tajuk exam

Download Tajuk Exam

Post on 13-Dec-2014

56 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

V

TRANSCRIPT

1. Asas Pendidikan Pemulihan

1.1.1 Definisi dan konsep pendidikan pemulihan. 1.1.1.1 Definisi Pendidikan Pemulihan Berbagai-bagai pendapat telah diberikan oleh ahli-ahli pendidik barat dan tempatan mengenai takrifan pendidikan pemulihan. Secara lebih khusus, takrif pendidikan pemulihan itu telah diberi dengan pelbagai definisi, antaranya ialah : Menurut laporan yang bertajuk Asia and Pacific Programme ofEducational Innovation for Development (1987) yang disediakan oleh Kementenian Pendidikan Malaysia, pengajaran pemulihan ialah: a process in which children with learning problems are given practical alternatives and effective approaches (programme) in education. Bahagian Sekolah-sekolah, Kementenian Pendidikan dalam pekeliling

KP (BS) 8502I5IPKIJ1d. V (26) bertanikh 8 Januani 1986 telah mendefinisikan pengajaran pemulihan sebagai satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pemelajaran munid-munid lemah disekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, di bawah kelolaan guru-gunu pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini. Ini bermakna pengajaran pemulihan adalah satu proses pengajaran dengan pendekatan yang lebih berkesan, praktikal bagi munid-munid yang menghadapi masalah pemelajaran. Pusat Perkembangan Kunikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (1984), dalam konteks KBSR Program Pemulihan merupakan langkahlangkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pemelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.

1

Mereka ini hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan dan ditentukan. Sharifah Alwiah Alsagoff (1983), mentakrifkan pendidikan pemulihan adalah satu tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesukaran dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan daripada sekolah biasa, dan dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan. Bagi Ishak Haron dan Koh Boh Boon (1983), menegaskan bahawa pendidikan pemulihan ialah satu perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluankeperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah-masalah pembelajaran di sekolah-sekolah biasa atau aliran perdana yang gagal menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Koh (1979) dalam kertas kerjanya bersempena dengan Tahun Kanak-kanak 1979 mendefinisikan pengajanan pemulihan sebagai pengajaran yang bertujuan memulihkan kelemahan-kelemahan yang dikesan pada murid lambat dengan tujuan meningkatkan taraf pencapaian mereka agar setaraf dengan pencapaian muridmurid normal. Sharifah (1979) pula mengatakan pengajaran pemulihan ialah pengajaran melalui pendekatan dan kaedah yang khusus untuk murid-murid yang terlalu lemah. Chua (1977), mendefinisikan pengajaran pemulihan sebagai satu pengajaran yang bertujuan untuk membantu murid yang lemah, melalui pendekatan perseorangan dalam kelas yang kecil bilangan muridnya. Pengajaran ini menggunakan kurikulum yang diubahsuaikan dengan menitikberatkan perkara yang praktis dan latih tubi, tunjuk cara yang melibatkan kegiatan dan gerak kerja yang dimudahkan serta disampaikan dengan teratur serta dikendalikan oleh kakitangan ikhtisas (profesional) yang terdiri daripada Guru Pemulihan dengan kerjasama doktor, pekerja sosial, pakar jiwa dan pihak-pihak lain yang berkaitan. Kesimpulan pengajaran pemulihan adalah sejenis pengajaran yang dijalankan untuk membantu murid-murid lambat

2

1.1.1.2

Konsep Pendidikan Pemulihan

Program Pendidikan Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira sebagai kemahiran asas yang menjadi fokus KBSR. Ia memerlukan tindakan-tindakan pendidikan khas yang digunakan untuk memenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak murid-murid yang menghadapi kesulitan terhadap kemahiran-kemahiran 3M. Murid-murid pemulihan menghadiri kelas khas dalam sekolah biasa, atau kelas pemulihan khas secara sambilan, atau menyertai kumpulan yang diundurkan dari kelas biasa untuk diajar oleh seorang guru pemulihan.(National Association for Remedial Education NARE Great Britain 1977) Menurut Mat Nor Husin dan Jais Sahok 1990, konsep pendidikan pemulihan khas ialah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid yang gagal di peringkat bilik darjah kerana tidak menerima isi pelajaran seperti pencapaian rakan sebaya mereka yang tidak bermasalah. Bersandarkan kepada pendapat tersebut pendidikan pemulihan khas dapat dirumuskan sebagai satu perkhidmatan yang diadakan khusus untuk muridmurid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai satu-satu kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira yang merupakan fokus utamadalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah . Bagi Koh Boh Boon 1982, konsep pendidikan pemulihan adalah lebih terbatas yang lebih khusus sifatnya kerana ia bertujuan membaiki kelemahan pembelajaran.Ia melibatkan murid-murid lambat, iaitu mereka yang lembab dan gagal menguasai kemahiran-kemahiran yang diajar oleh guru dalam kelas biasa berbanding dengan murid-murid lain. Pendidikan pemulihan merupakan lanjutan daripada sebahagian pendidikan imbuhan. Ia dikenali juga sebagai remedial education di dalam bahasa Inggeris iaitu suatu bentuk pendidikan khas kepada kanak-kanak atau pelajar yang menghadapi masalah atau kesulitan pembelajaran dalam mata-mata pelajaran tertentu sahaja. Pendidikan pemulihan adalah satu bentuk pendidikan untuk membetulkan sesuatu

3

1.1.2 Rasional dan objektif pendidikan pemulihan. Pengajaran pendidikan pemulihan khas adalah untuk memastikan semua murid Tahap 1 menguasai kemahiran asas 3M seperti yang terdapat dalam buku Garis Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. Berdasarkan kepada buku garis panduan tersebut, ia lebih menjurus kepada memenuhi keperluan murid-murid yang gagal mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas biasa. Dalam erti kata lain semua murid Tahap 1 harus dan mampu menguasai kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira. Ini bermakna murid-murid Tahap 1 mesti mencapai kompetensi yang disasarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Setelah menguasai kemahiran asas tersebut, murid-murid yang lemah ini dapat meneruskan pembelajaran mereka di kelas biasa. Mereka akan bersaing dengan rakan mereka bagi mencapai tahap kompetensi yang terbaik. Di dalam kelas biasa ini mereka perlu dibantu oleh guru-guru mata pelajaran dan rakan sebaya mereka bagi mengekalkan tahap pencapaian penguasaan kemahiran asas. Keupayaan mereka menguasai kemahiran asas 3 M akan mengurangkan kritikan masyarakat terhadap guru, pihak sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia amnya. Selain daripada itu tujuan program pendidikan pemulihan khas adalah untuk membina keyakinan diri dan positif murid-murid pemulihan terhadap pembelajaran. Murid-murid pemulihan ini perlu diberi motivasi bagi meningkatkan keyakinan diri terhadap kebolehan dan bakat yang mereka miliki. Apabila keyakinan diri berjaya ditingkatkan secara tidak langsung murid-murid pemulihan ini akan dapat mengatasi masalah penguasaan kemahiran asas seperti yang disasarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia juga boleh menggalakkan perkembangan potensi dan minat mereka dalam pelajaran ke tahap yang lebih maju. Program pendidikan pemulihan khas juga bertujuan untuk mengurangkan bebanan masalah yang dihadapi oleh murid-murid lemah dengan bantuan guru dan pihak-pihak yang berkaitan seperti guru kelas, guru mata pelajaran, guru pemulhan khas, ibu bapa, dan komuniti setempat. Bebanan masalah yang dihadapi oleh murid 4

pemulihan ini akan dapat diatasi seandainya setiap pihak mempunyai jaringan kerjasama yang jitu antara satu sama lain dan memberi komitmen yang tinggi bagi mencapai hasrat semua pihak. Melalui program pendidikan pemulihan khas murid-murid yang lemah juga berpeluang untuk mendapat hak yang sama seperti yang dinikmati oleh rakan-rakan sebaya dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sosial sama ada di dalam dan di luar bilik darjah. Kegagalan murid untuk turut serta dalam aktiviti sosial di sekolah mereka dengan sendirinya dapat di atasi setelah mereka melalui program pendidikan pemulihan khas di sekolah. Justeru itu murid-murid pemulihan ini akan mendapat layanan dan kemudahan yang sesuai dengan tahap kebolehan mental mereka tanpa wujudnya kecurigaan dan kebimbangan oleh pihak-pihak tertentu. Hasrat pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga akan tercapai bagi mengatasi masalah disiplin yang ditimbulkan oleh murid-murid yang tercicir ini.

5

2 .1 Sejarah Pendidikan Pemulihan Luar Negara 2.1.1 PL 94-142 dan IDEA

Program pendidikan pemulihan bermula di Amerika Syarikat setelah termaktubnya PL 94-142 apabila seorang kanak-kanak autistik telah berjaya mendapat anugerah pelajar terbaik semasa di sekolah rendah dan sekolah menengah. Kanak-kanak tersebut telah memasuki universiti dan memperolehi ijazah sarjana muda dan kini bekerja walaupun dianggap seorang yang berkelainan upaya. Kejayaan pelajar ini adalah hasil daripada kelulusan undang-undang pada tahun 70-an. Pada 29 Novermber 1975 Kongres AmerikaSyarikat telah meluluskanPublic Law 94-142 . Undang-undang ini menjamin bahawa setiap individu di antara umur 3 hingga 21 tahun akan menerima pendidikan percuma dalam persekitaran yang tidak menghalang perkembangan intelek mereka. Undang-Undang ini memberi kuasa kepada 50 buah negeri di Amerika Syarikat dan pihak berkuasa tempatan melindungi hak serta memenuhi keperluan bayi, kanak-kanak dan belia berkeperluan khas serta keluarga mereka. Melalui undang-undang ini, kanak-kanak kelainan upaya atau berkeperluan khas dibenarkan belajar bersama dengan kanak-kanak normal atau biasa. Sekiranya kelainan upaya kanak-kanak itu menyebabkan dia kemajuan dalam kelas biasa ma