hubungan etnik dalam konteks perlembagaan-1

52
Hubungan Etnik Dalam Konteks Perlembagaan NOR HASLINA MOHD NOR HASLINA MOHD

Upload: l-yn-rui

Post on 09-Nov-2015

65 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

etnik usm

TRANSCRIPT

  • Hubungan Etnik Dalam Konteks PerlembagaanNOR HASLINA MOHD

  • PENGENALANMalaysia dilihat sentiasa terdedah kepada ketegangan hubungan antara etnik

    Walau bagaimanapun sejak 1970, berjaya mengelak dari keganasan hubungan antara etnik dan mengurus kestabilan politik dengan baik

    Ini boleh dianggap kerana kejayaan kepimpinan amalan consociationalism dalam masyarakat multi-etnik Malaysia

  • Perpaduan, integrasi dan toleransi adalah aspek yg sangat penting utk dihayati oleh masyarakat Malaysia.

    Perkara-perkara berkaitan isu bahasa, agama, kedudukan istimewa Bumiputera dan kewarganegaraan dalam Perlembagaan Malaysia menjadi faktor penting untuk mewujudkan hubungan etnik yang erat dan utuh kalangan rakyat Malaysia.

  • Menurut Mohamed Suffian Hashim (1987), perkara yang dianggap menguntungkan orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia diimbangi dengan peruntukan lain yang juga memberi hak kepada kaum bukan Bumiputera.

    E.g, i) Perkara yang menetapkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan diimbangi dengan peruntukan kebebasan bagi rakyat bukan Islam untuk menganut dan mengamalkan agama lain dalam suasana aman dan harmoni.

  • ii) Begitu juga perkara yang menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan diimbangi dengan peruntukan bahawa tidak ada seorang pun yang boleh dilarang daripada menggunakan (melainkan dengan maksud rasmi) atau mengajar atau mempelajari bahasa2 lain. Di samping itu, kerajaan mempunyai hak untuk memelihara dan meneruskan penggunaan serta pengajian bahasa sesuatu kaum di Persekutuan.

  • Pendekatan Ke atas Masyarakat Pelbagai Etnik MalaysiaArend Lijphart - Consociational bermaksud pemimpin politik dalam kerajaan mahu mengubah sistem demokrasi dengan pelbagai budaya politik kepada sistem kepimpinan demokrasi yang stabil

    Consociationalism dirujuk sebagai sistem perkongsian kuasa dalam kalangan pelbagai etnik

    Pemimpin mesti bersedia untuk bekerjasama dan bertanggungjawab untuk mempertahankan sistem tersebut

  • Nordlinger - conflict-regulation scheme: bergantung kepada sikap pemimpin politik Milton Esman - avoidance model: mengenepikan isu perkauman yang sensitif dari perbincangan di tempat awam

    Ulasan mengenai pendekatan di atas memperlihatkan bagaimana masalah hubungan etnik cuba diatasi dengan strategi seperti akomodasidation, tawar-menawar dan mengurus konflik yang wujud

  • PERLEMBAGAANPerlembagaan merupakan sebuah dokumen yang mengandungi undang-undang tertinggi dalam usaha mewujudkan satu bentuk pentadbiran yang adil dan saksama.

    Lazimnya ia menjadi panduan yang penting kepada pemerintah sesebuah kerajaan dalam usaha memastikan perencanaan dasar-dasar negara dapat diimplimentasikan dengan baik dan teratur tanpa membawa kepada sebarang percanggahan yang boleh menggugat kedaulatan negara.

  • Perlembagaan bertindak sebagai undang-undang tertinggi dan menjadi punca kepada segala perundangan lain dalam sesebuah negara.

    Semua undang-undang lain tidak boleh bertentangan dengan Perlembagaan. Sekiranya ini berlaku, maka secara automatik terbatallah undang-undang berkenaan.

  • Malaysia seperti sebuah negara berdaulat yang lain juga mempunyai perlembagaannya sendiri sebagai panduan lengkap pentadbiran dan pemerintahan negara.

  • PERLEMBAGAAN PERSEKUTUANPerlembagaan adalah satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan & undang-undang yang dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara moden.Perlembagaan berperanan dalam menentukan bidang kuasa pemerintahan dan hak rakyat. Ia menerangkan kuasa-kuasa yang dipunyai oleh pelbagai anggota negara itu, hak2 yang dipunyai oleh orang-orang yang diperintah dan perhubungan antara yang memerintah dengan yg diperintah. Ia mengandungi satu set hak, kuasa & prosedur yang mengawal hubungan antara autoriti awam dalam sesebuah negara, dan antara autoriti awam dengan rakyat.

  • Malaysia merupakan sebuah persekutuan yang berlandaskan perlembagaan bertulis sebagai undang-undang tertinggi. Ia mengamalkan sistem kerajaan persekutuan, dan mengandungi 13 buah kerajaan negeri serta Wilayah Persekutuan.

    Malaysia mengamalkan sistem kerajaan demokrasi berparlimen dengan Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Negara. Kuasa dibahagikan antara sebuah Kerajaan Pusat (Persekutuan) dengan 13 buah Kerajaan Negeri.

  • Perlembagaan Persekutuan yang wujud hari ini adalah berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.

    Setiap negeri pula mempunyai perlembagaan masing-masing yang menentukan corak pemerintahan negeri berkenaan.

    Perlembagaan Persekutuan mengandungi 181 Perkara yang dibahagikan kepada 14 Bahagian.

  • Perlembagaan Persekutuan mempunyai berbagai-bagai perkara seperti kebebasan asasi rakyat, kewarganegaraan, badan perundangan, badan pemerintah, badan kehakiman, kewangan, pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, kedudukan istimewa orang Melayu, tanah, pembangunan negara, perkhidmatan awam dan pilihan raya.

    Keistimewaan Perlembagaan ini adalah beberapa nilai kompromi yang sukar dilihat dalam konteks negara lain seperti isu bahasa, agama, kewarganegaraan dan hak etnik tertentu

  • CIRI-CIRI PERLEMBAGAANPerlembagaan Malaysia mempunyai ciri2 asas berikut:Sebagai negara raja berpelembagaanSebagai negara demokrasi berparlimenPerlembagaan memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan, tetapi dengan jelas menjamin kebebasan beragamaPerlembagaan memperuntukkan ketinggian perlembagaan dan kebebasan undang-undangPerlembagaan memperuntukkan pengasingan kuasa ketiga-tiga cabang kerajaan (eksekutif, legislatif dan kehakiman)

  • Terdapat beberapa unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia iaitu Kesultanan Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu dan Keistimewaan Orang Melayu.

    Unsur-unsur ini penting kerana ia menjamin kestabilan politik dan sistem pemerintahan yang cekap lagi adil.

    Unsur2 tradisi ini dikekalkan kerana ia dapat menjamin negara kita dalam keadaan stabil dan rakyat dapat mengecapi kehidupan yang lebih selamat dan sejahtera.

  • PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN SEBAGAI MEKANISME PERPADUANPerlembagaan Persekutuan Tanah Melayu digubal oleh Suruhanjaya Reid di ambang mencapai kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos, 1957.

    Pembentukan Perlembagaan Persekutuan adalah berdasarkan faktor latar belakang budaya masyarakat tempatan yang terdiri daripada pelbagai kaum.

  • Di samping itu, ia merupakan hasil tolak ansur antara kaum-kaum Melayu, Cina dan India demi untuk menjamin kestabilan dan perpaduan.

    Ia sejajar dengan syarat pihak Inggeris yang hanya akan memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu sekiranya wujud perpaduan kalangan pelbagai kaum.

  • Antara perkara asas yang dipersetujui bersama ialah:Kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negaraBahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaanRaja-raja sebagai tonggak pemerintahHak-hak istimewa orang MelayuKaum-kaum lain mendapat keistimewaan dari segi kewarganegaraan yang membolehkan mereka mendapat layanan yang sama dengan masyarakat tempatan.

  • Kedudukan istimewa orang Melayu diseimbangkan dengan kepentingan sah kaum-kaum lain termasuklah hak-hak untuk mendapat kewarganegaraan Malaysia, hak untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing, hak untuk menggunakan bahasa ibunda dan hak untuk mendapat layanan yang sama rata. Seperti juga kedudukan istimewa orang Melayu, hak2 ini juga dibatasi oleh beberapa peruntukan dalam Perlembagaan.

  • SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN MALAYSIAPerlembagaan Malaysia yang ada pada hari ini dipengaruhi oleh beberapa siri peristiwa sejarah Malaysia.Sepanjang tempoh era penjajahan, o/Melayu sentiasa bangkit menentangSelain perjuangan berdarah, perjuangan juga digerakkan melalui semangat kebangsaanMenjelang abad ke 20, muncul pertubuhan2 spt Kesatuan Melayu Singapura, Kesatuan Melayu Perak dll.Juga media massa sbg medium perjuangan spt Utusan Melayu, Majlis, Al-ImamMuncul tokoh2 spt Rahim Kajai, Ibrahim Yaakob, Pak Sako dll

  • MALAYAN UNION (MU)Selepas Jepun menyerah kalah dan British dtg semula ke Tanah Melayu, Parlimen British telah meluluskan MU pd 10 Oktober 1945

    Sir Harold Mac Michael dilantik wakil British utk dptkan t/tangan Raja2 Melayu

  • SEBAB PENUBUHAN MALAYAN UNIONUtk menyatukan negeri2 & meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran. Negeri2 spt Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu memerlukan perbelanjaan yg besar dan sistem pentadbirannya adalah terpisah

    2. British menyimpan perasaan anti-Melayu kerana o/Melayu berkerjasama dgn Jepun sebelum ini dan pengenalan MU dpt melemahkan kuasa org Melayu terutamanya Raja2 Melayu

    3. Menjadi asas kpd British utk masyarakat tempatan memerintah negara sendiri

  • CIRI-CIRI MALAYAN UNIONSemua negeri Melayu kecuali Singapura disatukan di bwh pemerintahan Gabenor British. Gabenor ini pula dibantu oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis UndanganSingapura dijadikan tanah jajahan berasinganKedaulatan raja2 Melayu dihapuskan. Sultan hanya berkuasa & boleh bersuara dlm soal yg menyentuh agama Islam dan adat istiadat Melayu shjHak kerakyatan yg sama bg semua org tanpa mengira bangsa & keturunan. Bg yg telah menetap di TM sblm MU, boleh jd w/negara secara automatik jika berumur 18 tahun ke atas & telah menetap 10 tahun.

  • SEBAB-SEBAB PENENTANGAN ORANG MELAYUKuasa Raja2 Melayu dilenyapkan dlm urusan pentadbiran negeri & hanya berkuasa dlm soal agama Islam, adat istiadat Melayu & mengetuai Majlis Penasihat Melayu.Singapura dipisahkan dr MU & ia kekal sbg tanah jajahan InggerisHak kerakyatan diberikan berdasarkan prinsip Jus Soli iaitu penduduk asing yg telah bermastautin lebih 10 tahun & lahir selepas MU, automatik jd w/negaraHak sama rata kpd semua w/negara tanpa mengira bangsa iaitu penduduk peribumi tidak memiliki apa2 keistimewaanCara Sir Harold Mc Michael mendptkan t/tangan raja2 Melayu yg menggunakan cara paksaan & ugutan, spt Sultan Kedah yg telah diberi kata dua iaitu menandatangani persetujuan MU @ dilucutkan dari takhta pemerintahan.

  • Penentangan MUJanuari 1946-Alor Setar, 50,000 org Melayu mengadakan demontrasi10,000 org di Kelantan10 Februari 1946- Johor, lebih 150,000 adakan demontrasiTapi MU tetap diisytiharkan pd 11 April 1946 & Sir Edward Gent sbg gabenor pertamaOrg Melayu pulaukan majlis pengisytiharan itu dan akhirnya British mengalah dgn menggantikan MU kpd Persekutuan Tanah Melayu.British sedar tanpa sokongan org Melayu MU akan gagal.

  • PENUBUHAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYUBritish tubuhkan j/kuasa Kerja pd Julai 1946 yg terdiri drpd 4 wakil raja2 Melayu, 2 wakil UMNO dan 6 pegawai BritishJ/kuasa ini bertanggung jawab merangka sebuah perlembagaan baru yg boleh diterima oleh org MelayuKemudian, British tubuhkan pula Jawatankuasa Perundingan pd Disember 1947- terdiri drpd org Eropah, Cina dan India, tujuannya utk dptkan pdgn org bukan Melayu mengenai perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.Persekutuan T/Melayu diisytihatkan pd 1 Februari 1948

  • CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU9 neg Melayu terlibat dlm persekutuan termasuk PP & Melaka. Singapura kekal menjd tanah jajahan yg berasingan.Kerajaan Persekutuan T/Melayu akan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British & dibantu oleh Majlis Undangan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Persekutuan.Majlis Mesyuarat Persekutuan akan dianggotai oleh 17 ahli iaitu 7 ahli majlis rasmi, 7 ahli tidak rasmi dan 3 ahli ex-officio.Majlis Undangan Persekutuan dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Tinggi yg terdiri drpd:14 ahli rasmi9 org Yang Dipertua Majlis Undangan Negeri2 wakil Majlis Mesyuarat Negeri Melaka & PPinang50 ahli tidak rasmi yg mewakili kaum2 asing

  • Sultan2 diberi semula hak & kuasa memerintah tetapi dgn nasihat Majlis Mesyuarat Negeri dan Majlis Undangan NegeriSyarat kewarganegaraan diketatkan iaitu seseorg pemohon mestilah lahir di T/Melayu & tlh bermastautin selama 8 12 tahun. Seorg pemohon asing mestilah bermastautin selama 15 tahun . Umur minimum bg kedua2 situasi tersebut adalah 18 tahun & mempunyai pengetahuan BMelayu yg baik.Org Melayu diberi hak keistimewaan sbg kaum bumiputera dan mempunyai perwakilan terbesar dlm Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

  • Merintis kemerdekaanPilihan raya 1: 1 Disember 1951, utk pilih wakil2 dlm Majlis Perbandaran PPinang UMNO & MCA bergabung membentuk PERIKATAN menang semua kerusi yg dipertandingkan (9) Pilihan raya 2: Februari 1952, pemilihan utk Majlis Perbandaran Kuala Lumpur 12 kerusi dipertandingkan Perikatan menang 9, 3 IMP & calon bebas 1953: Perikatan cdgkan British buat p/raya utk seluruh T/Melayu 1955: PILIHAN RAYA UMUM 1 (52 kerusi)8 parti bertandingPerikatan menang 51PAS menang 1 (di Kerian, Perak)

  • Kemenangan PERIKATAN menjadi bukti kpd Inggeris bhw org Melayu & bukan Melayu boleh berkerjasama.Inggeris pula mensyaratkan bhw kemerdekaan akan hanya diberikan sekiranya rakyat negara ini bersatu padu & berkerjasamaSebelum p/raya, MCA & MIC bukanlah parti politik tapi lebih bermotifkan menjaga kebajikan & kepentingan kaum masing2.Pelawaan org Melayu menggambarkan sifat keterbukaan mereka & sedia berkorban, rela kongsi kuasa & toleransi demi perpaduan.Melalui p/raya umum 1 (1955) pengorbanan & kompromi UMNO cukup besar. Perikatan yg didominasikan oleh UMNO sepatutnya boleh membentuk kerajaan tanpa perlu bergabung dgn MCA & MIC. Tetapi hal ini tidak dilakukan.

  • Januari 1956: rombongan 8 org wakil berangkat ke London. 4 wakil Raja Melayu & 4 wakil Perikatan.Diketuai Tunku Abdul Rahman. Wakil Raja2 Melayu:En.Abdul Aziz Hj Abdul Majid (MB Selangor)Datuk Mohammad Seth Mohammad Said (MB Johor)Datuk Nik Ahmad Kamil Hj Mahmood (bekas MB Kelantan)Wakil Perikatan:Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj (Ketua Menteri & Menteri Hal Ehwal Dlm Negeri) selaku KETUADatuk Abdul Razak Hussain (Menteri Pelajaran)Kol.H.S.Lee (Menteri Pengangkutan)Dr.Ismail Datuk Abdul Rahman (Menteri Hasil Bumi)SETIAUSAHA: T.H.Tan

  • Rundingan berlangsung mulai 18 Januari 8 Februari 1956 (3 minggu)Hasilnya: 8 Feb 1956 t/tangan Perjanjian London:British berikan kemerdekaan Tanah Melayu pd 31 Ogos 1957T/Melayu berada dlm lingkungan Komanwel & menjlnkan pemerintahan scr demokrasiBritish mendpt hak menempatkan tenteranya di Tanah MelayuSebuah badan bebas ditubuhkan bg menggubal Perlembagaan T/Melayu iaitu Suruhanjaya ReidJawatan S/usaha Kewangan & Pengarah Gerakan akan diganti dgn Menteri Kewangan & Menteri Pertahanan, & dipegang oleh rakyat tempatan.

  • Perlembagaan Persekutuan T/Melayu tlh digubal oleh Suruhanjaya Reid yg ditubuhkan 1956.Keahliannya:Lord Reid (British)Sir Ivor Jennings (British)Sir William Mckell (Australia)B.Malik (India)Hakim Abdul Hamid (Pakistan)S/jaya ini tlh meminta cdgn & pdgn parti2 politik, org ramai, individu2 & Raja2 Melayu.Jadi, Perlembagaan Malaysia sekarang tlh mendpt persetujuan & pdgn semua rakyat. Inilah yg dikatakan KONTRAK SOSIAL (Social Contract), Gentlemen Bargaining,, Merdeka Compact atau Alliance Formula

  • KONTRAK SOSIALPersefahaman semua kaum, Melayu dan bukan Melayu bersetuju atas beberapa perkara yg sangat penting kpd kestabilan negara.Melalui Kontrak Sosial ini, org bukan Melayu tlh diberikan hak kewarganegaraan yg longgar berasaskan prinsip Jus Soli (pengecualian tentang perlunya mengetahui bahasa Melayu bg bukan Melayu)Org Melayu pula diperuntukkan dlm perlembagaan mengenai agama Islam, Bahasa Melayu dan kedudukan istimewa org Melayu serta kedudukan Raja-raja Melayu.Perlembagaan Malaya ini diisytihatkan pd 31 Ogos 1957, diperbaharui a/bila Singapura, Sabah & Sarawak bergabung membentuk Malaysia pd 16 September 1963

  • UNSUR-UNSUR TRADISI PERLEMBAGAAN & KONTRAK SOSIALUnsur2 tradisi adalah faktor penting utk mewujudkan identiti Malaysia & memupuk persefahaman ke arah perpaduan.Ia juga kontrak sosial yg tlh disepakatiUnsur2 tradisi ini meliputi bahasa, agama, kedudukan istimewa org Melayu & bumiputera Sabah Sarawak & pemerintahan berajaIa berperanan menstabilkan sistem politik negara.Dilindungi di bawah Akta HasutanDianggap sbg isu sensitif yg dilarang dijadikan isu perbincgn awam

  • PERLEMBAGAAN MALAYSIA: perkara-perkara yg menyentuh Hubungan EtnikPerkara 3 (1) Islam sbg ugama bagi Persekutuan Perkara 8: persamaan & hak sama rata & pengecualian peruntukan ini dlm soal agama, kedudukan istimewa org Melayu dan seumpamanya.Perkara 10(4): batasan hak kebebasan bersuara drpd menyentuh kedudukan Raja-raja, Islam, org Melayu, kewarganegaraan & seumpamanya.Perkara 38: kuasa Majlis Raja2 menghalang parlimen membuat undang2 yg menyentuh kedudukan Raja2 Melayu, org Melayu, Islam & bahasa Melayu

  • Perkara 150 (6) : kedudukan agama Islam, adat istiadat Melayu dan bumiputera Sabah Sarawak, kewarganegaraan meskipun dlm keadaan darurat.Perkara 152 : kedudukan bahasa Melayu sbg bahasa kebangsaan tanpa menafikan hak2 bangsa lain menggunakan bahasa mereka.Perkara 153: kedudukan istimewa orang2 Melayu tanpa menafikan kedudukan yg sah kaum lain.

  • Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak(Perkara 153)Hak ini meliputi jawatan dlm perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain yg diberikan.Tp perkara ini juga melindungi kaum2 lain iaitu yang DiPertuan Agong bertanggung jawab melindungi hak2 mereka yg sah menurut peruntukan lain

  • RASIONAL PERKARA 153Kontrak sosial berjaya atas dasar toleransi yg tinggi antara org Melayu dan bukan Melayu.Org Melayu terima prinsip Jus Soli dan bukan Melayu menerima hakikat hak keistimewaan org Melayu.Hasil prinsip ini 800,000 org Cina tlh diberi hak kerakyatan W/pun pd ketika itu kesetiaan sebilangan besar org bukan Melayu terhadap Persekutuan Tanah Melayu boleh dianggap meragukan disebabkan dasar pecah dan perintah oleh Inggeris.

  • 3 perkara dlm Perkara 153Perkhidmatan AwamTanggung jawab YDPA utk menentukan rezab org melayu dan bumiputera SS dgn memperuntukkan satu kadar bilangan jawatan dlm perkhidmatan awam persekutuan yg baginda fikirkan perlu.Tp YDPA tidak boleh melucutkan sesiapa juga apa2 jawatan awam yg disandang olehnya.Hal yg sama juga, semua org tidak kira bangsa yg menyandg jawatan dlm perkhidmatan awam mestilah diberi layanan yg adil & baik dr segi kenaikan pangkat, gaji dan kebajikan yg lain.Justeru, adalah rasional bg merezabkan utk org Melayu dan bumiputera suatu kadar bilangan dlm perkhidmatan persekutuan kerana semasa zmn penjajah & di awal kemerdekaan, sedikit sangat bilangan org Melayu yg bekerja dgn kerajaan.

  • 2. EkonomiRata2 org Melayu yg terdiri golongan pesawah, penoreh getah dan nelayan berada dlm kemiskinan iaitu 64.8% berbanding bukan Melayu iaitu 26% pd 1970.Ini menunjukan majoriti org Melayu adalah miskin terutama di luar bandar.Ini adalah kesan penjajahan Inggeris- org Melayu hanya jd pemerhati kpd kepesatan ekonomi di Tanah Melayu/Malaysia.Matlamat utk mencapai 30% pemilikan kekayaan neg (di kalangan org Melayu) belum tercapai.Org Melayu masih kurg menceburi perniagaan Org Melayu masih perlu dibantu dan dibimbing.Maka Perkara 153 wajar diguna utk mencapai tujuan ini iaitu dgn memberi lesen perniagaan dan premis perniagaan yg strategik

  • 3. PendidikanPenjajah tlh meninggalkan sistem pendidikan yg terus mengekalkan org Melayu dlm kemiskinan.Sistem pendidikan Inggeris pd masa itu sekadar utk menjdkan petani Melayu yg lebih baik drpd i/bapa mereka.Keadaan sekolah org Melayu juga begitu teruk, tanpa perabot yg cukup, kekurangan buku teks dan bahan bacaan serta i/bapa Melayu sudah hilang kepercayaan terhadap sekolah Melayu.1970: bilangan pelajar bumiputera di IPTA (ijazah pertama) dlm negara adalah 40.2% berbanding non-bumi 56.2% - contoh, di UMPeratusan pelajar Melayu dlm bidg sains juga rendah

  • Golongan profesional b/putera (arkitek, akauntan, jurutera, doktor, juruukur, peguam) pd 1970 hanya 4.9% atau 225 org.Berbanding non-bumi iaitu 84.3% dan sehingga kini bumiputera masih kekal ketinggalan (tahun 1995: 33.1% berbanding Cina 52.4% )Akhir 2002 jumlah profesional b/putera meningkat scr purata sbyk 39%, namun ia masih lagi tertinggal jika dibandingkan non-bumi.w/pun termaktub hak keistimewaan b/putera dlm pendidikan tetapi kerajaan tidak menghapuskan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, apabila neg merdeka hingga sekarang

  • Toleransi dlm pendidikan juga berlaku di peringkat menengah dan tinggiCon: sekarang terdpt 60 sekolah menengah harian Cina yg terus gunakan bahasa Cina sbg bahasa pengantar. Ia seperti mencabar kedudukan bahasa Melayu sbg bhs kebangsaan & ia bertentangn dgn Penyata Razak 1956.Bg org Melayu pula, kewujudan sekolah berasrama penuh, sekolah menengah kebangsaan agama, MRSM dan matrikulasi dikhususkan kpd org Melayu.Namun keistimewaan ini turut diberikan kpd bukan Melayu a/bila kerajaan benarkan mereka memasuki MRSM dan matrikulasi dgn kuota 10%.

  • Di peringkat tinggi, setiap kaum mempunyai institusi pendidikan tinggi masing2:UiTM: Melayu & bumiputeraKolej Tafe: utk org IndiaKolej Tunku Abdul Rahman(KTAR) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR): utk org CinaKuota kemasukan IPTA 55:45Mengikut statistik, drpd ratusan ribu pelajar IPTS, hanya kira2 20% pelajar bumiputera.Manakala jika dipecahkan jumlah pelajar IPTA antara bumiputera dan non-bumi, bilangan mereka 60% & 40%Tetapi di IPTS bilangan buiputera hanya 20%Ini belum diambilkira pelajar di luar negara yg tentunya didominasikan oleh non-bumi.

  • Kerajaan menubuhkan lebih byk IPTS bg memberi peluang semua kaum mendpt pendidikan tinggi. Tanpa dikenakan kuota.IPTS juga diberi kelonggaran dgn menjdkan bhasa Inggeris sbg bahasa pengantarKeistimewaan kuota juga telah ditarik balik a/bila kerajaan perkenalkan sistem meritokrasi.Pemberian biasiswa yg byk kpd bumiputera juga tidak harus menimbulkan rasa kurg senang non-bumi kerana selepas tahun 90-an, pemberian biasiswa tlh ditukar kpd pinjaman pendidikan boleh ubah (mengikut keputusan pelajar)

  • Terkini; semua pelajar perlu membuat pinjaman pendidikan melalui PTPTN.Sewajarnya bumiputera mendpt kelebihan kerana byk lagi yg keciciran dlm pendidikan dan ekonomi.W/pun termaktub dlm perlembagaan hak istimewa bumiputera tetapi mereka sanggup berkongsi dgn kaum lain demi kelansungan perpaduan.Ternyata kedudukan istimewa org Melayu & bumiputera masih belum berupaya meningkatkan taraf hidup (ekonomi dan pendidikan)

  • RASIONAL PERKARA 152Rasional pemilihan bahasa Melayu sbg bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu telah menjd lingua franca di Nusantara sejak berabad lamanya, lebih mudah dipelajari dan bersifat lebih kekal dr segi istilah dan sebutan berbanding bahasa lain.Pd 1914, Sultan Johor pernah mengutus surat kpd Gabenor Singapura dlm bahasa Melayu.Pegawai2 Eropah yg memegang lebih 95% jawatan Kumpulan 1, perlu pelajari BMelayu, ambil ujian BMelayu dan perlu lulus. Barulah boleh ditempatkan di Tanah Melayu.Jelas BMelayu telah diterima sbg bhs rasmi sejak sebelum dan semasa zmn penjajah.

  • RASIONAL PERKARA 3Islam dipilih sbg agama rasmi kerana ia telah bertapak lebih 500 tahunSemasa penjajahan Inggeris, kedudukan agama Islam langsung tidak diganggu dan Inggeris menyerahkan urusan agama Islam kpd Raja2 Melayu.Islam juga diterima sbg agama persekutuan sesuai dgn takrif Melayu dlm Perkara 60Sebelum penjajahan Inggeris, negeri2 Melayu tlh menggunakan undang2 Islam.Con: kes Ramah lawan Laton. Mahkamah Rayuan Selangor memutuskan undang2 Islam ialah undang2 negeri dan mahkamah hendaklah mengiktiraf dan menggunakan undang2 tersebut

  • Hak penganut agama lain ialah: Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri Menubuh dan menyelenggara institusi bg maksud agama atau khairat Memperolehi dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirnya mengikut undang2