krl3033 d20102043240 upsi 53(a132 pjj)

22
COURSE: KRL3033 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH TAJUK: PENGUASAAN KAEDAH E-SIBUF DI KALANGAN PELAJAR KUMPULAN:UPSI 53 (A132PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON ZAINULAMAN BIN MAMAT D20102043240 019-7356898 TUTOR : EN.ABD LATIF BIN HAJI GAPOR TARIKH SERAH : 4 MEI 2014

Upload: zainulaman

Post on 07-May-2017

254 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: KRL3033 D20102043240 UPSI 53(A132 PJJ)

COURSE:

KRL3033 KAEDAH PENYELIDIKAN

DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

TAJUK: PENGUASAAN KAEDAH E-SIBUF DI KALANGAN

PELAJAR

KUMPULAN:UPSI 53 (A132PJJ)

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO. TELEFON

ZAINULAMAN BIN MAMAT D20102043240 019-7356898

TUTOR : EN.ABD LATIF BIN HAJI GAPOR

TARIKH SERAH : 4 MEI 2014

Page 2: KRL3033 D20102043240 UPSI 53(A132 PJJ)

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera .

Terlebih dahulu saya bersyukur kehadrat Allah s.a.w. kerana memberi kekuatan dan semangat yang

cekal kepada saya semasa menyiapkan tugasan ini dalam kesibukan menjalankan tugas sebagai pendidik

di sekolah.

Ucapan jutaaan terima kasih saya sampaikan kepada Pensyarah yang telah memberi tunjuk ajar dan

sokongan yang tidak berbelah bahagi sehingga saya berjaya menyiapkan tugas ini dalam masa yang

ditetapkan dengan sempurna. Tunjuk ajar beliau telah banyak membantu saya menyiapkan tugas tersebut

biarpun tidak bertemu,namun terjaga. Moga-moga beliau sentiasa dicucuri rahmat.

Untuk isteri dan anak-anak dan keluarga juga ingin saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih

kerana memahami kesibukan saya dalam menyiapkan tugasan. Keprihatinan dan pengorbanan yang

diberikan semasa saya sibuk menyiapkan tugas ini amatlah besar. Tidak dilupakan kepada rakan-rakan

saya yang sudi memberi idea yang bernas dan berkongsi pengalaman..

Bagi pihak pentadbiran sekolah yang sentiasa memberi sokongan dan semangat agar saya berjaya

menyiapkan tugasan ini dengan baik dan cemerlang dalam masa yang ditentukan juga tidak dilupakan

untuk menghulurkan sekalung budi dan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Zainulaman Mamat

Page 3: KRL3033 D20102043240 UPSI 53(A132 PJJ)

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT ISI KANDUNGAN 1 ABSTRAK 2 BAB 1 1.0 Tujuan Kajian 1.1 Pengenalan 1.2 Pernyataan Masalah 1.3 Objektif Kajian 1.4 Persoalan Kajian Rumusan

4 4 7 8 8 9

BAB 2 2.0 Tinjauan Literatur 2.1 Teknologi Maklumat Dan Komunikasi 2.2 Belajar Dari Komputer 2.3 Pandangan terhadap Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

10 10 11 12

BAB 3 3.0 Pengenalan 3.1 Reka Bentuk Kajian 3.2 Populasi Dan Sampel Kajian 3.3 Instrumen Kajian 3.4 Fokus Kajian 3.5 Teknik Pengumpulan Data 3.6 Tatacara Menganalisis Data 3.7 Analisis Data 3.8 Rumusan

16 16 18 18 19 19 22 23 28

BIBLIOGRAFI 29

Page 4: KRL3033 D20102043240 UPSI 53(A132 PJJ)

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui keberkesanan terhadap pengajaran dan

pembelajaran dengan menggunakan aplikasikaedah e-SIBUF. Kaedah ini dapat meningkatkan

kemahiran asas Bahasa Melayu dalam kalangan murid Tahun 4dan 5 . Kajian ini dijalankan di

Sekolah Kebangsaan Ladang Tereh. Kumpulan sampel kajian terdiri daripada 10 orang

murid-murid Tahun 4 Arif dan 5 Cerdas yang mempunyai pelbagai kebolehan. Data yang

dikumpulkan berdasarkan soal selidik melalui pemerhatian bersama guru, ibu bapa dan

murid-murid itu sendiri.

Dalam kajian ini, beberapa penilaian terhadap pemerhatian murid-murid dijalankan secara

kualitatif. Objektif utama kajian ini ialah meningkatkan kemahiranasas Bahasa Melayu

dalammenggunakanbahan ICT melalui kaedah e-SIBUF dalam pengajaran dan pembelajaran

(PdP dan seterusnya). Kedua, dapatmembantumurid agar dapat meningkatkan rangsangan

mereka untuk minat belajar dan melibatkan aktiviti sepanjang pengajaran dan pembelajaran.

Seterusnya, kaedah ini dapat membimbingdan memberi peneguhan serta galakkankepada

muridagardapat bersama-sama untukaktif berkomunikasi semasa pembelajaran.

Melalui penggunaan komputer dalam aktiviti pembelajaran, kognitif murid-muriddapat

dibentuk dari segi kemahiran berfikirsecara kreatif dan kritis dengan lebih berkesan dan

menggalakkanhubungankomunikasi pelbagai hala. Murid-murid juga dapat didedahkan kepada

pendidikanmenyeluruh dengan keutamaan diberi kepada pencapaian akademik melalui

teknologi moden. Aktiviti pembelajarandan pengajaransentiasa menarik dan

menggembirakanmurid-murid dengan menggunakan perisian-perisian yang sesuai

melaluipenggunaan komputer. Lumrahnya, naluri seseorang kanak-kanak suka belajar sambil

bermain. Seterusnya, kajian dapat memfokuskan perkembangan berkaitan kepintaran, kreativiti,

kemahiran sosial murid, merangsangkelakuanbelajardan perhatian yang secukupnya .

Page 5: KRL3033 D20102043240 UPSI 53(A132 PJJ)

Kejayaan pengajarandan pembelajaran berbantukan komputer bergantung kepada

perancangan dan penggunaan secara lebih intensif dan kerjasama murid-murid untuk berkongsi

maklumat. Perisian yang terdapat di pasaran hendaklah sentiasa dipantau agar menepati sukatan

pelajaran, kandungan kurikulum dan menarik minat murid-murid lantas meningkatkan

pencapaian mereka serta dapat berbahasa dengan lebih baik.

Page 6: KRL3033 D20102043240 UPSI 53(A132 PJJ)

BAB 1

1.0 TAJUK KAJIAN

Meningkatkan PenguasaanKemahiran Asas Membaca Murid Tahun 4 dan 5 Melalui

Aplikasi Kaedah e-SIBUF.

S SEBUT

I INGAT

B BACA

U ULANG

F FAHAM

1.1 PENGENALAN

Pendidikan sekolah rendah merupakanpengalaman awal bagi dunia persekolahan seseorang

kanak-kanak. Pendidikan sekolah rendah adalah pendidikan asas yang penting dalam

perkembangan hidup seseorang individu selepaspendidikan di rumah. Pengalaman persekolahan

dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menggembirakan dapat membekalkan mereka

dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang positif sebagai persediaan untuk memasuki

alam persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat.Pendidikan awal ini dapat

membantuperkembangan seseorang kanak-kanak .

Menurut Al-Ghazali, 1296H, Dalam Hasan Langgulung, (1979), menyatakan bahawa kanak-

kanak merupakan amanah dan tanggungjawab orang tuanya, jiwanya suci murni merupakan

permata mahal yang bersahaja dan bebas dari ukiran dan gambaran dan ia boleh menerima setiap

ukiran dan cenderung kepada apa yang dicenderungkan kepadanya.

Page 7: KRL3033 D20102043240 UPSI 53(A132 PJJ)

Rousseau (1979), seorang ahli falsafah Perancis berpendapat bahawa pentingnya masa kanak-

kanak di mana peribadi kanak-kanak terbentuk dan pengaruhnya besar sekali pada kehidupan

selanjutnya, yakni masa dewasa dan masa tua, hal-hal

pertamalah yang patut dipelihara, sebab kanak-kanak pada asalnyadiciptakan siap

untukmenerimabaik atau buruk. Hanya orang tuanyalah yang mencenderungkan kepada salah

satu di antaranya.

Pendekatan pembelajaran adalah berdasarkan bermain sambil belajar . Pendekatan ini

merupakan satu kaedah yang fleksibel,dinamik, komprehensif, interaktif dan melalui aktiviti

penerokaan serta menggalakkan naluri ingin tahu dalam kalangan kanak-kanak. Ia memberi

kesan pembelajaranyang bermakna dan menggembirakan dengan berbekalkanmereka

kemahiran, keyakinandiri dan sikap positif dalam alam persekolahan yang formal.

Pendidikan sekolah rendah adalah merupakan satu asas pembelajaran. Pendidikan sekolah rendah

bermula seawal kanak-kanak berusia 6 tahun dan mengambil masa enam tahun sebelum

melangkah ke pendidikan sekolah menengah.

Berdasarkan tinjauan awal, terdapat segelintir murid-murid di Sekolah Ladang Tereh

menghadapi masalah asas dalam pembacaan. Mereka ini terpaksa menghadapi program yang di

anjurkan oleh kementerian pendidikan iaitu Program Membaca, Menulis dan Mengira (PROTiM

dan seterusnya). Walaupun menjalani program ini, murid-murid ini masih lemah kerana program

ini dijalankan hanya 3 kali setahun yang belum tentu berjaya sepenuhnya.

Bagi memantapkan kemahiran asas membaca mereka, saya telah mengambil inisiatif dengan

menggunakan aplikasi kaedah e-SIBUF supaya mereka ini terkeluar daripada program yang

dijalankan oleh kementerian.

Kajian ini akan dijalankan di Sekolah Kebangsaan Ladang Tereh Kluang, Johor Darul

Takzim. Sekolah ini mempunyai seramai 110 orang murid. Kesemuanya berbangsa Melayu.

Page 8: KRL3033 D20102043240 UPSI 53(A132 PJJ)

Murid-murid pula terdiri daripada mereka yang tinggal di kawasan ladang. Sebanyak 100

%atau 110 orang murid adalah terdiri daripada murid yang tinggal di kawasan ladang-

ladang.terdapat 19 ladang yang beroperasi di bawah Johor Cop,namun bilangan murid hanya 110

kerana ia dipenuhi orang pendatang Indonesia dan Bangladesh.

Lebih kurang 75% daripada ibu bapa murid tidak mempunyai latar belakang pendidikan

yang tinggi. Oleh itu , ibu bapa murid lebih mengharapkan guru-guru agar dapat mendidik

anak mereka dengan baik dan sempurna bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Negara

dalam melahirkan insan yang harmonis dan seimbang.

Lebih kurang 40 % murid-murid di sekolah ini mempunyai masalah ekonomi. Ibu bapa mereka

adalah terdiridaripada golongan yang berpendapatan rendah. Anggaran pendapatan bagi

sesebuah keluarga ialah RM 600 hingga RM1000. Tambahan lagi, ada juga antara keluarga

yang mempunyai bilangan anak yang ramai. Oleh hal yang demikian, keluarga tersebut

mengalami sedikit kesempitan hidup.

Selain itu, dalam kalangan mereka kebanyakannya tinggal jauh dari sekolah. Boleh

dikatakan mereka kurang mendapat pendedahan dari segi perkembangan semasa dan

pengalaman hidup. Mereka perlu bangun seawal jam 5.30 pagi dan bersiap sedia untuk

menaiki bas ladang ke sekolah malahan ada yang datang ke sekolah tidak beralaskan

perut sehingga menunggu waktu rehat pada pukul 10.00 pagi. Ini menyebabkan mereka

kelihatan kurang cergas, keletihan dan sering mengantuk ketika aktiviti pembelajaran dan

pengajaran dijalankan di dalam bilik darjah.

Page 9: KRL3033 D20102043240 UPSI 53(A132 PJJ)

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Berdasarkan satu kajian melalui temubual dan pemerhatian daripada guru Tahun 4dan 5

mendapati bahawa terdapat murid-murid yang tidak memberi tumpuan terhadap pengajaran

guru semasa sesi pengajarandan pembelajarandilaksanakan walaupun pelbagai kaedah

pengajaran dipelbagaikan dan dilaksanakan untuk menarik perhatian dan minat murid-murid

tersebut. Mereka lebih suka melakukan tugasan “hands-on”, bergaul dengan rakan sebaya

dan kurang memberi maklumbalas kepada guru apabila menerima sesuatu rangsangan.

Keadaan ini menyebabkan 10 orang murid tahun 4 dan 5 tidak dapat menguasai kemahiran asas

membaca. Akibatnya mereka ini ketinggalan dalam PdP dan memberikan masalah kepada peratus

UPSR sekolah.

Pencapaian objektif pengajaran guru tidak mungkin akan terlaksana jika murid-murid

tersebut gagal menerima pengajaran daripada guru bagi sesuatu kemahiran yang hendak

disampaikan. Oleh hal yang demikian, adalah penting untuk guru memikirkan kaedah baru

yang boleh merangsang perubahan tingkahlaku dan komunikasi murid-murid Tahun 4 dan

5 ke arah yang lebih positif, efisen dan berkesan.

Bagi menggalakkan proses pembelajaran dengan lebih berkesan dan kondusif, cadangan

lain yang difikirkan sesuai mengikut hati nurani kanak-kanak ialah dengan menggunakan

Aplikasi Kaedah e-SIBUF. Penggunaan kaedah e-SIBUF diharapkan boleh dijadikan sebagai

satu rangsangan dan kaedah mengubah dan meningkatkan konsentrasi kanak-kanak. Telah

terbukti bahawa kaedah ini memang memberi kesan positif kepada murid-murid.

Page 10: KRL3033 D20102043240 UPSI 53(A132 PJJ)

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

a. Meningkatkan penguasaan kemahiran asas membaca dan berkomunikasi dalam

kalangan murid-murid lemah Tahun 5 dengan menggunakan bahan ICT melalui

aplikasikaedah e-SIBUF.

b. Membantu murid-murid lemah Tahun 4 Arif dan 5 Cerdas agar dapat meningkatkan

daya ingatan dan rangsangan mereka untuk minat belajar dan melibatkan diri

dalam aktiviti sepanjang pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan ICT.

c. Membimbing dan memberi peneguhan serta galakkan kepada murid-murid lemah .

1.4 PERSOALAN KAJIAN

Adalah bertepatan dengan objektif kajian di mana pengkaji perlu memikirkan beberapa

persoalan. Antaranya ialah

i) Sejauhmanakah penggunaan kaedah e-SIBUF dalam pengajaran dan pembelajaran

dapat meningkatkan penguasaan kemahiran asas membaca bagi murid-murid lemah

Tahun 4 Arif dan 5 Cerdas

ii) Adakah penggunaan komputer dapat membantu meningkatkan daya ingatan murid?

iii) Sejauhmanakah aplikasikaedah e-SIBUF benar-benar menarik minat dan berlakunya

perubahan sikap murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung?

Page 11: KRL3033 D20102043240 UPSI 53(A132 PJJ)

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Bahagian ini penting untuk memperlihatkan penggunaan aplikasikaedah e-SIBUF dalam

meningkatkan kemahiran asas membaca Bahasa Melayu semasa sesi pembelajaran dan

pengajaran, kejayaan tenaga pengajar dalam mencapai objektif pengajaran dan juga respon

murid-murid terhadap penggunaan komputer dalam mempelajari sesuatu kemahiran.

1.6 BATASAN KAJIAN

a. Kajian ini dijalankan untuk murid-murid tahun 4 Arif dan 5 Cerdas di Sekolah Kebangsaan

Ladang Tereh .

b. Kajian ini dijalankan terhadap 2 kumpulan kecil sahaja.

c. Terdiri daripada 10 orang murid lemah tahun 4 dan 5 yang berumur di antara10- 11 tahun.

d. Terdiri daripada lima orang lelaki dan lima perempuan.

RUMUSAN

Pendidikan di alaf baru hasil daripada ledakan dan perkembangan teknologi

maklumat mempunyai cabaran yang harus ditangani dengan bijak. Guru di bilik darjah

harus memahami fenomena perubahan dan berusaha mengabungkan pelbagai ilmu,

kemahiran dan kreativiti ke arah melahirkan satu corak penyampaian yang berkesan, efisen

dan bermakna. Proses pembelajaran di dalam bilik darjah memerlukan teori dan strategi

pembelajaran yang betul bagi memastikan maklumat yang disampaikan akan dapat diterima

dengan baik. Kehadiran teknologi di dalam era perubahan perkembangan pendidikan dapat

membantu proses pengajaran dan pembelajaran dalam mewujudkan komunikasi berkesan.

”Kajian lepas telah membuktikan bahawa pelajaran akan tersimpan di ingatan lebih

lama kerana didedahkan kepada perisian beranimasi, dinamik, interaktif dan pelajar

boleh merasa seolah-olah berada di situasi yang sebenar jika penggunaan perkakasan

multimedia dan animasi yang betul dapat memainkan peranannya”.

Page 12: KRL3033 D20102043240 UPSI 53(A132 PJJ)

BAB 2

2.0 TINJAUAN LITERATUR

Bab ini membincangkan tentang tinjauan literature dan kajian berkaitan penggunaan

komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam mengubah penyampaian , strategi ,

kaedah dan teknik mengajar yang sesuai.

2.1 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI ( TMK )

Program komputer dalam pendidikan telah bermula sejak tahun 1998. Ledakan teknologi di

era baru ini amat pantas berlaku di seluruh persada dunia terutamanya dalam perkembangan

bidang Sains dan Teknologi. Penggunaan komputer pada masa kini telah menjadi seperti

sebahagian dari hidup kita. Ia memainkan peranan penting dalam era globalisasi.

Proses pengajaran dan pembelajarandapat dipertingkatkan mutunya dan dipelbagaikan

penyampaiannya. Penggunaan ICT dalam PdP dapat dilihat dari dua aspek pengajaran (guru

menggunakanICT) dan aspek pembelajaran (murid guna ICT).Teknologi maklumat yang

digunakan dalam pengajaran juga dapat memberi peluang pembelajaran yang lebih dinamis,

menarik minat serta meningkatkan ilmu pengetahuan yang relevan dan berguna kepada murid.

Pengajaran berintegrasikan komputer pada hakikatnya adalah melibatkan penggunaan komputer

untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.

Page 13: KRL3033 D20102043240 UPSI 53(A132 PJJ)

Dalam usaha menerapkan dan membudayakan ilmu teknologi ini dapat dilihat dengan nyata

dalam bidang pendidikan. Kerajaan telah membekalkan pelbagai peralatan dan kemudahan yang

berkaitan dengan teknologi terkini terutamanya peralatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

(ICT) di sekolah-sekolah seluruh negara. Kemudahan makmal komputer telah dibina,

pembekalan komputer-komputer peribadi di makmal berkenaan, ‘ Overhead Projektor (OHP) ,

Liquide Crystal Display (LCD) Projektor serta ‘Laptop’ dan ‘PC Tablet’ kepada guru-guru di

sekolah . Guru-guru juga telah dihantar menjalani pelbagai latihan berkaitan dengan teknologi ini

tidak kira dalam negara mahupun mendapatkan latihan di luar negara. Ini semua merupakan

usaha yang sangat baik untuk menjadikan murid-murid dan guru-guru celik ICT .

2.2 BELAJAR DARI KOMPUTER

Pendidikan kini telah mengalami banyak perubahan. Perisian Pengajaran dan Pembelajaran

Bantuan Komputer (PPBK dan seterusnya) telah diperkenalkan dan diperluaskan

penggunaannya di sekolah-sekolah. Komputer merupakan suatu alat elektronik dan

berteknologi moden yang melibatkan pelbagai kaedah persembahan multimedia yang dapat

menarik minat terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Ia bertindak sebagai pengajar dan

kanak-kanak pula belajar dari komputer dengan menggunakan perisian PPBK yang

dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia mahupun beli dari pembekal-pembekal

luar yang berlesen dan diiktiraf dan yang terbaru 1Bestari Net oleh YTL maka keluarlah

Fogs.Perisian Frog lebih baik dan mesra murid-murid.

Dalam konsep belajar daripada komputer, pelbagai bentuk persembahan digunakan untuk

memperkenalkan sesuatu kemahiran untuk memastikan murid mampu menggunakan

komunikasi berasaskan komputer. Pelbagai teknik, kaedah atau strategi yang boleh

digunakan untuk mengaplikasikan teknologi ini seperti kaedah tunjuk cara atau

demonstrasi, tayangan simulasi, model, penerangan, soal-jawab, persembahandan lain-lain

strategi. Pelajar boleh mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar, mahal, mustahil atau

Page 14: KRL3033 D20102043240 UPSI 53(A132 PJJ)

bahaya dilakukan dengan cara biasa. Ini penting bagi memastikan aktiviti yang dilaksanakan

mendatangkan kualiti dan pencapaian pembelajaran yang berkesan.

Belajar dengan komputer boleh menjana pembelajaran konstruktif . Simon(1993) berpendapat

bahawa pembelajaran konstruktif berlaku apabila :

a. pelajar aktif memproses maklumat secara bermakna,

b. pembelajaran baru dibina di atas pengetahuan sedia ada ,

c. pelajar meluaskan pengetahuan baru dan menghubungkaitkannya

dengan pengetahuan semasa,

d. pelajar sentiasa membuat refleksi mengenai apa yang merekaketahuidan

menaksir apa perlu dipelajari, dan

e. pembelajaranadalah bermatlamat dan dijuruskan untuk mencapai matlamat tersebut.

2.3 PANDANGAN TERHADAP PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pandangan Tokoh Malaysia

a. Menurut Halimah (1999), teknologi multimedia menjadi menarik kerana teknologi ini

dapat memberikan kesan yang berlainan dari kaedah biasa semasa proses persembahan.

Teknologi ini dapat mengubah kaedah pendidik mengajar dan cara kanak-kanak belajar

pada masa hadapan. Proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer akan

menjadi lebih berkesan dengan kewujudan teknologi multimedia kerana para pendidik

boleh mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan mempersembahan hasil kreativiti

mereka. Secara tidak langsung, komputer dapat menggalakkan komunikasi di antara

kanak-kanak.

b. Mohd Zaliman et al. (2001), menyatakan teknologi multimedia kian diiktiraf sebagai alat

bantuan pengajaran yang sesuai dalam membantu para pendidik untuk

Page 15: KRL3033 D20102043240 UPSI 53(A132 PJJ)

c. mendalami dan mendasari cabaran dunia pendidikan era baru. Konsep pembelajaran

berasaskan komputer memudahkan sesuatu proses pembelajaran itu difahami dan diminati.

Konsep-konsep, prinsip-prinsip dan teori-teori sesuatu kemahiran dapat diperjelaskan

dengan mudah kepada murid-murid.

d. Maizurah Omar, Fattawi Mokhtar, Jamaludin Mohaidin (2000), menyatakan bahawa

penggunaan media yang berulang dan dilihat berkali-kali dapat mempertingkatkan daya

ingatan dan kemahiran pelajar.

e. Menurut Nor Hashimah (2004), menyatakan bahawa menurut pengalamannya sendiri

penggunaan ICT dapat menjimatkan masa pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,

beliau dapat menarik tumpuan pelajar untuk terus fokus pada subjek yang diajar,

dan pelajar sendiri akan lebih rasa seronok menggunakan teknologi ini. Beliau juga

mendapat satu kepuasan yang berlainan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Penerangannya ketika sesi pengajaran akan lebih menyakinkan

pelajar.

f. Menurut Munir dan Halimah Badioze Zaman (1998) mengatakan multimedia amat berkesan

dalam menggalakkan kanak-kanak belajar membaca. Sedangkan dalam bidang sains pula

keberkesanan PBK adalah lebih baik dua kali ganda daripada pembelajaran kaedah

tradisional.

g. Hubungan interaktif: Komputer membolehkan wujudnya hubungan di antara rangsangan

dengan jawapan. Bahkan menurut Dublin (1996), komputer dapat menumbuhkan inspirasi

dan meningkatkan minat.

Pandangan Tokoh Barat

a. Hunter (1983) mendefinisikannya sebagai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan

oleh semua manusia untuk hidup dalam masyarakat yang bergantung kepada

penggunaan komputer dalam mengendalikan dan menyelesaikan masalah yang kompleks

.

b. Menurut Jonassen (1994),Komunikasi Berperantarakan Komputer ( KBK ) juga

menggalakkan murid membina pengetahuan sendiri dan lebih memahami serta

Page 16: KRL3033 D20102043240 UPSI 53(A132 PJJ)

mengingati apa yang mereka pelajari. Selain itu, menurut Jonassen (1996), kemahiran

menggunakan komputer sebagai alat intelektual bergantung kepada pengalaman

menggunakannya untuk menyelesaikan masalah.

c. Mengikut seorang pengarang Schweizer H. (1999) dalam bukunya "Designing and Teaching

an On-Line Course" dimana pembelajaran boleh berlaku secara virtual, perjumpaan secara

bersemuka adalah digalakkan juga ke arah mewujudkan pemahaman dan perhubungan

sosial 2 hala. Dalam hal ini guru harus memahami aspek-aspek pedagogi serta konsep

pembelajaran bestari serta dapat mengintegrasikannya bersama-sama dengan perkembangan

teknologi dalam proses PdP.

d. Hjetland (1995) menyatakan bahawa “Technology can make our lives easier. Everyday tasks

are simplified”. Beliau juga menyatakan bagaimana teknologi dapat mempermudahkan tugas

serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja

pengurusan dan kerja-kerja pengajaran pembelajaran.

e. Menurut Gagne dan Briggs dalam Rosenberg (2000), komputer dapat digunakan sebagai

media pembelajaran kerana komputer memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media

pembelajaran yang lain sebelum zaman komputer.

f. Menurut Clements (1995) menyatakan bahawa komputer membolehkan pengguna

mengulangi apabila perlu untuk memperkuatkan lagi pembelajaran dan memperbaiki ingatan.

Aktiviti pengulangan amat memerlukan kebebasan dan kreativiti daripada para pelajar.

Page 17: KRL3033 D20102043240 UPSI 53(A132 PJJ)

BAB 3

3.0 PENGENALAN

Tujuan kajian ialah untuk melihat kesan “Penggunaan AplikasiKaedah e-SIBUF Dapat

Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Asas Membaca Murid Tahun 4 Arif dan 5

Cerdas”. Dalam bab ini akan membincangkan dan menjelaskan prosedur secara terperinci

tentang reka bentuk kajian, cara pemilihan sampel kajian, mereka instrumen kajian, cara

data dikutip, dikumpulkan dan dianalisis di akhir kajian. Kajian ini dijangka akan

dijalankan pada bulan Ogos 2014 ,hanya 10 orang sebagai perintis kajian ini.

3.1 REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini melibatkan 3 orang responden iaitu guru Tahun 4 Arif dan 5 Cerdas

(responden ke 1 ), ibu bapa ( responden ke 2 ) dan murid-murid lemah Tahun 4 Arif dan 5

Cerdas ( responden ke 3 ). Dalam kajian ini, kanak-kanak adalah responden yang utama

hendak dikaji. Guru Tahun 4 dan 5 dan ibu bapa sebagai responden sampingan untuk

mendapatkan maklumat mengenai latarbelakang murid-murid yang hendak dikaji.

Dalam mereka bentuk kajian memerlukan pengkaji memikirkan idea dan persolalan kajian.

Sebagai seorang pengkaji perlu menyediakan beberapa kerangka aktivit . Proses ini

memerlukan perancangan yang sistematik agar tidak timbul pelbagai masalah apabila kajian

dilaksanakan nanti. Pengkaji perlu memikirkan dan memutuskan bentuk kajian yang hendak

dilakukan sama ada dalam bentuk kualitatif ( pemerhatian ) atau pun kuantitatif ( boleh

diukur dengan menggunakan pewakilan nombor ).

Pada peringkat awal, soal selidik kajian ini telah dijalankan. Hasil dapatan maklumat

adalah melalui temubual secara tidak formal dengan guru Tahun 5 mendapati bahawa

banyak maklumat yang diterima tentang permasalahan murid-murid seperti tidak suka

bergaul dengan rakan, kurang mahir membaca dan mengenal huruf, tidak dapat mengenal

nombor dengan mudah, tidak mahir dalam memegang pensel, tidak mahir menulis dan

Page 18: KRL3033 D20102043240 UPSI 53(A132 PJJ)

lain-lain lagi. Oleh itu, pengkaji telah memilih satu tajuk kajian permasalahan. Maklumat

berkaitan yang diperoleh kemudian dipindahkan ke dalam data maklumat. Pelbagai jenis

borang soal selidik maklumat untuk guru dan ibu bapa dalam bentuk skala likert juga

disediakan agar pengkaji mendapat maklum balas yang spesifik dan juga memudahkan

proses kajian berjalan lancar nanti. Terdapat beberapa jenis borang untuk melihat perlakuan

kanak-kanak ( responden ) yang dikaji semasa pembelajaran dan pengajaran berlangsung.

Pengkaji perlu memerhati tatakelakuan murid-muridketika mereka dalam proses

pembelajaran. Ia diukur secara kualitatif dan memerlukan pemerhatian yang terperinci

sepanjang kajian dijalankan sehingga pemerolehan data dikutip, dikumpulkan dan dianalisis

pada akhir kajian. Data yang dikutip perlu mempunyai ciri-ciri kebolehpercayaan dan

kesahan untuk menyokong tujuan kajian dilaksanakan.

Selain itu, borang-borang soal selidik ini membolehkan pengkaji memahami dan

mengetahui latar belakang murid-murid ( responden ) dengan lebih dekat dan juga

mengetahui situasi dan persekitaran yang mempengaruhi tingkah laku dan komunikasi

berkesan mereka di dalam bilik darjah. Keceriaan bilik darjah juga diambil kira dalam

memperoleh maklumat. Ia penting untuk merangsang situasi yang berbeza yang dirasakan

oleh murid-murid. Sudah menjadi lumrah sebagai seorang kanak-kanak yang inginkan

sesuatu yang baru dan mempunyai pembaharuan. Mereka mudah bosan dengan sesuatu

bahan yang ada di hadapan mereka jika ianya tidak dititikberatkan.

3.2 POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN

Populasi kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Ladang Tereh Kluang. Murid-murid

ini terdiri daripada murid-murid lemah Tahun 4 Arif dan 5 Cerdas . Mereka berumur di antara

10- 11tahun. Murid-murid ini mempunyai latar belakang dan sosialekonomi yang berbeza.

Sekolah ini mempunyai seramai 34 orang murid-murid di Tahun 4 dan 5. Daripada 32 orang

murid ini, hanya 10 orang sahaja saiz sampel dipilih. Ia diambil sebagai sampel kajian

dari Kelas Tahun 4Arif lima orang serta 5 orang dari Kelas 5 Cerdas .

Murid-murid ini juga adalah terdiri daripada pelbagai kebolehan dan minat yang berbeza

serta mempunyai pencapaian yang sederhana dan rendah. Walau bagaimanapun, kajian ini

Page 19: KRL3033 D20102043240 UPSI 53(A132 PJJ)

diadakan secara global hanya untuk melihat kesan penggunaan AplikasiKaedah e-SIBUF

yang dapat menggalakkan komunikasi berkesan dan membantu daya ingatan penguasaan

kemahiran asas membaca murid-murid lemah Tahun 4 Arif dan 5 Cerdas serta peranan guru

dalam memastikan pencapaian objektif pengajarannya.

3.3 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan objektif kajian , keinginan

untuk memperoleh kesahihan data, tenaga dan kewangan yang mencukupi, sokongan

daripada guru Tahun 4 dan 5 itu sendiri dan pihak sekolah yang dicadangkan.Instrumen

kajian terdiri daripada beberapa kaedah seperti temubual dengan guru sebelum kajian

dijalankan, borang soal selidik mengenai guru Tahun 4 dan 5 , ibu bapa serta borang kaji

selidik tentang perlakuan kanak-kanak di dalam bilik darjah yang melibatkan pemerhatian

secara rawak dan berkala semasa pembelajaran dan pengajaran dijalankan.

Selain daripada borang soal selidik, pelbagai jenis lembaran kerja juga disediakan untuk

melihat kesan penggunaan perisian melalui komputer yang dapat meningkatkan komunikasi

berkesan di antara kanak-kanak dengan perisian yang digunakan ketika dan selepas sesi

pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Hasil dapatan daripada latihan akan dianalisis

untuk mendapatkan kebolehpercayaan dan kesahan tentang kesahihan keputusan sebaik

sahaja objektif pembelajaran dan pengajaran tercapai.

Page 20: KRL3033 D20102043240 UPSI 53(A132 PJJ)

3.4 LOKASI KAJIAN

Sekolah Kebangsaan Ladang Tereh Kluang, Johor.

RUMUSAN

Bab ini menerangkan tentang metodologi yang digunakan dalam kajian bermula dari reka

bentuk kajian hingga ke tatacara pengutipan data. Bab ini juga menyentuh tentang prosedur dan

proses data dikumpulkan, disusun, diproses, dianalisis dan didokumenkan. Dokumen yang

difailkan . Ia hanya sebagai bahan rujukan pada masa akan datang.

Page 21: KRL3033 D20102043240 UPSI 53(A132 PJJ)

BIBLIOGRAFI

1.Tang, Chee Yee .(1988).Panduan Latihan Mengajar. Fajar Bakti, Petaling Jaya.

2.Dr David Lim Chong Lim, Dr Nor azizah Salleh, Prof Madya Dr Sat Md Yasin, Prof Madya Dr Mohd Kidin, Prof Madya Dr Alias Mohd Yatim..(2011).HBEF 2503 KaedahPenyelidikan Dalam

Pendidikan), Open Universiti Malaya Kuala Lumpur.

3.Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib .(1995). Pengajaran Dalam Bilik Darjah. Kaedah Dan Strategi. Masa Enterprise,Kajang.

4.Hizral Tazzif Hisham & M.Azlan Jaafar.(1997).Pembangunan Perisian Bakal Kuasai Alaf

Depan.Komputer, Berita Harian .6 November .

5.Kementerian Pendidikan Malaysia. (1997). Strategi pengajaran pembelajaran Sains sekolah rendah. Kuala Lumpur : Bahagian Pendidikan Guru .

6.Nor hashimah Hashim , Yahya Che Lah. ( 2004 ). Sinopsis Panduan Pendidikan Prasekolah PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Page 22: KRL3033 D20102043240 UPSI 53(A132 PJJ)

Laman Web

1.http://web.usm.my/km/24-06/km%20art%2011.pdf

2.http://www.angelfire.com/wa2/smkdsotwo/TeknologiMaklumat.pdf

3.http://akademik.ukm.my/rosseni/lili/Notes/JENIS2%20KOMUNIKASI.PDF

4.http://www.angelfire.com/on2/Saifulazrulchelah/PEMIKIRANLAHIR.html

5.http://akademik.ukm.my/rosseni/lili/Notes/Teori%20Keluwesan%20Kognitif.pdf

6.http://akademik.ukm.my/rosseni/lili/Notes/BELAJAR%20DARI%20KOMPUTER.PDF