t2a1( tugasan epic )

4
MUHAMMAD MARZILAN BIN ABDULLAH HBEF2803 790714105429001 PROSES SEBELUM PERLAKSANAAN SEMINAR. Sebelum merancang untuk mengadakan program seminar, kami telah mengadakan satu mesyuarat bersama – sama pentadbir dan guru – guru untuk membentuk ahli jawatankuasa bagi program seminar tersebut.Selain itu juga guru – guru diberi tugas dengan kecekapan dan kepakaran masing – masing. Mesyuarat yang diadakan bagi membincangkan perlaksanaan program seminar. Di mana dalam mesyuarat tersebut juga membincangkan penceramah yang akan dijemput. Pengetua SMK Tun Hussein Onn iaitu En. Ahmad Ezzat bin Ismail sudi untuk hadir sebagai penceramah pada hari dan masa yang telah kami pilih dan cadangkan. Saya dan rakan-rakan telah menghantar surat jemputan sebagai penceramah kepada En. Ahmad Ezzat yang sudi hadir pada tarikh tersebut. Setelah selesai mencari penceramah, saya dan rakan-rakan serta pihak pentadbir berbincang untuk membuat persediaan dari segi tempat program ini akan diadakan serta peralatan yang akan diguna pakai, kami juga mengambil bilangan guru yang dapat menghadirkan diri yang tidak terlibat dengan mana-mana kursus pada hari tersebut. Tujuan kami mengambil bilangan guru yang dapat hadir adalah untuk mengetahui jumlah makanan yang akan disediakan oleh pihak kantin, ini untuk mengelak dari berlakunya pembaziran jika jumlah makanan yang dipesan melebihi jumlah guru yang dapat hadir pada hari tersebut. Selepas selesai membincangkan mengenai jamuan, pihak pentadbir telah mengarahkan setiausaha program seminar ini untuk membentangkan kertas kerja program yang telah dibuat. Pihak pentadbir amat berpuas hati dengan pembentangan kertas kerja 1

Upload: marzilanman

Post on 25-Sep-2015

230 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

tugasan epic

TRANSCRIPT

MUHAMMAD MARZILAN BIN ABDULLAH HBEF2803

790714105429001

PROSES SEBELUM PERLAKSANAAN SEMINAR.

Sebelum merancang untuk mengadakan program seminar, kami telah mengadakan satu mesyuarat bersama sama pentadbir dan guru guru untuk membentuk ahli jawatankuasa bagi program seminar tersebut.Selain itu juga guru guru diberi tugas dengan kecekapan dan kepakaran masing masing. Mesyuarat yang diadakan bagi membincangkan perlaksanaan program seminar. Di mana dalam mesyuarat tersebut juga membincangkan penceramah yang akan dijemput. Pengetua SMK Tun Hussein Onn iaitu En. Ahmad Ezzat bin Ismail sudi untuk hadir sebagai penceramah pada hari dan masa yang telah kami pilih dan cadangkan. Saya dan rakan-rakan telah menghantar surat jemputan sebagai penceramah kepada En. Ahmad Ezzat yang sudi hadir pada tarikh tersebut.

Setelah selesai mencari penceramah, saya dan rakan-rakan serta pihak pentadbir berbincang untuk membuat persediaan dari segi tempat program ini akan diadakan serta peralatan yang akan diguna pakai, kami juga mengambil bilangan guru yang dapat menghadirkan diri yang tidak terlibat dengan mana-mana kursus pada hari tersebut. Tujuan kami mengambil bilangan guru yang dapat hadir adalah untuk mengetahui jumlah makanan yang akan disediakan oleh pihak kantin, ini untuk mengelak dari berlakunya pembaziran jika jumlah makanan yang dipesan melebihi jumlah guru yang dapat hadir pada hari tersebut. Selepas selesai membincangkan mengenai jamuan, pihak pentadbir telah mengarahkan setiausaha program seminar ini untuk membentangkan kertas kerja program yang telah dibuat. Pihak pentadbir amat berpuas hati dengan pembentangan kertas kerja mengenai program tersebut. Selain itu juga isu keselamatan juga tidak dilupakan dimana tempat dan lokasi program yang dipilih adalah selamat. Peti pertolongan cemas juga dalam keadaan yang baik dan terkini.

SEMASA PERLAKSANAAN PROGRAM SEMINAR

Pada hari program ini dijalankan saya dan rakan-rakan memastikan bahawa semua AJK yang dilantik telah bersiap sedia dengan tugas yang telah diamanahkan dan memastikan mereka dapat hadir bagi menyempurnakan program ini. Kami juga memastikan tempat sesi ceramah diadakan iaitu makmal Komputer dalam keadaan bersih dan meja kerusi dalam keadaan teratur. Kami juga menghubungi penceramah bagi memastikan bahawa beliau akan dapat hadir seperti yang telah dijanjikan. Selain itu saya dan rakan-rakan yang bertugas juga ada memastikan jumlah makanan yang disediakan adalah seperti yang telah ditempah. Kami juga memastikan AJK yang dilantik telah menyiapkan dan menyediakan segala peralatan seperti PA sistem, LCD dan Kamera video dan peralatan ini dipasang dan dalam keadaan baik serta boleh digunakan sepanjang program ini berlangsung.

Kami telah mengambil kehadiran guru-guru pada hari tersebut dan apabila penceramah tiba, saya selaku pengerusi dan juga rakan-rakan lain mengalu-alukan kedatangan beliau. Saya yang bertindak dan ditugaskan untuk menjadi pengerusi majlis dalam program ini telah pun menyediakan teks lebih awal dan membaca teks yang telah saya sediakan bagi memastikan perjalanan majlis dan program ini berjalan dengan baik dan dalam keadaan teratur.

Semasa sesi ceramah diadakan, AJK yang bertindak sebagai jurufoto telah menjalankan kerjanya dengan sebaik mungkin. Semua guru yang hadir mendengar sesi ceramah yang diberikan oleh En. Ahmad Ezzat yang bertajuk Guru dan Akauntabiliti Profesionalisme. Saya dan rakan-rakan guru mencatat segala isi penyampaian dan ilmu yang diperoleh untuk dijadikan panduan dalam kehidupan kerjaya sebagai seorang pendidik.

Pada akhir ceramah, saya yang bertugas selaku pengerusi majlis dan mewakili rakan-rakan lain mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Ahmad Ezzat dan guru-guru yang lain kerana sudi hadir serta menjayakan program pada hari ini. Saya juga menjemput Penceramah untuk menikmati jamuan yang telah disediakan dengan diiringi oleh Tuan Guru Besar di bilik jamuan, dan tidak lupa juga menjemput guru-guru dan rakan-rakan yang hadir bagi menjayakan program ini untuk sama-sama menikmati jamuan yang telah disediakan.

SELEPAS PERLAKSANAAN PROGRAM SEMINAR

Selepas aktiviti dilaksanakan, penganjur, pengelola atau pengerusi jawatankuasa perlu memastikan beberapa perkara untuk diselesaikan. Fungsi jawatankuasa pengelola akan berakhir apabila semua laporan dan laporan penilaian diserahkan kepada pihak pentadbir sekolah. Pihak yang bertanggungjawab juga harus membersihkan kawasan yang telah digunakan untuk program seminar tersebut. Pengelola program juga harus membayar semua bil bil perbelanjaan selepas tamatnya program seminar tersebut.Selain itu pengelola juga harus memastikan peralatan yang digunakan semasa program berlangsung dipulangkan ke tempat asalnya. Pengelola juga harus memastikan ahli jawatankuasa yang terlibat dengan peralatan, untuk memastikan peralatan yang digunakan tidak rosak semasa dipulangkan.

Pengelola juga harus memastikan ahli jawatankuasa yang terlibat dengan dokumentasi program atau laporan harus menyelesaikannya dalam masa yang terdekat untuk diserahkan kepada pihak pentadbir sekolah seperti laporan kewangan, laporan laporan aktiviti dan sebagainya. Pihak pengelola juga harus menghantar dan memberi surat atau sijil penghargaan kepada penceramah atau ahli jawatan kuasa yang terlibat dengan program tersebut. Selain itu pihak pentadbir dan pihak pengelola harus membuat mesyuarat post mortem seperti membincangkan masalah masalah yang dihadapi semasa melaksanakan program tersebut dan cara menyelesaikan masalah masalah tersebut. Semasa mesyuarat post mortem ini, setiausaha harus mencatat semua cadangan dan kritikan yang diluahkan oleh setiap ahli jawatankuasa.

3