tajuk 4 darah

19
DARAH Darah ialah jenis tisu penghubung dalam badan manusia yang berbentuk cecair. Darah mewakili 8% berat badan. Terdapat kira-kira 5 hingga 6 liter darah bagi manusia yang sihat. Darah manusia berwarna merah. Apabila darah bergabung dengan oksigen, warnanya adalah merah terang, manakala merah tua apabila bergabung dengan karbon dioksida.

Upload: janetthy-lurve-chai

Post on 23-Jan-2016

239 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sistem darah dalam badan manusia

TRANSCRIPT

Page 1: Tajuk 4 Darah

 DARAH

 Darah ialah jenis tisu penghubung dalam badan manusia yang berbentuk cecair. Darah mewakili 8% berat badan. Terdapat kira-kira 5 hingga 6 liter darah bagi manusia yang sihat. Darah manusia berwarna merah. Apabila darah bergabung dengan oksigen, warnanya adalah merah terang,

manakala merah tua apabila bergabung dengan karbon

dioksida.

Page 2: Tajuk 4 Darah

Darah beredar dalam saluran darah dan dikitarkan oleh jantung dan pam otot. Darah melalui paru-paru untuk dioksigenkan, dan dikitarkan ke seluruh badan oleh salur arteri. Ia mengedarkan oksigen ke seluruh badan melalui kapilari dan kembali ke jantung melalui vena.

Page 3: Tajuk 4 Darah

Fungsi Darah

PengangkutanPertahanan(Defense)

Regulasi(Regulation)

•Oksigen•Karbon dioksida•Bhn mkn tercerna•Vitamin & garam mineral•Bhn kumuh bernitrogen•Hormon•Haba

•Memusnahkan sel bakteria dan sel mati•“mutated” sel – dimusnahkan

•Hasilkan antibodi•“Blood clotting” mencegah kehilangandarah apabila luka

•Menyerap haba dari otot yg aktif•M’imbangkan air & garam dlm badan•M’gekalkan ph dlmbadan

Page 4: Tajuk 4 Darah

DARAH

Plasma (55%)

Sel Darah (45%)

Protein plasma Serum

Albumin Globulin Fibrinogen

Protein pembekuan

Air, garam, gas terlarut,

hormon,glukosa, dan bahan kumuh

Eritrosit Platlet Leukosit

Granulosit(Bergranul)

Agranulosit(Tidak

bergranul)

Neutrofil, basofil,

eosinofil

Limfosit,Monosit

KOMPOSISI DARAH

Page 5: Tajuk 4 Darah

PlasmaPlasma mewakili 55% komposisi darah ialah

larutan yang berwarna jernih kekuningan dan mengandungi bahan larut dalam air. Lebih

kurang 90% daripada plasma terdiri daripada air. Selain itu, plasma juga terdiri daripada bahan larut seperti nutrien (glukosa, asid amino, dan asid lemak), oksigen, karbon

dioksida, hasil perkumuhan (urea dan asid urik), vitamin, garam mineral, protein

( albumin, globulin, fibrinogen, antibodi)

KOMPOSISI DARAH

Page 6: Tajuk 4 Darah

KOMPOSISI DARAH

Sel Darah Putih & Sel DarahMerah

Sel darah putih

Sel darah merah

Page 7: Tajuk 4 Darah

KOMPOSISI DARAH

EritrositEritrosit ialah sel darah yang berbentuk cakera dwicekung. Bentuk ini dapat menambahkan jumlah luas permukaan per isipadu untuk memudahkan pertukaran gas berlaku melalui permukaannya. Bilangan eritrosit lebih kurang 5 juta per mm3 darah dan ia mempunyai membran plasma yang kenyal. Lelaki biasanya mempunyai bilangan eritrosit yang lebih banyak daripada perempuan.

Page 8: Tajuk 4 Darah

KOMPOSISI DARAH

Fungsi Eritrosit Fungsi utama eritrosit ialah mengangkut oksigen dari permukaan respirasi ke sel badan. Setiap eritrosit mengandungi hemoglobin, iaitu pigmen merah yang menyebabkan darah berwarna merahSetiap molekul hemoglobin boleh mengangkut 4 molekul oksigen. Hemoglobin berpadu dengan oksigen membentuk oksihemoglobin dalam tekanan separa oksigen yang tinggi. Selepas itu, oksihemoglobin akan melepaskan oksigen kepada tisu atau sel apabila tekanan separa oksigen adalah rendah. Selepas melepaskan oksigen, sebahagian hemoglobin akan mengangkut karbon dioksida dari tisu ke peparu.

Seseorang yang kekurangan hemoglobin dalam darah akan menghadapi penyakit yang dikenali sebagai anemia. Letih dan kelihatan pucat kerana kurang oksigen dibekalkan kepada tisu badan.

Page 9: Tajuk 4 Darah

KOMPOSISI DARAH

LeukositLeukosit tidak berwarna dan bentuknya tidak tetap.Semua leukosit  bernukleus dan mempunyai saiz yang lebih besar daripada daripada eritrosit. Bagi 700 eritrosit, hanya terdapat satu leukosit.Leukosit dibina dalam sumsum tulang dan tempoh hayatnya adalah urang daripada lima hari.

Page 10: Tajuk 4 Darah

KOMPOSISI DARAH

LeukositLeukosit boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu

GranulositGranulosit berasal dari sumsum tulang dan mempunyai granul di dalam

sitoplasmanya, nukleusnya bercuping. Kira-kira 70% leokosit ialah granulosit.

Fungsinya ialah •makan sel bakteria dan sel tisu mati akibat luka secara fagositosis. •bergerak balas terhadap alergi.

AgranulositAgranulosit pula tidak mempunyai granul di dalam sitoplasmanya.

Nukleusnya berbentuk biji kacang atau sfera.Agranulosit juga boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu limfosit dan monosit. Limfosit dihasilkan oleh nodus limfa dan fungsinya ialah

hasilkan antibodi untuk musnahkan antigen. Monosit berasal dari sumsum tulang dan fungsinya ialah makan sel bakteria dan sel mati secara

fagositosis.

Page 11: Tajuk 4 Darah

KOMPOSISI DARAH

Fungsi leukosit Leukosit penting untuk mengawal 

keimunan badan. Kekurangan sel leukosit akan mengakibatkan seseorang tidak ada 

ketahanan terhadap penyakit.

Page 12: Tajuk 4 Darah

KOMPOSISI DARAH

PlatletPlatlet terhasil daripada serpihan sitoplasma sel yang berasal daripada sumsum tulang dan tidak mempunyai nukleus.Setiap milimeter padu darah mengandungi kira-kira 300 000 platlet. Tempoh hayat platlet adalah kurang daripada satu minggu dan dimusnahkan di spleen dan hepar.

Fungsi PlatletMenghasilkan sel pembeku bila berlaku pendarahan 

akibat pecah salur darah.

Page 13: Tajuk 4 Darah

KOMPOSISI DARAH

Page 14: Tajuk 4 Darah

HemostasisHemostasis merujuk kepada proses 

pembekuan darah apabila dinding salur darah pecah. 

Apabila salur darah terluka, plasma darah, sel-sel darah, dan platlet keluar ke tisu sekeliling.Platlet akan memecah dan membebaskan 

bahan yang mengandungi faktor pembekuan

Page 15: Tajuk 4 Darah

Hemostasis•Enzim trombokinase dibebaskan akan bertindak sebagai pemangkin ke atas satu protein globul protrombin untuk bertukar menjadi trombin .•Trombin seterusnya akan bertindak ke atas fibrinogen (sejenis protein yang terkandung dalam plasma) untuk membentuk fibrin. Fibrin merupakan gentian bebenang yang menjadi asas kepada pembekuan darah.•Platlet dan sel darah yang cuba keluar melalui bukaan luka ini terjerat di dalam jaringan fibrin untuk membentuk bekuan darah.•Akhirnya, bekuan darah kering akan menjadi keruping. Luka ini akan sembuh di bawah keruping.

Page 16: Tajuk 4 Darah

Arteri, Vena, Kapilari

Page 17: Tajuk 4 Darah
Page 18: Tajuk 4 Darah

Arteri Kapilari Darah Vena

Membawa darahberoksigen darijantung ke tisubadan

Menghubungkan arteridengan vena

Membawa darahterdeoksigen daritisu badan kembalike jantung

Dinding tebal Dinding setebal satusel

Dinding nipis

Dinding berotot tebal

Dinding tidak berotot Dinding berotot nipis

Tiada injap kecuali pangkal aorta & pangkal arteri pulmonari

Tidak mempunyai

injap

Mempunyai injap

Saiz lumen kecil Saiz lumen paling kecil Saiz lumen besar

Darah bertekanan tinggi

Darah bertekanan paling rendah

Darah bertekananrendah

Darah mengalir Darah mengalir Darah mengalir

Page 19: Tajuk 4 Darah

Next                            Jantung