surat sumbangan dan tajaan bank rakyat

4
SK PUTERI PANDAN (2) JALAN PERWIRA 55100 KUALA LUMPUR TEL/ FAKS: 03- 92847052 ______________________________________________________________________ Ruj.Kami: SKPP2/01/04/003(1) Tarikh : 18 APRIL 2104 Kepada : Penolong Pengurus Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Bangunan Daruzzakah Lorong Haji Hussein 50676 Kuala Lumpur. (U/P : Ustaz Lokman Ibrahim.) Unit Pembangunan Ummah Tuan/Puan MEMOHON SUMBANGAN PERALATAN SEKOLAH DAN KELENGKAPAN BAGI PANITIA PENDIDIKAN ISLAM Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak kami ingin memohon bantuan sumbangan dan kelengkapan untuk kegunaan pembelajaran di bawah Panitia Pendidikan Islam, dari Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Pesekutuan. 3. Antara peralatan-peralatan dan kelengkapan pembelajaran sekolah yang ingin memohon sumbangan adalah seperti berikut:- Bil Peralatan Kuantiti 1 Laptop ( asus) 3 unit 2 Printer ( Epson L 210 Series – 3 in 1) 2 unit 3 LCD 1 unit 4 Kipas angin Berkaki 2 unit 5 Rak Fail ( pejabat) 2 unit 6 Rak Buku / bahan bacaaan 4 unit 7 Punch Kad 1 unit 8 Mesin Fax / telefon fax 1 unit 9 Meja dan kerusi bacaan murid 5 set 4. Untuk makluman pihak tuan, sekolah kami adalah dikategorikan sekolah kurang murid ( 124 orang). Oleh itu, peruntukan perkapita yang diperolehi adalah sedikit dan tidak dapat menampung keperluan untuk pembelajaran murid-murid dengan sempurna. Oleh itu, pihak sekolah amat memerlukan sumbangan dari pihak Baitulmal.

Upload: hayati-yusof

Post on 08-Jul-2015

406 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

surat sumbangan

TRANSCRIPT

Page 1: Surat sumbangan dan tajaan bank rakyat

SK PUTERI PANDAN (2)JALAN PERWIRA 55100 KUALA LUMPURTEL/ FAKS: 03- 92847052______________________________________________________________________

Ruj.Kami: SKPP2/01/04/003(1)Tarikh : 18 APRIL 2104

Kepada :

Penolong Pengurus BaitulmalMajlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)Bangunan DaruzzakahLorong Haji Hussein50676 Kuala Lumpur.(U/P : Ustaz Lokman Ibrahim.) Unit Pembangunan Ummah

Tuan/Puan

MEMOHON SUMBANGAN PERALATAN SEKOLAH DAN KELENGKAPAN BAGI PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak kami ingin memohon bantuan sumbangan dan kelengkapan untuk kegunaan pembelajaran di bawah Panitia Pendidikan Islam, dari Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Pesekutuan.

3. Antara peralatan-peralatan dan kelengkapan pembelajaran sekolah yang ingin memohon sumbangan adalah seperti berikut:-

Bil Peralatan Kuantiti

1 Laptop ( asus) 3 unit2 Printer ( Epson L 210 Series – 3 in 1) 2 unit3 LCD 1 unit4 Kipas angin Berkaki 2 unit5 Rak Fail ( pejabat) 2 unit6 Rak Buku / bahan bacaaan 4 unit7 Punch Kad 1 unit8 Mesin Fax / telefon fax 1 unit9 Meja dan kerusi bacaan murid 5 set

4. Untuk makluman pihak tuan, sekolah kami adalah dikategorikan sekolah kurang murid ( 124 orang). Oleh itu, peruntukan perkapita yang diperolehi adalah sedikit dan tidak dapat menampung keperluan untuk pembelajaran murid-murid dengan sempurna. Oleh itu, pihak sekolah amat memerlukan sumbangan dari pihak Baitulmal.

Page 2: Surat sumbangan dan tajaan bank rakyat

5. Di sini juga, disertakan latar belakang dan sejarah sekolah untuk makluman pihak tuan.

Segala kerjasama dan perhatian dari pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

………………………….(W ZAINAB WAN ABAS) Guru Besar SK Puteri Pandan 2, Jalan Perwira, Kuala Lumpur

Page 3: Surat sumbangan dan tajaan bank rakyat

LATAR BELAKANG SEKOLAH

A. Sejarah Sekolah

Sekolah Puteri Pandan Dua telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Abu Bakar,S.P.M , J.P.

Menteri Besar Selangor pada 5 haribulan Disember 1963.Semasa itu sekolah ini dikenali sebagai Sekolah

Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Kampung Pandan Perempuan Dua.

Enam belas buah darjah bersama murid-murid serta enam belas orang guru datang dari Sekolah

Convent Jalan Peel untuk memulakan pengajaran di sekolah baru ini. Guru Besar pertamanya ialah Puan

Catherine Perreau.

Jumlah murid-murid di dalam bulan Januari 1963 ialah seramai 653 orang dan lima puluh peratus

daripadanya ialah murid-murid bangsa cina. Bilangan murid-murid melayu ketika itu hanya sedikit

sahaja.Sekarang didapati murid-murid Melayu lebih ramai daripada bangsa-bangsa lain kerana di sekeliling

kawasan ini kebanyakannya kaum melayu.

Sekolah ini terdiri dari dua blok tiga tingkat,pejabat,bilik guru dan dewan.Semasa mula

dibina.,dewan sekolah ini adalah dewan terbuka tetapi pada akhir tahun 1974 dewan ini telah ditutup dan

PIBG sekolah (1) dan (2) telah berkongsi membiayai pembelanjaan pembinaan sebuah pentas dan

pemasangan lampu serta kipas. Pada tahun 1972 sebuah bangsal berharga RM 12,000 telah dibina bagi

kemudahan murid-murid menunggu sebelum masuk sekolah di waktu tengahari. Pembelanjaan membina

bangsal ditanggung oleh kedua-dua sekolah.Selain itu terdapat kemudahan bilik sembahyang semenjak tahun

1964.

Pada tahun 1982,kelas pemulihan dimulakan.Pada tahun 1985,bilik perpustakaan sekolah (1) dan

(2) telah dicantumkan dan diubahsuaikan menjadi Pusat Sumber Sekolah (1) dan (2).Pembelanjaan

pengubahsuaian itu berharga RM 35,OOO.OO dibiayai oleh kedua-dua PIBG.Kerja-kerja menambak tanah

dan menanam rumput telah dijalankan dengan menelan belanja RM 5,000.00 dan dalam tahun 1986 , padang

sekolah ini telah bertukar wajah kepada sebuah padang yang sesuai untuk murid-murid bermain dan

bersukan.

Sekolah Rendah Kebangsaan Puteri Pandan Dua terletak di Jalan Perwira iaitu hujung Jalan

Nakhoda Yusuff.kebanyakkan murid-murid yang belajar di sekolah ini tinggal di kawasan yang berhampiran

seperti Kampung Pandan ,Taman Maluri, perumahan kakitangan kerajaan dan setinggan .Sebilangan kecil

tinggal di kawasan Cheras hingga 9 Jalan Cheras.

Page 4: Surat sumbangan dan tajaan bank rakyat

Pada penghujung tahun 1996 bangsal yang dibina bagi kemudahan murid –murid menuggu sebelum

masuk sekolah pada waktu tenggahari telah dirobohkan kerana telah uzur.Bangsal tersebut telah digantikan

dengan pembinaan dewan terbuka untuk kemudahan murid-murid selain tempat menunggu tetapi juga

digunakan sebagai tempat perhimpunan dan menjalankan pelbagai aktiviti .Kos pembinaan telah ditanggung

oleh Pengusaha kedai buku.

Pada awal tahun 1999 semua Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dengan rasminya telah ditukarkan

kepada Sekolah Kebangsaan (SK). Maka Sekolah Rendah Kebangsaan Puteri Pandan (2) yang dahulunya

dikenali sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan (Inggeris) Kampung Pandan Perempuan Dua telah menjadi

Sekolah Kebangsaan Puteri Pandan Dua mulai tahun 1999.

PELAN LOKASI SEKOLAH

MRR2

SJK(C) SUN CHIN

SK.ST.GABRIEL

SMK.ST.GABRIEL

SK.PUTERI PANDAN 1

INSTITUT BAITULMAL

MASJID

SK.PUTERI PANDAN 2

BULATAN KG.PANDAN