bmm3033 tajuk 2 kaedah penilaian bm

Upload: alvin-lau

Post on 11-Oct-2015

121 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Tajuk 2.0Kaedah Penilaian Bahasa

2.1 PengenalanPenilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan cara yang luwes, bermakna dan tidak menakutkan pelajar. Untuk ini cara penilaian perlu mengambil kira keperluan individu, kepelbagaian cara (multiple ways of delivery) supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Implikasi penilaian terhadap p-p juga perlu ditekankan agar kualiti pendidikan dapat ditingkatkan. Untuk itu, pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang akan dibimbing dan diberi peluang untuk integrasi menegak supaya potensinya dapat dimaksimumkan. Pelajar yang lemah pula akan dibimbing dalam program pemulihan supaya dia dapat memperbaiki prestasinya. Dengan yang demikian, guru perlu didedahkan kepada pelbagai cara untuk menjalankan penilaian di dalam bilik darjah dengan lebih berkesan. Seterusnya, langkah-langkah untuk memastikan penilaian itu adalah sah dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi hendaklah ditekankan.

2.1.1Jenis-jenis Kaedah Penilaian Bahasa(i)Pemerhatian(ii) Soal jawab(iii) Projek(iv) Portfolio(v) Ujian

(I)Penilaian melalui Pemerhatian

(i) PengenalanPenilaian melalui pemerhatian dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang diperlukan/ ditentukan, bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Penilaian ini meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor, yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran. Proses penilaian ini boleh dilaksanakan dengan penggunaan Senarai Semak. Alat-alat seperti Rekod Anekdot dan Rekod Profil boleh juga digunakan. Dapatan daripada proses ini boleh membantu guru dan pelajar, membuat refleksi masing-masing.

Rajah di bawah menunjukkan bagaimana cara pemerhatian boleh dijalankan dalam proses p-p di bilik darjah. Pemerhatian berlaku di antara guru dan pelajar, dan di antara pelajar dengan pelajar. Pemerhatian juga dibuat oleh guru terhadap keberkesanan bahan, dan komunikasi pelajar dengan bahan dalam pelbagai situasi/ persekitaran.

PERSEKITARAN

PELAJARPELAJAR

BAHAN

GURU

Rajah 2: Proses Pemerhatian di Bilik Darjah

(ii)Pelaksanaan Proses PemerhatianBeberapa perkara perlu diambil kira dalam melaksanakan proses pemerhatian. Antaranya ialah:

a. Kualiti PemerhatianApakah kualiti yang perlu ada pada seorang guru untuk menjadi pemerhati yang baik? Guru tersebut perlu:

berpengetahuan yang mendalam dalam bidang tugasnya dan prihatin terhadap persekitarannya. peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan dan pembelajaran. yakin dengan rumusan yang dibuat dan keputusan yang diambil. ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan terhadap sesuatu pemerhatian. bersikap luwes atau terbuka terhadap dapatan pemerhatian. tekal dan stabil dalam penilaiannya.

b. Bentuk PerancanganBagaimana bentuk perancangan yang perlu disediakan sebelum sesuatu pemerhatian dilaksanakan?a. perancangan harus rapi dengan penyataan yang jelas tentang ujian pemerhatian yang bakal dijalankan.b. mengenal pasti aspek yang hendak dinilai dan kumpulan / individu sasar yang dinilai.c. menetapkan jangka waktu proses penilaian, sama ada jangka pendek atau jangka panjang (mengikut keperluan).d. menyediakan alat yang relevan, dan menentukan bagaimana mentadbirnya.e. menentukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor.f. merangka tindak susul yang akan dijalankan mengikut konsekuen yang dijangka daripada pemerhatian itu.

Mengapakah perancangan yang rapi diwajibkan untuk pemerhatian?Perancangan untuk membuat sesuatu pemerhatian perlu rapi dan bersistem bagi mencapai matlamat pemerhatian/ tugasan. Cara merekod juga mesti dinyatakan dengan jelas bagi menjamin keberkesanan seluruh proses pemerhatian tersebut.

b. Rekod PemerhatianBagaimana bentuk rekod pemerhatian yang diperlukan untuk pemerhatian yang lebih berkesan?Rekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkah laku yang tersusun, dari segi: Pendekatan : Cara individu/kumpulan mendekati sesuatu masalah yang dihadapi semasa menjalankan pemerhatian, dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas. Menjalankan tugas : cara individu mengendalikan tugasnya dan setiap hasil yang diperoleh dihuraikan dengan tepat. Cara merekod dapatan dan rumusan : dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul. Tindak susul : rekod pemerhatian hendaklah juga menjelaskan tindak susul yang akan dilaksanakan mengikut hasil yang dicapai.

Untuk tujuan di atas, senarai semak perlu digunakan. Senarai semak boleh disediakan oleh guru atau jawatankuasa yang terdiri daripada guru-guru yang berpengalaman dalam bidang atau aspek yang hendak dinilai.

Senarai semak juga hendaklah mencatatkan semua aspek yang hendak dinilai.

ii. Jenis-jenis PemerhatianPemerhatian boleh dijeniskan mengikut tujuan dan aspek yang hendak dinilai atau diperhati, iaitu:

a.memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsiran (interpretation) dan tanggapan (judgement). melapor apa-apa yang dilihat sahaja. menggunakan tafsiran bukan untuk penilaian semasa, tetapi untuk membuat hipotesis yang diperoleh selepas menemu bual individu yang berkenaan.

b.memerhati apa-apa yang telah dirancang, dan secara open- ended. menilai / memerhati kemahiran tertentu, pengetahuan, perlakuan,

c. memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang. pemerhatian yang dilaksanakan mengikut sekuen dalam jangka waktu yang berperingkat boleh memberi dapatan yang berkesan dan bermakna tentang perkembangan proses atau peristiwa, atau pendekatan terhadap sesuatu tugasan, dan masalah/kesukaran.

iii.Strategi PelaksanaanPemerhatian boleh dilaksanakan mengikut berbagai-bagai strategi, cara serta kriteria tertentu. Antaranya ialah:

a. pelaksanaan secara berterusan mengikut keperluan yang telah dikenal pasti atau yang dirancang.b. dengan menggunakan senarai semak atau alat lain seperti rekod anekdot yang meliputi aspek kognitif, afektif, psikomotor, bahan dan persekitaran.c. pemerhatian boleh dilaksanakan secara global atau analitik mengikut objektif atau tujuan pemerhatian.d. proses merekod dan menganalisis boleh dibuat dengan menggunakan pensil dan kertas atau secara berkomputer mengikut keperluan dan kesesuaiannya.e. tindak susul terhadap hasil atau pemerhatian hendaklah dibuat selepas mengkaji kesan dan implikasi ke atas pelajar.f. jangkamasa pemerhatian hendaklah disesuaikan dengan keadaan dan keperluan.g. maklum balas diperoleh melalui pemerhatian guru dan / atau tindak balas pelajar, danh. refleksi tentang pengalaman boleh dikategorikan sebagai pemerhatian.

iv. Fungsi

a. Penilaian melalui pemerhatian biasanya: digunakan oleh guru untuk mengikuti perkembangan individu / kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran. dibuat oleh pelajar (individu/kumpulan) untuk melihat tahap pencapaian sendiri dalam sesuatu pembelajaran. dijalankan oleh pelajar untuk mengesan atau menilai tahap pencapaian rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran. dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek dsb. sama ada melalui interaksi sehala atau dua hala.

b.Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru / pelajar menyusun/ merancang tindak susul yang sesuai dengan proses pembelajaran seterusnya, seperti: Menjalankan aktiviti pemulihan. Meningkatkan motivasi pelajar. Mengadakan latihan-latihan pengukuhan. Menyusun langkah-langkah yang sesuai dengan prestasi pelajar.

c. Pemerhatian yang terancang boleh membantu anda sebagai guru mengetahui:i. sejauh manakah minat pelajar terhadap pelajaran yang diajarkan dan apakah yang mendorong atau menolak minat tersebut? ii. adakah kaedah/strategi pelajar memberi kesan yang positif? iii. bagaimanakah kemampuan berfikir mereka? Mampukah mereka menaakul apa-apa yang tersirat? bagaimana pula dengan penguasaan bahasa mereka? cukupikah kosa kata mereka bagi mengesan, memproses dan mengaplikasi maklumat yang diperlukan pada tahap pembelajaran mereka?

Contoh 1: Pengukuran Kecekapan Linguistik / BahasaKecekapan / kecerdasan linguistik melibatkan penggunaan bahasa lisan, penulisan, atau isyarat untuk pelbagai tujuan seperti untuk:a) menghibur menceritakan sesuatu yang menggembirakan atau yang menggelikan hati.b) mempengaruhi berpidato, berbahas, berceramah.c) menyampaikan idea menerangkan sesuatu konsep; memujuk arahan.d) menyelesaikan masalah menyoal kendiri, membaca arahan.e) mencungkil ingatan menyenarai barangan yang perlu dibeli, menyimpan diari.

Untuk tujuan di atas, Rekod Anekdot seperti di sebelah boleh digunakan.

Contoh 2: Rekod Anekdot Kecekapan Linguistik melalui Pemerhatian Arahan : Tandakan (/ ) bagi item yang berkenaan.

1. Banyak menyoal, terutama soalan jenis mengapa2. Menguasai kosa kata yang baik3. Bilingual: mudah menguasai perkataan baru4. Gemar bercakap5. Gemar permainan perkataan, pola dan rima6. Gemar membaca7. Gemar mengarang8. Memahami fungsi-fungsi bahasa9. Boleh memberi pendapat tentang kemahiran bahasa. KEKERAPAN12345

Catatan: Rekod di atas hanyalah contoh. Guru boleh membuat rekodnya sendiri.

Contoh 3: Senarai Semak Kemahiran MenulisKelas: 2 Murni

Bil Nama murid1.Mampu mem-baca tulisan sendiri2. Menggu-nakan jarak yang sesuai3.Melabel-kan gambar dengan perkataan4.Melabel-kan gambar dengan frasa5.Menggu-nakan tandabacayangsesuai6. Menyu-sun idea mengikut urutan7. Menyu-sun ayat sendiri mengikut urutan peristiwa8.Catatanguru

1 Ali

X

X

XMasih tidak mengua-Asai kemahiranMenyusun ayat mengikuturutan ayat,urutan idea danurutan peristiwa.

2 ShantiMenguasai semua perkara dalam kemahiran menulis

3 Mumiyati X XTulisan pelajar ini berterusan tanpa jarak dan tatatanda yang betul

4 Saerah

X

XTidak dapat menulis dengan betul semua tulisan yang menghendaki melabel gambar.

Catatan: Boleh juga ditandakan tarikh di dalam ruangan ini apabila pelajar berkenaan sudah menguasai kemahiran ini

RumusanAnda perlu ingat bahawa pemerhatian memang mudah dilaksanakan tetapi untuk menjamin kesahihan dapatannya agak sukar. Penilaian cara ini biasanya dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti daya pengamatan penilai, pengetahuan serta pengalaman sebenar penilai tentang bidang yang berkenaan, dan sikap bias serta prasangka penilai.Pemerhaitan boleh berfungsi sebagai ujian bagi situasi-situasi tertentu, dan sebagai aktiviti bukan ujian dalam keperluan lain.

II.Penilaian melalui Soal Jawab

Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Penggunaan teknik ini dalam p-p, Bahasa Melayu akan dapat melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara berkesan. Di samping itu, ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsep-konsep, kesanggupan memberi penyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan percaya diri dalam kalangan pelajar.

Cara PelaksanaanTeknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberikan tindak balas yang sewajarnya. Biasanya, soalan-soalan yang dikemukakan memerlukan pelajar berfikir, di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Kejayaan penggunaan teknik ini dalam p-p bergantung kepada kebolehan guru untuk menguasai teknik menyoal.

III.Penilaian melalui Projek

(i)PengenalanProjek ialah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data persediaan satu laporan yang betul. Dalam konteks kurikulum sekolah, projek ialah tugasan yang boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangka masa yang munasabah. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil disediakan. Mengintegrasikan pengetahuan dengan aktiviti serta interaksi guru-murid yang berupa bimbingan dan perundingan pada setiap tahap proses adalah ciri penting dalam mengendalikan projek ini. Projek dibuat berdasarkan penguasaan pengetahuan, kebolehan berfikir secara reflektif dan berketrampilan tentang sesuatu perkara mengikut bidang msing-masing.

(ii)Apakah tujuan pembelajaran projek ini? Sebagai satu aktiviti pembelajaran projek membawa tujuan berikut:

Menggalakkan pelajar bekerjasama dan memikul tanggungjawab; Memberi kebebasan pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi; Memberi peluang pelajar menggunakan bahan sumber yang terdapat di luar bilik darjah; Memberi motivasi untuk belajar; Memberi peluang pelajar memainkan peranan sebagai pemimpin; Membenarkan pelajar untuk menentukan peranan; Membenarkan pelajar dengan minat dan kebolehan yang sama bekerja pada kadar yang setaraf dengan kemampuan; Memberi satu suasana pembelajaran untuk pelajar yang segan dan malu menunjukkan kebolehan sepenuhnya;

Guru harus memberikan garis panduan yang tepat dan terperinci untuk menggalakkan pemikiran pada aras yang lebih tinggi (higher order thinking skills). Satu contoh garis panduan laporan projek ditunjukkan di bawah ini.

Tunjukkan dengan selengkapnya kerumitan yang mungkin bagi topik yang dipilih; Tentukan kriteria penilaian; Elakkan perkara yang terlalu abstrak; Gunakan kosa kata yang sesuai bagi topik anda. Misalnya dalam topik laras sains, soalan berikut adalah kurang tepat.Bagaimanakah tumbuh-tumbuhan menghasilkan makanan dalam tindak balas fotosintisis?Yang lebih tepat ialah:Bagaimanakah tumbuhan mensintesiskan makanan dalam proses fotosintesis? Gunakan contoh yang sesuai untuk berkomunikasikan topik anda; Hubungkaitkan topik anda dengan pengalaman sendiri;

Guru perlu menunjukkan sampel hasil projek yang telah dikendalikan mengikut tahap pencapaiannya, misalnya, sampel cemerlang, sederhana dan lemah. Dengan ini, pelajar boleh lihat dan faham taraf kualiti yang dikehendaki bagi projek yang mereka akan jalankan.Beberapa contoh jenis projek yang boleh dikendalikan di sekolah ialah sudut sains, sudut bacaan, pembinaan kolam, poster dan mencipta lagu.

iii.Langkah-langkah untuk menjalankan projek

Langkah 1 : Penentuan tajuk dan skop projekAktiviti Anda dikehendaki menyediakan satu lampiran tentang maklumat yang terkini mengenai satu tajuk yang anda mengajar di sekolah. Gunakan pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat yang berkenaan. Semua maklumat harus disusun pada satu helai kertas ukuran A4 dalam bentuk yang menarik dan senang dibaca oleh pelajar anda. Anda harus menunjukkan kreativiti anda dengan menggunakan teknologi yang sesuai. Tentukan juga skala penilaian pada satu senarai semak yang anda akan gunakan untuk menilai projek yang sama rakan sebaya anda. Untuk menolong anda dalam tugasan ini, sila rujuk kepada senarai semak di halaman yang berikut.

Sila catatkan butir-butir mengenai projek anda di bawah ini. Bincangkan dengan pemudah cara ataupun rakan sebaya anda jika anda menghadapi masalah.

Tajuk Projek: ...............................................................................................................Skop Projek: ............................................................................................................

Kriteria penilaian yang dimasukkan dalam senarai semak:

Komen-komen pemudah cara / rakan sebaya (jika ada)

SENARAI SEMAKBil.Pemilihan TajukYaTidak

1.Adakah tajuknya relevan dengan sukatan pelajaran?

2.Adakah skopnya: mencakupi segala aspek yang berkaitan dengan tajuk? memadai dengan tahap keupayaan pelajar?

3.Adakah ia merupakan perkara baru atau peluasan daripada apa yang pernah dibuat?

4. Adakah ia perkara penting dalam kehidupan seharian?

5.Adakah ia dapat menghasilkan satu hasil kerja yang asli?

6.Adakah pengetahuan dapat diintergrasikan?

7.Adakah matlamat projek itu jelas?

8.Adakah strategi pelaksanaannya munasabah?

Langkah 2 : Penilaian awal projekAktiviti Kumpulkan dan senaraikan bahan-bahan relevan yang anda telah dapat dari pelbagai sumber (misalnya, internet, buku rujukan, bahan sebenar dll) di bawah ini.Bil Senarai Jenis Bahan ProjekSumber

Masukkan semua bahan ini ke dalam portfolio anda.Refleksi kendiri.Rumuskan tentang cara dan masalah yang dihadapi semasa mengutip bahan..............................................................................................................................Komen pemudah cara dan penilaian:.............................................................................................................................

Langkah 3 : Pelaksanaan strategiAktivitiSediakan lampiran dengan menggunakan bahan-bahan yang telah dikumpulkan dalam portfolio. Tunjukkan hasil kerja anda kepada rakan sebaya untuk mendapatkan komen-komen mereka. Tuliskan rumusan komen-komen mereka.

Refleksi kendiri1.Pamerkan isi kandungan lampiran anda dalam satu peta konsep.2.Apakah masalah yang timbul semasa anda membina lampiran?3.Adakah anda meminta pertolongan daripada rakan sebaya? Jika ada, adakah bantuan itu dapat meningkatkan mutu kerja anda? Jelaskan.

Langkah 4 : Pemprosesan Maklumat1.Apakah kriteria yang telah digunakan untuk memilih bahan untuk dimasukkan dalam lampiran anda?2.Apakah unsur-unsur inovatif dan kreatif yang ditunjukkan dalam lampiran anda?3.Adakah kesuntukan masa menjadi suatu had yang menjejaskan kualiti lampiran anda?

Langkah 5 : Penilaian Hasil ProjekAktivitiTunjukkan lampiran anda kepada semua rakan kelas anda. Berikan satu persembahan yang ringkas tentang kandungan lampiran itu. Rekodkan semua pertanyaan dan komen rakan kelas anda. Simpan lampiran anda dalam portfolio.

Pertanyaan dan komen rakan:Apakah gred yang anda fikir anda harus terima untuk projek ini? A, B, C, D, E atau pun F? Jelaskan.............................................................................................................................................Komen dan Penilaian Pemudah Cara:...........................................................................................................................................

IV. Penilaian melalui Porfolio i.PengenalanPortfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama. Terdapat beberapa jenis portfolio untuk tujuan dan konteks pembelajaran yang berbeza. Selain portfolio, rekod anekdot dan lain-lain bukti pembelajaran yang lain boleh digunakan untuk menghasilkan penilaian yang menyeluruh.

Portfolio berbentuk dokumentasi yang berstruktur yang memerlukan perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang teliti. Proses pembelajaran melalui portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal hingga akhir. Terdapat keluwesan dalam portfolio melalui perundingan kontrak seperti dari segi masa, strategi atau bentuk.Kaedah ini juga menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama, bantuan dan sumbangan dari semua pihak.Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat yang disusun secara urutan dan mengikut logik. Ia juga bersifat reflektif yang dirangsangkan melalui soalan-soalan. ii.

Ciri-ciri Portfolio

Berfokuskan proses dan tidak memberatkan kepada hasil. Membolehkan peserta kursus belajar dan menilai diri sendiri. Penilaian berbentuk lebih terbuka dan seimbang. Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari masa ke masa mengikut kriteria yang dipersetujui bersama.

PenilaianPortfolio

iii. Jenis-jenis Portfolio

Portfolio Kerja Harian/ Working Portfolio

Merupakan bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan.Contoh: Proses pengembangan idea yang dijalankan secara harian untuk menghasilkan satu karangan yang menunjukkan ciri-ciri berikut:cara mengembangkan idea dalam perenggancara mengumpul isi penting tentang tajuk karangan

Dipilih daripada hasil yang terbaik daripada portfolio kerja harian. Ini berbentuk sumatif.Contoh: Hasil karangan yang terbaik daripada beberapa karangan dibuat dan dikumpul dalam portfolio kerja harian/ mingguan.

Portfolio Hasil Terbaik/ Show Portfolio

Merupakan hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan portfolio kerja harian.Contoh: Satu karangan hasil daripada warna tertentu.

Portfolio Dokumen/Documentary Portfolio

iv. Kegunaan Portfolio Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama-sama rekod anekdot guru untuk menghasilkan penilaian yang holistik; Mengekalkan galakan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan kendiri, menentukan matlamat dan berasa bangga dengan hasil pencapaiannya; Memberi peluang kepada pelajar membuat refleksi dan penilaian Kendiri; Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar dari segi kemahiran-kemahiran, pengetahuan dan kefahaman; Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota anekdot, rekod pelaksanaan tugas dan kadar pencapaian hasil pelajar; Membolehkan penilaian dalam bidang afektif tentang usaha dan aplikasi dapatan melalui pemerhatian tingkah laku, pelibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio;

vi.PerancanganSebelum membuat portfolio, beberapa perkara penting mesti diambil kira.

a. Soalan-soalan untuk menentukan tujuan dan seterusnya jenis portfolioAdakah anda ingin menilai proses atau hasil portfolio?Apakah bukti untuk mencapai matlamat kurikulum atau peta perkembangan pembelajaran pelajar?Apakah kumpulan sasar yang ditujukan?

b.Isi kandungan portfolioAdakah bukti pencapaian objektif portfolio (matlamat/data) relevan?Apakah jenis-jenis bukti pencapaian pembelajaran pelajar?Berapa banyak bukti pencapaian pembelajaran pelajar?

c.Siapakah yang akan memilih isi kandungan, bahan/sumber portfolio dan bagaimana?Guru atau pelajar atau kolaborasi?Adakah proses pembinaan portfolio menggalakkan pelajar membuat refleksi kendiri dan penilaian kendiri?Apakah sistem yang digunakan untuk pengendalian portfolio dalam kelas?

d.Penilaian PortfolioAdakah portfolio dinilai secara keseluruhan, kumpulan atau individu?Apakah kriteria penilaian yang akan digunakan?Adakah kriteria penilaian mudah difahami dan adil?Bagaimanakah membuat anggaran dan laporan mengenai kedudukan/lokasi pelajar dalam peta perkembangan pembelajaran pelajar?mengikut tahap atau lokasi secara berterusan?subjektif atau objektif?

vii.Cara Membina PortfolioSetelah memahami peringkat dan strategi pembinaan portfolio, rancangkan satu aktiviti yang sesuai berdasarkan kemahiran yang terdapat dalam mata pelajaran yang anda ajar. Gunakan jadual berikut sebagai panduan.

PeringkatStrategiAktiviti

Menentukan tujuan portfolio Menghuraikan tujuan portfolio. Menghuraikan instrumen portfolio. Refleksi/menyemak huraian tujuan dan diselaraskan dengan objektif kurikulum serta peta perkembangan pembelajaran pelajar dalam sesuatu bidang pembelajaran.

Menentukan isi portfolio Menghuraikan jenis-jenis/aktiviti-aktiviti pembelajaran. Menghuraikan luas bidang pembelajaran. Refleksi/menyemak huraian bukti/sumber pembelajaran dengan menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar dalam sesuatu bidang pembelajaran.

Menentukan pemilihan cara pengendalian portfolio Menghuraikan sistem pengendalian portfolio. Refleksi/menyemak huraian pengendalian berdasarkan tujuan portfolio dan peta perkembangan pembelajaran pelajar dalam sesuatu bidang pembelajaran.

Menentukan apa yang akan dinilai dan kriteria penilaian Menentukan fokus penilaian secara keseluruhan atau individu. Menerangkan kriteria penilaian. Memastikan kriteria ini jelas dan mudah difahami. Memastikan kriteria tidak memihak kepada sesuatu jantina atau kumpulan. Refleksi/menyemak huraian fokus dan kriteria penilaian mengikut tujuan portfolio, peta perkembangan pembelajaran pelajar dalam sesuatu bidang pembelajaran.

Menentukan kaedah membuat anggaran dan laporan tentang lokasi pencapaian pelajar di peta perkembangan pembelajaran pelajar. Menghuraikan kaedah membuat anggaran tentang lokasi pencapaian pelajar di peta perkembangan pembelajaran pelajar. Menghuraikan kaedah membuat laporan tentang lokasi pencapaian pelajar di peta perkembangan pembelajaran pelajar. Refleksi/menyemak huraian kaedah membuat anggaran dan laporan mengikut tujuan dan kumpulan sasar.

viii.Mengumpul Maklumat Setelah menentukan jenis portfolio, dan strategi pembinaan portfolio, pelajar mencari dan mengumpul maklumat daripada pelbagai aktiviti.- Penyelidikan dan rujukan daripada pelbagai bahan cetak dan Teknologi Maklumat Pelajar mendokumentasikan maklumat dengan memindahkan ke komputer atau ke dalam fail. Misalnya:

Inti/ rumusan dari pelbagai sumberImbas gambar fotoMembentuk soal semak di komputerSambungkan gambar video (untuk pemerhatian) ke komputer.

ix.Bagaimana Menilai Portfolio?

Berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan dan berfokuskan kepada perkembangan pelajar dalam aspek kemahiran- kemahiran, pengetahuan dan kefahaman. Menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar yang memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh dari awal hingga akhir.Sebagai contoh, mari kita lihat peta perkembangan pembelajaran pelajar yang mempunyai lima tahap perkembangan, seperti di bawah ini. E5 Berdikari mengeja perkataan-perkataan J4 Mencantum suku kata dengan bimbingan guru A3 Membentuk suku kata A2 Menyebut bunyi huruf N1 Permulaan mengenal huruf

Menggunakan inferens dengan rekod menimbang pelbagai bukti seperti hasil pemerhatian, jurnal dan rekod anekdot sebelum membuat anggaran seimbang (on-balance) tentang tahap pencapaian pelajar. Membuat laporan sama ada secara huraian atau grafik untuk mencapai matlamat yang lebih lengkap dari markah mentah ujian yang hanya membandingkan seorang pelajar dengan pelajar lain sahaja.

x.Merekod Penilaian Portfolio

Penilaian AwalMengambil kira ciri-ciri penting misalnya draf pertama perancangan portfolio.

Penilaian merentasi tugas bertulis mengikut kriteria dengan skala: -Sangat Tinggi (5)-Tinggi (4)-Sederhana (3)-Rendah (2)-Sangat Rendah (1)Kriteria penilaian: Pemikiran dan isi Struktur dan organisasi Strategi pengurusan Variasi isi yang sesuai Struktur ayat dan gaya bahasa untuk tujuan dan kumpulan sasar yang berlaian.

Senarai ciri-ciri paling pentingIni akan menentukan markah portfolio dan wajaran markah bagi setiap ciri.

Penentuan gred Mengambil kira markah yang diberi kepada tiap- tiap peringkat dan bukti-bukti lain seperti nota anekdot dan refleksi pelajar.

xi.Senarai Semak Portfolio Penilaian Peringkat Perancangan Ya Tidak1.Adakah perbincangan dibuat untuk menentukan topik/tajuk dan skop?2.Adakah objektif pembinaan portfolio jelas dan tepat?3.Adakah strategi untuk mengumpul maklumat dan data dipelbagaikan.4.Adakah jadual fleksi dimasukkan dalam kontrak pelaksanaan kerja.5. Adakah draf tentang langkah-langkah untuk pembinaanportfolio dibuat?6.Adakah pendedahan kepada pelbagai penilaian portfoliomencukupi?

Peringkat Perkembangan / Proses

1.Adakah bimbingan perlu diberi secara berterusan?2.Adakah semua aktiviti-aktiviti yang merentasi semuaaspek penilaian dijalankan?3.Adakah hasil aktiviti-aktiviti didokumentasikan?4.Adakah maklumat atau bukti-bukti didapati daripadaaktiviti pembelajaran yang lain?5.Adakah catatan mengenai aktiviti-aktiviti disalin dalam komputer/disimpan dalam portfolio?6.Adakah analisis maklumat dibuat dengan menggunakan segalabahan/bukti terkumpul mengikut keperluan?7.Adakah penilaian kendiri dibuat bagi tiap-tiap peringkat?8.Adakah susunan maklumat/data/bukti pembelajarandisusun secara urutan dan logik?Peringkat Penilaian1.Adakah kriteria-kriteria tertentu ditetapkan untuk penilaianportfolio?2.Adakah penilaian memberatkan proses?3.Adakah penilaian dibuat dengan menggunakan PetaPembelajaran Pelajar?4.Adakah hasil/bukti portfolio dinilai?5.Adakah aspek-aspek sahsiah juga dinilai?

Peringkat Refleksi/Penutup

1.Adakah proses dan hasil mengikut objektif?2.Adakah portfolio dihasilkan dalam jangka masa mengikutpelaksanaan kerja?3.Adakah idea baru wujud dari penghasilan portfolio tersebut?

xii.Senarai semak yang berikut boleh digunakan untuk menilai tentang sikap dan tingkah laku pelajar sewaktu menyediakan portfolio dengan menggunakan kriteria tertentu mengikut kategori di bawah:

Tajuk portfolio: ____________________________________________

Sikap Interaksi dan PelibatanLimAliSamy

1Bekerjasama

2Kolaborasi (mencuba dan menyumbang idea)

3Menyoal rakan sebaya dalam kumpulan (menggalakkan pelibatan orang lain)

4Mengambil risiko (percaya dengan kebolehan diri)

5Tekun menjalankan tugas

PetunjukTidak berdikari - 0Perlu bantuan - 1Berdikari - 2

iv. Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran

i. Pengenalan Dalam usaha menggalakkan pembelajaran kendiri, para pelajar juga patut diberi hak untuk menentukan apa yang hendak dipelajari, bagaimana pembelajaran itu akan dilaksana dan dihasilkan dalam jangka waktu dan juga corak penilaian tugasan yang ditetapkan sendiri oleh individu berkenaan. Antara kaedah yang paling berkesan untuk tujuan ini ialah penggunaan kontrak pembelajaran.

ii.Apakah Kontrak Pembelajaran?Kontrak Pembelajaran atau dikenali juga sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan suatu persetujuan atau kontrak yang dibuat di antara guru dengan pelajarnya (individu/kumpulan) berhubung dengan sesuatu tugasan, secara bertulis.Persetujuan ini biasanya meliputi kriteria-kriteria yang berkaitan dengan penghasilan tugasan yang berkenaan, iaitu:

Bentuk akhir tugasan yang dihasilkan - Tahap manakah tugasan itu perlu disiapkan? Bagaimana tugasan itu akan dilaksanakan - Adakah secara individu atau berkumpulan?Jika berkumpulan, bagaimanakah input yang diharapkan daripada setiap individu yang terlibat? Berapa lama, dan bila tugasan itu perlu disiapkan - perlukah tugasan itu dinilai secara berproses, atau pada hasil akhirnya sahaja?Jika berproses, bagaimanakah pula penilaian dibuat pada setiap proses? Konsekuen yang akan diterima oleh pihak yang gagal memenuhi/mematuhi kontrak tersebut. Misalnya, penolakan jumlah markah tertentu akan dibuat sekiranya didapati ada individu di dalam sesuatu kumpulan enggan memberi kerjasama kepada kumpulannya.

Kontrak ini biasanya ditandatangani apabila kedua-dua pihak telah bersetuju dengan syarat-syarat atau kriteria-kriteria yang disenaraikan. Biasanya terdapat kompromi dalam kriteria di atas. Kriteria ini ditetapkan oleh guru agar tahap pencapaian yang diharapkan tidak terjejas.

iii.Fungsi Kontrak PembelajaranKontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran tugasan yang berasaskan tahap keupayaan kendiri untuk membolehkana. pelajar mengenal pasti dan merekod,b. menetapkan objektif dan matlamat pembelajaran kendiri,c. mengenal pasti kaedah-kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat tersebut,d. menetapkan jangka masa pelaksanaan dan penghasilannya,e. memaperkan bukti yang menunjukkan bahawa objektif telah tercapai, danf. menentukan bagaimana dan pada tahap mana pencapaian matlamat pembelajaran/tugasan akan dinilai. g.Memberi peluang kepada pelajar untuk menentukan matlamat pembelajaran masing-masing mengikut minat dan keupayaan sendiri.i. Membantu pelajar membuat refleksi bukan sahaja pada akhir tugasan tetapi juga pada sepanjang proses kerjanya iaitu dari awal hingga ke hasil terakhir.

iv.Bagaimanakah kontrak pembelajaran digunakan?Kontrak ini boleh digunakan dalam pelbagai cara mengiut tahap penglibatan pelajar dalam menentukan objektif, kaedah, dan penilaian tugasan yang berkenaan.Antara cara-caranya ialah:

a. Penilaian objektif tugasan objektif ditentukan oleh guru sementara pelajar menetapkan strategi perlaksanaannya, atau beberapa set objektif disarankan oleh guru, pelajar kemudian memilih mana-mana yang difikirnya paling sesuai, atau pelajar merangka beberapa objektif, dan kemudiannya mana-mana yang paling sesuai dan dipersetujui oleh guru.

b. Hasil Pembelajaran pelajar yang berkenaan bertanggungjawab terhadap strategi pembelajaran bentuk tugasannya sama ada dalam bentuk portfolio, laporan kajian, rencana dsb. jenis atau bentuk hasil pembelajaran telah ditentukan terlebih dahulu oleh guru.

c. Penilaian dalam kontraknya, pelajar menyatakan gred akademik yang diharapkan, dan sistem penggredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan yang berkenaan; atau sistem penggredan dan kaedah penilaian keseluruhan proses dan hasilan tugasan ditentukan oleh guru; atau gred terakhir boleh dibincangkan, dan kompromi di antara guru dan pelajar tersebut; berdasarkan syarat-syarat atau kriteria tertentu, Penilaian dibuat oleh individu berkenaan dan rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaannya. Guru juga memberi kata putus terhadap gred akhirnya mendapat persetujuan ketiga-tiga pihak yang terbabit, atau ditetapkan oleh guru sahaja.

d. Format / BentukKeperluan tugasan/kontrak pembelajaran boleh dibuat dalam bentuk tertentu mengikut keperluan kursus/tugasan dan pihak yang terlibat. Sesetengah kursus/tugasan/projek memerlukan kontrak yang amat formal, yang prosedurnya dinyatakan dengan jelas dan rapi (selepas dipersetujui bersama oleh semua pihak yang terlibat dalam penghasilan dan penilaiannya). Sebaliknya, kontrak pembelajaran juga boleh dibuat secara tidak formal tetapi terancang dan jelas.

Seperkara lagi, anda perlu ingat bahawa:

Dalam kontrak pembelajaran, penilaian selalunya berpusatkan pelajar, sementara penggredan perlu dikawal oleh guru agar kesahannya tidak terjejas.

Bagi setiap kontrak pembelajaran, senarai semak bagi butiran yang hendak dinilai, dan bagaimana penggredan dibuat perlu juga dilampirkan. Senarai semak ini mesti disusun bersama penghasilan dan penilaian tugasan, ataupun ditetapkan oleh guru dan dibentangkan kepada pelajar semasa membuat negotiation sebelum mematrikan kontrak tersebut.

Format senarai semak boleh dibuat mengikut keperluan kursus, tugasan dan persetujuan bersama oleh kesemua pihak yang terlibat.

Untuk membuat kontrak pembelajaran, terlebih dahulu peserta akan menentukan matlamat yang akan dicapainya pada akhir kerja atau tugasan yang berkenaan. Kemudian dia akan memastikan pula kaedah dan prosedur serta jangka waktu yang akan diambil olehnya pada tahap tertentu dalam proses menyempurnakan tugasan/projek/kerja tersebut. Kesemua rancangan ini akan dirakamkan di dalam bentuk kontrak pembelajaran yang ditandatangani sendiri. Kontrak ini kemudian akan menjadi dokumen yang akan mengingatkannya tentang objektif/tujuan kerjanya, tahap kerja yang telah disempurnakan di samping memberi maklumat tentang apa yang perlu dibuatnya.

Contoh Format Kontrak Pembelajaran IndividuKONTRAK PEMBELAJARANMata Pelajaran :Nama :Tahun / Tingkatan :Tugasan :Objektif : 1.-------------------------------------------------------------- 2.------------------------------------------------------------- 3.-------------------------------------------------------------

Perkembangan PeringkatApa yang saya mahu capai pada peringkat iniBagaimana saya akan laksanakan peringkat ini.Jangka waktu pelaksanaan peringkat iniBagaimana penilaian bagi peringkat ini dibuatcatatan

Tandatangan kendiriTandatangan rakan sebaya tandatangan guru

............................................... ............................................... .................................Nama:Nama: Nama:

Rumusan

Kontrak Pembelajaran melatih pelajar membuat refleksi dan andaian serta ramalan terhadap proses dan kesan tindakannya dalam merancang tugasan pembelajarannya. Selain itu, pelajar juga dikehendaki memperoleh dan memilih maklumat yang sesuai, di samping memperlihatkan bukti yang kukuh tentang kesahihan maklumat. Ini memerlukan pelajar tersebut berfikiran kritis dan kreatif, berinovasi dan sedar tentang hala tujunya dalam pembelajaran tersebut.

V.Penilaian Melalui Ujiani.PengenalanPenilaian di sekolah perlu memberikan peluang pelajar mengembangkan potensinya secara bebas. Untuk mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan cara yang luwes / fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar, penilai perlu mengambil kira keperluan dan kemampuan individu, serta kepelbagaian cara supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Pelajar yang berlainan gred misalnya, boleh mengambil ujian yang sama. Dengan cara multiple delivery, ini akan menjadi motivasi kepada seseorang pelajar untuk meningkatkan pencapaian supaya selaras dengan pencapaian pelajar lain.

Penilaian memerlukan bukti dan maklumat secara kuantitatif dan kualitatif sebelum satu pertimbangan mengenai perkembangan dan prestasi pelajar dapat dibuat. Maklumat yang bersifat kuantitatif tentang pelajar lebih mudah diperoleh melalui pelbagai ujian manakala maklumat kualitatif seperti sikap, perlakuan, minat dan nilai diperoleh melalui kaedah bukan ujian ( pemerhatian, portfolio, projek, dll).Penilaian formatif dapat mengesan kejayaan dan kegagalan pembelajaran pelajar serta dapat mengukur kemajuan pelajar setelah mereka melalui satu-satu unit pelajaran.

Pencapaian pelajar direkod dalam Laporan Prestasi dan Rekod Profil untuk memudahkan guru mengikuti perkembangan pembelajaran setiap pelajar. Tindakan susulan juga dapat dibuat serta-merta. Ini bermakna pelajar yang berprestasi cemerlang diberi peluang diintegrasikan pembelajarannya secara menegak (vertical integration) mengikut tahun / tahap yang lebih tinggi dan diintegrasikan secara mendatar (horizontal integration) mengikut unit-unit pembelajaran yang lebih tinggi dalam tahun/tahap yang sama. Manakala pelajar yang berprestasi rendah, tindakan susulan serta-merta akan diambil bagi memberi peluang kepada mereka untuk memperbaiki kemahiran dan pengetahuan yang belum dikuasai mengikut kemampuan (patching) sehingga membolehkannya mengikuti unit pembelajaran seterusnya. Dengan alat perkakas dan sumber yang sesuai serta perisian dan bank item yang besar, kaedah Computer Adaptive Testing ( CAT) dapat melaksanakan tugas pengujian ini dengan berkesan.

Pada akhir sesuatu tempoh semester atau tahun, guru juga boleh mendapatkan gambaran prestasi keseluruhan pelajar bagi menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran melalui penilaian sumatif. Penilaian seumpama ini sedang dilakukan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kedua-dua penilaian formatif dan sumatif saling membantu untuk membentuk satu program penilaian yang berkesan.

Ujian yang baik perlu ada item yang bermutu. Analisis item yang dijalankan selepas sesuatu ujian atau praujian membantu dalam hal pemilihan item. Satu kumpulan item (item pool) yang besar akan memastikan guru memperoleh item yang diperlukan dari semasa ke semasa.

ii.Perancangan UjianAspek-aspek yang perlu dipertimbangkan semasa menyediakan ujian termasuk unsur-unsur motivasi, refleksi, mencabar minda, menimbulkan celik akal, mengurangkan tekanan, menimbulkan kesediaan, dan sentiasa bersedia untuk mengambil peperiksaan seterusnya.

Sebelum mentadbirkan ujian, sudah pasti kita perlu merancang beberapa strategi supaya ujian itu dapat mengukur perkara yang hendak diukur. Strategi yang berikut boleh dijadikan panduan semasa merancang ujian jenis objektif.Langkah 1 : Tahukah tujuan ujian?i. Mendiagnos kekuatan dan kelemahan seseorang pelajar.ii. Menilai kemahiran prasyarat.iii. Menilai tahap penguasaan ilmu.iv. Merancang program pemulihan dan pengayaan.

Langkah 2 : Tahukah bidang yang akan dinilai?i. Aspek kognitifii. Aspek afektif- nilai/sikapiii. Aspek kemahiran: pedagogi pemudahcaraan berfikir belajar teknologi maklumat (IT)iv. Aspek personaliti tingkah laku gaya kognitif pelbagai kecerdasan (mutiple intelligence) kecerdasan emosi (emotional intelligence)

Latihan 5Sila dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.

Kemudian buat banding beza antara kaedah-kaedah penilaian bahasa yang telah dihuraikan di atas menggunakan borang pengurusan grafik.

Sila ambil satu contoh kaedah penilaian bahasa di atas untuk menilai satu kemahiran bahasa. Nyatakan kesesuaian dan keberkesanan kaedah tersebut untuk menguji kemahiran bahasa yang telah anda pilih itu.

SELAMAT BERJAYA

Buku Rujukan dan Bacaan Asas

Abdul Aziz Talib (1989), Pengajaran dan Pengujian Bahasa, Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Abd. Aziz Abd. Talib (2000), Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Azman Wan Chik (1987), Isu-Isu dalam Pengukuran dan Penilaian Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azman Wan Chik (1994), Pengujian Bahasa: Kes Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Bahagian Pendidikan Guru. Menilai dan Mentaksir, Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Juriah Long, Raminah Hj. Sabran dan Sofiah Hamid, (1990). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia, Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Kamaruddin Hj. Husin (2001). Pedagogi Bahasa ( Perkaedahan). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Raminah Hj. Sabran (1991), Penilaian dan Pengujian Bahasa Malaysia: Penerapannya Pada Peringkat Sekolah Rendah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tan Hui Leng (1996). Penilaian dalam Proses Pendidikan : Asas Pedndidikan 3, Shah Alam: Fajar Bakti.

Rujukan

Anuar Amat dan Zuariah Yusoff (1992) Pembinaan Item Ujian dalam Penilaian Pendidikan Bahasa Melayu , Kuala Lumpur : Institut Bahasa

Ee Ah Meng (2003). Ilmu Pendidikan: Pengetahuan dan Keterampilan Ikhtisas. Shah Alam: Fajar Bakti.

Institut Bahasa (1994). Strategi Pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasadan Pustaka.

Juriah Long dan Noor Ein Mohd. Noor (1990). Alat dan Bahan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.

Kamarudin Hj Husin (1991). KBSM dan Model-Model Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kamariah Abu Bakar, et.al. ( 1999) Pengujian dan Penilaian dalam Pengajaran, Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Mok Soon Sang. (2000). Ilmu Pendidikan untuk KPLI. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

25