wpa sho exam

Download WPA SHO EXAM

Post on 28-Jan-2016

670 views

Category:

Documents

121 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

work place assignment

TRANSCRIPT

1

Laporan Kajian Hazard

Di Tapak Projek Pembinaan ..xxx

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

XxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxDi Dalam Industri PembinaanOleh

No. Index: NS 6606

No. KP: XXXXXX-XX-XXXXPeperiksaan Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan (4/2011)

Kertas IV Bhg 1: Kertas Tugasan Tempat Kerja13 June 2011 26 July 2011

PERAKUAN TUGASAN TEMPAT KERJA

WORKPLACE ASSIGNMENT VERIFICATION

Adalah saya dengan ini mengaku bahawa dokumen ini yang disediakan untuk Peperiksaan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan adalah berdasarkan hasil kerja asal saya sendiri dan maklumat diperolehi hasil lawatan tapak ke tempat kerja yang berkenaan kecuali sedutan atau petikan yang dinyatakan.

I hereby certify that this document prepared for the Safety and Health Officer Examination is based on my original work and information are gathered from the site visit except for citation and quotation made.

Tandatangan

: _______________________

Signature

No. Kad Pengenalan: ______________________I.C. No.

No. Indeks

: ______________________

Index No.

Tarikh

: _______________________Date

KANDUNGAN

MUKASURAT

1.0ABSTRAK

1

2.0PENGENALAN

2.1 Profil Syarikat

2

2.2 Struktur Organisasi

2

2.3 Aktiviti Dan Proses Kerja

3

2.4 Persekitaran Kerja

3

3.0OBJEKTIF

4

4.0KAEDAH

4.1Mengenalpasti Hazard

5

4.2Kaedah Penaksiran Risiko

8

5.0HASIL DAN PERBINCANGAN

5.1 Senarai Hazard Yang Dikenalpasti

12

5.2 Keutamaan Hazard

13

5.3 Kesan Dari Hazard Paling Kritikal

Kepada Organisasi

15

KANDUNGAN

MUKASURAT6.0SARANAN6.1 Langkah Kawalan

17

6.2 Langkah Semakan Semula

22

6.3 Manfaat Langkah Kawalan Keselamatan

26

Dan Kesihatan

7.0KESIMPULAN

28

8.0 RUJUKAN 29

1.0ABSTRAKAspek-aspek keselamatan dan kesihatan adalah amat penting untuk diberi perhatian utama. Bagi menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja dan orang lain tidak terjejas dengan segala aktiviti dan proses yang dijalankan di tapak pembinaan, kesemua hazard yang wujud perlulah dikenalpasti, dinilai dan dikawal bagi mengelakkan berlakunya kemalangan, kecederaan dan penyakit pekerjaan terhadap pekerja dan orang yang berada di tapak pembinaan. Ini juga bagi menjamin inspirasi dan matlamat Kerajaan melalui Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan untuk menjadikan budaya kerja selamat dan sihat menjadi amalan di semua sektor pekerjaan di Malaysia.

Satu kajian telah dilakukan di tapak pembinaan Kilang Pengeluaran Komponen Badan Kereta Di Bandar Proton Mukim Ulu Bernam Timur, Daerah Batang Padang, Perak Darul Ridzuan Untuk Tetuan Miyazu Malaysia Sdn Bhd (selepas ini di panggil Kilang Miyazu) yang bertujuan untuk mencapai objektif iaitu mengenalpasti hazard keselamatan dan kesihatan, risiko dan bahaya yang terdapat dan terhasil daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan di tempat kerja, menentukan hazard yang paling kritikal dari segi keselamatan dan kesihatan, mengenalpasti kaedah-kaedah pengawalan dan pencegahan serta keberkesanannya dan akhirnya bagi mencadangkan kaedah-kaedah pengawalan dan pencegahan terhadap hazard yang telah dikenalpasti sangat kritikal.Kajian ini dilakukan dengan mengkaji peruntukan undang-undang dan piawaian yang ada, membuat pemeriksaan dan audit di tempat kerja serta mengkaji data dan maklumat kemalangan di tempat kerja.

Hasil dari kajian yang dilakukan didapati hazard yang paling kritikal di tapak pembinaan XXXXX XXXXX ialah jatuh dari tempat tinggi yang berlainan bagi hazard keselamatan dan hazard ergonomik ( mengangkat objek secara manual) bagi hazard kesihatan. Sehubungan dengan itu, beberapa saranan dan cadangan kawalan telah diberikan di dalam laporan kajian ini berdasarkan kepada faktor-faktor hazard yang wujud di tempat kajian. Langkah-langkah kawalan dan pencegahan yang diambil akhirnya akan memberi manfaat kepada majikan di samping para pekerja juga terpelihara dari terdedah kepada hazard keselamatan dan kesihatan di dalam melakukan kerja mereka pada setiap hari.2.0 PENGENALAN 2.1Profil SyarikatSyarikat Kencana Torsco Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat pembinaan kelas A. Syarikat ini merupakan sebuah syarikat yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan merupakan sebuah syarikat pembinaan berkelas G7. Alamat Ibu Pejabat di Level 9, Menara Kencana Petroleum, Solaris Dutamas, 1, Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur .Syarikat Kencana Torsco Sdn Bhd amat komited dalam menjaga keselamatan dan kesihatan pekerjaan di kawasan tapak pembinaan. Komitmen ini ditunjukkan dengan perlantikan Pengurus dan Penyelia Keselamatan dan Kesihatan, menguatkuasaan peraturaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan penubuhan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Selain itu syarikat ini turut mempunyai Polisi Keselamatan dan Kesihatan (Rujuk Lampiran 1).2.2Struktur OrganisasiStruktur Organisasi syarikat seperti ditunjukkan dalam Lampiran 22.3Aktiviti Dan Proses KerjaAktiviti yang dijalankan di dalam kawasan kajian adalah berdasarkan skop kerja yang telah ditetapkan iaitu menyiapkan 1 blok kilang utama dan bangunan utiliti yang lain. Secara amnya, aktiviti di kawasan kajian ini boleh dibahagikan kepada 5 aktiviti utama iaitu:a) Kerja Sub-struktur penyediaan asas bangunan, ground beam, tapak lantai bawah.

b) Kerja Superstruktur Struktur Besi dan Penyiapan bumbung .

c) Kerja Architectural pemasangan kemasan pada lantai, dinding bumbung dan sebagainya.

d) Kerja Mekanikal dan Elektrikal pemasangan pendawaian, peralatan elektrik, sistem bekalan air dan sebagainya

e) Kerja Sivil pembinaan jalan, pagar, longkang dan lain-lain.

2.4Persekitaran kerjaAktiviti di tapak pembinaan banyak bergantung kepada persekitarannya dan ia juga turut mempengaruhi faktor-faktor keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Persekitaran kerja di tapak pembinaan boleh dibahagikan kepada dua situasi utama iaitu persekitaran ketika waktu siang dan cerah (Panas, silau berhabuk dan berdebu) dan pada waktu hujan (Berlumpur / Licin dan berair/air bertakung ). Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati persekitaran kerja di kawasan kajian berada dalam keadaan baik kerana berada jauh dari orang awam selain terletak di kawasan pembinaan yang lapang dan dibantu oleh Penyelia dan Pengurus Keselamatan dan Kesihatan yang kompeten dan berdaftar. Kerja-kerja housekeeping sentiasa dijalankan bagi memastikan kawasan kerja bersih, dan selamat. Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu di atasi seperti masalah disiplin pekerja yang mempunyai latarbelakang yang berbeza3.0 OBJEKTIF

3.1 Objektif KajianSetiap kajian yang akan dijalankan mestilah mempunyai objektif agar kajian yang dilakukan tidak terkeluar dari skop yang dikehendaki. Berikut adalah objektif bagi kajian yang dijalankan di Projek XXXXXXXXXXXXXX.. Objektif utama kajiselidik dan laporan ini adalah seperti berikut :

i) Untuk mengenalpasti hazard keselamatan dan kesihatan, risiko dan bahaya yang wujud dan terhasil daripada kerja-kerja yang dijalankan di tempat kerja.

ii) Untuk menilai dan menafsir jenis-jenis bahaya yang terdapat di tempat kerja dan menentukan hazard yang paling kritikal dari segi keselamatan dan kesihatan.

iii) Untuk mengenalpasti kaedah-kaedah pengawalan, pencegahan dan penghapusan serta punca-punca bahaya yang terdapat di tempat kerja. iv) Untuk menilai keberkesanan kaedah-kaedah pengawalan, pencegahan dan penghapusan yang telah dijalankan.

v) Untuk mencadangkan kaedah-kaedah pengawalan dan pencegahan yang baru sekiranya perlu untuk memastikan semua hazard, risiko dan bahaya yang terdapat di tempat kerja dapat dikawal, dicegah atau dihapuskan dengan cara yang sempurna supaya orang yang sedang bekerja atau orang lain tidak terjejas dengan segala aktiviti dan proses yang dijalankan.4.0 KAEDAH 4.1Mengenalpasti Hazard

Bagi mencapai matlamat dan tujuan yang tersebut di atas, adalah penting terlebih dahulu mengetahui makna beberapa perkataan penting yang digunakan sebelum membuat sebarang penilaian terhadap keselamatan dan kesihatan di tempat

i) Hazard Punca atau keadaan yang mempunyai potensi untuk menyebabkan kecederaan atau penyakit kepada manusia, kerosakan harta benda, pencemaran kepada persekitaran atau kombinasi kesemuanya.

ii) Risiko Kombinasi kemungkinan berlakunya kejadian berbahaya dalam jangka masa atau situasi tertentu dan keterukan kecederaan atau penyakit kepada kesihatan manusia, harta, persekitaran atau kombinasi di atas akibat kejadian tersebut.

iii) Bahaya Pendedahan relative kepada hazard.iv) Penaksiran risiko Proses menaksir risiko kepada keselamatan dan kesihatan yang disebabkan hazard di tempat kerja.

Bagi memastikan pekerja dan orang lain tidak terjejas dari segi keselamatan dan kesihatan disebabkan oleh aktiviti-aktiviti yang dijalankan di tempat kerja. Semua hazard yang wujud di tempat kerja haruslah dikenalpasti. Bagi memudahkan mengenalpasti hazard yang terdapat di tempat kerja, ianya bolehlah dikenalpasti mengikut kategori seperti berikut :

i) Mekanikal Kejadian terjatuh, terlanggar, tersepit, tercucuk

ii) Elektrikal Kejutan elektrik, terbakar, kebakaran iii) Biologi virus Nip