tajuk 5 kuliah

Upload: lau-hieng-han

Post on 02-Apr-2018

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Tajuk 5 Kuliah

    1/57

    RBT3119

    TUJUAN ANALISIS KEWANGAN

    Menilai Kedudukan kewangan syarikat pada satusatu masa.

    Menentukan keberkesananoperasi niaga pada tahunatau tempoh kewangantersebut.

    Membantu dalam perancanganstrategik syarikat.

    JENIS JENIS NISBAH KEWANGAN Nisbah Kecairan Nisbah Pengurusan Aset. Nisbah Leverage. Nisbah Keuntungan Nisbah nilai Pasaran

    Tajuk 5

  • 7/27/2019 Tajuk 5 Kuliah

    2/57

    RBT3119

    Analisis Ratio

    Definasi: Analisis ke atas dua perkaitan unsur perakaunanyang membolehkan penganalisaan dilakukan ke atas prestasi

    perniagaan.

    Analisis ratio menyatakan kesihatan perniagaan Memastikan halatuju perniagaan menghala kepada

    objektif. Juga menentukan kejayaan sesebuah perniagaan. Terlebih inventori, Terlebih perbelanjaan operasi,

    Tajuk 5

  • 7/27/2019 Tajuk 5 Kuliah

    3/57

  • 7/27/2019 Tajuk 5 Kuliah

    4/57

    RBT3119

    Ratio Kecairan (Mudah Tunai)

    Keupayaan perniagaan membayar hutang jangka pendek pada tarikh matang.

    Menilai kemampuan firma membayar liabiliti jangka pendek dengan aset mudah tunai.

    Membolehkan penganalisis mengukur keupayaan satu-satusyarikat membayar liabiliti semasa apabila ia matang.

    Ratio Semasa Mengukur keupayaan syarikat membayar liabiliti semasa (jangka pendek) menggunakan sumber asetsemasa

    Nisbah yang tinggi menggambarkan syarikat mempunyaikeupayaan yang tinggi dalam memenuhi obligasi-obligasisemasa.Terlalu rendah, syarikat mungkin menghadapimasalah membayar tanggungan jangka pendeknya

    Tajuk 5

  • 7/27/2019 Tajuk 5 Kuliah

    5/57

    RBT3119

    Contoh Pengiraan Nisbah Semasa

    Nisbah semasa = Aset semasaLiabiliti semasa

    Nisbah semasa syarikat adalah 3.0 kali pada tahun 2000 dan2.74 kali pada tahun 2001. Ini bermakna pada tahun 2000

    bagi setiap satu ringgit liabiliti semasa syarikat, syarikatmenyandarkan ataupun menyediakan RM 3 aset semasa bagitujuan pembayaran semula.

    Dalam erti kata lain, bagi setiap RM 1 liabiliti semasa

    dituntut, syarikat bersedia membayar kesemua jumlah itu danmasih mempunyai baki RM 2 di penghujungnya.

    Tajuk 5

  • 7/27/2019 Tajuk 5 Kuliah

    6/57

    RBT3119

    Darjah keupayaan semakin merosot kepada 2.74 pada tahun2001, tetapi sungguhpun begitu ia masih lagi mampumembayar balik hutang jangka pendeknya kerana kedudukannilai aset semasanya lebih besar daripada liabilitisemasanya(nisbah>1.00).

    Nisbah semasa syarikat melebihi paras nisbah industri.

    Ratio Cepat - Keupayaan membayar liabiliti semasa darisumber aset cepat.

    Aset cepat - Tunai, sekuriti cair, akaun penerimaan,aset yang

    boleh dicairkan dengan cepat.(kecuali inventori dan hutanglama. Inventori tidak dimasukkan atau diambil kira sebagaiaset semasa.

    Daripada segi tahap kecairan, inventori adalah yang terendah

    jika dibandingkan dengan tahap kecairan aset semasa yanglain se erti akaun belum terima atau sekuriti boleh asar.

    Tajuk 5

  • 7/27/2019 Tajuk 5 Kuliah

    7/57

    RBT3119

    Bagi mendapatkan ukuran kemampuan syarikat yang sebenar

    dalam memenuhi liabiliti semasa dengan bersandarkankepada aset semasa, inventori dikeluarkan daripada

    pengangka (numerator).

    Nisbah cepat mengukur kemampuan syarikat dalam

    membayar kesemua tuntutan (liabiliti) semasa,tanpa bergantung kepada penjualan inventori.

    Nisbah cepat yang memuaskan adalah pada kadar 1:1 iaitusetiap RM1 hutang adalah RM1 aset cepat yang akan

    dilindungiNisbah cepat = Aset semasa- inventori

    Liabiliti semasa

    Tajuk 5

  • 7/27/2019 Tajuk 5 Kuliah

    8/57

    RBT3119

    Nisbah cepat menggambarkan syarikat itu mempunyai

    kemampuan memenuhi setiap satu ringgit liabititi yangdituntut tanpa bergantung kepada inventori.

    Syarikat masih mempunyai baki RM0.93 pada tahun 2000dan RM 0.75 pada tahun 2001 selepas setiap obligasi semasa

    atau jangka masa pendek dibayar. Namun begitu, nisbahcepat rendah jika dibandingkan nisbah cepat industri padakedua-dua tahun tersebut

    Tajuk 5

  • 7/27/2019 Tajuk 5 Kuliah

    9/57

    RBT3119

    Ratio Pengurusan Aset (Aktiviti)

    Nisbah pengurusan aset boleh digunakan bagi mengukur keberkesanan dan kecekapan syarikat dalam mengurus asetsyarikat.

    Pengurusan yang berkesan dan cekap menjamin pengeluaranatau keuntungan syarikat yang setimpal keseluruhan asetyang dimiliki.

    Sebagai contoh, jumlah keseluruhan aset yang dimiliki oleh

    Syarikat A hingga Penghujung tahun 2000 ialah RM10 juta.

    Daripada aset ini, Syarikat A berjaya menghasilkan untungansebanyak RM1.5 juta. Syarikat A beroperasi dalam industri

    perabot.

    Tajuk 5

  • 7/27/2019 Tajuk 5 Kuliah

    10/57

    RBT3119

    Pada masa yang sama, Syarikat B juga beroperasi dalam

    industri perabot dan mempunyai jumlah aset RM10 jutasepanjang tahun 2000.

    keuntungan yang diperoleh syarikat ini ialah RM1.1 juta.Jika dikaji daripada segi keberkesanan dan kecekapan

    pengurusan aset, Syarikat A lebih cekap dan berkesan berbanding Syarikat B.

    Dengan jumlah aset yang setara (RM 10 juta) syarikat Adapat menghasilkan lebih banyak keuntungan berbandingSyarikat B

    Dengan lain perkataan, melalui contoh ringkas di atas,nisbah-nisbah ini mencerminkan keberkesanan dasar yangdiamalkan oleh pihak pengurusan firma dalam usahamencapai matlamat firma.

    Tajuk 5

  • 7/27/2019 Tajuk 5 Kuliah

    11/57

    RBT3119

    Ratio-ratio utama dalam kumpulan nisbah pengurusan aset

    ialah: Pusing ganti aset tetap Pusing ganti jumlah aset

    Pusing ganti inventori Tempoh pungutan purata

    Pusing ganti aset tetap

    Ratio pusing ganti aset tetap membolehkan kita mengukur kecekapan sesebuah syarikat menggunakan aset-aset tetapdalam menghasilkan jualan.

    Nisbah Pusing Ganti Aset Tetap = Jualan

    Aset Tetap

    Tajuk 5

  • 7/27/2019 Tajuk 5 Kuliah

    12/57

    RBT3119

    Nisbah pusingan ganti aset tetap syarikat 1.93 kali,menunjukkan bahawa bagi setiap satu ringgit aset tetap,sebanyak RM 1.93 jualan dapat dijanakan pada tahun 2000.

    Pada tahun 2001, ia menunjukkan bagi setiap satu ringgit

    aset tetap,sebanyak RM 1.75 jualan dapat djanakan olehsyarikat.

    Walaupun berlaku penurunan nisbah pusing ganti aset tetapsyarikat dari tahun sebelumnya,namun jualan masih dapat

    dijanakan melebihi satu ringgit bagi setiap seringgit aset

    Tajuk 5

  • 7/27/2019 Tajuk 5 Kuliah

    13/57

    RBT3119

    Walaupun syarikat ini dapat menjana jualan lebih banyak

    daripada jumlah aset tetapnya namun,jumlah itu masihrendah jika dibandingkan dengan hasil pengluaran syarikatlain dalam industri yang sama.

    Nisbah pusingan ganti industri ialah 2.0 kali dan2.05 kali

    bagi tahun2000 dan 2001 . Ini bermakna bagi setiap saturinggit aset tetap, syarikat lain dapat menjana RM2.00 jualan(2000) dan RM 2.05 jualan (2001).

    Pusing ganti jumlah aset

    Nisbah pusing ganti jumlah aset memberitahu berapa kali jumlah aset berpusing atau berganti dengan jualan syarikat.

    Nisbah ini penting kerana ia menggambarkan kecekapanrelatif syarikat dalam mengeksploitasi sumber asetnya bagimemperoleh hasil atau jualan.

    Tajuk 5

  • 7/27/2019 Tajuk 5 Kuliah

    14/57

    RBT3119

    Semakin tinggi nisbah ini maka semakin cekap syarikat

    menggunakan asetnya.Daripada segi amalan,pihak pengurusan melihat nisbah inisebagai ukuran perbandingan antara kecekapan pengurusanoperasi dengan kecekapan pengurusan kewangannya.

    Nisbah pusing ganti jumlah aset = JualanJumlah aset

    Tajuk 5

    2000 2001 Industri

    RM8700RM13000

    = 0.73 kali

    RM10000RM13650

    = 0.73

    2000 : 1.8 kali

    2001: 1.85 kali

  • 7/27/2019 Tajuk 5 Kuliah

    15/57

    RBT3119

    Jualan syarikat ini adalah 0.73 kali lebih besar daripada

    sumber asetnya pada tahun 2000 dan nisbah yang samadiperoleh pada tahun 2001 disebabkan walaupun jumlah jualan meningkat tetapi jumlah aset juga turut ditambah padatahun ini.

    Ini bererti setiap seringgit yang dilaburkan dalam asetnyamenghasilkan RM 0.73 pada kedua-dua tahun tersebutdaripada jualannya

    Aset syarikat sudah berpusing ganti sebanyak 0.73 kali bagi

    kedua-dua tahun tersebut daripada jualannya.Kecekapan syarikat menggunakan asetnya dengan tujuanmendapatkan hasil masih di tahap yang sama bagi kedua-duatahun tersebut.

    Tajuk 5

  • 7/27/2019 Tajuk 5 Kuliah

    16/57

    RBT3119

    Jika dibandingkan dengan nisbah industri,syarikat ini juga jauh ketinggalan.

    Pihak pengurusan harus melakukan sesuatu bagimeningkatkan tahap pengurusan asetnya supaya ia dapat

    bersaing dengan syarikat lain dalam industri yang sama.

    Pusing ganti inventori PGI diigunakan untuk mengukur kecairan inventori sesebuahsyarikat. Ia membayangkan kadar pergerakan inventorisyarikat itu.. PGI tiinggi bererti inventori diganti semula

    dengan cepat dan menunjukkan jualln yang baik.Terdapatdua kaedah penilaian bagi pusing ganti inventori iaitu: Pusing ganti inventori yang berasaskan kos(kos barang

    dijual). Pusing ganti inventori yang berasaskan hasil (jualan).

    Tajuk 5

  • 7/27/2019 Tajuk 5 Kuliah

    17/57

    RBT3119

    Nisbah Pusing Ganti Inventori = Jualan

    InventoriAtau Kos barang dijual

    Inventori purata

    Kaedah kedua dengan berasaskan kos barang dijual diadakan

    bagi mengatasi kelemahan kaedah pertama.Jualan dan inventori dalam formula pertama tidak seimbangkerana jualan dinyatakan dengan nilai pasaran manakalainventori atau stok dinyatakan dengan nilai kos.

    Kos barang dijual dianggap lebih sesuai kerana iamenyatakan jualan dengan nilai kos.Inventori purata diperoleh dengan mencampurkan inventoriawal dan inventori akhir bagi tahun yang sama dan

    dibahagikan dengan dua.

    Tajuk 5

  • 7/27/2019 Tajuk 5 Kuliah

    18/57

    RBT3119

    Kaedah berasaskan jualan digunakan secara meluas di

    Malaysia.Bagi tujuan itu, hanya kaedah yang berasaskan jualan akandibincangkan supaya disesuaikan dengan konsep pusinganyang dimaksudkan kepada hasil jualan atau perolehan.

    Nisbah ini menggambarkan berapa kali dalam setahuninventori dapat dijual dan diganti semula.

    Nisbah pusing ganti inventori yang tinggi adalah lebih baik kerana ia menunjukkan pergerakan inventori yang cepat.

    Pergerakan inventori yang cepat ini biasanya diingini oleh pihak pengurusan syarikat kerana ia membantu syarikatmengurangkan kos menyimpan inventori yang biasanyatinggi.

    Tajuk 5

  • 7/27/2019 Tajuk 5 Kuliah

    19/57

    RBT3119

    Nisbah pusing ganti inventori syarikat ini lebih rendah jikadibandingkan dengan nisbah industri.

    Bagi syarikat ini, ia menjual dan menggantikan inventori

    syarikat sebanyak 2.72 kali setahun pada tahun 2000 dan2.99 kali setahun 2001.

    Manakala syarikat lain dalam industri melalui proses yangsama adalah sebanyak 3.3 kali setahun.

    Tajuk 5

    2000 2001 Industri

    RM8700RM3200

    = 2.72 kali

    RM1000RM3350

    = 2.99 kali

    2000 : 3.3 kali

    2001: 3.4 kali

  • 7/27/2019 Tajuk 5 Kuliah

    20/57

    RBT3119

    Nisbah yang rendah ini mungkin disebabkan penjualan

    produk syarikat yang kurang laris atau syarikat menyimpanterlalu banyak inventori yang menrugikan syarikat daripadasegi kos menyimpan.

    Nisbah Tempoh Kutipan Purata

    Tempoh purata yang diambil oleh sesebuah syarikat bagimengutip akaun belum terima hasil daripada jualan secarakredit yang dibuat.

    Pada kebiasaannya, nisbah tempoh kutipan purata yangrendah dianggap baik kerana ini menunjukkan syarikat

    berjaya mengutip semula akaun-akaun belum terima dalam jangka masa yang singkat.

    Tajuk 5

  • 7/27/2019 Tajuk 5 Kuliah

    21/57

    RBT3119

    Syarikat berjaya berbuat demikian dalam masa yang singkat,

    ia juga dapat membantu syarikat daripada segi kecairan tunai.Akaun-akaun yang dikutip akan ditukar dalam bentuk tunai.Lebih kerap ia dikutip maka semakin bertambahlah jumlahtunai syarikat dan ini meningkatkan kecairan dalam syarikat

    Nisbah Tempoh Kutipan Purata = Akaun Belum TerimaPurata Jualan Sehari

    Tajuk 5

    2000 2001 Industri

    RM2900RM8700/360

    = 120 hari

    RM2050RM10000/360

    = 110 hari

    2000 & 2001= 60 hari

  • 7/27/2019 Tajuk 5 Kuliah

    22/57

    RBT3119

    Syarikat ini mengambil masa selama 120 hari dan 110 hari

    bagi memungut akaun-akaun belum terimanya pada tahun2000 dan tahun 2001. Akaun ini jauh lebih tinggi daripadanisbah industri.

    Jika ini berterusan, ia boleh menimbulkan masalah kecairan

    kepada syarikat. Seperti syarikat lain, syarikat ini perlumenjelaskan liabiliti-liabiliti syarikat dari semasa ke semasasecara tunai.

    Sekiranya syarikat tidak dapat memungut dan menukarkan

    akaun-akaun ini dalam bentuk tunai dengan kadar segera,kemungkinan besar di masa hadapan syarikat bakalmenghadapi masalah menjelaskan obligasi-obligasinya.

    Tajuk 5

  • 7/27/2019 Tajuk 5 Kuliah

    23/57

    RBT3119

    Ratio Leveraj

    Mengukur bebanan hutang perniagaan. memberi gambarankeupayaan sesebuah syarikat dalam memenuhi obligasinyakepada mereka yang memberi pinjaman.

    Selain itu, nisbah ini juga mengukur keberkesanan pihak pengurusan menguruskan modal pinjaman syarikat.

    Pinjaman perniagan banyak, risiko bagi peminjam/bank. Pemilik mahu ratio hutang tinggi; kurang pelaburan

    sendiri (hak pemilikan menjadi kurang berbanding peminjam).

    Peminjam/bank terdedah kepada risiko hutang tidak berbayar yang tinggi

    Tajuk 5

  • 7/27/2019 Tajuk 5 Kuliah

    24/57

    RBT3119

    Daripada segi kewangan, leveraj wujud apabila sesebuahsyarikat itu menggunakan hutang atau pinjaman sebagaisalah satu sumber pembiayaannya .

    Jumlah hutang yang digunakan oleh syarikat mempunyaikesan negatif kerana faedah yang perlu dibayar oleh syarikatadalah tetap dan tidak berubah.

    Oleh itu, sewaktu kegawatan ekonomi di mana kebanyakansyarikat mengalami kemerosotan, ada kemungkinan syarikat-syarikat yang bergantung pada keuntungan jualan ini tidak akan dapat menjelaskan pembayaran faedah mereka.

    Kegagalan menjelaskan bayaran faedah ini boleh membawakepada pembubaran syarikat. Oleh itu, semakin banyak hutang, semakin tinggi risiko syarikat tidak dapatmenjelaskan faedah pinjaman terutamanya sewaktukegawatan.

    Tajuk 5

  • 7/27/2019 Tajuk 5 Kuliah

    25/57

    RBT3119

    Nisbah ini penting untuk:

    Pemiutang Ia menunjukkan keupayaan keuntungan syarikatuntuk menampung wang bunga dan pembayaran tetap yanglain dan sama ada ia mempunyai aset mencukupi untuk menjelaskan hutang jika berlaku pembubaran syarikat.

    Pemegang Saham Bayaran bunga adalah satu perbelanjaanyang meningkat dengan meningkaynya hutang. Jika peminjam dan wang bunga terlalu tinggi, yarikat bolehmenjadi muflis

    Nisbah Hutang Kepada Aset

    NHKA =Jumlah Hutang

    Jumlah Aset

    Tajuk 5

  • 7/27/2019 Tajuk 5 Kuliah

    26/57

    RBT3119

    Nisbah ini mengukur sejauhmana dana hutang digunakanuntuk membiayai kos operasi syarikat. Nisbah yang tinggiumumnya membawa maksud syarikat perlu membayar kadar

    bunga yang tinggi untuk pinjamannya. Mungkin pada suatutahap pinjaman, syarikat tidak akan diberi pinjaman lagi.

    Nisbah Hutang Kepada Ekuiti

    Nisbah ini menunjukkan komposisi pembiayaan bagi sebuahsyarikat yang terdiri daripada hutang dan ekuiti(Ekutiti

    bermakna saham yang dimiliki oleh pemegang saham). Nisbah yang tinggi akan menjejaskan keyakinan pemilik saham.

    NHKE =Jumlah Hutang

    Jumlah Ekuti Pemilik

    Tajuk 5

  • 7/27/2019 Tajuk 5 Kuliah

    27/57

    RBT3119

    Ratio Keuntungan

    Menyatakan keberkesanan pengurusan perniagaan.Mengukur kesan keberkesanan aktiviti urus niaga dankeupayaan syarikat menjana keuntungan. Secara ringkasnyasemakin tinggi pulangan yang diperoleh bererti semakin

    berupaya syarikat membuat keuntunganKeuntungan Bersih atas Jualan - Mengukur keuntungan yangdihasilkan dari jualan bagi setiap ringgit yang dilaburkan.

    Sehubungan dengan itu, terdapat 3 jenis nisbahkeberuntungan yang biasa digunakan;

    Nisbah margin untung bersih

    Nisbah pulangan atas aset

    Nisbah pulangan atas ekuiti.

    Tajuk 5

  • 7/27/2019 Tajuk 5 Kuliah

    28/57

    RBT3119

    Keuntungan boleh ditingkatkan melalui:

    Harga jualan yang lebih tinggi, Jumlah jualan yang lebih tinggi

    Kecekapan kos produktiviti

    Kos jualan yang lebih rendah

    Perbelanjaan operasi lebih rendah

    Penjimatan kos pengeluaran

    Percampuran produk dalam jualan

    .

    Tajuk 5

  • 7/27/2019 Tajuk 5 Kuliah

    29/57

    RBT3119

    Nisbah margin untung bersih

    Nisbah margin untung bersih ialah nisbah keuntungan bersihsyarikat kepada jumlah jualan atau secara ringkasnya iamemberitahu berapa peratus untung selepas cukai memberisumbangan kepada jualan tahunan syarikat.

    Nisbah ini mengukur keuntungan yang diperoleh daripadasetiap ringgit jualan selepas ditolak kos barang dijual, belanja jualan, belanja am dan pentadbiran, belanja susut nilai,faedah dan cukai

    Nisbah ini mengukur keupayaan syarikat daripada segimengurus keupayaan syarikat dari segi mengurus danmengawal perbelanjaan syarikat yang mempunyai kesansecara langsung ke atas keuntungan syarikat.

    Tajuk 5

  • 7/27/2019 Tajuk 5 Kuliah

    30/57

    RBT3119

    Pada amnya para penganalisis ingin melihat nisbah yang

    tinggi ini kerana ini menunjukkan bahawa satu-satu syarikatitu dapat menguruskan perbelanjaannya secara efisyenseterusnya meningkatkan keuntungan syarikat

    Nisbah margin untung bersih = pendapatan bersih

    jualan

    Tajuk 5

    2000 2001 industri

    RM 835RM 8700

    =0.096=9.6%

    RM 1080RM 10000

    0.10810.8%

    2000 : 14%

    2001 : 14%

  • 7/27/2019 Tajuk 5 Kuliah

    31/57

    RBT3119

    Pada amnya prestasi syarikat ini daripada segi keuntungankurang memberangsangkan jika dibandingkan dengansyarikat lain dalam industri yang sama. Nisbah marginuntung bersih syarikat 9.6% pada tahun 2000 dan 10.8%

    pada tahun 2001 jauh lebih rendah daripada nisbah margin

    untung bersih industri walaupun berlaku peningkatan daritahun sebelumnya.

    Maknanya daripada setiap ringgit jualan, untung bersihmenghasilkan 9.6sen(2000) dan hampir 11sen (2001).

    Peningkatan nisbah tersebut pada tahun 2001 mungkindisebabkan syarikat dapat mengurangkan kos barang dijual berbanding jualan dan juga perbelanjaan am

    Tajuk 5

  • 7/27/2019 Tajuk 5 Kuliah

    32/57

    RBT3119

    Secara ringkasnya, boleh dikatakan terdapat beberapa faktor yang menentukan kejatuhan dan kenaikan margin untung iniiaitu faktor harga, kos dan juga jualan. Dengan kenaikan dankejatuhan faktor- faktor tersebut ia akan memberi kesan keatas margin untung secara keseluruhannya

    Nisbah pulangan atas aset Nisbah pulangan atas aset (ROA) membolehkan para penganalisis mengukur keberkesanan sesebuah syarikatdalam mengurus asetnya bagi menjana keuntungan. Selain

    itu, nisbah ini juga mengukur keupayaan syarikat mengawal perbelanjaan syarikat. Dalam erti kata lain, nisbah inimengukur dua aspek keupayaan syarikat serentak. Pulanganatas aset juga disebut pulangan atas pelaburan

    Tajuk 5

  • 7/27/2019 Tajuk 5 Kuliah

    33/57

    RBT3119

    Sekiranya syarikat dapat menguruskan asetnya dengan baik,maka ini akan menjamin jumlah jualan yang tinggi. Namun

    jumlah jualan yang tinggi tidak menjamin keuntungan yangtinggi, jika perbelanjaan syarikat tinggi juga. Oleh itu selainmemastikan pengurusan aset berada pada peringkat terbaik,

    pihak pengurusan mestilah mengawal perbelanjaan syarikat

    supaya ia tidak menjejaskan keuntunganPada kebiasaannya, jika satu- satu syarikat itu berjayamenguruskan asetnya dengan baik dan juga mengawal

    perbelanjaan mereka, ini akan menghasilkan nisbah pulangan

    yang tinggi.

    Nisbah pulangan atas aset = pendapatan bersih

    jumlah aset

    Tajuk 5

  • 7/27/2019 Tajuk 5 Kuliah

    34/57

    RBT3119

    Kadar pulangan yang diterima daripada pelaburan aset syarikat iniialah 6.96 peratus pada tahun 2000 dan 7.91 peratus pada tahun2001. ini menunjukkan bahawa daripada setiap ringgit dalam

    pemilikan aset syarikat menghasilkan hampir 7sen (2000) dan

    8sen (2001) kepada para pelabur. Keupayaan syarikat memberi pulangan kepada para pemegang saham dilihat semakin meningkatdaripada 6.96% pada tahun 2000 kepada 7.91% pada tahun 2001.

    peningkatan ini digambarkan dengan kenaikan pendapatan bersihdari tahun sebelumnya

    Tajuk 5

    2000 2001 industri

    RM 835RM 12000

    =0.0696=6.96%

    RM 1080RM 13650

    = 0.0791= 7.91%

    2000: 13%

    2001: 14%

  • 7/27/2019 Tajuk 5 Kuliah

    35/57

    RBT3119

    Walau bagaimanapun, nisbah pulangan aset syarikat ini adalahrendah jika dibandingkan dengan nisbah industri. Ini memberigambaran bahawa syarikat kurang berkesan dalam pengurusanasetnya dalam menjana jualan dan juga mengawal perbelanjaansyarikat.

    Nisbah pulangan atas ekuiti.

    Nisbah ini membolehkan kita mengukur kecekapan syarikat inimenjana keuntungan pemegang saham syarikat. Para pemegangsaham syarikat ingin nisbah pulangan ekuiti yang tinggi kerana inimenunjukkan syarikat berjaya menjana keuntungan yang cukupsupaya diagih-agihkan diantara mereka.

    Tajuk 5

  • 7/27/2019 Tajuk 5 Kuliah

    36/57

    RBT3119

    Antara komponen-komponen ekuiti syarikat termasuklah

    keuntungan tertahan, saham keutamaan, dan saham biasa.Keuntungan tertahan dianggap ekuiti kerana ia adalahsebahagian daripada keuntungan syarikat yang tidak diagihkan balik kepada pemegang saham. Keuntungan iniditahan oleh pihak pengurusan syarikat bagi tujuan pelaburandan pengembangan syarikat. Oleh kerana keuntungantertahan sebenarnya adalah milik pemegang saham, ia perludiambil kira sewaktu pengiraan nisbah pulangan atas ekuitiyang dimiliki oleh pemegang saham

    Nisbah pulangan atas ekuiti = pendapatan bersih jumlah ekuitiPendapatan bersih ialah Untung bersih Dividen SahamTerutama

    Tajuk 5

  • 7/27/2019 Tajuk 5 Kuliah

    37/57

    RBT3119

    Syarikat ini berupaya memberikan pulangan sebanyak 25.30 peratus pada tahun 2000 dan 26.67 peratus pada tahun 2001kepada para pemegang sahamnya mengikut modal ekuitinya.Maknanya daripada setiap satu ringgit modal yang disalurkanoleh para pemegang saham menghasilkan 25.30 sen(2000)dan 26.67sen(2001).

    Walaupun syarikat mampu menjana kadar pulangan tetapi boleh dirumuskan bahawa syarikat ini sudah menunjukkan

    prestasi yang cemerlang.

    Tajuk 5

    2000 2001 industri

    RM 835RM 3300

    = 0.2530=25.30%

    RM 1080RM 4050

    = 0.2667= 26.67%

    2000: 30%

    2001: 30%

  • 7/27/2019 Tajuk 5 Kuliah

    38/57

    RBT3119

    Struktur modal ekuiti dan modal hutangnya harus diteliti

    terlebih dahulu. Secara konsepnya, syarikat yang mempunyaimodal ekuiti yang jauh lebih kecil daripada modal hutangnyaakan memberikan kadar pulangan yang baik. Jadi bolehdikatakan syarikat ini tidak terkecuali. Keadaan ini berlakukerana syarikat ini mempunyai modal ekuiti yang kurang 50

    peratus daripada jumlah modalnya

    Nisbah Nilai Pasaran

    Nisbah-nisbah nilai pasaran membantu pihak pengurusansyarikat mengukur pandangan para pelabur terhadapkeberkesanan pengurusan syarikat secara menyeluruh. Dalam

    pengiraan nisbah-nisbah ini harga saham syarikat digunakansebagai proksi bagi mengukur pandangan para pelabur.

    Tajuk 5

  • 7/27/2019 Tajuk 5 Kuliah

    39/57

  • 7/27/2019 Tajuk 5 Kuliah

    40/57

    RBT3119

    Bagi pelabur yang belum menjadi pemegang saham, pastinyatidak mahu ketinggalan dalam membuat keuntungan semasasyarikat ini mula membayar dividen. Oleh kerana tidak mahuketinggalan, maka para pelabur mula berasak-asak membelisaham syarikat ini. Pembelian saham secara beramai-ramaimenyebabkan permintaan bagi saham syarikat meningkat.

    Disebabkan terdapat kekangan dalam jumlah saham yangditerbitkan, ini menyebabkan harga saham melonjak naik.Lonjakan harga saham ini menyebabkan nisbah-nisbah nilai

    pasaran juga meningkat.

    Sekiranya persepsi positif terhadap pengurusan syarikatmenyebabkan para pelabur membeli saham syarikat, persepsinegatif pula menghasilkan reaksi berlawanan. Di sini para

    pemegang saham syarikat percaya sekiranya berlakukemerosotan dalam pengurusan dan kecekapan, syarikat inilambat-laun akan mengalami kerugian.

    Tajuk 5

  • 7/27/2019 Tajuk 5 Kuliah

    41/57

    RBT3119

    Apabila syrikat mengalami kerugian, pembayaran dividen

    kepada pemegang saham mula menurun dan inimenyebabkan kekayaan pemegang saham terjejas.

    Disebabkan tidak mahu menanggung kerugian, para pemegang saham mula menjual saham syarikat secara

    beramai-ramai. Penjualan secara mendadak ini akanmeningkatkan bekalan saham syarikat di pasaran yang

    biasanya menyebabkan harga saham jatuh. Penurunan hargasaham ini seterusnya menjatuhkan nisbah-nisbah nilai

    pasaran. Pengiraan nisbah-nisbah ini memerlukan hargasaham semasa saham syarikat. Oleh itu, nisbah nilai pasaran bagi satu-satu syarikat mudah dikira bagi syarikat-syarikatawam yang tersenarai di bursa saham kerana maklumat initersedia bagi kegunaan awam.

    Tajuk 5

  • 7/27/2019 Tajuk 5 Kuliah

    42/57

    RBT3119

    Nisbah Harga Perolehan (P/E)

    Nisbah harga perolehan menunjukkan jumlah ringgit yangsanggup dibayar oleh pelabur bagi setiap seringgitkeuntungan yang dilaporkan oleh syarikat. Sebagai contoh,keuntungan yang dilaporkan oleh Syarikat A ialah RM2 bagi

    setiap saham yang diterbitkan. (Pendapatan bersih / Jumlahsaham diterbitkan ; RM20,000/10,000 = RM2 sesaham) dan pada masa yang sama harga pasaran saham A ialah RM8sesaham. Ini menunjukkan para pelabur sanggup membayar 4 kali ganda bagi setiap ringgit keuntungan syarikat ini.

    Kesanggupan para pelabur membayar 4 kali ganda daripada jumlah keuntungan yang dilaporkan bagi syarikat di atasmencerminkan persepsi positif terhadap pengurusan syarikatsecara keseluruhan. Lebih tinggi nisbah ini, lebih menarik saham biasa pada padangan pelabur.

    Tajuk 5

  • 7/27/2019 Tajuk 5 Kuliah

    43/57

    RBT3119

    Bagi Syarikat Ambang Industri, syarikat ini sudahmenerbitkan (menjual) 300,000 unit saham sebelum ini (padatahun 2000). Katakan, harga pasaran saham Syarikat AmbangIndustri ialah RM38 sesaham.Nisbah Harga Perolehan (P/E)= Harga Pasaran Saham

    Pendapatan Bersih / Jumlah Saham Diterbitkan= RM38RM1,000,000 / 300,000 saham

    = 11.4 kali

    Nisbah Industri = 13.5 kaliDengan nisbah 11.4 kali, ini bermakna pelabur sanggupmembayar 11.4 kali ganda bagi setiap seringgit keuntungan.

    Namun begitu, jumlah ini masih rendah jika dibandingkan

    dengan nisbah industri.

    Tajuk 5

  • 7/27/2019 Tajuk 5 Kuliah

    44/57

    RBT3119

    Nisbah Pasaran Kepada Buku (M/B)

    Nisbah ini memberi gambaran tentang persepsi pelabur terhadap saham syarikat. Nisbah yang tinggi menunjukkan

    pelabur sanggup membayar lebih bagi setiap ringgit nilai buku saham tersebut.

    Nilai buku merupakan jumlah ekuiti pemilik yang tercatatdalam kunci kira-kira. Nilai buku seseham dikira denganmembahagikan jumlah ekuiti pemilik dengan bilangansaham.

    Tajuk 5

  • 7/27/2019 Tajuk 5 Kuliah

    45/57

    RBT3119

    Nisbah Pasaran Kepada Buku (M/B)

    Dengan nisbah pasaran kepada buku, para penganalisis akandapat membuat perbandingan harga pasaran saham dengannilai buku saham syarikat. Nilai buku saham syarikat bolehdikira dengan membahagikan jumlah ekuiti dengan bilangan

    saham yang diterbitkan.

    Nilai pasaran buku (M/B) =harga pasaran sesaham

    nilai buku sesaham

    Nilai buku sesaham =ekuiti

    jumlah saham yang sudah diterbitkan

    = 330,000

    30,000

    = RM 11.00

    Tajuk 5

  • 7/27/2019 Tajuk 5 Kuliah

    46/57

    RBT3119

    Nilai Pasaran buku(M/B) =harga pasaran sesaham

    nilai buku sesaham

    = 8

    11= 3.5

    Nisbah industri = 4.1

    Nisbah pasaran kepada buku bagi syarikat ini ialah 3.5. ini bermakna syarikat ini sudah mewujudkan nilai pasaransyarikat yang tinggi jika dibandingkan dengan nilai bukunya.Kesemua ini berlaku kerana para pelabur mempunyai

    persepsi positif terhadap pengurusan syarikat. Namun, masihada peluang bagi kemajuan kerana jika dibandingkan dengannisbah industri, nisbah ini masih rendah

    Tajuk 5

  • 7/27/2019 Tajuk 5 Kuliah

    47/57

    RBT3119

    Analisis arah aliran

    Ia menunjukkan bagaimana syarikat menggunakankewangannya dan sumber pendapatannya

    Analisis keratan rentas

    perbandingan dibuat dengan industri yang sama jenis

    Analisis Du Pont

    Daripada nisbah- nisbah yang sudah dibincangkan, salah satunisbah yang dianggap terpenting dikalangan penganalisis dan

    pelabur adalah nisbah pulangan ekuiti (ROE). Ini kerananisbah pulangan ekuiti menunjukkan pulangan yang dapatdihasilkan oleh satu-satu syarikat kepada pemilik syarikat(pemegang saham). Kadar pulangan yang diberi ini banyak

    bergantung kepada keseluruhan operasi dan pengurusansyarikat.

    Tajuk 5

  • 7/27/2019 Tajuk 5 Kuliah

    48/57

    RBT3119

    Daripada pandangan kasar para pemilik syarikat, turun naik

    nisbah ini menggambarkan kejayaan atau kegagalan pihak pengurusan menjana keuntungan kerana nisbah inimenunjukkan hasil yang akan diperoleh bagi setiap ringgityang disumbangkan

    Oleh sebab itu pihak pengurusan harus memberi penekanankepada aspek-aspek yang menyumbang kepada turun naik nisbah pulangan ekuiti (ROE). Pendekatan yang memberi

    penekanan kepada aspek-aspek ini dikenali sebagai analisis

    Du Pont. Antara aspek-aspek yang memberi kesan ke atasnisbah pulangan ekuiti mengikut analisis du pont ialah:

    Tajuk 5

  • 7/27/2019 Tajuk 5 Kuliah

    49/57

    RBT3119

    Pengawalan perbelanjaan syarikat.

    Bagi mengukur keberkesanan pihak pengurusan mengawal perbelanjaan syarikat, nisbah margin untung bersih akandigunakan sebagai proksi

    Pengurusan aset- aset syarikat

    Bagi mengukur keberkesanan pihak pengurusanmenguruskan asetnya bagi menjana jualan, nisbah pusingganti jumlah aset lain akan digunakan sebagai proksi.

    Pengurusan leveraj hutang syarikat.Bagi mengukur keberkesanan pihak pengurusanmenguruskan leverej syarikat, nisbah pengganda ekuiti akandigunakan sebagai proksi

    Tajuk 5

    RBT3119

  • 7/27/2019 Tajuk 5 Kuliah

    50/57

    RBT3119

    Hubungan nisbah-nisbah ini dengan nisbah pulangan ekuiti

    boleh diringkaskan dengan persamaan berikut: Nisbah pulangan ekuiti

    =pendapatan bersi

    jumla jualanx

    jumla jualan

    x

    jumla aset

    ekuiti

    Daripada persamaan tadi kita boleh membuat kesimpulan bahawa bagi meningkatkan nisbah pulangan ekuiti yang akanmenyebabkan peningkatan kadar pulangan kepada pemilik,tiga perkara perlu dilakukan sekali gus;

    Memastikan pihak pengurusan mengawal perbelanjaansyarikat dengan berkesan. Pengawalan yang cekapmeningkatkan nisbah margin untung bersih. Peningkatan

    dalam nisbah ini meningkatkan nisbah pulangan ekuiti.

    Tajuk 5

    RBT3119

  • 7/27/2019 Tajuk 5 Kuliah

    51/57

    RBT3119

    Memastikan pihak pengurusan menguruskan aset-asetsyarikat dengan berkesan. Pengurusan yang cekapmemastikan jumlah jualan yang dijana setimpal dengan

    jumlah aset sedia ada. Sekiranya ini menjadi kenyataan,maka nisbah pusing ganti jumlah aset akan meningkat dan inimembantu meningkatkan nisbah pulangan ekuiti syarikat.

    Memastikan pihak pengurusan tidak membiayai pengurusandan operasi syarikat dengan hutang yang terlalu banyak.Jumlah hutang yang tinggi memberi kesan daripada segi kos

    pinjaman. Pembiayaan hutang yang terlalu banyak seperti

    yang diterangkan sebelum ini, menyebabkan para pemiutangmeningkatkan faedah yang dikenakan ke atas pinjaman bagimenjamin kepentingan mereka. Apabila kadar faedah mulameningkat, ini mengurangkan keuntungan syarikat dan

    pendapatan bersih juga menurun yang akhirnyamen ebabkan nisbah ulan an ekuiti menurun

    Tajuk 5

  • 7/27/2019 Tajuk 5 Kuliah

    52/57

    RBT3119

  • 7/27/2019 Tajuk 5 Kuliah

    53/57

    RBT3119

    Oleh itu, walaupun syarikat A melaporkan bahawa ia

    mempunyai nisbah pusing ganti jumlah aset lebih tinggidaripada syarikat B, namun disebabkan amalan perakaunanyang berbeza, kita tidak boleh membuat kesimpulan secaramutlak bahawa syarikat A lebih hebat dalam pengurusaninventori berbanding syarikat B.

    Maklumat-maklumat yang terdapat dalam penyata kewangan boleh dimanipulasikan mengikut kepentingan pihak pengurusan syarikat. Maklumat-maklumat ini digunakan bagimenentukan nisbah-nisbah kewangan. Disebabkan aktiviti-aktiviti manipulasi ini ke atas maklumat kewangan, maka adakalanya nisbah-nisbah yang sudah dikira tidak menggambarkan keadaan sebenar operasi dan pengurusansyarikat.

    Tajuk 5

    RBT3119

  • 7/27/2019 Tajuk 5 Kuliah

    54/57

    RBT3119

    Rumusan

    Analisis nisbah membolehkan penganalisis penyatakewangan membandingkan prestasi kewangan dan operasisyarikat dengan pesaing dan peneraju industri. Nisbah yangdinyatakan pula tergolong dalam dua kategori sama ada baik atau buruk. Berdasarkan perbincangan diatas, terdapat

    beberapa kumpulan atau kategori nisbah yang seringdigunakan meliputi nisbah kecairan, nisbah keberuntungan,nisbah operasi, dan nisbah kedudukan syarikat di pasaran

    Secara ringkas pula, kesemua nisbah tersebut bolehdijelaskan menerusi analisis Du Pont yang memberikankesimpulan ke atas kedudukan pulangan atas ekuiti(ROE).Kesimpulan ini penting bagi menggambarkan pulangan yangakan diterima oleh setiap orang pelabur yang

    menyumbangkan modal mereka kepada syarikat.

    Tajuk 5

    RBT3119

  • 7/27/2019 Tajuk 5 Kuliah

    55/57

    RBT3119

    Walaupun analisis nisbah dapat membantu kita mengukur

    prestasi kewangan dan operasi syarikat, namun terdapat beberapa batasan yang menghalang kita daripadamemperoleh keputusan yang paling tepat apabila analisisnisbah kewangan dilaksanakan.

    Tajuk 5

    RBT3119

  • 7/27/2019 Tajuk 5 Kuliah

    56/57

    RBT3119Tajuk 5

    RBT3119k

  • 7/27/2019 Tajuk 5 Kuliah

    57/57

    RBT3119Tajuk 5