sains tajuk 5

24
(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS) TAJUK 5 STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN SAINS 5.0 SINOPSIS Strategi pengajaran bermaksud tindakan-tindakan yang guru lakukan dalam mengendalikan proses pengajaran- pembelajaran dan merujuk kepada kaedah, pendekatan, teknik dan aktiviti yang dilaksanakan. Guru-guru perlulah bijak memilih dan menggunakan kaedah yang paling sesuai bagi membantu murid-murid terutamanya murid-murid berkeperluan khas, dan diri mereka dalam usaha mencapai objektif pengajaran yang telah dirancangkan. Pemilihan sesuatu kaedah atau strategi haruslah berasaskan kepada kriteria tertentu seperti gaya pembelajaran murid, tajuk pengajaran, jenis pengetahuan atau kemahiran yang hendak disampaikan, tahap pencapaian murid, persekitaran pembelajaran, nilai dan sikap yang ingin dipupuk. 5.1 HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat: i. Memahami bagaimana murid mempelajari sains dan implikasinya terhadap pengajaran. ii. Meningkatkan tahap pengajaran secara inkuiri supaya pembelajaran murid menjadi lebih berkesan khususnya dalam 94

Upload: azizah

Post on 16-Apr-2015

187 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

bce sume

TRANSCRIPT

Page 1: sains tajuk 5

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

TAJUK 5 STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN SAINS

5.0 SINOPSIS

Strategi pengajaran bermaksud tindakan-tindakan yang guru lakukan dalam

mengendalikan proses pengajaran-pembelajaran dan merujuk kepada kaedah,

pendekatan, teknik dan aktiviti yang dilaksanakan. Guru-guru perlulah bijak

memilih dan menggunakan kaedah yang paling sesuai bagi membantu murid-

murid terutamanya murid-murid berkeperluan khas, dan diri mereka dalam usaha

mencapai objektif pengajaran yang telah dirancangkan. Pemilihan sesuatu

kaedah atau strategi haruslah berasaskan kepada kriteria tertentu seperti gaya

pembelajaran murid, tajuk pengajaran, jenis pengetahuan atau kemahiran yang

hendak disampaikan, tahap pencapaian murid, persekitaran pembelajaran, nilai

dan sikap yang ingin dipupuk.

5.1 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

i. Memahami bagaimana murid mempelajari sains dan implikasinya

terhadap pengajaran.

ii. Meningkatkan tahap pengajaran secara inkuiri supaya pembelajaran

murid menjadi lebih berkesan khususnya dalam pemahaman konsep

sains, penguasaan kemahiran saintifik dan penerapan sikap dn nilai

murni.

iii. Meningkatkan keberkesananpelbagai kaedah pengajaran sains rendah

seperti simulasi, projek dan eksperimen.

94

Page 2: sains tajuk 5

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

5.2 KERANGKA KANDUNGAN

5.3 KANDUNGAN

5.3.1 Kaedah Pengajaran Sains

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan melalui pelbagai

kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti inkuiri, eksperimen, perbincangan,

simulasi, projek, lawatan, kajian lapangan dan eksplorasi. Kaedah pengajaran

dan pembelajaran yang pelbagai dapat meningkatkan minat murid terhadap

95

STRATEGI PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN SAINS

STRATEGI PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN SAINS

InkuiriInkuiri

EksperimenEksperimen

‘Hands on’‘Hands on’

PenerokaanPenerokaan

Penerokaan AktifPenerokaan

Aktif

Projek SainsProjek Sains

Kajian LapanganKajian

Lapangan

Kerja kumpulanKerja

kumpulan

Aktiviti Merentas Kurikulum

Aktiviti Merentas Kurikulum

SimulasiSimulasi

Pengubahsuaian Strategi Pengajaran Sains Untuk Murid-Murid Masalah PembelajaranPengubahsuaian Strategi Pengajaran Sains

Untuk Murid-Murid Masalah Pembelajaran

Kaedah Pengajaran SainsKaedah

Pengajaran Sains

Hubungan dengan

kehidupan

Hubungan dengan

kehidupan

KandunganKandungan

BahanBahan

PeringkatPeringkat

LokasiLokasi

PenilaianPenilaian

Page 3: sains tajuk 5

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

sains, pelajaran sains yang tidak menarik akan membosankan

murid. Pengajaran secara inkuiri-penemuan menjadikan sains sebagai satu

matapelajaran yang menyeronokkan kerana pelajar sendiri terlibat secara aktif

dalam proses penyiasatan dan pencarian maklumat.

Guru perlu prihatin terhadap pelbagai kecerdasan dalam kalangan murid

masing-masing. kaedah dan aktiviti yang yang berbeza perlu dirancang untuk

murid-murid yang berbeza kecerdasan. Contoh kecerdasan ini ialah visual dan

ruang, verbal linguistik, muzik dan irama, logikal matematik, kinestatik,

perhubungan antara individu, perhubungan dengan diri sendiri, perhubungan

antara insan dengan penciptanya dan pemahaman tentang alam sekitar.

Strategi pengajaran sains yang khusus dan sesuai adalah juga diperlukan

untuk murid-murid berkeperluan khas. Guru-guru yang mengajar sains kepada

murid-murid ini perlulah bijak memilih strategi atau kaedah yang sesuai dengan

kekurangan mereka, bergantung kepda tajuk yang diajar.

a. Inkuiri

Pendekatan Inkuiri pula merangkumi segala proses soal selidik untuk

mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan, atau daripada masalah

yang dikemukakan. Aktiviti soal selidik ini memerlukan murid mengenal pasti

soalan bermasalah, membentuk hipotesis, merancang aktiviti kajian,

manjalankan kajian atau siasatan dan seterusnya mendapatkan jawapan dan

membuat rumusan.

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terdapat dua jenis teknik

inkuiri iaitu ‘inkuiri terbimbing’ dan ‘inkuiri terbuka’. Inkuiri terbimbing memerlukan

guru membimbing murid menjalankan segala proses kajian. Inkuiri jenis ini

sesuai dilaksanakan pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Dalam

inkuiri terbuka, murid atau pelajar tidak diberi sebarang bimbingan. Segala

96

Page 4: sains tajuk 5

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

proses kajian dijalankan oleh murid atau pelajar sendiri. Oleh itu, ianya sesuai

dilaksanakan pada peringkat pengajian yang lebih tinggi seperti di universiti.

Kesimpulannya, model inkuiri ini amat berguna bagi mendapatkan maklumat dan

pengetahuan baru dalam pelbagai bidang khususnya bidang pendidikan.

Sains sebagai inkuiri mementingkan murid mempelajari kemahiran proses

sains seperti pemerhatian, membuat inferens dan mengeksperimen. Guru sains

perlu melibatkan murid dalam inkuiri dengan memberi peluang kepada mereka

untuk menanya soalan, menerang kejadian, menguji idea sedia ada dan

berkomunikasi apa yang dipelajari.

Olehitu inkuiri merupakan salah satu pendekatan penyelesaian masalah

yang disusun khas supaya sesuatu yang ditujukan kepada pelajar akan menjadi

cabaran kepada mereka untuk menyelidik dan meneliti secara lebih mendalam. 

Matlamat pendekatan ini adalah untuk membantu murid mengembangkan

kemahiran dan intelek bagi mencari jawapan akibat daripada rasa ingin tahu.

Terdapat lima fasa seperti rajah berikut:

Rajah 1: Fasa Model Inkuiri

97

Fasa satu:Berhadapan dengan masalah

( Menerangkan atur cara inkuiri, Gurukemukakan masalah )

Fasa dua:Mengumpul data

Pemeriksaan benar atau tidak. Periksa objek, keadaan, situasi

bermasalah.

Fasa Tiga :Pengumpulan data- ujikaji

Asingkan pembolehubah relevenBentuk hipotesis dan

Uji perkaitannya.

Page 5: sains tajuk 5

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

Fasa Satu :

Dalam Fasa Satu, guru perlu mengemukakan situasi masalah yang perlu

diselesaikan oleh pelajar. Kemudiannya memberikan penerangan susun atur

bagaimana untuk menjalankan inkuiri yang digunakan.

Fasa Dua :

Dalam Fasa Dua pula, ia melibatkan proses mengumpul data. Pegumpulan data

dibuat melalui ujikaji, pemerhatian dan pemeriksaan situasi sebenar. Guru-guru

hendaklah cuba membantu murid dengan mengembangkan jenis maklumat yang

didapati.

Fasa Tiga :

Dalam Fasa Tiga, murid-murid perlu mengasingkan pembolehubah yang releven

iaitu untuk membentuk hipotesis dan membuat perkaitan tentang sebab dan

akibat masalah berlaku.

98

Fasa Empat:Menyusun ,merumus, keterangan.Rumus peraturan dan keterangan

Fasa Lima:Analisa Proses Inkuiri.

Analisa Strategi inkuiri danhasilkan yang lebih berkesan

Page 6: sains tajuk 5

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

Fasa Empat :

Dalam Fasa Empat , guru meminta pelajar menyusun semua data-data yang

telah mereka perolehi bagi membentuk satu keterangan mengenai kajian

mereka.

Fasa Lima 

Dalam fasa yang terakhir ini, pelajar diminta untuk menganalisis corak

inkuiriyang telah mereka hasilkan . Pada fasa ini pelajar boleh memberikan

pelaporan mengenai kajian yang telah mereka lakukan dalam bentuk penulisan,

gambarajah atau sebagainya.

Model ini adalah merupakan satu pengajaran yang menarik serta

merangsangkan murid-murid kerana mereka memerlukan kreativiti, pemikiran,

penaakulan serta penilaian bagi menyelesaikan masalah dan seterusnya

membuat sesuatu keputusan.

Prinsip-Prinsip Model Inkuiri

Terdapat beberapa prinsip yang perlu diketahui oleh guru sebelum

melaksanakan model inkuiri di dalam pengajaran . Ini sangat penting untuk

memastikan kaedah yang digunakan. Ini benar-benar mampu menghasilkan satu

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Prinsip pertama yang perlu diberi tumpuan oleh guru ialah mereka perlu

memilih topik kajian yang terdapat dalam sukatan dan mengikut objektif

pelajaran. Ini penting agar proses pengajaran itu nanti sesuai dengan tahap

kemampuan mereka . Objektif pengajaran guru akan mempunyai matlamat yang

perlu dicapai oleh murid.

99

Page 7: sains tajuk 5

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

Prinsip kedua ialah penyediaan alatan. Guru perlu menyediakan alatan yang

sesuai dan mencukupi sebelum memulakan sesuatu kajian. Alatan yang tidak

sesuai serta tidak berfungsi akan menggangu kelancaran proses pembelajaran

murid. Oleh yang demikian para guru perlu memastikan alatan sentiasa dalam

keadaan baik, berfungsi, sesuai dan mencukupi.

Prinsip ketiga ialah peranan yang dimainkan oleh guru. Guru perlu berbincang

dengan murid mengenai tujuan kajian dibuat. ini akan dapat memberikan

pengetahuan awal kapada murid apa yang perlu mereka lakukan. Guru perlu

juga memastikan murid-murid memahami langkah-langkah untuk menjalankan

kajian.

Prinsip yang keempat ialah guru perlu mengelak daripada memberi jawapan

atau memberitahu murid jawapan dan kesimpulan yang diharapkan. Dalam

peringkat ini, guru perlu memberi kebebasan kepada murid dalam setiap

jawapan atau kesimpulanyang mereka berikan.

Guru juga perlu memastikan agar aktiviti dibuat oleh murid sendiri.

Kegagalan guru memastikan kajian dibuat oleh pelajar akan memberikan impak

yang besar kepada proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Guru juga

perlu mengawal pelajar agar mereka tidak menyeleweng dari kaedah kajian.

Guru harus sentiasa peka dan mudah mengesan kesilapan yang dilakukan oleh

murid serta membuat peneguran kepada murid. Ini penting supaya murid tidak

terpesong daripada matlamat dan objektif kajian.

Sebaik sahaja kajian selesai dijalankan, guru perlu mengadakan

perbincangan dengan murid. Dalam perbincangan ini, guru boleh mendengar

keputusan dan kajian murid di samping bertukar-tukar pendapat, pandangan dan

pengalaman. Setiap pandangan daripada murid hendaklah diterima dan diberi

perhatian . Guru boleh membuat kesimpulan atau keputusan.

100

Page 8: sains tajuk 5

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

Kebaikan

Terdapat beberapa kebaikan bagi model ini yang bolehdimanfaatkan oleh

murid-muird. Di antaranya ialah :-

1. Model ini berasaskan strategi pemusatan pelajar. Pelajar melibatkan diri

dalam aktiviti pembelajaran sepenuhnya

2. Menghasilkan pemahaman yang lebih mendalam terhadap rumusan atau

generalisasi yang dibuat.

3. Menimbulkan minat pelajar serta naluri ingin tahu pelajar terhadap aktiviti

pembelajaran yang dilakukan.

4. Memberi peluang kepada pelajar-pelajar menjalankan aktiviti

pembelajaran secara bebas.

5. Pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi leh murid-murid akan

kekal lama.

6. Menggalakkan pelajar berfikir secara saintifik dan rasional.

Kelemahan

1. Model ini hanya sesuai kepada pelajar tahap dua di sekolah rendah.

2. Model ini memerlukan penggunaan masa yang panjang.

3. Pelajar yang kurang pengalaman akan menghadapi kesulitan untuk

mendapatkan hasil kajian yang tepat

b. Eksperimen

Kaedah eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam pelajaran

sains. Murid menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemui konsep atau

idea sains yang tertentu. Kaedah saintifik digunakan semasa eksperimen.

Menjalankan eksperimen menggunakan kemahiran berfikir, kemahiran proses

dan kemahiran manipulatif.

101

Page 9: sains tajuk 5

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

Secara kebiasaan, langkah yang diikuti semasa menjalankan eksperimen

adalah seperti berikut:

1. Mengenal pasti masalah

2. Membuat hipothesis

3. Merancang eksperimen:

- mengawal pemboleh ubah.

- menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan

- menentukan langkah menjalankan eksperimen

- kaedah mengumpulkan data dan menganalisis data

4. Melakukan eksperimen

5. Mengumpul data

6. Menganalisis data

7. Mentafsirkan data

8. Membuat kesimpulan

9. Membuat laporan

(Rujuk Tajuk 3 – Keterangan lanjut mengenai kemahiran proses sains)

c. Aktiviti ‘Hands on’

Pendekatan ‘hands on’ memerlukan murid-murid terlibat secara aktif bukan

secara pasif yang hanya mendengar kuliah atau menonton filem sahaja. Aktiviti

‘hands-on’ mendedahkan murid-murid kepada aktiviti sebenar. Dalam aktiviti ini

murid boleh menyelesaikan tugasan di dalam atau luar bilik darjah. Aktiviti ini

102

Page 10: sains tajuk 5

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

memberikan panduan kepada murid-murid untuk melalui kehidupan sebenar,

memberikan maklum balas kepada kejayaan mereka, dan dapat menguji apa

yang telah mereka pelajari.

d. Penerokaan

Penerokaan adalah suatu tindakan mencari untuk tujuan penemuan sumber atau

maklumat. Kaedah penerokaan memfokuskan penglibatan murid dalam

membentuk konsep dan kefahaman mengenai sesuatu perkara. Kaedah

penerokaan sesuai digunakan dalam pembelajaran yang melibatkan inkuiri

penemuan, pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah,

simulasi dan kaedah pembelajaran kajian masa depan.

Kaedah penerokaan mempunyai kebaikan tersendiri dan dapat memberi

kebaikan kepada pelajar dan guru. Kebaikannya kepada murid ialah ia dapat

memupuk pemikiran kreatif murid dan penyelesaian masalah sebenar. Ia juga

dapat memberi peluang kepada murid melibatkan diri secara mendalam

terhadap kandungan pelajaran disamping memberi peluang kepada murid

menentukan hala tuju dan kemajuan pelajaran mereka. Kaedah penerokaan juga

memberi kebaikan kepada guru dimana ia memberi peluang kepada guru untuk

menerapkan strategi-strategi pembelajaran berasaskan teori pembelajaran

konstruktivisme.

e. Penerokaan Aktif

Seseorang yang menjalankan penerokaan aktif berusaha untuk menemui

sesuatu yang baru untuk dirinya. Ini juga boleh dijadikan sebagai eksperimen.

Murid-murid berupaya menjalankan penerokaan aktif apabila mereka diberi

kesempatan pembelajaran secara ‘hands on’, bahan yang sesuai untuk

dimanipulasi, masalah yang mengagumkan, bantuan dan bimbingan, kebebasan

yang mencukupi untuk mereka membandingkan idea-idea serta membentuk

103

Page 11: sains tajuk 5

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

penemuan pembelajarannya sendiri. Dalam proses penerokaan aktif aspek-

aspek kognitif, afektif dan psikomotor digunakan oleh murid-murid.

Pendekatan penerokaan aktif mementingkan pengalaman murid secara

langsung dan berpusatkan murid. Pendekatan ini sebagai suatu proses dapat

meningkatkan pembelajaran sains, proses sains dan sikap terhadap sains.

f. Projek Sains

Projek merupakan pengubahsuaian daripada kaedah penyelesaian masalah

yang dikemukakan oleh John Dewey. Projek merupakan satu kaedah di mana

aktiviti dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk mencapai sesuatu

tujuan atau menyelesaikan sesuatu masalah. Projek biasanya mengambil masa

yang panjang dan ianya boleh dilaksanakan di dalam atau di luar waktu

persekolahan. Kaedah projek melibatkan murid secara aktif dalam merancang

dan melaksanakan aktiviti sesuai dengan tajuk yang dikaji. Kemahiran saintifik

dan kemahiran berfikir banyak diberi penekanan dalam kaedah ini. Kaedah

projek juga memerlukan murid berdisiplin, tabah dan sabar dalam menjalankan

aktiviti yangt dirancang.

Projek boleh dijalankan mengikut keperluan tajuk yang diajar. Selain itu

projek boleh diadakan mengikut minat murid, atau untuk mengadakan pameran

sains. Tugas guru adalah menyediakan pilihan projek yang realistik, memberi

garis panduan, mencadangkan bentuk persembahan, dan memantau kemajuan

pelaksanaan dari semasa kie semasa.

g. Kajian Lapangan

Kajian lapangan merupakan satu kaedah di mana aktivitinya dilakukan di luar

bilik darjah seperti di tepi kolam, taman botabni, rimba rekreasi, stesen kaji

cuaca, zoo dan tempat-tempat lain yang sesuai.

104

Page 12: sains tajuk 5

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

Kaedah ini biasanya menarik minat murid dan memberi peluang untuk

mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, bertanggungjawab dan

berdisiplin.

Kaedah ini memberi pengalaman ’hands-on’ dan ’minds-on’ kepada murid

dan ianya adalah sesuai digunakan untuk mengajar topik-topik yang berkaitan

dengan alam haiwan, alam tumbuhan dan persekitaran.

Sebelum kajian lapangan diadakan, persediaan berikut perlu dijalankan:

i. Jelas tentang tujuan lawatan, biasanya untuk menarik minat murid-murid

terhadap pelajaran baru, atau untuk mendapat maklumat tambahan, atau

meninjau aplikasi prinsip sains.

ii. Semak dasar sekolah tentang prosedur seperti kebenaran ibu bapa,

penjadualan bas sekolah, temu janji dengan pihak yang ingin dilawati.

iii. Guru terlebih dahulu perlu melawat sendiri tapak lawatan supaya senang

untuk merancang aktiviti.

iv. Guru perlu merancang senarai soalan atau tujuan, dan maklumat latar

belakang untuk membantu murid-murid membuat permerhatian.

v. Menetapkan peraturan tingkah laku dan keselamatan terutama bagi

murid-murid berkeperluan khas.

vi. Di tapak, pastikan setiap murid sempat melihat dan mendengar, serta

bertanya soalan. Sekiranya kelas terlalu besar, bahagikan kepada

beberapa kumpulan.

vii. Selepas kembali ke kelas, adakan refleksi atau penilaian tentang kajian

yang dilaksanakan.

Kajian lapangan bagi murid-murid berkeperluan khas menghadapi banyak

cabaran, contohnya pengangkutan ke tapak kajian dan murid-murid bermasalah

penglihatan perlukan orientasi kepada persekitaran baru. Kerjasama adalah

105

Page 13: sains tajuk 5

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

penting diantara guru, murid-murid dan pembantu untuk memastikan kajian

lapangan ini berjaya.

Untuk menghadapi masalah ini, perlulah ada pengubahsuaian bergantung

kepada keprluan mereka, contohnya:

i. Tapak lawatan perlulah sesuai untuk dibuat kajian

ii Pengangkutan yang sesuai diperlukan untuk ke tapak lawatan.

iii. Perlukan lebih masa untuk menyiapkan kajian lapangan

iv. Perlukan ruang ’parking’ yang sesuai bagi mereka.

v. Perlu ada orientasi bagi murid-murid yang bermasalah penglihatan.

vi. Perlulah melibatkan aktiviti berkumpulan.

vii. Bahan-bahan bercetak perlulah bersaiz besar, dalam Kerjasama adalah

penting diantara guru, murid-murid dan pembantu untuk memastikan

kajian lapangan ini berjaya.

h. Kerja Kumpulan

Pembelajaran secara kumpulan merupakan strategi pengajaran berpusatkan

murid. Murid boleh menjalankan  aktiviti pembelajaran melalui kumpulan

mengikut kebolehan, murid juga dapat menguasai kemahiran tertentu mengikut

kadar pembelajaran yang sepadan dengan kebolehan mereka. Terdapat dua

cara membentuk kumpulan, iaitu berdasarkan kebolehan/pencapaian yang

sama, dan kedua kumpulan pelbagai kebolehan/pencapaian.

Jenis-jenis kumpulan ialah:

a. Mengikut kebolehan

i. Satu kumpulan kecil murid cerdas

ii. Satu kumpulan kecil murid sedrhana

iii. Satu kumpulan kecil murid lambat

106

Page 14: sains tajuk 5

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

b. Pelbagai kebolehan

i. Cerdas, sederhana dan lambat dalam satu kumpulan kecil,

ii. Cerdas, sederhana dan lambat dalam satu kumpulan kecil

iii. Cerdas, sederhana dan lambat dalam satu kumpulan kecil

Aktiviti ini menolong murid memahami sesuatu perkara dengan lebih jelas dan

mengembangkan pemikiran yang kreatif dan kritis. Kerja dalam kumpulan

membawa kesan yang positif terhadap pencapaian akademik, harga diri, saling

hormat menghormati dan tingkah laku bekerjasama jika perlaksanaannya

dijalankan dengan betul. Dalam kerja kumpulan, guru perlu merancang aktiviti

dan menyediakan bahan yang diperlukan.

i. Aktiviti Merentas Kurikulum

Aktiviti-aktiviti merentas kurikulum merupakan suatu usaha untuk mengukuh dan

memperkayakan lagi mata pelajaran-mata pelajaran dalam pelajaran sains

supaya sains dapat dipelajari dengan lebih bermakna oleh murid-murid.

Disamping itu aktiviti-aktiviti merentas kurikulum berupaya mengiat lagi proses

pembelajaran bagi mata pelajaran lain.

Antara aktiviti-aktiviti merentas kurikulum yang terdapat dalan pelajaran sains

adalah:

i) nilai merentas kurikulum

ii) bahasa merentas kurikulum

iii) pendidikan alam sekitar merentas kurikulum

iv) sains dan teknologi merentas kurikulum

107

Page 15: sains tajuk 5

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

j. Simulasi

Simulasi adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang kerap

digunakan untuk menyelesaikan maslah dan membuat keputusan. Ia diwujudkan

untuk menyerupai keadaan sebenar dengan tujuan menyelesaikan satu-satu

masalah yang benar-benar wujud dalam keadaan yang terkawal. Kaedah

simulasi berupaya atau mampu membangkitkan suasana belajar yang

menggalak dan menyeronokkan. Kaedah ini juga berkesan untuk digunakan

dalam pengajaran domain afektif.

Kaedah simulasi boleh dilaksanakan melalui main peranan, permainan

dan penggunaan model. Dalam main peranan, murid melakonkan sesuatu

peranan secara spontan berdasarkan beberapa syarat yang telah ditentukan.

Permainan pula mempunyai peraturan-peraturan yang harus dipatuhi. Murid

bermain untuk mempelajari sesuatu prinsip atau pun untuk memahami proses

membuat keputusan. Model boleh digunakan untuk mewakili objek atau keadaan

sebenar. Murid dapat membayangkan situasi tersebut dan seterusnya

memahami konsep dan prinsip yang dipelajari.

Langkah-langkah penting kaedah simulasi ialah:

i. Menjelaskan objektif

ii. Merancang dan mewujudkan situasi simulasi.

iii. Mengadakan perbincangan untuk merumuskan isi pelajaran.

5.3.2 Pengubahsuaian Strategi Pengajaran Sains Untuk Murid-Murid

Masalah Pembelajaran

Murid-murid berkeperluan khas memiliki gaya belajar, tahap kekuatan dan

kelemahan yang berbeza. Pengubahsuaian dalam strategi pengajaran dan

penilaian serta kurikulum yang disediakan, akan mengalakkan murid-murid

108

Page 16: sains tajuk 5

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

berkeperluan khas mengembangkan kefahaman yang lebih baik terhadap

konsep-konsep sains.

Pengubahsuaian yang perlu dilakukan adalah terhadap kandungan,

bahan, peringkat, lokasi, penilaian dan hubungan dengan kehidupan.

Kandungan kurikulum sains diubahsuai dengan mengambil kira jenis

keupayaan murid. Ianya perlulah yang ringkas khusus untuk memenuhi

keperluan murid-murid yang mengalami pelbagai kecacatan kurang upaya, iaitu

mengandungi tujuan, bahan-bahan dan aktiviti serta tugasan yang mudah

dilaksanakan diperlukan oleh guru-guru yang mengajar.

Mereka juga memerlukan alat yang membantu proses pendidikan seperti

alat bantuan pendengaran bagi kanak-kanak pekak dan mesin Brailler bagi

mereka yang buta. Galakkan mereka menggunakan komputer bagi yang

berkebolehan.

Tugasan yang diberikan perlulah pendek dan jelas dan diberi dalam

bentuk lisan dan tulisan. Masa untuk mereka menyiapkan tugasan perlulah lebih

panjang dan guru perlulah kerap mengingatkan mereka mengenai tugasan

tersebut.

Guru perlulah menggunakan alatan visual semasa proses pengajaran

seperti contoh-contoh konkrit, carta dan model. Jika menggunakan makmal atau

bilik sains, semua peralatan dan bahan perlulah dilabel dengan jelas dan

digalakkan menggunakan kod warna untuk meningkatkan pengenalan visual

mereka. Digalakkan juga menggunakan ‘cue card’ untuk menerangkan langkah-

langkah prosedur eksperimen atau aktiviti yang akan dijalankan.

109

Page 17: sains tajuk 5

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

Lokasi pengajaran dan pembelajaran juga bergantung kepada kecacatan

mereka, contohnya, murid-murid yang bermasalah pergerakan memerlukan

tempat duduk khusus untuk mengelakkan rintangan dan halangan fizikal dan

kelas yang menyediakan akses visual untuk demonstrasi, serta sambungan

fleksibel untuk elektrik, air dan paip gas. Manakala bagi murid yang bermasalah

pergerakkan dan menggunakan kerusi roda, mereka memerlukan permukaan

kerja 30 inci dari lantai, lorong selebar 42-48 inci cukup untuk pergerakan kerusi

roda.

Pengubahsuaian penilaian juga perlu dilakukan terhadap murid-murid

berkeperluan khas. Pelajar yang mempunyai kesulitan menulis penilaian boleh

dilakukan seperti ujian lisan dan juga penyelesaian masalah. Bagi murid-murid

yang boleh mengambil ujian biasa, masa tambahan diperlukan untuk

memastikan bahawa mereka mempunyai peluang untuk menyelesaikan soalan.

Format ujian alternatif seperti jawapan ringkas, aneka pilihan, lisan dan esei

perlulah bersesuaian dengan keperluan mereka.

Dalam Teras 4 dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)

memperlihatkan kesungguhan pihak kerajaan membantu murid berkeperluan

khas iaitu merapatkan jurang pendidikan antara murid-murid normal berdasarkan

kesesuaian dan keperluan mereka. Sebagai seorang guru, perlu memberi

peluang murid-murid ini belajar sepertimana rakan sebaya yang lain. Adalah

menjadi tanggungjawab seorang guru bagi memastikan anak muridnya

mencapai tahap akademik sepertimana kemampuan serta kesungguhan murid

tersebut. Merancang pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan

keperluan murid berkeperluan khas adalah sudah menjadi tanggungjawab guru.

110

Page 18: sains tajuk 5

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

Latihan 1.

Latihan 2.

111

Dengan memilih satu tajuk kecil dalam Sukatan Pelajaran Sains Murid Berkeperluan Khas, tulis satu Persediaan Mengajar Harian dengan menggunakan satu kaedah yang dinamakan. Terangkan mengapa kaedah ini dipilih untuk tajuk berkenaan.

Dengan memilih satu tajuk kecil dalam Sukatan Pelajaran Sains Murid Berkeperluan Khas, tulis satu Persediaan Mengajar Harian dengan menggunakan satu kaedah yang dinamakan. Terangkan mengapa kaedah ini dipilih untuk tajuk berkenaan.

a. Dengan merujuk kepada strategi penyepaduan unsur sains ke dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, terangkan bagaimana STRUM dapat dijayakan dalam pelajaran murid-murid bermasalah pembelajaran.b. Senaraikan tiga cara untuk memupuk sikap saintifik dan nilai murni dalam Kurikulum Sains murid-murid bermasalah pembelajaran.

a. Dengan merujuk kepada strategi penyepaduan unsur sains ke dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, terangkan bagaimana STRUM dapat dijayakan dalam pelajaran murid-murid bermasalah pembelajaran.b. Senaraikan tiga cara untuk memupuk sikap saintifik dan nilai murni dalam Kurikulum Sains murid-murid bermasalah pembelajaran.