perlembagaan malaysia dlm konteks hubungan etnik

36
Page 1 FAKULTI KEJURUTERAAN SAINS DAN GEOINFORMASI HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA UHS 1152 SEKSYEN 38 PN SUAIBAH@THUAIBAH ABU BAKAR 1. MOHD FARID BIN FAUZI 900707035463 2. SITI SHAZWANI BINTI MOHAMAD AKHIR 890602075374 3. SITI DAYU BINTI MOHAMAD ASEHAM 900424075676

Upload: mohd-farid-bin-fauzi

Post on 13-Jun-2015

14.297 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERLEMBAGAAN MALAYSIA DLM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

Page

1

FAKULTI KEJURUTERAAN SAINS DAN GEOINFORMASI

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

UHS 1152 SEKSYEN 38

PN SUAIBAH@THUAIBAH ABU BAKAR

1. MOHD FARID BIN FAUZI 900707035463

2. SITI SHAZWANI BINTI MOHAMAD AKHIR 890602075374

3. SITI DAYU BINTI MOHAMAD ASEHAM 900424075676

4. SITI KHODIJAH BINTI HILMI 890801146032

5. ONG JUEY C’UANG 891215075264

Page 2: PERLEMBAGAAN MALAYSIA DLM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

Page

2

PENDAHULUAN

Perlembagaan dari sudut bahasa didefinisikan sebagai dasar pemerintahan negeri1 Dari sudut istilah pula, ia membawa pengertian satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar (tertinggi) yang penting dalam melicinkan pemerintahan kesaksamaan bagi semua individu. Perlembagaan sangat penting terutamanya kepada pemerintahan dan pentadbiran negara serta memastikan keadilan dan kesaksamaan bagi semua individu. Perlembagaan sangat penting terutama kepada pemerintah atau pemimpin sesebuah kerajaan atau negara untuk mendapat satu panduan atau gambaran yang holistik supaya segala apa yang dirancang dan direncanakan terutamanya dasar-dasar negara dapat diimplemintasikan dengan baik dan teratur serta tidak bercanggah antara satu sama lain sehingga boleh menyebabkan konflik serta menggugat keharmonian dan kestabilan negara.

Perlembagaan digubal sebagai satu pedoman dan garis panduan kepada corak pemerintahan, sistem politik dan pentadbiran negara. Secara tidak langsung, ia turut memberi jaminan perlindungan kepada rakyat. Perlembagaan memastikan segala urusan yang membabitkan undang-undang tidak membebankan atau menganiaya rakyat kerana lazimnya perlembagaan tercipta hasil daripada persetujuan dan pandangan warganegara itu sendiri.

Percanggahan tidak akan wujud kerana undang-undang telahpun dipandu. Sekiranya satu undang-undang digubal dan didapati bercanggah dengan perlembagaan, maka undang-undang tersebut terbatal setakat yang bercanggah.

Di negara kita, perlembagaan persekutuan menjadi tunjang kepada segala perencanaan dan perlaksanaan dasar dan undang-undang. Ia turut memainkan peranan dalam memperkasakan hubungan baik antara etnik di Malaysia. Perkara-perkara seperti agama, bahasa, kewarganegaraan dan keistimewaan bumiputera menjadi punca keutuhan hubungan etnik di Malaysia. Segala apa yang Nampak berpihak diseimbangkan dengan hak yang sewajarnya. Sebagai contoh; kedudukan Islam sebagai agama rasmi diseimbangkan dengan peruntukan kebebasan menganut agama lain bagi yang bukan Islam. Ini menyebabkan berlaku toleransi di kalangan warganegara dan tidak memaksa pihak yang lain. Di sinilah hubungan etnik menjadi semakin utuh dan erat.

1 Kamus Dewan Edisi Keempat. 2002. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm. 788

Page 3: PERLEMBAGAAN MALAYSIA DLM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

Page

3

KONSEP PERLEMBAGAAN

Perlembagaan terbahagi kepada dua iaitu bertulis dan tidak bertulis. Perlembagaan bertulis merupakan perlembagaanyang dikumpul dan disusun dalam satu dokumen. Perlembagaan Persekutuan merupakan contoh perlembagaan bertulis. Perlembagaan tidak bertulis pula merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti undang-undang yang diluluskan oleh parlimen dan keputusan mahkamah.

Di dalam perlembagaan, terkandung prinsip-prinsip asas yang membentuk institusi-institusi negara seperti badan eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman. Ketiga-tiga badan ini memperoleh kuasa daripada perlembagaan. Di sini, perlembagaan menyatakan bidang kuasa dan peranan setiap institusi atau badan berkenaan.

Malaysia mengamalkan konsep ‘raja berpelembagaan’ dan ‘demokrasi berparlimen’. Konsep raja berperlembagaan menyaksikan pemansuhan konsep raja berkuasa mutlak. Raja tetap menjadi ketua kerajaan tetapi baginda tidak boleh membuat keputusan sendiri melainkan mendengar dan mempertimbangkan juga nasihat, pandangan dan cadangan dari menteri besar. Bagi konsep negara kita, Malaysia; Yang di-Pertuan Agong akan mendengar nasihat daripada perdana menteri dalam segala hal-hal negara. Segala keputusan yang dibuat tidak boleh sesuka hati atau mementingkan kepentingan peribadi.

Konsep demokrasi berparlimen pula mempamerkan amalan demokrasi di Malaysia yang mementingkan dasar kebebasan bersuara secara terpimpin. Rakyat diberi hak untuk memilih siapa yang akan mewakili mereka di parlimen. Parlimen menjadi satu symbol demokrasi dan telah diperuntukkan dalam perlembagaan Malaysia sebagai pentas atau medan untuk mengutarakan pandangan dan cadangan agar dapat dipertimbangkan oleh ahli parlimen yang lain.

Secara kesimpulannya, tiada satu institusipun yang mengatasi perlembagaan persekutuan Malaysia. Yang di-Pertuan Agong sendiri serta tiga badan utama kerajaan tertakluk di bawah perlembagaan Malaysia. Parlimen sebagai contoh mendapat kuasa daripada perlembagaan Malaysia tetapi tidak boleh membuat sama sekali undang-undang yang berada diluar bidang kuasa yahg telah diberikan. Bahkan mahkamah berkuasa membatalkan sesuatu undang-undang yang diluluskan oleh parlimen jika ia terletak di luar bidang kuasanya. Namun begitu, mahkamah tetap juga tertakluk di bawah perlembagaan Malaysia.

Page 4: PERLEMBAGAAN MALAYSIA DLM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

Page

4

KANDUNGAN PERLEMBAGAANPerlembagaan persekutuan mengandungi 15 bahagian yang di dalamnya terkandung 183 perkara. Ia juga mempunyai 13 jadual. Perlembagaan ini mengandungi pelbagai perkaraseperti kuasa kerajaan persekutuandan kerajaan negeri, tugas Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, kabinet dan badan kehakiman.Selain itu, perlembagaan persekutuan juga mengandungi peruntukan tentang kewarganegaraan, agama rasmi, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa bumiputera, perkhidmatan awam, hak asasi rakyat dan pilihanraya.

BAHAGIAN

BAB

PERKARA

KANDUNGAN

1 1 1-4 Negeri-negeri, agama, dan undang-undang bagi persekutuan

2 1 5-13 Kebebasan asasi3 1 14-22 Warganegara(dapat)

2 23-31 Warganegara(tamat)4 1 32-37 Ketua utama negara

2 38 Majlis raja-raja3 39-43C Badan eksekutif4 44-65 Badan perundangan persekutuan5 66-69 Tatacara perundangan

5 1 70-72 Negeri-negeri6 1 73-79 Pembahagian kuasa perundangan

2 80 & 81 Pembahagian kuasa eksekutif3 82 Pembahagian beban kewangan4 83-91 Tanah5 92 Rancangan pembangunan negara6 93-95 Siasatan persekutuan terhadap negeri7 95A Majlis negara bagi kerajaan tempatan8 95B-95E

7 1 96-112 Peruntukan kewangan(am)2 112A-

112EPeruntukan kewangan(sabah & sarawak)

8 1 113-120 Pilihanraya9 1 121-131A Badan kehakiman10 1 132-148 Perkhidmatan awam11 1 149-151 Kuasa khas menentang perbuatan subversif dan

kuasa-kuasa darurat12 1 152 Am dan pelbagai(bahasa kebangsaan)

1 153 Am dan pelbagai(kedudukan istimewa orang melayu)

1 154-160B Am dan pelbagai(lain-lain)12A 1 161-161H Perlindungan tambahan bagi negeri sabah dan

sarawak13 1 162-180 Peruntukan sementara dan peralihan14 1 181 Pengecualian bagi kedaulatan raja-raja15 1 182 &183 Mahkamah khas

Page 5: PERLEMBAGAAN MALAYSIA DLM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

Page

5

JADUAL 1: Ringkasan Perlembagaan Persekutuan.(SUMBER:Perlembagaan Persekutan)

JADUAL KANDUNGANJadual Pertama

Sumpah Pemohon bagi pendaftaran atau penaturalisasian

Jadual Ke-2 Kewarganegaraan (3 bahagian)Jadual Ke-3 Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan timbalannya (4 bahagian)Jadual Ke-4 Sumpah jawatan bagi Yang di-Pertuan Agong dan timbalannya (3

bahagian)Jadual Ke-5 Majlis Raja-RajaJadual Ke-6 Bentuk sumpah dan ikrarJadual Ke-7 Pemilihan ahli-ahli Dewan Undangan NegeriJadual Ke-8 Peruntukan yang hendak dimasukkan dalam Perlembagaan Negeri

(3 bahagian)Jadual Ke-9 Senarai perundanganJadual Ke-10 Pemberian dan sumber hasil yang diserahkan kepada negeri (5

bahagian)Jadual Ke-11 Peruntukan Ordinan Tafsiran dan Fasal-Fasal Am 1948(Ordinan

Malayan Union No.7 1948), yang terpakai bagi mentafsirkan perlembagaan

Jadual Ke-12 Peruntukan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 sebagaimana yang terpakai bagi Majlis Perundagan selepas hari merdeka

Jadual Ke-13 Peruntukan yang berhubungan dengan Penyempadanan Bahagian-Bahagian Pilihanraya (2 bahagian)

JADUAL 2:Ringkasan 13 jadual dalam Perlembagaan Persekutuan. (SUMBER:Perlembagaan Persekutan)

TUJUAN DAN KEPENTINGAM PERLEMBAGAAN

Mengapa perlembagaan digubal? Di Malaysia, perlembagaan persekutuan digubal atas tujuan-tujuan tersebut:1. Menjamin kestabilan negara dengan menentukan rangka dan bentuk

pentadbirannya.2. Menjamin kecekapan, kejujuran,keadilan, ketulusan, serta kelicinan

pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan.3. Jadi panduan kepada pemerintah supaya pemerintahannya menepati aspirasi

rakyat.4. Menjamin taat setia rakyat.5. Menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat.6. Menjamin kerjasama, kesepakatan,keadilan dan kepentingan bersama antara

Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.7. Menjamin hak istimewa orang melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.8. Menjamin perkembangan dan kesinambungan sesebuah negara bangsa.

Page 6: PERLEMBAGAAN MALAYSIA DLM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

Page

6

SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Perlembagaan Persekutuan mengalami beberapa rentetan sejarah yang mana menyaksikan semangat rakyat yang berkobar-kobar. Sejarah yang bermula sebelum perlembagaan ini wujud memaparkan rakyatnya lebih matang setelah dijajah dan dinaungi oleh kuasa asing selama lebih 400 tahun. Kekuatan semangat diperlihatkan melalui beberapa penentangan penting yang akhirnya berjaya membebaskan negara setelah 446 dikuasai.Antara pernentangan tersebut ialah:

Penentangan terhadap serangan Siam di Melaka. Penentangan terhadap penjajahan Portugis di Melaka. Penentangan terhadap penjajahan Belanda di Melaka. Penentangan terhadap penjajahan British. Penentangan terhadap penjajahan Jepun.

Kemunculan perlembagaan di Malaysia(Tanah Melayu) bermula selepas tersebarnya Islam ke serata dunia terutamanya di Gugusan Kepulauan Melayu. Piagam Madinah yang merupakan perlembagaan bertulis pertama yang khusus untuk pembangunan negara negara telahpun mempengaruhi kerajaan-kerajaan di Gugusan Kepulauan Melayu. Hal ini berikutan kecekapan pentadbiran oleh manusia yang paling berpengaruh di dunia, Nabi Muhammad SAW.

Dari sini wujudlah pula perlembagaan-perlembagaan lain antaranya Hukum Kanun Melaka dan Hukum Laut Melaka yang telah diserasikan antara undang-undang Islam dan undang-undang adat. Undang-undang adat turut digunakan sebelum ini.

Setelah kedatangan British ke Tanah Melayu, mereka telah memperkenalkan Perlembagaan British2 melalui tiga peringkat penguasaan;

Pembentukan Negeri-Negeri Selat 1826 Crown Colony)-pemerintahan langsung

Pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu 1896-pemerintahan secara tidak langsung

Pembentukan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu 19093- pemerintahan secara tidak langsung

Negeri-negeri Selat

2 Kassim Thukiman,Hamidah Abdul Rahman dan Suaibah@Thuaibah Abu Bakar. 2008. Hubungan Etnik di Malaysia; Bab 4: Perlembagaan Malaysia dalam perspektif hubungan etnik, Fakulti Pengurusan dan pembangunan sumber manusia UTM Skudai,Johor, hlm. 383 Selepas British Berjaya mendapatkan Negeri-Negeri Melayu Utara daripada Siam melalui Perjanjian Bangkok. Lihat Kassim Thukiman,Hamidah Abdul Rahman dan Suaibah@Thuaibah Abu Bakar. 2008. Hubungan Etnik di Malaysia; Bab 4: Perlembagaan Malaysia dalam perspektif hubungan etnik, Fakulti Pengurusan dan pembangunan sumber manusia UTM Skudai,Johor, hlm. 38

Page 7: PERLEMBAGAAN MALAYSIA DLM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

Page

7

Selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Pulau Pinang ditadbir oleh Leftenan Gabenor sementara Melaka dan Singapura diketuai oleh Residen. Pada tahun 1826, ketiga-tiga negerintersebut digabungkan membentuk Negeri-negeri Selat. Penggabungan itu bertujuan untuk menyeragamkan serta menjimatkan perbelanjaan pentadbiran.

Negeri-negeri Selat diketuai oleh Gabenor yang tertakluk kepada Gabenor Jeneral British di India dan dibantu oleh Residen Konsular. Gabenor Jeneral British di India menggubal semua dasar dan sistem perundangan. Ibu negeri pertama ialah Pulau Pinang dan digantikan dengan Singapura pada tahun 1832. Pada 1 April 1867, Negeri-negeri Selat diisytiharkan sebagai tanah jajahan British. Pentadbirannya dipindahkan dari India ke Pejabat Tanah Jajahan di London.

Pemindahan pentadbiran Negeri-negeri Selat ke London dilakukan kerana:

a) Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di India tidak mengambil berat kebajikan Negeri-negeri Selat setelah kehilangan monopoli perdagangan teh dengan China.

b) Desakan saudagar-saudagar yang tidak berpuas hati dengan dasae Pejabat Tanah Jajahan British di India.

c) Adangan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) untuk menghapuskan taraf pelabuhan bebas Singapura mengancam kemajuan perdagangan.

d) Kemasukan imigran China secara tidak terkawal menyebabkan berlakunya keadaan huru-hara akibat penubuhan kongsi gelap.

e) Penduduk membantah tindakan Pejabat Tanah Jajahan British di India yang menjadikan Singapura sebagai tempat pembuagan banduan.

Negeri-negeri Melayu Bersekutu

Pada tahun 1892,Frank Swettenham telah mencadangkan idea penubuhan persekutuan kepada Gabenor Negeri-negeri Selat, Cecil Smith. Pada tahun 1893, Cecil Smith menghantar laporan kepada Pejabat Tanah Jajahan mencadangkan penubuhan persekutuan yang terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Dalam laporan itu, beliau menegaskan penubuhan persekutuan akan menguntungkan British dan negeri tersebut dari segi politik, ekonomi dan sosial. Frank Swettenham mengambil inisiatif dengan mendapatkan persetujuan Sultan Perak, Selangor, Pahang dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan terhadap penubuhan persekutuan. Pada 1 Julai 1895, Sultan tersebut menandatangani perjanjian persekutuan. Pada 1 Julai 1896, Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan semasa Sir Charles Mitchell menjadi Gabenor Negeri-negeri Selat.

Faktor-faktor penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu:

a) Untuk mewujudkan keseragaman dan kecekapan pentadbiran b)   Menghadkan kuasa Residen

Page 8: PERLEMBAGAAN MALAYSIA DLM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

Page

8

c) Masalah kewangan Pahangd) Keselamatan e) Dasar British

Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu terdiri daripada lima buah negeri, iaitu Johor, Terengganu, Kelantan, Kedah, Perlis. Pada tahun 1885, Johor telah menandatangani Perjanjian Perlindungan dan akhirnya tunduk kepada tekanan untuk menerima Penasihat British pada tahun 1904. Siam telah memindahkan hak-hak mereka terhadap Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada pihak British. Pihak British kemudiannya memaksa negeri-negeri Melayu berkenaan menandatangani perjanjian seperti perjanjian dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pengawai kanan pentadbiran koloni British disitu dikenali sebagai "Penasihat". Bahasa rasmi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu ialah Bahasa Melayu dengan Tulisan Jawi sebagai tulisan rasmi.

Penjajahan Jepun di Tanah Melayu

Jepun mula menakluki Tanah Melayu pada 13 Februari 1942 sehingga 15 ogos 1945. Kezaliman sewaktu penjajahan Jepun adalah pahit. Jepun berjaya menakluki Tanah Melayu dengan mendapat sokongan daripada anak negeri yang terperangkap dengan janji-janji kemerdekaan yang telah dijanjikan. Jepun juga turut menghampakan harapan mereka yang terperangkap dengan janji-janji Jepun untuk memberikan kemerdekaan dengan slogannya "Asia untuk Orang Asia". Mereka yang disyaki menentang Jepun akan dibunuh. Akibat kezaliman Jepun itu, semangat cinta akan tanah air telah dipupuk.

Jepun mengalami pembangunan yang pesat pada zaman pemerintahan Meiji. Jepun berjaya menguasai Korea pada tahun 1910 dan menakluk seluruh Manchuria pada tahun 1931. Jepun telah menyertai Pakatan Axis bersama dengan Itali dan Jerman apabila Perang Dunia Kedua meletus. Pada 7 Disember 1941, Jepun menyerang Pelabuhan Pearl, Hawaii dan serangan ini telah mencetuskan Perang Pasifik.

Jepun berjaya menakluki seluruh Tanah Melayu pada 31 Januari 1941 dan manakluki Singapura pada 15 Februari 1941. Pulau Pinang ditawan pada 17 Disember 1940 manakala Kuala Lumpur ditawan pada 11 Januari 1941. Jepun mendapatkan bantuan daripada negara Thai untuk menawan pantai barat Semenanjung Tanah Melayu. Di bawah Jeneral Tomoyuki Yamashita, Singapura diserang dan ditawan setelah Leftenan Jeneral Percival menyerah kalah.

Pada Zaman Pendudukan Jepun, rakyat hidup dalam sengsaraan. Kezaliman dan kekejaman yang dilakukan oleh Kempetai amat ditakutkan. Kempetai merupakan unit polis yang menangkap sesiapa yang disyaki menentang Jepun. Banyak masalah sosial juga ditimbulkan. Ekonomi merosot, ramai yang mati kebuluran, hasil pertanian dirampas, bilangan pengangguran semakin meningkat, ubat-ubatan tidak cukup menyebabkan ramai yang mati kerana penyakit. Orang Cina yang menghantar bantuan kepada negara China apabila Perang Jepun dengan China ditangkap dan dibunuh dengan penuh kezaliman. Memaksa rakyat membina Kereta api Maut di sempadan Thai. Dasar penjepunan diperkenalkan, sekolah-

Page 9: PERLEMBAGAAN MALAYSIA DLM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

Page

9

sekolah diganti dengan sekolah Jepun, bahasa Nippon-go digunakan, Kamigayo iaitu lagu kebangsaan Jepun dinyanyikan, tulisan Jepun ditulis. Perbuatan tersebut menyebabkan kelahiran MPAJA iaitu Tentera Anti Jepun Tanah Melayu, Force 136, Gerila Kinabalu dan lain-lain gerakan yang menentang Jepun. Akhirnya, Jepun menyerah kalah tanpa syarat setelah Hiromshima dan Nagasaki dibomkan. Walaupun Jepun telah menyerah kalah kepada tentera Berikat, tetapi banyak kesan-kesan positif malah negetif diwujudkan. Antaranya, Zaman Pendudukan Jepun itu telah membangkitkan semangat patriotik di kalangan rakyat tetapi masalah perpaduan telah diwujudkan serta masyarakat menjadi kucar-kacir. Ramai yang mati akibat kelaparan dan dijangkiti penyakit.

Ketika pendudukan Jepun, pentadbiran negara dikuasai sepenuhnya oleh Jepun. Sistem pentadbiran yang diamalkan oleh Jepun ialah kerajaan tentera dan dikenali sebagai Pemerintahan Tentera Tanah Melayu. Tanah Melayu dan Sumatera disatukan di bawah satu pentadbiran. Pusat kerajaan Jepun ialah di Singapura atau Syonan. Tanah Melayu dibahagikan kepada 7 buah wilayah. Setiap wilayah diperintah oleh seorang Gabenor Jepun. Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu diserahkan kepada Thailand pada akhir tahun 1943 sebagai tanda penghargaan Jepun kepada kerajaan Thailand. Gabenor Jepun di peringkat negeri menerima arahan terus daripada ketua pemerintah tentera Tanah Melayu. Jepun menganggap Tanah Melayu sebagai tanah jajahannya dan enggan mengiktiraf taraf raja-raja Melayu sebagai Sultan. Akan tetapi, pihak Jepun terpaksa mengubah dasarnya terhadap raja-raja Melayu. Ini kerana pihak Jepun berpendapat bahawa orang Melayu tidak akan menentang mereka sekiranya Sultan-sultan dilayan dengan baik. Maka, raja-raja Melayu dibenarkan menggunakan gelaran 'Sultan' dan mereka diberi kuasa ke atas perkara-perkara yang menyentuh adat resam Melayu dan agama Islam. Elaun juga akan diberi kepada Sultan-sultan dan ini bergantung kepada kerjasama yang diberikan kepada pihak Jepun. Jepun tidak mempunyai ramai pegawai untuk mengendalikan pentadbiran Tanah Melayu. Oleh itu, orang Melayu diambil untuk menyandang jawatan-jawatan pentadbiran yang dahulunya dikhaskan untuk orang British.

Meskipun pada awalnya, kedatangan British ke negara kita zahirnya atas alasan perdagangan. Namun setelah menguasai sesuatu kawasan, mereka akan mengambil piagam dari kerajaan British di London untuk menjadikannya sebagai koloni. Seterusnya mereka mula mencampuri urusan pentadbiran di Tanah Melayu. Secara berperingkat, mereka membayangi kerajaan Melayu supaya tidak nampak seperti penjajah.2

Selepas Perang Dunia Kedua, dimana penjajahan Jepun bermula, mereka juga mewujudkan perlembagaan mereka tersendiri yang mana mengandungi perkara-perkara berikut:

Menjadikan Tanah Melayu tanah jajahan yang berkekalan. Menghormati raja-raja Melayu. Menzalimi orang Cina. Menjepunkan Tanah Melayu khususnya dalam budaya, bahasa dan

pendidikan. Menyokong perjuangan kemerdekaan orang Melayu dan India.

Page 10: PERLEMBAGAAN MALAYSIA DLM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

Page

10

Perlaksanaan perlembagaan ini dilakukan melalui kekerasan dan kekejaman. Jika kemasukan mereka ke Tanah Melayu sebelum ini begitu dialukan4 namun kemudiannya barulah wujudnya penentangan terhadap mereka. Parti Komunis Malaya antara yang berjuang menentang Jepun juga British. Di bawah perlembagaan ini, semua rakyat hidup menderita lebih-lebih lagi orang-orang Cina.

Setelah Jepun menyerah kalah, mulalah penguasaan Bintang Tiga5 di Tanah Melayu selama 13 hari. Banyak kekejaman yang dilakukan dalam tempoh tersebut sehinggalah British datang kembali dengan memperkenalkan Pentadbiran Tentera British (British Military Administration) sebagai perantara sebelum memperkenalkan pula Malayan Union 1946.

Perlembagaan Malayan Union merupakan satu sistem pentadbiran yang menggabungkan semua negeri di Tanah Melayu. Pentadbirannya tidak lagi tertakluk kepada Singapura tetapi terus kepada Parlimen London. Tujuan Malayan Union ini adalah untuk menghapuskan negara dan bangsa yang dibina sejak Kesultanan Melayu Melaka. Antara lain adalah agar pendatang akan melupakan negara asal dan setia kepada Malayan Union6. Dengan ini mereka dapat mengurangkan kuasa politik orang melayu, menjamin penguasaan berterusan terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu serta menjimatkan kos kerana pentadbiran berasingan adalah sukar dan memerlukan perbelanjaan yang banyak.

Ciri-ciri Malayan Union yang ingin diperkenalkan ialah:i. Negeri-negeri Melayu serta Pulau Pinang digabungkan di bawah

pemerintahan pusat yang diperintah oleh seorang Gabenor British dengan bantuan Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Perundangan;

ii. Singapura dijadikan tanah jajahan berasingan;iii. Kedaulatan Raja-Raja Melayu dihapuskan dan hanya berkuasa dalam hal

agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja;iv. Hak kerakyatan jus soli.

Orang Melayu telah menentang7 perlembagaan ini atas sebab-sebab berikut:i. Sir Harold Mac Micheal mengugut Raja-Raja Melayu akan diturunkan takhta

sekiranya enggan terima Malayan Union seperti yang terjadi kepada Sultan Badlishah, Kedah.

ii. Sultan tidak diber masa yang cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri seperti yang berlaku kepada Sultan Perak.

iii. Sultan tandatangani atas dasar setia kawan seperti di Sultan Selangor danJohor.

iv. Penghakisan kuasa Raja-Raja Melayu.

4 Melalui orang Melayu sendiri, mereka membawa pengaruh mereka ke Tanah Melayu. Dengan slogan ‘Asia Untuk Orang Asia’ dan ‘Kawasan Kesemakmuran Asia Timur Raya’ serta poster-poster, kedatangan Jepun tidak begitu mendapat tentangan daripada pihak penduduk Tanah Melayu.5 Bintang Tiga mendapat nama tersebut berdasarkan tiga kaum utama yang menganggotainya. Paling ramai ialah dari kaum Cina. Mereka membawa fahaman komunisme yang pengaruhnya telah dibawa oleh Karl Mark.6 Dengan taat setia mereka terhadap Malayan Union, maka peristiwa seperti jatuhnya Tanah Melayu ke tangan Jepun tidak akan berulang dan Tanah Melayu akan kekal dikuasai mereka serta hasilnya dapat dieksploitasikan secara keseluruhan.7 Nor Salleh Ngatimin. 2004. Modul PINTAS 6: Nota Pintas Sejarah Tingkatan 5 KBSM (Kurikulum Semakan). Edaran Terhad. SM Sains Kota Tinggi, Kota Tinggi

Page 11: PERLEMBAGAAN MALAYSIA DLM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

Page

11

v. Raja hanya jadi ahli Majlis Raja-Raja tanpa sebarang kuasa. Mereka hilang takhta dan kredibiliti sebagai ketua orang Melayu.

vi. Zakat fitrah dipungut di bawah nama Gabenor Malayan Union.(agama Islam tercabar)

vii. Kewarganegaraan longgar.viii. Bimbang hilang warisan tamadun kerajaan Melayu.8

Penentangan hebat telah dipimpin oleh orang Melayu di beberapa buah negeri.Antaranya:

1. Lebih 5000 orang berdemonstrasi di Alor Setar.(Januari 1946)2. Lebih 10 000 orang demonstrasi di Kelantan3. Lebih 15 000 orang demonstrasi di Johor.(10 Februari 1946)

Namun begitu, Malayan Union tetap diisytiharkan pada 1 April 1946 dengan Sir Edward Gent menjadi gabenor pertama. Majlis ini telah dipulaukan9 oleh orang Melayu. Akhirnya, British menggantikan Malayan Union kepada Persekutuan Tanah Melayu.10

Sikap orang Melayu dan bukan Melayu nyata berbeza. Hal ini dapat dilihat melalui peristiwa Malayan Union ini apabila majoriti orang Melayu menentang di bawah pimpinan Dato’ Onn Jaafar dan bukan Melayu serta Melayu radikal menyokong dibawah pimpinan Tan Cheng Lock.11 Namun begitu terdapat juga orang bukan Melayu menentang Malayan Union.

Dalam masa orang Melayu sibuk menentang Malayan Union, Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dan All Malayan Council of Joint Action(AMCJA) dibawah pimpinan Dr. Burhanuddin al-Helmi dan Tan Cheng Lock menjalankan usaha menggubal perlembagaan negara. Ia merupakan perlembagaan alternatif bagi menggantikan Malayan Union. Di dalamnya terkandung 10 isi utama:

I. Malaya bersatu termasuk MalaysiaII. Satu dewan perundangan pusat bagi seluruh Malaya yang ahlinya dipilih

oleh orang ramai sepenuhnya.III. Hak politik yang sama kepada mereka yang menganggap Malaya ini tanah

air mereka.IV. Sultan Melayu haruslah mengambil tempatnya sebagai raja berdaulat penuh

dan menerima pandangan rakyat melalui institusi demokratik.12

V. Agama Islam dan adat istiadat Melayu diletakkan dalam penguasaan orang Melayu.

VI. Perhatian khas kepada kemajuan orang Melayu.

8 Malayan Union menghapus sejarah yang dibina oleh kerajaan-kerajaan tersebut.9 Raja-Raja Melayu tidak hadir ke majlis pengisytiharan Malayan Union dan orang Melayu melilitkan kain putih pada songkok dan lengan merekasebagai tanda bantahan.10 Mohamed Nordin Sopiee. 1974. From Malayan Union to Singapore Separation: Political Unification in the Malaysia Region 1945-1965. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur11 Hng Hung Yong. 2004. 5 men and 5 Ideas. Pelanduk Publications (M) Sdn Bhd. Subang Jaya, Selangor. hlm. 67; Lihat juga Shamsul Amri Baharuddin. 2007. Modul Hubungan Etnik.Kementerian Pengajian Tinggi. Pusat Penerbitan Universiti(UPENA). Shah Alam. hlm. 96.12 Mereka tidak mahukan pengaruh penasihat-penasihat British untuk menasihati Raja Melayu kerana British akn menggunakannya untuk kepentingan mereka sendiri.

Page 12: PERLEMBAGAAN MALAYSIA DLM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

Page

12

VII. Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi tunggalbagi Malaya.

VIII. Pertahanan dan hal ehwal luar negeri jadi tanggungjawab bersama.(Malaya dan British)

IX. Kerakyatan Malaya haruslah dinamakan Melayu.X. Merah dan putih dimasukkan dalam latar belakang bendera kebangsaan

Malaya.

Disebabkan cadangan ini dari politik kiri, ia telah ditolak mentah-mentah oleh kerajaan British. Namun, ia memaparkan bahawa semua kaum di Malaya boleh bertolak ansur untuk mencapai sesuatu.

Sebelum Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, diperkenalkan Jawatankuasa kerja pada Julai 1946. Ia telah dianggotai oleh empat orang wakil Raja Melayu, dua orang wakil UMNO dan enam orang pegawai British13 bagi sebuah perlembagaan baru bagi merangka perlembagaan baru yang dipersetujui orang Melayu. Kemudian, Jawatankuasa Perunding14 yang terdiri daripada lima orang Eropah, dua oran Cina dan dua orang India pergi mendapatkan pandangan orang bukan Melayu mengenai draf perlembagaanyang disediakan oleh Jawatankuasa Kerja.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948

Perlembagaan Malayan Union dimansurkan pada 31 Januari 1948 dan digantikan dengan Perlembagaan baru iaitu Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Beberapa fasal dari Perlembagaan Malayan Union ditukar dan dinamakan sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Perlembagaan ini telah menjadi asas pemerintahan sehingga kemerdekaan 1957.

Perlembagaan Persekutuan Tanah 1948 dirangka kecaman dan kritikan orang Melayu terhadap Malayan Union. Ia dirangka oleh Jawatankuasa Kerja yang dianggotai oleh 4 orang wakil raja-raja Melayu, 2 orang wakil UMNO dan 6 orang pegawai kanan British. Kuasa raja dipulihkan di mana raja boleh memerintah negeri dengan bantuan Majlis Mesyuarat Kerja Kerajaan dan Dewan Perundangan Negeri. Negeri mempunyai kuasa terhadap kerajaan tempatan, agama, pertanian dan tanah. Rang undang-undang yang dari kedua-dua dewan ini mestilah diluluskan oleh raja. Kuasa pemerintahan Kerajaan Persekutuan dijalankan oleh Pesuruhjaya Tinggi British dan dibantu oleh sebuah Majlis Mesyuarat Kerja Kerajaan dan Dewan Perundangan. Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa terhadap pertahanan, hal ehwal luar, peraturan awam, hal-hal kehakiman,perdagangan,perhubungan dan kewangan.

13 Wakil Raja-raja Melayu-Dato’ Hamzah bi Abdullah(Selangor), Mohamad Sherif bin Osman(Kedah), Raja Kamarulzaman bin Raja Mansur(Perak), Dato’ Nik Ahmad Kamil bin Haji Nik Mahmud(Kelantan);Wakil UMNO-Dato’ Onn bin Jaafar(Johor),Dato’ Abdul Rahman bin Mohd Yassin(Johor);Penasihat British-Alexander t. Newboult, K.K. O’Connor, W.D. Godsall, Dr. H. William Linehan, A. Williams, D.C. Watherston(Setiausaha); turut serta—Sir Ralph H. Hone(bagi pihak Malcolm MacDonald), Sir Theodore S. Adams(bagi pihak Raja-raja Melayu), Sir Ronald Braddell(bagi pihak UMNO) Lihat Dr. Zaid Ahmad et al. 2006. Hubungan Etnik di Malaysia. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Shah Alam. hlm. 49.14 Shamsul Amri Baharuddin. 2007. Modul Hubungan Etnik.Kementerian Pengajian Tinggi. Pusat Penerbitan Universiti(UPENA). Shah Alam. hlm. 96.

Page 13: PERLEMBAGAAN MALAYSIA DLM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

Page

13

Taraf kewarganegaraan telah diperketatkan di mana yang akan mendapat kewarganegaraan secara terus atau perjanjian adalah seperti berikut:

rakyat sultan di mana-mana negeri Melayu rakyat British yang lahir di Pulau Pinang dan Melaka yang telah

bermastautin selama 15 tahun di mana-mana bahagian Persekutuan rakyat British yang telah lahir di mana-mana bahagian Persekutuan dan

bapanya sendiri telah lahir di situ atau telah bermastautin lebih dari 15 tahun

sesiapa saja yang dilahirkan di Persekutuan yang menurut kebiasaan bercakap Melayu dan mematuhi adat resam Melayu

sesiapa yang telah dilahirkan di Persekutuan dan di mana kedua-dua ibu bapanya telah dilahirkan dan telah bermastautin di sini selama 15 tahun

Ada juga yang dibenarkan memohon kewarganegaraan kalau mereka layak. Antarnya adalah

mereka yang dilahirkan di Persekutuan dan telah bermastautin di situ sekurang-kurangnya selama lapan tahun daripada dua belas tahun

mereka yang tinggal di Persekutuan sekurang-kurangnya lima belas tahun daripada dua puluh dua puluh tahun terdahulu daripada permohonan tersebut dibuat.

Selepas Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu digubal, telah ditubuhkan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (Communities Liason Community-CLC). Ia merupakan satu organisasi tidak rasmi yang Berjaya membawa semua kaum bersemuka dan duduk semeja berbincang bersama-sama. Antara tokoh yang menganggotainya ialah Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Abdul Wahab Abdul Aziz, Tan Cheng Lock, C.C. Tan, Dr. J.S. Goonting dan E.E.C. Thuraisingham. Kebanyakan cadangan mereka dimasukkan ke dalam usul-usul perundangan yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan.

Melihatkan hubungan baik ini, British telah melakukan perubahan dasar kepada berkerajaan sendiri. Dengan ini Sistem Ahli diperkenalkan. Melalui sistem ini, British melantik beberapa orang wakil warganegara Persekutuan Tanah Melayu Menjadi ahli dalam Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan yang diberi taraf menteri. Hal ini untuk memberi latihan kepada pemimpin tempatan bagi mendapatkan pengalaman memerintah secara demokrasi.

Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan dimana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal samada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.

Page 14: PERLEMBAGAAN MALAYSIA DLM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

Page

14

Perkataan ini berasal dari Yunani δημοκρατíα dari δημος bermaksud "rakyat", ditambah pula dengan κρατειν bermaksud "memerintah", dengan kata hubung íα; yang memberi maksud "Diperintah oleh Rakyat". Terma ini kadangkala digunakan untuk mengukur sejauh mana pengaruh rakyat diatas kerajaannya. Demokrasi secara ekstrim boleh dilihat dalam sistem kerajaan seperti anarkisme dan komunisme (menurut teori Karl Marx ia merupakan peringkat terakhir pembangunan sosial dimana demokrasi adalah diamalkan secara langsung , dan tiada kerajaan yang bebas dari kehendak rakyat).

Demokrasi moden mempunyai sifat-sifat dengan institusi-institusi berikut:

Perlembagaan yang menghadkan kuasa dan kawalan operasi formal kerajaan, samada secara tulisan, secara norma atau gabungan kedua-duanya. Lazimnya Perlembagaan akan memasuki dotrin pembahagian kuasa untuk memastikan seseorang itu tidak diberi lebih dari satu kuasa.

Pilihan raya untuk memilih pegawai-pegawai awam, yang dikelolakan secara bebas dan adil

Rakyat diberi hak mengundi Kebebasan bersuara (berceramah, berhimpun dan sebagainya) Kebebasan akhbar dan akses kepada media lain Kebebasan persatuan Semua orang dalam masyarakat menikmati hak yang sama dari segi

undang-undang. Salahsatu pra-syarat demokrasi ialah wujudnya Aturan Undang-Undang Rule of Law

Rakyat yang berpendidikan dan berpengetahuan tentang hak asasi manusia dan tanggungjawab sivik.

JADUAL 3: Ahli Mesyuarat Kerja Persekutuan.

NAMA JAWATANDato’ Onn Jaafar Hal Ehwal Dalam NegeriE.E.C. Thuraisingham PelajaranTunku Yaakob Pertanian dan PerhutananLee Ting Keng KesihatanDato’ Mahmud Mat Tanah, Perhubungan dan

Page 15: PERLEMBAGAAN MALAYSIA DLM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

Page

15

PerlombonganJ.D. Mead Kerja Raya dan PerumahanJ.D. Hodgkinson Perindustrian dan Perhubungan

SosialO.A. Spencer Hal Ehwal Ekonomi

Untuk memastikan sistem demokrasi Berjaya maka pilihanraya diadakan. Pilihanraya yang awal dan menarik ialah Pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur yang menyaksikan pertembungan gabungan tidak rasmi UMNO-MCA menentang Independence of Malayan Party 15(IMP) di bawah pimpinan Dato’ Onn Jaafar. Dalam pilihanraya ini UMNO-MCA menang 9 daripada 12 kerusi dipertandingkan.Kemudiannya idea penubuhan diutarakan dan dipersetujui dengan menggabungkan UMNO, MCA16 dan MIC17. Gabungan ini menggunakan nama Parti Perikatan. Gabungan ini membuktikan kejayaannya dengan memenangi 51 daripada 52 kerusi pilihanraya Persekutuan18 pada 27 Julai 1955. Satu kerusi lagi dimenangi oleh Parti Islam Se-Malaya iaitu di Kerian, Perak.

PARTI MELAYU CINA INDIA JUMLAHPerikatan 35 15 2 52Parti Negara 29 1 - 30Parti Islam Se-Malaya 11 - - 11Persatuan Kebangsaan Perak 8 1 - 9Parti Buruh - 2 2 4Ikatan Melayu Perak 1 1 1 3Parti Progresif Perak 1 - 1 2Bebas 16 1 1 18

15 Ditubuhkan oleh Dato’ Onn setelah cadangannya kepada ahli UMNO untuk membuka keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu ditolak. Dato’ Onn keluar daripada UMNO untuk menubuhkan parti yang bersifat universal.16 Malayan Chinese Association17 Malayan Indian Congress18 Pilihanraya ini dibuat hasil desakan Parti Perikatan pada tahun 1953.

Page 16: PERLEMBAGAAN MALAYSIA DLM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

Page

16

JADUAL 4: Calon mengikut parti dalam Pilihanraya Persekutuan 1955.19

Pilihan raya ini menyaksikan berlakunya perkongsian kuasa dalam meletakkan calon bagi Parti Perikatan. Ini membuktikan bahawa hubungan yang baik dapat dicapai meskipun dari kaumyang berbeza. Jika dilihat daripada peruntukan kerusi seperti dalam Jadual 4, ia memaparkan keadilan dan perkongsian yang mesra dalam parti.

ETNIK PENGUNDI BERDAFTAR (%)

PERUNTUKAN KERUSI (PARTI PERIKATAN) (%)

Melayu 84.2 67.3Cina 11.2 28.9India 3.9 3.8Lain-lain 0.7 -

JADUAL 5: Peratusan pengundi berdaftar mengikut etnik dan peruntukan kerusi mengikut etnik oleh Parti Perikatan.20

Semangat akomodatif, rela berkongsi kuasa, sedia berkorban dan persefahaman telah ditegaskan oleh Tunku Abdul Rahman iaitu:

“… orang Melayu sedia memberikan hak-hak yang munasabah dan patut kepada orang bukan Melayu. Orang Melayu telah memberikan pengorbanan yang begitu banyak daripada hak-hak sebagai bumiputera Tanah Melayu kepada bangsa-bangsa bukan Melayu. Belum ada bangsa anak negeri yang berbudi sebegitu banyak seperti yang diperbuat oleh orang Melayu. Sungguhpun ada jaminan hak-hak istimewa orang Melayu dalam Perjanjian Persekutuan, tetapi ini tidak sekali-kali mencegah dan menyekat bangsa-bangsa yang bukan Melayu daripada mencapai kesenangan dan kejayaan, dan lagi sehingga sekarang hak-hak istimewa Melayu itu masih belum menghasilkan keadaan yang setaraf antara orang Melayu dengan bukan Melayu.”21

Semangat ini juga diakui dan diiktiraf oleh pemimpin bukan Melayu seperti yang dikatakan oleh T.H. Tan:

“… mereka dengan penuh rela menyokong calon-calon Parti Perikatan berbangsa Cina dan India. Bukan sahaja mereka melepaskan kerusi yang tidak syak lagi boleh menjadi milik mereka, malah mereka berkerja keras , sedaya upaya untuk calon-calon Cina dan India. Dan amat membanggakan, tidak satu pun calon Cina dan India, 17 orang semuanya, hilang kerusi mereka.. saya menyanjung pemimpin-pemimpin UMNO yang membuat pengorbanan ini dan memberikan sumbangan yang tidak ternilai kepada usaha kemerdekaan Tanah Melayu.21

19 Ahmad Fauzi Mohd Basri. 1991. Bumi Dipijak Milik Orang. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.20 Disesuaikan daripada Zainal Abidin Abdul Wahid. 1992, Malaysia: Warisan Dan Perkembangan, Edisi 2. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.21 Malaya Merdeka. Dipetik daripada Ramlah Adam. 1993. Dato’ Onn Jaafar:Pengasas Kemerdekaan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Page 17: PERLEMBAGAAN MALAYSIA DLM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

Page

17

Kejayaan ini membuka jalan kepada satu rundingan dengan kerajaan British di London. Rombongan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman dan lapan orang wakil yang telah dipersetujui.22 Perjanjian London kemudiannya dipersetujui dan ditandatangani yang antara lain isinya ialah:

i. British member kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.ii. Tanah Melayu berada dalam lingkungan Komanwel dan menjalankan

pemerintahan secara demokrasi.iii. British mendapat hak menempatkan tenteranya di Tanah Melayu melalui

Anglo-Malayan Defence Treaty 1956.iv. Sebuah badan bebas ditubuhkan bagi menggubal Perlembagaan Tanah

Melayu.

Perlembagaan Tanah Melayu telah digubal oleh Suruhanjaya Reid23 pada 1956. Ia mengambil kira perkara-perkara berikut:

i. Pembentukan sebuah persekutuan dengan kerajaan pusat yang kuatii. Pemeliharaan kedudukan, keistimewaan, kehormatan dan hak Raja-raja

Melayuiii. Pewujudan jawatan Ketua Negara yang bergelar Yang di-Pertuan Agongiv. Pemeliharaan hak-hak istimewa orang melayu serta hak-hak sah kaum-kaum

lainv. Pembentukan satu sistem kewarganegaraan yang seragam untuk seluruh

Persekutuan Tanah MelayuPerlembagaan menjadi kukuh disebabkan Suruhanjaya Reid mendapatkan pandangan dari orang ramai tidak kira parti politik, organisasi malah individu serta Raja-Raja Melayu. Suruhanjaya ini telah menerima 131 memorandum bertulis dan bersidang banyak kali dari bulan Jun hingga Oktober 1956. Hal ini menunjukkan betapa perlembagaan ini mendapat persetujuan ramai.

Akhirnya draf perlembagaan telah diterima dan dinamakan Perlembagaan Tanah Melayu 1957. Perlembagaan ini sekali lagi diperbaharui apabila Sabah, Sarawak dan Singapura memasuki bergabung dengan Tanah Melayu lalu membentuk Malaysia pada 16 September 1963. Perlembagaan ini kemudiannya dinamakan Perlembagaan Persekutuan. Singapura kemudiannya keluar daripada gagasan Malaysia.

UNSUR-UNSUR TRADISIONAL

Unsur-unsur tradisional amat penting kerana ia menjadi titik tolak kewujudan identiti Malaysia, memupuk persefahaman dan mewujudkan kontrak sosial di Malaysia. Unsur-unsur tradisi ini ialah:

I. Bahasa KebangsaanII. Agama Persekutuan

III. Kedudukan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan SarawakIV. Pemerintahan beraja

22 Wakil Raja-Raja Melayu-Datuk Panglima Bukit Gantang(Menteri Besar Perak-ketua),En Abdul Aziz Hj Abdul Majid(Menteri Besar Selangor),Datuk Mohammad Seth Mohammad Said(Menteri Besar Johor),Datuk Nik Ahmad Kamil Hj Mahmud(bekas Menteri Besar Kelantan), En Abdul Kadir Shamsuddin(setiausaha);Wakil Perikatan-Tunku Abdul Rahman Putra,Datuk Abdul Razak Hussein, Kol H.S.Lee,Dr. Ismail Datuk Abdul Rahman, T.H.Tan23Lord Reid(Britain), Sir Ivor Jennings(Britain), Sir William McKell(Australia),B. Malik(India) dan Hakim Abdul Hamid(Pakistan)

Page 18: PERLEMBAGAAN MALAYSIA DLM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

Page

18

Unsur-unsur tradisional penting dalam Perlembagaan Persekutuan disebabkan ia telah wujud berzaman lagi. Unsur tradisi ini berperanan dalam menstabilkan negara dan penekanannya oleh Suruhanjaya Reid tidak boleh dipandang mudah kerana ia mengambil kira factor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum tahun 1957.24

Unsur-unsur tradisi merupakan prasyarat yang perlu dan daripadanya akan lahir permuafakatan. Tanpanya, konflik mudah berlaku kerana ia dianggap sebagi satu formula asas perpaduan. Memang benar tanggapan ini apabila dilihat ada individu mahupun kaum atau organisasi yang membangkitkan rasa tidak puas hati terhadap unsur ini maka akan tercetuslah perang tenaga, perang mulut malah ada yang sekadar perang dingin. Semuanya bagai menegakkan benang yang basah. Akhirnya wujud konflik yang memecahbelahkan rakyat dan keharmonian negara tergugat.

Tun Abdul Razak ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) Akta Hasutan 1971 menyatakan:

“… marilah kita sekalian sematkan di dalam hati ingatan kita terhadap pengajaran-pengajaran yang telah diperoleh daripada Peristiwa 13 Mei dan janganlah kita bincangkan dan bahaskan lagi tentang apa yang menyebabkan tercetusnya peristiwa itu dan bagaimana ia bermula kerana ini mungkin akan melupakan kita kepada anasir yang tidak bertanggungjawab yang kerjanya menanamkan benih-benih syak wasangka dan perasaan bimbang dalam kalangan kaum serta menggunakan perkara-perkara sensitif anasir tersebut telah mendapat kesempatan besar untuk membangkitkan perasaan perkauman apabila kempen pilihanraya berjalan dalam bulan April dan bulan Mei 1969. Mereka sengaja menimbulkan perasaan takut dan marah dengan cara mempersoal dan mempersenda syarat-syarat dalam perlembagaan mengenai bahasa Malaysia dan kedudukan istimewa orang Melayu apabila mereka melihat bagaimana luasnya perbezaan-perbezaan antara mereka dengan orang bukan Melayu terutama sekali dalam lapangan ekonomi dan pelajaran.”25

Secara umumnya, perkara yang menyentuh hubungan etnik dalam Perlembagaan Persekutuan ialah seperti berikut:

Perkara 8,iaitu persamaan dan hak sama rata dan pengecualian peruntukan ini dalam soal agama,kedudukan orang melayu dan seumpamanya.Perkara 10(4), iaitu batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan Raja-raja, Islam, orang Melayu, bahasa Melayu dan Islam.Perkara 38,iaitu Majlis Raja-raja menghalang parlimen membuat undang-undang yang menyentuh kedudukan Raja-raja Melayu ,orang Melayu, Bahasa Melayu dan Islam.Perkara 152, iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tanpa menafikan hak-hak etnik lain menggunakan bahasa mereka.Perkara 153, iaitu kedudukan istimewa orang Melayu tanpa menafikan kepentingan sah kaum-kaum lain.

24 Abdul Aziz Bari & Farid Sufian Shuaib. 2001. Perlembagaan Malaysia: Asas-asas dan masalah. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.25

Page 19: PERLEMBAGAAN MALAYSIA DLM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

Page

19

BAHASA MELAYU

Dalam Perkara 152, telah diletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi persekutuan. Namun begitu, ia tidak mengongkong kehidupan dari segi percakapan kerana tiada siapapun yang boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan atau belajar bahasa lain.

AGAMA ISLAM

Agama Islam merupakan agama rasmi persekutuan berdasarkan kepada Perkara 3(1). Perlaksanaannya di hampir semua lokasi dan tolak ansurnya antara agama. Disebabkan imigran datang dengan agama masing-masing,26 fasal imbangan telah diperuntukkan dengan membolehkan kebebasan beragama kepada golongan ini. Setiap orang berhak mengamalkan dan menganut agama mereka dan setiap agama mempunyai hak untuk:

Menguruskan hal ehwal agama sendiri.Menubuh dan menyelenggaraan institusi bagi maksud agama atau khairat.Memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirnya mengikut undang-undang.

Terdapat beberapa perkara yang perlu dibacakan secara bersama-sama dengan Perkara 3(1) iaitu:

Perkara 11(4):“Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang yang menganuti agama Islam.”

Perkara 12(2):“… adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu negeri menubuhkan atau menyelenggara institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang diperlu bagi maksud itu.”

Perkara 121(1A)“Mahkamah-mahkamah yang disebutkan dalam Fasal (1) tidaklah boleh mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa mahkamah syariah.”

KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK

26 Mohd. Salleh Abas. 1985. Unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Page 20: PERLEMBAGAAN MALAYSIA DLM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

Page

20

Kedudukan istimewa kaum bumipetera Malaysia ini sangat penting untuk dihayati kerana perkara ini mudah disalah tafsir dan jika ini berlaku, perbalahan akan berlaku serta hubungan antara kaum atau etnik akan menjadi keruh. Ia telah disentuh di dalam Bahagian 12, Bab 1, Perkara 153 yang mana meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain yang diberikan.

Keistimewaan ini tetap mempunyai batasan demi menghormati hak kaum bukan bumiputera. Sehubungan dengan itu, Perlembagaan Persekutuan telah memberi tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi hak-hak mereka yang sah menurut peruntukan lain.Perkara 153 tidak akan terlaksana seandainya untuk tujuan tersebut, kaum bukan bumiputera kehilangan sebarang jawatan awam yang dipegang, ditarik dari menerima biasiswa atau keistimewaan lain atau dilucutkan atau ditamatkan permit lesen yang dipegangnya.

Orang Melayu menurut tafsiran Perlembagaan Persekutuan, Perkara 160, membawa erti seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdekadan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atauialah zuriat seseorang yang sedemikian.27

Bumiputera di Sabah dan Sartawak pula ialah:1. Di

Sarawakmana-mana suku kaum asli iaitu Bukitan, Bidayuh, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadazan, Kelabit, Kayan, Kenyah,Kajang,Lugat, Lisum, Melayu, Melanau, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit atau dia berketurunan campuran daripada kaum tersebut.

2. Di Sabah anak atau cucu kepada seorang daripada suatu kaum asli Sabah dan dia telah dilahirkan di Sabah.

Antara keistimewaan lain adalah termasuk apa yang telah diperuntukkan dalam Perkara 86 dan 90 yang berkaitan dengan rizab tanah bagi orang Melayu yang mana rizab ini dilindungi daripada diselenggara olen orang bukan Melayu. Kemasukan perkhidmatan oleh orang Melayuke dalam Rejimen Askar Melayu, dengan mengecualikan orang bukan Melayu dianggap sebagai satu kedudukan istimewa orang Melayu di bawah Perkara 8(5).28

PEMERINTAHAN BERAJA

Pemerintahan beraja telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, malahan ada sejarawan yang menyatakan bahawa sebelum kedatangan Parameswara ke semenanjung Tanah Melayu, telah wujud kerajaan-kerajaan yang mempunyai raja masing-masing. Ketika itu, pemerintahan beraja ini memegang

27 Bahagian 12, Bab 1, Perkara 160, Perlembagaan Persekutuan. Lihat Perlembagaan Persekutuan beserta Index. Semua Pindaan sehingga Ogos 2007. Cetakan 12. 2007. MDC Publishers Sdn Bhd. Kuala Lumpur.28 Mohd Salleh Abbas. 1985. Unsur-unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur

Page 21: PERLEMBAGAAN MALAYSIA DLM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

Page

21

kepada prinsip raja berkuasa mutlak dalam segala urusan sama ada pemerintahan, pentadbiran mahupun urusan-urusan lain.

Raja sebelum ini dianggap sebagai dewa yang perlu disembah dan dihormati. Meskipun selepas kedatangan Islam, raja atau kemudiannya dipanggil sultan tetap disanjungi dan dihormati bukan kerana mendewakan tetapi menurut Islam, pemimpin haruslah dihormati. Hal ini dianggap penting kerana orang Melayu sangat menghormati pemimpin. Itulah sebabnya, kuasa raja-raja Melayu dititikberatkan oleh kerajaan British dan Suruhanjaya Reid dalam merangka dan menggubal Perlembagaan Persekutuan.

Cubaan Malayan Union sebelum ini yang ingin menghapuskan kuasa Raja-Raja Melayu gagal menyebabkan mereka menghormati institusi beraja di Tanah Melayu dan mengembalikannya semula. Setelah negara mencapai kemerdekaan, institusi beraja masih dikekalkan namun dengan konsep yang baru iaitu raja berperlembagaan bagi mengelakkan berlakunya tindakan raja yang mengubah dasar sehingga menyulitkan rakyat. Dengan konsep baru ini, institusi beraja tetap wujud dan disanjung namun raja-raja perlu juga mengikut lunas-lunas perlembagaan yang ditetapkan.

PINDAAN PERLEMBAGAAN

“Tertakluk kepada peruntukan yang berikut dalam Perkara ini dan dalam Perkara 161E, Peruntukan Perlembagaan ini boleh dipinda melalui undang-undang persekutuan.”29

Berdasarkan Perkara 159, Perlembagaan Persekutuan boleh dipinda dan biasanya bagi tujuan menambah atau memansuh sesuatu peruntukan yang dianggap tidak sesuai dengan keperluan masa atau disebabkan kehendak rakyat yang berubah. Ia juga bertujuan untuk melindungi kepentingan rakyat dan menjamin keselamatan negara. Perlembagaan turut diubah agar menjadi satu perlembagaan yang munasabah dan kandungannya dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati.

Pindaan Akta Hasutan 1970 misalnya telah diluluskan oleh Parlimen bagi menghadkan seseorang individu daripada bercakap sewenang-wenangnya hingga boleh menyebabkan perbalahan antara kaum. Tujuannya adalah untuk memastikan keharmonian dan memelihara keselamatan rakyat berbilang kaum di negara ini. Antara pindaan yang besar telah dibuat ialah pemansuhan imuniti bagi Yang di-Pertuan Agong dan Raja yang memerintah negeri daripada kesalahan jenayah.

KAEDAH PINDAAN

KAEDAH PINDAAN PERKARA YANG DIPINDAMendapat kelebihan suara dua per tiga dalam tiap-tiap satu persidangan

Kewarganegaraan(Perkara 14-31) Tugas dan kuasa Majlis Raja-

29 Bahagian 12, Bab 1, Perkara 159(1), Perlembagaan Persekutuan. Lihat Perlembagaan Persekutuan beserta Index. Semua Pindaan sehingga Ogos 2007. Cetakan 12. 2007. MDC Publishers Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

Page 22: PERLEMBAGAAN MALAYSIA DLM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

Page

22

Parlimen dan mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja

Raja(Perkara 38) Keistimewaan Parlimen(Perkara 63) Perkara yang melibatkan keutamaan

raja, iaitu Yang di-Pertuan Agong,Raja Permaisuri Agong, Raja-raja dan Yang Dipertua Negeri(Perkara 70)

Jaminan persekutuan terhadap perlembagaan negeri(Perkara 71)

Keistimewaan Dewan Undangan Negeri(Perkara 71)

Bahasa kebangsaan(Perkara 152) Kedudukan istimewa Melayu dan

Bumiputera(Perkara 153) Pindaan Perlembagaan

Persekutuan(Perkara 159) Kedaulatan raja-raja(Perkara 181) Undang-undang yang berkaitan

dengan perubahan sempadan negeri.Mendapat kelebihan suara dua per tiga dalam tiap-tiap satu persidangan Parlimen dan mendapat persetujuan Yang Dipertua Negeri Sabah dan Sarawak.

Keanggotaan dan bidang kuasa Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak

Perkara perundangan dan pemerintahan dalam bidang kuasa negeri, hal agama, bahasa dan kedudukan istimewa kaum Bumiputera

Mendapat kelebihan suara biasa atau majoriti mudah dalam tiap-tiap satu persidangan Parlimen

Pindaan berhubung kemasukan ataugabungan negeri-negeri dalam persekutuan

Pindaan Jadual Kedua(Bahagian 3) Perlembagaan Persekutuan(berhubung peruntukan tambahan tentang kewarganegaraan)

Pindaan berbentuk sumpah dan ikrar taat setia(Jadual Keenam)

Pindaan pemilihan dan persaraan ahli-ahli Dewan Negara(Jadual Ketujuh)

Perkara-perkara yang berkaitan dengan apa-apa kuasa untuk membuat undang-undang bagi Parlimen di bawah mana-mana peruntukan, kecuali Perkara 74 dan Perkara 76.

Mendapat kelebihan suara dua per tiga dalam tiap-tiap satu persidangan Parlimen

Segala perkara yang tidak disebutkan dalam mana-mana kaedah diatas

JADUAL 6: Kaedah pindaan Perlembagaan Persekutuan dan perkara-perkara yang dipinda mengikut kaedah tersebut.30

30 Disesuaikan daripada Dr. Zaid Ahmad et al. 2006. Hubungan Etnik di Malaysia. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Shah Alam. hlm. 57 & 58.

Page 23: PERLEMBAGAAN MALAYSIA DLM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

Page

23

Page 24: PERLEMBAGAAN MALAYSIA DLM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

Page

24

RASIONAL PERKARA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

PERKARA 153

Penggubalan suatu perlembagaan bukanlah satu perkara yang sangat mudah dan boleh dilakukan dalam jangka masa yang singkat. Penelitian sangat penting bagi memastikan setia perkara yang tercatat di dalam perlembagaan tersebut tidak saling bercanggah. Satu perkara yang lebih penting ialah keadilan dalam menggubal perlembagaan. Proses keadilan sangat penting kerana dari situlah akan wujudnya persefahamaan, akomodatif, berkongsi kuasa seta rela berkorban yang tinggi sesama rakyat.

Jika diperhatikan dari sudut negara kita,Malaysia, persefahaman yang tinggi menyaksikan kerelaan orang Melayu memberikan hak kewarganegaraan dengan bersetuju terhadap perlonggaran kewarganegaraan terhadap orang bukan Melayu dan sebagai imbalannya, mereka menghormati hak istimewa orang Melayu sebagai penduduk asal dan majoriti. Perlaksanaan prinsip ini telah member hak kerakyatan kepada lebih 800 000 orang bukan melayu seperti ditunjukkan dalam Jadual 7.

TAHUN BILANGAN1957(31 ogos-31 Disember) 120 078

1958 822 5671959 67 2271960 77 858

JADUAL 7: Bilangan orang bukan Melayu yang menjadi warganegara melalui kaedah pendaftaran.31

Oleh itu, Perkara 153 ini menetapkan penjagaan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Hak -hak ini meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain yang diberikan. Perkara ini tidak boleh dipinda tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu

31 Dipetik daripada Mohd Suffian Hashim, 1987. Mengenal Perlembagaan Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Lihat juga Shamsul Amri Baharuddin. 2007. Modul Hubungan Etnik.Kementerian Pengajian Tinggi. Pusat Penerbitan Universiti(UPENA). Shah Alam. hlm. 110.

Page 25: PERLEMBAGAAN MALAYSIA DLM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

Page

25

PERKHIDMATAN AWAM

Yang di-Pertuan Agong telah diberikan tanggungjawab untuk menentukan rizab bagi orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam perkhidmatan awam dengan memperuntukkan sebilangan pekerjaan tersebut kepada mereka. Namun begitu, ia tidak membolehkan pelucutan pangkat sesiapapun bagi melaksanakan tujuan tersebut.

Perkara ini digubal kerana pada zaman penjajah dan awal kemerdekaan, kurang orang Melayu yang bekerja dengan kerajaan.32 Jadual 8 menunjukkan jumlah pegawai bahagian 1 dalam perkhidmatan kerajaan.

PERKHIDMATAN MELAYU BUKAN MELAYU

JUMLAH

Perkhidmatan dan pentadbiran 706 515 1221Arkitek, Jurutera, dan Pegawai Professional

73 370 443

Pegawai kesihatan dan perubatan 64 693 757Ahli sains fizikal 13 51 64Ahli sains sejati 60 108 168Perangkawan profesional 38 166 204Perkhidmatan undang-undang 70 37 107Perkhidmatan beruniform 331 369 700Pengangkutan dan media massa 67 188 255Jumlah 1422 2497 3919

JADUAL 9: Pegawai Bahagian 1 dalam Perkhidmatan Kerajaan pada 1 November 1968 mengikut etnik.33

Orang Melayu hanya meliputi peratusan kecil kira-kira 36 peratus daripada keseluruhan pegawai kerajaan Bahagian 1 pada tahun 1968. Pegawai sains dan profesional adalah lebih kecil jumlahnya jika dibandingkan dengan kaum bukan Melayu. Dengan wujudnya rizab ini, maka kedudukan dalam jawatan kerajaan boleh distabilkan.

32 Mohd Suffian Hashim, 1987. Mengenal Perlembagaan Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.33 Dipetik daripada Mohd Suffian Hashim, 1987. Mengenal Perlembagaan Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Lihat juga Shamsul Amri Baharuddin. 2007. Modul Hubungan Etnik.Kementerian Pengajian Tinggi. Pusat Penerbitan Universiti(UPENA). Shah Alam. hlm. 110.

Page 26: PERLEMBAGAAN MALAYSIA DLM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

Page

26

EKONOMI

Sekitar 1970-an, peratusan kemiskinan di kalangan orang Melayu adalah sangat tinggi jika ingin dibandingkan dengan orang bukan Melayu. Hal ini berikutan dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan oleh orang British ketika menjajah Tanah Melayu. Pengkhususan kerja-kerja pertanian membabitkan masyarakat Melayu ketika itu menjadi satu sumber ekonomi warisan kerana sektor pertanian sangat bergantung kepada persekitaran. Ada masanya tumbuhan diserang penyakit atau banjir melanda, semuanya menjadi sia-sia.

Jurang pendapatan orang Melayu dan bukan Melayu yang sangat tinggi meletakkan orang Melayu sebagai kaum yang lebih mundur ketika itu. Hal ini berikutan orang Melayu majoritinya menetap di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu yang mana agak terpinggir dari aspek pembangunan malah di Kelantan dan Terengganu, British ketika itu tidak Nampak satu sumberpun yang dapat dibangunkan melainkan pertanian. Jika dilihat dari pemilikan kekayaan negara pada tahun 1970 bagi orang Melayu hanya 2.4 peratus dan bukan Melayu pula 34 peratus. Sehingga kini, peratusan kekayaan negara bagi orang Melayu masih belum mencapai apa yang direncanakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan mengenai matlamat pencapaian 30 peratus pemilikan kekayaan negara oleh orang Melayu.

Golongan Cina(bukan Melayu) yang telah mempelopori bidang perniagaan pula hidup dalam keadaan yang agak selesa jika ingin dibandingkan dengan kaum India mahupun Melayu yang merupakan penduduk asal. Lantaran itu, Perkara 153 memperuntukkan pemberian lessen kepada orang Melayu bagi menaikkan taraf hidup orang Melayu. Orang India juga tidak terabai begitu sahaja dan peniaga Cina tidak pula teraniaya. Mereka tetap boleh berniaga seperti biasa tanpa penarikan lesen tetapi keutamaan atau kuota yang lebih diberikan kepada orang Melayu yang lebih miskin ketika itu.

Orang Melayu dibantu bagi melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian(MPPB) sebagai pendekatan utama dalam menyusun masyarakat dan memastiakan penyertaan Bumiputera yang lebih luas dalam bidang ekonomi.

PENDIDIKAN

Page 27: PERLEMBAGAAN MALAYSIA DLM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

Page

27

Penjajahan British meninggalkan kesan yang buruk terhadap sistem pendidikan bagi orang Melayu. Sistem pendidikan British hanya menjadikan anak-anak orang Melayu petani yang lebih baik berbanding ibu dan bapa mereka. Lebih buruk lagi apabila perabot, buku teks dan bahan bacaan tidak mencukupi dan dalam kondisi yang mendukacitakan. Hal ini menyebabkan hilang kepercayaan ibu dan bapa terhadap sekolah Melayu.34 British lebih memusatkan pendidikan kepada sekolah-sekolah Inggeris yang bertujuan melahirkan golongan atasan dalam masyarakat.

Di zaman awal 10 tahun kemerdekaan Malaysia, penempatan kaum Melayu di peringkat ijazah pertama sangatlah mendukacitakan. Golongan Bukan Melayu sahaja yang merebut peluang ini berdasarkan beberapa faktor iaitu taraf hidup, ekonomi, kurang kesedaran dan lain-lainnya. Hal ini menyebabkan keadaan yang tidak begitu baik dalam hubungan etnik di Malaysia kerana terdapat perbezaan yang nyata terhadap golongan professional.

Perkara 153 ini masih perlu diteruskan kearah mencapai matlamat yang dikehendaki. Namun pelbagai kemudahan dan keistimewaan turut diberikan kepada kaum bukan Melayu dalam aspek pendidikan. Kemasukan pelajar ke IPTA melalui sistem kuota telah ditukarkan ke sistem meritokrasi iaitu pemilihan pelajar mengikut prestasi akademik tanpa mengira etnik. Pelbagai sikap akomodatif telah diwujudkan antara orang Melayu dan bukan Melayu dalam usaha memantapkan lagi hubungan etnik.

PERKARA 152

Secara rasionalnya, pemilihan Bahasa Melayu(kini Bahasa Malaysia) sebagai bahasa rasmi persekutuan adalah sangat sesuai berdasarkan faktor-faktor sejarah. Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca di Nusantara sejak berabad-abad lamanya. Ia lebih mudah dipelajari dan bersifat tekal dari segi istilah dan sebutan berbanding bahasa lain. William Mars ada menjelaskan:

“Bahasa Melayu yang dianggap berasal dari Semenanjung Tanah Melayu dan telah berkembang melalui kepulauan timur dan menjadi lingua franca di dunia tersebut, dituturkan di mana-mana sepanjang pantai Sumatera dan digunakan tanpa campuran apa-apa di negara Kepulauan Minangkabau dan tanah jajahannya dan difahami ke setiap pulau.”35

Sebelum Perang Dunia Kedua, bahasa Melayu digunakan secara meluas bagi tujuan rasmi. Malahan mereka bukan sahaja menggunakan bahasa Melayu malahan menggunakan tulisan Jawi. Rujukan boleh dibuat pada surat-surat rasmi antara raja-raja Melayu dengan pemimpin-pemimpin lain seperti dengan penasihat British. Keadilan juga jelas terserlah daripada Perkara ini.

“Masyarakat bukan Melayu menaruh harapan yang besar terhadap kebudayaan dan bahasa mereka. Biar saya nyatakan, sebagai contoh, Perlembagaan Reid sebagaimana rangka awalny tidak menyebut apa-apa tentang mengekal dan mengembangkan bahasa Cina dan Tamil, ataupun

34 Laporan Barnes, 195135 Dipetik daripada Mohd Salleh Abbas. 1985. Unsur-unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur

Page 28: PERLEMBAGAAN MALAYSIA DLM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

Page

28

bahasa-bahasa yang lain. Apabila dicadangakan kepada pemimpin Melayu bahawa perlembagaan sepatutnya dengan eksplisit menyatakan pengekalan dan perkembangan kedua-dua bahasa Cina dan Tamil hendaklah digalakkan dan dipeliahara, mereka bersetuju. Saya sebutkan kejadian ini untuk menunjukkan kepada mereka di luar bulatan bahawa pemimpin Melayu pada asasnya adalah adil dan berpandangan jauh.”36

36 Pengakuan Tan Siew Sin dalam Majlis Perundangan Persekutuan, 10 Julai 1957. Dipetik dari Shamsul Amri Baharuddin. 2007. Modul Hubungan Etnik.Kementerian Pengajian Tinggi. Pusat Penerbitan Universiti(UPENA). Shah Alam. hlm. 115.

Page 29: PERLEMBAGAAN MALAYSIA DLM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

Page

29

KESIMPULAN

1. Perlembagaan merupakan satu dokumen yang telah dirangka untuk kefahaman setiap warganegara dalam usaha membina semangat kenegaraan. Perlembagaan ini digubal hasil dari permuafakatan dan kerjasama semua pelusuk masyarakat. Kita,sebagai pelapis kepada generasi masa hadapan seharusnya memehami perjuangan dan pengorbanan pemimpin terdahulu dalam pelbagai aspek antara satunya ialah tentang perlembagaan negra.

2. Perlembagaan nagara merupakan sumber dan undang-undang tertinggi bagi sesebuah Negara.

3. Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihanraya Persekutuan 1955 merupakan titik tolak kepada perubahan politik di Tanah Melayu. Keputusan ini juga telah membuktikan bahawa cara perjuangan parti tersebut telah diterima oleh rakyat.

4. Kita sebagai rakyat seharusnya mangambil tahu tentang proses penggubalan perlembagaan dan undang-undang yang berkaitan dengannya. Hal ini kerana, semasa pembentukan Suruhanjaya Reid,bukan semua pihak atau parti yang dirunding oleh suruhanjaya tersebut untuk membuat cadangan perlembgaan.

5. Perlembagaan negara lebih bersifat dinamik dan memerlukan pindaan bergantung kepada kepentingan rakyat dan negara.

Page 30: PERLEMBAGAAN MALAYSIA DLM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

Page

30

BIBLIOGRAFI

1. Anwar Abdullah. 2004. Biografi Dato’ Onn: Hidup Melayu. Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi

2. Ahmad Fauzi Mohd Basri. 1991. Bumi dipijak milik orang. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

3. Abdul Aziz Bari & Farid Sufian Shuaib. 2001. Perlembagaan Malaysia: Asas-asas dan masalah. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

4. Dr. Zaid Ahmad et al. 2006. Hubungan Etnik di Malaysia. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Shah Alam.

5. Hng Hung Yong. 2004. 5 men and 5 Ideas. Pelanduk Publications (M) Sdn Bhd. Subang Jaya, Selangor

6. Kamus Dewan Edisi Keempat. 2002. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

7. Kassim Thukiman,Hamidah Abdul Rahman dan Suaibah@Thuaibah Abu Bakar. 2008. Hubungan Etnik di Malaysia; Bab 4: Perlembagaan Malaysia dalam perspektif hubungan etnik, Fakulti Pengurusan dan pembangunan sumber manusia UTM Skudai,Johor

8. Mohamed Nordin Sopiee. 1974. From Malayan Union to Singapore Separation: Political Unification in the Malaysia Region 1945-1965. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

9. Mohd Salleh Abbas. 1985. Unsur-unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur

10.Mohd Suffian Hashim, 1987. Mengenal Perlembagaan Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

11.Nor Salleh Ngatimin. 2004. Modul PINTAS 6: Nota Pintas Sejarah Tingkatan 5 KBSM (Kurikulum Semakan). Edaran Terhad. SM Sains Kota Tinggi, Kota Tinggi

12.Perlembagaan Persekutuan beserta Index. Semua Pindaan sehingga Ogos 2007. Cetakan 12. 2007. MDC Publishers Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

13.Ramlah Adam. 1993. Dato’ Onn Jaafar:Pengasas Kemerdekaan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

14.Shamsul Amri Baharuddin. 2007. Modul Hubungan Etnik.Kementerian Pengajian Tinggi. Pusat Penerbitan Universiti(UPENA). Shah Alam.

Page 31: PERLEMBAGAAN MALAYSIA DLM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

Page

31

15.Zainal Abidin Abdul Wahid. 1996, Malaysia Warisan dan Perkembangan, Edisi 2. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

16.Kassim thukiman.2002,Malaysia Perspekif Sejarah dan Politik, Edisi pertama, penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

17.Hapriza Ashari,Khairiah Soehod,Lekha Laxma.2005, Prinsip Undang-undang Malaysia, edisi kedua, penerbit PTS Publication &Distributors Sdn. Bhd.