kuliah 5-ed

22
KULIAH 5 : Nilai-Nilai Universal Antara Tamadun

Upload: nashriq91

Post on 04-Oct-2015

236 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Kuliah TITAS

TRANSCRIPT

  • KULIAH 5 : Nilai-Nilai Universal Antara Tamadun

  • PENGENALANDisebabkan latar belakang yang berbeza, terdapat beb. persamaan dan perbezaan antara tamadun.

    Perbezaan- tidak menjadi faktor yg membawa kpd perpecahan dan kemusnahan malah ianya harus dihormati.

    Persamaan sumber kekuatan bagi membentuk permuafakatan dlm kepelbagaian.

    Ciri-ciri sepunya - teologi, nilai-nilai murni, moral & etika. Semua tamadun menekankan konsep hidup beradab, bersopan santun, hormat menghormati dan bekerjasama

  • NILAI UNIVERSAL/ SEJAGATIa merujuk kepada nilai yang diterima umum dalam semua masyarakat.

    Ia juga merupakan nilai baik yg perlu dipertahankan msykt yg meliputi nilai-nilai penting dlm kehidupan manusia spt kasih sayang.

    Ia mampu mendorong komitmen yang kuat di kalangan anggota msykt bagi membeolehkan mrk mencapai satu tahap kehidupan tertinggi (tamadun)

  • Nilai Universal - AgamaAgama mempunyai hubungan yg erat dgn moral. Dalam konteks agama, kesalahan moral merupakan dosa dan larangan.

    Nilai-nilai moral dlm setiap tamadun didasari oleh agama dan pandangan semesta sesebuah masyarakat.

    Nilai moral dalam Islam, Yahudi turut diterima oleh Kristian Protestant dan Ortodoks, Hindu dan Buddha

  • NILAI-NILAI MORAL DALAM PELBAGAI AGAMA DAN SISTEM KEPERCAYAANIslam - 15 tuntutan dalam al-Quran (surah al-Isra :22-37) antaranya; mengharamkan penyekutuan sesuatu dgn Tuhan; memerintah berbuat ihsan kpd ibu bapa; menyempurna hak-hak kaum kerabat, org miskin & pengembara; mengharamkan pembunuhan bayi, zina & pembunuhan tanpa alasan yg benar; mementingkan keadilan dlm sebrg hal ehwal perdagangan & urusan harta anak yatim; menunaikan janji; haramkan sikap menurut-nurut tanpa ilmu & puji sifat tawadu

  • NILAI-NILAI MORAL DALAM PELBAGAI AGAMA DAN SISTEM KEPERCAYAANYahudi Dalam Sepuluh Perintah (The Ten Commandments) dan juga Kristian Protestant dan Ortodoks; mengharamkan penyekutuan sesuatu dengan Tuhan, penyembahan berhala dan penyalahgunaan nama Tuhan; berbuat ihsan kepada ibu bapa; mengharamkan pembunuhan, zina, mencuri, kesaksian palsu & merampas harta benda milik jiran

  • NILAI-NILAI MORAL DALAM PELBAGAI AGAMA DAN SISTEM KEPERCAYAANLima Sumpah (Five Oaths) kaum Brahman dlm agama Hindu; melarang mencederakan sebarang kehidupan; menyatakan kebenaran; melarang mencuri; mengekang hawa nafsu & menegaskan sifat murah hati.

    Ajaran Buddha dlm Empat Kebenaran Mulia (The Four Noble Truth) & Jalan Lapan Laluan (Eight Fold Path). Ia turut menekankan tindakan moral yg baik & betul dlm kehidupan serta pengawalan hawa nafsu; elakkan pembunuhan, tidak berdusta, tidak mencuri,tidak mengumpat, tidak dahagakan kekayaan dan mengamalkan Ahimsa

  • NILAI MORAL DALAM PELBAGAI TAMADUN- TAMADUN CHINABuddhisme dan Konfusianisme menjadi asas.

    Ideologi Confusianisme kelakuan baik(li) dan perikemanusiaan(jen) menjadi ciri penting bagi mewujudkan keseimbangan sosial dan keamanan.

    Prinsip Lima Hubungan:i) Pemerintah dgn rakyatii) Ibu bapa dgn anakiii) Suami dgn isteriiv) Abang dgn adikv) Kawan dgn kawan

  • NILAI MORAL DALAM PELBAGAI TAMADUN- TAMADUN INDIANilai moral dalam tamadun India didasari agama Hindu - percaya kpd doktrin karma.

    Ia membolehkan seseorg melakukan kebaikan & kebajikan - kebenaran mutlak, kebersihan badan & fikiran, jauhi kejahatan & kekerasan.

    Amalan moral tamadun ini juga dipengaruhi oleh;i- Kesusasteraan Vedik kitab-kitab Veda, Brahmana dan Upanishadii- Kesusasteraan Epik Mahabrata dan Ramayana.

  • NILAI MORAL DALAM PELBAGAI TAMADUN- TAMADUN INDIAAntara nilainya; i.Menolak kemewahan hidupii.Suami mesti menyayangi isteriiii.Dilarang minum arakiv.Mentaati ibubapav.Menguasai nafsuvi.Keadilan dlm pemerintahan

  • NILAI MORAL DALAM PELBAGAI TAMADUN- TAMADUN JEPUNDi pengaruhi oleh agama Pribumi iaitu Shinto yg merupakan kepercayaan animisme, tidak mempunyai prinsip moral dan doktrin falsafah.

    Ia lebih menekankan kepada upacara penyembahan dan pensucian kerana KAMI yg dianggap Tuhan tidak menyukai kekotoran. Dan ia dipercayai melebihi kebaikan atau moral serta mengandungi tingkat akhlak yg tertentu.

  • NILAI MORAL DALAM PELBAGAI TAMADUN- TAMADUN JEPUNShinto juga menekankan beb.konsep dan etika dalam bermasyarakat seperti bushido(keberanian), giri(menjalankan kewajipan), ninjo(sifat perikemanusian) serta karuna(kasih sayang).

    Sebenarnya, kemasukan pengaruh kebudayaan China melalui Buddhisme dan Confusianisme telah melahirkan prinsip-prinsip moral dan etika masyarakat Jepun.

    Kandungan Artikel 17(Zen Buddhisme) yang dikuatkuasakan oleh Putera Shotoku pada tahun 604 telah menekankan kpd prinsip moral dan etika dalam politik.

  • KANDUNGAN ARTIKEL 17DI KALANGAN PEMIMPINMenghindari perasaan tamak dan adil terhadap aduan yg diterima,Menjadi contoh yg baik kepada rakyatMenjatuhkan hukuman mengikut landasan yg betulMendahulukan kepentingan awam drpd kepentingan peribadiPandangan rakyat harus diambil kira dalam keputusan penting

    DI KALANGAN RAKYATMematuhi arahan pemerintahTaat kepada satu kuasa sahaja

    SECARA BERSAMAMenghormati Buddha dan ajarannyamenahan perasaan marahmengelakkan perasaan dengki dan irihati

  • NILAI MORAL DALAM PELBAGAI TAMADUN- TAMADUN ISLAMAkhlak merupakan roh dan paksi Islam yang mana kedudukannya melampaui maksud etika dan moral.

    Ia meliputi prinsip, kaedah & pelaksanaannya yg mengatur gerak laku manusia berasaskan al-Quran & al-Sunnah.

    Akhlak Islam bersifat sejagat dan bersesuaian dgn fitrah manusia.

  • NILAI MORAL DALAM PELBAGAI TAMADUN- TAMADUN ISLAMAkhlak tersirat dalam semua aspek kehidupan manusia;* hubungan manusia sesama manusia, * manusia dengan alam, dan * manusia dengan Tuhan

    Malah Nabi Muhammmad s.a.w. diutuskan sebagai Rasul di muka bumi ini adalah utk memberi gambaran betapa pentingnya menyempurnakan akhlak mulia.

  • NILAI MORAL DALAM PELBAGAI TAMADUN- TAMADUN ISLAMKesempurnaan akhlak Islam dibahagi kepada 5 iaitu;i.Akhlak terhadap diri sendiriii.Akhlak terhadap keluargaiii.Akhlak terhadap masyarakativ.Akhlak terhadap alam semestav.Akhlak terhadap Allah Taala

  • Nilai Universal - Alam SekitarHidup secara harmoni dengan alam sekitar - manusia diamanahkan sebagai penjaga

    Bagi Islam, Buddhisme & beberapa aliran Kristian, memelihara alam sekitar bermakna menggunakan anugerah Tuhan secara bertanggungjawab

    Islam melarang dr melakukan sebarang bentuk kerosakan di atas muka bumi ini termasuk alam sekitar.

    Jika abaikan - suhu dunia yg semakin panas, kebakaran hutan, hujan lebat & banjir

  • Nilai Universal - KekeluargaanAsas kpd pembentukan masyarakat

    Konfusianisme; kesetiaan & pertalian yg erat - konsep kekeluargaan paling penting.

    Konsep kekeluargaan dlm ajaran Islam - mementingkan kasih sayang & saling menghormati.

  • Nilai Universal - Kasih SayangKasih sayang merupakan amalan suci yg memupuk hbg harmonis & mesra dgn anggota keluarga & masyarakat yg dituntut agama

    Agama Islam, Kristian, Hindu, Buddha dan Sikh menekankan kepentingan amalan kasih sayang.

    Dlm Islam, kasih sayang adalah satu sifat yang terpuji yg amat digalakkan bagi setiap individu.

  • Nilai Universal - Ilmu PengetahuanTamadun Islam bersumber al-Quran- Umat Islam zaman dahulu dipandang mulia dan tinggi martabatnya disebabkan kekuatan ilmunya.

    Tamadun Jepun kepentingan kepada penguasaan ilmu difokuskan utk menjadi bangsa yg berjaya terutamanya sms pemerintahan Meiji

    Pendidikan diutamakan dlm T.Cina merupakan mobiliti sosial. Pegawai kerajaan yg dilantik adalah berdasarkan ilmunya.

  • Nilai Universal Tanggung Jawab & Sifat Pemerintah Yang BaikPeranan & t/jwb kerajaan dijelaskan melalui peranan & t/jwb seorg raja

    Sifat raja yg adil & saksama tercermin dlm Tamadun Islam, T.Cina & T.India

    Kesetiaan kpd raja & perlindungan raja kpd rakyat - dimensi penting kerajaan. Kesetiaan berpandukan nilai moral & rakyat boleh menyanggah raja yang melanggar lunas keadilan

  • KESIMPULANNilai-nilai universal yg wujud antara pelbagai tamadun penting ini membuktikan bahawa dialog peradaban bukanlah perkara yang sukar untuk dilaksanakan.

    Ini kerana setiap peradaban mempunyai nilai-nilai perkongsian yang sama dan seterusnya menjadi kekuatan