bab 4 pembangunan ekonomi dlm konteks hubungan etnik di msia

39
BAB 4 PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Upload: nur-az

Post on 01-Dec-2014

15.134 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 4 pembangunan ekonomi dlm konteks hubungan etnik di msia

BAB 4

PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

DI MALAYSIA

Page 2: Bab 4 pembangunan ekonomi dlm konteks hubungan etnik di msia

OBJEKTIF BAB Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya

boleh: 1.Memahami konsep pembangunan dan

modenisasi dalam masyarakat. 2.Membincangkan latar belakang sejarah

pembangunan ekonomi di Malaysia. 3.Menjelaskan dasar-dasar pembangunan

ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Page 3: Bab 4 pembangunan ekonomi dlm konteks hubungan etnik di msia

4.1 KONSEP PEMBANGUNAN DAN MODENISASI • Pembangunan sering kali dikaitkan dengan proses modenisasi, iaitu

satu proses untuk merubah atau mentransformasikan kehidupan masyarakat dari segenap sudut.

• Modenisasi selalunya diukur berdasarkan kepada perubahan dan pencapaian yang berlaku dalam masyarakat dari aspek ekonomi, politik, sosial, sains dan teknologi.

• Kejayaan atau kegagalan untuk membawa modenisasi kepada sesuatu bangsa atau negara bergantung kepada falsafah pemikiran dan matlamat pembangunan yang didokong.– aspek material dan spiritual mesti disatukan dan diseimbangkan bagi

menuju ke arah kebahagiaan yang sebenarnya. • Realitinya, dalam tempoh lebih kurang dua ratus tahun yang lalu,

konsep pembangunan dan modernisasi masih terikat kuat dengan tradisi sekularisme barat.

Page 4: Bab 4 pembangunan ekonomi dlm konteks hubungan etnik di msia

• Shamsul (2006), melihat dua aspek utama yang menjadi asas kepada modenisasi iaitu pembangunan ekonomi dan pembangunan politik. – Merubah tahap kehidupan dan membangunkan

masyarakat.

Page 5: Bab 4 pembangunan ekonomi dlm konteks hubungan etnik di msia

4.2 KOMPONEN EKONOMI: MATLAMAT, METOD, UKURAN PENCAPAIAN

• Ilmu ekonomi sudah ada dalam masyarakat sejak 2500

tahun dahulu.– matlamat kewujudan ilmu ini belum lagi tercapai

walaupun arus kemajuan telah melonjak begitu hebat sejak berlakunya revolusi industri kira-kira 200 tahun lalu.

• Perkembangan yang berlaku dalam ekonomi sering kali dikaitkan dengan tahap perkembangan fikiran manusia. – Komponen, matlamat, metode dan ukuran pencapaian

ekonomi juga seringkali berubah dan berbeza mengikut ideologi yang didokong.

Page 6: Bab 4 pembangunan ekonomi dlm konteks hubungan etnik di msia

• Komponen ekonomi boleh bersandarkan kepada aspek pengeluaran, pertukaran, pengagihan harta kekayaan, peralatan yang digunakan dan sebagainya.– Jika matlamat ekonomi itu adalah untuk meningkatkan

pendapatan negara, maka kaedah yang boleh menambahkan pendapatan rakyat akan digunakan.

• Pembangunan ekonomi hanya akan menjadi lebih bermakna jika matlamat atau tujuan ditetapkan dan mengambil nilai-nilai yang ada dalam masyarakat. – Benjamin Ward (1972), menyatakan bahawa pertimbangan

nilai adalah sesuatu yang sangat penting untuk membolehkan kita mengklasifikasikan tentang apa yang bernilai dan apa yang tidak bernilai dalam masyarakat. Pertimbangan nilai juga digunakan sebagai asas kepada konsep keluaran negara kasar (KDNK) untuk mengukur output dan sekaligus menjadi pengukur kepada prestasi ekonomi dan kebajikan.

Page 7: Bab 4 pembangunan ekonomi dlm konteks hubungan etnik di msia

4.3 KOMPONEN POLITIK: MATLAMAT, METOD, UKURAN PENCAPAIAN

• Politik boleh;

– menjadi faktor penentu kepada pembangunan dan modenisasi. – berperanan dalam menentukan dasar dan arah tuju sesebuah

kerajaan yang memerintah– membangunkan sosio-ekonomi– membina negara (state-building)– membinanegara-bangsa (nation-state).

• Secara umumnya, membina dan membangunkan negara dan negara-bangsa merupakan masalah utama yang dihadapi oleh sesebuah negara selepas mencapai kemerdekaan.

Page 8: Bab 4 pembangunan ekonomi dlm konteks hubungan etnik di msia

4.4 PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

• Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik

di Malaysia harus dilihat dari pelbagai sudut khususnya dari perspektif sejarah perkembangan dan pembangunan negara ini sendiri. – Untuk mengetahui asas, matlamat dan nilai sebenar

pembangunan ekonomi ini dilaksanakan dan hubungannya dengan penggubalan dasar-dasar negara.

– Fakta sejarah ini perlu difahami oleh semua lapisan kelompok etnik yang ada untuk mewujudkan satu aliran mobiliti sosial yang tenang dan tenteram dalam negara ini.

Page 9: Bab 4 pembangunan ekonomi dlm konteks hubungan etnik di msia

4.4.1 Zaman Sebelum Kemerdekaan (1400 – 1956)

• Sistem dan pembangunan ekonomi sebelum kemerdekaan boleh dibahagikan kepada dua peringkat yang utama – sebelum kedatangan British (1400 – 1786) • sistem dan matlamat dalam pembangunan ekonomi

sebelum kedatangan British.– semasa penjajahan British. • struktur ekonomi semasa penjajahan British, pemikiran

dan tujuan disebalik pembangunannya serta kesan-kesan yang timbul daripadanya.

Page 10: Bab 4 pembangunan ekonomi dlm konteks hubungan etnik di msia

4.4.2 Sistem dan Pembangunan Ekonomi Serta Matlamatnya Sebelum Kedatangan British (1400-1786)

• Sistem dan pembangunan ekonomi masyarakat Melayu adalah

berkisar kepada sektor pertanian dan juga perikanan. – Tiada masalah untuk mencari nafkah - tanah-tanah yang subur dan

lautnya dipenuhi dengan ikan. – Sumber-sumber dari hutan yang mudah diperolehi. – Kebanyakan mereka bekerja sebagai petani, pemungut hasil hutan

bahkan ada juga yang melibatkan diri dalam mengeluarkan hasil-hasil bumi.

• Menjalankan urusan pertukaran barangan (barter) keperluan dengan pihak-pihak lain. – Beberapa abad lamanya Tanah Melayu telah menjadi pembekal utama

hasil-hasil tersebut kepada saudagar-saudagar Arab, India, China dan seterusnya kepada pedagang-pedagang Eropah seperti Belanda dan Portugis.

Page 11: Bab 4 pembangunan ekonomi dlm konteks hubungan etnik di msia

• Ini menunjukkan bahawa ekonomi masyarakat Melayu ketika itu bukanlah bersifat tertutup tetapi juga sudah mencapai ke tahap perdagangan antarabangsa.

• Keadaan ini semakin ketara apabila Melaka telah menjadi pusat perdagangan dan pelabuhan entrepot yang terkenal di rantau Asia ini.

• Pihak pemerintah telah melaksanakan peraturan-peraturan perdagangan selain daripada memberi perkhidmatan untuk menjamin keselamatan dan keamanan rakyat. – Organisasi politik, ekonomi dan masyarakat Melayu yang kurang

kompleks ini secara keseluruhannya telah membawa kestabilan dari segi pemerintahan.

Page 12: Bab 4 pembangunan ekonomi dlm konteks hubungan etnik di msia

4.4.3 Sistem dan Pembangunan Ekonomi Serta Matlamatnya Semasa Penjajahan British

• Bermula dari tahun 1870an hingga 1950an

merupakan era baru kepada perkembangan dan pembangunan ekonomi, politik dan sosial di Tanah Melayu. – Mereka telah memperkenalkan dasar-dasar awam

mengenai pembangunan– Penglibatan kerajaan dalam dasar-dasar yang

diperkenalkan adalah di tahap yang paling minimum. – Sistem dan pembangunan ekonomi lebih tertumpu

kepada industri getah dan bijih timah.

Page 13: Bab 4 pembangunan ekonomi dlm konteks hubungan etnik di msia

• Untuk memajukan industri ini, mereka telah membawa masuk tenaga kerja dari Tanah Besar China dan Benua Kecil India. – Orang-orang Cina di tempatkan dalam industri

bijih timah yang terletak berhampiran bandar-bandar

– Orang-orang India pula, tenaga mereka digunakan di ladang-ladang getah.

– Orang Melayu masih kekal dengan pekerjaan tradisi mereka dalam bidang pertanian dan perikanan.

Page 14: Bab 4 pembangunan ekonomi dlm konteks hubungan etnik di msia

• Melalui polisi pemerintahan pecah dan perintah (devide and rule) Inggeris– Merubah struktur kekuasaan politik di

Semenanjung Tanah Melayu secara keseluruhannya.

– Dasar yang diperkenalkan ini menjadi batu penghalang kepada kewujudan satu masyarakat yang bersatupadu.

– Pembahagian kawasan-kawasan penempatan dan sektor pekerjaan telah menyebabkan ketidakseimbangan kedudukan ekonomi antara kaum dan perbezaan kemajuan di antara wilayah.

Page 15: Bab 4 pembangunan ekonomi dlm konteks hubungan etnik di msia

• Matlamat pemerintahan penjajah Inggeris adalah semata-mata untuk memperolehi seberapa banyak hasil daripada negara ini untuk dibawa pulang ke negara mereka. – Inggeris telah menyediakan pelbagai bentuk

bantuan dan perkhidmatan untuk meningkatkan hasil ekonomi dari semasa ke semasa.

– Inggeris telah menyediakan infrastruktur seperti jalanraya dan keretapi serta memperkenalkan dasar-dasar penghijrahan atau buruh, cukai dan tanah yang longgar sebagai galakan untuk menambahkan pengeluaran.

Page 16: Bab 4 pembangunan ekonomi dlm konteks hubungan etnik di msia

• Penglibatan orang-orang Melayu dalam industri bijih timah dan getah tidak digalakkan oleh penjajah. – Kekal di dalam kegiatan pertanian untuk menampung

keperluan makanan kepada sektor-sektor ekonomi yang lain.

• Pekebun-pekebun kecil getah dari kalangan orang Melayu dikenakan pelbagai sekatan dan hak-hak mereka dinafikan - untuk menjaga kepentingan pelabur-pelabur asing dalam industri tersebut. – Pengisytiharan sekatan pengeluaran getah di bawah

Rancangan Sekatan Getah Stevenson dan kemudiannya Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa.

Page 17: Bab 4 pembangunan ekonomi dlm konteks hubungan etnik di msia

• Implikasi sekatan; – orang-orang Melayu secara puratanya masih kekal

sebagai petani-petani tradisional di luar bandar. – Jurang kemiskinan semakin meluas di kalangan

masyarakat yang kemudiannya menimbulkan masalah ekonomi yang tidak seimbang antara kaum dalam fasa-fasa pembinaan negara seterusnya.

Page 18: Bab 4 pembangunan ekonomi dlm konteks hubungan etnik di msia

4.4.4 Rancangan Pembangunan Negara Fasa Pertama • Pembangunan ekonomi sebelum merdeka lebih banyak

membawa keuntungan dan menjaga kepentingan Inggeris. – Sistem dual economy yang lebih tertumpu di kawasan-kawasan

yang memiliki sumber ekonomi yang banyak khususnya di bahagian barat Semenanjung.

– Pantai timur masih kekal dengan kegiatan-kegiatan ekonomi tradisional yang masih mundur.

– Mengembangkan masyarakat plural yang mempunyai perbezaan agama, keturunan, kebudayaan, pelajaran dan pekerjaan, serta perbezaan jurang ekonomi antara mereka.

• Inilah masalah-masalah sosioekonomi dan politik yang diberi perhatian dalam rancangan pembangunan negara.

Page 19: Bab 4 pembangunan ekonomi dlm konteks hubungan etnik di msia

• Rancangan pembangunan negara sebenarnya telah pun bermula sekitar tahun 1950an. – Pada tahun 1954, kerajaan telah mendapat perakuan

daripada Bank Dunia mengenai pembangunan negara.

• Rancangan Malaya Pertama (1956 - 1960).– Peruntukan RM1,100 juta. – Mewujudkan satu perancangan pelaburan sektor

awam yang berpadu. – Projek-projek yang perlu dilaksanakan mengikut

keutamaan. – Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh

ekonomi negara.

Page 20: Bab 4 pembangunan ekonomi dlm konteks hubungan etnik di msia

• Rancangan Malaya Kedua (1961 – 1965). – Peruntukan sebanyak RM2,150.00 juta.– Tumpu kepada pembangunan luar bandar dan penyertaan

rakyat jelata. – Fokusnya ialah menyediakan infrastruktur yang diperlukan

dalam pembangunan ekonomi. • Rancangan Malaysia Pertama (1966 – 1970) – Pelan pembangunan penggunaan sumber tenaga dan

program-program ekonomi yang lebih teliti.– Menentukan hala tuju pembangunan dan matlamat yang

perlu dicapai dalam tempoh lima tahun yang akan datang. – Matlamat - agar semua golongan miskin dan tidak

bernasib baik dapat merasai nikmat pembangunan dari pertumbuhan ekonomi yang dirangka.

Page 21: Bab 4 pembangunan ekonomi dlm konteks hubungan etnik di msia

– Berjaya dari sudut pertumbuhan ekonomi • tidak seimbang dari sudut pengagihan pendapatan

antara kaum. • penggunaan tenaga dan penglibatan dalam sektor

ekonomi masih mengikut kaum.

– Melahirkan rasa tidak puas hati seterusnya menjadi penghalang kepada usaha-usaha perpaduan. • Berlaku peristiwa 13 Mei 1969

Page 22: Bab 4 pembangunan ekonomi dlm konteks hubungan etnik di msia

4.4.5 Rancangan Pembangunan Negara Fasa Kedua

• Menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial yang wujud.

• Dasar Ekonomi Baru (DEB) – Memperbetulkan ketidakselesaan antara kaum dan

ketidakseimbangan di antara wilayah-wilayah. – Agenda utama ialah untuk mewujudkan perpaduan

negara.– Dilancarkan dalam Rancangan Malaysia Kedua (1971 –

1975) dengan kos RM7,250 juta.– Diteruskan dalam Rancangan Malaysia Ketiga (1976 –

1980), Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985) dan Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990).

Page 23: Bab 4 pembangunan ekonomi dlm konteks hubungan etnik di msia

– Kerajaan berperanan secara langsung dalam melaksanakan rancangan-rancangan yang ditetapkan. • Perbadanan-perbadanan awam ditubuhkan untuk

mengimbangi peranan pihak swasta yang selama ini mendominasi pembangunan ekonomi negara. • Kegagalan pihak swasta untuk membawa pertumbuhan

ekonomi yang adil dalam sistem bebas (free enterprise).

– Syarikat swasta masih diberi insentif untuk sama-sama melibatkan diri dalam pembangunan ekonomi negara.

Page 24: Bab 4 pembangunan ekonomi dlm konteks hubungan etnik di msia

– Strategi serampang dua mata • Basmi kemiskinan tanpa mengira kaum

– Rancangan-rancangan yang boleh menambahkan daya pengeluaran dan meningkatkan lagi pendapatan.

• Menyusunan semula masyarakat. – Strategi-strategi yang berkaitan dengan menaikkan taraf

kehidupan luar bandar, meningkatkan aktiviti-aktiviti yang seimbang di bandar-bandar, meneroka bidang-bidang baru dalam sektor perdagangan dan perindustrian untuk diceburi oleh kaum bumiputera setanding dengan kaum-kaum lain yang sudah lama melibatkan diri dalam bidang tersebut.

– Mengambil kira kaum-kaum lain serta menjaga kepentingan pelabur-pelabur asing.

Page 25: Bab 4 pembangunan ekonomi dlm konteks hubungan etnik di msia

– Malaysia telah mencapai perkembangan dan pertumbuhan ekonomi yang agak pesat. • Pertengahan tahun 1980an memperlihatkan

kemelesetan ekonomi yang teruk dihadapi negara. Ini memberi kesan besar kepada usaha untuk mencapai matlamat melalui DEB (INTAN, 1992). • Mengkaji semula peranan sebagai penggerak dalam

pembangunan ekonomi negara serta dasar-dasar yang dilaksanakan.

Page 26: Bab 4 pembangunan ekonomi dlm konteks hubungan etnik di msia

4.5 RANCANGAN PEMBANGUNAN NEGARA FASA KETIGA

• Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2)

- (1991 – 2000) atau DPN (Dasar Pembangunan Nasional) . – Dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Keenam

(1991 – 1995) dan berakhir dalam Rancangan Malaysia Ketujuh (1996 – 2000).

– Matlamat DEB untuk mewujudkan perpaduan negara masih diteruskan.

– Fokus DPN meliputi etnik-etnik yang ada, golongan kaya dan miskin dan antara wilayah.

Page 27: Bab 4 pembangunan ekonomi dlm konteks hubungan etnik di msia

– Antara pendekatan dalam DPN: • (i) Memberi tumpuan yang lebih terhadap

usaha pembasmian kemiskinan di kalangan golongan miskin tegar di samping mengurangkan kemiskinan relatif.

• (ii) Memberi perhatian kepada pembinaan sebuah masyarakat bumiputera yang berorientasikan perdagangan dan perindustrian.

• (iii) Melibatkan penyertaan sektor swasta dengan lebih aktif dalam proses penyusunan semula

masyarakat. • (iv) Memberi lebih penekanan kepada

pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai dan etika agar matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama dapat dicapai (INTAN 1992).

Page 28: Bab 4 pembangunan ekonomi dlm konteks hubungan etnik di msia

• Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRPJ3) - (2001 – 2010) atau DWN (Dasar Wawasan Negara) - (2001 – 2020)– Dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kelapan (2001 –

2005) dan akan berakhir dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (2006 – 2010).

– Wujud Dasar Wawasan Negara (DWN) iaitu gabungan DEB dan DPN - menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020 dalam semua bidang mengikut coraknya yang tersendiri.

– Matlamat utama untuk mencapai perpaduan nasional diteruskan dengan tumpuan terhadap usaha membasmikan kemiskinan yang meliputi semua kaum, penyusunan semula masyarakat dan pembangunan yang seimbang antara kaum dan wilayah.

Page 29: Bab 4 pembangunan ekonomi dlm konteks hubungan etnik di msia

– Dasar Wawasan Negara ;• Fasa pertama - tumpuan kepada pembangunan yang

bercorak fizikal - kemudahan infrastruktur yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial. • Fasa kedua (2006 – 2020), tumpuan akan diberikan

pula kepada aspek pembangunan insan. • Enam cabaran yang digariskan dalam Rancangan

Malaysia kesembilan: – (i) Meningkatkan prestasi dan kemampuan

Malaysia ke peringkat yang lebih cemerlang bagi menghadapi cabaran semasa dan persekitaran yang sentiasa berubah serta tidak menentu.

– (ii)Memperkuatkan daya saing dan daya tahan ekonomi negara serta meningkatkan kegiatan inovasi.

Page 30: Bab 4 pembangunan ekonomi dlm konteks hubungan etnik di msia

– (iii) Meningkatkan daya pengeluaran dan tahap pengetahuan dalam ekonomi.

– (iv) Membangunkan sumber manusia yang mempunyai kemahiran dan berpengetahuan untuk memenuhi permintaan semasa pasaran buruh.

– (v) Memperhebatkan lagi langkah pembasmian kemiskinan. – (vi) Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan berkualiti

tinggi untuk memenuhi permintaan rakyat yang semakin bertambah.

Page 31: Bab 4 pembangunan ekonomi dlm konteks hubungan etnik di msia

• Projek yang mendapat keutamaan untuk dibangunkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan – (i) Projek yang dapat mengukuhkan daya saing sektor pertanian,

pembangunan yang seimbang antara bandar dengan luar bandar serta Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

– (ii) Projek yang memenuhi keperluan ekonomi dan sosial rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat, terutama golongan yang tidak berkeupayaan.

– (iii) Projek yang memberi kesan pengganda, limpahan yang tinggi, meningkatkan daya pengeluaran dan kecekapan.

– (iv) Projek yang menyebabkan kebocoran dalam ekonomi seperti komposisi import yang tinggi dan faedah yang kecil perlu diminimumkan.

– (v) Projek yang mempunyai reka bentuk dan struktur yang lebih bersifat fungsian, dan tidak hanya bertumpu kepada saiz yang besar, cantik dan mewah sahaja bagi mengelakkan kos penyelenggaraan yang tinggi (Zaid Ahmad et al., 2006)

Page 32: Bab 4 pembangunan ekonomi dlm konteks hubungan etnik di msia

4.6 SEKTOR PERINDUSTRIAN SEBAGAI ASAS PEMBENTUKAN NEGARA MAJU

• Sektor perindustrian di negara ini telah bermula sejak

penjajahan British lagi. – Hanya membabitkan industri getah dan bijih timah.

• Pergantungan kepada dua industri ini telah mendatangkan keadaan tidak stabil kepada ekonomi negara apabila berlakunya kejatuhan harga komiditi tersebut. – Pengeluaran yang berlebihan telah mengatasi penawaran di

pasaran dunia. – Di akhir abad ke-18 industri bijih timah mula merosot jika

dibandingkan dengan abad-abad sebelumnya. – Industri getah mengalami turun naik harga sehingga memaksa

beberapa rancangan sekatan dibuat untuk mengawal harganya daripada terus jatuh.

Page 33: Bab 4 pembangunan ekonomi dlm konteks hubungan etnik di msia

• Selepas merdeka kerajaan cuba mempelbagaikan kegiatan ekonomi dengan memberi tumpuan kepada kewujudan industri baru. – Peringkat awal (1957-1967), dasar pembangunan perindustrian

lebih tertumpu kepada industri-industri gantian import dan keluaran dalam negara.

– Pertumbuhan perindustrian yang lebih pesat telah dimulakan pada tahun 70an bagi memenuhi keperluan pekerjaan dan DEB yang diperkenalkan.

– Di tahap kedua (1968-1980), tumpuan diberikan kepada pengeluaran dan peluasan barangan eksport negara disamping memberi galakan kepada pertumbuhan industri ringan, kecil dan sederhana.

– Selain DEB, beberapa akta telah diperkenalkan seperti Akta Galakan Pelaburan 1968, Akta Penyelarasan Perindustrian 1975 dan mewujudkan kawasan perindustrian Zon Perdagangan Bebas 1971.

Page 34: Bab 4 pembangunan ekonomi dlm konteks hubungan etnik di msia

• Walau bagaimanapun sektor perindustrian masih mempunyai kelemahannya. – Eksport masih terlalu rendah – Bergantung kepada industri-industri tertentu sahaja

seperti elektrik, elektronik dan tekstil. – Kualiti barangan rendah dan tak mampu bersaing

dalam pasaran terbuka. – Penggunaan teknologi yang masih rendah dan rakyat

tempatan tidak menguasai teknologi baru.

• Kelemahan-kelemahan lain yang perlu diperbaiki supaya dapat memberikan sumbangan yang berkesan kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Page 35: Bab 4 pembangunan ekonomi dlm konteks hubungan etnik di msia

• Pembangunan Perindustrian Malaysia masuk fasa ketiga selapas tahun 80-an – Memberi tumpuan kepada sektor perindustrian

berat dan industri berasaskan sumber dan teknologi tinggi.

– Melibatkan modal yang besar - kerajaan sendiri memainkan peranannya secara langsung.

– Beberapa program telah dilaksanakan; • Kajian Dasar Perindustrian Malaysia (KDPM) (1983), • Pelan Induk Perindustrian Pertama (PIP1) (1985-1995), • Plan Induk Perindustrian Kedua (PIP2) (1996-2005) • Akta Galakan Pelaburan 1986.

Page 36: Bab 4 pembangunan ekonomi dlm konteks hubungan etnik di msia

• KDPM merupakan satu kajian; – untuk menyemak dan mengubahsuai dasar-dasar

perindustrian negara yang sedia ada – mengkaji semula rancangan penggalakan

pelaburan dan dasar-dasar peningkatan eksport.

• PIP adalah; – untuk menggubal objektif pembangunan

perindustrian secara am – membantu sektor-sektor kecil yang berpotensi

untuk terus berkembang.

Page 37: Bab 4 pembangunan ekonomi dlm konteks hubungan etnik di msia

– 12 sektor industri telah dikenalpasti untuk diberi perhatian. • Tujuh adalah industri yang berasaskan sumber

tempatan seperti getah, kelapa sawit, kayu-kayan, makanan, logam bukan ferus dan galian bukan logam. • Lima adalah sektor yang bukan berasaskan sumber

tempatan seperti elektrik dan elektronik, peralatan pengangkutan, mesin dan kejuruteraan, logam-logam ferus serta tekstil dan pakaian.

Page 38: Bab 4 pembangunan ekonomi dlm konteks hubungan etnik di msia

• Kerajaan telah memperkenalkan satu lagi dasar iaitu Dasar Industri Berat Negara. – Mengurangkan pergantungan negara kepada negara

luar dalam mendapatkan bekalan peralatan jentera bagi keperluan dan kegunaan tempatan.

– Membuka jalan dan peluang kepada pertumbuhan industri-industri kecil dan sederhana

• Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM)dipertanggungjawabkan untuk mencapai matlamat ini. – Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (PROTON)

merupakan salah satu projek utama yang dilaksanakan oleh HICOM disamping projek-projek yang lain.

Page 39: Bab 4 pembangunan ekonomi dlm konteks hubungan etnik di msia

4.7 KESIMPULAN • Kerajaan meletakkan matlamat perpaduan negara

sebagai agenda utama dalam melaksanakan dasar-dasar pembangunan negara.

• Matlamat ini hanya boleh dicapai melalui pembangunan sosioekonomi yang melibatkan pertumbuhan ekonomi, pengagihan pendapatan, kestabilan dan kesejahteraan umum.

• Usaha ini perlu dijalankan secara berterusan kerana untuk mencapainya bukanlah mudah dan cepat.

• Dasar-dasar pembangunan juga akan sentiasa berubah-ubah mengikut nilai-nilai semasa masyarakat dan kerajaan yang memerintah.