tajuk 1 (kumpulan a)

17
MELAYU ISLAM BERAJA Adat Tertib Adab Resam Tarian Seni Bina Kuih Muih Makanan Tempatan Permainan

Upload: ms-yati

Post on 24-Apr-2015

3.452 views

Category:

Education


5 download

DESCRIPTION

SC2/HCMM/12b

TRANSCRIPT

Page 1: Tajuk 1 (Kumpulan A)

MELAYU ISLAM BERAJA

•Adat Tertib•Adab Resam

•Tarian•Seni Bina•Kuih Muih

•Makanan Tempatan•Permainan

Page 2: Tajuk 1 (Kumpulan A)

ADAB TERTIB (CARA BERPAKAIAN)

Adab dan tertib asas dalam keluarga.

Terdapat 2 cara, iaitu:

Pakaian dalam majlis. Pakaian dalam rumah.

Page 3: Tajuk 1 (Kumpulan A)

Pakaian dalam majlis: Baju kurong telah lama bertapak di Negara Brunei

sehingga ia menjadi pakaian kebangsaan Negara. Ia digunakan semasa majlis-majlis Adat Istiadat Negara, Majlis Perkahwinan dan sebagainya.

Semasa majlis adat istiadat Negara, para jemputan yang hadir dari kalangan orang biasa akan memakai baju cara melayu bagi jemputan lelaki dan berbaju kurong bagi jemputan wanita.

Semasa menghadiri majlis perkahwinan perlulah sesuai sopan dan kemas.

Pakaian dalam rumah: Ada tiga fungsi pakaian, iaitu:

1. Menutup aurat.

2. Menjaga kesihatan.

3. Untuk keindahan. Bagi lelaki, Islam telah menetapkan bahwa aurat lelaki

adalah pusar sampai kedua lutut. Bagi perempuan adalah seluruh badan kecuali muka dan

telapak tangan.

 

Page 4: Tajuk 1 (Kumpulan A)

ADAT RESAM (MAJLIS PERKAHWINAN)

1. BEDUDUN/ BERJARUM-JARUM2. PERTUNANGAN3. PERKAHWINAN

(a) Adat Berbedak & Berinai (b) Adat Penghantaran Berian (c) Istiadat Akad Nikah (d) Istiadat Bersanding

Page 5: Tajuk 1 (Kumpulan A)

1. BEDUDUN/ BERJARUM-JARUM

'Bedudun/berjarum-jarum' bermaksud lawatan berkali-kali diantara keluarga pihak lelaki dan keluarga pihak perempuan, yang dihasratkan untuk mencapai persetujuan lamaran perkahwinan.

2.PERTUNANGAN Ia merupakan simbol ikatan perhubungan

diantara lelaki dan perempuan yang akan menjadi pasangan suami isteri.

Page 6: Tajuk 1 (Kumpulan A)

3. (a) ADAT BERBEDAK

'Adat Berbedak' adalah upacara di mana kedua pengantin akan dibedaki di rumah masing-masing dengan betujuan untuk menambah serinya wajah. Acara ini dilangsungkan berasingan.

3. (b) ADAT PENGHANTARAN BERIAN

Adat Penghantaran Berian ialah tradisi dimana keluarga pengantin lelaki akan melantik rombongan untuk pergi ke kediaman pengantin perempuan untuk menghantar berian beserta dengan mas kahwin. 

Page 7: Tajuk 1 (Kumpulan A)

3. (c) ISTIADAT AKAD NIKAH

Akad Nikah ialah upacara agama Islam dimana Ijab dan Kabul akan dilaksanakan bagi mengisytiharkan bahawa pasangan tersebut adalah sudah menjadi pasangan suami dan isteri yang sah.

3. (d) ISTIADAT BERSANDING

Bersanding ialah tradisi dimana kedua-dua pengantin akan duduk bersebelahan di atas pelamin supaya para jemputan dapat melihat kedua pasangan tersebut. Istiadat Bersanding dilangsungkan di kediaman pengantin perempuan.

Page 8: Tajuk 1 (Kumpulan A)

KUIH - MUIH

Kuih-muih tradisi orang-orang melayu Brunei mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

Keistimewaannya itu bukan sahaja kerana namanya yang unik tetapi juga disebabkan rasanya yang sedap.

Kiuh-muih dan masakan tempatan dihidangkan dalam majlis-majlis keramaian seperti perkahwinan, berkhatan, berpindah rumah, makan tahun dan sebagainya.

Kuih-muih ada dua jenis iaitu kering dan basah.

Page 9: Tajuk 1 (Kumpulan A)

Kuih-muih kering adalah seperti :

Jala, cacah, sapit, kuya, makanan cincin, buahulu, penyaram.

Page 10: Tajuk 1 (Kumpulan A)

Kuih-muih basah adalah seperti :

Kelupis, salurut, tapai, pulut panggang, bingka, sari muka.

Page 11: Tajuk 1 (Kumpulan A)

MASAKAN TEMPATAN

Masakan Brunei adalah mirip seperti masakan Negara jirannya iaitu Malaysia dan Indonesia. Hanya yang membezakannya adalah dari segi nama dan cara menggunakan rempah ratus.

Masakan Brunei lebih kepada masakan berebus dan banyak menggunakan kunyit dan asam jawa.

Contoh masakan tempatan ialah :

♦ Ambuyat

♦ Pais

♦ Tahai

Page 12: Tajuk 1 (Kumpulan A)

PERMAINAN TRADITIONAL

Permainan traditional adalah satu permainan turun temurun yang di generasikan oleh nenek moyang kita sebelum adanya permainan alat-alat canggih yang ada pada masa sekarang .

Dahulunya permainan traditional amat popular sewaktu adanya majlis keramaian atau majlis perkahwinan kerana ianya mengeratkan silaturahim, dan lebih bnyak kemeriahan serta hiburan.

Permainan traditional kini amat menyedihkan kerana ianya sudah semakin pupus dan dilupakan oleh generasi muda pada masa kini sehingga mereka tidak mengetahui cara untuk bermain atau alat-alat permainan.

Page 13: Tajuk 1 (Kumpulan A)

Contoh permainan traditional adalah seperti :

♦ Kikik

♦ Congkak

♦ Gasing

♦ Pasang

Page 14: Tajuk 1 (Kumpulan A)

SENI BINA‐ reka bentuk sesebuah bangunan seperti rumah, masjid dan istana.

RUMAH :

Biasanya nama-nama rumah adalah mengikut reka bentuk atapnya seperti:

- Rumah belah bubung- Rumah tungkup- Rumah tungkup banar- Rumah potong limas- Rumah belanggar

 

Page 15: Tajuk 1 (Kumpulan A)

MASJID :

‐ tempat orang islam beribadat.

‐ binaannya mengikut arah kiblat.

‐ minbar tempat khatib membaca khutbah.

‐ menara tempat azan dikumandangkan.

ISTANA :

‐ tempat sultan bersemayam.

‐ tempat ziarah pembesar-pembesar, tetamu luar negeri dan rakyat.

‐ terdapat balai penghadapan, tempat sultan bersemayam.

‐ Pataratna, tiang dan dinding di dalam balai penghadapan mempunyai ukiran-ukiran yang berunsurkan kebruneian.

Page 16: Tajuk 1 (Kumpulan A)

TARIAN (BUDAYA MELAYU)

Seni tari adalah sebuah warisan yang dilahirkan dari keindahan ekspresi jiwa manusia.

Ianya adalah alat dalam menyampaikan sesebuah mesej atau cerita melalui ekspresi pergerakan tubuh, tangan, kaki serta mata dan diperindah lagi dengan perhiasan, kostum, props serta diiringi dengan irama muzik atau lagu-lagu.

Tarian juga merupakan sejenis seni gerak yang halus dengan pergerakan yang khusus.

Lazimnya tarian hanya dipersembahkan pada hari-hari keramaian dan acara khusus untuk menambahkan kemeriahan dan juga menghiburkan hati.

 contoh : samalindang,adai-adai,zapin,alus jus dendang

Page 17: Tajuk 1 (Kumpulan A)

DIBUAT OLEH :

1. Fadil 2. Adib 3. Ameer 4. Wa’ez 5. Juan 6. Azim 7. Shahiran