tajuk 1 final

6
FHY, MNI & MK IPG KPT 1 Tajuk 1 TEKNOLOGI PENGAJARAN Sinopsis Tajuk ini merangkumi dua topik utama itu konsep dan peranan teknologi pengajaran. Kefahaman tentang konsep teknologi pengajaran dengan jelas merupakan satu keperluan sebelum seseorang guru menerapkan konsep tersebut dalam pengajarannya. Sehubungan dengan itu, penerangan tentang teknologi dan pengajaran merupakan prasyarat untuk memahami konsep teknologi pengajaran. Semoga para guru dapat menghayati peranan dan kepentingan teknologi pengajaran untuk membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. Menjelaskan konsep teknologi pengajaran. 2. Menghuraikan peranan teknologi pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini 1.1 Konsep Teknologi Pengajaran Perkataan teknologi berasal daripada bahasa Yunani, “techne” yang bermakna kemahiran konsep menggunakan teknologi secara sistematik. Namun, teknologi bukanlah semata-mata alat dan mesin sahaja tetapi meliputi skop yang lebih TEKNOLOGI PENGAJARAN Konsep Teknologi Pengajaran Peranan Teknologi Pengajaran

Upload: azmiaina

Post on 11-Nov-2015

219 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

  • FHY, MNI & MK IPG KPT

    1

    Tajuk 1 TEKNOLOGI PENGAJARAN

    Sinopsis

    Tajuk ini merangkumi dua topik utama itu konsep dan peranan teknologi pengajaran.

    Kefahaman tentang konsep teknologi pengajaran dengan jelas merupakan satu

    keperluan sebelum seseorang guru menerapkan konsep tersebut dalam pengajarannya.

    Sehubungan dengan itu, penerangan tentang teknologi dan pengajaran merupakan

    prasyarat untuk memahami konsep teknologi pengajaran. Semoga para guru dapat

    menghayati peranan dan kepentingan teknologi pengajaran untuk membantu guru

    dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    Hasil Pembelajaran

    Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. Menjelaskan konsep teknologi pengajaran.

    2. Menghuraikan peranan teknologi pengajaran dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran.

    Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

    1.1 Konsep Teknologi Pengajaran

    Perkataan teknologi berasal daripada bahasa Yunani, techne yang bermakna

    kemahiran konsep menggunakan teknologi secara sistematik. Namun, teknologi

    bukanlah semata-mata alat dan mesin sahaja tetapi meliputi skop yang lebih

    TEKNOLOGI PENGAJARAN

    Konsep Teknologi Pengajaran Peranan Teknologi Pengajaran

  • FHY, MNI & MK IPG KPT

    2

    luas. Menurut Finn (1960); Heinich, Molenda dan Rusell (1989); dan Romizowski

    (1988), teknologi mempunyai dua maksud iaitu teknologi sebagai proses dan

    teknologi sebagai produk atau bahan. Teknologi sebagai proses ialah

    penggunaan pengetahuan untuk menghasilkan tugasan pembelajaran yang

    praktikal. Manakala, teknologi sebagai produk atau bahan ialah penghasilan

    sesuatu daripada proses teknologi itu sendiri. Maka, tugas pendidik ialah

    menentukan teknologi yang sesuai untuk digunakan dalam proses pengajaran

    dan pembelajaran.

    Pendidik juga perlu memahami makna pengajaran. Moore (2002) berpendapat

    pengajaran ialah tindakan seseorang yang membantu orang lain

    mengembangkan potensi mereka ke tahap maksimum dalam semua aspek

    pembangunan diri.

    Oleh itu, teknologi pengajaran menggabungkan kedua-dua istilah teknologi dan

    pengajaran. Menurut AECT (1992), teknologi pengajaran ialah satu bidang yang

    melibatkan usaha mempermudahkan pembelajaran manusia melalui proses

    mengenal pasti secara sistematik pembangunan, organisasi dan penggunaan

    pelbagai sumber pembelajaran dan melalui pengurusan proses itu sendiri.

    Kunjungi perpustakaan untuk mencari rujukan mengenai perbezaan Teknologi Pengajaran dan Teknologi Pendidikan

    1.2 Peranan Teknologi Pengajaran

    Tujuan teknologi pengajaran ialah untuk mengubah dan memberi kesan terhadap

    pembelajaran. Pembelajaran adalah matlamat, manakala pengajaran adalah

    cara untuk mencapai matlamat ini. Maka guru harus memahami maksud

    pembelajaran untuk mencapai matlamat yang dituju.

    Menurut AECT (1997), peranan teknologi pengajaran merangkumi tiga aspek:

    mengubah peringkat membuat keputusan, mengubah sistem atau pendekatan

    pengajaran dan mengubah pengalaman pembelajaran. Penerangan bagi setiap

    aspek adalah seperti berikut :

  • FHY, MNI & MK IPG KPT

    3

    Mengubah Peringkat Membuat Keputusan

    Teknologi pengajaran memerlukan keputusan di pelbagai peringkat

    seperti peringkat penetuan kurikulum, peringkat perancangan kurikulum

    dan peringkat pelaksanaan kurikulum. Secara traditional, teknologi

    pengajaran dilaksanakan semasa kurikulum dilaksanakan, bukan semasa

    peringkat penentuan atau perancangan kurikulum seperti Rajah 1.1 di

    bawah.

    Rajah 1.1 Media yang dirancang pada peringkat pelaksanaan kurikulum (Sumber: Yusuf Hashim dan Razmah Man; 2006)

    Pendekatan traditional ini memberi impak negatif iaitu menyebabkan guru

    menggunakan media sesuka hati tanpa menggunakan pendekatan yang

    sistematik.Teknologi pengajaran adalah sama pentingnya dengan

    kurikulum. Oleh itu, ia perlu ditentukan semasa peringkat perancangan

    kurikulum melalui perbicangan di antara perancang kurikulum dengan

    pereka teknologi pengajaran seperti yang ditunjukkan dalam rajah di

    bawah.

    Rajah 1.2 Media yang dirancang pada peringkat perancangan kurikulum (Sumber: Yusuf Hashim dan Razmah Man; 2006)

    Penentuan Kurikulum

    Perancangan Kurikulum

    Pelaksanaan Kurikulum Teknologi Pengajaran

    Penentuan Kurikulum

    Perancangan Kurikulum

    Pelaksanaan Kurikulum

    Teknologi Pengajaran

  • FHY, MNI & MK IPG KPT

    4

    Mengubah Sistem atau Pendekatan Pengajaran

    Teknologi pengajaran boleh mengubah sistem atau pendekatan

    pengajaran seseorang guru. Teknologi pengajaran boleh menukar sistem

    pengajaran tradisional yang menggunakan pendekatan bersemuka (face

    to face) kepada mod pengajaran yang lain. Sebagai contoh, guru boleh

    menjalankan pengajaran menggunakan pendekatan pembelajaran dalam

    talian seperti menggunakan Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning

    Management System), blog dan laman web pendidikan. Oleh tu, guru

    perlu merancang penggunakan pendekatan tertentu dengan menentukan

    strategi, kaedah serta teknik pengajaran yang sesuai digunakan.

    Mengubah Pengalaman Pembelajaran

    Teknologi pengajaran dapat mengubah pengalaman pembelajaran.

    Terdapat empat pola pengajaran yang dapat mengubah pengalaman

    pembelajaran seseorang iaitu:

    1. Guru dengan pelajar

    Pola pengajaran guru dan pelajar juga dikenali sebagai kaedah

    pengajaran traditional iaitu kaedah penyampaian guru yang hanya

    menggunakan kapur dan tutur (chalk and talk). Kaedah pengajaran ini

    meletakkan guru sebagai sumber utama yang menyalurkan maklumat

    kepada murid. Ini bermakna, media tidak digunakan dalam

    pengajaran guru.

    2. Guru dengan media

    Pola pengajaran guru dengan media pula merupakan kaedah

    pengajaran yang masih berpusatkan guru tetapi guru boleh membuat

    keputusan sama ada menggunakan media dalam pengajarannya

    atau tidak.

  • FHY, MNI & MK IPG KPT

    5

    3. Guru dengan sistem pengajaran dan media

    Pola pengajaran guru dengan sistem pengajaran dan media

    merupakan kaedah pengajaran yang masih berpusatkan guru, di

    mana penggunaan media diintegrasikan dalam kurikulum. Maka

    penggunaaan media mesti dirancang secara sistematik. Terdapat

    beberapa model pengajaran yang boleh dijadikan garis panduan

    untuk menggunakan media dalam pengajaran seperti model ASSURE

    (Heinich, Molendan dan Rusell, 1982).

    4. Media pengajaran tanpa guru.

    Pola pengajaran media pengajaran tanpa guru ialah kaedah

    pengajaran di mana media mengambil alih tugas guru. Peranan guru

    berubah daripada sumber maklumat utama kepada fasilitator atau

    pemudahcara. Pendekatan ini berpusatkan pelajar di mana media

    boleh digunakan oleh murid tanpa bantuan guru. Contoh media yang

    digunakan ialah Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan

    Komputer (PBBK).

    Rehat seketika dan buat renungan:

    Fikirkan bagaimana seorang guru menerapkan pola pengajaran media penagajaran tanpa guru dalam pengajarannya.

    1.3 Rumusan

    Perkembangan teknologi pengajaran memberi impak kepada kurikulum serta

    pengajaran guru. Maka, guru perlu menyusun semula pengajarannya untuk

    menyesuaikan dengan kemunculan teknologi pengajaran yang baharu. Ini untuk

    memastikan guru dapat menentukan kandungan yang terbaik untuk diajar kepada

    murid supaya dapat melahirkan generasi yang berilmu dan berguna kepada

    negara.

  • FHY, MNI & MK IPG KPT

    6

    TUGASAN TERARAH Sejauhmanakah pada pandangan anda peranan teknologi pengajaran

    mampu meninggalkan impak pengajaran guru ke atas murid-murid.

    Bincangkan.

    RUJUKAN

    Yusuf Hashim dan Razmah Man (2006). Teknologi Instruktional: Teori dan

    Aplikasi. Randys Entreprise: Tanjong Malim.