memahami hubungan etnik di malaysia mengikut konteks dimensi psiko-sosial

30
Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010 Isi Kandungan ABSTRAK 1 1. PENGENALAN -Masyarakat mengikut konteks kajian Sosiologi } 2-5 -Masyarakat Majmuk dan Pluraliti } 2. HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA -Konsep Etnik, Ras dan Identiti Etnik } -Aspek Psiko-sosial Hubungan Etnik di Malaysia } 6-14 -Prejudis } -Diskriminasi } -Stereotaip } 3. KAJIAN KES -Hubungan Etnik dari sudut Natrah Maarof } -Hubungan Etnik mengikut konteks penyiaran artikel ‘Tinjauan Al Islam” } 14-18 4. STRATEGI TERHADAP PEMBINAAN INTEGRASI NASIONAL -Toleransi Budaya } -Toleransi Agama } 20-23 -Dialog antara Kaum } KESIMPULAN 23-25 BIBLIOGRAFI & RUJUKAN 25-26 LAMPIRAN 27-33

Upload: shahrul-izwan-naser

Post on 20-Dec-2015

91 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Kertas kerja ini akan membincangkan mengenai faktor dimensi psiko-sosial dalam hubungan etnik di Malaysia. Diperakui bahawa menurut konteks Malaysia, elemen psikologikal jika ditakrif ianya mempunyai persepsi negatif di antara satu sama lain.Ianya diterjemahkan ke dalam bentuk prejudis, stereotaip dan diskriminasi yang dilihat sebagai batu penghalang kepada proses integrasi nasional. Ianya amat penting bagi kita memahami elemen-elemen tersebut di dalam usaha memahami isu-isu utama hubungan etnik di Malaysia dengan lebih baik.Kertas kerja ini juga akan menyorot beberapa insiden dan tragedi di mana berlakunya pertembungan budaya dan agama yang mana membentuk konstruk sosial mengikut perspektif dimensi psiko-sosial hubungan etnik di Malaysia seperti Tragedi Natrah Maarof dan Penyiaran Artikel al-Islam. Di akhir laporan, terdapat beberapa strategi dibentangkan dalam memahami isu integrasi nasional sepertimana yang disarankan iaitu toleransi budaya, toleransi agama dan dialog antara kaum.

TRANSCRIPT

Page 1: Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010

Isi Kandungan

ABSTRAK 1

1. PENGENALAN

-Masyarakat mengikut konteks kajian Sosiologi } 2-5

-Masyarakat Majmuk dan Pluraliti }

2. HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

-Konsep Etnik, Ras dan Identiti Etnik }

-Aspek Psiko-sosial Hubungan Etnik di Malaysia } 6-14

-Prejudis }

-Diskriminasi }

-Stereotaip }

3. KAJIAN KES

-Hubungan Etnik dari sudut Natrah Maarof }

-Hubungan Etnik mengikut konteks penyiaran artikel ‘Tinjauan Al Islam” } 14-18

4. STRATEGI TERHADAP PEMBINAAN INTEGRASI NASIONAL

-Toleransi Budaya }

-Toleransi Agama } 20-23

-Dialog antara Kaum }

KESIMPULAN 23-25

BIBLIOGRAFI & RUJUKAN 25-26

LAMPIRAN 27-33

Page 2: Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010

‘Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial’

Shahrul Izwan Naser

Mohd Najib Mohd Isa

Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia

Januari 2010

Page 3: Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010

Abstrak

Kertas kerja ini akan membincangkan mengenai faktor dimensi psiko-sosial dalam hubungan etnik

di Malaysia. Diperakui bahawa menurut konteks Malaysia, elemen psikologikal jika ditakrif ianya

mempunyai persepsi negatif di antara satu sama lain.

Ianya diterjemahkan ke dalam bentuk prejudis, stereotaip dan diskriminasi yang dilihat sebagai

batu penghalang kepada proses integrasi nasional. Ianya amat penting bagi kita memahami

elemen-elemen tersebut di dalam usaha memahami isu-isu utama hubungan etnik di Malaysia

dengan lebih baik.

Kertas kerja ini juga akan menyorot beberapa insiden dan tragedi di mana berlakunya

pertembungan budaya dan agama yang mana membentuk konstruk sosial mengikut perspektif

dimensi psiko-sosial hubungan etnik di Malaysia seperti Tragedi Natrah Maarof dan Penyiaran

Artikel al-Islam. Di akhir laporan, terdapat beberapa strategi dibentangkan dalam memahami isu

integrasi nasional sepertimana yang disarankan iaitu toleransi budaya, toleransi agama dan dialog

antara kaum.

Kata kunci: Psiko-sosial, prejudis, stereotaip dan diskriminasi, integrasi kaum; toleransi budaya,

toleransi agama dan dialog antara kaum, Masyarakat majmuk dan pluraliti, Konsep etnik, ras dan

identiti etnik.

Page 4: Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010

1. Pendahuluan

Semenjak beberapa ketika ini, ketegangan antara kaum di Malaysia diibaratkan seperti ombak di

lautan yang mempunyai pasang surutnya. Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dengan

kaum Melayu, Cina, India dan lebih daripada 40 kaum minoriti telah membentuk sebuah negara

bangsa yang unik.

Kesemua kaum ini telah sekian lamanya hidup dalam keadaan penuh harmonis, bersatu-padu dan

penuh kepelbagaian. Namun, langit tidak selalunya cerah, Malaysia juga dihimpit dengan pelbagai

isu berkaitan hubungan sesama etnik. Kajian mengenai hubungan antara etnik juga semakin rancak

dijalankan bagi menambahkan lagi persefahaman antara kaum dan juga kekayaan nilai-nilai positif

yang terdapat dalam perhubungan tersebut.

Keperluan untuk membahaskan mengenai hubungan etnik di Malaysia sudah menjadi semakin

kritikal memandangkan keadaan masa kini yang dihimpit pelbagai faktor, antaranya adalah

ketegangan antara kaum disebabkan pelbagai insiden. Walaupun keadaan ini bukannya sesuatu yang

baru kepada negara kerana sejarah telah membuktikan pelbagai insiden telah menjadi lipatan

kenangan, namun ianya masih menjadi kepentingan awam bahawa, isu-isu yang diutarakan adalah

diibaratkan seperti bom jangka kepada negara.

Kepelbagaian etnik dan budaya di Malaysia ini adalah seperti sebuah perang dingin, di mana setiap

etnik itu merasakan bahawa mereka harus memelihara identiti sendiri dan pada masa yang sama

perlu menerima kaum lain dalam kehidupan mereka. Persoalan utama yang berlegar, adakah

kepelbagaian etnik punca utama ketegangan?

Kebanyakan kajian mengenai hubungan etnik di Malaysia yang terdahulu memfokuskan kepada

faktor ekonomi dan sosial. Ada pihak yang mendakwa bahawa konflik antara etnik ini berpunca

Page 5: Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010

daripada pendirian politik; malah ada yang berpendapat bahawa pokok persoalan konflik ini adalah

kerana pengagihan ekonomi yang tidak sekata.1

Walau bagaimanapun, salah satu komponen untuk menganalisis hubungan etnik telahpun ditolak

ketepi, iaitu, pendekatan perspektif psikologi. Dapatan laporan ini akan cuba menghuraikan

mengenai dimensi psikologi untuk menyatakan bahawa faktor psikologi sebenarnya adalah

penyumbang utama kepada konflik berbanding ekonomi, politik mahupun faktor sosial.

Bagi menyokong konsep analisis psikologi terhadap hubungan etnik, terdapatnya keperluan untuk

kita memahami elemen-elemen asas dan konsep-konsep di sebaliknya. Adalah menjadi kepentingan

untuk memahami isu dan konflik berdasarkan kebudayaan, sejarah dan latarbelakang objektifnya.

1.1 Masyarakat mengikut konteks kajian Sosiologi

Menurut takrifan kamus sosiologi, masyarakat adalah sekumpulan manusia yang berkongsi budaya

sama, menduduki satu kawasan khas dan merasai kewujudan entiti bersatu-padu dan berbeza-beza.

Masyarakat juga adalah kelompok manusia yang berinteraksi secara sosial antara satu sama lain.

Hubungan yang wujud di antara mereka mungkin merangkumi kekeluargaan, pekerjaan, tempat

tinggal dan lain-lain lagi.

Kewujudan masyarakat akan menghasilkan organisasi sosial atau institusi tertentu yang dapat

menyatu-padukan lagi manusia dalam unit sosial tersebut. Ini akan membentuk jaringan di mana

terdapat pelbagai sub-jaringan lain; individu bergaul bebas dan merangka keseluruhan kehidupan

bersosial.

1 Sanusi Ahmad, 1989

Page 6: Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010

Terdapat pelbagai persoalan, mengapa perlunya kajian terhadap masyarakat dilakukan. Teras utama,

mengapa perlunya kajian terhadap masyarakat dan hubungan etnik dijalankan adalah kerana secara

azalinya, manusia itu hidup bermasyarakat, dan terdapatnya keperluan untuk memahami cara hidup

bermasyarakat, budaya dan cara hidup bermasyarakat. Dalam konteks masyarakat Malaysia, kita

perlu memahami masyarakat kita yang berbilang kaum dan etnik untuk memastikan kelangsungan

toleransi dan kerjasama di antara kita.

1.2 Masyarakat Majmuk dan Pluraliti

Konsep masyarakat majmuk dan pluraliti ini tercetus apabila wujudnya dua atau lebih kumpulan

etnik dengan latar belakang sosio-ekonomi, budaya dan agama berbeza dan membentuk sebuah

jaringan interaksi sosial. Secara teorinya, konsep masyarakat majmuk ini ditakrifkan sebagai,

masyarakat yang dicirikan oleh perpecahan dan konflik antara kumpulan manusia yang bernaung di

bawah satu sistem politik. 2

Selain itu, terdapat juga tanggapan bahawa konsep pluraliti ini adalah konsep masyarakat yang

mempunyai kepelbagaian budaya, perpecahan sosial dan perselisihan. Dari segi politik pula ia

dikuasai oleh satu kelompok minoriti yang mempunyai kebudayaan tersendiri.3

Manakala, terdapat sebuah pemahaman mengenai masyarakat majmuk mengikut konteks sosio-

ekonomi iaitu, perbezaan kemajmukan sosial yang wujud apabila masyarakat dipecahkan kepada

kelompok korporat atas dasar bukan budaya berbanding kemajmukan budaya yang timbul akibat

wujud beberapa kumpulan etnik. 4

Ciri-ciri ringkas masyarakat majmuk adalah seperti, ketiadaan permuafakatan nilai, kepelbagaian

2 J.S Furnivall, 1948

3 Smith, 1965

4 Van den Berghe, 1967

Page 7: Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010

budaya, wujudnya konflik antara kelompok yang berlainan. Selain itu, masayarakat majmuk juga

terdapatnya kecenderungan terhadap kuasa autonomi dan paksaan serta saling kebergantungan

ekonomi sebagai dasar integrasi sosial. Ciri kompleks bagi masayarakat majmuk adalah, dominasi

politik oleh golongan tertentu serta hubungan antara kelompok lebih bersifat sekunder, segmental

dan utilitarian. Manakala hubungan antara kelompok lebih bersifat primer.

Melalui permerhatian dan kefahaman mengenai teori yang dibentangkan para sarjana sosial,

dapatlah diringkaskan bahawa masyarakat majmuk wujud atas dasar konflik dan paksaan bukan atas

dasar nilai bersama.

2. Hubungan Etnik di Malaysia

Proses integrasi nasional di Malaysia boleh dianalisis berdasarkan tahap interaksi sosial antara

kaum. Hubungan etnik di Malaysia dikategorikan berada di landasan yang betul, di mana setiap

kaum itu sedar akan nilai-nilai dan norma sosial sesama mereka, namun masih lagi mengamalkan

budaya dan gaya hidup masing-masing.

Malaysia kaya dengan pengalaman mengenai konflik, pertandingan dan kerjasama dalam

membentuk hubungan etnik.

Catatan konflik dalam hubungan etnik telah terpahat dalam sejarah mengeni peristiwa malang 13

Mei 1969 dan insiden Kampung Medan pada 4 Mei 2001; di mana pertandingan antara etnik adalah

usaha bagi merebut tempat di pusat pengajian tinggi mengikut sistem kuota. Begitu juga dengan

provokasi-provokasi agama seperti kejadian Kepala Lembu, Shah Alam pada 28 Ogos 2009 dan

penyiaran artikel ‘Tinjauan Al Islam Dalam Gereja: Mencari Kesahihan Remaja Melayu Murtad’

pada Mei 2009, telah menambahkan lagi garam ke dalam luka hubungan etnik di Malaysia.

Provokasi agama dalam hubungan etnik bukanlah sesuatu yang baru, pada Disember 1950, berlaku

kekecohan apabila kes Natrah Maarof atau Maria Hertogh diperbesar dan difabrikasikan oleh media

ketika itu, telah membangkitkan kemarahan orang Melayu di Singapura. Laporan ini akan

Page 8: Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010

membentangkan kajian kes mengenai hubungan etnik mengikut konteks tragedi Natrah Maarof

dalam bahagian seterusnya.

Peristiwa 13 Mei 1969, telah melahirkan polisi-polisi seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar

Pendidikan Nasional dan Dasar Kebudayaan Nasional.

Namun setelah beberapa dekad Dasar Ekonomi Baru diimplementasikan, ramai berpendapat

bahawa polisi tersebut gagal dalam pembasmian kemiskinan dan pengagihan ekonomi yang tidak

sekata di antara kaum. Fenomena ini telah menjadi sebuah prejudis dan ketidak puasaan hati di

kalangan kaum. Secara semuajadinya, perasaan prejudis itu mempunyai kuasa untuk membentuk

ketidak puasan hati yang berpotensi mewujudkan keputusan drastik.

Menurut sebuah teori sosial yang dikenali sebagai Frustration Agression Theory, sesuatu kaum atau

individu yang selalu berhadapan dengan kekecewaan pastinya akan bertindak balas dengan

agresifnya. Teori ini tidak seharusnya dipandang mudah, kerana kebarangkaliannya untuk

mendatangkan kesan mudarat ke atas hubungan etnik sangat tinggi, dan ini pastinya akan

mengulang kembali sejarah hitam ke atas perhubungan tersebut.

2.1 Konsep Etnik, Ras dan Identiti Etnik

Kehidupan bermasyarakat di Malaysia, sudah pastinya tidak akan boleh lari daripada

membincangkan konsep etnik dalam interaksi sosial. Istilah etnik adalah berasal daripada perkataan

Yunani iaitu ‘ethnos’ yang merujuk kepada bangsa selain Yunani ataupun bangsa lain yang

berkongsi ciri biologi, kebudayaan dan cara hidup yang sama.5

Semasa era Enlightenment iaitu seawal abad ke-19, merujuk kepada pelbagai bahasa Eropah,

5 Scupin, 2003

Page 9: Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010

perkataan etnik ini dilihat sama dengan istilah ras yang mengasingkan manusia dengan ciri-ciri

perbezaan fizikal seperti warna kulit, rangka tubuh, bentuk kepala, warna dan tekstur rambut.

Ahli saintis sosiologi menyifatkan konsep ras lebih ditakrif sebagai satu hasil konstruksi sosial di

mana sekumpulan manusia yang menilai diri mereka dan bangsa lain mempunyai keturunan yang

membezakan mereka antara satu sama lain.

Identiti etnik pula dilihat daripada sudut kebudayaan yang diamal dan digunapakai bagi membentuk

ciri-ciri sesuatu masyarakat. Oleh itu, identiti etnik merujuk kepada keahlian dalam sesuatu

kumpulan kebudayaan yang didefinisikan mengikut ras, sejarah, pengalaman, agama, bahasa yang

dikongsi bersama. Namun begitu, terdapat dalah tanggapan bahawa identiti etnik itu dilihat sebagai

sesuatu yang tetap.

Mengikut konteks kepelbagaian budaya dan pembauran budaya luar dengan budaya tempatan telah

menggariskan bahawa masyarakat akan melihat daripada sudut objektif sesuatu kebudayaan yang

dapat dilihat dan simbol yang dikongsi bersama kepercayaan dalaman antara kelompok, semangat

kekitaan dan perpaduan komuniti.

2.2 Aspek Psiko-sosial Hubungan Etnik di Malaysia

Malaysia terkenal kerana kepelbagaian budaya dan kaum, dengan nilai toleransi yang tinggi serta

menghormati satu sama yang lain.

Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai insiden-insiden provokasi yang telah menggangu-gugat

keharmonian dan kebarangkalian wujudnya kekecohan antara kaum. Situasi ini sudah pastinya akan

meniup api perkauman yang kuat. Tiga kumpulan utama etnik di Malaysia sudah mula

Page 10: Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010

mempersoalkan hak, kekuasaan dan kredibiliti masing-masing.

Ini pastinya tidak akan berlaku, jika semua kaum mempunyai kadar persefahaman yang tinggi,

hormat menghormati dan toleransi sesama sendiri. Aspek psikologi seperti prejudis dan

diskriminasi boleh dianggap sebagai pencetus ketidak puasan hati yang harus difahami oleh semua

pihak.

2.2.1 Prejudis

Prejudis atau persepsi negatif adalah salah satu aspek utama yang telah menyumbang kepada

sentimen ketidak puasan hati di beberapa kalangan kumpulan etnik di negara kita. Situasi menjadi

semakin teruk apabila berlakunya konflik yang timbul disebabkan oleh persepsi negatif kerana

kurangnya kefahaman dan pengetahuan mengenai satu sama lain.

Berdasarkan kefahaman yang cetek dan tidak tepat mengenai sesuatu kumpulan etnik itu telah

mengakibatkan mereka memandang rendah terhadap kumpulan etnik lain dan akhirnya

membataskan interaksi antara kaum dan menimbulkan semangat perkauman yang tebal. Prejudis

yang kuat di kalangan kumpulan etnik lain sukar diubah walaupun mereka dibekalkan dengan fakta

yang kukuh bagi membuktikan bahawa pemahaman tersebut adalah salah.

Insiden Kampung Medan adalah contoh terbaik bagi menggambarkan perasaan prejudis di antara

dua kaum utama di negara kita. Kesannya adalah kekecohan kaum yang berakhir dengan tragedi –

ramai yang terkorban dan berjuta-juta ringgit dihabiskan untuk proses pemulihan.

Ianya diturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain melalui proses sosialisasi. Seseorang

yang dibesarkan dalam suasana yang penuh prejudis akan membina sentimen negatif yang sangat

Page 11: Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010

sukar dikikis.

Tingkahlaku negatif mereka selalunya akan diterjemahkan apabila berlakunya pertandingan mereka

dengan kaum yang diprejudis. Ketiga-tiga kaum utama di Malaysia, iaitu Melayu, Cina dan India

haruslah memahami budaya dan tradisi masing-masing, ini dapat mengurangkan impak ketegangan

kaum dan konflik berpanjangan.

Prejudis menjadi semakin menebal apabila persekitaran itu dipenuhi sifat semulajadi manusia iaitu,

ego mempertahankan diri (defensive ego). Ini berlaku apabila sesuatu kaum atau individu itu

merasakan maruah atau darjat mereka dalam keadaan terancam. Perasaan ini membuatkan mereka

menjadi terlalu mempertahankan diri, dan menolak segala kenyataan daripada mereka yang

diprejudis.

Adorno et al. (1950) menjelaskan bahawa prejudis mempunyai perkaitan rapat dengan sifat yang

lebih teruk iaitu, personaliti autoritarian. Seseorang individu yang tinggi personaliti autoritarian

mempunyai tingkahlaku dalam mengkelaskan orang lain, misalnya berada di dalam kumpulan

terbaik, kumpulan yang tidak diterimanya dan kumpulan yang ditentangnya. Sifat ini adalah juga

salah satu elemen penting dalam konsep hubungan etnik, iaitu, stereotaip.

Mentaliti sebegini seharusnya tidak berlaku, jika setiap individu di Malaysia sedar akan kekuatan

dan keharmonian setiap kumpulan etnik dan meletakkan keutamaan bangsa Malaysia lebih tinggi

berbanding nilai-nilai individualistik.

2.2.2 Diskriminasi

Diskriminasi adalah hasil daripada prejudis terhadap sesuatu kumpulan etnik. Ianya ditakrifkan

Page 12: Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010

sebagai penolakan untuk layanan sama rata terhadap sesuatu kumpulan atau bangsa yang menuntut

kesama rataan.

Tingkahlaku ini boleh diterjemahkan dalam pelbagai bentuk, bermula dengan diskriminasi ringan

apabila seseorang individu enggan berinteraksi dengan sesiapa sahaja yang diprejudisnya. Ini boleh

berlanjutan ke tahap maksimum diskriminasi, termasuklah pemecatan kerja, pemulauan sosial dan

juga kecederaan fizikal.

Kepelbagaian kaum di Malaysia hendaklah dilihat dengan penuh positif, prejudis dan diskriminasi

mempunyai impak ke atas semua kaum. Kebanyakan rakyat Malaysia, diskriminasi sesama kaum

itu hadir dalam bentuk tidak langsung.

Diskriminasi secara terbuka sangat jarang berlaku, melainkan di dalam situasi di mana individu

merasakan selamat untuk menunjukkan sentimennya.

Kenyataan ini dapat disokong apabila perhatian diberikan kepada sesuatu kaum adalah dilihat

sebagai tidak adil. Mungkin tidak benar kerana ianya hanyalah persepsi semata-mata. Mereka tidak

membuat penilaian berdasarkan situasi dan persekitaran di sebalik segala keputusan yang dibuat.

2.2.3 Stereotaip

Kedua-dua dimensi psikologi telah pun dibincangkan, prejudis dan diskriminasi mempunyai kaitan

rapat dengan konsep stereotaip.

Stereotaip adalah satu gambaran berlebih-lebihan sebuah persepsi. Sebagai contoh, stereotaip

negatif yang dikaitkan ke atas sesuatu kumpulan etnik itu sebenarnya telah wujud melalui

Page 13: Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010

pengalaman negatif ataupun sosialisasi. Persepsi stereotaip adalah lampiran kepada konotasi negatif

terhadap sesuatu etnik; memberikan pandangan umum bahawa setiap individu yang berada dalam

sesuatu kumpulan etnik mempunyai perwatakan dan nilai yang sama.

Secara ringkasnya, ketiga-tiga konsep ini adalah saling berhubungkait: stereotaip (elemen

mempercayai), prejudis (elemen mempertahankan diri) dan diskriminasi (elemen tingkahlaku).

Terdapat beberapa faktor lain yang merencatkan proses integrasi nasional. Faktor-faktor ini berkait

rapat nilai-nilai dan tingkah laku masyarakat seperti rasisme dan etnosentrisme. Kedua-dua faktor

ini adalah elemen psikologi yang dipengaruhi oleh pengalaman, pendidikian (secara formal atau

tidak formal), keadaan ekonomi dan politik.

Rasisme ditakrifkan sebagai satu pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kaum

terhadap kaum lain berdasarkan perbezaan ciri-ciri fizikal-biologikal. Menurut konteks Malaysia,

fenomena ini seringkali berlaku dalam kitaran perniagaan, politik dan penetapan sosial di mana

sesuatu kumpulan etnik itu terlalu mempertahankan hak anggota mereka. Tindakan perkauman ini

telah mencipta jurang perbezaan di antara masyarakat Malaysia dan seterusnya mencetuskan

ketegangan kaum.

Etnosentrisme pula merujuk kepada satu kepercayaan dan kebanggaan bahawa sesuatu bangsa itu

lebih baik dan hebat berbanding kumpulan etnik yang lain. Perspektif ini terarah kepada pandangan

bahawa budaya dan gaya hidup etnik lain salah, tidak betul dan tidak sealiran dengan mereka.

Setiap daripada ahli masayarakat kita haruslah mempunyai pemahaman positif terhadap budaya dan

gaya hidup kumpulan etnik yang lain. Ini kerana, pandangan dan interpretasi negatif pastinya akan

menjerumus mereka ke arah pemikiran etnosentrik. Fenomena-fenomena yang dinyatakan tadi

walaupun tidak serius di kalangan masyarakat Malaysia, namun ianya masih lagi menjadi asas

Page 14: Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010

pertimbangan setiap rakyat dan ini mungkin akan menjadi halangan untuk kita mencapai integrasi

nasional.

3.1 Kajian Kes: Hubungan Etnik dari sudut Natrah Maarof

Pada tahun 1950, Tanah Melayu ketika itu menjadi tajuk utama di dada akhbar seluruh dunia.

Kisahnya adalah mengenai seorang gadis Belanda berusia 12 tahun, Maria Bertha Hertogh atau

nama muslimnya, Natrah Maarof, yang telah dijadikan anak angkat oleh seorang perempuan

Melayu (Che Aminah). Namun telah dikembalikan hak penjagaan kepada ibubapa kandungnya dan

dibawa pulang ke Belanda tanpa kerelaannya6.

Insiden ini telah mencetuskan tragedi malang kepada Tanah Melayu apabila berlakunya rusuhan

oleh orang Melayu yang inginkan Natrah dikembalikan kepada Cik Aminah. Mereka berpendapat

keputusan mahkamah ketika itu tidak adil, memandangkan Natrah telah pun memeluk Islam.

Media-media barat ketika itu melabelkan masyarakat Melayu sebagai golongan yang ekstrim

terhadap agama.

Menurut pengkaji kes Natrah Maarof ini, Datin Fatini Yaakob menjelaskan punca sebenar

masyarakat Melayu ketika itu merusuh bukanlah kerana keputusan mahkamah. Ianya disebabkan

oleh penyiaran gambar Natrah berlutut di hadapan patung ‘Virgin Mary’ oleh akhbar The Straits

Times. Gambar tersebut diulang cetak berkali-kali ke dalam akhbar mereka. Tindakan ini adalah

satu provokasi agama terhadap masyarakat Melayu ketika itu.

6 Tom Eames Hughes, Tangled Worlds, The Story of Maria Hertogh, 1982

Page 15: Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010

Tindakan The Straits Times menyiarkan gambar Natrah tersebut telah dipersoalkan oleh akhbar-

akhbar berbahasa Melayu iaitu Utusan Melayu dan Melayu Raya. Mereka mempersoalkan

kebijaksanaan penyunting berita di The Straits Times, dengan tulisan yang membangkitkan

semangat masyarakat Melayu untuk menentang ketidak adilan tersebut. Maka, berlakulah

kekecohan kaum dan rusuhan di Singapura dan berlanjutan sehingga tiga hari dengan arahan

‘curfew’ oleh pihak berkuasa.

Menurut Datin Fatini yang juga bekas wartawan Dewan Masyarakat, sesungguhnya tragedi ini

adalah satu provokasi terhadap masyarakat Melayu amnya dan muslim khususnya. Beliau juga

mengutarakan persoalan jika seseorang beragama Kristian dipaksa untuk menunaikan solat

sepertimana orang Islam, adakah ini akan mendatangkan provokasi terhadap mereka? Maka, Datin

Fatini menyarankan agar semua kaum di Malaysia menghormati budaya, kepercayaan dan agama

masing-masing.

Generasi muda diingatkan untuk mengambil iktibar melalui kisah Natrah ini yang menjadi topik

hangat akhbar-akhbar di seluruh dunia. Jika dilihat dengan lebih luas, kisah Natrah ini adalah kisah

mengenai pertembungan dunia barat dan dunia timur. Perbezaan di antara dunia barat dan timur

jelas kelihatan melalui agama. Menurut penilaian Datin Fatini, insiden malang ini bukanlah sesuatu

yang harus diperbesarkan dan jika dilihat mengikut konteks sosial, kisah Natrah ini hanyalah

mengenai perjuangan menuntut hak asasi manusia. Perjuangan untuk Natrah memilih untuk

bersama ibu angkatnya, Cik Aminah.

Tindakan media barat ketika itu yang meniup api perkauman adalah selaras dengan dimensi

psikologi hubungan etnik iaitu, rasisme, prejudis, diskriminasi dan etnosentrisme. Sesungguhnya,

masyarakat barat memang terkenal dengan sikap mereka yang amat bangga akan bangsa dan agama

mereka dan mempunyai pandangan yang sinis terhadap bangsa lain terutamanya masyarakat timur.

Page 16: Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010

3.2 Kajian Kes: Hubungan Etnik mengikut konteks penyiaran artikel ‘Tinjauan Al Islam

Dalam Gereja - Mencari Kesahihan Remaja Melayu Murtad’

Ketika Malaysia sedang bergelut dengan jurang perbezaan etnik yang semakin meruncing akibat

Pilihan Raya Umum ke-12, Mac 2008, kita dikejutkan lagi dengan berita provokasi terhadap agama.

Kali ini, kisahnya mengenai penyiaran artikel oleh majalah Al-Islam yang dikatakan menghina

mereka yang beragama Kristian. Isu besar tersebut adalah mengenai dua orang wartawan majalah

tersebut yang menyamar untuk menyiasat dakwaan wujudnya usaha memurtadkan gadis bertudung.7

Dalam artikel ‘Tinjauan Al Islam Dalam Gereja: Mencari Kesahihan Remaja Melayu Murtad’ yang

diterbitkan dalam edisi Mei 2009, wartawan tersebut meluahkan kembali roti suci daripada

mulutnya yang diberikan oleh paderi untuk diambil foto.

Bagi mereka yang beragama Kristian, mereka menganggap ini sebagai satu penghinaan dan

provokasi terhadap agama mereka. Terdapat juga laporan mendakwa perbuatan wartawan itu

sebagai ‘pencerobohan’ satu majlis keagamaan di gereja dan boleh dianggap mempermain-mainkan

ajaran agama tersebut.

Artikel Muhammad Ridhwan Abdul Jalil tentang pengalamannya di dua gereja, termasuk sebuah di

Puduraya, dimuatkan di halaman 28-30 edisi Mei yang menfokuskan isu ‘Al-Islam Masuk Gereja

Cari Gadis Bertudung Murtad’. Bagaimanapun siasatan majalah tersebut tidak menemui isu murtad

seperti khabar angin yang sering kedengaran dalam masyarakat Islam.

7 Abdul Rahim Sabri, Roti Suci seret al-Islam ke balai; MalaysiaKini.com, 2009

Page 17: Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010

Sesungguhnya isu yang berbangkit ini adalah kerana kurangnya kefahaman mereka terhadap

sesuatu etnik dan nilai-nilai serta kepercayaan mereka. Jika kita bertindak untuk memahami sesuatu

kaum dan nilai-nilai mereka, insiden seperti ini sudah pastinya tidak akan berlaku.

Ketidakfahaman kita mengenai sesuatu etnik dan agama mereka sudah pasti mengundang rasa

diskriminasi terhadap mereka. Diskriminasi ini pula mewujudkan prasangka dan sekaligus

stereotaip dalam sesebuah masyarakat. Jika diskriminasi, prasangka dan stereotaip telah menguasai

pemikiran kita, maka dialog antara kaum akan sukar berlaku dan ini menyulitkan lagi proses

integrasi nasional.

4. Strategi terhadap pembinaan integrasi nasional

Bangsa Malaysia tanpa mengira latar belakang etnik, budaya dan agama sememangnya

mengimpikan sebuah negara di mana penyatuan pelbagai etnik tanpa mengira keturunan sama ada

majoriti atau minoriti dan lenyapnya sifat prasangka dan kelakuan diskriminasi terhadap satu sama

lain.

Proses integrasi sangat penting bagi menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui

satu identiti nasional dengan mengekalkan identiti masing-masing. Ini sudah semestinya, akan

menjamin keharmonian, kesejahteraan dan kestabilan dalam masyarakat jika wujud keselarasan dari

segi norma dan nilai.

Tindakan hidup bersama secara aman damai dalam kalangan pelbagai kumpulan etnik dan setiap

kumpulan etnik akan mengekalkan identiti masing-masing. Di Malaysia pluraliti budaya

diperkenalkan bagi menyelesaikan masalah hubungan ras sejajar dengan matlamat kebudayaan

Kebangsaan. Kebudayaan kebangsaan bertujuan merapatkan jurang perbezaan pelbagai kaum agar

Page 18: Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010

semua rakyat dapat bersatu padu bagi membolehkan negara ini muncul dengan identitinya yang

tersendiri.

Di Malaysia, terdapat beberapa prinsip yang tidak termaktub dalam perlembagaan, namun ianya

sangat penting dalam pengukuhan integrasi nasional. Pertama, terdapatnya, persetujuan bersama

bahawa integrasi nasional itu hanya akan wujud apabila setiap etnik dan kaum bersatu-padu di

bawah semangat perpaduan nasional. Kedua, integrasi kaum hanya akan berlaku apabila jurang

ekonomi di antara kaum dikurangkan atau terus dihapuskan. Ketiga, pembangunan dan pelaksanaan

setiap polisi nasional tidak kira sosial, ekonomi, kebudayaan dan aspek-aspek lain haruslah tidak

menjerumus kepada sesuatu etnik dan kaum sahaja. Keempat, prinsip bertolak-ansur di antara

pemimpin setiap kaum dan etnik haruslah dijadikan teras di sebalik pembangunan dan pelaksanaan

polisi nasional.

4.1 Toleransi Budaya

Tiada seumpamanya di dalam dunia ini, kepentingan memelihara toleransi di antara kaum di dalam

sebuah negara berbilang budaya, bangsa dan agama seperti Malaysia. Budaya bertolak-ansur

haruslah dilihat melalui perspektif yang lebih positif. Sebagai contoh, Bahasa Melayu diiktiraf

sebagai bahasa rasmi, manakala bahasa-bahasa lain masih boleh digunapakai secara meluas. Secara

signifikannya juga, budaya Melayu banyak dipraktikkan oleh masyarakat umum dalam kehidupan

seharian dan membentuk asas kebudayaan nasional, manakala kumpulan etnik yang lain pula bebas

mengamalkan tradisi masing-masing. Selain itu, perkongsian nilai dan sambutan bersama perayaan

dapat menyatukan semua kaum dan etnik tanpa mengira latar belakang dalam kehidupan yang lebih

harmoni.

Page 19: Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010

4.2 Toleransi Agama

Toleransi agama atau persetujuan bersama di antara berbilang agama adalah salah satu faktor

penting dalam mewujudkan integrasi kaum. Mungkin ramai yang mengatakan bahawa, sangat

senang untuk bercakap daripada melaksanakannya, namun secara realitinya terdapat pelbagai

cabaran dan halangan, namun kita seharusnya hendaklah selalu bersikap optimis dalam menangani

isu-isu berkaitan agama dan kepercayaan.

Komuniti Melayu-Muslim di Malaysia adalah tunjang utama dalam toleransi agama sepertimana

yang dikehendaki dalam Islam, yang diangkat melalui contoh kota Madinah, sebuah komuniti

berbilang budaya dan agama.

Menurut Piagam Madinah yang diilhamkan oleh Nabi Muhammad S.A.W, kaum Yahudi di

Madinah adalah dibenarkan untuk menjalankan kehidupan seharian mereka mengikut budaya dan

kepercayaan mereka. Orang Islam adalah diingatkan agar berlaku adil dan bertolak-ansur terhadap

mereka yang buakn Islam sepertimana yang diarahkan oleh Allah S.W.T. Ayat berikut menjadi garis

panduan bagi masyarakat Melayu-Muslim dalam interaksi dengan mereka yang beragama lain,

“Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab, melainkan dengan cara yang paling baik,

kecuali dengan orang zalim antara mereka. Dan katakanlah; kami telah beriman kepada (kitab-

kitab) yang diturunkan kepada kami dan juga yang diturunan kepada kamu, dan Rab (Tuhan) kami

dan Rab (Tuhan) kamu adalah satu; dan kami hanya kepada-Nya adalah Muslimun (berserah

diri)”8

8 Al-Quran: Surah al-Ankabut, 29:46

Page 20: Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010

Bagi masyarakat Cina pula, secara sejarahnya mereka telah lama mengamalkan toleransi terhadap

agama dengan komuniti Cina di Tanah Besar Cina memaparkan toleransi agama dalam persekitaran

sosio-budaya yang mengandungi tiga falsafah utama iaitu Taoisme, Konfusiusnisme dan

Buddhisme.

Ketiga-tiga falsafah tersebut telah diamalkan ke dalam kehidupan mereka secara harmoninya.9

Menurut karya tulisannya, Comparative Religion, Drs Sukarji juga menetapkan bahawa,

.

“Di dalam sebuah tragedi kematian seorang pengikut Konfusius; urusan pengkebumian akan

dilaksanakan mengikut kombinasi ketiga-tiga kepercayaan. Keluarga pengikut Konfusius tersebut

akan menyediakan kelengkapan untuk pengkebumian. Manakala seorang sami Buddha akan

membacakan doa dan kalimah-kalimah agama mereka buat si-mati, dan seorang sami Taois akan

menentukan lokasi di mana si-mati akan dikebumikan.”10

Secara dasarnya, toleransi agama sudah sekian lama menjadi sebahagian daripada ketamadunan

Cina. Maka, masyarakat Cina di Malaysia secara semulajadinya dapat mengamalkan toleransi

agama mengikut konteks masyarakat berbilang kaum.

4.3 Dialog antara kaum

Dialog di antara kaum di Malaysia menjadi platform yang tepat bagi mempromosikan sebuah

komuniti yang harmoni dan mencapai persetujuan bersama. Osman Bakar menerangkan peranan

dialog adalah seperti:

9 Geoffrey Parinder, 1975

10 Drs Sukarji, Comparative Religion – Second Edition, First Chapter pg 30-31

Page 21: Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010

“…..menyatukan komuniti yang berbilang kaum bersama dalam mengatasi perbezaan serta satu

desakan agar mereka menerima antara satu sama lain di sebalik perbezaan kepercayaan rohani,

hidup beragama dan ideologi politik”11

Secara idealistiknya, pendekatan ini haruslah diserapkan ke institusi pendidikan dan tidak hanya

terhenti di situ malah diteruskan ke peringkat pengajian tinggi dan seterusnya ke alam pekerjaan.

Walau bagaimanapun, penggunaan dialog untuk mempromosikan pemahaman hubungan antara

kaum hendaklah dirancang dengan teliti bagi mengelakkan perselisihan pendapat yang serius.

Penyertaan bagi dialog ini haruslah seimbang mengikut polarisasi komuniti di Malaysia. Adalah

menjadi keutamaan dalam sesebuah dialog akan terdapatnya percanggahan pendapat dan

adakalanya penerimaan pendapat mengikut keprihatinan bersama.

5. Kesimpulan

Secara umumnya, terdapat ruang dan peluang bagi kita memperbaiki hubungan antara etnik di

Malaysia. Apa yang telah dibincangkan melalui kertas kerja ini hanyalah pemerhatian secara

ringkas mengenai dimensi psikologi hubungan antara etnik di negara ini. Kajian hubungan antara

etnik akan mencerminkan sifat struktur sosial, keadaan sosial dan ikatan sosial masyarakat, darjah

pluralisme sosial dan kebudayaan, punca konflik dan struktur masyarakat bersifat kolonial.

Selain itu, pemahaman kita mengenai hubungan etnik di Malaysia akan membantu perkembangan

sejarah dan kemampuan sosio-ekonomi negara.

Kajian hubungan etnik juga dapat melengkapkan kita dengan kefahaman kita mengenai tahap dan

sumber ketegangan sosial yang berlaku serta memahami gambaran faktor psikologi dalam

menentukan tingkah laku masyarakat; isu prasangka dan diskriminasi.

11 Osman Bakar, 1997

Page 22: Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010

Faktor psikologi seperti salah tanggapan, prejudis, diskriminasi dan banyak lagi, seharusnya di atasi

seawal yang mungkin dengan pendekatan yang tepat.

Keinginan kita untuk memastikan perjalanan konsep 1Malaysia dengan identiti masing-masing di

sebalik kekuatan asas kepelbagaian etnik haruslah bermula dengan kefahaman masyarakat untuk

memahami dan bertoleransi dalam suasana kepelbagaian budaya dan agama. Usaha bagi

merapatkan lagi jurang etnik seharusnya dilaksanakan secara konsisten dan berterusan, bukan

bermusim sahaja. Faktor yang menghalang usaha murni ini haruslah dikenalpasti dan ditangani

dengan bijak.

Keterbukaan minda juga menjadi asas kepada pemupukan hubungan antara kaum di Malaysia.

Ketegangan dan prejudis sedia ada haruslah ditolak ketepi dengan mengadakan dialog atau kaedah

lain dalam mempromosikan integrasi nasional.

Kejayaan dan kesan daripada polisi yang kita laksanakan semenjak Merdeka masih lagi belum

membuahkan hasil yang positif, namun begitu, rakyat Malaysia kini sedang mengalami perubahan

yang drastik.

Kita perlu mencari pendekatan terbaru di sebalik kaedah tradisional yang kita gunakan sekarang,

demi menyesuaikan diri dalam keadaan semasa. Kini, kebanjiran pekerja-pekerja asing yang

kebanyakan mereka berasal dari Indonesia, Kemboja, Vietnam dan banyak lagi telah membawa satu

dimensi baru terhadap hubungan etnik di negara kita. Pekerja-pekerja ini yang berada di dalam

pelbagai sektor pekerjaan juga mengalami proses sosialisasi yang kompleks bersama-sama dengan

komuniti tempatan pada ketika yang sama.

Perubahan drastik ini seharusnya ditangani dengan teliti, tragedi yang melibatkan ketegangan kaum

Page 23: Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010

di antara rakyat tempatan dan warga asing boleh menjerumus kepada kejadian yang serius dan

tidak diingini.

Tragedi seperti kisah Natrah dan penyiaran artikel al-Islam akan terus berada dalam lipatan sejarah.

Namun sejarah adalah sebagai panduan bagi kita dalam mengharungi cabaran dalam kehidupan

berbilang kaum. Sebarang persengketaan dan perselisihan faham haruslah diatasi dengan

berbekalkan kefahaman dan juga toleransi. Tiada gunanya jika kita mencanangkan kepelbagain

budaya dan agama yang ada di negara kita, tapi kita gagal dalam menghargai dan memahami

kepelbagaian tersebut.

Rujukan dan Bibliografi

Adorno, T.W.et.al., 1950. The Authoritarian Personality, New York: Harper

Bakar, Osman, 1997. Islam and Civilizational Dialogue, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti

Malaya

Hughes, Tom Eames,1982. Tangled Worlds, The Story of Maria Hertogh, Singapore

Hussin, Nordin, 2005. Malay Press and Malay politics; The Hertogh Riots in Singapore, ICON,

Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia

Kalat, W.J., 1999. Introduction to Psychology, New York: Wadsworth Publishing Company

Redzuan, Ma’rof, 2001. Psikologi Sosial, Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia and A.

Page 24: Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010

Haslinda, 2002. Psikologi, Kuala Lumpur: McGraw Hill

Sukarji et.al., Jilid II, t.t. Perbandingan Agama, Jakarta: Azam

Parinder, Geoffrey, 1975. Introduction to Asian Religion, New York: Oxford University Press

Page 25: Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010

Lampiran

Transkrip Temuramah bersama Datin Fatini Yaakob mengenai Hubungan Etnik dalam

konteks Natrah Maarof

Transkrip temuramah bersama Datin Fatini Yaacob iaitu penyelidik dan pengkaji kes Natrah

Maarof. Beliau merupakan wartawan /editor majalah Dewan Masayarakat di Dewan Bahasa dan

Pustaka pada tahun 1981 hingga 1993, kemudian menjadi Penulis Bebas pada tahun 1993 hingga

2007, dan pada 2008 sehingga kini, dilantik sebagai Karayawan Tamu UTM. Antara karya-karya

yang telah dihasilkan ialah Natrah, Shamsiah Fakeh, Daim, dan hasil karyanya yang terbaru adalah

Biografi mengenai Tan Sri Ainuddin Wahid.

Generasi muda pun perlu tahu apa dia sebenarnya di sebalik rusuhan. Rusuhan itu berlaku,

rusuhanNatrah yang hebat sehingga surat khabar atau orang-oarang barat memandang kita orang Is-

lam ini, Mcam begitu extreme terhadap agama. Sebenarnya satu kesilapan besar di situ. Kita mesti

clearkan. Orang-orang surat khabar atau kita sebagai penulis mesti memperbetulkan perspektif ini.

Sebenarnya rusuhan itu terjadi bukan kerana keputusan mahkamah. Keputusan mahkamah

dihormati oleh semua orang-orang Islam. Saya meneliti kes itu, jadi saya tahu keputusan mahkamah

diteliti dan dihormati oleh orang-orang melayu Islam pada masa itu, tetapi yang menjadikan

rusuhan itu sebenarnya adalah provokasi surat khabar Straits Time. Minta maaf orang-orang Straits

Time. Bukan New Straits Time, tapi Straits Time yang di bawah penjajah, di bawah British pada

masa itu. Dia membuat provokasi bahawa Natrah itu, dengan gambar dia melutut pada patung Vir-

gin Mary. Itu keluar berkali-kali, bukannya sekali, dua tiga kalikeluar dalam surat khabar. Besar

pula tu, hanya caption story, bukan story besar-besar atau story besar lain, caption story sahaja.

Tidakkah itu mendatangkan kemarahan pada orang-orang melayu,orang melayu marah la. Why u

must provoke, sudah u menang ok la kan,fine. Kenapa nak provoke, dan itu yang dipersoalkan oleh

surat khabar Utusan Melayu, Melayu Raya pada masa itu. Surat khabar Melayu Raya tabloid pada

masa itu, tetaoi berkuasa jugaklah pada masa itu dan Utusan Melayu pada masa itu mempersoalkan

Page 26: Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010

‘kebijaksanaan’ pengarang itu kan, membuat story itu dan create havoc.

Jadi orang melayu memang bangkit merusuh. Sebab rusuhan itu terjadi sehingga curfeuw,

Singapore curfeuw. Saya ingat jika tidak salah, tiga hari dan tidak tahu la jika ada pihak lain

mengambil kesempatan tetapi memang macam itu dan masa itu juga Natrah terpaksa di bawa ke

satu pulau kecil itu, dia balik daripada situ menaiki pesawat, balik. Balik ke Belanda tanpa sempat

mengucapkan selamat tinggal pada suami dia, Che Aminah pun tidak sempat berjumpa.

Kalau sekiranya dipaksakan seorang manusia yang tadi kan, dia menyembah patung Virgin

Mary, terbalikkan secara itu, sekiranya dalam kes yang sama orang Kristian dipaksa kan supaya

sembahyang di situ, apa rasa orang-orang kristian, mesti sensitifkan. Begitulah apa rasa orang-orang

Islam. Jangan provoke, jangan membuat provokasi terhadap agama. Hormatilah agama masing-mas-

ing. Jadi orang muda patut tahu bahawa cerita ini benar.

Kisah ini sebenarnya meletakkan Malaya, pada masa itu dikenali sebagai Malaya, dalam

peta dunia, kisah ini satu dunia. Saya baca surat khabar satu dunia pun pada tarikh yang sama itu,

the whole world bubuh pada story muka hadapan dan perbicaraan mahkamah itu berlangsung begitu

lama dan keluar muka hadapan,muka hadapan perbicaraan itu. Jadi kenapa surat khabar-surat

khabar ini begitu meletakkan interest yang hebat dalam soal ini kerana ada pertembungan banyak di

situ. Pertembungan budaya barat dan timur, pertembungan agama Kristian versus Islam diperbesar-

besarkan di situ, padahal tiada apa-apa pun, tiada apa-apa pun di situ, hanya dipermainkan oleh pi-

hak-pihak yang dibelakang itu. Mungkin orang-orang yang mengambil kesempatan.

Memang besar story itu pada tahun 1950-an. Saya ingat masa saya ditugaskan membuat

cerita ini dahulu, saya ingat apa la story Natrah ini, siapa ingat. Saya ingat kecik sahaja bendanya.

Bila saya baca surat khabar, saya buka, satu dunia. Sebab saya pergi News Paper Library di London.

Saya buka surat khabar Russia, surat khabar Belanda apatah lagi, main isu sensitif ini. Isu provokasi

ini lah. Surat khabar British pun besar dia mainkan isu ini sehingga menjadi keluar pada tajuk yang

sepatutnya lah. Sangat sesitif la jadinya, jadi orang akan memihak kepada Kristian lebih pada Islam,

Page 27: Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010

sudah jadi begitu. Padahal sebenarnya, soal hak asasi manusia bagi saya, saya menganggap itu soal

hak asasi manusia.

Memang story ini dah 20 tahun saya tulis, saya pada tahun 1989 saya mengandung anak

saya, jadi apabila saya hendak tengok balik berapa lama saya dah menulis story ini, saya tengok

umur dia lah. Jadi sudah 20 tahun la story ini, memang generasi muda macam tidak berapa tahu apa

cerita di belakang cerita Natrah ini. Sebenarnya Natrah ini membawa kita mengenali tentang aspeek

undang-undang, celik undang-undang, sama ada undang-undang civil atau undang-undang syariah

dalam tuntutan hak kekeluargaan, maknanya dalam tuntutan anak, hak penjagaan anak atau undang-

undang perkahwinan, macam mana boleh terbatal atau macam mana boleh jadi sah. Jadi dalam kes

Natrah ini sebenarnya undang-undang Islam belum kemas kini, belum kemas, jadi dalam kes Natrah

ini persoalannya ialah apabila kita belum kemas dan kita lemah, kita pergi pula ke negara yang

mengamalkan undang-undang lain, di bawah British Law dan sebagainya dengan sendirinya kita

akan rugi, terbatal semua hak apa yang ada pada kita terbatal. Jadi kelemahannya di situlah.

Kita boleh melihat bahawa kita tidak tahu menilai bagaimana kita boleh mendapat hak kita

melalui undang-undang, penilaian itu kita tidak ada kerana kita tidak faham bagaimana undang-un-

dang boleh memihak kepada kita atau boleh merugikan kita. Kalau kita faham undang-undang sama

ada undang-undang civil atau common law atau undang-undang shyariah jadi kita akan lebih ber-

hati-hati untuk menuntut hak. Sebab saya misalkan ini senang sahaja, kes narini adalah kes anak an-

gkat, anak angkat Belanda, maknanya Che Aminah menyatakan bahawa dia mempunyai bukti-bukti

yang kukuh mengatakan bahawa Natrah, Nadrah sebenarnya kalau diikutkan nama dia, Nadrah,

Kalau ikut surat khabar malayu menulisnya Natrah atau nama sebenarnya Maria Bertha Hertogh, ini

adalah sebenarnya, dia kata ada undang-undang atau ada certain surt pemilikan hak terhadap Natrah

diberikan oleh ibunya sebab bapanya pada masa itu ada di Tjimah di Bandung. Pemilikan itu diper-

olehi di Bandung. Jadi dia kata ada surat itu, tapi surat dia tidak dapat bekalkan pada masa perbi-

caraan tetapi abang dia, abang kepada perempuan itu(Natrah) mengatakan sah pemilikan itu jadi

menanglah. Pada tahap pertama Che Aminah menang. Pada masa perbicaraan kali pertama menang,

Page 28: Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010

tetapi dia tidak menilai sudut undang-undang di situ.

Dia rasa tidak selamat jika Natrah itu sekiranya berada di tangan dia atau di bawah pemilik-

an dia, jadi dia mengahwinkan pula dengan Mansor Adabi. Di situ kahwin itu pula masih boleh ber-

langsung sekiranya di luar daripada British. Maknanya di bawah kawasan undang-undang dia, dia

di bawah common law, jangan di bawah system common law itu, apabila di situ, jatuh kepada com-

mon law, akan terbatal perkahwinan itu sebab dia di bawah umur. Kalaulah perkahwinan itu di buat

di tanah melayu, di luar, di Johor atau di Tambak Johor pun masih boleh, bukan di Singapore. Jadi

Maknanya di situ ialah jangan membiarkan takdir berlaku kerana kebodohan kita, dan janganlah

membiarkan sengsara berlaku kerana kebodohan kita.

Malangnya Natrah tidak boleh memilih kerana dia dianggap bawah umur, di bawah umur 12

tahun. Padahal dia menderita bagi saya, saya menganggap dia menderita seumur hidup kerana dia

dipisahkan pada kasih sayang dia terhadap suami dia walaupun dia baru saja kenal Mansor Adabi

itu, kasih saying dengan mak angkat dia itu kita kena tahu. Kalau ikut hirarki,dia di bawa balik dari

sini dan paksa itu sampai ke airport itu, daripada airport itu lagi dia dikawal sehingga berumur 17

tahun, daripada 12 tahun sehingga 17 tahun dikawal oleh polis di belakang dan di hadapan rumah

dia, pintu belakang dan pintu hadapan. Lepas itu, pergi sekolah, polis sebelah dia, kayuh basikal

sama dengan dia, polis di dalam kelas hari-hari selama 24 jam selama 5 tahun. Sebab itu dia hendak

kahwin cepat. Polis mengikut dia ke mana pergi, 24 jam sehingga dia muak, tak larat hidup, itu satu,

yang kedua dia dipaksakan untuk melupakan Islam dan melupakan segala yang berkaitan dengan

agama itu, lupakan. Dia diambil sejadahnya, telekungnya tiada, Qurannya tiada, semuanya tiada,

takpe juga lagi sebab nak buat macam mana sebab dia memang fall in to that. Dan paling perit

sekali yang dia terpaksa tanggung adalah apabila dia mendapat khabar bahawa Mansor Adabi sudah

berkahwin lain dalam surat khabar, itu sebenarnya.

Bila ditulis dalam surat khabar Mansor Adabi berkahwin, dia terhenyak padahal sebenarnya

story itu adalah, sebenarnya story yang membuatkan Mansor Adabi kahwin lain ialah kerana

Page 29: Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010

Mansor Adabi di hantar atau menerima satu surat mengatakan surat ini daripada Natrah. Dia tulis

dalam surat itu daripada Natrah, padahal surat itu Natrah tidak pernah tulis, ditulis oleh orang lain

mengatakan daripada Natrah. Dia tulis dalam itu “ Saya tidak suka kamu, aku tidak suka balik ke

Singapore” lebih kurang begitu “Sila jangan ingat aku lagi”, perkataan-perkataan yang bias dia tulis

dalam itu yang menyebabkan Mansor Adabi begitu kecewa betul. Dia fight dekat sini untuk pergi ke

Belanda, fight untuk dapat balik isteri dia, tiba-tiba dapat surat itu. Surat itu Natrah tidak pernah

tahu, saya baca surat itu, saya terduduk. Surat itulah yang menyebabkan putus antara dia dengan

Mansor Adabi, surat itu memang purposely ditulis oleh kakak dia (Natrah), sebab ada satu budak

bawa surat itu bagi surat itu pada kakak dia untuk bagi Natrah. Natrah tidak baca pun, tidak tahu,

tidak pernah sampai pun surat-surat itu pada dia. Jadi di tulis oleh kakak dia.

Masakan dia(Natrah) boleh huru-hara di televisyen itu sampai dia boleh bunuh suami dia,

Johan Gerardus Wolkefeld bila dia tengok dokumentari yang Singapore itu, sebab dia tengok ihidup

Mansor Adabi jauh lebih bahagia, lebih besar rumah dia, lebih kaya, lebih mewah berbanding diri

dia. “Kenapa ibu-bapa aku bersusah payah membawa aku ke sini dan hidup aku lebih sengsara” se-

bab dia terpaksa membuka kedai makan, lepas itu kedai makan itu tidak berapa menjadi, susah

hidup dia dengan anak dia yang kecil-kecil itu. Lepas itu dia tengok Mansor dengan senangnya, she

compare their lives, itu yang sakit jiwa dia, memang dia sakit jiwa. Dia masuk hospital sakit jiwa.

Itu sebab saya kata dia menderita lama dalam itu oleh kerana perpisahan itu di buat dengan paksa.

Tadi saya sebut yang pegawai Kebajikan Masyarakat itu, dia menulis satu buku ‘The Tangle

Between Two World’ tajuk buku itu, nipis sahaja di bawah South East Asian Study Singapore, buku

nipis merah. Dia menulis dalam buku itu mengatakan, dia membuat prediction, ramalan dia bahawa

Natrah ini akan menderita seumur hidup kerana paksaan-paksaan yang dikenakan pada dia dan saya

sebagai researcher kemudian 20 tahun selepas dia menulis buku itu mengatakan conform benda itu

benar.

Page 30: Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010

.