tajuk 3 pengurusan pj dan sukan tutorial

70
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS RAJA MELEWAR SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN PJM3123 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKANJASMANI DAN SUKAN PRAKESH RAO A/L GANAPATHI KATHIRESAN A/L MOORTHY PARTHIVAN A/L ANANTHA KUMAR PJK SJKT AMBILAN JUN 2013 Pensyarah : EN.K. RAJA A/L KANAPATHY EN. AZULHAIMI BIN AHMAD

Upload: vegeneswari-saravanan

Post on 12-Feb-2016

294 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

ஷ்க்f

TRANSCRIPT

Page 1: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKAMPUS RAJA MELEWAR

SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

PJM3123PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKANJASMANI DAN SUKAN

PRAKESH RAO A/L GANAPATHI

KATHIRESAN A/L MOORTHYPARTHIVAN A/L ANANTHA KUMAR

PJK SJKT AMBILAN JUN 2013

Pensyarah : EN.K. RAJA A/L KANAPATHYEN. AZULHAIMI BIN AHMAD

Page 2: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

TAJUK 3Pengurusan

Pendidikan Jasmani dan

Sukan

Page 3: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

Kandungan Tajuka) Pengurusanb) Pengurusan Pendidikan Jasmanic) Pengurusan Sukand) Pengurusan Sumber Manusiae) Sumber Kewanganf) Kepimpinang) Perancanganh) Pengawalan dan Penilaiani) Komunikasij) Pengurusan Stor

Page 4: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

Bahagian A

Pengurusan

Page 5: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

Definisi Pengurusan

• satu proses integrasi sumber dan tugasan dan tanggungjawab ke arah mencapai

matlamat yang telah ditetapkan oleh organisasi

• menetapkan objektif dan pengelolaan sumber ke arah mencapai matlamat yang telah

ditetapkan dan keberkesanannya akan dinilai bagi membantu pengamal mengambil

langkah-langkah perlu di masa hadapan

• melibatkan pengarahan satu-satu kumpulan yang terlibat ke arah mencapai matlamat

yang telah ditetapkan oleh organisasi

• melibatkan perancangan, pengelolaan, memotivasikan dan pengawalan dengan

tujuan untuk menghasilkan satu hala tuju dan matlamat bagi sesebuah organisasi

• adalah satu proses perancangan, pengelolaan, memimpin dan pengawalan usaha-

usaha anggota sesebuah organisasi serta menggembleng sumber-sumber yang ada

dalam organisasi bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Page 6: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

Keperluan Mengurus

Bagi memastikan aspek pengurusan itu berfungsi dengan baik, tiga aspek penting yang berikut perlu dipenuhi, iaitu: • Perlu wujudnya sebuah organisasi yang formal. • Organisasi perlu jelas dan memiliki matlamat atas

kewujudannya.

• Organisasi itu perlu memiliki struktur pengurusan yang di ketuai oleh seseorang yang diberi kepercayaan memimpin. 

Page 7: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

Peranan Aktiviti Pengurusan

Menurut Theory Mintzberg terdapat sepuluh peranan utama yang perlu dipikul sebagai seorang pengurus yang baik dan berkesan :

Page 8: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

Aktiviti dalam Pengurusan

Berikut adalah tugas yang sering dilakukan oleh seseorang pengurus:

Merancang Mengurus masa Mengelola

Mengambil pekerja Ke hadapan Mentafsir

Memecat Melaksana Mendisiplinkan

Menilai Memulakan Mengurus Kakitangan

Mengawal Menganggar Memuji

Membuat keputusan Memperbaiki Menggalakkan

Koordinasi Berkomunikasi Pencetus

Menyemak Memotivasikan Mengetuai

Mereka Mengarah Menjadualkan

Selesai masalah Membetulkan Beri keutamaan

Page 9: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

Bahagian B

PengurusanPendidikan Jasmani

Page 10: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

Definisi Pengurusan Pendidikan Jasmani

Satu aktiviti mentadbir dan mengelola untuk menghasilkan insan yang seimbang dari

segi JERIS.

Page 11: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

Prinsip Pengurusan Pendidikan Jasmani

Pengurusan pendidikan jasmani bertujuan membentuk masyarakat

yang mengamalkan cara hidup yang sihat berasaskan falsafah

pendidikan negara. dengan menggunakan tiga domain iaitu kognitif,

afektif dan psikomotor dalam aktiviti pendidikan jasmani. Berdasarkan

kepada prinsip:• Pendidikan jasmani akan dapat mempertingkatkan dan

mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor berasaskan domain kognitif dan afektif.

 • Pendidikan jasmani adalah melahirkan masyarakat yang akan

menjadikan senaman dan aktiviti fizikal sebagai budaya atau rutin harian serta dilaksanakan secara berterusan.

Page 12: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

Kurikulum Pendidikan Jasmani

• Bagi membentuk penghayatan yang tinggi terhadap mata pelajaran pendidikan jasmani, pelajar perlu memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pendidikan jasmani ke arah membentuk masyarakat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup sihat.

• Ia yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi pelajar ke tahap optimum.

Page 13: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

Objektif Kurikulum Pendidikan Jasmani

• Mempertingkat dan mengekalkan kecergasan berasaskan

kesihatan dan perlakuan motor

• Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan

mengikut kemampuan diri

• Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian

• Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan

semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal

• Membentuk sahsiah dan disiplin diri dan

• Membuat keputusan bijak dalam kehidupan

Page 14: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

Organisasi

Ia merupakan disiplin pendidikan oleh itu di sekolah pendidikan jasmani mempunyai ketua panitia & di bawah kuasa guru penolong kanan 1:

Guru Besar

Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Ketua Panitia

Setiausaha

Guru Matapelajaran PJ

Page 15: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

Bidang Tugas Ketua Panitia Pendidikan Jasmani

Menjadi ahli jawatankuasa mesyuarat kurikulum sekolah

Mempengerusi mesyuarat panitia pendidikan jasmani

Memastikan rancangan tahunan pendidikan jasmani tersedia

untuk digunakan

Mengagih dan menyimpan sukatan pelajaran pendidikan

jasmani

Menyediakan perancangan tahunan panitia

Memantau pengajaran pendidikan jasmani

Memeriksa buku latihan pelajar

Merancang pembelian alatan untuk panitia

Page 16: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

Bahagian C

Pengurusan Sukan

Page 17: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

Pengurusan Sukan

Mentadbir dan menguruskan sukan sebagai alat yang membawa kebaikan kepada

manusia sejagat serta memupuk toleransi dan perpaduan.

Page 18: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

Prinsip Pengurusan Sukan

ialah membentuk sebuah masyarakat yang cergas, sihat dan kukuh dari segi fizikal dan mental. Berdasarkan kepada prinsip: 

• Sukan merupakan satu aktiviti yang paling berkesan membentuk kecergasan dan

kesihatan dari segi fizikal dan mental.

• Sukan dilihat membolehkan seseorang itu memperoleh sebanyak-banyak keseronokan

dan kepuasan dalam hidup, mencapai nilai terpuji hidup (quality of life) dan keperluan

asas manusia.

• Sukan juga adalah satu penglibatan pembangunan sosial melalui penyertaan beramai-

ramai sama ada ahli keluarga, sahabat handai, masyarakat setempat dan masyarakat

asing - semuanya menggalakkan pergaulan, persaingan yang sihat dan mengeratkan

perhubungan sosial serta melahirkan masyarakat yang tidak mengasingkan diri.

• Keperluan asas manusia merangkumi berbagai-bagai faktor daripada keperluan fiziologi

kepada kepuasan mutlak diri.

Page 19: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

Sukan

• Sukan juga bermaksud aktiviti yang dipertandingkan mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh satu badan persekutuan sukan antarabangsa.

• merupakan bentuk permainan yang di kelolakan dengan teratur dan mempunyai unsur pertandingan. Sukan perlu mempunyai unsur pertandingan, tanpa pertandingan aktiviti fizikal itu lebih dikenali sebagai permainan atau rekreasi.

• Ia melibatkan perancangan, kemahiran motor dan strategi.

Page 20: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

Bahagian D

PengurusanSumber Manusia

Page 21: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

• Organisasi merupakan satu sistem yang mana sumber manusia merupakan

salah satu fungsi yang menggerakkan sistem berkenaan.

• Pengurusan sumber manusia perlu memiliki hubungan selari dengan

strategi-strategi organisasi yang telah dirancang.

• Ini bermakna dalam setiap pengurusan sumber manusia ianya perlu

dilaksanakan secara terancang bagi membantu perlaksanaan strategi-

strategi organisasi.

• Aktiviti yang dilaksanakan ini merupakan satu proses yang berterusan

(ongoing) dan perlu melalui proses-proses, seperti menentukan keperluan

sumber manusia dalam organisasi, mendapatkan calon yang berkelayakan,

membangunkan pekerja dan mengekalkan pekerja yang berkelayakan.

Definisi Pengurusan Sumber Manusia

Page 22: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

Menentukan Keperluan Sumber manusia Perancangan sumber manusia

   Menarik minat calon berkelayakan Pengrekrutan/Pengambilan

  Pemilihan 

Pembangunan pekerja berkelayakan Orientasi

  Latihan

  Penilaian Prestasi   Mengekalkan pekerja berkelayakan Ganjaran kewangan dan manfaat pekerjaan

  Pemisahan pekerja   

Proses Pengurusan Sumber Manusia

Page 23: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

• Keperluan menentukan keperluan sumber manusia bagi sesebuah organisasi perlu dirancang secara teliti dan mengambil kira pelbagai faktor yang berkaitan dengan perancangan sesebuah organisasi.

• Jadual di atas menunjukkan bagi mendapatkan (pengambilan dan pemilihan), membangunkan (orientasi, latihan dan penilaian prestasi) dan mengekal atau memisahkan pekerja (pemberian ganjaran dan pemisahan) merupakan satu senario yang saling memerlukan antara satu sama lain.

• Situasi akan dapat diurus dengan baik jika adanya perancangan yang tersusun rapi dalam mengendalikan proses ini.

• Oleh yang demikian, keperluan kepada perancangan sumber manusia bagi organisasi pendidikan jasmani dan sukan amatlah diperlukan.

Proses Pengurusan Sumber Manusia

Page 24: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

Bahagian E

Sumber Kewangan

Page 25: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

• Perancangan belanjawan ialah pelan dan sistem perbelanjaan yang sistematik.

• Ketua panitia pendidikan jasmani perlu menyediakan perancangan belanjawan tahunan.

• Ketua panitia perlu menyenaraikan atau menyusun item mengikut kepentingan.

• Perancangan belanjawan bergantung kepada peruntukan kewangan pendidikan jasmani.

Perancangan Belanjawan

Page 26: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

Bil Murid Peruntukan     Kurang daripada 100 Orang RM 300.00   101-250 Orang RM 300.00(minimum)

    Rm2.80/seorang (selepas 100 0rang)     251-500 Orang RM 720.00(minimum)

    Rm2.60/seorang (selepas 250 0rang)     501-750 Orang RM 1370.00(minimum)

    Rm2.40/seorang (selepas 500 0rang)     751-1000 Orang RM 1970.00(minimum)

    Rm1.80/seorang (selepas 100 0rang)   1001 Orang atau lebih RM 2420.00(minimum)

    Rm1.00/seorang (selepas 100 0rang)     

Peruntukan Kewangan

Page 27: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

Bahagian F

Kepimpinan

Page 28: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

Kepimpinan boleh dijelaskan melalui konsep-konsep berikut: 

• Kepimpinan merupakan suatu kuasa yang menghubungkan pemimpin

dengan pengikutnya dan mendorong pengikutnya supaya mengerah tenaga

secara tersusun menuju objektif yang di rumus secara kolektif.

• Bekerja secara sedemikian akan memberi kepuasan kepada pemimpin dan

pengikutnya.

• Ia juga memberikan perwatakan dan menerima perwatakan daripada

media, persekitaran dan iklim di tempat ia berfungsi.

• Ia tidak bekerja dalam ruang yang tidak mempunyai udara, tetapi bekerja

dalam iklim yang diwujudkan oleh berbagai unsur.  

Kepimpinan

Page 29: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

Kepimpinan

• Interaksi pemimpin, ahli, masyarakat dan suasana sekitaran sentiasa berlaku.

• Kepimpinan sentiasa aktif. Kepimpinan mungkin berubah-ubah mengikut peringkat, kekuatan, atau had tetapi ia tidak akan tenggelam dan timbul.

• Ini bermakna tiada pemimpin, tiada pengikut dan jika tiada anggota maka tiada kumpulan. Keadaannya sama ada dinamik atau tidak ada langsung.  

• Kepimpinan mengambil prinsip-prinsip, kaedah dan sistem mengikut kadar yang pasti dan tetap secara yang disengajakan.

• Prinsip-prinsip ini termaktub dalam undang-undang tubuh atau perlembagaan.

Page 30: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

Dari konsep yang diberikan, jelas menggambarkan bahawa kepimpinan dan pengurusan sering berkait rapat dari segi peranannya. Ianya merupakan aspek penting yang dilaksanakan secara bersama dalam mencapai sesuatu objektif dalam organisasi walau bagaimanapun ianya juga mempunyai sedikit perbezaan seperti berikut:

Kepimpinan dan Pengurusan

Page 31: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

Pemimpin• mementingkan kualiti kerja agar layanan yang diberi adalah

saksama, mempunyai fokus jangka panjang, tumpuan lebih kepada perubahan dan memberi aspirasi serta memotivasikan orang lain untuk menyelesaikan masalah mereka

Pengurus • Pengurus pula mementingkan kepada melakukan sesuatu perkara

dilakukan dengan betul, punyai fokus jangka pendek, mengekalkan status quo, bertindak menyelesaikan masalah orang lain.

Kepimpinan dan Pengurusan

Page 32: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

• Wujudkan kecenderungan terhadap kecepatan dan tindakan  • Sedia berinovatif atau mengalami kepupusan  • Runtuhkan segala halangan

• Menggunakan semua sumber tenaga kerja anda, segala kemahiran mereka, segala masa yang mereka ada untuk keberkesanan organisasi.

 • Wujudkan perspektif dan asas pengetahuan (Budaya ilmu) •  

Peranan Pemimpin

Page 33: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

• Wujudkan Organisasi Pembelajaran yang berteraskan rohani dan jasmani

 • Bertindak Proaktif

• Mengurus perubahan  • Membuat tinjauan dan pemantauan berterusan

• Merujuk kepada mesyuarat atau perbincangan

Peranan Pemimpin

Page 34: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

Bahagian G

Perancangan

Page 35: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

• Perancangan adalah merupakan salah satu komponen penting

dalam aktiviti pengurusan.

• Ianya boleh dilihat sebagai satu aktiviti penetapan matlamat dan

objektif yang dirangka secara tersusun dan sistematik.

• Kesemua aspek dalam perancangan dirangka secara terperinci dan

ianya sering dikaitkan dengan masa.

• Perancangan yang baik dan berkesan adalah perancangan yang

tidak bermasalah dan mudah untuk dilaksanakan.

Definisi Perancangan

Page 36: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

• Perancangan boleh dikategorikan kepada beberapa bahagian iaitu:

 a) Perancangan Strategik  • Perancangan jenis ini dirangka bagi memenuhi objektif

organisasi dalam konteks yang lebih luas. Ianya merangkumi kepada pelan tindakan dan aktiviti yang menjurus kepada kepentingan kewujudan organisasi tersebut. Ianya juga dikenali “Master plan”

Perancangan Strategik

Page 37: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

 

Perancangan Operasi terbahagi kepada :

Perancangan Berfungsi  

• Perancangan jenis ini diklasifikasikan sebagai perancangan yang dibuat untuk mencapai sesuatu maksud dan tujuan untuk dicapai.

• Perancangan jenis bersifat bertindan dan ianya berkaitan antara rancangan-rancangan lain yang telah sedia ada.

Perancangan Operasi

Page 38: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

Perancangan Jangka Panjang dan Jangka Pendek  • Perancangan ini diklasifikasikan sebagai rancangan yang

melibatkan tempoh masa. • Tempoh masa yang ditetapkan ditentukan oleh perancang

berdasarkan objektif ingin yang dicapai. • Tiada tempoh masa yang spesifik ianya boleh jadi satu tahun atau

pun kurang.• Jika perancangan itu ditetapkan untuk dicapai dalam tempoh kurang

dari satu tahun ianya diklasifikasikan sebagai Perancangan jangka pendek dan begitulah sebaliknya bagi Perancangan Jangka Panjang.

 

Perancangan Strategik

Page 39: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

Dalam merangka satu perancangan yang baik ianya memerlukan anda mengambil kira semua aspek yang berkaitan dan juga aspek luar jangka.Anda perlu memastikan perancangan yang anda buat ini dirangka dengan betul dan berkesan bagi memastikan Berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda gunakan dalam merangka sesuatu perancangan: • Memikirkan idea yang baik  • Memilih idea yang terbaik  • Mengenal pasti sumber yang boleh menyumbangkan kepada idea

anda  

Langkah-langkah dalam Melaksanakan Perancangan

Page 40: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

• Menjalankan kajian yang terperinci dan mengumpul maklumat

penting.

• Menyemak semula semua idea dan pelan alternatif yang ada dan

boleh diguna pakai

• Mencari dan memilih kaedah yang terbaik untuk memulakan

tindakan perancangan

• Menentukan tempoh masa yang perlu dicapai. 

• Kenal pasti masalah yang bakal dihadapi terlebih dahulu.

• Menentukan struktur organisasi.

Langkah-langkah dalam Melaksanakan Perancangan

Page 41: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

• Menyediakan garis panduan yang boleh diguna pakai sebagai contoh

ketika ingin membuat sebarang keputusan penting panduan ini boleh

digunakan

• Memikirkan kaedah pemantauan dan pengawalan yang terbaik

• Memastikan rancangan ini bertulis (Blueprint) dan sebaiknya dibukukan

untuk panduan mereka yang terlibat

• Melaksanakan rancangan ini

• Pastikan anda menilai akan keberkesanan setiap perancangan yang

dibuat bagi membantu memberikan gambaran keberkesanan dan

permasalahan yang dihadapi untuk tujuan pembaikan dan rujukan di

masa hadapan.

Langkah-langkah dalam Melaksanakan Perancangan

Page 42: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

• Membantu memberikan hala tuju kepada mereka yang terlibat

• Membantu organisasi menentukan masa hadapannya  • Membantu organisasi dalam pemantauan dan

pengawalan  • Membantu menjadikan organisasi berjaya aspek

pengurusannya

Faedah Perancangan

Page 43: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

Bahagian H

Pengawalan dan Penilaian

Page 44: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

Pengawalan

• Pengawalan adalah salah satu aktiviti penting dalam pengurusan dan ianya wujud hasil dari keperluan yang telah ditetapkan dalam setiap perancangan.

• Sebagai pengurus anda perlu memastikan semua tugasan yang telah diamanahkan telah dilaksanakan dengan baik.

• Aktiviti pengawalan ini perlu dilihat sebagai usaha yang positif dan bukannya bermaksud untuk menghukum, mencari kesalahan ataupun sebaliknya tetapi aktiviti ini perlu dilihat sebagai satu pendekatan yang membina dan korektif bai tujuan mencapai objektif sebuah organisasi.

Page 45: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

• Membantu untuk pencapaian objektif dalam tempoh masa yang telah ditetapkan secara efektif dan efisien

 • Mengurangkan risiko berhadapan dengan masalah yang

rumit.  • Membantu bertindak jika berlaku sebarang kesilapan

ataupun aktiviti pengurusan yang lembap.

Faedah Pengawalan

Page 46: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

 Dalam aktiviti ini pula dua peringkat pemantauan dan pemeriksaan perlu dilakukan iaitu: 

Mengukur atau Menilai Prestasi • Kaedah yang boleh digunakan mengukur prestasi terdiri dari

kaedah seperti kaedah kualitatif, kuantitatif ataupun gabungan kedua-kedua kaedah ini.

• Mengukur jumlah perlawanan antarabangsa yang disertai dan menepati standard dikategorikan sebagai Kuantitatif manakala mengukur keupayaan pemain junior menyesuaikan diri dengan pasukan atau permainan dikategorikan sebagai kualitatif.

• Contoh bagi kaedah gabungan pula prestasi seorang pengurus diukur pula berdasarkan prestasinya menguruskan kewangan dengan berkesan dan tanduk-tanduknya dalam menaikkan prestasi atlet melalui pengurusan kewangannya yang berkesan.

Pemantauan dan Pemeriksaan

Page 47: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

 • Perbandingan yang dilakukan ini perlu

memenuhi keperluan standard yang telah ditetapkan adakah ianya gagal dipenuhi atau menjangkau lebih dari yang telah ditetapkan.

Membandingkan Prestasi dengan Standard yang telah Ditetapkan

Page 48: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

• Tindakan pembetulan ini hanya dijalankan jika standard yang diinginkan tidak tercapai.

• Sesuatu tindakan yang diambil perlu dianalisis di mana berlaku kepincangannya, mencari punca ataupun mungkin standard yang telah ditetapkan sukar dicapai atau tidak realistik.

Tindakan Pembetulan

Page 49: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

Bahagian I

Komunikasi

Page 50: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

• Proses menyampaikan maklumat atau pendapat kepada individu atau kumpulan yang melibatkan pertukaran mesej dengan tujuan mencapai maksud yang sama.

• Komunikasi melibatkan minimum dua individu, satu pihak yang menghantar mesej dari satu pihak lagi menjadi penerima mesej tersebut.

• Dalam komunikasi yang efektif, mesej tersebut perlu memberi makna yang sama kepada penghantar dan penerima.

Definisi Komunikasi

Page 51: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

Komunikasi boleh dilihat sebagai suatu proses yang melibatkan tujuh elemen penting seperti berikut (Lihat Rajah Komunikasi): a) Penghantar atau Penyampai Merupakan Individu yang

Memulakan Komunikasi Tersebut

b) Menterjemah (Enkod) Sebelum mesej dihantar, penghantar akan menterjemah maksud kepada perkataan dan gerak anggota adalah takluk kepada faktor kemahiran mengkod, penilaian kemahiran mengkod, penilaian kebolehan penerima untuk memahami simbol yang digunakan, dan judgment tentang kepatuhan simbol tersebut, pengalaman lepas, status, pendidikan dan keadaan emosi ketika komunikasi dimulakan.

Proses Komunikasi

Page 52: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

c) Mesej Mesej mempunyai simbol lisan dan bukan lisan yang digunakan untuk menyampaikan maksud kepada penerima. Mesej boleh dihantar melalui pelbagai medium, yang pentingnya ialah pemilihan medium yang bersesuaian untuk tujuan komunikasi

d) Penerima. Individu yang Ditujukan Sesuatu Mesej  e) Dekod Setelah menerima mesej, penerima akan mentafsir simbol yang digunakan untuk memahami maksud penghantar mesej tersebut. Komunikasi efektif berlaku apabila penerima dan penghantar mesej mempunyai kefahaman yang sama daripada mesej. Perselisihan faham berlaku apabila maksud penghantar disalahtafsirkan oleh penerima. •  

Proses Komunikasi

Page 53: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

f) Gangguan • Gangguan adalah sebarang faktor dalam proses komunikasi yang

mengganggu pertukaran mesej dan pencapaian maksud bersama.• Gangguan berlaku di mana-mana dalam proses tersebut, contohnya

gangguan semasa mengkod mesej, statik dalam talian telefon, keletihan, dan simbol yang digunakan.

 h) Maklum Balas • Maklum balas ialah respon penerima terhadap mesej yang telah

ditafsirkan. • la melibatkan pembalikan proses komunikasi di mana penerima menjadi

penghantar dan menghantar mesej atau maklum balas kepada penghantar yang kini menjadi penerima.

• Maklum balas amat penting bagi membantu pengurus mentafsirkan keberkesanan komunikasi mereka.

Proses Komunikasi

Page 54: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

Bahagian J

Pengurusan Stor

Page 55: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

• Stor pendidikan jasmani merupakan bilik yang digunakan untuk

menyimpan barang-barang pendidikan jasmani.

• Stor yang di susun kemas dan teratur akan menyenangkan guru

pendidikan jasmani untuk menyimpan dan mengeluarkan peralatan

pendidikan jasmani.

• Barangan pendidikan jasmani kerap digunakan atau dikeluarkan

untuk proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani.

• Oleh itu Penyelenggaraan sebuah stor pendidikan jasmani

memerlukan kerjasama dari semua pihak termasuk pentadbir, guru-

guru dan murid-murid.

Definisi Pengurusan Stor

Page 56: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

Biasanya ketua panitia bertanggungjawab untuk menyelia stor pendidikan jasmani.

Guru penyelia stor bertanggungjawab perlulah menyediakan buku stok bagi alatan stor dengan kemas kini.

Guru penyelia stor bertanggungjawab menerima dan membeli peralatan baru.

Buku catatan barang keluar masuk perlu di sediakan bagi merekodkan pergerakan alatan.

Guru penyelia stor bertanggungjawab membuat pemeriksaan stok sekurang-kurangnya sekali setahun.

Peraturan stor sukan perlulah di rangka dan dilaksanakan.

Ciri-ciri Pengurusan Stor

Page 57: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

• Ruang untuk menyimpan peralatan yang ada mestilah boleh menampung keperluan alatan di samping tidak merosakkan alatan.

• Saiz yang sesuai untuk stor pendidikan jasmani ialah lebih kurang 300 kaki persegi.

• Saiz stor pendidikan jasmani bergantung kepada tiga perkara jenis dan jumlah alatan yang disimpan jenis sekolah dan saiz sekolah.

Keperluan Bilik Stor (Ruang)

Page 58: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

• Bagi mengoptimumkan ruang penyimpanan rak perlulah dibina di stor pendidikan jasmani.

• Rak yang di bina perlulah bersesuaian dengan saiz barang yang hendak di susun.

• Barang yang disusun hendaklah dalam kedudukan teratur dan senang di capai.

• Ini bertujuan untuk menyenangkan proses menyimpan dan mengambil barang.

Keperluan Bilik Stor (Rak)

Page 59: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

• Lokasi yang sesuai bagi stor pendidikan jasmani ialah di bangunan yang berhampiran dengan padang.

• Ini bertujuan bagi mengelakkan masa terbuang dalam proses menyimpan dan mengambi barang.

• Kita juga perlu memastikan lokasi stor sukan tidak terpencil sehingga memudahkan pencuri memecah masuk stor pendidikan jasmani.

Keperluan Bilik Stor (Lokasi)

Page 60: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

• Tingkap stor sukan sekiranya besar akan menyebabkan cahaya matahari masuk.

• Keadaan yang panas akan menyebabkan alat yang dibuat dari kain yang di tenun, alat-alat kulit dan alat-alat yang tahan panas akan rosak.

Keperluan Bilik Stor (Tingkap)

Page 61: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

• Siling biasa bagi bangunan antara 8 hingga 12 kaki, ketinggian siling bergantung kepada alatan yang hendak kita simpan.

• Sekiranya kita hendak menyimpan galah panjang, tinggi stor perlulah mempunyai ketinggian yang sesuai.

Keperluan Bilik Stor (Siling)

Page 62: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

• Peredaran udara perlu bagi memastikan barang yang tahan lama dan mengelak bau yang tidak menyenangkan dalam stor pendidikan jasmani.

• Tingkat kecil atau ruang udara perlu di sediakan di bilik stor pendidikan jasmani bagi membenarkan pengaliran udara.

Keperluan Bilik Stor (Peredaran Udara)

Page 63: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

• Saiz pintu stor sukan bergantung jenis barang yang hendak disimpan.

• Contohnya jika kita ingin menyimpan alat yang lebar dan tinggi seperti tilam lompat tinggi, pintu stor pendidikan jasmani perlulah lebar dan tinggi.

• Pintu yang tidak sesuai mungkin menyebabkan kerosakan kepada alat-alat dan juga boleh mencederakan murid.

• Pintu perlu di lengkapi dengan alatan keselamatan dan dibina dengan kukuh supaya barang pendidikan jasmani boleh di kawal dan mengelak stor dari di cerobohi dengan mudah

Keperluan Bilik Stor (Tingkap)

Page 64: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

• Bangunan yang ditempatkan stor sukan kukuh untuk mengelak di cerobohi.

• Susun alat berdasarkan keselamatan contohnya alat yang berat perlulah di susun di bahagian bawah rak simpanan.

• Alatan yang tajam perlulah di susun secara menegak dengan bahagian yang tajam menghala ke bawah.

 • Memastikan alatan yang di buat dari logam seperti lembing dan lain-

lain dalam keadaan kering sebelum di simpan bagi mengelak karat. • Memastikan tiada alat yang bersepah di lantai bagi menggelakkan

kita terpijak yang boleh menyebabkan kecederaan kepada kita. 

Keselamatan Bilik Stor

Page 65: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

• Memastikan stor pendidikan jasmani tidak sesak ketika mengambil dan memulangkan alatan. Gunakan sistem membenarkan pelajar tertentu sahaja yang mengambil barang dan pelajar yang lain tunggu di luar.

• Memastikan alatan yang di buat dari kayu seperti kayu hoki dan lain-lain dalam keadaan kering sebelum di simpan bagi mengelak reput.

• Peraturan mengambil barang dan memulangkan barang perlulah di perkenalkan dan di kuat kuasa.

• Memastikan stor sentiasa kemas dan teratur

• Menyediakan alatan seperti kereta sorong bagi memudahkan pemindahan barang secara pukal.

Keselamatan Bilik Stor

Page 66: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

• Penyalahgunaan alatan pendidikan jasmani adalah penyebab utama alatan pendidikan jasmani mudah rosak.

• Memandang keadaan di sekolah sekarang kurang guru pendidikan jasmani, kebanyakan guru-guru yang mengajar pendidikan jasmani bukan lulusan pendidikan jasmani.

• Sebagai ketua panitia kita perlu memberi penerangan tentang penyalah gunaan alatan oleh pelajar yang akan menyebabkan barang-barang pendidikan jasmani rosak.

Penjagaan Peralatan

Page 67: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

Antara penyalahgunaannya ialah:

Duduk di atas bola

Menyepak bola yang bukan bola sepak seperti bola

tampar, bola jaring dan lain-lain

Mengetuk-getuk alatan seperti kayu hoki, baton dan

lain-lain.

Mengheret barang-barang yang di buat dari kanvas

atau kain atau material yang lembut contohnya tilam

lompat tinggi dan lain-lain.

Penjagaaan Peralatan

Page 68: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

Rujukan

Page 69: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

Rujukan

• Charles A. Bucher. (2002). Management of Physical Education and Sports. McGraw

Hill. New York

• Covell et. al. (2003). Managing Sports Oragnization:Responsibilty for Performance.

Thomsom South Western. Canada 

• Trevor Slack. (1997). Undertanding Organization: Aopplication of Organization Theory.

Human Kinetic. USA

• Richard F. Mull et. al. (1997). Recreational Sports Management. Human Kinetics. USA

• John R.Olson. (1997). Facility and Equipnment Management for Sports Directors.

Human Kinetics. Illinios

• Ruben Acosta Hernandez. (2002). Managing Sports Organization. Human Kinetics.

USA

• Judith E. Rink (2002). Teaching Physical education for Learning. Mc Graw Hill. New

York

Page 70: Tajuk 3 Pengurusan Pj Dan Sukan Tutorial

Terima kasih