bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia

24
BAB 3 PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Upload: nur-az

Post on 24-May-2015

15.094 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia

BAB 3

PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM

KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Page 2: Bab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia

OBJEKTIF BAB Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh: 1. Mentakrifkan pengertian dan kedudukan

Perlembagaan Malaysia. 2. Menjelaskan konsep serta keperluan perlembagaan

dalam sesebuah negara. 3. Membincangkan pandangan Islam terhadap

kepentingan perlembagaan. 4. Menyenaraikan ciri-ciri Perlembagaan Malaysia. 5. Menjelaskan unsur-unsur tradisi yang terkandung

dalam perlembagaan. 6. Menilai kepentingan perlembangaan dalam konteks

hubungan etnik di Malaysia

Page 3: Bab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia

3.1 PENGENALAN Perlembagaan; – Sebuah dokumen yang mengandungi undang-

undang dan susunan peraturan penting dan tertinggi dalam sesebuah negara

– Undang-undang yang bertentangan dengan perlembagaan akan terbatal secara automatik.

– Terdapat peruntukan-peruntukan umum tentang corak pemerintahan, hak asasi manusia, kerakyatan, politik, pilihanraya, agama, bahasa, tanah dan lain-lain.

Page 4: Bab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia

– Dibentuk selaras dengan kehendak semasa serta memenuhi kehendak dan kemahuan rakyat.

– Hal-hal yang berkaitan dengan kewarganegaraan, bahasa, agama dan kedudukan istimewa bumiputera adalah menjadi faktor penting dalam perlembagaan bagi melahirkan hubungan etnik yang erat serta mampu untuk mewujudkan keamanan di kalangan rakyat Malaysia.

Page 5: Bab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia

3.2 MAKNA DAN KEDUDUKAN PERLEMBAGAAN

• Digubal sebagai panduan pentadbiran dan pemerintahan negara. – tentang corak pemerintahan, sistem politik dan

pentadbiran sesebuah negara dan dalam masa yang sama memberi perlindungan kepada rakyat serta tanggungjawab dan kewajipan setiap warganegara terhadap pemerintah dan negara (Roslan, 2006: 46).

• Berperanan menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat.

Page 6: Bab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia

• Dibahagikan kepada dua.– Bertulis - satu bentuk perlembagaan yang

dikumpul dan disusun dalam satu dokumen. – Tidak bertulis - merangkumi semua prinsip

perlembagaan yang tidak dikumpul dalam satu dokumen seperti undang-undang yang diluluskan oleh parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah (Nazri Muslim, 2005: 3).

Page 7: Bab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia

3.3 KONSEP PERLEMBAGAAN • Perlembagaan Persekutuan 1957

memperlihatkan beberapa ciri pemerintahan dan perlembagaan sesebuah negara demokrasi. – Pemerintahan berasaskan undang-undang. – Tunggak kepada semua undang-undang yang sedia

digubal atau yang akan digubal. – Pentadbiran negara dapat dijalankan dengan mudah,

lancar tanpa wujudnya persaingan dengan pihak lain terutamanya kerajaan negeri (Roslan, 2006: 46).

Page 8: Bab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia

• Perkara 4(1) - Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang utama persekutuan dan setiap undang-undang dan apa sahaja yang diluluskan berlawanan dengan perlembagaan yang sedia ada maka dengan sendiri setiap yang berlawanan itu terbatal. Kedudukan dan kuasa tertinggi perlembagaan ini dikenali sebagai ketinggian perlembagaan.

Page 9: Bab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia

3.4 ISLAM DAN PERLEMBAGAAN

• Sejak dari permulaan Islam lagi Rasulullah SAW telah meletakkan asas yang penting di dalam pentadbiran baginda iaitu perlembagaan.

• Perlembagaan yang pertama digubal bagi melincinkan pentadbiran negara Islam Madinah dikenali sebagai Sahifah Madinah.

• Baginda telah membina masjid sebagai tempat untuk melaksanakan pemerintahan – perlembagaan bertulis, sebagai tunggak yang amat penting bagi menyatupadukan masyarakat yang berbagai etnik dan kaum.

Page 10: Bab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia

• Perlembagaan mengandungi 47 fasal yang meliputi huraian tentang segala keperluan negara Islam Madinah. Menurut al-Maududi Perlembagaan Islam ini mempunyai empat unsur utama sebagai rujukan iaitu al-Quran, al-Sunnah, amalan Khulafa’ al-Rashidin dan pendapat golongan mujtahid.

• Perlembagaan ini membuktikan bahawa satu persekutuan di kalangan masyarakat berbilang kaum telah diasaskan melalui tujuan-tujuan dan kepentingan politik bersama (Abdul Aziz Bari, 2001).

Page 11: Bab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia

3.5 KEPERLUAN PERLEMBAGAAN • Bagi menjamin kestabilan politik di negara ini,

– sebuah perlembagaan yang dibentuk adalah merupakan hasil tolak ansur dan pakatan antara kaum dan etnik di negara ini.

– sejajar dengan syarat Inggeris yang hanya memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu sekiranya wujud perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum.

• Pemuafakatan politik dan tolak ansur antara pemimpin

kaum utama di Tanah Melayu telah membuahkan hasil dan ‘Pakatan Murni’, ‘Qiud Pro Quo’ atau ’4 + 1’ telahpun dibentuk dalam aspek menghormati hak dan kepentingan kaum dalam Perlembagaan Persekutuan.

Page 12: Bab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia

• Antara pemuafakatan yang telah dibentuk dalam perlembagaan seperti:

(i) Kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi

negara. (ii) Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. (iii) Raja-raja Melayu sebagai raja berperlembagaan.(iv) Kedudukan dan hak keistimewaan orang Melayu. (v) Masyarakat bukan Melayu mendapat keistimewaan

sebagai warganegara dan mendapat layanan yang sama dengan masyarakat tempatan (Mansor, 2005: 124-125).

Page 13: Bab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia

• Kewujudan pemuafakatan ini dapat mengekalkan nilai-nilai kemasyarakatan di kalangan etnik dan kaum yang saling memahami bahawa agama, adat resam dan nilai-nilai budaya yang diamalkan oleh penduduk di negara ini merupakan hak peribadi dengan syarat masing-masing saling hormat menghormati hak dan kepentingan semua rakyat Malaysia.

• Prinsip memberi dan menerima ini, yang menjadi

tunjang kepada persefahaman dan kestabilan politik serta sosial yang berjaya dipertahankan sehingga kini. (Zulhilmi & Rohani, 2003: 175).

Page 14: Bab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia

3.6 CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN MALAYSIA • Perlembagaan Malaysia 1957 telah digubal

dan dikemukakan oleh Suruhanjaya Reid yang diketuai oleh Lord Reid.

• Bermula pada Jun 1956 dan menyiapkan laporan tersebut menjelang bulan Februari 1957.

• Dibahaskan oleh parti-parti utama negara dan diluluskan oleh Majlis Perundangan pada Jun 1957

Page 15: Bab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia

• Dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957. – Penguatkuasaan ini berjalan atas dasar konsensus

apabila rakyat berbangsa Melayu bersetuju memberikan kerakyatan secara ‘jus soli’ kepada semua penduduk bukan Melayu di Malaysia pada masa itu. Sebaliknya bukan Melayu bersetuju menerima unsur-unsur tradisi dalam masyarakat Melayu sebagai kandungan dalam Perlembagaan Malaysia (Zulhilmi & Rohani, 2003: 253- 254).

• Negara kita merupakan sebuah persekutuan di mana kewibawaan perlembagaan atau kuasa dibahagikan antara sebuah kerajaan pusat (persekutuan) dengan 13 buah negeri.

Page 16: Bab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia

• Perlembagaan Malaysia sebagai sebuah persekutuan mempunyai ciri-ciri asas seperti berikut:

(i) Mempunyai ketua negara (Raja Berperlembagaan) bagi Persekutuan Tanah Melayu yang dikenali sebagai Yang Dipertuan Agong. – Baginda dipilih dari kalangan sembilan orang Raja Melayu

dan memegang jawatan tersebut untuk tempoh lima tahun dan bertindak atas nasihat kabinet dan Majlis Raja-raja. Selain itu ketua perlembagaan bagi setiap negeri ialah Sultan, Raja atau Yang Dipertua Negeri. Setiap negeri mempunyai Majlis Undangan Negeri yang dipilih melalui pilihan raya untuk tempoh lima tahun dan pentadbiran negeri diketuai oleh seorang Menteri Besar atau Ketua Menteri.

Page 17: Bab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia

(ii) Negara Demokrasi Berparlimen yang diketuai oleh seorang Ketua Kerajaan iaitu Perdana Menteri. – Beliau dilantik di kalangan parti yang memenangi pilihan

raya dan mempunyai bilangan anggota terbanyak dalam Dewan Rakyat. Perdana Menteri juga akan menubuhkan sebuah Kabinet (Jemaah Menteri) yang menjadi badan tertinggi dalam menggubal dasar kerajaaan (Roslan Zainuddin, 2006: 52).

(iii) Perlembagaan memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan, tetapi pada masa yang sama tidak mengasaskan Malaysia sebagai negara teokrasi dan dengan jelas jaminan kebebasan agama.

Page 18: Bab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia

(iv)Perlembagaan memperuntukkan ketinggian perlembagaan dan

kebebasan undang-undang. (v) Perlembagaan memperuntukkan pengasingan kuasa ketiga-tiga

cabang kerajaan. – Ini bermakna seluruh jentera pentadbiran, bukan sahaja eksekutif

yang diketuai oleh Perdana Menteri dan dibantu oleh kabinet serta seluruh birokrasi. Ketiga-ketiganya mempunyai status yang sama, tiada satupun yang lebih tinggi daripada yang lain dan setiap satunya mempunyai fungsi dan tanggungjawab yang berbeza.

• Perlembagaan memperuntukkan sebuah badan kehakiman yang

berasingan dan bebas daripada kawalan parlimen dan eksekutif. Bidang kuasa kehakiman adalah eksklusif untuk menentukan pertikaian hak-hak serta liabiliti lain dalam perlembagaan (Tun Mohamed Suffian, 1990: 137).

Page 19: Bab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia

3.7 KANDUNGAN PERLEMBAGAAN • Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara yang dibahagikan dalam 15

bahagian. Perlembagaan ini mengandungi pelbagai perkara seperti kuasa Yang Dipertuan Agong, Parlimen, Kabinet, Badan Kehakiman dan mempunyai peruntukan tentang kewarganegaraan, tanah, agama rasmi, bahasa Kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu, perkhidamatan awam, pembangunan negara, hak asasi dan pilihan raya (Roslan Zainuddin, 2006: 53-54 ). Ringkasan kandungan Perlembagaan Persekutuan adalah seperti berikut:

• Bahagian Bab Perkara Kandungan 1 1 1-4 Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang 2 1 5-13 Kebebasan Asasi 3 1 14-22 Perolehan Kewarganegaraan

2 23-28 A Penamatan Kewarganegaraan 3 29-31 Tambahan tentang Kewarganegaraan

4 1 32-37 Kepala Negara dan Majlis Raja-raja 2 38 Majlis Raja-raja 3 39-43C Pemerintah 4 44-65 Badan Perundangan Persekutuan 5 66-68 Acara Perundangan 6 69 Keupayaan terhadap harta dan lain-lain

Page 20: Bab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia

5 1 70-72 Negeri-negeri 6 1 73-79 Hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan

Kerajaan Negeri 2 80-81 Pembahagian Kuasa Pemerintah 3 82 Pembahagian beban kewangan 4 83-91 Tanah 5 92 Pembangunan negara 6 93-95 Siasatan persekutuan terhadap negeri 7 95A-95E Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan

7 1 96-112 Peruntukan-peruntukan kewangan 2 112A-112E Sabah dan Sarawak

8 1 113-120 Pilihanraya 9 1 121-131A Kehakiman 10 1 132-148 Perkhidmatan awam 11 1 149-151 Kuasa khas menentang perbuatan subversif dan

kuasa-kuasa darurat 12 1 152 Bahasa Kebangsaan 12A 1 153 Kedudukan istimewa orang Melayu 13 1 154-160 Am dan pelbagai 14 1 161-161A Perlindungan tambahan bagi Sabah dan Sarawak

1 162-180 Peruntukan sementara dan peralihan 15 1 181 Pengecualian dan kedaulatan Raja-raja

1 182 Mahkamah khas 1 183 Tiada tindakan yang boleh diambil terhadap yang

Dipertuan Agong dan Raja-raja kecuali dengan keizinan peguam negara.

Page 21: Bab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia

3.8 UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN • Pengekalan unsur-unsur tradisi adalah amat penting untuk mewujudkan

identiti Malaysia dan memupuk persefahaman ke arah perpaduan.

• Ia adalah merupakan kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama semasa penggubalan perlembagaan. – Menurut Tun Salleh Abas (1997), unsur-unsur tradisi ini meliputi bahasa,

agama, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputra Sabah dan Sarawak serta pemerintahan beraja.

• Menjadi kelaziman kepada mana-mana negara yang berdaulat mempunyai unsur-unsur tradisi yang menjadi tunjang dan kekuatan kepada pembinaan negara. – Ianya wujud ratusan tahun sebelum perlembagaan Malaysia digubal pada

tahun 1957 dan berperanan menstabilkan negara (Abdul Aziz Bari: 2001).– Kepentingan unsur-unsur tradisi ini dapat dilihat dengan jelas apabila

dilindungi di bawah Akta Hasutan dan di anggap sebagai isu-isu sensitif yang dilarang dalam perbincangan awam.

Page 22: Bab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia

– Unsur-unsur ini juga penting kerana menjamin kestabilan politik dan sistem pemerintahan yang cekap lagi adil. Tanpa unsur-unsur tersebut keseimbangan dan kemakmuran negara tidak akan dicapai.

– Dalam laporan Suruhanjaya Reid sendiri yang menekankan betapa pentingnya perlembagaan mengambil faktor-faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum penggubalan perlembagaan.

• Faktor-faktor ini penting bagi melambangkan bahawa sistem dan nilai-nilai asal negara dikekalkan meskipun kemerdekaan bererti demokrasi dan kesamarataan antara kaum. Di sinilah pentingnya peranan empat unsur tradisi yang kesemuanya menekankan ciri-ciri Kemelayuan dan Ke islaman di bumi yang merdeka ini (Mohd Inuddin Lee, 2006: 141).

Page 23: Bab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia

• Perkara yang menyentuh hubungan etnik dalam memupuk perpaduan dan unsur-unsur tradisi yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia adalah seperti berikut:

1. Perkara 8 iaitu persamaan dan hak sama rata dan pengecualian peruntukan ini dalam soal agama, kedudukan istimewa orang Melayu dan seumpamanya.

2. Perkara 10 (4) iaitu batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan Raja-raja, Islam, orang Melayu, kewarganegaraan dan seumpamanya.

3. Perkara 38 iaitu kuasa Majlis Raja-raja menghalang Parlimen membuat undang-undang yang menyentuh kedudukan Raja-raja Melayu, orang Melayu dan bahasa Melayu dan Islam.

4. Perkara150 (6a) iaitu kedudukan agama Islam, adat istiadat Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak, kewarganegaraan meskipun dalam keadaan darurat.

5. Perkara 152 iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tanpa menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka.

6. Perkara 153 iaitu kedudukan istimewa orang-orang Melayu tanpa menafikan kedudukan yang sah kaum lain (Abdul Aziz Bari: 2001).

Page 24: Bab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia

3.9 KESIMPULAN • Setiap warganegara hendaklah memahami bahawa

perlembagaan yang diwujudkan adalah bertujuan;– Untuk melahirkan masyarakat yang mampu

membudayakan perpaduan – Saling memahami hak masing-masing yang telah

dipersetujui bersama tanpa ada perasaan hasad dengki dan sifat-sifat boleh memecah belahkan kaum di negara ini.

– Untuk kepentingan bersama tanpa mengira latar belakang sesuatu kaum.

– Mencerminkan Malaysia sebuah negara berdaulat di mana rakyat hidup bersatu padu, aman dan makmur.