pelajaran 1 bm

40
Pelajaran 1 - Pelajaran 10 Fahaman Darjah 3

Upload: amoi286

Post on 17-May-2015

2.862 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pelajaran 1 Bm

Pelajaran 1 - Pelajaran 10

Fahaman Darjah 3

Page 2: Pelajaran 1 Bm

Pelajaran 1 - Berkelah

Fahaman Darjah 3

Page 3: Pelajaran 1 Bm

Hari ini Talib dan keluarganya hendak berkelah. Pagi-pagi lagi Talib sudah bangun. Emak Talib sibuk menyediakan nasi, lauk, roti, minuman, buah-buahan dan lain-lain. Ayah Talib pula membersihkan dan memeriksa enjin kereta.

Pukul 7.30 pagi mereka pun bertolak. Ayah Talib memandu mereka dengan berhati-hati. Tidak lama kemudian mereka sampai di Pantai Tungku.

Ayah Talib meletakkan keretanya di bawah sepohon pokok ru. Emak Talib mengeluarkan dan meletakkan bekalan di atas sehelai tikar. Talib gembira dan terus berlari ke pantai.

Page 4: Pelajaran 1 Bm

Di pantai sudah ramai orang. Ada yang bermain baling bola, ada yang berenang, ada yang main kejar-kejaran dan ada yang duduk sambil mendengar radio.

Talib meminta izin kepada ayahnya untuk mandi. Setelah diizinkan Talib pun mandi. Ayah dan ibunya berjalan-jalan sambil memerhatikan Talib.

Pukul 11.30 pagi mereka berehat dan makan. Selepas makan ayah Talib menyuruh anaknya membersihkan sisa makanan dan membuang sampah ke tempat yang disediakan. Pukul 1.00 petang mereka pun pulang.

Page 5: Pelajaran 1 Bm

Latihan1. Siapakah yang hendak berkelah?2. Apakah bekalan yang disediakan oleh emak

Talib?3. Apakah yang dibuat oleh emak Talib apabila

sampai ke pantai?4. Apakah yang dibuat orang ramai di pantai?5. Apakah yang dilakukan oleh Talib sebelum

mandi?6. Apakah yang dibuat oleh Talib selepas

makan?

Page 6: Pelajaran 1 Bm

Pelajaran 2 - Ayam dengan sebiji padi

Fahaman Darjah 3

Page 7: Pelajaran 1 Bm

Pada zaman dahulu ada tida ekor binatang berkawan baik. Binatang-binatang itu ialah kucing, itik dan ayam.

Ayam terjumpa sebiji padi ketika mencari makanan. Kemudian ayam membawa biji padi itu kepada kawan-kawannya.

“Mari tolong aku menanam biji padi ini,” kata ayam kepada itik dan kucing. Itik dan kucing tidak mahu menolong ayam.

“Pergilah engkau tanam sendiri,” kata itik dan kucing. Apabila mendengar jawapan kawan-kawannya itu, ayam pun pergi menanam biji padi itu sendiri.

Tiap-tiap hari ayam menyiram biji padi tiu. Tidak lama kemudian biji padi itu pun tumbuh dengan subur dan berbuah lebat.

Page 8: Pelajaran 1 Bm

Apabila padi telah masak, ayam pun mengetam padi itu. Padi itu ditumbuk menjadi tepung. Kucing dan itik masih juga tidak mahu menolong ayam.

Kemudian ayam membuat kuih daripada tepung itu. Apabila kuih itu masak, itik dan kucing pun datang. “Boleh kami minta sedikit kuih itu?” tanya itik.

“Perut kami lapar,” kata kucing.

Ayam tidak mahu memberi kuih itu. “makan mahu, tapi kerja malas,” balas ayam kepada kawan-kawannya.

Itik dan kucing sangat malu, lalu pergi dari situ.

Page 9: Pelajaran 1 Bm

Latihan1. Sebutkan nama binatang dalam cerita ini.2. Apakah tujuan ayam membawa biji padi itu

kepada kawan-kawannya?3. Mahukah kucing dan itik menolong ayam

menanam padi itu?4. Apakah kata itik dan kucing kepada ayam?5. Apakah yang dibuat oleh ayam apabila padi

itu masak?6. Kenapakah ayam tidak mahu memberi kuih

kepada itik dan kucing?

Page 10: Pelajaran 1 Bm

Pelajaran 3 - Keluarga bahagia

Fahaman Darjah 3

Page 11: Pelajaran 1 Bm

Abu Bakar dan Siti Aminah adalah anak-anak Awang Basir dan Dayang Aminah. Mereka budak yang rajin dan baik. Mereka selalu menolong ayah dan ibu mereka.

Abu Bakar sudah berumur lapan tahun dan Siti fatimah baharu emapat tahun. Abu Bakar sudah bersekolah. Dia belajar dalam darjah tiga di Sekolah Rendah Sungai Siamas, Kampong Ayer.

Fatimah belum bersekolah kerana masih kecil. Dia akan bersekolah pada tahun hadapan. Walaupun Siti Fatimah masih kecil dan belum bersekolah tetapi ia sangat cerdik.

Page 12: Pelajaran 1 Bm

Hari Jumaat dan Ahad, Abu Bakar tidak bersekolah kerana hari kelepasan awam. Pada hari itu Abu Bakar tinggal di rumah sahaja. Bermacam-macam kerja dibuat oleh Abu Bakar. Biasanya dia menolong emaknya mengemaskan dan membersihkan rumah.

Awang Basir bekerja sebagai anggota polis tetapi Dayang Aminah tidak bekerja. Dia seorang suri rumah.

Awang Basir dan Dayang Aminah sentiasa mengambil berat tentang pelajaran anak-anak mereka. Di sebelah malam Awang Basir mengajar Abu Bakar mengaji al-Quran. Pada hari cuti sekolah pula mereka membawa anak-anak pergi berkelah di tepi pantai atau di tempat-tempat peranginan.

Page 13: Pelajaran 1 Bm

1. Berapa ramaikah anak Awang Basir dan Dayang Aminah?

2. Mengapakah Siti Fatimah belum bersekolah?3. Apakah yang dibuat oleh Abu Bakar semasa

hari kelepasan awam?4. Apakah pekerjaan Awang Basir?5. Siapakah yang mengajar Abu Bakar mengaji

al-Quran?6. Kemanakah Siti Fatimah dan Abu Bakar

dibawa ibu bapanya pada hari cuti sekolah?

Latihan

Page 14: Pelajaran 1 Bm

Pelajaran 4 - Ke rumah kawan

Fahaman Darjah 3

Page 15: Pelajaran 1 Bm

Pada hari Ahad yang lalu Salmah telah berkunjung ke rumah kawannya Siti Zahrah di Pekan Bangar, Temburong.

Salmah tiba di rumah Siti Zahrah kira-kira pukul 9.00 pagi. Setelah bersalaman, Salmah diajak oleh Siti Zahrah ke bilik tamu. Salmah tertarik hati melihat keadaan bilik tamu yang kemas dan bersih itu. Di bilik tamu itu terdapat beberapa buah almari dan rak buku.

“Banyak buku dalam almari ini. Boleh saya tengok?” kata Salmah.

“Silakan. Pinjam pun boleh. Pilihlah mana yang awak suka,” jawab Siti Zahrah.

Salmah memilih beberapa buah buku cerita dan majalah. Kemudian ibu Siti Zahrah fatang membawa hidangan.

“Mari kita minum,” kata Siti Zahrah.

“Terima kasih,” jawab Salmah.

Page 16: Pelajaran 1 Bm

Mereka minum sambil berbual-bual. Kemudian Siti Zahrah mengeluarkan beberapa buah album.

“Ini gambar siapa?” tanya Salmah sambil menunjuk gambar dalam album.

“Dia sepupu saya. Sulaiman namanya. Dia sangat baik hati. Kebanyakan buku ini adalah hadiah daripadanya,” jawab Siti Zahrah.

“Sungguh beruntung awak ada sepupu seperti dia,” kata Salmah.

“Sulaiman seorang tukang kayu. Rak-rak buku itu adalah bekas tangannya,” kata Siti Zahrah lagi.

Pada pukul 10.30 pagi Salmah pun meminta izin untuk pulang ke rumahnya

Page 17: Pelajaran 1 Bm

Latihan1. Pada hari Ahad yang lalu Salmah pergi

kemana?2. Pukul berapakah Salmah tiba di rumah Siti

Zahrah?3. Apakah yang ada di bilik tamu rumah Siti

Zahrah?4. Siapakah yang membawa hidangan?5. Apakah yang dibuat oleh Salmah di rumah Siti

Zahrah?6. Siapakah nama sepupu Siti Zahrah?

Page 18: Pelajaran 1 Bm

Pelajaran 5 - Sikap jujur

Fahaman Darjah 3

Page 19: Pelajaran 1 Bm

Pukul 9.45 pagi loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Murid-murid keluar dari bilik darjah. Ada yang pergi ke kantin, ada yang pergi bermain-main di padang dan ada yang duduk berehat di bawah pokok. Jamil hendak ke kantin. Tiba-tiba ia ternampak wang sepuluh ringgit. Jamil mengambil wang itu. Kemudian ia memberitahu kawannya Rosli.

Jamil : Rosli, aku terjumpa wang sepuluh ringgit. Rosli : Betulkah, di mana awak terjumpa? Jamil : Di beranda sekolah, semasa aku hendak ke kantin. Rosli : Mana wang itu? Jamil : Ini. Aku fikir elok kita serahkan wang ini kepada guru

besar. Rosli : Baguslah. Mari kita jumpa guru besar.

Page 20: Pelajaran 1 Bm

Jamil dan Rosli pergi berjumpa guru besar di pejabat.

Rosli : Assalamualaikum, cikgu. Jamil : Assalamualaikum, cikgu. Guru besar : Waalaikumussalam. Oh, Rosli dan Jamil! Apa hajat

kamu berdua? Jamil : Kami terjumpa wang ini di beranda sekolah.

Sekarang kami serahkan wang ini kepada cikgu. Guru besar : Siapa yang terjumpa wang ini? Rosli : Jamil cikgu. Guru besar : Baiklah. Saya ucapkan terima kasih kerana

kejujuran kamu berdua. Saya akan serahkan wang ini kepada pemiliknya.

Jamil : Terima kasih, cikgu. Guru besar : Semoga Allah memberi berkat ke atas kamu.

Page 21: Pelajaran 1 Bm

Latihan1. Pukul berapakah waktu rehat?2. Ke manakah murid-murid pergi semasa rehat?3. Siapakah yang terjumpa wang sepuluh ringgit?4. Di manakah wang itu dijumpai?5. Kepada siapakah wang itu diserahkan oleh

Jamil dan Rosli?6. Apakah yang diucapkan oleh guru besar

kepada Jamil dan Rosli?

Page 22: Pelajaran 1 Bm

Pelajaran 6 - Arnab dengan kura-kura

Fahaman Darjah 3

Page 23: Pelajaran 1 Bm

Di dalam sebuah hutan terdapat berjenis-jenis binatang. Di antaranya ada seekor arnab yang sombong dan suka bercakap besar. Binatang-binatang lain benci kepadanya.

Suatu hari arnab ternampak seekor kura-kura sedang berjalan.

“Awak berjalan sangat cepat,” sindir arnab.

Kura-kura tahu ia kena sindir.

“Walaupun saya berjalan perlahan, kalau kita berlumba lari boleh jadi saya menang,” balas kura-kura.

“Kalau begitu mari kita berlumba,” kata arnab dengan gembira.

Arnab memberitahu perlumbaan itu kepada binatang-binatang lain. Ia juga meminta Sang Kancil menjadi hakim.

“Satu, dua, tiga ….!” Kata Sang Kancil.

Page 24: Pelajaran 1 Bm

Habis saja Sang Kancil menghitung, arnab pun berlari laju macam perluru. Kura-kura tertinggal jauh di belakang.

“Aku tunggu kura-kura di sini. Kalau ia sudah dekat, baharulah aku berlari lagi,” fikir arnab. Arnab baring di bawah pokok. Oleh sebab keletihan ia pun tertidur.

Kura-kura berjalan tidak terhenti-henti. Akhirnya ia sampai di garisan penamat. Semua binatang bersorak sambil menari kerana kura-kura menang.

Arnab terbangun kerana digigit nyamuk. Ia terkejut lalu berlari. Apabila sampai di garisan penamat, arnab terperanjat kerana kura-kura telah sampai dahulu.

Arnab berasa malu dan tidak mahu bercakap sombong lagi.

Page 25: Pelajaran 1 Bm

Latihan1. Siapakah yang sombong dan suka bercakap

besar?2. Siapakah yang menjadi hakim perlumbaan

itu?3. Mengapakah arnab berhenti berlari?4. Siapakah yang menang dan siapakah yang

kalah?5. Mengapakah arnab berasa malu?6. Apakah pengajaran daripada cerita ini?

Page 26: Pelajaran 1 Bm

Pelajaran 7 - Gasing

Fahaman Darjah 3

Page 27: Pelajaran 1 Bm

Awang Ismail seorang pembuat gasing. Apabila tiba musim bermain gasing, Awang Ismail pergi ke hutan mencari kayu. Kayu yan biasa dibuatkan gasing adalah daripada jenis pokok manggaris atau impas.

Mula-mula pokok dipotong dengan menggunakan gergaji dan kapak. Kemudian bongkah daripada pokok itu pun diperolehi. Bongkah yang dipanggil bakal itu dibentuk menjadi gasing tetapi bentuknya masih kasar.

Gasing yang belum siap itu dibawa pulang ke rumah untuk dihalusi. Kerja menghalusi ini dipanggil melarik. Awang Ismail melarik gasing itu dalam masa dua atau tiga hari.

Page 28: Pelajaran 1 Bm

Setelah siap dilarik kepala gasing itu dipasang sampak besi. Gunanya ialah supaya kepala gasing itu lebih tahan dan tidak mudah binasa apabila dipalu. Sementara buntut gasing pula dipasang paku.

Akhir sekali ialah membuat tali gasing. Tali gasing biasanya dibuat daripada kulit pokok timbaran.

Awang Ismail juga handal bermain gasing. Beliau selalu mewakili pasukan kampungnya dalam perlawanan bermain gasing.

Page 29: Pelajaran 1 Bm

Latihan1. Bilakah Awang Ismail mencari kayu?2. Kayu apakah yang biasa dibuatkan

gasing?3. Apakah alat yan digunakan untuk

memotong pokok?4. Kerja menghalusi gasing dipanggil apa?5. Mengapakah kepala gasing dipasang

sampak?6. Tali gasing dibuat daripada apa?

Page 30: Pelajaran 1 Bm

Pelajaran 8 - Membersihkan bilik darjah

Fahaman Darjah 3

Page 31: Pelajaran 1 Bm

Pada pagi Sabtu, Cikgu Rasani dan murid-muridnya memuncang-muncang membersihkan bilik darjah.

Cikgu Rasani menyediakan lima batang penyapu, tiga buah baldi dan serbuk pencuci. Murid-muridnya pula ada yang membawa berus dan kain pengelap.

Sebelum kerja dimulakan, Cikgu Rasani membahagikan murid-muridnya kepada beberapa kumpulan. Ada kumpulan yang ditugaskan menyapu, ada kumpulan memberus lantai dan ada kumpulan yang mengelap dinding dan cermin. Murid laki-laki ditugaskan mengangkat air.

Cikgu Rasani dan murid-muridnya bekerja dengan riang dan gembira. Kira-kira satu jam kemudian, kerja membersihkan bilik darjah itu pun siap. Cikgu Rosni sangat berpuas hati kerana bilik darjahnya sudah bersih. Dia mengucapkan terima kasih kepada murid-muridnya.

Page 32: Pelajaran 1 Bm

Latihan

1. Bilakah Cikgu Rasani dan murid-muridnya memuncang-muncang membersihkan bilik darjah?

2. Apakah yang disediakan oleh Cikgu Rasani?3. Apakah yang dibuat oleh Cikgu Rasani sebelum

kerja dimulakan?4. Siapakah yang ditugaskan mengangkat air?5. Berapa lamakah kerja membersihkan bilik

dajah itu?6. Mengapakah Cikgu Rasani berasa puas hati?

Page 33: Pelajaran 1 Bm

Pelajaran 9 - Berkebun sayur

Fahaman Darjah 3

Page 34: Pelajaran 1 Bm

Awang Yakub seorang pekebun sayur. Dia berkebun sayur di belakang rumahnya.

Mula-mula Awang Yakub membersihkan kawasan tanah untuk berkebun. Dia juga membuat parit di sekeliling kebun untuk mengalirkan air.

Kemudian dia menggemburkan tanah dan membuat batas. Batas itu panjang dan teratur. Sebelum menanam benih dia membubuh baja pada batas-batas itu.

Page 35: Pelajaran 1 Bm

Awang Yakub menanam berjenis-jenis sayur. Ada sayur jenis buah dan ada sayur jenis daun. Sayur jenis buah ialah timun, petola, kacang panjang, terung dan peria. Sayur jenis daun pula seperti sawi, bayam, kangkung dan lobak. Dia juga menanam berjenis-jenis ubi seperti ubi manis, ubi kayu, ubi belayar dan keladi.

Setiap pagi dan petang Awang Yakub menyiram kebunnya.

Dia juga membuang rumpur yang tumbuh di sekeliling kebunnya.

Awang Yakub menjual hasil kebunnga di pasar atau di tamu. Ada juga orang yang datang ke kebunnya memberli sayur-sayuran itu.

Awang Yakub bersyukur kepada Allah. Kebunnya itu subur dan mendapat hasil yang banyak.

Page 36: Pelajaran 1 Bm

Latihan1. Di manakah Awang Yakub berkebun sayur?2. Mengapakah Awang Yakub membuat parit di

sekeliling kebunnya?3. Apakah yang dibubuh oleh Awang Yakub pada

batas-batas itu?4. Sebutkan sayur jenis buah yang ditanam oleh

Awang Yakub.5. Apakah jenis ubi yang ditanam oleh Awang

Yakub?6. Di manakah Awang Yakub menjual hasil

kebunnya?

Page 37: Pelajaran 1 Bm

Pelajaran 10 - Tidak mendengar cakap

Fahaman Darjah 3

Page 38: Pelajaran 1 Bm

Haji Harun dan anak-anaknya pergi ke kebun. Waktu itu musim rambutan berbuah. Anak-anak Haji Harun sangat gembira elihat buah-buah rambutan yang sedang masak itu.

Jamil: Amboi, banyaknya buah rambutan! Buahnya pun sudah banyak yang masak.

Osman: Apa ditunggu lagi? Ayuh kita panjat.

Haji Harun: Jangan Osman, pokok rambutan itu tinggi. Nanti jatuh. Kamu tunggu di sini. Ayah ambil pengait rambutan dulu.

Osman tidak sabar. Dia terus memanjat pokok rambutan. Di dahan pokok rambutan itu ada sarang penyengat. Osman cepat-cepat turun.

Page 39: Pelajaran 1 Bm

Osman: Aduh, aduh, aku disengat penyengat!

Ismail: Ayuh, cepat lari!

Sebentar kemudian Haji Harun pun datang.

Haji Harun: Osman, kenapa mata dan mukamu bengkak? Engkau disengat penyengat?

Jamil: Osman memanjat pokok rambutan, ayah. Rupa-rupanya di dahan itu ada sarang penyengat.

Haji Harun: Itulah akibat tidak mendengar cakap. Bukankah tadi ayah larang kamu memanjat.

Osman: Maafkan saya, ayah.

Page 40: Pelajaran 1 Bm

Latihan1. Ke manakah Haji Harun dan anak-anaknya

pergi?2. Mengapakah anak-anak Haji Harun sangat

gembira?3. Siapakah nama anak-anak Haji Harun?4. Di dahan pokok rambutan itu ada apa?5. Mengapakah mata dan muka Osman

bengkak?6. Apakah akibatnya orang yang tidak

mendengar nasihat?