su exam tugasan

Click here to load reader

Post on 12-Jan-2017

724 views

Category:

Education

2 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

SETIAUSAHA PEPERIKSAAN DALAMAN1.Menentukan takwim peperiksaan bersama PK Akademik2.Mengarahkan guru-guru menyediakan soalan-soalan terlebih dahulu mengikut masa yang difikirkan cukup ( rujuk Pengetua).3.Mempastikan semua soalan telah diteliti oleh Ketua Panitia , stensil disemak oleh penyedia soalan dan ditandatangani oleh Ketua Panitia.4.Menyimpan semua stensil soalan peperiksaan sebelum digelek mengikut subjek dan kelas dengan SELAMAT.5.Menentukan bahawa tiada soalan yang bocor.6.Menbahagikan kertas-kertas soalan kepada Pengawas Peperiksaan sebelum peperiksaan dijalankan.7.Mengagihkan kertas-kertas jawapan kepada pemeriksa-pemeriksa soalan.8.Mengumpul 3 set soalan peperiksaan untuk simpanan sekolah.9.Lain-lain perkara yang tidak tersebut di atas berkaitan dengan peperiksaan.10.Mempastikan bahawa keputusan peperiksaan , laporan kemajuan pelajar , analisa keputusan dan sebagainya disediakan dalam jangkamasa yang ditetapkan.11.Menentukan senarai markah , kad-kad kemajuan pelajar dikemukakan kepada Pengetua mengikut tarikh-tarikh yang ditetapkan.12.Mempastikan kertas-kertas jawapan , benang , getah dan stensil mencukupi .13.Mengawas papan kenyataan yang diperuntukkan.HEADCOUNTHeadcount merupakan proses mengenal pasti potensi akademik dan kerjaya murid mulai tahun 1 hingga tahun 6 dan tingkatan 1 hingga tingkatan 6 bagi murid di sekolah menengah. Definisi lain ialah"Proses mengenal pasti, merasionalkan dan menjustifikasikan penentuan ciri-ciri keupayaan pembelajaran bagi setiap pelajar supaya guru dapat menyenaraikan dan menetapkan unjuran pencapaian subjek bagi pelajar tersebut di dalam kelas yang diajarnya"(Hjh. Salmiah bt. Mohd Salleh- Guru Inovatif Negeri Kedah 2003)MENGAPA PERLU HEADCOUNT?- Melihat keupayaan sedia ada setiap murid;- Menilai potensi setiap murid yang dapat digarap;- Merancang program yang bersesuaian dengan kebolehan dan keupayaan murid berasaskan diagnosis yang tepat;- Untuk tujuan post-mortem dan tindakan penambahbaikan yang proaktif;- Pemantauan dan penilaian boleh dibuat oleh Pengetua, Guru Besar, GPK, guru kelas, dan guru mata pelajaran secara sistematik;- Panitia dapat berfungsi dengan lebih berkesan.Definisi TOV [Take-off Value]:Nilai Letak kerja kepada seseorang murid berdasarkan potensi sedia ada seperti pencapaian akademik merujuk kepada pencapaian dalam setiap mata pelajaranMengenal pasti TOV berasaskan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun bagi tahun sebelumnya. TOV murid tahun semasa adalah melihat kepada keputusan Peperiksaan Akhir Tahun yang lepas.Definisi ETR [Expected Targeted Result]:Merujuk kepada sasaran keputusan terbaik pada akhir tahun nanti. Bagi murid tahun 6, ETR yang disasarkan ialah UPSR manakala bagi murid lain, ETR ialah Peperiksaan Akhir tahun yang akan mereka hadapi pada hujung tahun tersebut.Definisi OTI[Operational Targeted Increment]:Peningkatan hasil pembelajaran yang diharapkan dengan merujuk beberapa penilaian sebelum mencapai ETR.Merujuk kepada ETR serta menetapkan sama ada jangkaan pemeringkatan dua atau tiga kali penilaian.Definisi AR[Actual Result] / ATR [Actual Targeted Result]:Pencapaian penilaian pembelajaran yang sebenar pada peringkat terakhir seperti keputusan Peperiksaan Awam

PROSEDURKERJA SETIAUSAHA PEPERIKSAANBagi Peperiksaan Dalaman dan Peperiksaan Pertengahan Tahun(Prosedur ini tidak dilaksanakan bagi Peperiksaan Akhir Tahun)PERKARATEMPOH MASATINDAKAN

Menyediakan takwim pelaksanaan Ujian/PeperiksaanMinggu 3 persekolahanSUP

Menyediakan jadual Pembina soalan Ujian/PeperiksaanMinggu 3 persekolahan (Penggal 1)Minggu 1 selepas cuti pertengahan tahun (penggal 2)SUP

Membina soalan Ujian/Peperiksaan21 hari sebelum PK dilaksanakanPembina soalan

Menghantar kertas soalan untuk cetakan14 hari bekerja sebelum Ujian/Peperiksaan dilaksanakanKertas soalan tidak akan diterima dalam tempoh 5 hari bekerja sebelum sesuatu peperiksaan itu akan diadakan.Pembina soalan

Membungkus kertas soalan4 hari sebelum Ujian/Peperiksaan dilaksanakanPembina soalan

Jadual pengawasan Ujian/Peperiksaan3 hari sebelum Ujian/Peperiksaan dilaksanakanSUP

Serah bungkusan soalan ke SUP2 hari sebelum Ujian/Peperiksaan dilaksanakanPembina soalan

Menyerahkan markah murid kepada guru kelasHari ke 5 selepas hari terakhir Ujian/PeperiksaanGuru mata pelajaran

Guru kelas masuk data ke dalam SAPHari ke 6 selepas hari terakhir Ujian/PeperiksaanGuru kelas

Gabung data SAPHari ke 7 selepas hari terakhir Ujian/PeperiksaanSUP

Cetakan laporan ke guru kelasHari ke 7 selepas hari terakhir Ujian/PeperiksaanSUP

Cetakan laporan ke GPK dan laporan ke PPWPPHari ke 9 selepas hari terakhir peperiksaanSUP

Kiraan hari adalah termasuk hari tidak bekerja (Sabtu, Ahad, cuti umum) kecuali dinyatakan sebaliknya.Hari sesuatu peristiwa berlaku tidak diambil kira sebagai 1 hari. Contoh: Hari terakhir Ujian/Peperiksaan ialah Jumaat. Maka hari untuk guru menyerahkan markah kepada guru kelas ialah pada hari Selasa minggu berikutnya.Sila ambil kira hari-hari tidak bekerja bagi sesuatu tindakan yang melibatkan orang lain.

GURU MATA PELAJARANSENARAI TUGAS GURU MATA PELAJARAN

Mempunyai sebuah Buku Rekod Mengajar yang kemaskini dan menyerahkan kepada Pengetua pada masa yang ditetapkan setiap minggu. Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan sukatan mata pelajaran yang berkenaan. Memahami dan mematuhi pekeliling-pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan mata pelajaranyang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai, iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di akhir tiap penggal bagi tiap tingkatan. Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh setahun/sepenggal/ seminggu / harian dan melaksanakan pengajarannya mengikut rancangan pelajaran yang disediakan. Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan pelajar dan memulangkan semula secepat mungkin. Menyerahkan / menunjukkan buku latihan murid kepada pengetua/ wakilnya pada masa yang dikehendaki. Menjalankan ujian Bulanan dan Penilaian kepada pelajar . Merekodkan soalan-soalan dan keputusan ujian dalam buku rekod mengajar. Mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas pemulihan/ bimbingan. Menjadi ahli dalam Panitia Mata Pelajaran , menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan keputusan mesyuarat panitia. Guru mata pelajaran harus menyedari dan menggunakan buku panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran dan PPWPP. Memastikan keselamatan pelajar di makmal/ bengkel KH/ Bilik ERT serta mengawasi penggunaan peralatan. Menghadiri mesyuarat / taklimat mengenai mata pelajaran yang berkenaan sama ada yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan / PPWPP. Menyampaikan semua maklumat kepada guru lain yang mengajar mata pelajaran yang sama. Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar bagi mata pelajaran berkenaan bagi meninggikan lagi prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Melaporkan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran tentang masalah pengajaran dan pembelajaran untuk tindakan selanjutnya. Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantuan mengajar yang digunakan, memastikan bahawa alat-alat bantuan mengajar digunakan secara meluas . Bertanggungjawab dalam menambahklan alat bantuan mengajar bagi memperkayakan Pusat Sumber Sekolah. Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang diajar. Membantu menguruskan Bank Soalan. Memiliki, memahami dan boleh mentafsir serta menghuraikan kandungan sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran berkenaan. Memahami dan mematuhi pekeliling pekeliling dan arahan-arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai iaitu dari segi pengetahuan,pencapaian akademik dan kemahiran di akhir tiap penggal bagi tiap tingkatan. Mempunyai sebuah buku rekod mengajar yang kemaskini dan menghantarnya kepada Pengetua untuk ditandatangani pada masa yang ditetapkan iaitu setiap minggu. Menyediakan rancang pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh setahun/sepenggal /seminggu/harian dan melaksanakan pengajaran mengikut rancangan pelajaran yang ditetapkan. Menyedia dan memberi latihan yang cukup,memeriksa buku latihan pelajar dan memulangkan semula secepat mungkin.Menyerahkan buku latihan pelajar kepada Pengetua /PKP untuk disemak pada masa yang dikehendaki. Membina soalan ujian atau peperiksaan mengikut JPN . Menjalankan ujian bulanan dan penilaian kepada pelajar dari semasa ke semasa.Merekod soalan-soalan ujian dan penilaian serta markah ujian tersebut ke dalam buku rekod mengajar. Mengesan kelemahan pelajar dan mengadakan aktiviti pemulihan . Menjadi ahli dalam panitia mata pelajaran , menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan keputusan mesyuarat panitia. Memastikan buku buku panduan yang digunakan adalah yang diluluskan oleh Kementerian Pelajaran /PPWPP.

GURU PERMAINANBidang tugas1.Memajukan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam sukan dan permainan di bawah jagaannya dengan mengadakan latihan mengikut yang telah ditetapkan oleh guru majlis sukan dan setiausaha sukan.2.Mengatur seberapa banyak perlawanan persahabatan dengan pasukan-pasukan di sekolah-sekolah lain.3.Membentuk pasukan sekolah mengikut kumpulan umur untuk pertandingan majlis sukan sekolah-sekolah.4.Mendapatkan pengadil dalam sesuatu perlawanan persahabatan yang dianjurkan antara sekolah-sekolah.5.Mengadakan perlawanan antara rumah dan kelas dan menyampaikan keputusan perlawanan itu kepada setiausaha sukan ataupun guru majlis sukan.6.Membentuk sebuah jawatankuasa pelajar dan guru sukan dan permainan di peringkat sekolah.7.Menempah dan mengaturkan pengangkutan untuk pasukannya bagi perlawanan majlis sukan sekolah-sekolah termasuk juga perlawanan persahabatan.8.Mengiringi dan manjaga displin pelajar dalam sesuatu permainan itu untuk menentukan kelancaran perjalanan