kuliah 5 pitos 101

14
PITOS 101 Teori, Falsafah, dan Kaedah Sejarah Dr. Sah-Hadiyatan Ismail Tel: 04-653 2279 Emel: [email protected]

Upload: cikgusains-cikgusejarah

Post on 23-Jun-2015

334 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kuliah 5 pitos 101

PITOS 101Teori, Falsafah, dan Kaedah

Sejarah

Dr. Sah-Hadiyatan IsmailTel: 04-653 2279

Emel: [email protected]

Page 2: Kuliah 5 pitos 101

Fakta SejarahFakta SejarahFakta – sesuatu yang boleh dianggap

sebagai kebenaran asas bagi sesuatu bidang ilmu, kajian ataupun peristiwa.

Fakta juga merujuk kepada konsep yang stabil, kukuh, terbukti dan tidak boleh dipersoal atau digugat kebenarannya.

Fakta Sejarah – objektif, benar-benar wujud atau berlaku pada masa yang lalu.

Page 3: Kuliah 5 pitos 101

Fakta sejarah tidak seperti fakta sains yang boleh diulang kejadiannya. Ia juga bukan fakta yang boleh dikawal dalam makmal mengikut kaedah tertentu.

Fakta sejarah adalah objektif iaitu sesuatu yang benar, tanpa ada unsur subjektif seperti sentimen memihak, pengadilan moral, motif dalam diri dan sebagainya.

Louis Gottschalk – Fakta sejarah itu boleh ditakrifkan sebagai suatu particular [keterangan] yang didapatkan secara langsung ataupun tidak langsung dari dokumen sejarah dan dianggap benar setelah diuji dengan teliti mengikut aturan kaedah sejarah.

Page 4: Kuliah 5 pitos 101

Fakta sejarah bergantung kepada kepentingan sesuatu peristiwa atau kejadian itu kepada masyarakat atau individu.

Fakta sejarah lambat laun akan menjadi fakta yang lahirnya melalui tanggapan pemikiran sejarawan terhadap sesutu kejadian yang ditentukan sebagai penting.

Fakta sejarah boleh berubah apabila terdapat sumber-sumber rujukan baru yang juga sahih atau lebih sahih, yang memberikan maklumat atau fakta baru kepada sesuatu peristiwa yang telah sekian lama dianggap benar atau betul dari segi kesejarahannya.

Page 5: Kuliah 5 pitos 101

Tafsiran Dalam SejarahTafsiran Dalam SejarahSumber dan bukti perlu ditafsir

untuk menentukan ketulenan dan memastikan ianya sumber asal yang sebenar dan asli. Menyisih bukti dan sumber palsu.

Tafsiran mempunyai dua proses◦Kritikan luaran◦Kritikan dalaman

Page 6: Kuliah 5 pitos 101

Kritikan Luaran – persoalan kepada sumber

Bila sumber tersebut dicatat atau direkodkan?

Di mana ia dihasilkan? Siapa yang menghasilkannya? Daripada bahan apa ia dihasilkan? Dari bentuk apa asalnya ia dihasilkan?

Bantuan dari ahli sains tulin, untuk ujian kimia bagi dakwat, kertas dsb.

Bantuan dari pakar bahasa untuk gaya bahasa.

Bantuan pakar tulisan untuk tulisan

Page 7: Kuliah 5 pitos 101

Kritikan DalamanMenentukan nilai bukti dan isi

kandungan yang terdapat dalam sumber tersebut.

Siapa pencatat sumber dan niat pencatat, kedudukan dalam masyarakat, sebab dan tujuan sumber dicatatkan.

Pertimbangkan kenapa bukti itu wujud dapat membantu penilitian terhadap kandungan.

Page 8: Kuliah 5 pitos 101

Pentafsiran penting untuk mengelakkan pemalsuan sumber.

Pemalsuan sering berlaku kerana keuntungan kewangan, kepentingan parti, keangkuhan dan sebagainya.

Setiap kenyataan mestilah disangsikan [methodical doubt] terlebih dahulu dan tidak harus diterima bulat-bulat.

Sejarawan perlu bersikap adil, rasional dan waras, mengakui kejahilan diri dalam mentafsir sumber dan bukti.

Page 9: Kuliah 5 pitos 101

Pengadilan MoralPengadilan MoralPengadilan moral – perlakuan

menjatuhkan hukuman atau mengenakan penilaian tertentu kepada sesuatu peristiwa sejarah atau kepada seseorang pelaku sejarah - (Qasim Ahmad)

Pengadilan moral ini dilakukan dalam bahasa yang memuji atau mempersalahkan dengan berpandukan kepada ukuran baik dan buruk sejagat seperti Raja itu zalim, peristiwa itu baik, pentadbiran negara itu lemah dan sebagainya.

Page 10: Kuliah 5 pitos 101

Sejarawan berbelah bahagi dalam hal ini.Menyokong – Voltaire, Berlin, Oldfield,

Qasim.Voltaire – sejarah mengajar kita kewajipan

dan hak-hak kita. Sejarah hendaklah bertindak sebagai pembela keadilan dengan memuji mereka yang berjasa dan memalukan yang berdosa. Sejarah merupakan saksi bukan pemuja.

Berlin – Manusia mempunyai pilihan alternatif dalam hidupnya, bebas memilih antara yang jahat dan yang baik. Tindakan manusia itu boleh dipertanggungjawabkan dan boleh diadili

Page 11: Kuliah 5 pitos 101

Menentang – Croce, Butterfield.Croce – Sejarah bukanlah mahkamah

tinggi yang meneliti semua pengadilan sulit yang berpunca daripada nafsu dan kesilapan manusia, membetulkannya, dan menjatuhkan satu keputusan muktamad sebagai satu pengadilan sejagat yang membezakan orang yang mulia dan yang berdosa.

Sejarawan berkemungkinan menggunakan nilai yang tidak dapat diterima oleh zaman orang yang diadilinya. Tokoh pelaku sejarah tidak berpeluang membela diri dengan menggunakan nilai yang diiktiraf oleh zaman mereka.

Page 12: Kuliah 5 pitos 101

Pandangan Carr – Pada tempat tertentu Carr menyokong pengadilan moral dikenakan, manakala di tempat yang lain beliau menentangnya.

Carr menentang pengadilan moral terhadap kehidupan peribadi tokoh sejarah kerana seseorang yang tidak baik kelakuan peribadinya mungkin seorang pemimpin negara yang baik.

Tidak setuju pelaku sejarah diadili atas tindakan awam mereka. Mereka telah mati dan orang masa lampau adalah kepunyaan masa lampau bukan masa kini.

Page 13: Kuliah 5 pitos 101

Carr menyokong pengadilan moral ke atas institusi atau dasar. Sejarawan harus menjatuhkan hukuman ke atas sistem kuku besi dan dasar-dasar seperti perhambaan.

Carr menganggap pengutukan peribadi terhadap tokoh itu merupakan satu cara mengelakkan sesebuah masyarakat atau negara itu dihukumi oleh ahli sejarah sedangkan masyarakat itulah yang melahirkan atau memberikan galakan kepada tindakan tokoh tersebut.

Page 14: Kuliah 5 pitos 101

Sekian, Terima Kasih

Dr. Sah-Hadiyatan [email protected]

04 653 22 79