bm k1(1)-2014-1

18
SULIT 011 Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga jawapan pilihan A, B, dan C atau empat jawapan pilihan A, B, C, dan D. Antaranya, ada satu jawapan saja yang betul. Pilih jawapan itu. Soalan 1 hingga 19 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini dengan jawapan yang paling sesuai. Soalan 1 berdasarkan Gambar 1 Gambar 1 1. Mereka kagum melihat kemahiran Puan Aina _________ batik. A mengecap B mencanting C melorek D melakar 2. Papan itu dikerat _________ bongkah kayu. A berpandukan B berlandaskan C berasaskan D berlapiskan 011 SULIT NJM310766 1

Upload: njehanmus-must

Post on 08-Dec-2015

260 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Education

TRANSCRIPT

Page 1: BM k1(1)-2014-1

SULIT 011

Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga jawapan pilihan A, B, dan C atau empat jawapan pilihan A, B, C, dan D. Antaranya, ada satu jawapan saja yang betul. Pilih jawapan itu.

Soalan 1 hingga 19Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1

1. Mereka kagum melihat kemahiran Puan Aina _________ batik.A mengecapB mencantingC melorekD melakar

2. Papan itu dikerat _________ bongkah kayu.A berpandukan B berlandaskan C berasaskanD berlapiskan

3. Sesiapa saja yang melanggar undang-undang negara ini boleh __________ di mahkamah.

A didakwa B disoal

011 SULITNJM310766

1

Page 2: BM k1(1)-2014-1

SULIT 011

C ditahanD dibawa

4. Kerani pejabat pos itu meminta orang ramai beratur. _________ mengatakan bahawa hal itu bertujuan bagi memudahkan orang ramai berurusan dengan ____________.A Beliau...dia B Dia...mereka C Dia...kalianD Mereka...dia

Soalan 5 berdasarkan Gambar 2

Gambar 2

5. Kami makan tiga ____________ daripada se_______ durian yang sudah dikopek itu.

A ulas...buahB butir...bijiC ulas...pangsaD biji...pangsa

Soalan 6 berdasarkan Gambar 3

011 SULITNJM310766

2

Page 3: BM k1(1)-2014-1

SULIT 011

Gambar 3

6. Pak Alang bersama dengan sekumpulan penduduk __________ semak samun untuk membersihkan kawasan perumahan.A menebasB mencabutC menebangD memangkas

7. Puan Neela mengambil ___________ kain untuk membalut luka pada tangannya.

A selembar B secubit C sehelaiD secarik

Soalan 8 berdasarkan Gambar 4

Gambar 4

8. Sikap Daud yang suka _______________ ketuanya tidak disenangi oleh rakan-rakan sepejabatnya yang lain.

A merayu

011 SULITNJM310766

3

Page 4: BM k1(1)-2014-1

SULIT 011

B mengikutC mengampuD memanjakan

9. Pasukan keselamatan terpaksa menggunakan _______________ untuk menghalang kegiatan penyeludupan itu.

A kezalimanB kekerasanC kegarangan

10. Beberapa orang ______________ telah diundang untuk menyampaikan ceramah dalam seminar pendidikan itu.

A biduanB seniwatiC peragawanD cendekiawan

Soalan 11 berdasarkan Gambar 5

11. Penjenayah itu dibawa keluar dari lokap polis _______________ tangannya

bergari.

A tetapiB keranaC sambilD sebelum

12. Se____________ rumah setinggan hangus dalam kebakaran malam semalam.

011 SULITNJM310766

4

Gambar 5

Page 5: BM k1(1)-2014-1

SULIT 011

A. deretB. kawanC. gugusD. bentuk

13. Walaupun anak-anak Puan Faridah sudah _______________, namun mereka masih bersikap kebudak-budakan.

A. besar hatiB. besar perutC. besar kepalaD. besar panjang

Soalan 14 berdasarkan Gambar 6

14. Hamdan ________________ apabila mendapat tahu bahawa dia ditipu oleh rakannya.

A pucatB berangC gelisahD kecewa

15. Mak Timah sanggup menggadaikan _____________ tanahnya semata-mata kerana mahu melihat anaknya menggenggam se___________ ijazah.

A segenggam…segelungB sebidang…segulungC segumpal…sehelai

16. Nabila _________ datuknya yang uzur itu bubur nasi.

011 SULITNJM310766

5

Gambar 6

Page 6: BM k1(1)-2014-1

SULIT 011

A menyuapkan B menyuapi C disuapkan D disuapi

17. Puan Ani menggantungkan potret keluarganya ________________dinding

rumah.A keB padaC kepadaD terhadap

Soalan 18 berdasarkan Gambar 7

Gambar 7

18. Muka Mawi _________kerana dia terjatuh ke dalam petak sawah yang berlumpur itu.

A compang-camping B serbah-serbih C comot-momot D serbih-serbah

Soalan 19 berdasarkan Gambar 8

011 SULITNJM310766

6

Page 7: BM k1(1)-2014-1

SULIT 011

Gambar 8

19. Simpulan bahasa yang paling sesuai bagi menggambarkan sikap budak lelaki tersebut ialah...

A kutu embun. B lepas laku.

C keras kepala. D kepalang ajar.

Soalan 20 Pilih peribahasa yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam ayat di bawah ini.

20. Seluruh anggota peserta ekspedisi yang terperangkap di puncak Gunung Mulu itu _________ .A bagai menghitung bulu kambingB bagai perian pecahC bagai pucik pisang didiangD bagai ayam disambar helang

Soalan 21 Pilih kata yang seerti bagi kata yang bergaris.

21. Makanan yang terhidang itu belum dijamahnya.A dimakanB disentuhC ditempuhD dirasa

22. Tidak lama selepas perlawanan itu tamat, hujan pun turun mencurah dari langit.

A meluruB menitisC mencucurD mendaki

Soalan 23Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan yang bergaris dengan betul.

23. I. Pak Mat meraut hujung kayu itu sehingga runcing.II. Masalah itu bertambah runcing apabila kedua-dua belah pihak tidak mahu

011 SULITNJM310766

7

Page 8: BM k1(1)-2014-1

SULIT 011

mengalah.III. Fikiranku runcing apabila memikirkan nasib diriku yang malang.IV. Pemandu kenderaan dinasihati berhati-hati ketika melalui selekoh yang

runcing itu.

A I dan II sahajaB II dan III sahajaC I, II, dan III sahajaD I, III dan IV sahaja

Soalan 24 hingga Soalan 25 berdasarkan Gambar 7

Gambar 7

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

24. “Sebenarnya, ayah saya tidak mempunyai wang untuk menjelaskan yuran sekolah, cikgu” kata Chandran kepada Cikgu Mahfuz.

A Chandran membenarkan Ckgu Mahfuz menyoalnya berhubung pembayaran yuran sekolah.

B Chandran benar-benar sedih apabila Cikgu Mahfuz bertanya tentang pembayaran yuran sekolah.

C Chandran melaporkan kepada Cikgu Mahfuz bahawa ayahnya masih belum menjelaskan yuran sekolah.

D Chandran menerangkan bahawa ayahnya tidak mampu untuk menjelaskan yuran sekolah kepada Cikgu Mahfuz.

25. Chandran berasa malu kerana semua murid di kelasnya telahmenjelaskan yuran sekolah kecuali dirinya.

A Semua murid di kelas Chandran berasa malu kerana hanya Chandranseorang sahaja yang belum menjelaskan yuran sekolah.

B Kecuali dirinya, Chandran berasa malu kerana semua murid dikelasnya telah menjelaskan yuran sekolah.

C Chandran berasa malu kerana hanya dia seorang sahaja di dalamkelasnya yang masih belum membayar yuran sekolah.

011 SULITNJM310766

8

Page 9: BM k1(1)-2014-1

SULIT 011

Soalan 26Pilih ayat yang betul.

26. A Ah, kemas sungguh dandanan rambut kamu!B Hai, saya tidak suka fesyen rambut begini!C Cis, pandainya kamu mendandan rambut!D Eh, kamu pakai rambut palsu rupa-rupanya!

Soalan 27Pilih soalan yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.

27 Dia menangis teresak-esak sambil menekup mukanya.

A Apakah yang menyebabkannya menangis teresak-esak?B Mengapakah dia menangis sambil menekup mukanya?C Bagaimanakah keadaannya apabila mendengar berita itu?D Benarkah dia menangis teresak-esak apabila mendengar berita itu?

Soalan 28 dan Soalan 30Pilih ayat-ayat yang betul.

28. I Encik Johar sekeluarga diundang kepada majlis itu.II Tan Meng gemarkan masakan yang pedas-pedas.III Ayah Ruhil pandai membaiki peralatan elektrik.IV Setiap kali musim hujan, kampung saya akan dinaiki air.

A I dan III sahaja B III dan IV sahaja C I, III, dan IV sahaja D II, III, dan IV sahaja

29. I Mak Siti berniaga goreng pisang di tepi jalan itu.II Permainan tradisional makin hari makin dilupakan.III Semua soalan-soalan itu dijawabnya dengan tepat.IV Ghani berjaya menjuarai pertandingan badminton itu.

A I dan IV sahaja

011 SULITNJM310766

9

Page 10: BM k1(1)-2014-1

SULIT 011

B II dan IV sahaja C III dan IV sahaja D II, III, dan IV sahaja

30. I Abang membelikan selendang untuk ibu dan kakak. II Berita yang disiarkan dalam akhbar perdana itu mengejutkan kami. III Beberapa orang pelancong asing kelihatan mencuba permainan congkak. IV Tidak ke mana-manakah kalian di masa cuti sekolah nanti?

A I dan IV saja B II dan III saja C I, II, dan III saja D II, III, dan IV saja

Soalan 31 hingga Soalan 35Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yangberikutnya.

Sedang aku asyik menonton televisyen, tiba-tiba aku terdengar namaku dipanggil orang. Dalam keadaan kelam-kabut, aku membuka pintu rumah. Amir dan Chen Hock rupa-rupanya yang datang. Mereka mengajakku ke sungai di hujung kampung untuk mandi-manda. Walaupun hatiku meruntun-runtun ingin mengikut mereka, namun ajakan mereka itu terpaksa aku tolak. Ibuku berpesan agar aku menjaga rumah. Lagipun, aku lihat langit makin gelap. Tidak lama lagi tentu hujan akan turun.

Amir dan Chen Hock berlalu setelah gagal memujukku. Aku sempat mengingatkan mereka supaya berhati-hati. Di fikiranku terbayang keseronokan yang akan dikecapi oleh mereka. Mereka akan mandi-manda di sungai itu sepuas-puasnya. Amir pasti akan menunjukkan kemahirannya berenang dan menyelam. Chen Hock pula sudah tentu akan memanjat batang pokok kelapa condong di tepi sungai itu. Kemudian, dia akan terjun sambil terjerit-jerit. Tidak lama kemudian, hujan turun mencurah-curah. Aku segera menutup tingkap dan memasang lampu. Tiba-tiba aku terfikir tentang bahaya yang akan dihadapi oleh Amir dan Chen Hock. Tatkala hujan lebat begini, air sungai akan mengalir deras dan bertambah dalam. Aku hanya mampu berdoa agar Amir dan Chen Hock selamat.

Aku tersentak apabila pintu rumahku tiba-tiba diketuk orang. Aku tergopoh gapah membuka pintu. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat ayah dan beberapa orang kampung tercegat di luar rumah dalam keadaan basah kuyup. Belum pun sempat aku bertanya, ayah menyuruhku menelefon polis dan dan pasukan penyelamat. Rupa-rupanya Amir dan Chen Hock telah hanyut di sungai.

011 SULITNJM310766

10

Page 11: BM k1(1)-2014-1

SULIT 011

31. Amir dan Chen Hock datang ke rumah “aku” kerana…

A mahu menonton televisyen.B ingin mengajak “aku” ke sungaiC hendak menyampaikan pesanan ibu “aku

32. Perkara-perkara yang berikut dialami oleh “aku” pada pagi itu kecuali…

A menonton televisyen.B mendengar namanya dipanggilC mendengar pesanan ibunya.D mendengar jeritan Chen Hock.

33. Mengapakah “aku” menolak ajakan Amir dan Chen Hock?

A “aku” tidak tahu berenangB “aku” tidak suka mandi di sungaiC “aku” bimbang dimarahi ayahnyaD “aku” patuh pada arahan ibunya

34. “Aku” berasa bimbang apabila hujan turun dengan lebatnya kerana…

A kampungnya mungkin dinaiki air.B ayahnya tidak dapat menjala udang.C rumahnya akan dimasuki air.D nyawa rakan-rakannya terancam.

35. Ayah “aku” pulang ke rumah kerana….

A mahu memanggil orang kampungB mahu memberitahu kejadian itu kepada anaknyaC mahu menghubungi pihak polis dan penyelamatD mahu memaklumkan kejadian itu kepada ibu bapa mangsa

011 SULITNJM310766

11

Page 12: BM k1(1)-2014-1

SULIT 011

Soalan 36 hingga Soalan 40Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Sekolah Kebangsaan Tunku Mahmood ,83000 Batu Pahat,Johor Darul Takzim.------------------------------------------------------------------------------------------------------------Kepada,Ibu bapa/Penjaga Murid-muridSekolah Kebangsaan Tunku Mahmood ,83000 Batu Pahat, 20 FEBRUARI 2014 Tuan,Mengadakan Kelas Tambahan

Berhubung dengan perkara di atas, pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa kelas tambahan untuk murid Tahun Lima akan diadakan. Kelas tambahan ini akan diadakan pada setiap hari Isnin, Selasa, dan Khamis. Kelas ini akan bermula setengah jam selepas sesi persekolahan tamat dan mengambil masa selama dua jam.

3. Tujuan kelas tambahan diadakan adalah untuk membantu murid-murid meningkatkan pencapaian mereka dalam pelajaran. Hal ini penting terutamanya bagi mata pelajaran seperti Matematik, Bahasa Melayu, dan Bahasa Inggeris.

4. Guru-guru yang berpengalaman akan mengendalikan kelas tambahan ini. Guru-guru ini akan menumpukan perhatian kepada setiap murid secara perseorangan. Latihan ulang kaji akan diberikan kepada setiap murid untuk mengukuhkan pemahaman mereka.

5. Pihak sekolah berharap agar ibu bapa atau penjaga dapat memberikan persetujuan demi faedah semua pihak.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Hamizah(HAMIZAH BINTI SHARIF)Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Tunku Mahmood.

011 SULITNJM310766

12

Page 13: BM k1(1)-2014-1

SULIT 011

36 Kepada siapakah surat ini ditulis?

A guruB Guru BesarC ibu bapa atau penjagaD murid Sekolah Kebangsaan Tunku Mahmood

37 Kelas tambahan tersebut diadakan untuk murid-murid yang…

A tidak berkemampuan.B lemah dalam pelajaran.C suka membuang masa.D akan belajar di Tahun Lima.

38 Jika sesi persekolahan berakhir pada pukul 1.15 petang, pukul berapakah kelas tambahan tersebut akan berakhir?

A 1.35 tengah hariB 1.45 tengah hariC 2.45 tengah hariD 3.45 tengah hari

39 Perkataan mengendalikan dalam petikan bermaksud…

A mengawalB menetapkanC menghadiriD mengelolakan

40 Pilih penyataan yang tidak benar tentang kelas tambahan tersebut.

A Kelas tambahan itu diadakan sebanyak tiga kali seminggu.B Ibu bapa dan penjaga didesak untuk memberikan persetujuan mereka.C Kelas tambahan itu dikendalikan oleh guru-guru yang berpengalaman.D Tujuan kelas tambahan itu diadakan adalah untuk meningkatkan pencapaian

pelajaran murid-murid.

011 SULITNJM310766

13

Page 14: BM k1(1)-2014-1

SULIT 011

KERTAS SOALAN TAMAT

LATIHAN

Kata PemeriTerdapat dua jenis kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.

Kata Pemeri Maksud Ayat contohialah .menunjukkan persamaan

.hadir di hadapan frasa nama1. Kereta yang berada di tepi padang itu ialah kereta Proton Wira.2. Agama rasmi negara kita ialah agama Islam.3. Bapanya ialah seorang doktor gigi.

Adalah .menunjukkan huraian atau keterangan.hadir di hadapan frasa nama / frasa sendi / kata hubung.hadir di hadapan kata adjektif

1. Menabung adalah hobi yang baik.2. Kasut yang dipakaianya itu adalah daripada kulit.3. Makanan yang ditempahnya itu adalah untuk anak-anak yatim.4. Jawapan yang diberikannya itu adalah benar.

Nota:*Kata pemeri ‘adalah’ tidak digunakan bersama dengan kata nafi dan dalam ayat- ayat pasif.

011 SULITNJM310766

14

Page 15: BM k1(1)-2014-1

SULIT 011

*Terdapat kekecualian bagi penggunaan kata nafi ‘tidak’.Contoh :1. Kenyataan itu adalah tidak benar. ( √ )2. Keputusan itu adalah tidak adil. ( √ )3. Lukisan ini adalah tidak cantik. ( x )4. Murid-murid adalah diarah berkumpul di padang sekolah. (x )

*Perlu diingat bahawa kata-kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja. Contoh:1. Adalah diberitahu sekolah akan ditutup esok.2. Adalah dimaklumkan bahawa kerja gotong-royong akan dimulakan pada bulan hadapan.3. Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Isnin.

Ayat-ayat di atas seharusnya berbentuk seperti yang berikut:- Dengan iniAnda diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.Ibu bapaTuan-tuanDengan hormat

Dengan ini dimaklumkan bahawa kerja gotong-royong akan dimulakan pada Tuan/Anda bulan hadapan

Terdapat kekecualian bagi penggunaan kata nafi ‘tidak’.Latihan 1:Tulis kata pemeri yang sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah:-

1. Puan Anjali __________ Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tasik Perdana.2. Gajah ____________ haiwan darat yang terbesar di dunia.3. Masjid ____________ tempat beribadat bagi orang yang beragama Islam.4. Aris __________ pekerja sambilan di Syarikat Unggul.5. Tujuan pertandingan itu diadakan _________ untuk mencungkil bakat murid-

murid.6. A.Samad Said ____________ seorang Tokoh Sastrawan yang banyak berjasa

kepada negara.7. Basikal baru itu __________ untuk adik sempena hari ulang tahunnya yang

ke – 9.8. Nasi ___________ makanan asasi bagi penduduk Malaysia.9. Makanan yang ditempahnya itu _________ untuk pasukan bola sepak Kampung

Sri Paya.10. Jalaludin ___________ seorang pelakon yang sungguh berbakat.

Latihan 2:-

011 SULITNJM310766

15

Page 16: BM k1(1)-2014-1

SULIT 011

Tandakan ( √ ) atau ( x ) pada ayat-ayat yang diberi.

1. Sungai Rejang ialah sungai yang paling panjang di Malaysia. ( )2. Lagu “Negaraku” ialah berasal daripada lagu “Terang Bulan”. ( )3. Permainan sepak raga adalah permainan tradisional orang Melayu. ( )4. Ular sawa ialah antara ular yang terpanjang di dunia. ( )5. Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara Malaysia.( )6. Encik Razak ialah pengurus syarikat perkapalan itu. ( )7. Kereta baru Encik Ghapor adalah kereta buatan Malaysia. ( )8. Gas hidrojen ialah antara gas yang terkandung dalam udara.( )9. Yasmin dan Tracia adalah murid tahun 4 sekolah itu. ( )10. Makanan di atas meja itu ialah untuk para tetamu.( )11. Masjid adalah tempat beribadat bagi orang yang beragama Islam.( )12. Tuduhannya itu adalah tidak benar sama sekali.( )13. Taufik adalah anak buah Encik Johan. ( )14. Salinan sijil yang dikehendaki adalah seperti yang dilampirkan.( )15. Perbincangan itu ialah tentang pencemaran udara. ( )16. Keluarganya ialah daripada golongan yang berada.( )17. Kedudukan kedai basikal itu adalah di antara dua buah kedai elektrik.( )18. Perjuangan itu ialah demi masa depan negara. ( )19. Penglibatan dalam kegiatan sukan ialah dengan kebenaran bapanya. ( )20. Asam pedas ialah antara makanan kegemaran Jamilul.( )21. Kebakaran itu ialah disebabkan oleh api ubat nyamuk. ( )22. Anak patung itu ialah untuk adik. ( )23. Tajuk sajak itu adalah “Sesuap Nasi”.( )24. Ikan lumba-lumba ialah sejenis haiwan mamalia.( )25. Cikgu Nazri adalah seorang guru di Sekolah Kebangsaan Mersing.( )26. Hisham adalah rakan sekolah Saiful.( )27. Nasi kerabu ialah makanan yang popolur di negeri Kelantan.( )28. Haji Kamil adalah antara orang yang terpenting di taman perumahan itu.( )29. Mesyuarat itu ialah tentang cara-cara mengindahkan kawasan sekolah.( )30. Cerita yang disampaikan oleh lelaki itu ialah tidak benar.( )31. Adalah tidak wajar dia berkata demikian kepada orang tua. ( )32. Bungkusan kecil itu adalah daripada kakak saya. ( )33. Hazwani ialah anak kesayangan Puan Hamidah.( )34. Ketupat dan rendang adalah masakan utama ketika sambutan Hari Raya Puasa.( )35. Itu adalah jadual kelas Tahun 6 Cekap. ( )36. Adalah lebih baik kamu pulang awal hari ini.( )37. Pendapatan Ah Long ialah bergantung kepada hasil tangkapan yang diperolehnya.( )38. Saya percaya bahawa berita itu adalah benar. ( )39. Kegiatan kokurikulum ialah salah satu daripada aktiviti yang djalankan di sekolah.( )40. Berjimat cermat ialah satu amalan yang baik. ( )

011 SULITNJM310766

16