan 5 daripada mereka mengalami kecederaan parah. Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 21/1/2015

Pejabat Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan PBB Sabtu lalu (24/1), dipetik berkata, bahawasanya Kerajaan Israel telah meng-hancurkan 77 buah rumah penduduk Palestin di Tebing Barat dan Kota Al-Quds secara haram, sepanjang minggu lalu. Sumber itu juga menjelaskan bahawa sebahagian rumah yang dirobohkan itu merupakan rumah yang dibina oleh masyarakat antarabangsa sebagai perlindungan kepada keluarga-keluarga miskin Palestin. Dia menambah lagi, perbuatan ini (perobohan rumah-rumah) telah menyebabkan pengusiran dan perpindahan ramai penduduk. Ia juga secara automatiknya bercanggah dengan polisi un-dang-undang antarabangsa yang telah dipersetujui bersama Israel untuk tidak menyebabkan sebarang penderitaan dan tekanan kepada penduduk Palestin. Oleh itu, perlakuan itu hendaklah dihentikan segera dengan apa cara sekali pun.Menurut kenyataan itu lagi, jumlah rumah yang telah dirobohkan oleh Israel sepanjang tahun lalu mencecah 590 buah rumah dan mengakibatkan perpindahan secara terpaksa 1177 orang rakyat Palestin, sekaligus menjadikan rekod setahun itu saja, menyamai rekod beberapa tahun sebelumnya , sejak tahun 2008. Sumber: Laman Web Palestin 48 bertarikh 25/1/2015

Page 6: Bahasa issue 53 hi

6 | Issue No 53 // 2 February , 2015

Issue No : 54 29th July, 2013Issue No : 54 29th July, 2013

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

Mahkamah Daerah di Bandar Jurusalem pada hari Isnin (26/1), telah mengadakan sesi pendengaran saksi-saksi bagi kes pembunuhan seorang pemuda Palestin Muhammad Hussain Abu Khudair yang dibunuh oleh 3 orang warga Israel pada awal Julai tahun lalu. Ayah kepada pemuda tersebut (Hussain Abu Khudair) menjelaskan bahawa perbicaraan pada hari itu cuma dikhususkan kepada pendengaran saksi-saksi yang terdiri dari pihak polis dan pegawai perisikan Yahudi yang dikatakan menyoal siasat pembunuh-pembunuh itu sejak mula ditangkap.

Ayahnya juga menyifatkan bahawa perbicaraan mahkamah itu seolah-olah seperti sebuah drama yang dilakonkan sahaja. Kerana perbicaraan hanya berkisar tentang percubaan peguam bela tertuduh mempersoalkan bukiti-bukti yang ditemui oleh pihak polis. Abu Khudair berkata: “Terdapat unsur perkauman yang sangat jelas dalam kes pembunuhan As-Syahid Muhammed. 6 bulan telah berlalu tanpa sebarang keputusan dari pihak mahkamah. Yang dilakukan hanyalah pembacaan dakwaan dan pendengaran saksi dari pihak polis dan pegawai perisik mereka sahaja. Sehingga sekarang masih tiada tanda-tanda hukuman terhadap pembunuh akan diputuskan.” Dia menambah lagi: “Kalaulah si tertuduh merupakan warga Arab Palestin, sudah tentu hukuman berat telah diputuskan keatasnya sejak dulu lagi tanpa sebarang penangguhan atau kelewatan.

Sumber: Laman Web Palestin 48 bertarikh 27/1/2015

PERBICARAAN KES BUNUH SEORANG PEMUDA DI MAHKAMAH ISRAEL DISIFATKAN

AYAHNYA SEBAGAI DRAMA SEMATA.

Page 7: Bahasa issue 53 hi

| 7Issue No 53 // 2 February , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

OUR EVENTS1 - 2 -2015NTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM RAHMATAN LIL ‹ALAMIN IN

CONJUCTION 12TH INTERNATIONAL YOUTH GATHERING ..

- ABIM-

31 - 1 -2015WITH JAKIM - 15320 RM

FOR AL-QUDS CAMPAIGN

Page 8: Bahasa issue 53 hi

8 | Issue No 53 // 2 February , 2015

Issue No : 54 29th July, 2013Issue No : 54 29th July, 2013

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

PERHIMPUNAN PALESTIN DI ITALI MENGUMUMKAN TARIKH FESTIVAL

MEMPERTAHANKAN AL-AQSA KALI KE-16.

Himpunan Palestin di Itali mengumumkan bahawa mereka telah memilih tarikh 24 sehingga 26 April akan datang untuk mengadakan Festival Al-Aqsa Ke-16 di bandar-bandar utama di bahagian utara Itali, seperti: Brescia, Turin Dan Milan. Malah,mereka juga akan mengadakan siaran langsung sepanjang festival itu berlansung.

Menurut sumber berita himpunan Palestin di Itali, festival ini bertujuan memupuk kesedaran awam dan juga merupakan amal kebajikan untuk Al-Aqsa. Dilaporkan ramai sosok-sosok elit yang pakar dalam hal ehwal Palestin akan dijemput. Beberapa acara dan pameran juga akan diadakan sepanjang festival, seperti pameran tentang Al-Quds, tembok-tembok dan benteng-bentengnya, juga tayangan filem-filem dokumentari tentang Al-Quds dan persembahan khas dari badan-badan kebajikan.

Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 25/1/2015

Page 9: Bahasa issue 53 hi

| 9Issue No 53 // 2 February , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News