permuafakatan politik dalam konteks hubungan etnik

52
PERMUAFAKATAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK 1.0 PENGENALAN KEPADA POLITIK Politik adalah antara faktor penting dan perlu diberi perhatian dalam rangka memahami bentuk dan sifat hubungan etnik dalam sesebuah masyarakat plural seperti di Malaysia. Hal ini kerana, politik sering dikaitkan dengan kuasa, pembentukan dan pelaksanaan dasar . politik memberikan kuasa kepada sesuatu kelompok atau rejim untuk melaksanakan sesuatu mengikut hajat dan landasan pemikiran atau ideologi mereka. Selepas memperoleh kemerdekaan 1957, Malaysia ialah negara yang mengamalkan sistem politik dan pemerintahan serta kerajaan yang berlandaskan prinsip Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan. Dalam sistem demokrasi, kerajaan dipilih melalui pilihan raya secara berkala yang diadakan sekali dalam tempoh lima tahun. Pilihan raya diadakan bagi memperbaharui mandat yang diperoleh bagi sesebuah kerajaan memerintah yang berasaskan prinsip demokrasi. Sistem demokrasi dan amalan pilihan raya mengizinkan kewujudan dan penubuhan parti-parti politik bagi tujuan bertanding dalam pilihan raya. Setiap parti politik yang ditubuhkan mempunyai asas-asas serta prinsip perjuangannya yang tersendiri. Hal ini termasuklah yang berasaskan ideologi tertentu dan parti-parti tang berteraskan kepentingan etnik dan perkauman. Sejak merdeka, parti-parti politik yang terdapat di Malaysia rata-rata ditubuhkan berasaskan kaum atau nilai perkauman seperti UMNO, MCA dan MIC. Namun begitu, sejarah

Upload: northsouth20

Post on 02-Feb-2016

280 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

uuu

TRANSCRIPT

PERMUAFAKATAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

1.0 PENGENALAN KEPADA POLITIK

Politik adalah antara faktor penting dan perlu diberi perhatian dalam rangka

memahami bentuk dan sifat hubungan etnik dalam sesebuah masyarakat plural seperti di

Malaysia. Hal ini kerana, politik sering dikaitkan dengan kuasa, pembentukan dan

pelaksanaan dasar . politik memberikan kuasa kepada sesuatu kelompok atau rejim untuk

melaksanakan sesuatu mengikut hajat dan landasan pemikiran atau ideologi mereka.

Selepas memperoleh kemerdekaan 1957, Malaysia ialah negara yang mengamalkan sistem

politik dan pemerintahan serta kerajaan yang berlandaskan prinsip Demokrasi Berparlimen

dan Raja Berpelembagaan. Dalam sistem demokrasi, kerajaan dipilih melalui pilihan raya

secara berkala yang diadakan sekali dalam tempoh lima tahun. Pilihan raya diadakan bagi

memperbaharui mandat yang diperoleh bagi sesebuah kerajaan memerintah yang

berasaskan prinsip demokrasi. Sistem demokrasi dan amalan pilihan raya mengizinkan

kewujudan dan penubuhan parti-parti politik bagi tujuan bertanding dalam pilihan raya.

Setiap parti politik yang ditubuhkan mempunyai asas-asas serta prinsip perjuangannya yang

tersendiri. Hal ini termasuklah yang berasaskan ideologi tertentu dan parti-parti tang

berteraskan kepentingan etnik dan perkauman.

Sejak merdeka, parti-parti politik yang terdapat di Malaysia rata-rata ditubuhkan

berasaskan kaum atau nilai perkauman seperti UMNO, MCA dan MIC. Namun begitu,

sejarah menunjukkan bahawa parti-parti ini walaupun ditubuhkan berasaskan kepentingan

dan perjuangan kaum, tetapi telah berupaya membentuk gabungan dalam sesuatu kerja

sama permuafakatan politik dikenali sebagai Perikatan dan mengamalkan konsep

perkongsian kuasa. Keadaan ini berlaku atas keperluan demokrasi juga kerana

penggabungan akan memberikan peluang sesuatu perikatan itu mendapat sokongan yang

lebih besar dan seterusnya mengekalkan kuasa. Sejak pilihan raya pertama pada tahun

1955, gabungan perikatan parti-parti berasaskan kaum yang menyertai pilihan raya atas

nama PERIKATAN dan kemudiannya BARISAN NASIONAL telah memenangi 12 kali pilihan

raya dan memegang tampuk pemerintahan negara sehinggalah sekarang. Perkara yang

hendak ditekankan di sini adalah kepentingan serta peranan parti-parti politik dalam

konteks perhubungan antara kaum. Lazimnya, Parti-parti yang ditubuhkan untuk

kepentingan-kepentingan yang dirasakan perlu dalam masyarakat majmuk . Sehubungan itu,

isu-isu seperti ketidakadilan sosial, kesaksamaan, diskriminasi dan seumpamanya sering

menjadi perdebatan serta menghangatkan polemik hubungan kaum di Malaysia.

Situasi ini ditambah lagi dengan kandungan Perlembagaan Persekutuan yang

memperuntukkan beberapa bahagian yang secara langsung memberikan keistimewaan

kepada kaum Melay dan bumiputera secara tidak dirancang kerana perkara ini terhasil

daripada permuafakatan politik antara kaum utama dalam negara ini yang terlibat dalam

proses menuntut kemerdekaan. Bagi mereka yang tidak benar-benar memahami sejarah

pembentukan Perlembagaan Persekutuan dan proses permuafakatan itu berlaku serta

persetujuan itu dicapai antara pemimpin kaum-kaum yang terdapat di tanah Melayu pada

waktu itu, mereka melihat perlembagaan itu dari sudut unsur –unsur yang boleh ditafsirkan

sebagai diskriminasi. Akan tetapi , bagi warga Malaysia, hal ini seharusnya tidak berbangkit

lagi sesudah negara menempuh era pasca kemerdekaan selama 5o tahun . hal ini kerana,

perkara itu merupakan sebahagian daripada sejarah unik negara ini yang memperlihatkan

kesediaan setiap pemimpin kelompok dan kumpulan suku kaum yang akan ada dalam

nagara pada waktu itu bermuafakat dan menerima konsep perkongsian seperti mana yang

dipersetujui sebagai sesuatu kontrak sosial.

Walaupun parti-parti politik yang ditubuhkan berteraskan kaum, dengan semangat

toleransi dan kebersamaan yang tinggi, kaum-kaum yang ada di tanah Melayu ketika itu

bersedia memberi dan menerima serta bertolak ansur dalam perkara-perkara dalam

perkara-perkara yang melibatkan perbezaan, serta pada waktu yang sama bersedia

berkorban atas asas dan hasrat mahu membina negara dan masyarakat yang aman dan

harmoni. Sehingga kini parti politik yang berasaskan kaum masih terus wujud dan

berperanan dalam sistem politik negara.

Dalam konteks hubungan antara etnik, idealnya parti-parti politik yang ditubuhkan itu

harus bersifat merentas kaum. Akan tetapi, realiti kehidupan masyarakat selalunya tidaklah

sedemikian rupa. Hal ini mungkin disebabkan sifat semula jadi manusia yang sentiasa berasa

terancam. Keadaan ini ditambah pula dengan ketidakseimbangan hubungan antara kaum

yang terdapat di negara ini seperti hubungan majoriti-majoriti , jarak sosial dan budaya yang

berbeza dan sebagainya.

2.0 PENGENALAN KEPADA PERMUAFAKATAN POLITIK

Bagi memahami persoalan hubungan timbal balik antara pembangunan politik dan

hubungan etnik, kita perlu menyentuh beberapa aspek kemajmikan masyarakat Malaysia

yang mewarnai proses politik di Malaysia. Kemudian, bab ini akan menghuraikan evolusi

langkah-langkah memupuk hubungan etnik yang harmonis secara formal melalui institusi

dan tindakan politik. Institusi dan tindakan politik yang dimaksudkan ialah reaksi terhadap

Melayan Union, perjanjian persekutuan, penggubalan perlembagaan, pembentukan parti

politik, pilihan raya dan kerjasama parti-parti politik membentuk gabungan. Permuafakatan,

kefahaman, kerjasama dan penyatuan etnik merupakan unsure-unsur utama yang perlu

dicapai dalam usaha negara Malaysia kearah pembentukan 1Malaysia. Hal ini kerana,

hubungan etnik yang harmoni dan sihat memainkan peranan penting dalam konteks

pembangunan politik negara. Hubungan etnik di negara ini telah terjalin sejak sebelum

merdeka lagi. Dari zaman penjajahan British sehingga Perang Dunia Kedua, hubungan etnik

telah melalui pasang surut seiring dengan perkembangan politik semama. Keadaan

bertambah baik apabila usaha kearah mencapai kesepakatan dan kompromi politik

dimulakan selepas Perang dan menjadi lebih rancak lagi pada tahun 1950-an di

Semenanjung Malaysia.

Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, pelbagai usaha dilakukan untuk

memupuk semangat kerjasama dan penyatuan penduduk berbilang kaum dalam

pembangunan politik negara. Secara umumnya, proses politi di Sabah dan Sarawak diwarnai

oleh pertubuhan parti-parti politik berasaskan kepentingan kelompok etnik tertentu sejak

penghujung tahun 1950-an, namun pada masa yang sama usaha-usaha untuk memupuk

perpaduan etnik melalui kerjasama politik turut dijalankan hingga kini.

Walaubagaimanapun, usaha pihak kerajaan tercabar apabila berlakunya. Peristiwa 13 Mei

1969 kerana ketidakseimbangan tahap pembangunan politik, social dan ekonomi antara

etnik dengan wilayah di Malaysia. Ketegangan etnik sekali lagi dirasai oleh rakyat Malaysia

ketika berlaku Peristiwa Kampung Medan pada Mac 2001.

Walaubagaimanapun, atas usaha gigih yang dijalankan oleh pelbagai pihak di

Malaysia dan melaui berbagai-bagai saluran seperti pembangunan politik, negara kita pada

hari ini bukan sahaja dapat menikmati kestabilan politik, malah sedang menuju kearah

penyatuan dan keharmonian etnik. Keadaan ini membantu mencapai perpaduan penduduk

berbilang kaum dan meletakkan landasan asas bagi Malaysia menuju kearah pembentukan

1Malaysia yang dikemukan oleh Perdana Menteri Malaysia dalam hasrat beliau untuk

melahirkan sebuah negara Malaysia yang unggul dan disanjung tinggi.

3.0 MODENSASI DAN PEMBANGUNAN POLITIK

Konsep modensasi merujuk kepada suatu proses dimana tranformasi ataupun

perubahan berencana dalam segala aspek kehidupan masyarakat. Modensasi mengandungi

dua aspek utama, iaitu pembangunan ekonomi dan pembangunan politik. Pembangunan

ekonomi dan politik merupakan perubahan bencana yang melibatkan perubahan dalam

aspek-aspek tertentu yang membawa kepada peralihan daripada bentuk ekonomi dan

politik yang lama( tradisional) kepada yang baharu ataupun moden. Pembinaan negara

bangsa dapat di capai melalui beberapa kaedah yang bersifat top-down seperti penghayatan

ideologi negara, penerapan dasar-dasar awam yang ditentukan oleh pihak kerajaan, dan

pemupukan semangat nasionalisme melalui simbol-simbol dan retual negara. Namun

demikian, untuk mengukur pencapaian pembinaan negara bangsa bukanlah suatu tugas

yang mudah, berbanding dengan ukuranpencapaian pembangunan ekonomi yang dapat

diukur denang-ukuran-ukuran perangkaan dan stastitik. Biasanya penilaian terhadap dasar-

dasar awam yang dilaksanakan menjadi asas kepada pengukuran kejayaan atau pencapaian

pembinaan negara bangsa.

Selain bermatlamatkan pembinaan negara bangsa, pembangunan politik turut

melibatkan perubahan dalam aspek struktual dan budaya sehinggan membawa kepada

perubahan sistem politik masyarakat. Secara umumnya pembangunan politik dalam konteks

ini berlangsung melalui tiga proses utama: perbezaan struktur politi: sekularisasi budaya

politik: dan peyertaan politik yang besar oleh rakyat. Pembangunan politik dalam konteks

mewujudkan amalan demokrasi dianggap tercapai apabila terdapat kompenen-kompenen

berikut dalam suatu sistem politik, iaitu parti-parti politik, majlis perwakilan rakyat atau

parlimen, perlembagaan negara dan pilihan raya. Pada dasarnya, kewujudan keempat-

empat unsur tersebut menjadi ukuran sama ada suatu negara sudah atau belum

mengamalkan amalan demokrasi. Secara ringkasnya, pembinaan negara bangsa dan

perubahan dalam aspek struktural dan budaya merupakan dua hal yang saling

mempengaruhi dalam menentukan tercapainya pembangunan politik dalam sesebuah

negara yang terbilang.

4.0 MENUJU PEMUPUKAN KERJASAMA DAN PERMUAFAKATAN POLITIK

4.1 Jawatankuasa perhubungan kaum/communities liaison committee (CLC)

Januari 1949, pengabungan usaha diantara dato’ onn jaafar dan gabenor jeneral

british di asia tenggara iaitu malcom Macdonald, CLC ditubuhkan dengan matlamat untuk

mewujudkan persefahaman dan kerjasama yang lebih baik dalam kalangan pelbagai etnik

ditanah melayu. CLC mempunyai beberapa anggota yang terdiri daripada lima orang

pemimpin melayu, empat orang wakil cina, seseorang wakil india,serani,Ceylon dan eropah

masing-masing dengan e.e.c thuraisingham (juga wakil orang Ceylon) adalah pengerusi CLC.

Malcom pula bertindak sebagai penasihat dan pengawai perantara CLC dengan kerajaan

british. CLC merupakan pertubuhan separa politik. Ianya adalah kerana perkembagannya

dalam setiap perjumpaan yang diadakan didalam pengawasan British. Selain itu, anggota

CLC terdiri daripada pemimpin politik dan ahli pentadbiran.

Kesepakatan dapat ditonjolkan melalui isu pendidikan dimana sistem pendidikan

bukan bercorak perkauman dengan pengguna bahasa inggeris dan bahasa melayu sebagai

bahasa pengantar dalam semua mata pelajaran sama ada sekolah rendah kerajaan ataupun

bantuan kerajaan. Ianya adalah merupakan satu cara terbaik yang diperolehi kesetian dan

kerjasama antara etnik. Bukan itu saja isu kerayatan juga merupakan isu kontroversi antara

orang dengan orang melayu yang turut sama dibingcang didalam CLC. Dalam hal ini telah

dipersetujui bahawa hak kerayatan berdasarkan prinsip jus soli harus diperluaskan kepada

orang bukan melayu yang dilahirkan dipersekutuan tanah melayu dan singapura,

menumpukan taat setia sepenuh kepada tanah melayu dan mengangap Negara ini sebagai

tempat tinggal tetap. Bagi kerjasama ekonomi pula, CLC juga mendapat persetujuan

diantara ahlinya dan hasilnya, Rural and industrial development authority (RIDA) dibentuk

pada tahun 1950 dan Dato’ onn jaaffar dilatik sebagai pengerusi.

CLC juga telah memberikan perhatian kepada hubungan politik orang melayu dan

orang bukan melayu seperti pengambilan orang bukan melayu dalam perkhimatan kerajaan

serta pengenalan pilihan raya tempatan. CLC juga telah mencadangakan dasar sama rata

antara semua etnik dalam politik Negara dengan berteraskan demokrasi dan hak asasi

manusia demi mewujudkan kerjasama dan hubungan etnik yang mengalakan. Perkara ini

dilakukan dengan pemberian latihan dalam pentadbiran kepada semua etnik dan

keterbukaan peluang kepada orang bukan melayu untuk melibatkan peluang dalam sektor

perkhimatan awam serta politik. Walaubagaimanapun usaha yang telah dijalankan oleh CLC

dalam mencapai revolusi terhadap isu-isu ini dalam masyarakat majmuk di Malaysia hanya

sampai separuh jalan sahaja kerana berikutan krisis Dato’ onn jaafar dengan umno. Krisis ini

berkaitan usul pembukaan keanggotaan umno kepada kaum bukan melayu yang mendapat

tentangan daripada umno dan orang melayu.

4.2 Independence Of Malaya Party(IMP)

Pada tahun 1948 iaini selepas penubuhan persekutuan tanah melayu. Dato’ onn

mencadangkan satu dasar politik baharu dengan orang melayu sebagai teras dan umno

dijadikan sebuah parti politik kebangsaan, iaitu united malayan national organization(umno)

dengan membuka keahliannya kepada seluruh rakyat tanah melayu. Akan tetapi cadangan

yang disuarakan tidak diterima oleh ahli-ahli umno ini kerana umno khuatir serta bimbang

umno akan hilang sifat kemelayuan dan kehilangan perlindungan hak dan kepentingan

orang melayu. Setelah perkara tersebut mendapat tentangan daripada ahli-ahli umno dan

orang melayu sewaktu itu. Dato’onn mengambil keputusan untuk keluar dari umno pada

tahu 1951.

Setelah kesepakatan antara ahli umno gagal dirunding dan mendapat bantahan hebat

dari ahlinya, dato’ onn melangkah ketangga yang berlainan demi memperjuangkan dasar

kerjasama antara etnik dalam politik ditanah melayu. Dato’ onn telah menubuhkan

independent of malaya party(imp). Penubuhan imp dibentuk di hotel majestic, kuala lumpur

pada 16 september 1951 telah mendapat sokongan daripada pemimpin bukan melayu yang

penting. Mereka bersependapat bahawa imp merupakan satu jalan kearah menjalin

kerjasama antara pelbagai etnik dalam perkembangan politik di tanah melayu.

Bagaimanapun, orang cina lebih berminat untuk menyertai mca yang telah ditubuh pada 27

februari 1949 kerana terdapat pihak yang kurang bersetuju dengan perjuangan dato’ onn

bahawasanya orang melayu menjadi teras politik dan sebaliknya mereka menginginkan

politik sama rata. Lain pula kepada kaum india kerana sebahagian orang india ramai yang

menanggotai mic, ini kerana mereka menginginkan kemerdekaan tanah melayu dan segera

untuk berlawan dengan dasar yang dibawa oleh dato’ onn.

Walaubagaimanapun, imp gagal menarik minat orang melayu oleh kerana mereka

tidak yakin terhadap kensop yang dibawa oleh dato’onn. Akhirnya imp gagal mendapat

tempat dan ruang arena politik negara dengan hanya memenagi dua kerusi sahaja dalam

pilihan raya majlis bandaran kuala lumpur pada tahun 1952. Kemudian imp terkubur pada

tahun 1953 akibat pembubaran yang dilakukan olehnya kerana tidak kurang mendapat

sambutan. Dato’ onn meneruskan usahanya dengan membawa dasarnya dengan

menubuhkan parti negara pada tahun 1954.

4.3 Perikatan UMNO-MCA-MIC

Perkongsian kuasa politik antara parti politik bermula pada january 1952 apabila dua

parti terbesar dimalaysia, iaitu umno dan mca bersetuju untuk berkerjasama dan bertanding

dalam pilihan raya majlis bandaran kuala lumpur yang diadakan pada 16 februari 1952 bagi

menandingi im, sebuah parti bukan perkauman. Persetujuan untuk membentuk sebuah

pakatan kerjasama antara orang melayu dengan cina yang dikenali sebagai perikatan umno-

mca adalah hasil usaha yang dijalankan oleh kolonel H.S lee, yang dipertua mca cawangan

selangor dengan dato’ yahya bin abdul razak, pengerusi jawatankuasa pilihanraya umno

cawangan kuala lumpur. Parti-parti politik yang yang bertanding dalam pilihan raya tersebut

ialah perikatan umno-mca, imp, parti buruh selangor, persatuan penyewa rumah dan calon

bebas untuk merebut kerusi majlis tersebut bagi kawasan sentul, bangsar, imbi dan petaling

jaya. Pilihan raya yang berlagsung itu telah memperlihatkan penduduk telah mula menerima

kerjasama etnik dalam proses politik negara dengan perikatan telah memenangi mejoriti

kerusi dalam pilihan raya itu. Pada oktober 1954, perikatan umno dan mca telah mendapat

tarikan oleh parti yang dipelopori oleh kaum india iaitu mic dengan menyertai parti

perikatan ini berikutan ketiga-tiga parti ini telah mencapai satu kesefahaman dan kerjasama

bagi membina sesebuah negara bagsa yang bersatu serta memperjuangkan kemerdekaan

tanah melayu sewaktu itu.

Pada 27 julai 1955 pilihan raya persekutuan yang pertama berlangsug dengan disertai

oleh beberapa parti politik. Hasilnya daripada semangat yang tonjolkan dan kerjasama

perpaduan yang semakin erat dalam kalangan tiga etnik yang membolehkan parti perikatan

ini telah memenagi hampir kesemua kerusi yang dipertandingkan dengan 51 kerusi daripada

52 kerusi. Oleh yang disebabkan itu parti ini telah melayakan perikatan membentuk

kerajaan dan memperjuangkan kemerdekaan tanah melayu daripada jajahan british.

Kejayaan yang dicapai itu telah merdekakan tanah melayu pada 31 0gos 1957 yang

memperkuatkan lagi kedudukan parti perikatan sebagai parti yang mendapat sokongan

ramai dan pelbagai etnik di tanah melayu. Populariti parti ini terbukti apabila piliha raya

yang diadakan pada tahun 1959 dengan memenangi 74 kerusi yang dipertandingkan

daripada 104 kerusi.

Selang beberapa tahun kemudian iaitu pada tahun 1974, perikatan telah menukar

nama partinya kepada barisan nasional(bn) bagi mengukuhkan kerjasama antara etnik

dalam parti-parti politik dimalaysia supaya kumpulan etnik mendapat pertimbangan yang

sewajarnya dalam proses politik dimalaysia. Bagi pihak orang melayu dari sebelum merdeka

hingga kini, terdapat pas yang bertindak menjaga kepentingan orang melayu dan islam

dengan kekuatanya dinegeri-negeri yang majoriti penduduknya orang melayu iaitu kelantan,

terenganu, kedah dan perlis.bagi pihak orang bukan melayu, terdapat jugak beberapa orang

parti pembangkang yang mewakili luahan tidak puasan jati mereka, iaitu people’s progresif

party (ppp) dan parti gerakan rakyat(gerakan) sebelum tahun 1974, manakala kini parti

bukan melayu yang aktif ialah democratic action party(dap) yang masih mempersoalkan

tentang keistimewaan melayu dan bantuan yang disalurkan oleh kerajaan bn meningkatkan

taraf hidup orang melayu.

Pada hari ini, parti keadilan rakyat (pkr) yang muncul sebagai sebuah parti berbilang

etnik dibawah kepimpinan datuk seri anwar ibrahim turut memperjuangkan kesaksamaan

dan keadilan bagi semua etnik di malaysia termasuklah penduduk di sabah dan

sarawak.Menjelang pilihan raya umum ke 12 pada mac 2008, dap, pkr, dan pas telah

mencapai kesepakatan tanpa mengira batasan perkauman untuk membentuk pakatan

rakyat supaya dapat bersaing dengan bn dalam memenangi sokongan pengundi dalam

pilihan raya tersebut. Kemunculan pakatan rakyat dalam politik mula mengubahsuasana

politik dan mempengaruhi kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan bn negara ini. Selain

itu, menjelang pilihan raya yang dipimpin beberapa orang peguam india. Hindraf juga

menjadi faktor kepada kegagalan bn untuk memenangi 2\3 daripada kerusi yang

dipertandigkan pada pilihan raya 2008. Ini kerana terdapat beberapa pihak yang tidak

berpuas hati dan mengkritik tindakan kerajaan meleraikan perhimpunan hindraf dengan

mengunakan internal security act (isa) untuk menahan pemimpin hindraf.

Hindraf menrupakan sebuah pertubuhan yang mengambungkan 30 buah

pertumbuhan hindu bukan kerajaan untuk mempertahankan hakdan warisan komuniti

hindu dalam malaysia yang mempunyai penduduk yang berpelabagai latar belakang. Hindraf

diistiharkan sebagai sebuah pertubuhan dan pergerakan haram oleh kerajaan malaysia pada

15 oktober 2008 kerana kerajaan mempunyai bukti bahawa hindraf telah digunakan untuk

tujuan yang menyalahi undang-undang dan boleh menjadi satu ancaman kepada aturan

umum dan moraliti.

5.0 KERJASAMA POLITIK DI SABAH

Perkembangan politik berparti di Sabah hanya bermula apabila Gagasan Malaysia

dikemukakan pada Mei 1961 yang telah mendorong kumpulan etnik menubuhkan parti

masing-masing bagi melindungi dan mempertahankan hak dan kebajikan mereka dalam

negara baharu, Malaysia. Parti politik yang pertama ditubuhkan ialah sebuah parti kaum

Kadazan iaitu United National Kadazan Organisation (UNKO) pada Ogos 1961. Setelah itu,

ianya diikuti oleh parti Bumiputera Islam, United Sabah National Organisation (USNO) pada

Disember 1961, United National Pasok Momogun Organisation (Pasok Momogun) oleh

kaum Murut pada tahun 1962, Borneo Utara National Party (BUNAP) yang kemudian ditukar

kepada Sabah National Party (SANAP) hasil gabungan United Party dan Democratic Party

yang ditubuhkan oleh orang Cina pada tahun 1962. Untuk memastikan kepentingan setiap

kumpulan etnik di Sabah tidak terjejas dalam pembentukan Malaysia, UNKO, USNO, Pasok

Momogun dan SANAP telah bersetuju bekerjasama membentuk Parti Perikatan Sabah

supaya setiap kumpulan etnik utama mempunyai perwakilan dalam proses perkembangan

politik negara. Pada Jun 1964, dua kumpulan etnik utama, iaitu Kadazan-Dusun dan Murut

yang diwakili oleh UNKO dan Pasok Momogun telah mencapai persetujuan kerjasama bagi

mempertahankan kepentingan kaum Bumiputera bukan Islam di Sabah. Gabungan ini telah

membentuk United Pasok Momogun Kadazan Organisation (UPKO).

Sementara itu, dari tahun 1963 hingga 1967, persaingan politik antara penduduk

Bumiputera Islam yang diwakili oleh USNO di bawah pimpinan Tun Mustapha dengan

golongan Bumiputera bukan Islam diwakili UNKO/UPKO pimpinan Datuk Donald Stephen

telah mendominasi perkembangan politik di Sabah. Selepas itu, pelantikan Datuk Donald

Stephens dari UNKO sebagai Ketua Menteri Sabah yang pertama pada tahun 1963 telah

mendatangkan kritikan daripada Yang Dipertua Negeri, Tun Mustapha yang tidak puas hati

dengan pelantikan itu kerana jawatan itu sepatutnya disi oleh calon dari USNO mendapat 16

kerusi dan UNKO 12 kerusi. Kerajaan UNKO dan Donald Stephens tidak dapat menjalankan

pentadbiran dengan baik kerana tiada sokongan daripada Yang Dipertua Negeri dan

kerjasama antara golongan Bumiputera Islam dengan Bumiputera bukan Islam tidak dapat

dicapai.

Perselisihan etnik turut berlaku antara Bumiputera bukan Islam dan bukan

Bumiputera apabila UPKO membuka cawangan di kawasan Sabah Chinese Association/SCA

dan USNO seperti di Sandakan dan Semporna. Hal ini menyemarakkan lagi krisis dalam

kerajaan Donald Stephen dengan orang Cina Sabah yang akhirnya membawa kepada

pakatan SCA (orang Cina) dengan USNO (orang melayu). Perselisihan antara dua orang

pemimpin Bumiputera, Donald Stephens dengan Tun Mustapha atas isu kelulusan permit

dan lessen balak, isu penggantian setiausaha kerajaan negeri dan dasar Donald Stephens

yang dianggap lebih mengutamakan kepentingan masyarakat Kadazan-Dusun telah

membawa kepada campur tangan kerajaan Persekutuan. Krisis itu berakhir dengan Donald

Stephens diminta melepaskan jawatannya dan Peter Lo dari SCA dilantik sebagai Ketua

Menteri Sabah buat sementara. Selepas pilihan raya umum tahun 1967, atas kerjasama

USNO dengan SCA, Tun Mustapha telah Berjaya mendapat kuasa pentadbiran dan menjadi

Ketua Menteri Sabah yang baru, maka sebuah kerajaan di bawah pimpinan Bumiputera

Islam dengan kerjasama orang Cina (SCA) berjaya diwujudkan.

6.0 KERJASAMA POLITIK DI SARAWAK

Perkembangan parti politik di Sarawak pada peringkat awalnya adalah sangat unik

kerana sifat keetnikan yang amat ketara dalam penubuhan parti politik. Setiap kumpulan

etnik telah menubuhkan parti politik mereka bagi memajukan dan menyuarakan aspirasi

etnik masing-masing. Walaupun kecenderungan parti politik pada awalnya tidak

mengehadkan keanggotaannya kepada sesuatu etnik tetapi parti itu sebenarnya adalah

didominasikan oleh etnik tertentu sehingga lama-kelamaan parti itu menjadi sebuah parti

yang mewakili kepentingan kumpulan etnik tertentu. Di Sarawak, parti politik yang pertama

ditubuhkan ialah Sarawak United People’s Party (SUPP) pada Jun 1959 yang diusahakan oleh

sekumpulan orang Cina dengan diketuai oleh Ong Kee Hui. Setelah penubuhan SUPP, wujud

pula parti-parti politik lain seperti parti Bumiputera Islam (Melayu) iaitu Parti Negara

Sarawak (PANAS) pada tahun 1960 oleh golongan perabangan dari Kuching dan parti

Bumiputera bukan Islam, iaitu Sarawak National Party (SNAP) pada tahun 1961 oleh

beberapa orang pemimpin Dayak dari kawasan Skrang-Saribas.

Senario politik di Sarawak menjadi lebih menarik pada tahun 1962 apabila orang

Melayu dan orang Melanau dari Lembah Rejang menubuhkan sebuah lagi parti yang dikenali

sebagai Barisan Rakyat Jati Sarawak ( BARJASA), Parti Pesaka Anak Sarawak ( PESAKA) oleh

beberapa orang pemimpin Iban dari kawasan Rejang dan penubuhan Sarawak Chinese

Association (SCA) oleh sekumpulan ahli perniagaan Cina yang kaya. Dalam memastikan

suara setiap etnik utama di Sarawak mendapat tempat dalam perkembangan politik

menjelang pembentukan Malaysia, PANAS, SNAP, PESAKA, BARJASA dan SCA telah bersetuju

membentuk satu pakatan yang dikenali sebagai Parti Perikatan Sarawak pada 22 Oktober

1962 dengan SUPP sebagai parti pembangkang. Walaupun pembentukan Parti Perikatan

Sarawak amat perlu dalam sebuah masyarakat berbilang etnik demi mencapai keharmonian

etnik dalam politik Sarawak tetapi rasa kecurigaan antara dua parti Bumiputera Islam, iaitu

PANAS dengan BARJASA telah menyebabkan PANAS akhirnya mengambil keputusan keluar

dari Parti Perikatan Sarawak pada 15 April 1963 dan seterusnya berjuang sebagai parti

pembangkang bersama SUPP.

Pada Disember 1966, dua parti politik yang didominasikan oleh orang Melayu dan

Melanau, iaitu PANAS dan BARJASA telah bergabung membentuk Parti Bumiputera dan

kerjasama politik ini kemudian dilanjutkan dengan kaum Dayak melalui PESAKA bagi

membentuk Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada Januari 1973. Selepas pilihan raya

tahun 1970, semua parti politik di Sarawak telah bersetuju menyertai Parti Perikatan

Sarawak termasuklah SUPP. Kesepakatan antara parti politik di Sarawak telah membolehkan

Perikatan Sarawak menjadi anggota Barisan Nasional. Penerimaan SUPP oleh golongan

Bumiputera sebagai rakan pilihan untuk menubuhkan kerajaan campuran Sarawak selepas

pilihan raya tahun 1970 mencerminkan kompromi politik antara etnik telah bermula dalam

proses politik di Sarawak. Bagaimanapun, selepas Malaysia dibentuk, Stephen Kalong

Ningkan dari SNAP telah dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak yang pertama pada tahun

1963, tetapi kepimpinan Ningkan dicabar oleh komponen Parti Perikatan Sarawak atas isu

tanah, iaitu pengenalan undang-undang yang membenarkan kaum Cina membeli tanah

masyarakat Bumiputera. Hubungan tegang juga wujud antara kerajaan Ningkan dengan

kerajaan Persekutuan kerana percanggahan dasar mengeai isu penggantian pegawai British

dengan pegawai dari Semenanjung dan isu pengekalan penggunaan bahasa Inggeris sebagai

bahasa rasmi di Sarawak oleh Ningkan. Krisis tahun 1966 ini berakhir apabila Ningkan

dipecat daripada jawatan Ketua Menteri dan diganti dengan Penghulu Tawi Sli. Krisis ini

menyebabkan SNAP keluar dari Perikatan dan PANAS menyertai Perikatan semula.

7.0 KE ARAH PENGUKUHAN PERPADUAN ETNIK DAN PEMBENTUKAN 1 MALAYSIA

7.1 RUKUN NEGARA

Peristiwa 13 Mei 1969 telah menyedari pihak kerajaan bahawa masih terdapat jurang

perbezaan antara etnik dari pelbagai aspek dalam masyarakat di Malaysia. Setiap kaum

masih lagi hidup terpisah antara satu sama lain tanpa adanya satu ideology kebangsaan

yang boleh mengikat dan menyatukan mereka bersama. Dalam usaha membina satu bangsa

Malaysia yang bersatu padu dan meningkatkan semangat cintakan negara yang dikenali

sebagai Rukun Negara telah dicipta.

Ideologi ini dicetuskan dalam mensyuarat Majlis Perundingan Negara (MPN) yang

pertama pada 27 Januari 1970 ketika negara di bawah pentadbiran Majlis Gerakan Negara

(MAGERAN). Draf Rukun Negara telah dibincangkan dan dibuat pindaan beberapa kali oleh

MPN, sebelum diluluskan oleh MAGERAN dan kemudian diisytiharkan oleh Duli Yang Maha

Mulia di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 ketika sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia.

Rukun Negara sebagai ideology kebangsaan Malaysia mengandungi lima objektif

seperti mencapai perpaduan yang erat dalam kalangaan seluruh masyarakat, memelihara

satu cara hidup demokratik, mencipta sebuah masyarakat yang adil di mana kemakmuran

negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama, menjamin satu cara yang

liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak, dan

membina sebuah masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

Untuk mencapai objektif tersebut, prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun

Negara perlu dihayati sepenuhnya oleh semua etnik dalam masyarakat. Lima prinsip utama

yang termaktub dalam Rukun Negara ialah Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada

Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang, dan Kesopanan

Dan Kesusilaan. Keperayaan Kepada Tuhan iaitu prinsip ini membawa maksud setiap orang

mempunyai agama ataupun kepercayaan sendiri. Agama dan kepercayaan sangat penting

kerana setiap agama menyeru manusia supaya berbuat baik dan menghindari perbuatan

yang keji. Manakala Kesetiaan Kepada Raja dan Negara iaitu prinsip ini menuntut kesetiaan

penduduk yang unggul dan tidak berbelah bahagi terhadap raja dan negara supaya dapat

melahirkan penduduk yang sedia berkorban negara. Selain itu, Rukun Negara yang ketiga

ialah Keluhuran Perlembagaan iaitu setiap rakyat mesti menghormati dan menghargai

kandungan perlembagaan kerana Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang

tertinggi negara ini. Rakyat seharusnya mematuhi dan mempertahankan kemualiaan dan

ketinggian Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh tentang kedudukan Yang di-Pertuan

Agong dan raja-raja, agama Islam sebagai agama rasmi, Bahasa Melayu sebagai Bahasa

kebangsaan, kedudukan istimewa orang-orang Melayu, hak asasi rakyat, dan sebagainya.

Manakala Kedaulatan Undang-Undang ialah Rukun Negara yang ke-4 iaitu undang-

undnag merupakan tonggak keadilan yang berperanan menjamin kebebsan asasi dan

memberikan perlindungan kepada setiap orang dalam usaha mewujudkan keadilan dalam

kalangan masyarakat. Rukun Negara yang terakhir iaitu Kesopanan dan Kesusilaan iaitu

prinsip ini menyeru setiap anggota masyarakat supaya saling menghormati, berakhlak mulia

dan menggelakkan daripada menyentuh perkara-perkara sensitif dalam menjamin

kesejahteraan dan kehormonian hidup.

Rukun Negara menjadi rujukan dan garis panduan penting bagi sebarang dasar dan

keputusan yang hendak dibuat oleh kerajaan. Berpandukan prinsip tersebut, setiap dasar

dan keputusan dapat dibuat atas rasa sedar, rasional dan mengikut undang-undang serta

peraturan supaya perpaduan etnik dapat tercapai. Pihak kerajaan telah menggunakan

Rukun Negara sebagai instrument untuk mengatasi garis pemisah antara etnik dalam

membentuk dan membimbing masyarakat Malaysia ke arah mewujudkan perpaduan

mewujudkan perpaduan berdasarkan hak, peranan dan tanggungjawab yang digariskan

dalam Rukun Negara. Rukun menjadi peraturan dan norma hidup yang amat penting kepada

setiap anggota masyarakat di Malaysia dan pematuhan kepadanya dapat mewujudkan

perpaduan dalam kalangan kelompok pelbagai etnik di negara ini.

7.2 Pembentukan Barisan Nasional (BN)

Untuk mengukuhkan lagi penyatuan kaum melalui politik selepas Peristiwa 13 Mei

1969, kerajaan Perikatan berpendapat bahawa kerjasama dengan parti-parti pembangkang

perlu diadakan agar satu ikatan kerjasama politik antara pelbagai etnik dan parti dapat

diwujudkan. Atas keperluan itu, kerajaan telah memperkenalkan sistem kerajaan campuran

sebagai satu cara untuk menggabungkan fahaman politik antara etnik melalui

penggabungan parti-parti politik kerajaan dan pembangkang supaya memantapkan

kerjasama etnik serta kestabilan politik negara. Kerajaan campuran pertama yang dibentuk

adalah Perikatan dengan sebuah parti pembangkang, iaitu Gerakan pada Februari 1972

supaya memudahkan kerajaan mengimplementasikan dasar-dasar sosioekonomi di seluruh

negara. Pada 1 Mei 1972, kerajaan campuran telah dibentuk di negeri Perak, iaitu antara

Perikatan dengan Parti Progresif Rakyat (PPR). Setelah beberapa rundingan diadakan, pada

27 Disember 1972, satu persetujuan telah dicapai untuk mewujudkan sebuah kerajaan

campuran antara Perikatan dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), bekas anggota Perikatan

satu ketika dahulu. Parti-parti politik yang turut menyertai kerajaan campuran di Sarawak

ialah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Sarawak National Party (SNAP) dan Sarawak

United People’s Party (SUPP). Di Sabah, kerajaan campuran telah disertai oleh Parti Bersatu

Rakyat Sabah (PBRS), Parti Demokratik Sabah (PDS) dan Parti Kemajuan Sabah (SAPP)

selepas tahun 1970. Gabungan Perikatan dengan parti-parti pembangkang tersebut telah

meluaskan perkongsian politik hingga melibatkan 12 buah parti politik dari Semenanjung,

Sabah dan Sarawak yang dikenali sebagai Barisan Nasional (BN) dan didaftarkan pada 1 Jun

1974.

BN telah mengambil bahagian dalam pilihan raya tahun 1974 dengan menggunakan

symbol dacing dan menggunakan enam isu utama dalam kempen pilihan raya berkenaan

iaitu perpaduan, ekonomi, dasar luar negeri, keselamatan, agama dan perkhidmatan sosial.

BN telah Berjaya dalam pilihan raya tahun 1974 dengan memenangi 104 daripada 114 kerusi

yang dipertandingkan dan dapat menerajui pemerintahan di Malaysia. Kini, BN

mengandungi 14 anggota parti komponen dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang

menunjukkan wujudnya pakatan dan kerjasama politik antara pelbagai etnik.

7.3 Pembentukan Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat atau dikenali sebagai People’s Pact/People’s Alliance dibentuk pada 1

April 2008 setelah melihat hasil perjuangan mereka dan sokongan rakyat kepadanya. Idea

membentuk pakatan ini lahir ketika kempen pilihan raya ke-12 pada tahun 2008. Pakatan

politik ini terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Democratic Action Party (DAP) dan

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang mencapai persetujuan bekerjasama sebagai Barisan

Rakyat (People’ Front / Barisan Alternatif) semasa Pilihan Raya Umum ke-12 pada tahun

2008. Setiap komponen parti yang pad asasnya mempunyai ideology perjuangan tersendiri

tetapi akhirnya telah berjaya mencapai pakatan bagi memperjuangkan dan

mempertahankan kepentingan semua kumpulan etnik di Malaysia. Bagaimanapun, parti-

parti politik itu bersetuju mencapai kerjasama politik bagi bersaing dengan kerajaan Barisan

Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke 12. Persetujuan kerjasama mereka juga adalah untuk

membuktikan pakatan mereka itu turut dapat memperjuangkan kepentingan rakyat dan

membawa kemajuan kepada rakyat serta negara.

Pakatan kerjasama PKR, DAP dan PAS telah Berjaya memenangi sokongan rakyat

berbilang etnik dan mengakibatkan BN hilang majoriti dua pertiga dalam pilihan raya 2008.

Kerjasama ketiga-tiga parti politik tersebut telah memenangi 82 kerusi Parlimen di mana

DAP memperoleh 28 kerusi, PKR memenangi 31 kerusi dan PAS mendapat 23 kerusi

daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan dalam pilihan raya 2008. Bagi kerusi

DUN pula, mereka memperoleh 196 kerusi daripada jumlah 505 kerusi yang

dipertandingkan dalam pilihan raya. Pakatan rakyat telah Berjaya menguasai kerajaan negeri

di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor ketika pilihan raya 2008. Pakatan

Rakyat berikrar memperjuangkan hak dan kebajikan semua rakyat tanpa mengira etnik

seperti yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia. Pakatan Rakyat juga dibentuk

sebagai sebuah gabungan parti politik daripada berbilang etnik yang diwujudkan untuk

membela nasib rakyat yang terpinggir dan tidak terbela di bawah pimpinan Barisan

Nasional. Ideologi Pakatan Rakyat ialah keadilan sosial, kemajuan, demokrasi sosial dan

kebajikan awam.

7.4 Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang mula dilaksanakan di Malaysia pada 16

Februari 2004 merupakan satu kursus latihan yang dijalankan oleh kerajaan untuk

pembinaan sahsiah diri dalam kalangan rakyat Malaysia khasnya golongan belia. Selain itu,

PLKN bermatlamat untuk membina dan mengukuhkan semangat patriotism dalam kalangan

generasi muda, menyatukan golongan muda dari pelbagai etnik dan menyediakan golongan

belia bagi menghadapi cabaran dari dalam dan luar negara. Idea untuk mengadakan PLKN

ini dicetuskan dalam Kongres Patriotisme Negara pada 24 Oktober 2002 yang dihadiri oleh

pelbagai golongan masyarakat termaksuklah orang awam, pelajar, tokoh, ahli akademik,

Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, badan berkanun, ketua dan pegawai

kanan jabatan kerajaan, wakil rakyat dan menteri-menteri.

Sehubungan dengan itu, sebuah Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kerahan Tenaga

(JKMKT) dengan dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan dan dianggotai oleh tujuh orang

Menteri, seorang Penasihat Perdana Menteri yang bertaraf Menteri dan lima Timbalan

Menteri ditubuhkan dalam Mensyuarat Kabinet pada 30 Oktober 2002. JKMKT

dipertanggungjawabkan mengkaji keperluan perlaksanaan Program Latihan Khidmat

Negara.

Tanggungjawab Jabatan Latihan Khidmat Negara (JKLN) adalah menggubal dasar

peraturan mengenai pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara, merancang, menyelaras

dan memantau mengenai pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara, merancang dan

menyelaras keperluan guna tenaga kerja, infrastruktur, kemudahan, peralatan dan

kelengkapan latihan yang diperlukan untuk Program Latihan Khidmat Negara,

membangunkan dan menyeleggara system maklumat serta menyimpan rekod-rekod

mengenai peserta-peserta Program Latihan Khidmat Negara, merancang, menyelaras dan

melaksanakan Program Latihan Khidmat Negara, dan mengkaji, menilai kebersanan

pelaksanaan Program Khidmat Negara dan Akta latihan Khidmat Negara 2003 atau disebut

akta 628 diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 25 Jun 2003 dan Dewan Negara pada 7 Julai

2003.

Sehingga tahun 2005, PLKN telah mendapat sambutan dan kejayaan daripada

masyarakat kerana program ini telah disertai oleh seramai 135, 700 orang belia berbilang

etnik di kem-kem latihan PLKN yang ditubuhkan di seluruh negara. Pada setiap tahun, 24%

daripada remaja yang berumur 18 tahun pada tahun latihan dipilih untuk menyertai PLKN.

Namun, mereka yang bermasalah tertentu boleh memohon untuk ditangguhkan atau

dikecualikan untuk mengikuti PLKN.

PLKN dilaksanakan untuk mencapai objektif yang telah digariskan seperti

meningkatkan semangat patriotism dan cinta akan negara dalam kalangan generasi muda

atau remaja Malaysia. Selain itu, mempertingkatkan perpaduan etnik serta integrasi

nasional, membentuk perwatakan positif melalui penerapan nilai-nilai murni, menanam

semangat kesukarelawan dalam kalangan remaja dan melahirkan generasi muda yang lebih

cergas, cerdas dan penuh keyakinan diri.

8.0 KEMAJMUKAN ETNIK DALAM PROSES POLITIK DI MALAYSIA

Sebelum perbincangan lebih mendalam tentang proses politik di Malaysia dibuat,

elok kiranya beberapa aspek kemajmukan masyarakat Malaysia disentuh. Aspek demografi

merupakan perkara yang penting dalam mencorakkan kemajmukan masyarakat Malaysia.

Aspek demodrafi tidak hanya memperlihatkan betapa uniknya masyarakat Malaysia dari

segi komposisi etnik tetapi turut mewarnai wajah sosiobudaya, demografi politik dan proses

politik di Malaysia.

Malaysia merupakan sebuah negara pluralistik yang mempunyai jumlah penduduk

lebih kurang 26.6 juta orang pada tahun 2006. Umumnya, Melayu merupakan kelompok

etnik majoriti, iaitu mewakili lebih kurang 55 peratus, sementara Cina mewakili lebih kurang

25 peratus, India 7 peratus dan selebihnya adalah terdiri daripada kelompok peribumi kecil

seperti Dayak, Bidayuh, Melanau dan Orang Ulu di Sarawak dan Kadazandusun, Murut, dan

Bajau di Sabah.

Secara keseluruhan, penduduk etnik Melayu merupakan kelompok majoriti di

Semenanjung Malaysia. Namun begitu, penduduk etnik Melayu bukan penduduk majoriti di

setiap wilayah atau negeri. Mesalnya, Pulau Pinang merupakan sebuah negeri yang

mempunyai komposisi penduduk yang agak seimbang menurut kelompok etnik kerana tiada

satu kelompok etnik yang dapat dikatakan majoriti. Jumlah penduduk etnik Melayu dan

etnik Cina hamper sama banyak dan selebihnya merupakan penduduk di negeri Kelantan,

Terengganu dan Perlis menunjukkan bahawa etnik Melayu merupakan penduduk yang

majoriti. Di negeri Kelantan misalnya, lebih daripada 90 peratus daripada keseluruhan

jumlah penduduk terdiri daripada etnik Melayu. Di negeri Melaka, Johor dan Selangor

menunjukkan keadaan yang agak berbeza, yang mana jumlah penduduk etnik Melayu hanya

berjumlah sekitar 51 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk.

Sesuai dengan keadaan demografi yang telah dihuraikan dapat dikatakan bahawa

Malaysia, pada umumnya, merupakan sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian

budaya. Di Semenanjung Malaysia, terdapat budaya dan cara hidup Melayu, Cina, India,

masyarakat Baba-Nyonya di Melaka dan Pulau Pinang, Portugis di Melaka, Serani di Pulau

Pinang dan Thai di negeri-negeri utara Semenanjung. Di Sabah terdapat kira-kira 32

golongan etnik manakala di Sarawak terdapat lebih 20 golongan etnik yang mengamalkan

cara dan gaya hidup yang berbeza-beza. Justeru kepelbagaian ini, kesemua perayaan utama

seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Wesak, Gawai, Pesta Keamatan

dan Hari Natal merupakan perayaan yang disambut dengan meriah di negara ini.

Umumnya, orang Melayu merupakan penganut agama Islam. Pada masa lalu,

sebahagian besar orang Melayu di Semenanjung merupakan penduduk luar bandar. Namun,

keadaan tersebut mula berubah kerana proses penghijrahan ke bandar yang bermula sejak

tahun 1970-an sehingga masa kini. Bagi yang masih tinggal di luar bandar, kebanyakkannya

terlibat dalam aktiviti ekonomi pertanian dan perikanan, sama ada dalam skala kecil-kecilan

atau secara komersial. Manakala sebahagian besar etnik Melayu di bandar terlibat dalam

pelbagai sektor seperti sektor perkhidmatan awam, sektor swasta, dan turut terlibat dalam

sektor prdagangan dan perniagaan.

Orang Cina merupakan golongan etnik kedua terbesar di Semenanjung. Masyarakat

ini menganuti pelbagai agama seperti Buddhisme, Konfusianisme, Kristian, Taoisme dan

Islam. Sebahagian besar etnik Cina tertumpu kepada sektor perdagangan dan

perkhidmatan. Dari segi petempatan, sebahagian besar orang Cina tertumpu di bandar-

bandar utama, khasnya di Lembah Klang. Orang India pula merupakan golongan etnik ketiga

terbesar di Semenanjung. Pada masa lalu, sebahagian besar orang India bekerja dan

menetap di estet. Pada masa kini, terdapat kalangan mereka yang berpindah ke bandar-

bandar dan menerokai pekerjaan di sektor perdagangan atau perkhidmatan dan menjalani

penghidupan Bandar. Dalam kategori etnik India, terdapat golongan subetnik seperti orang

Sikh, Tamil, Malayali dan Singhala. Secara umum, etnik India di negara ini merupakan

penganut pelbagai agama seperti Hindu, Sikhisme dan Islam.

Golongan etnik terkecil di Semenanjung tetapi terkenal dalam kajian antropologi ialah

Orang Asli. Kebanyakkan Orang Asli merupakan penduduk di kawasan pedalaman di

beberapa negeri di Semenanjung. Mereka menganut kepercayaan tradisional, animism,

Kristian dan Islam. Selain Orang Asli, terdapat kelompok-kelompok kecil seperti masyarakat

Baba-Nyonya di Melaka dan Pulau Pinang, masyarakat Portugis di Melaka dan Thai di

beberapa negeri di utara Semenanjung. Kesemua masyarakat minority tersebut mempunyai

budaya yang unik, seperti budaya masyarakat Baba-Nyonya yang mencerminkan

percantuman elemen-elemen budaya Cina dan budaya Melayu. Budaya masyarakat Portugis

di Melaka pula mencerminkan percantuman antara budaya Portugis dan budaya masyarakat

tempatan.

Di Sarawak, orang Dayak merupakan penganut kepercayaan tradisional dan Kristian,

sementara sebilangan kecil sahaja yang menganut agama lain, terutamanya Islam. Secara

umum, orang Dayak merupakan penduduk luar bandar, namun keadaan tersebut mula

berubah semenjak tahun 1970-an. Bagi mereka yang tinggal dikawasan pedalaman dan luar

bandar, aktiviti utama ialah pertanian. Terdapat juga dalam kalangan mereka yang bekerja

sebagai buruh upahan dalam sektor pembalakan. Seperti kelompok Melayu dan Bumiputera

lain, sebilangan kecil daripada mereka juga telah berjaya menerokai sektor baharu, sama

ada perdagangan atau sektor komersil di bandar-bandar utama negeri berkenaan.

Orang Melayu juga merupakan penghuni luar bandar dan mereka tinggal di

perkampungan, terutama di pinggir bandar Kuching, Kota Samarahan dan Sibu. Aktiviti

utama bagi mereka yang tinggal di luar bandar ialah pertanian. Bagi mereka yang tinggal di

bandar, kebanyakannya tertumpu di sektor perkhidmatan awam. Orang Melanau yang

merupakan penduduk pantai Sarawak menganut agama Islam, Kristian dan juga

kepercayaan tradisional. Bagi mereka yang masih tinggal di kawasan luar bandar,

kebanyakannya bekerja sebagai nelayan dan petani serta pengusaha sagu. Kebanyakannya

orang Cina di Sarawak menetap di kawasan bandar, terdapat sebilangan kecil yang tinggal di

kawasan luar bandar. Kegiatan ekonomi mereka tertumpu kepada aktiviti perdagangan,

terutama di bandar-bandar utama. Orang Cina menganut pelbagai agama.

Di Sabah, Bumiputera Kadazandusun menganut agama asal masyarakat berkenaan

dan Kristian ( namun terdapat juga yang menganut agama Islam terutamanya di Ranau ),

sementara etnik Bajau, Murut dan peribumi lain menganut agama Islam di samping terdapat

juga yang beragama asal dan Kristian. Purata bilangan penduduk yang menganut Islam dan

Kristian dalam kalangan etnik Bumiputera ini hamper sama jumlahnya. Kebanyakan

daripada mereka terdiri daripada penduduk luar bandar dan terlibat dalam pertanian sara

diri sebagai aktiviti utama, di samping mencari hasil hutan. Di bandar-bandar, mereka

tertumpu kepada sektor perkhidmatan awam walaupun bilangan dan peratusan antara

kelompok etnik berbeza serta berubah-ubah dari semasa ke semasa. Hal ini terjadi ekoran

peluang pekerjaan yang terbuka luas sejak pembangunan ekonomi berlangsung dengan baik

di Sabah.

Masyarakat Cina di Sabah pula tertumpu di pusat-pusat bandar utama. Kebanyakan

mereka terlibat dalam aktiviti perdagangan dan sektor komersil. Mereka merupakan

penganut pelbagai agama. Di Sarawak, komposisi jumlah penduduk turut memperlihatkan

wujudnya pluraliti dalam kalangan penduduk. Secara umum, tidak terdapat satu kelompok

etnik yang majoriti secara mutlak di Sarawak. Menurut perangkaan tahun 2004 daripada

Jabatan Perangkaan Malaysia, penduduk di Sarawak berjumlah 2,181 juta orang. Etnik

Dayak, Melayu dan Melanau merupakan kelompok peribumi yang membentuk 73.2 peratus

daripada keselruhan penduduk Sarawak. Kelompok etnik Cina berjumlah kira-kira 26.5

peratus dan etnik India hanya sekitar 0.2 peratus daripada keseluruhan penduduk Sarawak.

Etnik Dayak merupakan kelompok etnik terbesar, yang mewakili lebih kurang 44.3 peratus

daripada penduduk Sarawak. Etnik Melayu pula terdiri daripada 23.2 peratus dan Melanau

5.7 peratus daripada keseluruhan penduduk Sarawak. Dalam kategori etnik Dayak, terdapat

sub-etnik Iban, Bidayuh dan Orang Ulu. Orang Ulu merupakan kategori yang mewakili kira-

kira 20 kelompok peribumi kecil seperti Kayan, Kenyah, Kelabit, Murut, Punan / Penan, dan

lain-lain.

Di Sabah, tidak terdapat kelompok yang terbesar daripada segi saiz penduduknya.

Empat kelompok peribumi dan Melayu tidak jauh berbeza dari segi persatuan. Sebagai

contoh, pada tahun 2004, Kadazan Dusun merupakan etnik terbesar (24.8 peratus) dan

Melayu (18.5 peratus). Kebanyakan Kadazan Dusun, Bajau, Murut dan peribumi lain

merupakan penduduk luar bandar dan persisiran sementara kebanyakan etnik Cina

menduduki bandar-bandar utama di negeri berkenaan.

Secara keseluruhan, berlandaskan banci, penduduk di Malaysia dapat dikategorikan kepada

kelompok etnik yang berbeza-beza. Setiap kelompok etnik mempunyai amalan budaya yang

tersendiri. Mereka tidak hanya dapat dibezakan berdasarkan aspek kepercayaan atau

agama, tetapi juga daripada aspek lain. Pada masa yang sama, aspek demografi turut

mempunyai pengaruh terhadap demografi politik dan proses politik negara kerana dalam

aspek tertentu, politik ditentukan oleh bilangan, misalnya jumlah pengundi di kawasan

tertentu dan jumlah penduduk yang menganggotai sesuatu parti politik.

Aspek demodrafi politik di Malaysia dapat dilihat berdasarkan perkembangan dan

angka-angka rasmi pilihan raya di Malaysia yang sudah berlangsung sejak tahun 1959.

Sebagai contoh, hal ini dapat dilihat dalam pilihan raya pada tahun 1999 dan 2004. Dewan

Rakyat kini mempunyai 219 wakil dan beberapa pemerhatian dapat disimpulkan. Pertama,

dominasi etnik Melayu dalam politik negara adalah jelas. Di Semenanjung, Sabah dan

Sarawak, etnik Melayu mempunyai 125 kerusi, di mana etnik Melayu merupakan pengundi

majoriti di kawasan parlimen berkenaan. Di Sabah dan Sarawak pula terdapat 31 kerusi

majoriti peribumi. Secara keseluruhan, kerusi Melayu atau Bumiputera dalam politk negara

adalah 156 (71.2 peratus) kerusi.

Sementara etnik Cina di Semenanjung merupakan majoriti pengundi di 23 (10.5

peratus) kawasan parlimen. Tujuh (3.2 peratus) lagi kerusi parlimen Cina terletak di Sabah

(1) dan Sarawak (6). Hal ini menjadikan kerusi parlimen Cina sebanyak 30 (13.7 peratus).

Tiada satu pun kerusi parlimen di seluruh Malaysia yang mempunyai majoriti pengundi

India. Daripada jumlah 219 kerusi parlimen, terdapat 33 (15.1 peratus) merupakan kerusi

plural. Ini bermakna, di kawasan parlimen berkenaan tidak terdapat suatu kelompok etnik

yang mewakili majoriti pengundi di tempat berkenaan. Daripada jumlah tersebut, 15

mempunyai pengundi Melayu (Semenanjung) terbanyak dan tiga mempunyai pengundi

Melayu (Sabah), tetapi pengundi mereka adalah kurang daripada 50 peratus. Begitu juga di

14 kawasan, pengundi Cina (Semenanjung) merupakan pengundi terbanyak di 11 kawasan

sementara Cina (Sabah) adalah terbanyak di tiga kawasan parlimen di negeri berkenaan.

Bilangan kerusi kawasan parlimen yang majoriti pengundinya terdiri daripada

kelompok etnik ertentu memang tidak dapat dielakkan kerana faktor pola taburan

penduduk yang ditentukan oleh beberapa faktor lain, seperti sejarah, ekonomi dan

selainnya. Yang lebih penting diberikan perhatian ialah kemampuan parti-parti komponen

dalam parti pemerintah, iaitu Barisan Nasional mencipta formula penduduk sebenar. Hal ini

penting kerana dalam perjalanan sejarah pembentukan negara bangsa Malaysia, amalan

kerjasama politik dan perkongsian kuasa sudah lama diamalkan dan masih diteruskan

sehingga kini.

9.0 HUBUNGAN ETNIK SELEPAS PENUBUHAN MALAYSIA

Dalam bidang politik, usaha bagi mencapai perpaduan dan integrasi etnik masih

dijalankan dengan giat. Segala usaha dan proses pilitik di negara ini telah berjaya membawa

semua etnik utama ke dalam proses politik dan pentadbiran. Pada tahap tertentu, kejayaan

Malaysia dalam usaha memupuk integrasi sosial telah menjadi contoh kepada beberapa

buah Negara luar yang kagum dengan kemampuan pemimpin negara mewujudkan suasana

yang harmonis dan aman damai. Secara beransur-ansur, suasana dan kejayaan dalam

bidang politik turut dapat diterjemahkan sepenuhnya kepada bidang lain terutama dari segi

kemasyarakatan dan dalam kehidupan seharian pelbagai etnik. Perpaduan dan integrasi

ialah proses semula jadi dan boleh berlaku dengan sendiri apabila individu-individu yang

terlibat melihat faedah daripada proses tersebut. Di negara kita, proses perpaduan dan

integrasi memerlukan penglibatan langsung Kerajaan dengan dasar-dasar bersifat top-down.

Dalam konteks ini, DEB dan dasar-dasar yang selanjutnya, iaitu Dasar Pembangunan

Nasional dan Dasar Wawasan Negara merupakan suntikan penting daripada Kerajaan yang

cuba mewujudkan perpaduan.

Kesemua dasar yang dirangka oleh kerajaan menyediakan peluang supaya semua

etnik berada dalam satu ruang fizikal yang sama, sama ada dalam bidang ekonomi,

pendidikan, atau perkhidmatan awam. Proses menemukan semua etnik adalah amat

penting. Hal ini, adalah kerana proses perpaduan dan integrasi kini sering membayangkan

pembentukan bangsa Malaysia yang wajar dikejar dan dicapai menjelang tahun 2020.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa telah berlaku banyak perbincangan antara pelbagai

pihak tentang bentuk bangsa Malaysia yang diidamkan pada tahun 2020. Cuma,

perbincangan itu sebahagian besarnya digerakkan dari atas dan bukan dari akar umbi.

Dalam pembangunan ekonomimemang wujud ukuran tertentu yang boleh dijadikan

penanda aras pencapainnya. Misalnya, sepanjang tempoh 1980-an, turun naik pencapain

ekonomi diukur berdasarkan kadar pertumbuhan ekonomi tahunan. Sebaliknya, bukan

mudah untuk mengukur pencapaian perpaduan nasional dari segi ukuran yang berasaskan

perangkaan. Apa yang mampu kita lakukan adalah untuk melihat perlaksanaan dan prestasi

setiap dasar yang menyentuh soal perpaduan negara.

Dasar Pelajaran Kebangsaan misalnya, yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai

Bahasa penghantar ialah salah satu langkah untuk mewujudkan perpaduan. Namun kita

tahu, tidak semua rakyat Malaysia menghantar anak ke sekolah aliran kebangsaan yang

menggunakan Bahasa melayu sebagai bahasa penghantar. Keadaan ini berlaku kerana ibu

bapa bebas memilih menghantar anak mereka ke sekolah berbahasa penghantar Mandarin,

Tamil, atau Inggeris yang diizinkan wujud oleh Kerajaan. Namun begitu, boleh dirumuskan

bahawa mereka yang mengikuti sekolah aliran kebangsaan mempunyai peluang yang lebih

baik untuk berinteraksi tanpa mengira etnik dan terlibat dalam usaha mewujudkan

perpaduan nasional.

10.0 CABARAN DAN SARANAN DALAM MENINGKATKAN HUBUNGAN ETNIK

Di negara ini terdapat pelbagai parti politik yang berasaskan kumpulan etnik dan

setiap parti politik akan memperjuangkan kepentingan kumpulan etnik yang diwakilinya.

Politik perkauman ini boleh menimbulkan perasaan tidak senang hati dan mengukuhkan

semangat perkauman jika penyuaraan kepentingan etnik tertentu dibuat tanpa mengambil

kira kepentingan semua pihak. Jika isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan,

agama, kerakyatan dan ekonomi dibangkitkan, maka tindakan ini tidak akan menyumbang

kea rah masyarakat yang bersatu padu.

Walaupun kestabilan politik dan perpaduan kaum terhasil di Malaysia ekoran

daripada hubungan etnik yang mantap dan utuh serta adanya penyatuan pelbagai parti

politik, namun pada umumnya politik perkauman masih mewarnai politik Malaysia yang

dapat dilihat dalam tuntutan-tuntutan dan isi hati yang disuarakan oleh etnik-etnik tertentu

melalui wakil mereka daripada parti pemerintah atau pembangkang.

Semangat cinta akan negara perlu disemai dalam jiwa masyarakat sejak kecil lagi bagi

mewujudkan jalinan integrasi yang utuh dan murni dalam kalangan masyarakat Malaysia

yang kaya dengan pelbagai kebudayaan dan keagamaan . hal ini boleh dilakukan melalui

pemupukan kesedaran, pendidikan dan program-program pembangunan masyarakat.

Dalam menuju wawasan 2020 dan pembinaan 1 Malaysia tindakan yang paling

penting adalah mengukuhkan lagi kerjasama dan penyatuan etnik berdasarkan pengalaman

dan acuan Malaysia dalam membina perhubungan etnik yang harmoni dengan

mempertingkatkan tahap kepekaan etnik dalam kalangan rakyat pelbagai budaya.

Peranan dan penglibatan pemimpin parti politik adalah sangat penting dalam konteks

menjalin hubungan etnik yang sihat dalam pembangunan politik negara. Justeru , pemimpin

kesemua parti komponen BN dan Pakatan Rakyat boleh memberikan input dengan

kerjasama pelbagai agensi kerajaan yang berkaitan bagi mengkaji keperluan dan

permasalahan yang dihadapi oleh rakyat pelbagai etnik, termasuk suku etnik di Sabah dan

serawak dan seterusnya mencari penyelesaian terhadap isu-isu yang berbangkit, mereka

juga harus berupaya meyakinkan penyokong masing-masing untuk bersikap lebih rasional

apabila menyuarakan dan menguruskan perkara-perkara yang berhubung kait dengan

masalah etnik.

Kesediaan bekerjasama dalam politik dan pentadbiran serta kemampuan mengatasi

persoalan kemiskinan dan kepinggiran di bandar dan luar bandar perlu diberi perhatian

utama oleh pemimpin serta kerajaan jika keharmornian etnik yang dikecapi sekarang ini

mahu dikekalkan dan ditingkatkan.

Perpaduan antara etnik dalam kalangan rakyat dan pemimpin politik atau parti politik

yang kukuh dan terjalin secara ikhlas adalah perkara terpenting yang perlu diberi perhatian

oleh pihak kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia dalam memastikan konsep 1 Malaysia serta

matlamat wawasan 2020 tercapai.

11.0 TSUNAMI POLITIK

Keputusan pilihanraya umum ke-12 memeranjatkan semua pihak. Baik dari parti pemerintah

mahupun parti pembangkang. Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti mudah tetapi

hilang penguasaan dua pertiga di parlimen. Selain itu BN gagal untuk mempertahankan

kekuasaan di beberapa buah negeri seperti Selangor, Perak Kedah dan Pulai Pinang

sementara Kelantan gagal ditawan dan kekal di bawah pemerintahan PAS. Semua kerusi

parlimen di Kuala Lumpur dirampas oleh pakatan pembangkang kecuali Setiawangsa berjaya

dipertahankan oleh Zulhasnan Rafique. Selatan tanahair yang menjadi kubu kuat BN juga

“dirobek” sedikit demi sedikit sehinggakan BN Negeri Sembilan hilang majoriti dua pertiga.

Di Melaka, DAP berjaya menawan lima kerusi DUN dan satu kerusi parlimen. Johor yang

merupakan negeri kelahiran Umno juga tidak ketinggalan menjadi mangsa apabila DAP

mendapat empat kerusi DUN dan satu kerusi parlimen sementara PAS pula mendapat dua

kerusi DUN. Peralihan undi yang besar kepada pakatan pembangkang tanpa dijangka itu,

menyebabkan ramai penganalisa politik menggelarkannya sebagai situasi ini sebagai

Tsunami. Buat pertama kalinya Barisan Nasional (BN) yang ditubuhkan pada 1973 hilang

kuasa dua pertiga di parlimen dan mengulangi sejarah Perikatan pada pilihanraya 1969.

Pakatan BN yang ditubuhkan sebagai formula baru untuk mengatasi kegagalan Perikatan

pada pilihanraya 1969 akhirnya tempang selepas 38 tahun berdiri gagah.

Prestasi BN pada pilihanraya umum 2008 lebih teruk daripada Perikatan pada pilihanraya

tahun 1969 oleh kerana kehilangan lima negeri kepada pakatan pembangkang. Abdullah

Ahmad Badawi telah berjaya mencipta sejarah apabila menjadi ketua BN pertama yang

menyebabkan kehilangan majoriti dua pertiga. Keputusan pilihanraya umum 2008 juga

menyaksikan beberapa menteri dan timbalan menteri mengalami kekalahan yang mengejut.

Sementara itu, Shahrizat Jalil tewas ditangan Nurul Izzah yang kali pertama bertanding

dalam pilihanraya umum. Samy Vellu yang menjadi Ahli Parlimen Sungai Siput semenjak

tahun 1974 terpaksa akur dengan Dr Jeyakumar. Manakala Zainuddin Maidin yang menjadi

Menteri Penerangan sebelum ini dimalukan oleh Johari Abdul di Sungai Petani. Di Shah

Alam, Aziz Shamsuddin terpaksa akur dengan kemenangan Khalid Samad.

BN yang menang besar dalam pilihanraya umum 2004 menjadi begitu kuat sehinggakan

tiada kuasa pengimbang dalam menentukan hala tuju negara. Dalam bahasa yang mudah,

BN boleh membuat apa sahaja dengan kuasa dua pertiga mereka di parlimen. Selepas

pilihanraya 2004 sehingga 8 Mac 2008 rakyat dibebani dengan kenaikan kos hidup yang

mendadak. Kenaikan harga minyak, tol, pengangkutan awam dan barang keperluan harian

telah menyebabkan ramai yang hidup menderita. Tambahan lagi apabila wujudnya “watak-

watak jahat” seperti Samy Vellu yang bersungguh-sungguh mempertahankan kenaikan

harga tol telah menyebabkan rakyat mula menyesal kerana memberikan mandat begitu

besar kepada BN dalam pilihanraya umum 2004.

Pakatan pembangkang yang sedar akan kegelisahan rakyat, bijak untuk memanfaatkan

suasana tersebut. Kempen untuk mengurangkan majoriti BN di parlimen agar mereka tidak

boleh membuat keputusan dengan sesuka hati, telah berjaya membuahkan hasil. Lim Guan

Eng apabila ditanya oleh wartawan sewaktu kempen pilihanraya berlangsung, mengatakan

DAP tidak mungkin mengalahkan BN dan hanya berniat untuk mengurangkan majoriti BN di

parlimen.

Selain itu, Husam Musa yang juga naib presiden PAS, berkali-kali dalam siri ceramah dan

kempen pilihanrayanya, menyatakan kepada pengundi agar kuasa majoriti BN di parlimen

harus dikurangkan agar harga barang tidak boleh dinaikkan dengan sesuka hati. Di kalangan

orang ramai terutamanya pengundi atas pagar, untuk menukar kerajaan baru secara drastik

adalah sesuatu perkara yang menakutkan. Akan tetapi, kalau sekadar untuk mengurangkan

majoriti BN di parlimen, mereka bersedia melakukannya. Peningkatan kos kehidupan adalah

pendorong utama bagi kumpulan pengundi ini. Mereka ini percaya jika majoriti BN di

parlimen dikurangkan, harga barang tidak mudah untuk dinaikkan dengan sesuka hati.

Oleh kerana terlalu ramai yang berfikir untuk mengurangkan majoriti BN di parlimen, maka

BN akhirnya benar-benar kehilangan majoriti di parlimen bersama dengan kuasa dua

pertiganya. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh penganalisis politik, beberapa orang

yang berada dalam kelompok ini selepas dua hari keputusan pilihanraya diumumkan.

Mereka sebenarnya tidak menyangka bahawa BN akan kalah seteruk ini apabila memenangi

hanya 140 kerusi parlimen berbanding dengan pembangkang yang berjaya mendapat 82

kerusi di parlimen.

Pertembungan di antara Pak Lah dan Dr Mahathir Mohamad adalah perkara yang sudah

diketahui umum. Semenjak projek “jambatan bengkok” dibatalkan, Mahathir tidak henti-

henti menyerang perdana menteri yang beliau lantik menggantikannya pada tahun 2003.

Mahathir memberitahu umum bahawa beliau menyesal kerana melantik Abdullah sebagai

penggantinya. Malah bekas perdana menteri itu pernah memohon maaf kepada rakyat di

atas kesilapannya melantik Abdullah yang dikatakan membawa Malaysia ke arah

kehancuran.

Selain itu juga, peranan menantu Pak Lah dalam pentadbiran negara adalah salah satu

kebencian Mahathir. Mahathir mengatakan bahawa “budak tingkat empat” (merujuk

kepada Khairy Jamaluddin dan rakan-rakannya) menguasai Abdullah. Beberapa hari sebelum

pilihanraya, apabila ditanya oleh wartawan tentang kemungkinan Khairy akan memainkan

peranan penting dalam pentadbiran negara selepas pilihanraya umum, Mahathir berkata

Malaysia akan menuju kemusnahan.

Mahathir sedar bahawa Abdullah dan menantunya akan dapat disingkirkan jika BN

mengalami prestasi yang buruk dalam pilihanraya umum. Maka Mahathir pun menyeru ahli-

ahli Umno agar membersihkan Umno melalui pilihanraya umum. Mereka disaran agar

mengundi berasaskan kepada kredibiliti calon dan bukannya atas dasar parti. Dalam erti

kata lain, ahli Umno diberitahu agar jangan mengundi orang-orang Pak Lah. Kempen ini

boleh dikatakan berjaya. Ahli-ahli Umno yang benci akan Pak Lah dan menantunya telah

memberi undi protes, mengikut saranan bekas perdana menteri itu.

Rembau tempat menantu PM bertanding, boleh dijadikan contoh yang baik. Dalam

pilihanraya umum 2004, calon BN, Firdaus Muhammad Rom Harun telah menewaskan Dr

Dzulkifly Ahmad dengan majoriti yang besar sebanyak 18,656 undi. Manakala menantu PM

menang di Rembau baru-baru ini hanya dengan majoriti 5,746 undi. Khairy tidak mungkin

mendapat undi serendah itu jika orang Umno Rembau tidak protes terhadap beliau. DUN

Paroi yang terletak di bawah parlimen Rembau jatuh buat pertama kalinya kepada PAS

apabila calonnya Mohd Taufek Abdul Ghani berjaya mengalahkan Datuk Zaharuddin Mohd

Shariff dengan majoriti 1,071 undi.

Menantu PM yang dikatakan hebat sebelum ini sebenarnya tidaklah sehebat mana. Kempen

Dr. Mahathir untuk membersihkan Umno hampir menyebabkan menantu PM turut

dibersihkan. Ternyata orang Umno turut menyumbang kepada kehilangan kuasa dua pertiga

BN di parlimen dan menyebabkan beberapa buah negeri tumbang kepada pakatan

pembangkang. Tinjauan yang dibuat di beberapa buah negeri sewaktu kempen pilihanraya

umum lalu, menyaksikan “jentera BN” tidak bergerak seperti sediakala. Di Selangor,

Terengganu dan Kelantan, kempen BN tidak sehebat pilihanraya umum 2004.

Rakyat-rakyat di Kedah, Pahang, Perak dan Melaka menyuarakan ”kerisauan” mereka

mengenai perihal jentera BN itu. Bilik gerakan BN dikatakan kosong dan pekerja parti tidak

banyak kelihatan. Macam-macam teori dikeluarkan dalam menganalisis strategi Umno dan

BN. Ada yang mengatakan jentera BN tidak bergerak kerena tempoh kempen kali ini agak

panjang (13 hari). Malahan, ada yang berfikir bahawa BN telah membuat strategi baru yang

tidak disedari pakatan pembangkang. Ramai juga yang percaya ketua bahagian Umno

“menahan” peruntukan kerana mahu menggunakannya untuk pemilihan agung Umno yang

bakal menjelang.

Tajol Rosli Ghazali mengesahkan teori yang pertama. Bekas menteri besar Perak itu – ketika

ditanya oleh wartawan mengenai kelesuan kempen BN pada 1 Mac 2008 – dengan

angkuhnya beliau berkata bahawa tempoh kempen pilihanraya terlalu panjang dan BN tidak

memerlukan masa yang lama untuk berkempen. “BN tidak perlu berkempen jika

pembangkang tidak menabur fitnah. BN hanya turun untuk menjelaskan perkara sebenar

bagi menangkis dakyah yang disebarkan pembangkang” katanya dengan penuh keyakinan.

(Buletin Tengah Hari, TV3, 1 Mac 2008). Mungkin kerana kenyataan ‘sombong’ yang

dikeluarkan oleh Tajol Rosli itu, rakyat Perak telah menghukumnya dengan memberikan

undi kepada pakatan pembangkang yang akhirnya menyaksikan, buat pertama kalinya,

menteri besar Perak dilantik daripada parti yang bukan Umno.

Faktor yang lain pula ialah faktor Anwar. Selepas 10 tahun, inilah pertama kalinya Anwar

Ibrahim berkempen dalam pilihanraya umum. Walaupun usianya telah meningkat,

kehebatannya berpidato, tidak dapat dinafikan. Selain itu, strategi Abdullah-Khairy

membubarkan parlimen sebelum Anwar dibenarkan bertanding membawa padah. Tanpa

mempunyai sebarang beban untuk “menjaga kawasan”, Anwar menjelajah ke seluruh

negara. Jika Anwar dibenarkan bertanding, tidak mungkin beliau akan mempunyai banyak

masa untuk bergerak sebegitu bebas. Di setiap tempat yang Anwar pergi, pastinya dihadiri

ribuan orang. Rakyat yang menghadiri ceramah Anwar terdiri daripada pelbagai kaum. Di

sesetengah tempat, masyarakat Cina dan India kelihatan lebih ramai daripada orang

Melayu.

Penerangan bekas menteri kewangan itu tentang bagaimana beliau akan menurunkan harga

minyak jika pakatan pembangkang diberi peluang untuk mentadbir negara, mampu

meyakinkan rakyat. Dengan fakta dan bahasa yang mudah, rakyat dapat memahami apa

yang cuba diterangkan oleh Anwar. Tahun lalu, dalam sebuah artikel yang ditulis oleh

Jocelyn Tan di akhbar The Star, kumpulan “tingkat empat” yang diketuai menantu Pak Lah

mengatakan bahawa Anwar bukanlah lagi satu faktor bagi Umno untuk menghadapi

pilihanraya. Khairy, Norza Zakaria dan Zaki Zahid yang mendakwa mereka mewakili generasi

muda di Malaysia, yakin generasi yang mereka wakili tidak terpengaruh dengan Anwar.

Kesombongan kumpulan “tingkat empat” sampai ke kemuncaknya apabila Ketua Pemuda

Umno Wilayah Persekutuan, Norza Zakaria mencabar Anwar bertanding di mana-mana

kerusi di Kuala Lumpur. Akan tetapi, Anwar tidak dapat menyambut cabaran itu kerana

beliau tidak boleh bertanding dalam pilihanraya sebelum 14 April 2008. Tidak lama lagi,

“pantang” bekas timbalan perdana menteri itu akan berakhir. Jika salah satu kerusi parlimen

di Kuala Lumpur dikorbankan oleh mana-mana ahli parlimen pakatan pembangkang untuk

Anwar bertanding, beranikah Norza berdepan dengannya?

Pembangunan Multimedia Super Corridor (MSC) telah memerangkap pemerintah Malaysia.

Rakyat Malaysia kini telah mempunyai satu ruang di mana mereka terdedah kepada

pelbagai maklumat tanpa adanya sekatan. Dahulu, maklumat boleh dikawal sepenuhnya

oleh Umno-BN. Rakyat Malaysia hanya dapat membaca, melihat dan mendengar berita-

berita yang disajikan oleh media arus perdana. Dengan adanya internet, penguasaan

terhadap maklumat telah berjaya dipecahkan. Portal media seperti Malaysiakini, Malaysia

Today, Harakahdaily , KL Pos dan banyak lagi, telah menjadi media alternatif kepada rakyat

Malaysia.

Tekanan dan cengkaman yang kuat pemerintah Malaysia terhadap rakyat, dengan

menggunakan akta-akta tidak demokratik, telah malahirkan begitu ramai “gerilawan siber”.

Kelahiran gerila siber ini bertambah dari masa ke semasa sehinggakan pasukan

“cybertrooper” tajaan Azalina Othman yang baru sahaja dilantik sebagai Menteri

Perlancongan, tidak berdaya untuk melawan. Tanpa disuruh, gerila-gerila siber ini telah

melahirkan ribuan laman untuk “menyerang” pemerintah BN. Teknologi blog telah

menyebabkan perang gerila siber menjadi semakin hebat. Kurang dari 3 minit, sebuah blog

sudah boleh dimulakan.

Serangan demi serangan dari pelbagai penjuru, akhirnya merebahkan BN di beberapa

negeri terutama di bandar-bandar yang mempunyai akses kepada internet. Contoh yang

terbaik ialah di Kuala Lumpur di mana pakatan pembangkang berjaya menyapu sembilan

daripada 10 kerusi parlimen. Bandar Shah Alam yang selama ini menjadi kubu kuat Umno,

jatuh kepada PAS.

Walaupun hilang majoriti dua pertiga BN di parlimen, Abdullah Ahmad Badawi terus

menjadi perdana menteri Malaysia bagi penggal kedua. Abdullah tidak menghiraukan

desakan dan tuntutan yang mahukan beliau meletakkan jawatan. Mukhriz Mahathir menjadi

pencetus kepada gerakan dalam Umno menuntut Abdullah meletakkan jawatannya. Beliau

mengikut jejak ayahnya yang menghantar surat kepada perdana menteri untuk

mendesaknya meletakkan jawatan sebagai bertanggungjawab kepada hilangnya majoriti

dua pertiga BN dan beberapa negeri kepada pembangkang. Dr Mahathir pernah melakukan

perkara yang sama selepas Perikatan kalah teruk dalam pilihanraya umum 1969 apabila

beliau menghantar surat kepada Tunku Abdul Rahman.

Sebelum ini, Abdullah ketika diminta mengulas tentang surat Mukhriz berkata, beliau

menyerahkan kepada Ketua Pemuda Umno, Hishamuddin Tun Hussein untuk mengambil

tindakan. Namun, selepas mesyuarat pemuda Umno, Hishamuddin berkata, Mukhriz tidak

dikenakan sebarang tindakan dan menyerahkan balik perkara itu kepada Abdullah sebagai

presiden Umno.

Kabinet baru yang diumumkan oleh Abdullah telah menyingkirkan separuh daripada muka

lama, dijangka menyemarakkan pertembungan dalam Umno. Orang Najib Tun Razak telah

terkeluar dari senarai tersebut. Kabinet baru ini dijangka membantu Abdullah dalam

pemilihan pucuk pimpinan Umno yang akan datang, dan sekaligus mengekang kemaraan

Najib. Walaupun Khairy Jamaluddin tidak diberikan sebarang jawatan menteri, orang-

orangnya telah berada “dalam” kabinet dan memegang portfolio penting. Contohnya, Wan

Farid Wan Salleh yang dilantik menjadi senator, memegang jawatan Timbalan Menteri

Keselamatan Dalam Negeri. Sepupu kepada menantu PM, Shaziman Mansor pula dilantik

menjadi Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi.

12.0 KESIMPULAN

Selain insiden konflik perkauman pada tahun 1945 hingga 1946 selepas Jepun

menyerah kalah, peristiwa 13 Mei 1969 dan peristiwa Kg Medan pada 2001, keadaaan

masyarakat dan Negara Malaysia secara umumnya adalah stabil, makmur dan harmoni.

Walaubagaimanapun, usaha memelihara hubungan etnik yang harmoni selaras dengan

perkembangan politik negara merupakan cabaran yang besar yang dihadapi oleh Malaysia

yang dihuni oleh penduduk pelbagai etnik daripada latar belakang, budaya, Bahasa, agama,

dan adat resam yang berlainan. Masyarakat berbilang etnik di Malaysia telah mengharungi

tahap kereggangan, ketegangan, pertelingkahan antara etnik sehingga kita berusaha

menuju ke arah penyatuan dan keharmonian etnik sejak dari zaman penjajahan British

sehingga ke hari ini. Untuk itu, kita telah melalui pelbagai cabaran, masalah dan kesukaran

dalam melahirkan hubungan etnik yang sihat, pada masa yang sama kita juga telah berjaya

menyelesaikan masalah dan isu perkauman yang wujud sehingga tercapai kerjasama,

permuafakatan dan kompromi politik antara etnik.

Dalam hal ini, kerajaan telah bertindak dengan berhati-hati dalam mengambil

berbagai-bagai langkah dan pendekatan dari dulu hingga kini bagi mengenal pasti punca dan

masalah yang wujud supaya semua etnik dapat dibawa ke dalam proses politik dan

pentadbiran negara untuk mempercepatkan pembentukan 1Malaysia. Oleh itu, sebagai

rakyat Malaysia, kita harus memberi kerjasama, memahami, bersikap toleransi dan bertolak

ansur antara satu sama lain agar hubungan etnik yang sihat, mesra dan harmoni dapat

diwujudkan serta diteruskan dari generasi ke generasi.