perlembagaan dalam konteks hubungan etnik di malaysia

28
PERLEMBAGAAN DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Upload: eric-adreec

Post on 27-Sep-2015

28 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

proses pengubalan perlembagaan malaysia

TRANSCRIPT

PERLEMBAGAAN DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

KONSEP PERLEMBAGAAN

Perkara yang menyentuh isu bahasa, agama, bumiputera dan kewarganegaraan dalam Perlembagaan Malaysia menjadi faktor penting untuk mewujudkan hubungan etnik yang erat dan utuh di kalangan rakyat Malaysia.

Perkara-perkara yang dianggap menguntungkan orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia diimbangi dengan peruntukan lain yang juga memberi kelebihan kepada kaum bukan bumiputera.

Bagi sebuah negara yang berdaulat, perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara dan setiap individu perlu mematuhi keluhurannya.

Dalam konteks Perlembagaan Islam, negara Islam pertama iaitu Madinah di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w telah membentuk Sahifah Madinah bagi melicinkan pentadbiran negara Madinah yang terdiri daripada pelbagai kaum.

DEFINISI PERLEMBAGAAN

Satu set peraturan tentang hak, kuasa dan prosedur serta tanggung jawab pihak yang mengawal dengan memandu hubungan di antara satu autoriti dengan autoriti yang lain, dan juga antara autoriti dengan rakyat awam.

Satu dasar atau formula yang menyatakan tugasan kuasa-kuasa awam di dalam sesebuah negara dibahagikan dan digunakan.

Perlembagaan adalah sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara.

Berperanan sebagai panduan bagi pembentukan undang-undang sama ada di pihak kerajaan atau rakyat.

JENIS PERLEMBAGAAN

Perlembagaan Bertulis

Perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu kanun atau dokumen.

Perlembagaan Tidak Bertulis

Semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti adat resam dan tradisi, undang-undang yang diluluskan oleh parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah

Contoh negara yang mengamalkan : Malaysia

Contoh negara yang mengamalkan : United Kingdom, New Zealand & Israel

Sukar dipinda kecuali wujud peruntukan dalam perlembagaan yang membenarkannya.

CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN

Ciri sesebuah negara

Sifat Perlembagaan

Kuasa

Kewarganegaraan

Hak dan tanggungjawab

Hak asasi

PERANAN PERLEMBAGAAN

Sumber

Setiap perkara dalam perlembagaan boleh diperhalusi sebagai sumber undang-undang.

Garis Panduan

Perlu dirujuk apabila hendak menggubal sesuatu peraturan undang-undang.

Peraturan

Mengatur pemerintahan sesebuah negara.

KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN

Di Malaysia, tidak ada institusi yang boleh mengatasi ketertinggian Perlembagaan Malaysia.

Malah ketiga-tiga badan kerajaan (Perundangan, Kehakiman, Eksekutif) & YDPA juga tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia.

Contoh: kuasa perundangan dan kehakiman (mahkamah) dijalankan tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan.

Undang-undang persekutuan atau negeri mengenai sesuatu perkara boleh diisytiharkan TIDAK SAH oleh mahkamah jika undang-undang itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Ini kerana, perlembagaan memperuntukkan dengan nyata dalam Perkara 4(1): Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang utama persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan yang berlawanan dengan perlembagaan adalah terbatal setakat mana yang berlawanan.

PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Kesan Penjajahan

Perjuangan Kebangsaan

Persekutuan

Tanah Melayu

9 Ciri

MMKP

Sistem Ahli

Pilihanraya

Perikatan

Rundingan London

Merdeka

Suruhanjaya Reid

Memorandum

Unsur Tradisi

Identiti Negara

Perlembagaan Islam

Perbandingan

Kontrak Sosial

Persetujuan

3 Perkara

3, 152, 153

Malayan Union

Penentangan

CLC

Rundingan Kaum

SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Perjuangan kebangsaan

Selain perjuangan berdarah yang bermula sejak penjajahan Portugis di Melaka, Belanda, Inggeris & Jepun, perjuangan juga digerakkan melalui semangat kebangsaan.

Pertubuhan

Media Massa

Tokoh

Sepanjang penjajahan, orang Melayu sentiasa bangkit menentang.

Menjelang abad ke 20, muncul pertubuhan-pertubuhan seperti Kesatuan Melayu Singapura, Kesatuan Melayu Perak, Kesatuan Melayu Muda dll yang menjadi medium menentang penjajah.

Media massa seperti akhbar & majalah juga berperanan sebagai medium penyebaran semangat perjuangan seperti Utusan Melayu, Majlis, Al-Imam, Saudara dan Warta Sarawak.

Muncul tokoh-tokoh intelektual Melayu seperti Rahim Kajai, Ibrahim Yaakob, Pak Sako dll menyedarkan orang Melayu supaya bangun menuntut kemerdekaan.

MALAYAN UNION

Selepas Jepun menyerah kalah Pentadbiran Ketenteraan British (BMA) mengambilalih pentadbiran Tanah Melayu

Sir Harold Mac Michael dilantik wakil British untuk mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu

Parlimen British meluluskan Malayan Union pada 10 Oktober 1945

Malayan Union ditentang hebat oleh orang Melayu.

Malayan Union tetap diisytiharkan pada 1 April 1946 dan Sir Edward Gent sebagai gabenor pertama.

Orang Melayu memulaukan majlis pengisytiharan itu, akhirnya British mengalah dan menggantikan Malayan Union kepada Persekutuan Tanah Melayu.

British sedar tanpa sokongan orang Melayu Malayan Union akan gagal.

TUJUAN PENUBUHAN MALAYAN UNION

Mengurangkan dan mengawal kuasa politik orang Melayu

Menjimatkan perbelanjaan pentadbiran British

Menjamin terus penguasaan British

Memastikan sumbangan golongan migran

Mengukuhkan pertahanan British

Mewujudkan pentadbiran yang cekap dan seragam

Menyediakan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri

Membentuk satu bangsa Malayan Union

SEBAB PENENTANGAN MALAYAN UNION

Kuasa Raja-Raja Melayu dilenyapkan dalam urusan pentadbiran negeri.

Singapura dipisahkan dari Malayan Union dan ia kekal sebagai tanah jajahan Inggeris.

Hak kerakyatan liberal berdasarkan prinsip Jus Soli.

Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa iaitu penduduk peribumi tidak memiliki apa-apa keistimewaan.

Cara Sir Harold Mc Michael mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu yang menggunakan cara paksaan dan ugutan.

KERJASAMA KEARAH KEMERDEKAAN

Julai 1946

4 wakil raja-raja Melayu, 2 wakil UMNO dan 6 pegawai British.

Bertanggungjawab merangka perlembagaan baharu yang boleh diterima oleh orang Melayu.

Disember 1947

Dianggotai orang Eropah, Cina dan India.

Bertujuan mendapatkan pandangan orang bukan Melayu mengenai perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Februari 1948

Perjanjian yang mempunyai beberapa ciri penting ke arah pemerintahan sendiri.

Membawa kepada penubuhan CLC.

Jawatankuasa Kerja

Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan

Jawatankuasa Perundingan

KONTRAK SOSIAL 1948

Ia mengambil kira kedudukan bukan Melayu iaitu Cina dan India dalam negara yang bakal merdeka dari Inggeris.

Merupakan hasil proses tawar menawar antara Melayu dan bukan Melayu.

Kontrak Sosial 1948 menjadi asas kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Persetujuan yang dicapai di antara Melayu, Cina dan India semasa mewujudkan Persekutuan Tanah Melayu 1948 di bawah naungan Inggeris.

Berkait rapat dengan bantahan Melayu terhadap Perlembagaan Malayan Union 1946.

Peruntukan dalam Kontrak Sosial 1948 menjamin ketuanan Melayu dalam proses politik negara.

PERKARA DALAM KONTRAK SOSIAL 1948

MELAYU

KEISTIMEWAAN MELAYU

BAHASA MELAYU

RAJA-RAJA MELAYU

BUKAN MELAYU

Hak kerakyatan berdasarkan prinsip Jus Soli

Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan

Hak istimewa Melayu bagi mengutuhkan dominasi Melayu di Persekutuan Tanah Melayu

Kedudukan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu tidak boleh dipersoalkan

ISLAM

HAK KEWARGANEGARAAN

Islam ialah agama Persekutuan

CIRI CIRI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

Negeri

Sultan

Kewarganegaraan

Seseorang pemohon mestilah:

Umur minimum bagi kedua-dua situasi tersebut adalah 18 tahun dan mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang baik

Bumiputera

9 negeri termasuk Pulau Pinang dan Melaka.

Pengenalan konsep Raja Berperlembagaan

Syarat kewarganegaraan diketatkan iaitu:

Orang Melayu diberi hak keistimewaan sebagai kaum bumiputera dan mempunyai perwakilan terbesar dalam Kerajaan Persekutuan dan Negeri

Menetap dan bermastautin di Tanah Melayu tidak kurang 15 tahun dari 20 tahun sebelum permohonan.

Lahir di Tanah Melayu dan telah bermastautin 8 tahun dari 12 tahun sebelum permohonan atau

Singapura kekal Tanah jajahan yang berasingan

Sultan diberi semula kuasa memerintah tetapi dengan nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dan Majlis Undangan Negeri

Pentadbiran

Majlis Mesyuarat Kerja

Majlis Perundangan

Sistem ahli bertaraf menteri

Sistem Parlimen

Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan dianggotai 3 ahli ex-officio, 4 anggota rasmi serta 5-7 ahli tidak rasmi yang dilantik Pesuruhjaya Tinggi

Majlis Perundangan Persekutuan dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Tinggi, mempunyai 3 ahli ex-officio, 9 orang Yang Dipertua Majlis-Majlis Mesyuarat Negeri, 2 wakil Majlis Tempatan Melaka dan Pulau Pinang, 10 ahli rasmi serta 50 ahli tidak rasmi (kesemua dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi)

Dibantu Majlis Perundangan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan

Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan diketuai Pesuruhjaya Tinggi British

PENUBUHAN CLC

Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)

Badan multi-etnik yang ditubuhkan dengan tujuan mewujudkan kesefahaman dan kerjasama yang lebih baik dalam kalangan pelbagai etnik di Tanah Melayu.

Anggota CLC:

Penasihat CLC Sir Malcolm MacDonald

Pengerusi CLC Dato E.E.C Thuraisingam

Wakil-Wakil:

Melayu

Cina

India

Ceylon

Serani

Eropah

Jawatankuasa ini merupakan satu organisasi pertama ditubuhkan secara tidak rasmi bagi membincangkan berbagai isu seperti kewarganegaraan dan kedudukan istimewa orang Melayu serta dasar pendidikan.

Melalui jawatankuasa ini, pemimpin dari pelbagai etnik berbincang secara terbuka mengenai permasalahan yang wujud dan dicari jalan penyelesaiannya.

Namun, ia tidak mendapat sambutan kerana dicurigai objektif penubuhannya oleh orang Melayu sendiri, tetapi ia adalah satu permulaan yang baik dalam membentuk kerjasama antara etnik di Tanah Melayu pada ketika itu.

MAJLIS MESYUARAT KERJA PERSEKUTUAN

Ahli Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan (Sistem Ahli)Dato Onn JaafarDato Mahmud MatE.E.C ThuraisinghamJ.D MeadTunku YaacobJ.D HodgkinsonLee Ting KengO.A Spencer

MAJLIS MESYUARAT KERJA PERSEKUTUAN

Sebagai proses ke arah berkerajaan sendiri.

1951- Sistem Ahli diperkenalkan.

British melantik beberapa warganegara Persekutuan Tanah Melayu menjadi ahli dalam Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan yang diberi taraf seperti menteri.

Tujuannya untuk memberi peluang dan latihan kepada pemimpin tempatan bagi mendapatkan pengalaman memerintah secara demokrasi.

PILIHANRAYA

1951

Pilihanraya 1

1 Disember 1951, untuk pilih wakil-wakil dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang

UMNO & MCA bergabung membentuk PERIKATAN

Menang kesemua sembilan kerusi yang dipertandingkan.

1952

Pilihanraya 2

Februari 1952, pemilihan untuk Majlis Perbandaran Kuala Lumpur

12 kerusi dipertandingkan

Perikatan menang 9 kerusi, selebihnya oleh IMP dan calon bebas.

1953

Perikatan cadangkan kepada British supaya diadakan pilihanraya untuk seluruh Tanah Melayu.

1955

Pilihan Raya Umum Pertama (52 kerusi):

8 parti bertanding

Perikatan menang 51

PAS menang 1 (di Kerian, Perak)

KERJASAMA POLITIK

Sebelum pilihanraya, MCA & MIC bukanlah parti politik tapi lebih bermotifkan menjaga kebajikan & kepentingan kaum masing-masing.

Pelawaan orang Melayu menggambarkan sifat keterbukaan mereka & sedia berkorban, rela kongsi kuasa & toleransi demi perpaduan.

Melalui pilihanraya umum pertama (1955), pengorbanan & kompromi UMNO cukup besar.

Inggeris mensyaratkan bahawa kemerdekaan akan hanya diberikan sekiranya rakyat negara ini bersatu padu & bekerjasama.

Kemenangan PERIKATAN menjadi bukti kepada Inggeris bahawa orang Melayu & bukan Melayu boleh bekerjasama.

Perikatan yang didominasikan oleh UMNO sepatutnya boleh membentuk kerajaan tanpa perlu bergabung dengan MCA & MIC namun hal ini tidak dilakukan.

ROMBONGAN LONDON

Januari 1956 : Rombongan 8 wakil ke London4 wakil Raja Melayu & 4 wakil PerikatanDiketuai Tunku Abdul Rahman.Rombongan bertujuan berunding dengan Pegawai British sebagai usaha menuntut kemerdekaanWAKIL RAJA-RAJA MELAYUWAKIL PERIKATANKETUA: Datuk Panglima Bukit Gantang (MB Perak)En.Abdul Aziz Hj Abdul Majid (MB Selangor)Datuk Mohammad Seth Mohammad Said (MB Johor)Datuk Nik Ahmad Kamil Hj Mahmood (bekas MB Kelantan)SETIAUSAHA: En. Abdul Kadir ShamsuddinKETUA: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Ketua Menteri & Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri)Datuk Abdul Razak Hussain (Menteri Pelajaran)Kol.H.S.Lee (Menteri Pengangkutan)Dr.Ismail Datuk Abdul Rahman (Menteri Hasil Bumi)SETIAUSAHA: T.H.Tan

PERJANJIAN LONDON

British berikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

Tanah Melayu berada dalam lingkungan Komanwel & menjalankan pemerintahan secara demokrasi.

British mendapat hak menempatkan tenteranya di Tanah Melayu.

Sebuah badan bebas ditubuhkan bagi menggubal Perlembagaan Tanah Melayu iaitu Suruhanjaya Reid.

Jawatan Setiausaha Kewangan & Pengarah Gerakan akan diganti dengan Menteri Kewangan & Menteri Pertahanan yang dipegang oleh rakyat tempatan.

Perjanjian London ditandatangani pada 8 Februari 1956 dan hasilnya persetujuan:

SURUHANJAYA REID

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah digubal oleh Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan 1956.

Keahliannya dari pakar perlembagaan negara Komanwel:

Lord William Reid (British)

Sir Ivor Jennings (British)

Sir William Mckell (Australia)

B.Malik (India)

Hakim Abdul Hamid (Pakistan)

Suruhanjaya ini ditugas merangka perlembagaan baharu untuk Persekutuan Tanah Melayu berpandukan syarat berikut:

Membentuk negara persekutuan dengan kerajaan pusat yang kuat.

Mengekalkan hak dan kedudukan raja-raja Melayu sebagai pemerintah berpelembagaan.

Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu serta hak sah kaum lain.

Mewujudkan sistem kewarganegaraan yang seragam.

Menubuh sebuh negara berasaskan prinsip demokrasi.

Suruhanjaya ini telah mengadakan tinjauan dan pertemuan untuk meminta cadangan dan pandangan parti-parti politik, orang ramai, individu-individu dan Raja-raja Melayu

Antara perkara yang dipersetujui:

Pembentukan sebuah negara persekutuan dengan pembahagian kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

Kerakyatan Jus Soli kepada yang lahir di Tanah Melayu.

Mengekalkan kedudukan istimewa orang Melayu tanpa menjejaskan hak kaum lain.

Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan, bahasa Cina dan Tamil boleh dikembangkan dan diamalkan.

Agama Islam menjadi agama Persekutuan, tetapi agama lain bebas diamalkan.

Jadi, Perlembagaan Malaysia sekarang telah mendapat persetujuan dan pandangan semua rakyat. Inilah yang dikatakan KONTRAK SOSIAL

KONTRAK SOSIAL DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUANIaitu semua kaum Melayu dan bukan Melayu bersetuju atas beberapa perkara yang sangat penting kepada kestabilan negara Melalui Kontrak Sosial, orang bukan Melayu diberikan hak kewarganegaraan yang longgar berasaskan prinsip Jus Soli. Pengecualian tentang perlunya mengetahui bahasa Melayu bagi bukan Melayu). Orang Melayu pula diperuntukkan dalam perlembagaan mengenai agama Islam, Bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu serta kedudukan Raja-raja Melayu. Perlembagaan Malaya ini diisytiharkan pada 31 Ogos 1957. Diperbaharui apabila Singapura, Sabah & Sarawak bergabung membentuk Malaysia pada 16 September 1963.

UNSUR TRADISI & PERLEMBAGAAAN

Unsur Tradisi:

Merupakan kontrak sosial yang telah disepakati semasa menggubal undang-undang

Unsur-unsur tradisi meliputi:

1. Bahasa

2. Agama

3. Kedudukan istimewa orang Melayu & Bumiputera Sabah Sarawak

4. Pemerintahan Beraja

Ciri-ciri Unsur Tradisi:

Berperanan menstabilkan sistem politik negara

Dilindungi di bawah Akta Hasutan

Dianggap sebagai isu sensitif

Dilarang dijadikan isu perbincangan awam

Unsur-unsur tradisi adalah faktor penting untuk mewujudkan identiti Malaysia & memupuk persefahaman ke arah perpaduan.