tajuk 1 bm
TRANSCRIPT
TAJUK 1
A) PENGERTIAN DAN KONSEP -PENTAKSIRAN -PENGUJIAN -PENILAIAN
B) PERKAITAN ANTARA PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN
Disediakan Oleh:AMIR FARID B. KHAIRUDDIN
Apakah itu pentaksiran ?
Apakah itu pengujian ?
Apakah itu Penilaian ?
Apakah perkaitan antara ketiga item tersebut?
a) Pengertian dan Konsep -Pentaksiran -Pengujian -Penilaian
1) Pentaksiran
Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran, merangkumi
aktiviti menghurai, mengumpul, merekod,
memberi skor dan menterjemah maklumat
tentang pembelajaran (LPM, 2000).
Pentaksiran adalah suatu proses yang meliputi
pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu
ciri atau atribut yang diperolehi seseorang
individu.
Pengertian Dari Tokoh
Pentaksiran boleh didefinisikan sebagai proses pengumpulan datadengan tujuan
untuk mengenal pasti dan mengesan
masalah pelajar serta untukmembuat
keputusan.(Salvia danYseldyke,
1978)
Pentaksiran adalah proses
pengumpulandan penterjemahan secara
saintifik tentang sesuatu maklumat
yang luas berdasarkankeputusan intervensi dan apabila bersesuaian keputusan
ditempatkan dan cadanganpenempatan.
(Gearheart, 1990)
Pentaksiran dari segi definisipula adalah merupakan proses
pengumpulan, menterjemah,
merekod, danmenggunakan
maklumat mengenai respon pelajar kepada tugas pendidikan.
(David Lambert dan David Lines, 2000)
i. Proses – langkah/tindakan/operasi yang
digunakan untuk mendapatkan hasil
yang dikehendaki.
ii. Maklumat – bukti tentang prestasi
pelajar dalam sesuatu perkara yang
ditaksir.
iii. Penghakiman – proses pertimbangan
tentang pencapaian pendidikan
pelajar.
iv. Produk – pengetahuan, kemahiran &
nilai yang pelajar peroleh setelah
melalui proses
Pentaksiran merupakan satu proses
mendapatkan maklumat seterusnya membuat
penghakiman dan
pertimbangan tentang produk
sesuatu pendidikan.
2) Pengujian
UJIAN Ujian bermaksud alat atau bahan yang tertulis, tercetak
atau terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji kemahiran bahasa.
Contoh-Ujian Kloz untuk menguji kefahaman kemahiran membaca (isi tempat kosong)
-Ujian Imlak untuk menguji kemahiran mendengar ( menyalin semula perkataan yang didengar)
Ringkasnya, ujian merujuk kepada alat yang digunakan untuk mengukur penguasaan pelajar dalam sesuatu perkara.
PENGUJIAN Pengujian merupakan satu prosedur yang sistematik bagi
mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang pelajar dengan menggunakan satu set instrumen.
Menurut Cronbach, 1970, menyatakan ujian ialah satu prosedur sistematik untuk memerhati tingkah laku seseorang individu dan mengelaskannya dengan satu sistem yang berkategori. Contoh 80/100 , A+ , A - , B+ , B-
Maklumat yang diperolehi daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan.
Jenis pengujian
Ujian
penca
paian
Ujian
kemah
iran
Ujian
bakat
Ujian Pencapaian - Tujuan untuk mengukur dan menilai, setakat manakah pelajar-pelajar telah menguasai bahan atau perkara-perkara yang diajarkan di bawah satu-satu tajuk tertentu
Ujian Bakat- Ujian yang dibentuk untuk mengukur prestasi yang mungkin dicapai oleh pelajar di dalam bahasa itu.
Ujian Kemahiran- Untuk menentukan sejauh mana kemahiran bahasa seseorang pelajar dan bagaimana dia menggunakan kemahiran ini untuk menghadapi sesuatu tugas tertentu seperti pelajaran lain atau bidang-bidang tertentu.
3) Penilaian
Penilaian adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang akan
digunakan untuk membuat
pertimbangan yang seterusnya digunakan
dalam membuat keputusan.
Terry D. TenBrink
Penilaian Dalam Pendidikan
Satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai.
Satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif.
Pentafsiran penilaian berdasarkan data kuantitatif dan penghuraian kualitatif.
Boleh dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru.
Ia boleh dijalankan berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau kepada keseluruhan kurikulum.
Jenis-Jenis Penilaian
Penilaian
Formatif
•Penilaian dijalankan secara terus dalam proses pengajaran dan pembelajaran.•Guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
Penilaian
Sumatif
•Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir semester atau tahun. •Seringkali digunakan untuk membuat pemilihan/ pengredan.
b) Perkaitan antara Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
Perkaitan
1) PENGUJIAN : lakukan pengujian untuk dapatkan maklumat / data .
2) PENGUKURAN / PENTAKSIRAN : melalui data yang dikumpul daripada ujian yang dilakukan , pengukuran dan pentaksiran dibuat bagi memberikan gred dan markah .
3) PENILAIAN : hasil daripada gred dan markah yang diperolehi , penilaian dibuat sama ada hasil atau objektif tercapai atau tidak dan tindakan susulan dibuat.
RUMUSAN
PENTAKSIRAN , PENGUJIAN DAN PENILAIAN ADALAH BERLAINAN DAN SALING MEMPENGARUHI ANTARA SATU SAMA LAIN .
TERIMA KASIH