pp exam 2015

24
JABATAN PENGAJIAN AM DUB1012 PENGAJIANMALAYSIA TAJUK PEMBENTUKAN MALAYSIA PADA TAHUN 1963 TARIKH PENYEDIAAN 20/8/2015 TARIKH HANTAR 25/9/2015 TEMPOH PENYEDIAAN 4 Minggu KELAS DKA 1B SESI Sesi Jun NO. KUMPULAN 1/2 /3 /4/5/6/7/8/9/10 NAMA AHLI KUMPULAN NAMA NO.PENDAFTARAN NO.TELEFON Muhammad Badrul Amin bin Zainul Amri 15DKA15F1058 017-4460208 Emir Sham Syaufi bin Shamsul Kamal 15DKA15F1045 019-2270530 Ameer Lutfi bin Arjuna 15DKA15F1039 011-37000472 Muhammad Illyas Ashraf bin Jamali 15DKA15F1025 011-37512798 NAMA PENSYARAH Encik Hanafi Bin Bosroh MAKLUM BALAS PENSYARAH KRITERIA PEMARKAHAN MARKAH Jawapan (28%) Rujukan (1%) Lampiran (1%) TANDATANGAN DAN COP PENSYARAH

Upload: azfar-lukman

Post on 04-Jan-2016

249 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

jun 2015

TRANSCRIPT

JABATAN PENGAJIAN AMDUB1012 PENGAJIANMALAYSIA

TAJUK PEMBENTUKAN MALAYSIA PADA TAHUN 1963TARIKH PENYEDIAAN

20/8/2015

TARIKH HANTAR 25/9/2015TEMPOH PENYEDIAAN

4 Minggu

KELAS DKA 1BSESI Sesi Jun

NO. KUMPULAN 1/2/3 /4/5/6/7/8/9/10

NAMA AHLI KUMPULAN

NAMA NO.PENDAFTARAN NO.TELEFONMuhammad Badrul Amin bin Zainul Amri

15DKA15F1058 017-4460208

Emir Sham Syaufi bin Shamsul Kamal

15DKA15F1045 019-2270530

Ameer Lutfi bin Arjuna 15DKA15F1039 011-37000472

Muhammad Illyas Ashraf bin Jamali

15DKA15F1025 011-37512798

NAMA PENSYARAH

Encik Hanafi Bin Bosroh

MAKLUM BALAS PENSYARAH

KRITERIA PEMARKAHAN MARKAH

Jawapan (28%)Rujukan (1%)Lampiran (1%)

TANDATANGAN DAN COP PENSYARAH

BIL TAJUK MKS.

1. PENGHARGAAN 1

2. PEMDAHULUAN 2

3. PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA 3-9

4. CABARAN-CABARAN PEMBENTUKAN MALAYSIA 10-12

5. KESAN PENYINGKIRAN SINGAPURA 13-15

6. KESIMPULAN 16

7. LAMPIRAN 17

Isi kandungan

Penghargaan

Assalamualaikum. Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak-pihak yang telah membantu kami untuk menyiapkan kerja kursus e-folio Pengajian Malaysia ini iaitu mengenai Pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Sehubungan dengan itu, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pensyarah Pengajian Malaysia kami, Encik Hanafi bin Bosroh yang memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada kami sepanjang proses membuat e-folio. Kecekalan dan kesabaran beliau amat kami hargai.

Akhir sekali, terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang sama-sama berbincang dan berkongsi maklumat untuk menyiapkan e-folio ini.

Terima kasih sekalung budi.

Pengenalan kepada Pembentukan Malaysia 1963

Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Selepas

merdeka, Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan cadagan kepada Kerajaan British

supaya Brunei, Sabah, dan Sarawak digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu

menjadi Malaysia. Namun, Kerajaan British menolak cadagan itu kerana Singapura

diketepikan.

Buat pertama kalinya, Sir Malcom Macdonald, Pesuruhjaya Jeneral Inggeris di Asia yang

ditugaskan untuk menyelaraskan dasar Inggeris ke atas Semenanjung Tanah Melayu,

Singapura, Brunei, Sabah, dan Sarawak menyarankan supaya wilayah – wilayah itu

dipereratkan hubungannya dari segi politik.

Sejak tahun 1947, Singapura memperjuangkan gabungannya dengan Persekutuan Tanah

Melayu. MIsalnya, Parti Tindakan Rakyat ( PETIR ) dan David Marshall iaitu Ketua Menteri

pertama ( 1955 ) juga menyarankan konsep persekutuan. Di Semenanjung Tanah Melayu,

Tan Sri Mohammmad Ghazali Shafie pada tahun 1954 dan Dato’ Tan Cheng Lock pada

tahun 1955 juga menyarankan konsep yang sama.

Konsep tersebut menjadi semakin hebat apabila Tunku Abdul Rahman Putra

Al-haj ( Ketua Menteri Semenanjung Tanah Melayu ) pada tahun 1955, mengumumkan

hasratnya untuk mendapatkan kemerdekaan bagi Singapura melalui Semenanjung Tanah

Melayu. Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengumumkan pembentukan ‘ Tanah

Melayu Raya’ yang merupakan gabungan Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Brunei,

Sabah, dan Sarawak.

Idea pembentukan Malaysia tercetus pada 27 Mai 1961, melalui ucapan yang dibuat oleh

Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman. Ucapan tersebut

berlangsung di Hotel Adelphi, Singapura semasa majlis makan tengah hari di hadapan

Persatuan Wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara. Tunku melahirkan idea untuk

mewujudkan satu bentuk penyatuan ekonomi dan politik yang melibatkan Persekutuan

Tanah Melayu dengan wilayaj jajahan British, iaitu Singapura,Brunei, Sabah, dan Sarawak.

Idea ini dilahirkan atas kesedaran bahawa Tanah Melayu dan wilayah-wilayah terbabit sukar

untuk berdiri sendiri serta berasingan, terutama dalam menghadapi sebarang persaingan di

peringkat antarabangsa. Cadagan ini membawa maksud perlunya kerjasama antara

penduduk wilayah-wilayah terbabit untuk mengadakan kerjasama dengan kerajaan British

dalam menjayakan pembentukan gagasan politik baru di Asia Tenggara.

Sementara itu, Lee Kuan Yew, Ketua Menteri Singapura pada masa itu, juga menyarankan

percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Beliau sedar bahawa

gabungan dengan Persekutuaan Tannh Melayu akan membolehkan Singapura

mendapatkan kemerdekaan yang awal dan daapt menyekay pengaruh komunis. Cadagan

itu ditolak oleh Tunku Abdul Rahman kerana bimbang akan keseimbangan kaum, yang

mana majoriti penduduk Singapura adalah kaum Cina.

Cadagan ini menimbulkan pelbagai reaksi. Pada 23 Julai 1961, Jawatan Kuasa Perundingan

Perpaduan Malysia ditubuhkan (JPPM ). JPPM memberi peluang kepada pemimpin di

Sabah danSarawak untuk mengemukakan pandagan memandankan mereka masih

menetang gagasan. Akhirnya Sabah dan Sarawak menerina gagasan ini dan menyusun

satu memorandum untuk dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold.

Suruhanjaya ini menjalankan satu tugas iaitu meninjau pendapat rakyat Sabah

dan Sarawak, seterusnya membuat satu syor perlembagan yang baru. Pada bulan Ogos

1962, JAK ditubuhkan bagi merangka perlembagan Malaysia. JAK mengeluarkan

laporannya pada 27 Februari 1963. Laporan ini telah diteriam oleh pihak British.

Berdasarkan laporan ini, perjajian Malaysiatelah ditandatangani di London bersama 4

aggota negeri yang terlibat pada 9 Julai 1963. Malaysia telah diisytiharkan secara rasminya

pada 16 September 1963.

Proses Pembentukan Malaysia

Proses perbincangan dan perundingan ke arah pembentukkan Malaysia ini sebernarnya

sangat panjang dan kompleks. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dan diatasi

sebelum cadagan ini dapat direalisasikan. Beberapa tindakan juga perlu diambil bagi

memastikan pembentukan ini memuaskan hati semua pihak. Cadangan Pembentukan

Malaysia menimbulkan berbagai-bagai reaksi. Sebahagian besar rakyat negari asal

berminat, tetapi darjah minat itu berubah-ubah dari semasa ke semasa. Ini terjadi akibat

perkembangan politik tempatandan oleh perubahan yang berlaku di negeri anggota yang

lain. Tidak dinafikan bahawa dari semenjak awal lagi ada pihak dan individu tertentu yang

menentang atau sama sekali tidak menyetujui usul itu. Antara proses –

proses  pembentukan Malaysia ialah Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia

( JPPM ), Suruhanjaya Cobbold, Jawatankuasa Antara Kerajaan ( JAK ), Referendum

Singapura dan Pengisytiharan Malaysia.

Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia ( JPPM )

JPPM ditubuhkan pada 23 julai pada tahun 1961 . ia dipengerusi oleh Donald Stephen

( anggota Majlis Undangan Sabah ) . antara anggotanya ialah Tunku Abdul Rahman ( Tanah

Melayu ) , Lee Kuan Yew ( singapura ) , Dato’ Mustapha Dato’ Harun    ( Sabah ) ,

Temenggung Jugah Anak Berieng ( Sarawak ) dan Dato’ Setia Pangeran Ali       ( Brunei )

 Tujuan JPPM ditubuhkan ialah :

·         Memberitahu orang ramai mengenai konsep Malaysia kepada orang ramai ( Sabah, dan

Sarawak ).

·         Mengumpulkan sambutan mereka terhadap Malaysia.

·         Menyediakan memorandum mengenai cara pembentukan Malaysia.

JPPM telah memberi peluang kepada pemimpin Sabah dan Sarawak mengemukakan

pandagan mengenai gagasan Malaysia. JPPM telah mengadakan 4 mesyuarat di Kota

Kinabalu (21 Ogos 1961), Kuching (18 Disember 1961), Kuala Lumpur (6 Januari 1962) dan

Sinagpura (1 Februari 1962).

Hasil daripada rundingan yang dijalankan gagasan penubuhan Malaysia semakin

mendapat sokogan. Sarawak mengeluarkan kertas putih mengenai Malaysia pada 4 Januari

1962 dan Sabah pada 31 Januari 1962. Kemudian, JPPM akhirnya berjaya menyusun  satu

memorandum yang ditandatagani oleh wakil –wakil,dan kemudian dihantar kepada

Suruhanjaya Cobbold pada 23 Februari 1962. Antara isi kandungan memorandum ini ialah:

·         Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas perlembagaan Malaysia.

·         Kerajaan Persekutuan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan.

·         Islam – agama rasmi tetapi rakyat bebas beragama.

·         Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain masih boleh digunakan.

·         Hak istimewa seperti orang Melayu diberi kepada rakyat pribumi Sabah dan Sarawak.

·         Sabah, Sarawak berhak mengawal imigrasennya sendiri.

·         Perwakilan Parlimen berasaskan jumlah penduduk dan jumlah luas kawasan.

·         Memorandum ini disokong oleh rakyat Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu.

Suruhanjaya Cobbold

Suruhanjaya Cobbold ditubuhan pada Januari 1962.Ia dipengerusikan oleh Lord

Cobbold (bekas Gabenor Bank of England). Ahli-ahlinya terdiri daripada Sir Anthony Abel

dan Sir David Watherston iaitu wakil British dan Muhammad Ghazalie Shafie dan Dato’

Wong Pow Nee iaitu wakil Tanah Melayu. Suruhanjaya ini ditubuhkan hasil rundingan Tunku

ke London pada Oktober 1961. Rundigan ini berlansung dari 21 – 23 november 1961.

Antara tugas - tugas utama suruhanjaya ini ialah:

·         Meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawa mengenai Malaysia.

·         Membuat syor-syor perlembagaan.

Suruhanjaya ini menjalankan tugasnya dari 19 Februari sehingga 18 April 1962.

Suruhanjaya Cobbold telah mengadakan 50 perjumpaan dengan 690 kumpulan orang ramai

diadakan dan 2000 atau lebih memorandum telah diterima. Pada 18 April 1962, laporan

disiapkan dan diserahkan kepada Kerajaan Tanah Melayu dan British pada Jun 1962.

Pada 1 Ogos 1962 mengesahkan bahawa 80% daripada rajyat Sabah dan Sarawak

menyokong gagasan Malaysia. Selain itu, laporan ini diumumkan mengenai pandangan

rakyat Sabah dan Sarawak :

·         1/3 menyokong kuat Malaysia

·         1/3 menyokong dengan syarat

·         1/3 hendak merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia

Dengan itu, suruhanjaya ini turut menyokong gagasan Malaysia dan mengesyorkan

syor-syor Perlembagaan Malaysia seperti dibawah:

·         Nama persekutuan baru – Malaysia

·         Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas Perlembagaan Malaysia

·         Kedudukan istimewa kaum pribumi Sabah dan Sarawak dijamin

·         Sabah dan Sarawak berhak memilih Ketua Negeri sendiri

·         Penduduk pribumi Sabah dan Sarawakdibenarkan berkhidmat dalam perkhidmatan awam

secepat mungkin

·         Dasar pendidikan, agama, imigrasen, perwakilan Parlimen, kedudukan bumiputra,

kewangan, kewarganegaraan dan perlembagaan negeri di Sabah dan Sarawakditentukan

oleh Majlis Undangan Negeri masing – masing

·         Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan. Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan

bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi sehingga DUN masing – masing membuat

keputusan

Hampir semua syor diterima oleh Persekutuan Tanah Melayu dan British dan pada 1

Ogos 1962 Persekutuan Malaysia diumumkan dan Malaysia akan ditubuhkan pada 31 Ogos

1963. Jawatankuasa Antara Kerajaan akan ditubuhkan bagi merangka

Perlembagaan Malaysia.

Jawatankuasa Antara Kerajaan ( JAK )

JAK ditubuhkan pada Ogos 1962 untuk merangkan Perlembagaan Malaysia yang diketuai

oleh Lord Landsdowne yang merupakan Menteri Hal - ehwal Tanah Jajahan Britiah sebagai

Pengerusi, Tun Abdul Razak Hussien  sebagai Timbalan Pengerusi, wakil-wakil kerajaan

British dan wakil-wakil negeri Sarawak, Sabah, dan Singapura.

Wakil-wakil Sabah dari Parti Perikatan Sabah telah mengemukakan satu memorandum yang

mengandungi 20 perkara kepada JAK untuk melindungi hak dan kepentingan rakyat Sabah.

Akan tetapi pemimpin-pemimpin Sarawak tidak mengemukakan sebarang tuntutan tetapi

mereka bersetuju dengan perkara yang terkandung dalam perkara 20. Antara 20 perkara

yang dikemukan ialah :

·         Agama Islam diterima sebagai agama rasmi Persekutuan kecuali di Sabah.

·         Bahasa Inggeris menjadi bahasa rasmi di Sabah tetapi menerima bahasa Melayu sebagai

bahasa Kebangsaan.

·         Imigresen ( kemasukan orang asing ) adalah di bawah kuasa kerajaan negeri Sabah.

·         Sistem pendidikan Sabah dikekalkan.

·         Perwakilan dalam Parlimen hendaklah mengambil kira keluasan negeri di samping

bilangan penduduk.

JAK mengeluarkan laporannya pada 27 Febuari 1963. Laporan ini dibentangkan di

Majlis Negeri Sarawak pada 8 Mac 1963 dan Sabah pada 13 Mac 1963. Kedua – dua Majlis

ini telah menerima dan meluluskan Laporan JAK. Seterusnya laporan JAK telah diterima

dan diluluskan oleh Parlimen Tanah Melayu dan menjadi Akta Malaysia 1963. Laporan ini

telah menjadi asas kepada Perlembagaan Sabah dan Sarawak. Laporan itu memperlihatkan

sikap tolak ansur daan persefahaman di antara pemimpin-pemimpin Sarawak dan Sabah

dalam mencapai persetujuan. Laporan itu menjamin :

·         Peningkatan taraf ekonomi, sosialdan politik rakyat Sabah dan Sarawak.

·         Hak dan kepentingan rakyat kedua-dua negeri itu.

·         Melindungi Sabah dan Sarawak dari sebarang kekuasaan penjajah.

Berdasarkan kepada Laporan JAK itu, Perjanjian Malaysia ditandatangi di London

pada 9 Julai 1963. Antara isi kandungan Laporan JAK ialah :

·         Agama Islam adalah rasmi kecuali Sabah dan Sarawak.

·         Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Persekutuan tetapi bahasa Inggeris sebagai

bahasa rasmi Sabah dan Sarawak.

·         Imigresan adalah hak kuasa Pusat tetapi kerajaan Sabah dan Sarawak dibenarkan

mengawal imigresannya sendiri.

·         Pendidikan adalah perkara Persekutuan tetapi sistem pendidikan Sabah dan Sarawak

dikekalkan.

·         Perwakilan Parlimen, JAK memperuntukan 16 kerusi kepada Sabah, 24 kerusi kepada

Sarawak dan 15 kerusi kepada Singapura.

Referendum Singapura

Kerajaan Singapura membuat keputusan untuk mengadakan Referendum sebagai

satu cara meninjua pendapat penduduk Singapura bagi mendapat kepastian pendirian

rakyat Singapura berhubung penubuhan Malaysia. Secara keseluruhannya, pungutan suara

bukan bertujauan untuk membenarkan rakyat Singapura menolak penubuhan Malaysia,

tetapi menerima cadangan ini dengan pendirian mereka yang tertentu. Kerajaan Singapura

membuat keputusan ini kerana yakin sebahagian besar parti politik di singapura menyokong

cadangan Malaysia, Cuma pandagan dan pendiraian mereka juda diambul kira.dalam

pungutan suara ini rakyat singapura telah diberi 3 pilihan, iaitu :

·         Pilihan A – rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat – syarat yang telah

ditetapkan oleh kerajaan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu melalui Kertas Putih

pada bulan November 1961 ( secara keseluruhan, pilihan ini mendapat 397 626 undi ).

·         Pilihan B – rakyat bersejutu untuk bergabung tanpa syarat dan kedudukan Singapura

akan menjadi seperti negeri – negeri Melayu  lain di dalam Persekutuan Tanah Melayu

( secara keseluruhannya, pilihan ini mendapat 9442 undi ).

·         Pilihan C – rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat dan faedah yang hampir

sama seperti yang diperolehi wilayah – wilayah Borneo dengan penyertaan ini ( secara

keseluruhannya, pilihan ini mendapat 144 077 undi ).

Referendum Singapura ini telah diadakan pada 1 November 1962. Barisan Sosialis

dan pihak komunis tidak bersetuju dengan penggabungan ini telah memulau pungutan

suara dengan membuang undi kosong. Selepas referendum selesai, laporan menunjukkan

71% pengundi menyokong pembentukan Malaysia. Secara keseluruhannya, rakyat

Singapura bersetuju dengan pilihan A.

Cabaran Dalaman

Laluan untuk melahirkan Persekutuan Malaysia bukannya usaha yang mudah. Ia penuh cabaran. Wujudnya pelbagai anasir yang cuba mempengaruhi minda rakyat supaya menentang gagasan Malaysia menjadikan  pembentukan Malaysia bukannya satu laluan yang mudah. Ia turut  melibatkan ancaman terhadap kedaulatan negara. Persekutuan Tanah Melayu yang baru beberapa merdeka ketika itu terpaksa berhadapan dengan cabaran dari dalam dan luar negara.

Ia memang menguji kemampuan dan kebijaksanaan pemimpin negara ketika itu untuk menjayakan satu idea pengintegrasian wilayah  yang besar. Walaupun pada awal cadangan, gagasan Malaysia diterima oleh penduduk Tanah Melayu dan Singapura tetapi  parti-parti politik memberikan reaksi yang pelbagai.

Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) mendesak supaya isu ini dibincangkan terlebih dahulu di kalangan penduduk Tanah Melayu dan PAS lebih cenderung untuk menerima MAPHILINDO. Namun, setelah memahami manfaatnya PAS akhirnya menerima idea gagasan Malaysia. UMNO pula sejak awal-awal lagi bersetuju dengan idea  gagasan Malaysia itu.

Di Singapura, Barisan Sosialis menentang. Parti berhaluan kiri itu menganggapnya gagasan Malaysia sebagai satu bentuk penjajahan baru. Untuk mendapatkan reaksi sebenar rakyat Singapura maka satu referendum untuk mendengar pendapat umum rakyat Singapura mengenai penubuhan Malaysia diadakan pada 1September 1962.

Referendum itu mendapati bahawa majoriti rakyat Singapura menyerahkan sepenuhnya kepada kerajaan Singapura untuk membuat keputusan mengenai penggabungan Malaysia dan Singapura. Lee Kuan Yew yang bersetuju dengan idea Tunku itu menggunakan ancaman komunis sebagai alasan menggabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Beliau bimbang dengan pengaruh parti Barisan Sosialis, iaitu  gerakan berhaluan kiri yang semakin berpengaruh di Singapura ketika itu.

Suruhanjaya Cobbold

Di Sabah dan Sarawak, rakyat di kedua-dua negeri dilihat menentang gagasan Malaysia. Kerajaan British menubuhkan  Suruhanjaya Cobbold pada 17 Januari 1962 bertujuan meninjau pendapat sebenar penduduk di kedua-dua negeri itu. Suruhanjaya Cobbold dipengerusikan oleh bekas Gabenor Bank England, Lord Cobbold, manakala Setiausahanya ialah Mr.H.Harris.

Suruhanjaya itu  turut dianggotai oleh dua orang wakil kerajaan British, iaitu Sir Anthony Abell dan Sir David Watherson. Wakil Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu ialah Datuk Wong Pow Nee dan Encik Mohamed Ghazali Shafie.

Tinjauan yang dibuat oleh suruhanjaya itu mendapati lebih 80 peratus penduduk Sabah dan Sarawak menyokong gagasan Malaysia. Selain itu, suruhanjaya terbabit  turut mencadangkan beberapa perkara. Antaranya, Perlembagaan Malaysia yang baru harus berasaskan Perlembagaan Tanah Melayu 1957, Sabah dan Sarawak diberikan kuasa menentukan dasar imigresen, Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan, jaminan terhadap hak dan kedudukan Bumiputera Sabah dan Sarawak.

Suruhanjaya terbabit turut  mencadangkan pemberian nama ‘Malaysia’ kepada negara baru yang akan dibentuk dan juga penentuan tarikh penubuhan Malaysia.

Di Brunei, berlaku pemberontakan rakyat pada 8 Disember 1962 yang dipimpin oleh A.M. Azahari. Mereka membangkitkan isu-isu mengenai kedaulatan Sultan Brunei, isu minyak dan bayaran tahunan. Rakyat Brunei berpendapat penyatuan akan memudaratkan negara dan rakyat jelata serta menggugat kemakmuran Brunei.

Penentangan turut dibuat oleh pegawai-pegawai kolonial dan kaum Cina yang bimbang sumber ekonominya akan terjejas sekiranya Brunei bergabung dalam Malaysia. Penentangan terbabit menyebabkan Brunei menarik diri untuk menyertai Malaysia.

Tentangan Gagasan Oleh Indonesia dan Filipina

Filipina dan Indonesia adalah di antara negara yang kuat menentang gagasan Malaysia. Presiden Macapagal membuat pengumuman menuntut hak terhadap Sabah (1962) berdasarkan perjanjian Sultan Jamalul Alam dengan Baron Overbeck pada 22 Jan 1878.

Indonesia di bawah kepimpinan Sukarno pula melihat gagasan Malaysia itu sebagai satu bentuk neokolonisme. Parti Komunis Indonesia juga melihatnya dengan kaca mata yang sama. Lebih agresif lagi Sukarno mengisytiharkan Konfrontasi dengan slogan ‘Ganyang Malaysia’ pada 20 Januari 1963. Indonesia berhasrat menakluki Tanah Melayu.

Mereka bertindak menyerang kapal-kapal nelayan Tanah Melayu, melakukan pencerobohan udara serta melancarkan serangan ketenteraan melalui Johor, Sarawak dan Sabah. Indonesia turut menjalankan kempen memburukkan nama negara di negara Afro-Asia dan Negara Dunia Ketiga. Namun, hasil daripada semangat kental pemimpin dan perpaduan rakyat pelbagai kaum berjaya menghalang hasrat Indonesia itu. Penentangan Indonesia menjadi kendur setelah kepimpinan negara itu bertukar tangan.

Penentangan kuat kedua-dua negara terbabit telah mendorong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghantar satu misi ke Borneo pada 16 Ogos -5 September  1963 untuk meninjau dan melaporkan pandangan rakyat Sabah dan Sarawak mengenai penubuhan Malaysia. Misi itu mendapati majoriti penduduk di Borneo menyokong gagasan Malaysia.

Akhirnya, setelah melalui cabaran getir pembentukan Malaysia tetap menjadi kenyataan. Perjanjian Malaysia telah ditandatangani pada 9 Julai 1963 di pejabat Perhubungan Komanwell di Malborough House.

Perjanjian itu diwakili oleh wakil Kerajaan British iaitu Perdana Menteri, Harold Macmillan, Ducan Sandys dan Lord Landsdowne. Wakil Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pula diwakili oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman, Tan Siew Sin, Datuk V.T. Sambanthan. Datuk Ong Yoke Lin dan Dr. Lim Swee Aun. Wakil Sabah ialah  Datuk Mustapha bin Daruk Harun, Donald A.Stephen,  W.K.H. Jones, Khoo Siak Chiew, W.S.Holley dan G.D. Sindang. Manakala, wakil Sarawak pula ialah P.E.H.Pike, Temenggung Jugah, Datuk Abang Haji Mustapha, Ling Beng Siew dan Datuk Abang Haji Openg.

Penyingkiran Singapura daripada Malaysia

Keputusan pemisahan Singapura dari Malaysia diambil secara perseorangan oleh Tunku

Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika beliau diLondon pada tahun 1965. Ketika itu Tunku Abdul

Rahman bercuti selama 53 hari bagi mendapatkan rawatan di sebuah klinik di London.

Lee Kuan Yew dan parti PAP pimpinannya enggan bertolak ansur dengan

kerajaan Malaysia pimpinan Tunku Abdul Rahman.

Lee Kuan Yew sering mendakwa orang Melayu hanya berjumlah 39 % sementara bukan

Melayu 51 % dan melayakkan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri

Malaysia sebagaimana saranan Ramanathan.Lee Kuan Yew mempersoalkan orang Melayu

sebagai penduduk jati Malaysia, mereka sebenarnya adalah

juga pendatang sebagaimana Cina dan India. Contoh yang diberikan ialah Syed Jaafar

Albar, ahli politik Johor yang mempunyai darah campuran keturunan Arab.

Lee Kuan Yew menyalahkan Tunku dalam kegagalan konsep "Malaysian Malay". Tunku

dikatakan telah terpengaruh denganketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh beberapa

pelampau Melayu dari 'ultra Malay' dan 'Young Turk'.

Sebaliknya, Lee Kuan Yew mewar-warkan konsep "Malaysian Malay" dan mendapat

sambutan banyak parti di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, kecuali MCA.

Gagasan Lee Kuan Yew meliputi Singapura, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Sebelum 1963, PAP hanya bertanding di Singapura sahaja dan Perikatan bertanding di

Semenanjung Malaysia sahaja. Tapi pada 1963, Tan Siew Sin mendesak Perikatan

bertanding di Singapura, namun UMNO kalah teruk. Tan Siew Sin merupakan Presiden

MCA dan Menteri Kewangan Malaysia ketika itu. Pada 1964, Lee Kuan Yew mengarahkan

PAP bertanding dalam pilihan raya kebangsaan di Semenanjung Malaysia bagi menentang

MCA.

UMNO mahu Perlembagaan Singapura diubah bagi menjamin masa depan orang Melayu.

Sedangkan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin Singapura yang ada autoriti dalam

pentadbiran negeri Singapura enggan berbuat demikian. Sebaliknya Lee Kuan Yew berjanji

akan memperbaiki kehidupan orang Melayu melalui peluang pekerjaan, pendidikan dan skim

perumahan.

Dalam projek perumahan, perkampungan Melayu di Singapura telah dihapuskan. Akibatnya,

beberapa pergaduhan berlaku. Julai 1964, kira-kira 114 persatuan orang Melayu bertemu

dengan Othman Wok iaitu Menteri Hal Ehwal Sosial Singapura bagi membincangkan

kepincangan orang Melayu Singapura.

Tatkala itu, 12,000 orang Melayu mengadakan perarakan di jalan raya Singapura. Akhirnya

tercetus rusuhan kaum antara Melayu dengan Cina di Singapura . Lebih 22 orang terbunuh,

200 cedera dan 1130 ditangkap. Bulan Ogos pula, sekali lagi pergaduhan berlaku. 8

terbunuh dan 60 cedera.

Kejadian ini meyakinkan Tunku bahawa dengan mengekalkan Singapura dalam Malaysia

bakal mengundang rusuhan perkauman yang lebih dashyat lagi.

ii-PERIHALKAN CABARAN-CABARAN TERSEBUT

Penentangan pemimpin politik tempatanGagasan Malaysia telah mendapat beberapa tentangan dari dalam negeri khususnya daripada pemimpin masyarakat dan pemimpin parti politik sama ada dari Tanah Melayu, Sabah dan juga Sarawak. Walaupun banyak sokongan terhadap gagasan Malaysia diterima, namun terdapat juga pihak yang menentang gagasan tersebut. Menurut daripada Nazaruddin (1997), terdapat sebilangan kecil pemimpin UMNO yang menentang kerana bimbang jika penggabungan tersebut hanya melibatkan Tanah Melayu dan Singapura kerana ianya melibatkan kepentingan orang-orang Melayu. Selain itu, pemimpin-pemimpin Pari Islam Setanah Melayu (PAS) merupakan antara pihak yang lantang menentang penubuhan Malaysia dengan alasan bahawa orang-orang Melayu akan merasa rugi dengan penggabungan tersebut dan mereka lebih berminat kepada konsep MAPHILINDO. Mereka mengkritik soal penggabungan tersebut kerana Tunku tidak berunding dengan pemimpin-pemimpin politik lain sebelum mengemukakan rancangannya (Mohd. Noor, 1979). Menurut Mohd. Noor lagi, Parti Buruh juga turut menentang cadangan tersebut dengan alasan Tanah Melayu perlu bercantum dengan Singapura dahulu sebelum membawa wilayah-wilayah di Borneo untuk bergabung.          Rancangan penubuhan Malaysia juga telah mendapat tentangan yang hebat daripada masyarakat Borneo khususnya di Sabah dan Sarawak. Menurut daripada Mazlan (1978), para pemimpin dan parti-parti politik terkejut dengan cadangan tersebut dan pihak inilah yang dikatakan lantang menentang gagasan penubuhan sekitar tahun 1961 dan 1962. Penentangan ini merupakan satu lagi cabaran yang perlu dihadapi oleh Tunku dan kerajaan Tanah Melayu bagi merealisasikan idea penggabungan tersebut. Menurut daripada Mazlan lagi, penentangan daripada pihak di Sabah dan Sarawak berpunca daripada kurangnya pengalaman masyarakat di kedua-dua wilayah ini dalam arena politik, kebanyakan juga penduduk yang masih buta huruf dan juga sikap para pemimpin yang sudah biasa dengan corak pemerintahan Inggeris. Oleh sebab itulah suara-suara penentangan kedengaran dari Sabah dan juga Sarawak. Rancangan Tunku juga didakwa sebagai satu helah daripada kerajaan Tanah Melayu untuk meluaskan kuasa dan menggantikan penjajah Inggeris (Mohd. Noor, 1979). Dakwaan ini dirasakan sebagai sebuah neokolonialisme dalam bentuk baru yang membawa kepada kebimbangan masyarakat di kedua-dua wilayah    ini.          Para pemimpin dan parti-parti politik di kedua-dua wilayah dan juga dari Brunei telah membentuk satu perikatan yang dinamakan Barisan Bersatu (United Front) pada Julai 1961 untuk mencabar rancangan penubuhan Malaysia (Mohd. Noor, 1979). Perikatan ini berusaha untuk menentang usaha tersebut atas alasan untuk mengelakkan daripada dikuasai oleh sebarang kuasa asing. Jika dilihat dari sudut pengalaman yang kurang dalam diri para pemimpin di Sabah dan Sarawak dalam dunia politik, ini merupakan salah satu kejayaan pihak Inggeris semasa menjajah kedua-dua buah wilayah ini yang telah mengekang sebarang aktiviti yang berunsurkan politik dan juga mengawal sebarang tindak-tanduk masyarakat di bawah jajahan mereka. Oleh itu, adalah tidak menghairankan jika suara lantang datang dari Borneo untuk menentang idea penggabungan tersebut dan ini dianggap sebagai salah satu daripada cabaran yang wujud dalam merialisasikan gagasan Malaysia.

Rusuhan Kaum 13 Mei 1969Apabila mempersoalkan isu perpaduan kaum, ianya bukanlah suatu cabaran baru dalam pembentukan Malaysia, juga bukan cabaran terhebat kepada Tunku dalam usaha mewujudkan kompromi antara kaum bagi merealisasikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 akibat dasar pecah dan perintah sejak awal pemerintahan British yang membawa kepada pengenalan identiti kaum berdasarkan fungsi ekonomi, Melayu sebagai petani di kampung, Cina sebagai peniaga di bandar dan India pula sebagai penoreh getah yang secara tidak langsung telah menyekat kewujudan interaksi mahupun hubungan antara kaum yang difikirkan relevan bagi mencapai tujuan memudahkan British untuk memerintah, menumpukan perhatian kepada pengeksploitasian hasil bumi serta mengelakkan penduduk Tanah Melayu daripada bersatu dan bangkit menentang, ditambah lagi dengan dasar anti-Cina semasa pendudukan Jepun menjadikan hubungan antara kaum menjadi semakin kritikal. (Ruslan Zainuddin et al., 2005). Mengapa peristiwa ini menjadi cabaran awal selepas 13 hari 6 bulan 6 tahun Malaysia terbentuk?

Menurut Tunku Abdul Rahman (2007), perpaduan kaum menjadi cabaran hebat terhadap cetusan idea pembentukan Malaysia yang turut melibatkan penyertaan Singapura kerana telah menghidupkan kembali ketegangan antara kaum utama tersebut sehingga mengakibatkan satu letupan gempa masyarakat dan politik yang amat mengerikan pada 13 Mei 1969 walaupun dari segi kedudukan geografi, Malaysia sama sekali tidak terletak dalam lingkungan gempa bumi, namun terpaksa berhadapan dengan keadaan darurat sekali lagi akibat peperangan yang wujud dalam kalangan kaum sehingga memaksa Tunku menyerahkan ketokohannya kepada Tun Abdul Razak.

Pengaruh fahaman KomunisApabila dikaji, nyata sekali peranan yang telah dimainkan oleh Komunis dalam rusuhan 13 Mei sangat besar berikutan kejayaan penyebaran fahaman tersebut dalam kalangan pelampau Cina amnya yang terdiri daripada golongan belia dalam parti pembangkang terutama sekali Parti Buruh Malaya (LMP) yang terang-terangan menjadi alat Komunis melancarkan serangan bagi mencapai matlamat mereka.

“Ancaman Komunis telah bergerak secara berselindung dalam mana-mana parti dan dilakukan dengan apa jua cara untuk mencapai tujuan mereka. Keadaan ini sangat berbahaya kerana menggunakan dakyah-dakyah yang baru bagi mendapat sokongan orang Cina, terutama sekali yang enggan menyifatkan Malaysia sebagai negara tanah tumpah mereka sendiri. Mereka menanamkan perasaan perkauman dalam hati dan fikiran orang Cina untuk ditarik masuk ke dalam gerakan Komunis.” (Tunku Abdul Rahman, 2007).

Penyerapan masuk fahaman Komunis dalam politik LMP menjadikan ianya memudahkan Komunis melancarkan serangan bagi setiap kejadian yang berlaku di Malaysia dan sememangnya menjadi taktik Komunis menyalakan api pada seberapa banyak cerek yang boleh dengan harapan salah satu daripadanya akan meletup dengan sendirinya, misalnya hukuman gantung yang hampir dijalankan terhadap 11 orang Cina yang menjadi anggota Parti Komunis Malaya (PKM) pada Jun 1968 akibat tindakan membantu pihak Sukarno menyerang selatan Malaysia, namun dikurangkan kepada penjara seumur hidup demi menyelamatkan 1000 jiwa akibat pergaduhan yang timbul di luar pintu Penjara Pudu Kuala Lumpur berikutan tunjuk perasaan secara liar oleh belia-belia Komunis sehingga menghalang lalu lintas yang lahir daripada kempen besar-besaaran memungut tandatangan simpati oleh penyokong Komunis akibat kegagalan Dr.Tan Chee Khoon (anggota Parlimen

LMP) membuat rayuan untuk menangguhkan hukuman gantung (Tunku Abdul Rahman, 2007).

LMP nyata telah menjadi darah daging Komunis berikutan tindakan memulaukan pilihan raya 1969 selepas enam minggu hukuman diringankan pada 13 Oktober yang meniru taktik Barisan Sosialis Singapura yang turut sama menjadi alat Komunis sehingga sanggup menarik keluar serta-merta kesemua ahlinya dari Parlimen atau Dewan Undangan Negeri sehingga menimbulkan kelam-kabut dan perpecahan dalam kalangan ahli mereka sendiri. Walaupun penglibatan Komunis dalam perarakan mayat besar-besaran pada 9 Mei 1969, sehari sebelum pilihanraya yang hampir meletuskan rusuhan kaum melibatkan 10 000 orang kerana telah membangkitkan kemarahan orang-orang Melayu berjaya diatasi oleh pihak Polis (Comber L, 1985), namun tiada menyangka dakyah Komunis dalam perarakan kemenangan Dr. Tan Chee Khoon (Gerakan) yang turut disertai oleh DAP, pada 13 Mei bersamaan hari Selasa telah meletuskan rusuhan kaum yang terhebat di Malaysia apabila berjaya membangkitkan kemarahan orang-orang Melayu yang tidak boleh diatas lagi oleh pihak Polis.

Ketegangan hubungan kerajaan Persekutuan dan kerajaan SingapuraDi kemuncak pembentukan Malaysia, cabaran besar yang dihadapi dalam tempoh masa pembentukan Malaysia ialah apabila berlakunya ketegangan antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan Singapura. Sejak Singapura menyertai gagasan Malaysia, banyak perselisihan dan ketegangan berlaku antara kerajaan Singapura dan kerajaan persekutuan di Kuala Lumpur. Agenda tersendiri serta pelbagai tuntutan Singapura menunjukkan bahawa ketegangan tersebut seperti tidak ada penghujungnya malah ia semakin rumit. Disebabkan perkara ini, Tunku  telah membuat keputusan secara persendirian dengan memisahkan Singapura dari Malaysia. Beliau telah membuat keputusan tersebut semasa mendapatkan rawatan di London. Keengganan Lee Kuan Yew bertolak ansur terhadap kerajaan Malaysia di bawah pemerintahan Tunku menyebabkan Tunku kecewa dengan sikap para pemimpin Singapura. Setelah memikirkan secara mendalam terhadap situasi ini, maka Tunku telah mengambil keputusan dengan memisahkan Singapura dari Malaysia. Bagi Tunku, jika Singapura terus dikekalkan dalam Malaysia, maka ketegangan akan terus berlaku. Maka atas dasar melihat ke depan dan berfikir demi kestabilan politik, sosial dan ekonomi, adalah menjadi kewajaran untuk memisahkan Singapura dari Malaysia. Secara rasminya, pada 9 Ogos 1965, Singapura berpisah dari Malaysia.

iii. Kesan Penyingkiran Singapura yang telah memulihkan dan meredakan iklim politik Malaysia selepas tahun 1965.

Selepas Singapura dipisahkan daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965 hubungan di antara kedua negara adalah dikatakan ‘friendly’ tetapi tidak ‘close’. Sebagai asas kepada kajian hubungan 1981-1995, penulis berpendapat maklumat hubungan Malaysia-Singapura selepas perpisahan perlulah diketengahkan. Untuk tujuan tersebut pengkaji membahagikan hubungan kedua-dua negara kepada tahap-tahap berikut iaitu, era Tunku Abdul Rahman, era Tun Abdul Razak dan era Tun Hussein Onn. Ianya bermula sejak sebelum merdeka lagi. Fasa pertama adalah Rangka Rancangan Pembanguna Persekutun Tanah Melayu (1950-55) dan sebahagian Rancangan Malaya Pertama (RM1) 1956-60. Fasa kedua RM2 1961-65, Rancanagn Malaysia Pertama (RM1) 1966-70, RM 2 (1971-75), RM 3 (1976-80), RM 4 (1981-85), RM 5 (1986-1990), RM 6 (1991-1995) dan RM 7 (1996-2000)Ranka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) adalah perancangan janka panjang kerajaan dari tahun 1970-1990. Ianya diikuti oleh RRJP2 (1991-2000). Perlancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) di bawah RRJP1 adalah bertujuan untuk mengimbangi kepincangan ekonomi orang Melayu dengan mengambil pengajaran dari peristiwa 13 Mei 1969. Ianya dijalankan berperingkat dari 1971-1990. Antara tujuan utama DEB adalah:-

a.membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum

b.menyususn dan mengimbang semula masyarakat dari aspek ekonomi dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi (Melayu bertani, Cina berniaga).

Antara strategi DEB adalah:-

1.Pengenalan sistem pekebun koperatif, mini estet

2.Mewujudkan program Hala Cara Baru Dalam Pembangunan Kampung dan Luar Bandar

3.Pengenalan Dasar Urbanisasi Negara

4.Pengenalan Dasar Perindustrian Berat Malaysia (HICOM,PERWAJA & PROTON)

5.Dasar Penswastaan

Pencapaian RRJP1

1.Dasar basmi kemiskinan kurang berjaya. Target 16.7% tetapi menjelang 1990 hanyalah 17%.

2.Penyusunan semula masyarakat dapat dilakukan tetapi pada kadar perlahan.

3.Target 30% dalam bidang keushawanan dan pemilikan saham secara umum untuk kaum Melayu dan bumiputera telah gagal dicapai dengan hanya 19.4% menjelang 1990.

4.Dari aspek perpaduan negara, walaupun banyak kemajuan dicapai tetapi gurisan lama masih lagi tidak dapat dilupakan.

Secara kasarnya , RRJP1 dan DEB kurang berjaya dalam mencapai matlamatnya. Satu dasar baru menggantikan DEB iaitu Dasar Pembangunan Nasional (DPN) diperkenalkan.Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) 1991-2000Pada dasarnya DPN dibawah RRJP2 ini mengekalkan strategi asas DEB. Dimensi baru DPN adalah:-

a.membasmi golongan termiskin

b.perwujudan guna tenaga dan pembangunan pesat sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera

c.meningkat keterlibatan pihak swasta dalam proses penyusunan semula masyarakay Malaysia

d.menumpukan kepada pembangunan sumber manusia sebagai asas mencapai matlamat pertumbuhan dengan pengagihan yang saksama.

Secara amnya, pencapaian RRJP2 masih lagi belum mencapai matlamatnya walaupun terdapat banyak perubahan dan kemajuan. 4 sektor utama negara iaitu perindustrian, pertanian, perkhidmatan dan perdagangan adalah diberikan penekanan dengan pengenalan berbagai program dan bantuan oleh pihak kerajaan.

Keadaan huru hara menyebabkan YDPA atas nasihat Perdana Menteri mengisytiharkan Darurat dan membubarkan Parlimen pada 16 Mei 1969. Pilihanraya di Sabah dan Sarawak telah ditangguhkan.Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan pada 17 mei 1969. Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai pengerusi MAGERAN. Ahli lain adalah Tun Dr. Ismail, Tun Tan Siew Sin, Tun G.T. Sambanthan, Dato’ Hamzah Abu Samah, Tan Sri Ghazali Shafie, Tan Sri Abd Kadir Shamsuddin, Tan Sri Mohd Salleih Ismail dan Jeneral Tunku Osman Tunku Mohd. Jiwa.Penubuhan Majlis Muhibbah dan Majlis Perpaduan Negara untuk membincangkan hal-hal perpaduan. Majlis Perundingan Negara juga telah ditubuhkan pada 20 Jan 1970 untuk menasihat MAGERAN. Ia diwakili UMNO, MCA, MIC, wakil agama, badan professional dan lain-lain.Konsep Rukun Negara diperkenalkan pada 1970.Pindaan Perlembagaan telah diluluskan oleh Dewan Rakyat setelah ianya dibuka kembali pada 23 Feb 1971. Perkara-perkara sensitif seperti perkara 181(kuasa dan taraf raja), perkara 153 (hak istimewa Melayu),perkara 152 ( bahasa kebangsaan ) dan berkaitan agam Islam tidak boleh dipertikaikan lagi.Barisan Nasional telah ditubuhkan yang mempunyai 10 parti termasuk PAS pada 1971 atas inisiatif Tun Abd Razak

Kesimpulan

Pembentukan Persekutuan Malaysia telah menunjukkan pandangan jauh Tunku Abdul Rahman iaitu Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu . Jadi tidak hairanlah beliau telah digelar sebagai “ Bapa Kemerdekaan Malaysia ’’ . Hal ini kerana kejayaannya memerdekaan bukan sahaja persekutuaan Tanah Melayu tetapi juga Sarawak , Sabah dan Singapura . Semangat kerjasama , setia kawan dan sikap toleransi antara pemimpin dengan rakyat pula telah membawa kepada satu penggabunggan Persekutuan Tanah Melayu , Sabah dan Sarawak dalam sebuah Pembentukan  Malaysia . Inilah satu keunikan dan kebanggaan negara kita yang perlu dipelihara dan dipertahankan agar semangat penubuhan Persekutuan Malaysiauntuk mewujudkan kestabilan politik , kemakmuran ekonomi dan kejasama dalam sosial akan terus berkekalan sampai bila – bila . Selain itu , Tunku Abdul Rahman sekarang ini masih diingati oleh semua rakyat Malaysia dan menjadi kebanggaan yang cemerlang bagi seluruh rakyat Malaysia kerana telah berjaya memerdekakan Tanah Melayu ini daripada penjajah asing . Pembentukan Malaysia ini telah melahirkan sebuah negara yang disegani dan disanjungi oleh negara lain iaitu negara Malaysia. Hubungan yang tegang antara Singapura dengan Kerajaan Persekutuan akhirnya tiba dikemuncaknya menjelang Mei 1965 sehingga menimbulkan kebimbangan Tunku Abdul Rahman yang berpendapat Singapura perlu disingkirkan dari Malaysia. Pada 9 Ogos 1965, Tunku Abdul Rahman membuat pengumuman rasmi di Parlimen dan membentangkan rang undang-undang pemisahan Singapura. Rang undang-undang tersebut diluluskan dan tiada yang menentang atau berkecuali dan keputusan itu diambil tanpa dihadiri oleh perwakilan Singapura. Pemisahan ini menamatkan pertikaian politik yang berlarutan antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Singapura. Pertikaian itu jika dibiarkan berterusan boleh memburukkan lagi keadaan sehingga mencetuskan rusuhan kaum dan pertumpahan darah. Setelah pemisahan Singapura, Malaysia hanya terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

  

RUJUKAN

1.            Ruslan Zainudin et. al.(2005), Kenegaraan Malaysia, Fajar Bakti Sdn. Bhd.

2.            Mardiana Nordin & Hasnah Hussiin (2004), Pengajian Malaysia, Fajar Bakti Sdn. Bhd.

3. http://koleksitugasan.blogspot.my/2012/04/pengajian-malaysia-proses-pembentukan.html

4. http://pengajianmalaysiaikmtsya.blogspot.my/2014/08/bab-6-pembentukan-malaysia.html

LAMPIRAN