bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia

44
BAB 6 PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Upload: nur-az

Post on 20-Jun-2015

11.670 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia

BAB 6

PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

DI MALAYSIA

Page 2: Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia

OBJEKTIF BAB • Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh: 1. Memahami integrasi politik yang wujud antara

pelbagai etnik di Malaysia melalui penubuhan Parti Perikatan.

2. Membincangkan peristiwa kerusuhan etnik Mei 1969 dan kerajaan darurat.

3. Mengenalpasti penyusunan semula politik di Malaysia untuk menyatupadukan rakyat pelbagai etnik dan konsep Rakyat Malaysia Baru.

4. Mengenalpasti dasar-dasar yang dijalankan oleh kerajaan bagi mewujudkan perpaduan dan keharmonian antara kaum.

Page 3: Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia

6.1 PENGENALAN • Malaysia mempunyai penduduk pelbagai etnik

yang turut berbeza dari aspek agama, kebudayaan, pekerjaan dan kepentingan-kepentingan lain.

• Tugas utama kerajaan ialah mewujudkan satu suasana politik yang stabil supaya masyarakat berbilang kaum dapat hidup dalam suasana harmoni.

• Kesan dari zaman penjajahan menyulitkan integrasi antara etnik yang berbeza.

Page 4: Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia

6.2 INTEGRASI POLITIK

• Bermaksud pertukaran dari memberikan sepenuh kesetiaan kepada kaum etnik sendiri kepada memberikan sepenuh kesetiaan yang berbentuk semangat kebangsaan kepada sesebuah negara (Rabushka, 1968).

• Menurut Karl Deutsch, integrasi politik merupakan proses dan keadaan. – Sebagai satu keadaan, negara yang mengamalkan integrasi politik

tidak lagi berhadapan dengan masalah pertelingkahan antara kaum. – Sebagai satu proses pula, integrasi politik akan menyebabkan

berlakunya perubahan di mana keamanan akan wujud dalam sesebuah negara (Rabushka, 1968).

• Satu kaedah untuk mewujudkan integrasi politik ialah mengadakan pilihanraya setiap lima tahun di mana rakyat dapat memilih pemimpin-pemimpin mereka.

Page 5: Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia

6.3 PARTI PERIKATAN • Parti-parti politik yang penting di Tanah Melayu biasanya

terdiri daripada pertubuhan perkauman yang mewakili kepentingan kelompok etnik masing-masing.

• Kerjasama yang pertama antara parti perkauman ialah semasa pilihanraya setempat pada tahun 1952, apabila cawangan UMNO Selangor bergabung dengan MCA.

• Kemenangan pilihanraya ini, tumbuhlah satu konsep perikatan antara parti-parti etnik yang utama,

• Kumpulan yang besar pengaruhnya dalam Perikatan ialah UMNO.– Dato Onn Jaafar sejak diasaskan pada tahun 1946 hingga tahun

1951. – Tunku Abdul Rahman dari tahun 1951 hingga tahun 1970.

Page 6: Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia

• UMNO berjaya menarik minat masyarakat Melayu dalam perjuangan menentang Malayan Union.

• Mengguna orang-orang Melayu dalam perkhidmatan kerajaan di setiap negeri bagi mobilisasi politik.

• Pegawai-pegawai kanan Melayu dalam kerajaan menyusun tenaga pegawai Melayu di peringkat daerah, yang kemudian mendapat bantuan dari para penghulu, untuk membangkitkan orang-orang kampung supaya bertindak.

• Menerusi pentadbiran kolonial itu, UMNO berjaya menggunakan pemimpin-pemimpin Melayu tradisional di peringkat bawahan supaya muncul sebagai sebuah parti politik semasa (Leonard dan Barbara Andaya, 1983).

Page 7: Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia

• Parti yang kedua terbesar dalam Perikatan ialah MCA. • Prinsip utamanya ialah mengekalkan keharmonian

kaum etnik melalui penyesuaian antara satu sama lain.• Dianggap sebagai pelindung kepentingan masyarakat

Cina. • Hubungan yang baik dengan pucuk pimpinan dalam

kerajaan membolehkan keperluan orang-orang Cina disuarakan.

• Presidennya Tun Tan Cheng Lock, berjaya melaksanakan hubungan kerja dengan tokoh-tokoh UMNO (Leonard dan Barbara Andaya, 1983).

Page 8: Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia

• Pada 1957 muncul golongan di bawah pimpinan Dr Lim Chong Eu yang disokong oleh golongan kiri kaum intelek berpendidikan Barat yang tinggal di bandar-bandar seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Ipoh. Walaupun bilangannya kecil, golongan ini sangat efektif dan mempunyai motivasi yang tinggi (Leonard dan Barbara Andaya, 1983).

• Pada tahun 1958, Dr Lim telah terpilih sebagai Presiden MCA menggantikan Tun Tan Cheng Lock. Dr Lim memberi jaminan kepada Tunku Abdul Rahman untuk mengekalkan kerjasama antara MCA dan UMNO.

• Walau bagaimanapun, tidak dapat dijalinkankan hubungan persahabatan peribadi seperti yang wujud sebelum ini antara Tunku Abdul Rahman dan Tun Tan Cheng Lock (Means, 1976).

Page 9: Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia

• Pilihanraya 1959 merupakan pilihanraya pertama bagi pelantikan sepenuhnya wakil-wakil ke Parlimen.

• MCA diperuntukkan hampir separuh bilangan kerusi yang dipertandingkan oleh Perikatan walaupun orang-orang Cina pada masa itu hanya merupakan 11.2 % dari keseluruhan pengundi.

• Pada tahun 1959, para pengundi Cina meningkat kepada 35.6% disebabkan oleh undang-undang kewarganegaraan yang baru.

• Namun Majlis Kebangsaan Perikatan secara tidak rasmi hanya memperuntukkan 28 kerusi kepada MCA. Dr. Lim mendesak secara terbuka supaya MCA diberi 40 daripada 104 kerusi.

Page 10: Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia

• Tunku tidak dapat melayan permintaan MCA lalu UMNO akan bertanding tanpa MCA.

• Kerana bimbang risiko bertanding seorang diri, pucuk pimpinan MCA menimbang semula kedudukan mereka dan berjaya mengekalkan kedudukan dalam Perikatan.

• Krisis dalaman MCA menyebabkan Presiden MCA telah menerima tekanan hebat daripada ahli-ahli parti itu sehingga menyebabkan beliau meletak jawatan.

• Orang-orang Cina mula mencari pemimpin yang berwibawa untuk menjaga kepentingan mereka supaya tidak ditenggelamkan oleh orang-orang Melayu (Tunku Abdul Rahman, 1987, Malaysia Kita, 2002).

Page 11: Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia

• MIC merupakan parti ketiga terbesar dalam Perikatan.

• Bilangan pengundi India hanya 7.4% daripada jumlah pengundi pada tahun 1959.

• Pada awal penubuhannya, MIC kurang mendapat sokongan kerana kebanyakan orang-orang India merupakan buruh dari kelas bawahan yang merupakan golongan majoriti kaum India di Tanah Melayu dan pemimpin-pemimpin MIC terdiri daripada golongan professional.

Page 12: Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia

• 1951-1953, MIC bekerjasama dengan Parti IMP di bawah pimpinan Dato’ Onn Jaafar dan juga menyertai Majlis Tindakan Bersama Tanah Melayu (AMCJA) bagi menentang Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

• MIC mula mendapat sokongan sepenuhnya dari kaum India setelah menyertai Perikatan pada tahun 1955 (Malaysia Kita, 2002).

• MIC berusaha untuk kekal dalam Perikatan supaya dapat menjalinkan hubungan dengan UMNO. Kebanyakan orang-orang India sendiri tidak berpuashati dengan prestasi MIC kerana kurang berjaya menyuarakan kepentingan orang-orang India dalam Perikatan (Means, 1976).

Page 13: Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia

• Menurut Means (1976), kejayaan MIC dalam Perikatan pada peringkat awal adalah disebabkan hubungan peribadi yang erat antara Tunku dan (Tun) V.T. Sambathan, Presiden MIC.

• Tun V.T. Sambathan merupakan seorang tuan punya ladang getah dan terdidik dalam kedua-dua bahasa Tamil dan Inggeris.

• Apabila sesetengah ahli radikal yang bersifat perkauman dalam MIC cuba merosakkan hubungan dengan UMNO, mereka telah dipecat dari parti itu.

• Setelah tahun 1958, pimpinan golongan lama mengekalkan pengawasan yang tegas ke atas MIC dan bergerak dengan penuh harmoni dengan Majlis Kebangsaan Perikatan

Page 14: Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia

• Parti Perikatan yang didaftarkan pada tahun 1958 sebagai sebuah parti politik yang tidak terikat kepada parti-parti anggotanya, telah dipusatkan dan bergerak sebagai satu entiti di bawah arahan Tunku Abdul Rahman.

• Perikatan hanya dapat menjadi jentera politik yang viabel disebabkan tolak ansur yang telah dicapai oleh ketiga-tiga parti komponen berhubung isu-isu sensitif seperti kewarganegaraan, pendidikan dan hak-hak istimewa orang Melayu.

• MCA meminta agar asas mendapat kewarganegaraan ialah prinsip jus soli yang membolehkan semua yang lahir di Tanah Melayu secara automatik menjadi warganegara.

Page 15: Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia

• UMNO bersetuju dengan saranan tersebut dan meminta persetujuan MCA mengenai dasar pelajaran, iaitu mewajibkan bahasa Melayu di semua sekolah dan mewujudkan satu ‘kurikulum Malaya’ yang sama bagi semua sekolah tanpa mengira bahasa pengantar.

• MCA dan MIC juga bersetuju nisbah 4:1 yang wujud, Melayu/bukan Melayu dalam Perkhidmatan Awam Malaya serta penerimaan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.

• UMNO telah meyakinkan kedua parti lain bahawa dasar ekonomi yang liberal akan diterapkan untuk membolehkan orang-orang bukan Melayu melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi tanpa bimbang usaha mereka akan dirampas atau dikenakan cukai yang berat sebelah.

Page 16: Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia

• Perikatan mengambilalih peranan mewakili kepentingan ketiga-tiga kumpulan etnik utama di Tanah Melayu.

• Tiada kumpulan politik lawan yang lain boleh mendapat kerusi begitu banyak untuk mencabar Parti Perikatan kerana parti ini mendapat mandat untuk membina satu masyarakat baru dari pelbagai kumpulan yang bersaingan serta bermusuhan.

Page 17: Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia

6.4 RUSUHAN ETNIK MEI 1969 DAN KERAJAAN DARURAT

• Pilihanraya Persekutuan pada tahun 1969 dipenuhi isu-isu sensitif mengenai pendidikan dan bahasa.

• Pilihanraya 1969 itu sebagai peluang untuk mengekalkan kepentingan sendiri terhadap pencerobohan kelompok lain.

• Keputusan pilihanraya merupakan satu pukulan teruk kepada Parti Perikatan. – kerusi dalam Dewan Rakyat, merosot daripada 89 pada

tahun 1964 kepada 66, – jumlah undi merosot dari 58.4% pada tahun 1964 kepada

48.5%.– Parti Gerakan, DAP dan PPP memenangi 25 kerusi, dan

PAS memenangi 12 kerusi.

Page 18: Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia

• Kerajaan Perikatan telah hilang majoriti 2/3 dalam Dewan Rakyat dan tidak boleh lagi meminda Perlembagaan menurut sesuka hati (Leonard dan Barbara Andaya, 1983).

• Pada 13 Mei, tiga hari sesudah pilihanraya, parti-parti pembangkang iaitu Gerakan dan DAP serta penyokong-penyokong mereka telah merayakan kemenangan mereka dengan bersorak di sepanjang jalanraya di Kuala Lumpur dan perkara ini membangkitkan kemarahan masyarakat Melayu (Malaysia Kita, 2002).

Page 19: Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia

• Perarakan balas oleh para penyokong UMNO pada 13 Mei bertukar, menjadi keganasan yang sukar dikawal di seluruh Kuala Lumpur (Means, 1967).

• Keadaan darurat telah diisytiharkan di bawah artikel 150 dari Perlembagaan. Perlembagaan Persekutuan telah dibubarkan dan Malaysia diperintah oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak, selama 18 bulan.

Page 20: Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia

• Tunku Abdul Rahman telah meletak jawatan sebagai pemimpin UMNO dan Perdana Menteri.

• Tun Abdul Razak Hussein mengambil alih tugas mentadbir negara dan membina semula struktur pembangunan negara (Malaysia Kita, 2002).

• Keamanan dan ketenteraman dapat dipulihkan setelah empat hari pertumpahan darah.

• Selama dua bulan sesudah rusuhan 13 Mei, kejadian-kejadian keganasan perkauman masih berterusan.

Page 21: Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia

• Kerajaan akhirnya mengancam akan mengambil tindakan keras ke atas kumpulan-kumpulan militan Melayu, terutamanya mereka yang mendesak Tunku supaya meletak jawatan kerana amalan polisinya yang terlalu mengalah kepada kaum-kaum etnik yang lain.

• Pimpinan Melayu dalam Perikatan menyalahkan pihak pembangkang kerana kecaman mereka yang lantang terhadap hak-hak istimewa orang Melayu yang menyebabkan orang Melayu bertindak ganas.

Page 22: Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia

• Namun dakwaan ini dinafikan dengan kerasnya. Kerajaan telah memberi amaran sekiranya perbuatan melampau itu berterusan, sistem pemerintahan secara demokrasi berparlimen perlu diubah.

• Pada Julai 1969, Jabatan Perpaduan Negara ditubuhkan untuk mencipta satu ideologi kebangsaan, disamping menyusun program sosial dan ekonomi yang baru.

• Pada 31 Ogos 1970, ideologi baru yang dinamakan Rukunegara telah diisytiharkan dengan rasmi.

Page 23: Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia

• Januari 1970, Majlis Perundingan Negara ditubuhkan untuk mengadakan garis panduan yang positif dan praktikal bagi kerjasama antara kaum dan integrasi sosial.– Diwakili oleh menteri, kerajaan negeri, parti

politik, kumpulan agama, badan professional, perkhidmatan awam, kesatuan sekerja, persatuan majikan, pihak akhbar, guru-guru dan kumpulan minoriti.

• Kerajaan memerintah secara muafakat dalam sebuah perhimpunan am secara demokrasi berparlimen, menurut corak barat.

Page 24: Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia

6.5 PENYUSUNAN SEMULA POLITIK • Februari 1971, berlaku pindaan perlembagaan yang diluluskan oleh

Dewan Rakyat setelah pemerintahan berparlimen dipulihkan. – menghapuskan isu-isu sensitif di kalangan rakyat pelbagai etnik serta

memperbetulkan keadaan yang tidak seimbang dalam sektor-sektor tertentu.

– perbincangan umum, menyentuh kuasa dan taraf Raja-raja Melayu, hak-hak istimewa orang Melayu, kewarganegaraan, bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan Islam sebagai agama rasmi negara dianggap sebagai menghasut (Leonard dan Barbara Andaya, 1983).

– menentukan kuota bilangan pelajar bumiputera di Institusi Pengajian Tinggi sebagai satu cara mewujudkan keseimbangan etnik dalam profesion.

• Hasilnya, menjelang tahun 1975, terdapat 58.5% dari keseluruhan bilangan bumiputera dalam kelima-lima universiti di Malaysia terdiri daripada anak-anak Melayu, meskipun bilangan mereka dalam bidang sains masih rendah.

Page 25: Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia

• Kesan yang paling penting dari pindaan perlembagaan – sekatan melakukan perbincangan mengenai isu

sensitif. – Parlimen dan pihak media menjadi alat pengesahan

dan sebulat suara dan tidak lagi menjadi pengkritik terhadap tindakan kerajaan.

– Istilah ‘muhibah’ yang bermakna berbaik-baik antara semua kumpulan etnik menjadi cogankata kerajaan selepas tahun 1969.

– Dasar kerajaan semakin mencerminkan idea pemimpin-pemimpin UMNO. Ini kerana semua pembangkang sudah tidak dapat bersuara lantang setelah berlakunya rusuhan etnik pada tahun 1969.

Page 26: Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia

• Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri, Tun Dr. Ismail telah memberi amaran lebih baik UMNO membubarkan Perikatan sekiranya MCA dan MIC berada dalam keadaan ‘hidup segan, mati tak mahu’.

• Sebagai reaksi, Gerakan Perpaduan Cina telah dibentuk dan dipimpin oleh beberapa tokoh MCA termasuk Tun Tan Siew Sin.

• Mendapat sambutan baik dari masyarakat Cina dan mendapat sokongan meluas.

• Kerajaan menganggap gerakan ini merbahaya. Oleh itu, permohonan gerakan ini untuk mendaftar sebagai sebuah parti ditolak.

• Dua orang anggota pengasasnya ditahan atas tuduhan menghasut (Leonard dan Barbara Andaya, 1983).

Page 27: Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia

• Dengan matinya Gerakan Perpaduan Cina itu, beberapa orang anggotanya yang aktif memutuskan agar mereka terus berada dalam MCA untuk mencurahkan khidmat. Perkara ini pada mulanya dilihat positif oleh pimpinan UMNO.

• Bagaimanapun, tidak lama kemudian gerakan pembaruan itu telah merosot menjadi medan pertarungan untuk menguasai parti. Pimpinan parti dimenangi oleh golongan tua di bawah Tun Tan Siew Sin. Kesan dari pertarungan itu menjadikan MCA semakin lemah dan kurang meyakinkan untuk menjaga kepentingan masyarakat Cina.

Page 28: Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia

• Pada tahun 1970, UMNO di bawah Tun Abdul Razak mengekalkan kedudukan yang dominan dalam Parti Perikatan.

• Muncul satu kumpulan muda elit yang militan serta berpendidikan Barat berganding bahu dengan kumpulan berpendidikan Melayu dan Arab dalam UMNO, dan tidak lagi dengan golongan bangsawan Melayu yang berpendidikan Inggeris.

• Barisan Nasional dibentuk yang terdiri daripada 10 parti politik, termasuk PAS, untuk bertanding dalam pilihanraya Persekutuan tahun 1974.

Page 29: Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia

• Tun Abdul Razak telah memberitahu MCA bahawa parti itu tidak lagi merupakan parti tunggal yang mewakili masyarakat Cina dalam Barisan Nasional.

• MIC juga telah menunjukkan sambutan positif terhadap arahan UMNO apabila Tun Abdul Razak masuk campurtangan bagi menyelesaikan pertarungan untuk pucuk pimpinan parti yang berpanjangan, menjamin persaraan (Tun) Sambathan dan menaikkan pangkat timbalannya, V. Manickavasagam, sebagai Presiden parti yang baru pada bulan Jun 1973 (Leonard dan Barbara Andaya, 1983).

Page 30: Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia

• Pilihanraya Persekutuan bulan Ogos 1974, Barisan Nasonal telah memenangi 104 kerusi. 62 kerusi dimenangi oleh UMNO. Barisan Nasional berjaya memenangi semua kerajaan negeri termasuk Kelantan kerana PAS pada masa itu termasuk dalam Barisan Nasional.

• Kerajaan terus melaksanakan dasar-dasar sosial dan politik yang bertujuan untuk membentuk sebuah negara Malaysia yang bersatu padu.

• Jabatan Perpaduan Negara bertukar menjadi Lembaga, dan berperanan menjalankan kelas-kelas perpaduan negara di seluruh Malaysia dengan memfokuskan pengajaran terhadap bahasa Kebangsaan, siviks dan tradisi-tradisi kebudayaan masyarakat pelbagai etnik. Kementerian Penerangan pula bekerjasama dengan Lembaga Perpaduan Negara bagi memupuk kesedaran nasional menerusi program radio dan televisyen.

Page 31: Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia

• Tun Abdul Razak telah memperkenalkan dasar-dasar yang sederhana yang dapat mengurangkan ketegangan serta menghapuskan kecurigaan dikalangan kumpulan-kumpulan etnik.

• Meninggal pada 14 Januari 1976. dan digantikan oleh Datuk Hussein Onn.

• Datuk Hussein telah berjaya menegakkan kekuasaan kerajaan persekutuan terhadap kerajaan negeri di Perak, Melaka dan Kelantan.

• Pilihanraya pada Julai 1982, Barisan Nasional (kecuali PAS yang menarik diri pada tahun 1977) telah mencapai kemenangan besar dengan mendapat 131 kerusi dari jumlah 154 yang ditandinginya di seluruh Malaysia.

Page 32: Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia

6.6 PENDIDIKAN UNTUK MENYATUKAN PELBAGAI ETNIK DI MALAYSIA

• Kerajaan telah memperkenalkan Dasar Pendidikan Kebangsaan

untuk membentuk satu identiti baru. • Usaha ke arah penggubalan Dasar Pendidikan Kebangsaan dibuat

menerusi Laporan Razak 1956, dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein iaitu Menteri Pelajaran pada waktu tersebut.

• Jawatankuasa tersebut terdiri daripada sembilan orang wakil Melayu dan enam orang wakil bukan Melayu.

• Mengadakan perjumpaan dari 30 September 1955 hingga 14 April 1956, dan telah menerima 151 memorandum.

• Menerbitkan laporan pada 16 Mei 1956. Dibentang dan diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada 7 Mac 1957, dan dikuatkuasakan sebagai Ordinan Pelajaran 1957.

Page 33: Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia

• Ordinan tersebut disemak semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib yang dibentuk selepas Pilihan Raya Kebangsaan pada tahun 1959 di Tanah Melayu.

• Jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran, Dato’ Abdul Rahman Talib dengan tiga orang ahli MCA seorang ahli MIC dan empat orang ahli UMNO.

• Dikenali sebagai Laporan Rahman Talib 1960 yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961.

• Dasar Pendidikan Kebangsaan telah digubal untuk mewujudkan perpaduan kaum melalui pendidikan.– penekanan kepada keperluan pembangunan,

pembentukan identiti, pemantapan pemikiran dan perpaduan negara.

Page 34: Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia

6.6.1 Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan

1. Menyatukan sistem pendidikan bagi mewujudkan kesedaran dan perpaduan kebangsaan.

2. Menyatukan kanak-kanak sekolah dari pelbagai kaum melalui sistem pendidikan yang tidak membebankan kewangan negara.

3. Memperkembang dan mengubahsuai rancangan-rancangan pelajaran dan latihan untuk melahirkan tenaga kerja yang berpendidikan, bermotivasi, berdisiplin dan terlatih bagi memenuhi keperluan ekonomi negara.

Page 35: Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia

4.Melahirkan warganegara yang bertanggungjawab, bersatu padu, berdisiplin dan berakhlak.

5.Memperbaiki kemudahan penyelidikan, perancangan dan perlaksanaan bagi mencapai mtlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Page 36: Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia

6.7 RAKYAT MALAYSIA BARU • Kerajaan menggalakkan integrasi masyarakat supaya

menentukan satu identiti Malaysia yang mempunyai terasnya tradisi-tradisi kebudayaan dan bahasa orang Melayu.

• Rancangan kemajuan tanah kerajaan, skim galakan ekonomi dan program latihan teknik menyumbang ke arah memberi orang Melayu bahagian yang lebih besar dalam ekonomi negara. – Diharapkan pada suatu masa nanti, orang Melayu dapat

memainkan semula peranan penting dalam bidang perdagangan dan perniagaan yang telah dirampas dari tangan mereka, selepas kedatangan penjajah British. (Leonard dan Barbara Andaya, 1983).

Page 37: Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia

• Tetapi kadar kemiskinan dikalangan orang Melayu luar bandar semakin membimbangkan. Sebaliknya, golongan kelas menengah Melayu yang semakin membesar telah mendapat banyak manfaat dari dasar-dasar baru kerajaan. Walau bagaimanapun, kadar kemiskinan dikalangan orang-orang Melayu masih tinggi.

• Orang-orang Cina pula secara umumnya percaya bahawa sebarang percubaan oleh kerajaan untuk memberi kepada orang-orang Melayu sebahagian dari kegiatan ekonomi bermakna merampas dari bahagian mereka. – Orang-orang Cina memiliki lebih kurang 20% dari modal saham di

Malaysia,– Pihak asing pula memiliki bahagian terbesar, iaitu 60%.

• Pada tahun-tahun 1970-an masih teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap sebarang syarikat asing kerana bimbang mereka tidak mahu lagi melabur di Malaysia dan berpindah melabur di negara lain.

Page 38: Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia

• Orang-orang Cina bimbang sekiranya peruntukan sumber modal dari orang Melayu diambil dari bahagian mereka.

• Kebimbangan tersebut diredakan dengan adanya dua perkembangan:

• (i) Angka-angka yang menunjukkan bahawa sungguhpun pemilikan ekuiti perbadanan oleh kaum Cina dan India pada tahun-tahun 1970-an meningkat sebanyak 6% kepada 40% dari jumlah besar, penambahan ini disebabkan merosotnya pemilikan saham oleh orang-orang asing.

• (ii) Pengambilan oleh orang-orang Malaysia pada tahun 1981 penguasaan ke atas semua sekali kecuali satu kumpulan ladang Inggeris yang terbesar dalam negeri ini. Oleh yang demikian, adalah dipercayai bahawa pemilikan 30% oleh orang Melayu boleh dicapai dengan mengambilalih milik saham asing.

Page 39: Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia

• Pada tahun 1975, MCA meluluskan ketetapan merayu supaya kaum Cina diberi hak – mengambil bahagian dalam rancangan-rancangan tanah

kerajaan, – diambil menjadi anggota pasukan keselamatan dan – mendapat peratusan tempat-tempat di universiti-

universiti setimpal dengan nisbah penduduk Cina negara ini.

• Berikutan dengan peristiwa Mei 1969, beberapa orang pemimpin Melayu tidak bersetuju komponen Melayu dalam tentera dikurangkan. Mengenai tempat belajar di universiti, kerajaan menganggap latihan bagi banyak orang Melayu adalah penting bagi kejayaan DEB (Leonard dan Barbara Andaya, 1983).

Page 40: Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia

• Kaum India pula tidak pernah berada di bahagian hadapan dalam pertikaian antara etnik disebabkan bilangan mereka yang kecil di negara ini.

• Namun menerusi MIC, – berjaya bertindak sebagai orang tengah semasa

perdebatan kaum yang hangat antara dua kumpulan etnik yang utama.

– 'Blue Print Ekonomi' MIC yang dikeluarkan sebagai sambutan kepada DEB.

– mendapatkan seberapa banyak penyertaan orang India dalam rancangan tanah kerajaan

– mengarahkan pandangan kerajaan terhadap keadaan pengangguran di kalangan kaum India.

– kaum India boleh berasa lega bahawa DEB juga bertujuan untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.

Page 41: Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia

6.8 KE ARAH PEMBENTUKAN BANGSA MALAYSIA 6.8.1 Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1971-1990

• Rancangan jangka panjang kerajaan 20 tahun (1971-1990) sebagai usaha mewujudkan integrasi nasional.

• DEB mempunyai matlamat serampang dua mata, iaitu – (i) Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. – (ii) Menyusun semula masyarakat bagi mengurangkan dan

menghapuskan pengenalan kaum berdasarkan kegiatan ekonomi.

• DEB diperkenalkan dengan harapan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang memiliki system nilai yang sama tanpa dibataskan oleh budaya dan sosioekonomi setiap kaum yang berbeza.

Page 42: Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia

6.8.2 Dasar Pembangunan Nasional (DPN) (1991-2000)

• Dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia oleh Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 17 Jun 1991.

• Kesinambungan daripada DEB, DPN berteraskan satu konsep pembangunan iaitu menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

• Matlamat DPN: – (i) Melengkapkan rakyat Malaysia dengan nilai-nilai positif. – (ii) Melahirkan tenaga kerja berkualiti. – (iii) Mewujudkan perpaduan kaum serta mengekalkan

pertumbuhan ekonomi. – (iv) Membolehkan Malaysia mencapai taraf sebagai negara

maju dalam semua aspek pembangunan.

Page 43: Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia

6.8.3 Wawasan 2020 • Dasar Wawasan 2020 merupakan satu usaha

kerajaan untuk menggerakkan perpaduan kaum dan membentuk bangsa Malaysia yang disegani dunia pada masa hadapan.

• Dasar ini diumumkan oleh Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad semasa pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia di Kuala Lumpur.

• Wawasan 2020 merupakan satu langkah murni, positif dan dinamik untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Page 44: Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia

6.9 KESIMPULAN • Kerajaan Malaysia telah dapat mewujudkan perpaduan

politik dan menangani dengan baik masalah politik antara pelbagai etnik yang wujud di Malaysia.

• Parti Perikatan telah dapat mewujudkan kerjasama dan persefahaman di kalangan tiga buah parti politik terbesar di Malaysia.

• Dengan penubuhan barisan nasional parti-parti ini telah melafazkan ikrar untuk bekerjasama bagi pembangunan negara dan menyelesaikan permasalahan yang wujud dalam ekonomi, politik, pendidikan, sosial dan kebudayaan di meja rundingan.

• Sikap pragmatisme yang diamalkan oleh kerajaan Malaysia dan rakyatnya telah menyebabkan kejayaan negara ini berhadapan dengan cabaran semasa.