t1a3 pendidikan inklusif

Upload: hasrolaffendi-johari

Post on 03-Jun-2018

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 T1A3 pendidikan inklusif

    1/9

    FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

    JANUARY / JANUARI 2013

    HBEF3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF

    NO. MATRIKULASI : 790101115042001

    NO. KAD PENGENALAN : 790101115042NO. TELEFON : 0193373347

    E-MEL : [email protected]

    PUSAT PEMBELAJARAN : KELANTAN LEARNING CENTRE

  • 8/12/2019 T1A3 pendidikan inklusif

    2/9

    790101115042001 ROSNANI BT MOHAMAD @ MAT YASIN

    HBEF3503 PENDIDIKAN INKLUSIF 1

    ISI KANDUNGAN

    PERKARA HALAMAN

    BIODATA2

    PENGHARGAAN3

    PENGENALAN4

    PENULISAN REFEKSI5

    PENUTUP 8

  • 8/12/2019 T1A3 pendidikan inklusif

    3/9

    790101115042001 ROSNANI BT MOHAMAD @ MAT YASIN

    HBEF3503 PENDIDIKAN INKLUSIF 2

    BIODATA

    NAMA ROSNANI BT MOHAMAD @ MAT YASIN

    NO K/P 790101115042

    NO MATRIK 790101115042001

    TARIKH LAHIR 01 JANUARI 1979

    ALAMAT

    PT 4855 TAMAN D`WAN,

    ALOR LINTANG,

    22200 BESUT,

    TERENGANU.

    [email protected]

    [email protected]

    NO. TELEFON 019 3373347

    KURSUS SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKANRENDAH) DENGAN KEPUJIAN

    PENGKHUSUSAN MATEMATIK

    mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]
  • 8/12/2019 T1A3 pendidikan inklusif

    4/9

    790101115042001 ROSNANI BT MOHAMAD @ MAT YASIN

    HBEF3503 PENDIDIKAN INKLUSIF 3

    PENGHARGAAN

    Alhamdulillah, bersyukur ke hadirat Ilahi kerana dengan limpah kurnia serta

    izinNya yang memberi ruang dan peluang kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.

    Walaupun terpaksa menempuh pelbagai dugaan dan rintangan, namun kami teruskan juga

    untuk menjayakannya.

    Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak

    terhingga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung

    dalam usaha kami untuk menyelesaikan tugasan pendidikan inklusif ini. Tidak lupa juga

    kepada rakan-rakan seperjuangan di Open Universiti Malaysia Kampus Kelantan serta

    rakan guru di sekolah yang turut memberi sokongan dan bimbingan yang tidak dapat saya

    nafikannya. Terima kasih sekali lagi diucapkan.

    Tidak lengkap rasanya jika saya tidak merakamkan penghargaan terima kasih ini

    kepada tutor yang banyak membantu serta memberi tunjuk ajar kepada saya dan rakan-

    rakan yang lain walaupun tidak pernah bersua muka. Beliau yang saya maksudkan ialah

    pensyarah e-tutor online saya iaitu Pn. Zurainee Ariffin yang banyak membantu dan

    memberi tunjuk ajar kepada kami sepanjang penghasilan tugasan ini. Semoga Allah

    memberi keberkatan kepada beliau.

    Insya-Allah, diharapkan semoga dengan segala bimbingan serta tunjuk ajar yang

    telah diberikan kepada saya akan mendapat kerahmatan dariNya.

    Sekian, terima kasih.

  • 8/12/2019 T1A3 pendidikan inklusif

    5/9

    790101115042001 ROSNANI BT MOHAMAD @ MAT YASIN

    HBEF3503 PENDIDIKAN INKLUSIF 4

    PENGENALAN

    Kementerian Pendidikan memilih dasar menyediakan kemudahan dan pendekatan

    yang memastikan semua jenis dan peringkat murid mendapat manfaat yang maksimum

    daripada pelbagai aktiviti pendidikan sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Bagi

    memastikan harapan bangsa dan negara serta membentuk masyarakat penyayang seperti

    diharapkan dalam Wawasan 2020, Kementerian Pendidikan dalam usahanya

    merealisasikan konsep pendidikan untuk semua telah menyediakan peluang dan

    perkhidmatan pendidikan bagi murid-murid berkeperluan khas iaitu yang bermasalah

    penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Perkhidmatan

    pendidikan yang disediakan untuk membantu murid-murid berkeperluan khas ini salah

    satu darinya adalah pendidikan inklusif.

    Inklusif dalam istilah yang mudah difahami adalah menempatkan murid-murid

    berkeperluan khas ke dalam kelas aliran perdana semasa proses pembelajaran sama ada di

    dalam mahupun luar bilik darjah. Kurikulum yang digunakan ialah kurikulum arus

    perdana di mana tenaga pengajarnya juga adalah terdiri daripada guru-guru aliran

    perdana.

    Kamariah jarji, 1994 menyatakan bahawa pendidikan inklusif melibatkan murid-

    murid berkeperluan khas di dalam kelas biasa yang mana bantuan yang sesuai akan

    disalurkan kepada mereka bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan

    pembelajaran bersama-sama dengan rakan sebaya yang lain. Inklusif bukan sahaja

    difokuskan kepada mata pelajaran teras, malah ia juga boleh dilaksanakan bagi mata

    pelajaran elektif yang lain.

    Sebelum abad ke-19, kanak-kanak kurang upaya dikatakan tidak boleh diajar dan

    menerima pengajaran seperti mana lazimnya kanak-kanak biasa. Pada awal abad ke-19,

    Thomas H.Gallandet (1781-1851) dan Louis Braille (1809-1852) telah memperkenalkan

    sekolah khas masalah penglihatan dan masalah pendengaran. Pertengahan abad ke-19

  • 8/12/2019 T1A3 pendidikan inklusif

    6/9

    790101115042001 ROSNANI BT MOHAMAD @ MAT YASIN

    HBEF3503 PENDIDIKAN INKLUSIF 5

    pula, organisasi politik telah bertindak memberi penekanan yang lebih khusus terhadap

    keluarga yang mempunyai kanak-kanak kurang upaya ini.

    Program pendidikan inklusif ini yang mana digubal selaras dengan Falsafah

    Pendidikan Negara adalah menitik beratkan suatu program. Program ini adalah bagi

    murid-murid berkeperluan khas yang ditempatkan dalam kelas aliran perdana semasa

    proses pengajaran dan pembelajaran serta belajar bersama-sama dengan rakan sebaya

    yang lain.

    REFLEKSI

    Berdasarkan tugasan Pendidikan Inklusif bermula dari aktiviti 1 hingga aktiviti 2,

    telah banyak pengetahuan serta pengalaman yang telah dikutip. Tidak kurang juga

    pelbagai halangan yang merintangi perjalanan untuk menyiapkan tugasan kali ini.

    Sepanjang menyiapkan tugasan dalam Aktiviti 1, saya tidak mengalami sebarang

    kesulitan memandangkan bahan-bahan berkaitan Pendidikan Inkusif banyak terdapat di

    laman maya mahupun bahan bercetak termasuk majalah. Melaluinya, ia secara tidak

    langsung memberi peluang kepada saya untuk mendalami pengetahuan berkaitan murid

    bermasalah pembelajaran. Melalui tugasan ini juga saya berpeluang meneroka cabang

    ilmu yang lain dari bidang saya iaitu pengurusan pendidikan inklusif yang mana

    melibatkan murid yang menghadapi pelbagai masalah pembelajaran. Ini adalah kerana

    saya merupakan guru Matematik dan Bahasa Melayu di sebuah sekolah dan mengajar

    murid aliran perdana. Tidak pernah terlintas di hati saya untuk mendekati golongan

    istimewa ini apatah lagi merangka sebuah program untuk mereka merasai pengalaman

    belajar dan bergaul bersama-sama rakan sebaya yang lain.

    Melalui objektif pelaksanaan program inklusif ini, saya dapat merasakan murid

    bermasalah pembelajaran patut diberi peluang yang sepatutnya untuk menerima

    pengajaran dan pembelajaran selain menyertai pelbagai aktiviti bersama dengan murid-

  • 8/12/2019 T1A3 pendidikan inklusif

    7/9

    790101115042001 ROSNANI BT MOHAMAD @ MAT YASIN

    HBEF3503 PENDIDIKAN INKLUSIF 6

    murid aliran perdana. Di samping itu juga, program inklusif dapat memupuk nilai

    keadilan dan kesamarataan dalam pelbagai aspek antara murid-murid berkeperluan khas

    dengan murid normal terutama pendidikan tanpa mengira perbezaan, kekurangan

    mahupun kecacatan. Kerjasama semua pihak iaitu guru, pihak sekolah, ibu bapa dan juga

    masyarakat amat penting bagi pelaksanaan program seumpama ini. Syukur, program

    yang dicadangkan untuk dilaksanakan mendapat kelulusan pihak sekolah. Selepas

    cadangan saya diluluskan, saya mula merangka satu program inkusif yang berkesan dan

    berkualiti untuk membantu murid bermasalah pembelajaran yang selalu dinafikan haknya

    dalam menimba ilmu pengetahuan.

    Melalui aktiviti 2, saya berpeluang merangka program inklusif melibatkan seorang

    murid bermasalah slow learner iaitu adik Muhammad Amir Ashraff bin Muhammad Ali.

    Murid ini mempunyai iq di bawah 80 yang mana telah menguasai kemahiran asas 3M.

    Selain itu, beliau boleh berkomunikasi dan tidak mempunyai masalah tingkah laku berat

    yang boleh mengganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

    Pelaksanaan program yang diberi nama Program cakna Ilmu ini memberi ruang dan

    peluang kepada saya untuk mengajar adik ini bersama murid-murid normal lain dalam

    kelas aliran perdana. Murid ini memerlukan kesabaran dan pengulangan dalam

    mengajarnya kerana tahap kecerdasan beliau berbeza dan sedikit terbelakang. Program

    yang dirancang adalah berjaya mengikut perancangannya. Kerjasama semua pihak

    memberi impak yang positif terhadap usaha untuk mengatasi masalah adik Muhammad

    Amir Ashraff di samping memberi peluang untuk beliau membina keyakinan diri bila

    bersama rakan dan masyarakat.

    Sebagai seorang guru yang telah menjalankan kajian kes terhadap seorang murid

    berkeperluan khas, banyak impak yang telah saya rasai dan terima. Antaranya ialah,

    kesabaran yang tinggi diperlukan apabila mengajar murid istimewa ini memandangkan

    mereka mempunyai tahap kecerdasan yang rendah. Jika mengajar murid aliran perdana,

    seseorang guru mengharapkan objektif pembelajaran dapat dicapai sepenuhnya namun

    apabila berhadapan dengan murid berkeperluan khas ini, pengajaran akan menjadi lebih

    rumit kerana guru harus membuat pengulangan beberapa kali sehingga murid ini betul-

  • 8/12/2019 T1A3 pendidikan inklusif

    8/9

    790101115042001 ROSNANI BT MOHAMAD @ MAT YASIN

    HBEF3503 PENDIDIKAN INKLUSIF 7

    betul bersedia menerima dan memahaminya. Apa yang paling menyentuh hati saya

    adalah apabila melihat mereka bersungguh-sungguh ingin belajar dan bergaul dengan

    rakan sebaya lain. Ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan

    murid istimewa ini dalam menghadapi cabaran masa akan datang. Rakan sebaya yang

    lain menerima kehadiran murid ini tanpa mengira kekurangannya. Inilah kesan yang

    paling membanggakan saya sebagai guru kerana mereka pada awalnya sukar untuk

    menerima rakan baru, namun dengan pelbagai aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan

    melalui program pendidikan inklusif ini menjadikan mereka tidak lagi menafikan hak

    untuk bersama-sama mendapat manfaat daripada program seumpama ini.

    Setelah mengajar adik Muhammad Amir Ashraff ini selama lebih kurang 2 bulan, ia

    memberi peluang kepada saya untuk mengenalinya dengan lebih rapat lagi. Selain itu,

    saya juga dapat merasakan kesukaran dan kegigihan guru pendidikan khas yang sebenar

    mengajar dan mendidik golongan istimewa ini. Tidak tergambar jasa dan pengorbanan

    mereka selama ini. Namun kekangan masa membataskan usaha saya untuk terus

    membantu murid bermasalah pembelajaran slow learner ini.

    Di samping kesamarataan dalam memberikan pendidikan kepada semua murid

    termasuk golongan istimewa ini, pelbagai pihak perlu memainkan peranan. Dalam

    pelaksanaan Program Cakna Ilmu ini, pihak sekolah termasuk Guru Besar, Guru

    Penolong Kanan Pendidikan Khas, guru kelas dan guru Pendidikan Khas (Guru

    Pembimbing) memberikan kerjasama dan kesediaan mereka. Guru Besar memainkan

    peranan mempengerusikan jawatankuasa program pendidikan inklusif ini di samping

    bertanggungjawab terhadap semua perancangan dan pelaksanaan program. Guru

    Penolong Kanan Pendidikan Khas pula bertanggungjawab terhadap hal ehwal

    pentadbiran, pengurusan dan ikhtisas program. Guru kelas turut memberikan sepenuh

    komitmen dengan merancang dan menyediakan rancangan pengajaran semasa bersama-

    sama dengan guru-guru pendidikan khas yang lain. Guru pembimbing pendidikan khas

    pula berperanan mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa adik Muhammad

    Amir Ashraff berhubung dengan penempatan ke program inklusif ini sebelum program

    ini dijalankan.

  • 8/12/2019 T1A3 pendidikan inklusif

    9/9

    790101115042001 ROSNANI BT MOHAMAD @ MAT YASIN

    HBEF3503 PENDIDIKAN INKLUSIF 8

    Melalui tugasan Pendidikan Inklusif ini iaitu aktiviti 1 dan aktiviti 2, saya berasa

    ingin meneruskan lagi usaha untuk mendekati dan membimbing murid bermasalah

    pembelajaran ini kerana semakin kita mengenali mereka, semakin kita berazam untuk

    membantu mereka mencapai cita-cita yang diimpikan. Sesungguhnya kanak-kanak

    golongan istimewa ini jika dididik dan dibentuk, akan mampu bersaing seiring dengan

    murid-murid normal yang lain. Sekiranya pihak sekolah bersetuju untuk meneruskan

    program pendidikan inklusif ini, saya bersedia dengan rela hati ingin memberikan

    sumbangan dan kerjasama.

    PENUTUP

    Alhamdulillah, bersyukur ke hadirat Ilahi kerana dengan limpah kurnia serta

    izinNya yang memberi ruang dan peluang kepada saya untuk melengkapkan tugasan

    pendidikan inklusif ini. Walaupun terpaksa menempuh pelbagai dugaan dan rintangan,

    namun saya teruskan juga untuk menjayakannya. Terima kasih yang tidak terhingga

    kepada semua yang membantu.

    Harapan saya semoga program seumpama ini dapat diteruskan untuk memberi

    peluang untuk murid-murid berkeperluan khas menimba ilmu yang tiada sempadan. Hak

    mereka dalam menimba ilmu tidak boleh dinafikan kerana mereka juga mampu mencipta

    kejayaan jika dididik dengan sempurna tanpa melihat kepada kekurangan yang ada.

    Kerjasama semua pihak iaitu guru, pihak sekolah, ibu bapa dan juga masyarakat

    amat penting bagi pelaksanaan program seumpama ini untuk memastikan objektif

    program pendidikan inklusif iaitu memupuk nilai keadilan dan kesamarataan dalam

    pelbagai aspek antara murid-murid berkeperluan khas dengan murid normal terutama

    pendidikan tanpa mengira perbezaan, kekurangan mahupun kecacatan dapat dicapai.