kuliah 8 9 pembangunan politik dalam konteks hubungan etnik

37
1 PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK Kuliah 8 dan 9

Upload: mohd-nasarizal-nazaruddin

Post on 07-Jun-2015

8.152 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kuliah 8 9 Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik

1

PEMBANGUNAN POLITIK DALAM

KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

Kuliah 8 dan 9

Page 2: Kuliah 8 9 Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik

2

Pendahuluan

Malaysia mempunyai penduduk berbilang kaum dengan latar belakang sejarah, keturunan, budaya, agama dan kepercayaan serta cara hidup dan nilai hidup yang berbeza. Dasar penjajah British telah menggalakkan kemasukan imigran asing (dari China dan India) ke Malaysia pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 untuk mengembangkan sistem ekonomi penjajah. Orang Cina digalakkan datang kerana keperluan sebagai tenaga buruh di sektor perlombongan bijih timah. Orang India sebagai sumber tenaga buruh dalam sektor perladangan.

Page 3: Kuliah 8 9 Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik

3

Kedua-dua sektor ekonomi (perlombongan & perladangan) adalah tulang belakang ekonomi British di negara ini.

Kehadiran imigran asing telah melahirkan masyarakat berbilang kaum di Malaysia; setiap kaum dipisahkan dengan kegiatan ekonomi, tempat tinggal dan sistem persekolahan yang berbeza.

Kepelbagaian etnik di Malaysia telah mempengaruhi dan mencorakkan pembangunan politik di negara ini.

Page 4: Kuliah 8 9 Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik

4

Daripada lahirnya kesedaran politik di kalangan penduduk yang mempunyai haluan berbeza antara satu kaum dengan lain sehingga wujudnya parti-parti politik bercorak perkauman.

Kemudiannya berkembang ke arah penyatuan politik antara etnik di Malaysia.

Page 5: Kuliah 8 9 Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik

5

Perkembangan Politik Kepartian Melayu, Cina & India

Sebelum penubuhan parti-parti politik, kesedaran politik di kalangan penduduk berbilang kaum telah lahir. Di kalangan orang Melayu, telah bermula kesedaran berteraskan keagamaan, kemudian berkembang kepada pembentukan persatuan kenegerian dan seterusnya pertubuhan bercorak politik sebelum penubuhan parti politik. Kesedaran politik orang Cina dan orang India berteraskan kepada pergolakan politik di negara China & India sebelum lahirnya parti politik kaum itu sendiri di Tanah Melayu.

Page 6: Kuliah 8 9 Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik

6

Kesedaran Kebangsaan & Politik Orang Melayu

Kesedaran kebangsaan di kalangan orang Melayu dapat dikesan sejak zaman Kesultanan Melaka, apabila bermulanya penjajahan Portugis ke atas Melaka pada tahun 1511. Telah berlaku penentangan penduduk & pemimpin tempatan terhadap penjajahan & perjuangan untuk mempertahankan bangsa & kerajaan. Perjuangan penduduk & pemimpin tempatan diteruskan untuk menentang penjajah British pada tahun-tahun berikutnya di negeri-negeri Melayu.

Page 7: Kuliah 8 9 Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik

7

Pada awal abad ke-20, telah lahir kesedaran berteraskan agama di kalangan orang Melayu.

Kesedaran itu wujud hasil daripada pengaruh gerakan islah di Asia Barat terhadap sekumpulan ulama dari Tanah Melayu.

Mereka ini dikenali sebagai Kaum Muda dalam masyarakat Melayu.

Page 8: Kuliah 8 9 Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik

8

Golongan ini bukan sahaja mengajar di rumah, surau & masjid, tetapi juga mendirikan sekolah agama yang dikenali sebagai madrasah.

Antaranya:

Madrasah al-Iqbal al-Islamiyah di Singapura pada tahun 1908

Madrasah al-Hadi di Melaka pada tahun 1917

Madrasah al-Masyur di Pulau Pinang.

Madrasah ini telah berjaya melahirkan tokoh politik Melayu yang penting seperti Dr. Burhanuddin al-Helmi.

Page 9: Kuliah 8 9 Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik

9

Sehingga tahun 1930 belum wujud sebuah pertubuhan yang dapat memperjuangkan kepentingan politik orang Melayu.

Yang wujud hanya pertubuhan dan persatuan yang bertujuan melahirkan kesedaran orang Melayu supaya memajukan diri mereka dalam aspek sosioekonomi.

Page 10: Kuliah 8 9 Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik

10

Antaranya Kesatuan Melayu Singapura (KMS) ditubuhkan pada 14 Mei 1926 oleh sebilangan orang Melayu Singapura yang berpelajaran Inggeris. Perjuangan utama KMS adalah untuk memperbaiki kedudukan sosioekonomi orang Melayu & memupuk kecenderungan mereka dalam bidang politik.

Page 11: Kuliah 8 9 Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik

11

Perjuangan politik yang jelas di kalangan orang Melayu berlaku pada akhir tahun 1930-an. Pada Mei 1937, golongan nasionalis yang berpendidikan Melayu & dipengaruhi oleh gerakan nasionalis Indonesia telah menubuhkan parti politik iaitu Kesatuan Melayu Muda (KMM) di Kuala Lumpur yang dipimpin oleh Ibrahim bin Haji Yaakob. Pertubuhan ini didaftarkan sebagai satu pertubuhan yang sah pada Ogos 1938.

Page 12: Kuliah 8 9 Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik

12

KMM adalah pertubuhan politik Melayu yang pertama di Tanah Melayu.

Penubuhannya adalah hasil kesedaran sekumpulan nasionalis Melayu tentang perlunya penyatuan di kalangan orang Melayu.

Warta Malaya telah menjadi lidah perjuangan KMM.

Page 13: Kuliah 8 9 Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik

13

Kesedaran Dan Kegiatan Politik Orang Cina

Berbeza dengan orang Melayu, kegiatan politik orang Cina dan India di Tanah Melayu berdasarkan kepada peristiwa politik di negara asal mereka, China dan India. Ini kerana kedatangan mereka ke Tanah Melayu pada awalnya hanyalah untuk mencari kekayaan sebelum kembali ke negara asal mereka.Budaya berpersatuan telah diamalkan oleh orang Cina sejak di China.

Page 14: Kuliah 8 9 Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik

14

Penghijrahan mereka ke Tanah Melayu turut membawa bersama pertubuhan atau persatuan sulit bagi tujuan melindungi kepentingan ahli kumpulan ketika berada di sini. Kewujudan kongsi gelap Hai San dan Ghee Hin di kawasan lombong di negeri-negeri pantai barat seperti di Perak dan Selangor merupakan bukti jelas wujudnya kesedaran mereka untuk berpersatuan.

Page 15: Kuliah 8 9 Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik

15

Kesedaran Dan Kegiatan Politik Orang

India

Secara umumnya, sebelum Perang Dunia Kedua, masyarakat India boleh dikatakan tidak aktif dalam politik. Ini disebabkan kebanyakan mereka di ladang-ladang yang jauh dari arus pembangunan. Keadaan ini menyekat mereka daripada memahami perubahan politik di India mahupun Tanah Melayu.

Page 16: Kuliah 8 9 Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik

16

Terdapat sekumpulan kecil orang India yang tinggal di kawasan bandar sudah mempunyai kesedaran politik. Mereka terdiri daripada golongan peniaga dan profesional. Mereka lebih cenderung kepada politik negara India dan kegiatan politik golongan ini dipengaruhi oleh pergolakan politik di India.

Page 17: Kuliah 8 9 Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik

17

Penubuhan Parti Politik Melayu, Cina Dan India

United Malays National Organisation (UMNO) ditubuhkan oleh orang Melayu kesan daripada bantahan terhadap rancangan Malayan Union yang diperkenalkan oleh British pada tahun 1946. Antara 1 - 4 Mac 1946, 41 pertubuhan Melayu dari pelbagai bahagian Tanah Melayu dan Singapura berhimpun di Kelab Selangor, Kuala Lumpur, untuk membantah perlembagaan Malayan Union.

Page 18: Kuliah 8 9 Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik

18

Pada 11 Mei 1946, persetujuan dicapai untuk membentuk UMNO atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR). Kelahiran UMNO adalah hasil cetusan semangat kebangsaan orang Melayu dalam memperjuangkan kepentingan dan hak-hak mereka di bawah Rancangan Malayan Union.

Page 19: Kuliah 8 9 Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik

19

Melihat kepada perkembangan politik di Tanah Melayu, orang Cina menubuhkan parti mereka.

Penubuhan Malayan Chinese Association (MCA) dimulakan pada satu majlis makan malam di rumah Yong Shook Lin pada 15 Disember 1948.

Pada peringkat awal, MCA lebih menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sosial dalam membantu orang Cina menghadapi zaman Darurat di Tanah Melayu.

Page 20: Kuliah 8 9 Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik

20

Orang India menubuhkan Malayan Indian Congress (MIC) pada Ogos 1946.

MIC diketuai oleh John A. Thivy (1946-1947).

Penubuhannya bertujuan untuk membantu dan memperjuangkan kepentingan politik, ekonomi dan sosial orang India di Tanah Melayu.

Page 21: Kuliah 8 9 Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik

21

UMNO berjaya mencapai kesepakatan dengan Malayan Chinese Association (MCA) dalam membentuk Perikatan UMNO-MCA dalam menghadapi persaingan politik di Tanah Melayu.

Kerjasama itu kemudian diperkukuhkan dengan penyertaan Malayan Indian Congress (MIC) pada tahun 1954 dan membentuk Perikatan UMNO-MCA-MIC.

Perikatan telah berjaya dalam pilihanraya & dapat mengukuhkan kedudukannya ke arah memperjuangkan berkerajaan sendiri dan kemerdekaan bagi Tanah Melayu.

Page 22: Kuliah 8 9 Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik

22

Kemenangan Perikatan UMNO-MCA-MIC menunjukkan aliran politik yang bukan bercorak perkauman mula diterima oleh penduduk Tanah Melayu.

Kemenangan ini membuka jalan yang lebih luas bagi Perikatan untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada pemerintahan British.

Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Pencapaian ini menunjukkan telah mula wujud kompromi dalam perkembangan nasionalisme dan hubungan etnik di Tanah Melayu.

Page 23: Kuliah 8 9 Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik

23

Kesedaran Nasionalisme dan Politik Sebelum Tahun 1959

• Kesedaran nasionalisme di kalangan masyarakat Sarawak mula muncul di sekitar tahun 1930-an. Gerakan nasionalisme etnik Melayu pada tahun 1930-an adalah diketuai oleh Rakawi Yusof. Beliau menerbitkan akhbar Fajar Sarawak (akhbar Jawi) pada tahun 1930.

Page 24: Kuliah 8 9 Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik

24

• 4 Jun 1959 persetujuan telah dicapai untuk menubuhkan sebuah parti yang dikenali Sarawak United People’s Party (SUPP).

• SUPP menjadi pelopor kepada politik berparti di Sarawak.

Page 25: Kuliah 8 9 Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik

25

• Orang Melayu menubuhkan Parti Negara Sarawak (PANAS) dan Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA); kaum Dayak pula menubuhkan Sarawak National Party (SNAP) dan Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA).

Page 26: Kuliah 8 9 Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik

26

• PANAS adalah parti politik kedua yang dibentuk di Sarawak selepas SUPP. PANAS ditubuhkan secara rasmi pada 9 April 1960.

• Penubuhan PANAS mendapat galakan daripada kerajaan kolonial untuk mencabar SUPP.

• SNAP merupakan parti politik yang ketiga ditubuhkan di Sarawak dan adalah parti kaum Dayak yang pertama.

Page 27: Kuliah 8 9 Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik

27

Pembentukan Parti Perikatan Sarawak dan Pilihanraya Umum 1963

• Untuk menguatkan perpaduan parti pro-Malaysia, kelima-lima parti pro-Malaysia, iaitu PANAS, BARJASA, SNAP, PESAKA dan SCA membentuk satu pakatan yang dikenali sebagai Barisan Bersatu Sarawak (Sarawak United Front/SUF) pada 22 Oktober 1962

Page 28: Kuliah 8 9 Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik

28

• SUF kemudiannya telah ditukarkan kepada Parti Perikatan Sarawak (Sarawak Alliance Party/SAP).

• Ahli jawatankuasa SAP terdiri daripada Temenggung Jugah (PESAKA), Pengarah Montegrai (PESAKA), Dato Tuanku Haji Bujang (BARJASA), William Tan (SCA), Leong Ho Yuen (PANAS), Stephen Kalong Ningkan (SNAP), Ling Beng Siong (SCA) dan K.K. Menon (SNAP).

Page 29: Kuliah 8 9 Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik

29

• Pembentukan SAP menandakan satu peringkat perkembangan penting dalam politik Sarawak.

• SAP amat perlu dalam sebuah masyarakat yang berbilang kaum seperti Sarawak demi mencapai keharmonian dan kesefahaman di antara kaum-kaum utama di Sarawak.

Page 30: Kuliah 8 9 Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik

30

Perkembangan Politik di Sabah

• Politik berparti di Sabah bermula dengan agak lewat, iaitu pada tahun 1961 setelah pengumuman gagasan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman.

Page 31: Kuliah 8 9 Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik

31

Kesedaran Politik Sebelum Tahun 1961

• Parti politik pertama yang dibentuk di Sabah ialah United National Kadazan Organization (UNKO).

• UNKO adalah parti politik suku Kadazan yang berpusat di pantai barat Sabah. Ia ditubuhkan pada Ogos 1961 dan dipengerusikan oleh Donald Stephens.

Page 32: Kuliah 8 9 Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik

32

• USNO dibentuk pada 23 Disember 1961, iaitu empat bulan selepas penubuhan UNKO.

• Ia dipimpin oleh Datu Mustapha bin Datu Harun (Pengerusi), Mohd Said bin Kemak, Mohd Yassin bin Hj. Hashim, Sakaran bin Dandai dan ketua-ketua suku Suluk, Bajau dan Melayu-Brunei.

Page 33: Kuliah 8 9 Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik

33

• Orang Murut berasa bimbang bahawa kemungkinan mereka akan ketinggalan dalam arus perubahan yang pesat di Sabah berbanding dengan orang Kadazan dan Melayu Muslim.

• Oleh itu, G. S. Sundang keluar dari UNKO dan menubuhkan United National Pasok Momogun Organization (Pasok Momogun) pada 4 Januari 1962 bersama dengan Orang Kaya-Kaya Sedomon.

Page 34: Kuliah 8 9 Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik

34

• Orang Cina telah menubuhkan parti politik mereka pada tahun 1962. North Borneo Democratic Party (NBDP) dibentuk di Kota Kinabalu yang dipimpin oleh Peter Chin dan United Party (UP) di Sandakan dan diketuai oleh Khoo Siak Chiew.

Page 35: Kuliah 8 9 Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik

35

• Komuniti India juga menubuhkan pertubuhan politik mereka supaya komuniti ini tidak diabaikan dalam arus perkembangan politik di Sabah.

• Pertubuhan yang dibentuk adalah North Borneo Indian Congress (NBIC) pada 14 Oktober 1962

Page 36: Kuliah 8 9 Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik

36

• Pada Oktober 1961, kerajaan British mengumumkan pilihanraya pertama bagi Sabah akan diadakan secepat mungkin untuk menyediakan penduduk Sabah ke arah berkerajaan sendiri.

• Dengan itu, parti-parti politik di Sabah akhirnya mencapai persetujuan untuk bergabung membentuk satu pakatan bersama.

• Parti UNKO bergabung dengan USNO pada Ogos 1962 untuk membentuk Parti Perikatan Sabah. BUNAP menyertai Parti Perikatan Sabah pada Oktober 1962, manakala Pasok Momogun dan SIC pada November 1962.

Page 37: Kuliah 8 9 Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik

37

Kesimpulan• Senario pembangunan politik di Malaysia dapat

dilihat bermula daripada lahirnya kesedaran berpolitik dan gerakan nasionalisme di kalangan berbagai etnik di Malaysia dan berkembang kepada penubuhan parti politik bercorak perkauman sehingga kepada penggabungan parti politik pro-kerajaan untuk memperjuangkan berkerajaan sendiri dan kemerdekaan.

• Kerjasama antara etnik utama tersebut akhirnya membawa kepada pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.