tajuk 4 pj

6
TAJUK 4 HURAIAN DAN TAFSIRAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI KBSR SINOPSIS Tajuk dalam modul ini menjelaskan tafsiran sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani (PJ) KBSR yang digunapakaikan di sekolah. Tajuk ini juga dapat menjelaskan konsep kesepaduan, penggabungjalinan dan integrasi dalam PJ. HASIL PEMBELAJARAN 1. Pelajar dapat memahami konsep kesepaduan, penggabunjalinan dan integrasi dalam PJ. 2. Pelajar dapat memahami Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) PJ KBSR. 3. Pelajar mampu mengenalpasti sub-sub tajuk dalam setiap tunjang pembelajaran mengikut HSP. KERANGKA TAJUK-TAJUK 1. Kesepaduan HURAIAN DAN TAFSIRAN KESEPADUAN PENGGABUNGJALINA N INTEGRASI HSP KECERGASAN KESUKANAN KEMAHIRAN

Upload: allison93

Post on 07-Feb-2016

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

TAJUK 4 PJ

TRANSCRIPT

Page 1: TAJUK 4 PJ

SINOPSIS Tajuk dalam modul ini menjelaskan tafsiran sukatan pelajaran

Pendidikan Jasmani (PJ) KBSR yang digunapakaikan di sekolah. Tajuk

ini juga dapat menjelaskan konsep kesepaduan, penggabungjalinan dan

integrasi dalam PJ.

HASIL PEMBELAJARAN 1. Pelajar dapat memahami konsep kesepaduan, penggabunjalinan dan

integrasi dalam PJ.

2. Pelajar dapat memahami Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) PJ KBSR.

3. Pelajar mampu mengenalpasti sub-sub tajuk dalam setiap tunjang

pembelajaran mengikut HSP.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

1. KesepaduanKesepaduan merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang

mana konsepnya bersepadu dengan mata pelajaran yang lain. Kesepaduan

adalah selaras dengan matlamat Pendidikan Jasmani untuk melahirkan

masyarakat secara menyeluruh. Konsep bagi kesepaduan adalah gabungan

beberapa ilmu pengetahuan, bahasa atau nilai-nilai dalam mata pelajaran lain

secara menyeluruh. Menurut Kamus Dewan (Edisi 4), kesepaduan

HURAIAN DAN TAFSIRAN

KESEPADUAN PENGGABUNGJALINAN INTEGRASI HSP

KECERGASAN KESUKANAN

KEMAHIRAN

TAJUK 4 HURAIAN DAN TAFSIRAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI KBSR

Page 2: TAJUK 4 PJ

merupakan keadaan yang bersepadu atau perihal bersepadu menjadi

kesatuan yang utuh.

Maknanya di sini, proses penyerapan mata pelajaran lain berlaku dalam

mata pelajaran Pendidikan Jasmani secara terancang. Contohnya,

mendedahkan konsep pergerakan, sistem otot, sistem tulang dan fungsi-

fungsi tubuh manusia yang terdapat dalam mata pelajaran Sains dapat

diserapkan secara bersepadu dalam Pendidikan Jasmani secara lagsung.

Guru mestilah menekankan aspek kesepaduan dalam membuat

perancangan pengajaran Pendidikan Jasmani agar dapat membantu murid

menguasai kemahiran atau ilmu pengetahuan mata pelajaran yang lain.

Kaedah perlaksanaannya bolehlah melibatkan kesepaduan dari segi bahan

pengajaran dan pembelajaran, kesepaduan komponen utama dalam

Pendidikan Jasmani sendiri (Intra) serta kesepaduan dua ilmu pengetahuan

yang berbeza mata pelajaran (Inter).

2. PenggabungjalinanBermaksud menggabungkan pelbagai kemahiran dalam satu masa.

Sebagai contohnya; menggabungkan kemahiran lisan dengan membaca dan

kemahiran membaca dengan menulis, penggabungan aktiviti dalam kelas,

secara berkumpulan atau individu serta penggunaan alat dan bahan bantu

mengajar yang pelbagai bersesuaian dengan proses pengajaran dan

pembelajaran.

Dalam konteks KBSR, penggabungjalinan dalam pengajaran dan

pembelajaran dibahagikan kepada dua iaitu penggabungjalinan kemahiran-

kemahiran dalam satu mata pelajaran dan penggabungjalinan kemahiran

daripada beberapa mata pelajaran. Ciri-ciri penggabungjalinan adalah

berasaskan kepada konsep mengintegrasikan beberapa kemahiran.

Kemahiran utama menjadi fokus kepada penggabungjalinannya. Contohnya,

kemahiran lisan digabungkan dengan kemahiran membaca.

Kaedah penggabungjalinan adalah bersandarkan kepada perkara pokok

seperti mengenalpasti kemahiran utama dan kemahiran sampingan. Di mana

kemahiran utama yang menjadi fokus pembelajaran perlulah disusuli dan

dikuasai terlebih dahulu dengan kemahiran-kemahiran sampingan untuk

kukuhkan kemahiran utama. Kemahiran utama digunakan di peringkat

perkembangan pelajaran dan kemahiran sampingan digunakan di semua

peringkat pelajaran. Strategi penggabungjalinan kemahiran hendaklah

Page 3: TAJUK 4 PJ

dirancangkan berdasarkan objektif pelajaran, kebolehan dan pencapaian

murid

3. IntegrasiIntegrasi adalah merupakan penggabungan, dua atau beberapa kaum

(unsur, hubungan,dll) menjadi satu kesatuan. Integrasi dalam Pendidikan

Jasmani dapat dilaksanakan dengan menggabungkan unsur –unsur seperti

kaum dan sebagainya menjadi satu integrasi Malaysia yang saling

menghormati kepelbagaian dalam meraikan ciri-ciri budaya kaum masing-

masing. Pada masa yang sama juga, integrasi mampu memupuk dan

mengembangkan budaya nasional.

Hal ini akan membentuk consensus iaitu persetujuan bersama

terhadap sesuatu pekara dan mengusahakan pembinaan budaya nasional.

Integrasi harus berlaku secara evolusi melalui proses natural bukannya

secara pentadbiran dan paksaan. Dalam Penyata Razak (1956), ada

menyatakan berkenaan integrasi yang perlu bermula daripada murid-murid di

sekolah. Antara tumpuan utama ialah memastikan bahasa dan kebudayaan

lain dipelihara.

4. Huraian Sukatan Pelajaran (HSP)Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) disusun mengikut tiga tunjang

pembelajaran iaitu :

a. Kecergasan

b. Kesukanan

c. Kemahiran

4.1 KecergasanKercergasan boleh dibahagikan kepada dua cabang utama:

a. Kecergasan berasaskan kesihatan yang merangkumi :

i. Daya tahan kardiovaskular

ii. Daya tahan otot

iii. Kekuatan

iv. Kelenturan

v. Komposisi badan

Page 4: TAJUK 4 PJ

b. Kecergasan berasaskan perlakuan yang merangkumi :

i. Koordinasi

ii. Imbangan

iii. Ketangkasan

iv. Kuasa

v. Masa tindakbalas

vi. Kepantasan

4.2 Kemahiran Tunjang kemahiran meliputi aspek-aspek yang memberi pendedahan

kepada murid-murid untuk menonjol dan mengembangkan kemahiran mereka

ke tahap yang lebih baik khususnya bakat terpendam.

Kebiasaan proses pengajaran dan pembelajaran tunjang kemahiran

biasanya mendedahkan murid-murid untuk berfikir dan bermain dengan

keseronokan. Tunjang kemahiran meliputi bidang-bidang seperti:

a. Pergerakan asas

b. Permainan

c. Olahraga

d. Gimnastik

e. Pergerakan kreatif

f. Rekreasi

g. Kesenggangan

4.3 KesukananTunjang kesukanan memberi tumpuan kepada amalan pendidikan yang

perlu diketahui dan dikuasai oleh murid-murid di sekolah sebagai persediaan

untuk mereka melibatkan diri dalam kegiatan kesukanan.

Tunjang kesukanan juga akan menekankan beberapa isu pokok yang

menjadi keutamaan seperti:

h. Keselamatan

i. Pengurusan

j. Kerjaya

k. Isu Pendidikan Jasmani dan Sukan

l. Etika