tajuk : pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia

17
TAJUK : PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA SOALAN : 1. ANALISISKAN UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN SEBAGAI INSTRUMEN PERPADUAN 2. Rancangan Pembangunan Lima tahun NURSHAWATI BINTI ABD WAHAB NURSHAKILA BINTI ABDULLAH K3

Upload: riley-rhodes

Post on 31-Dec-2015

123 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

TAJUK : PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA. SOALAN : 1. ANALISISKAN UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN SEBAGAI INSTRUMEN PERPADUAN 2. Rancangan Pembangunan Lima tahun. NURSHAWATI BINTI ABD WAHAB NURSHAKILA BINTI ABDULLAH K3. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: TAJUK : PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS       HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

TAJUK : PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

SOALAN : 1. ANALISISKAN UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN

SEBAGAI INSTRUMEN PERPADUAN2. Rancangan Pembangunan Lima tahun

NURSHAWATI BINTI ABD WAHABNURSHAKILA BINTI ABDULLAHK3

Page 2: TAJUK : PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS       HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan

Kedudukan Istimewa Raja-raja Melayu dan

Yang Di-Pertuan Agong

Hak keistimewaan Orang-Orang

Melayu

Bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan

Agama Islam

Page 3: TAJUK : PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS       HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Sebelum Perlembagaan Persekutuan digubal, Tanah Melayu semasa penjajahan British pada masa itu telah pun mempunyai perlembagaannya. Perlembagaan tersebut digubal berikutan penubuhan Malaysan Union 1946. Walau bagaimanapun Malayan Union telah mendapat bantahan daripada penduduk Tanah Melayu memandangkan perlembagaan yang dibentuk gagal memenuhi tuntutan dan kehendak rakyatnya. Ini adalah kerana banyak perlembagaan tersebut lebih menguntungkan pihak British berbanding rakyat negara ini. Bahkan perlembagaan tersebut juga dikatakan telah mengetepikan nilai-nilai tradisi masyarakat Melayu yang telah pun diwarisi sejak zaman Kesultanan Melaka lagi

Page 4: TAJUK : PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS       HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Bagi memenuhi tuntukan rakyat pada masa itu, pihak British telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji dan seterusnya menggubal satu perlembagaan yang dapat memenuhi tuntutan rakyat di negara ini, khususnya berkenaan dengan nilai-nilai tradisi masyarakat pribuminya. Nilai-nilai tradisi yang dimaksudkan adalah:Kedudukan istimewa Raja-raja Melayu; Hak keistimewaan orang Melayu ( Agama dan Bahasa )

Page 5: TAJUK : PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS       HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Kedudukan Istimewa Raja-raja Melayu dan Yang Di-Pertuan Agong Beberapa perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan mempunyai kaitan dengan kedudukan istemewa Raja-raja Melayu ini termasuklah Perkara 32,perkara 41, perkara 42, Perkara 44, Perkara153, dan Perkara 122B, perkara 41. Tradisi pemerintahan beraja di Tanah Melayu pada masa itu sudah pun menjadi amalan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Kesultanan Melayu merupakan elemen penting dalam masyarakat Melayu. Ianya mengekalkan simbol penting bagi survival orang-orang Melayu. Oleh sebab itulah unsur tradisi ini dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan kerana sudah sekian lama orang Melayu diperintah berdasarkan pemerintahan beraja. Tambahan pula, sistem pemerintahan beraja akan dapat meningkatkan taat setia rakyat raja dan negara ini. Ketaatan kepada raja dan negara akan dapat memupuk persefahaman ke arah perpaduan

Page 6: TAJUK : PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS       HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Agama Islam

Perkara 3 Perlembagaan menjelaskan bahawa agama Islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan denganbebas (Perkara 11).

Namun begitu hak-hak seseorang untuk mengembangkan agama boleh dikawal atau disekat oleh undang-undang negeri, atau undang-undangPersekutuan bagi kes Wilayah Persekutuan, jika pengembangan itu dibuat di kalangan mereka yang telah menganut agama Islam ± Perkara 11 (4).

Agama atau kepercayaankepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang bersatu padu.

Page 7: TAJUK : PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS       HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Berdasarkan falsafah Islam membebaskan manusia daripada perhambaan sesama manusia, maka perlembagaan yang baik pasti akan menghormati hak-hak rakyat dalam negara tersebut, dan tidak cuba memaksa rakyat memperhambakan diri mereka kepada ideologi pemerintah.

Peruntukan undang-undang seperti ini menunjukkan bahawa pemerintah amat bertoleransi dengan kaum-kaum lain yang mengamalkan agama yang berbeza. Perkara ini diberikan perhatian supaya masyarakat lain tidak berasa diketepikan atau ditindas dalam soal agama.

Ini seterusnya akan dapat mewujudkan persefahaman dan permuafakan ke arah perpaduan di kalangan pelbagai kaum dan agama

Page 8: TAJUK : PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS       HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Hak keistimewaan Orang-Orang Melayu Dalam Perlembagaan Persekutuan,hak-hak

orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak ada dinyatakan dalam Perkara 153.

Hak Istemewa Orang Melayu dan bumiputera meliputi: BidangPerkhidmatan Awam ± Perkara 153 (2, 3 dan 4); Bidang Ekonomi ± Perkara 153 (6)dan Bidang Pelajaran ± Perkara 153 (2, 3 dan 4). Selain itu, kedudukan istemewa orangMelayu dan bumiputera yang lain juga terdapat dalam peruntukan Perkara 89 dan 90,iaitu berhubung dengan tanah rizab Melayu;

dan Perkara 8(5)(f) berkenaan kemasukanorang Melayu dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayusebagaimana dikuatkuasakan. Hak-hak ini tidak boleh dipertikaikan dan ia dilindungi dibawah Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1971).

Page 9: TAJUK : PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS       HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Melihat dari sudut kepentingannya, kitasedar bahawa orang Melayu merupakan penduduk asli atau pribumi negara ini. Justeru adalah wajar orang-orang Melayu diberikan hak keistemewaan tersebut. Ini kerana sebelum ini orang Melayu lebih banyak terlibat dalam bidang perikanan atau pertanian.Justeru adalah wajar orang-orang Melayu diberi keutamaan dalam kesemua aspek yang dinyatakan di atas bagi membolehkan mereka memperbaiki taraf hidup yangsebelum ini agak jauh ketinggalan berbanding kaum lain

Page 10: TAJUK : PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS       HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Perkara 152 (1) menguatkuasakan Bahasa

Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Persekutuan. Bahasa ini secara automatiknya menjadi bahasa perantaraan untuk digunakan dalam semua maksud rasmi.

Maksud rasmi ditakrifkan oleh Perkara 152 (6) dengan makna apa-apa jua maksud kerajaan sama ada kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam.

Jika melihat dari aspekrasional kenapa bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa rasmi negara, aspek sejarah perlu dipertimbangkan.

Berdasarkan sejarah, bahasa Melayu telah pun menjadi linguafranca sekian lamanya (Salleh Abbas, 1986).

Jadi tujuan di sebalik meluluskan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah untuk memenuhi keperluan menyatupadukan pelbagai kaum di negara ini ke arah menjadi sebuah negara yang bersatu melalui satu bahasa yang sama

Page 11: TAJUK : PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS       HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

*KESIMPULAN

Unsur-unsur tradisi ini perlu kerana telah wujud ratusan tahunsebelum perlembagaan diwujudkan pada tahun 1957.

Unsur tradisi berperananmenstabilkan sistem politik negara dan laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya Reidmenekankan betapa pentingnya perlembagaan mengambil kira faktor-faktor sejarah,tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum tahun 1957 (Abd Aziz Bari, 2001).

Unsur-unsur tradisi juga merupakan satu prasyarat dan permuafakatan yang diterimaoleh orang Melayu dan bukan Melayu. Dengan ini jelaslah bahawa hak istimewa orangMelayu, Islam sebagai agama persekutuan dan Bahasa Melayu diterima sebagai Bahasa Kebangsaan menjadi prasyarat penerimaan hak kewarganegaraan oleh etnikbukan Melayu dikekal dan diperkukuh.

Prasyarat ini menunjukkan bahawa pemimpinterdahulu telah menerima satu formula bagi menyelasaikan masalah yang wujud tanpa melibatkan konflik antara etnik di Tanah Melayu pada ketika itu.

Page 12: TAJUK : PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS       HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

* Rancangan Pembangunan Lima tahun

Semasa zaman penjajahan, British telah memperkenalkan rancangan lima tahun pertama Persekutuan Tanah Melayu yang dikenali sebagai “Draft Development Plan Of Malaya” ( 1950-1955). Rancangan ini menandakan bermulanya modenisasi ekonomi negara yang terus kekal sehingga kini. Menjelang kemerdekaan, rancangan ini dikenali sebagai Rancangan Malaya, dan kemudiannya diikuti dengan rancangan Malaysia.

Page 13: TAJUK : PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS       HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

*A) Rancangan Malaya Pertama

•Menjelang kemerdekaan, pemimpin tempatan mula terlibat secara langsung dalam proses pembangunan negara.

Rancangan Malaya

Pertama (1956-1960)

•Selepas Pilihan Raya Umum 1959, walaupun masih wujud pengaruh kolonial dari segi falsafah dan corak perancangan pembangunan, tetapi kerajaan mula membuat perubahan dan penyesuaian mengikut keperluan negara.

Rancangan Malaya

Kedua (1961-1965)

Page 14: TAJUK : PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS       HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

*b) Rancangan malaya•Selepas penubuhan

Malaysia, kerajaan telah membuat perubahan dan penyesuaian dalam perancangan pembangunan negara selari dengan penyertaan Sabah dan Sarawak. Pelbagai dasar dalam bidang pendidikan, bahasa dan budaya diperkenalkan untuk melengkapi rancangan pembangunan ekonomi tersebut. Kerajaan terus memberi perhatian kepada pembangunan desa dan prasarana, di samping perindustrian gantian import. Namun begitu, Rancangan Malaysia Pertama agak terbantut akibat Konfrontasi Indonesia yang berakhir pada 1966 dan tragedi 13 Mei 1969

1. Rancangan Malaysia Pertama

(1966-1970)

•Selepas tragedi 13 Mei 1969, Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan untuk menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan. DEB mengambil tempoh selama 20 tahun (1971-1990). Rancangan Malaysia Kedua juga memperlihatkan peralihan daripa industri gantian-import kepada industri berorientasikan eksport.

2. Rancangan Malaysia Kedua

(1971-1975)

Page 15: TAJUK : PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS       HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

•Rancangan pembangunan kali ini merupakan lanjutan daripada Rancangan Malaysia Kedua.

3. Rancangan Malaysia Ketiga

(1976-1980)•DEB

masih diteruskan dan tumpuan turut diberikan kepada pembangunan industri berat.

4. Rancangan Malaysia

Keempat (1981-1985)

•DEB berakhir pada tahun 1990. kerajaan turut memberikan penekanan kepada industri berat dan elektronik.

5. Rancangan Malaysia Kelima

(1986-1990)

Page 16: TAJUK : PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS       HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

•Dasar Pembangunan Negara (DPN) mula diperkenalkan sebagai ganti kepada DEB. Rancangan pembangunan kali ini lebih menitikberakan industri berasakan teknologi yang lebih maju dan dasar penswastaan

6. Rancangan Malaysia Keenam

( 1991-1995)

•Rancangan pembangunan yang mula memberi perhatian kepada industri berteraskan k-ekonomi.

7. Rancangan Malaysia

Ketujuh (1996-2000)

•Rancangan pembangunan kali ini adalah penerusan daripada Rancangan Malaysia Ketujuh.

8. Rancangan Malaysia

Kelapan ( 2006-2010)

Page 17: TAJUK : PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS       HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

•Rancangan pembangunan yang masih berteraskan kepada k-ekonomi tetapi diberi keutamaan kepada pembangunan manusia (modal insan). Islam Hadari dijadikan kerangka kerja untuk meningkatkan kualiti modal insan di kalangan rakyat Malaysia

Rancangan Malaysia

Kesembilan (2006-

2010)