sumbangan pak lah.docx

26
23.8.10 PEMBANGUNAN & SUMBANGAN DI BAWAH PEMERINTAHAN ABDULLAH AHMAD BADAWI PEMBANGUNAN & SUMBANGAN DI BAWAH PEMERINTAHAN ABDULLAH AHMAD BADAWI Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) Pada Oktober 2006, kerajaan telah mengumumkan bahawa sebuah kawasan pembangunan khas di Selatan Johor akan dibangunkan. Kawasan ini merangkumi 2,217 km persegi dan dikenali sebagai South Johor Economic Region (SJER). Kawasan ini akan dibangunkan oleh Khazanah Holdings Bhd. Kawasan ini melibatkan kawasan perindustrian, perdagangan dan penempatan. SJER akan dijadikan sebagai agensi ‘pusat satu perhentian’ (one stop centre). Pembangunan itu merangkumi lokasi segi tiga di antara Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di utara, Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di barat daya dan Pelabuhan Pasir Gudang (PPG) di tenggara. SJER akan terbahagi kepada lima kawasan Flagship iaitu: • Flagship A – Pusat Bandaraya Johor Bahru • Flagship B – Nusajaya • Flagship C – Gerbang Pintu Barat • Flagship D – Gerbang Pintu Timur • Flagship E – Senai – Skudai DYMM Tuanku Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor, telah merasmikan SJER yang dijenama semula sebagai Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) dalam satu upacara khas diDanga Bay, Johor Bahru pada 4 November 2006. Tempoh pembangunan kawasan dikenali sebagai Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) itu adalah sehingga tahun 2025 dan memerlukan kos lebih RM47 bilion untuk menjana pertumbuhan ekonomi sebanyak lapan peratus dalam tempoh lima tahun yang pertama. WPI juga akan menjadi sebuah pusat pertumbuhan yang terbesar di rantau ini. Jambatan Kedua Pulau Pinang Projek jambatan kedua Pulau Pinang diumumkan Perdana Menteri Datuk

Upload: hl-chang

Post on 03-Oct-2015

466 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

23.8.10PEMBANGUNAN & SUMBANGAN DI BAWAH PEMERINTAHAN ABDULLAH AHMAD BADAWIPEMBANGUNAN & SUMBANGAN DI BAWAH PEMERINTAHAN ABDULLAH AHMAD BADAWI

Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI)Pada Oktober 2006, kerajaan telah mengumumkan bahawa sebuah kawasan pembangunan khas di Selatan Johor akan dibangunkan. Kawasan ini merangkumi 2,217 km persegi dan dikenali sebagai South Johor Economic Region (SJER). Kawasan ini akan dibangunkan oleh Khazanah Holdings Bhd.

Kawasan ini melibatkan kawasan perindustrian, perdagangan dan penempatan. SJER akan dijadikan sebagai agensi pusat satu perhentian (one stop centre). Pembangunan itu merangkumi lokasi segi tiga di antara Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di utara, Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di barat daya dan Pelabuhan Pasir Gudang (PPG) di tenggara.SJER akan terbahagi kepada lima kawasan Flagship iaitu: Flagship A Pusat Bandaraya Johor Bahru Flagship B Nusajaya Flagship C Gerbang Pintu Barat Flagship D Gerbang Pintu Timur Flagship E Senai Skudai

DYMM Tuanku Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor, telah merasmikan SJER yang dijenama semula sebagai Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) dalam satu upacara khas diDanga Bay, Johor Bahru pada 4 November 2006. Tempoh pembangunan kawasan dikenali sebagai Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) itu adalah sehingga tahun 2025 dan memerlukan kos lebih RM47 bilion untuk menjana pertumbuhan ekonomi sebanyak lapan peratus dalam tempoh lima tahun yang pertama. WPI juga akan menjadi sebuah pusat pertumbuhan yang terbesar di rantau ini.Jambatan Kedua Pulau Pinang

Projek jambatan kedua Pulau Pinang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapan pembentangan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di Parlimen akhir Mac. Jambatan bernilai RM2.7 bilion itu sepanjang 24 kilometer menghubungkan Batu Kawan di Seberang Prai dengan Batu Maung di bahagian pulau. Cadangan asal jambatan itu yang diluluskan dan diumumkan pada 2003 bertujuan mengatasi kesesakan di Jambatan Pulau Pinang yang menghubungkan Prai dengan Gelugur yang dibina 21 tahun lepas. Bagi projek Jambatan Kedua Pulau Pinang, konsesi untuk membina, mengurus, mengendali dan menyelenggara projek berkenaan akan diserahkan kepada UEM Group kerana syarikat itu adalah pemegang konsesi Jambatan Pulau Pinang yang sedia ada.

Islam HadhariIslam Hadhari (Arab: ) atau "Islam yang bertamadun" merupakan teori kerajaan Malaysia pimpinan Abdullah Ahmad Badawi berasaskan Islam dari al-Quran. Ia bukanlah agama baru, bukan ajaran baru dan bukan mazhab baru. Ia adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas fundamental menurut yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan Tamadun Islam.Terdapat 10 prinsip dalam Islam Hadhari iaitu :-1. Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah s.w.t.2. Kerajaan Adil dan Beramanah.3. Rakyat Berjiwa Merdeka.4. Penguasaan Ilmu Pengetahuan.5. Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif.6. Kehidupan Berkualiti.7. Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita.8. Keutuhan Budaya dan Moral.9. Pemeliharaan Alam Semulajadi.10. Kekuatan Pertahanan.

Pelan Integriti NasionalPada 23 April 2004, Kerajaan telah melancarkan Pelan Integriti Nasional (PIN) yang merupakan pelan tindakan untuk mempertingkatkan integriti nasional melalui pendekatan yang komprehensif dan bersepadu. Sasaran utama pelan ini ialah untuk membenteras rasuah, meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti serta meningkatkan kecekapan di segenap lapisan masyarakat. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah menubuhkan Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan peruntukan sebanyak RM 6 juta. IIM akan melaksanakan siri program pendidikan dan kesedaran PIN melalui Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan yang ditubuhkan di semua agensi kerajaan.

Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9)Misi Nasional yang dirangka merangkumi lima teras utama iaitu :-Teras Pertama: Meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi negara. Melalui teras ini, Kerajaan mensasarkan untuk meningkatkan nilai tambah sektor ekonomi sedia ada, serta mewujudkan aktiviti berasaskan pengetahuan dan peluang pekerjaan dalam bidang ICT, bioteknologi, nanoteknologi dan perkhidmatan. Di samping itu, Kerajaan akan turut mewujudkan persekitaran kondusif bagi sektor swasta menerajui pembangunan ekonomi negara.

Teras Kedua: Meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama. Kejayaan masa hadapan bergantung kepada mutu modal insan yang dimiliki, bukan sahaja dari segi intelek tetapi juga keperibadian. Sejajar dengan teras ini, Kerajaan akan melaksanakan usaha penambahbaikan sistem pendidikan negara secara menyeluruh, dari peringkat pra-sekolah hinggalah ke peringkat tinggi dan vokasional. Persekitaran yang menggalakkan akan diwujudkan untuk menjana lebih banyak usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D). Pada masa yang sama, penekanan akan diberi kepada usaha memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral.

Teras Ketiga: Menangani masalah ketidaksamaan sosioekonomi secara membina dan produktif. Kerajaan mendokong matlamat untuk membasmi kemiskinan, menjana pembangunan lebih seimbang, serta memastikan manfaat pembangunan dinikmati rakyat secara adil dan saksama.

Teras keempat: Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup. Kerajaan akan terus menyediakan keperluan asas seperti air, tenaga, perumahan, pengangkutan dan kemudahan lain, namun penekanan harus diberikan kepada usaha menangani isu-isu berhubung penyenggaraan, penaiktarafan dan keberkesanan penggunaan sumber.

Teras kelima: Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara. Kejayaan perancangan terletak pada keupayaan untuk melaksana. Untuk itu, Kerajaan komited menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan awam di semua peringkat. Di samping itu, Kerajaan juga akan menangani isu-isu berhubung rasuah dan integriti di dalam sektor awam dan swasta, mahupun di kalangan masyarakat umum.

Dasar Bioteknologi Nasional (DBN)Dasar Bioteknologi Nasional (DBN) yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 28 April lalu menyediakan garis panduan untuk mendorong pembangunan industri berkenaan di negara ini, dengan tumpuan kepada tiga bidang, pertanian, penjagaan kesihatan dan bioteknologi perindustrian, selain sembilan dasar teras.

Kerajaan juga menubuhkan Perbadanan Bioteknologi Malaysia (MBC) selaku agensi setempat bagi membangunkan industri biotek negara dan BioNexus Malaysia (BioNexus), satu rangkaian pusat kecemerlangan yang dibentuk berasaskan keupayaan institusi dan syarikat sedia ada yang membuat pengkhususan di bidang tertentu bioteknologi. Menjelang 2020, industri ini dijangka menjana sebanyak RM 270 bilion dalam bentuk hasil, mewujudkan lebih 280,000 pekerjaan dan membangunkan lebih 100 buah syarikat. Terdapat 3 fasa dalam pelaksanaan dasar ini iaitu :-

Fasa Pertama (2005-2010) - Membina Kapasiti Fasa kedua (2011-2015) - Sains ke Perniagaan Fasa Ketiga ( 2016-2020) - kehadiran di Peringkat Antarabangsa

Dasar Biofuel Nasional (DBFN)Dasar BuoFuel Nasional pula diumumkan Perdana Menteri pada 11 Ogos 2005 bagi menggalakkan penggunaan biofuel sebagai alternatif kepada minyak diesel berasaskan petroleum atau fosil, meningkatkan aktiviti hiliran serta memperluaskan kegunaan serta penggunaan minyak kelapa sawit. Minyak campuran Biofuel B5 yang dipatenkan merupakan minyak diesel campuran 5% tapisan minyak sawit dengan 95% minyak fosil. Teknologi biofuel ini dibangunkan oleh lembaga Minyak Sawit Malaysia dan dieksport ke Amerika Syarikat, jepun, Kesatuan Eropah dan Korea.

RazakSAT, Falcon 1Pembinaan mikrosatelit buatan Malaysia kedua, RazakSAT dan roket pelancarnya Falcon 1 telah dilancarkan dengan menggunakan 50 jurutera tempatan dan dibina oleh Astronautic Technology Sdn. Bhd (ATSB) sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan dengan kerjasama Syarikat SaTreCi Co. Ltd. Dari Korea Selatan. RazakSAT membolehkan Malaysia memantau dengan lebih baik kedudukan muka bumi termasuk apabila menghadapi kebakaran hutan dan tumpuhan minyak di lautan. Satelit ini mempunyai kemampuan pencerapan ke bumi sejauh 600km dari angkasa dan berupaya memantau sebarang penerokaan hutan secara berleluasa menerusi pengahnataran imej yang lebih kerap berbanding TiungSAT 1.

Pusat Angkasa MalaysiaPusat ini diasaskan mengikut model Pusat Angkasa Kennady Amerika Syarikat dan telah beroperasi di Sungai lang, Banting, Selangor. Pusat yang bernilai RM 100 juta dibangunkan di atas tanah seluas 161.8 hektar milik kerajaan persekutuan. Terdapat 3 peranan utama iaitu :- Memantau dan mengendalikan satelit RazakSAT Stesen menerima maklumat berhubung dengan angkasawan sulung Negara Melaksanakan projek usahasama membangunkan Sistem Penempatan Global (GPS) bersama Kesatuan Eropah (EU)

Dasar Automotif Nasional (DAN)Dasar ini diluluskan oleh jemaah menteri pada 22 Mac 2006. DAN mengandungi 6 objektif ke arah membangunkan lagi sektor automotif Negara kea rah yang lebih mapan, berdaya tahan dan berdaya maju. Obejktif DAN ialah :-

Menggalakkan Industri automotif tempatan yang kompetatif dan berdaya tahan terutamanya pengeluar kereta nasional Membangunkan Malaysia sebagai pusat hab automotif serantau dalam bidang-bidang khusus. Menggalakkan peningkatkan nilai ditambah secara mapan serta pembinaan keupayaan tempatan Menggalakkan peningkatan tahap eksport kenderaan dan komponen yang kompetitif di pasaran dunia Menggalakkan penyertaan Bumiputera dan menyeluruh di dalam sektor automotif tempatan Menjaga kepentingan pengguna dengan menawarkan produk yang selamat dan berkualiti pada harga yang berpatutan.

Dasar Modal InsanPembangunan modal insan yang direncanakan dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9) akan dilaksanakan secara holistik. Perancangan ini merangkumi perolehan pengetahuan atau modal intelek termasuk peningkatan keupayaan keusahawanan, pengetahuan sains dan teknologi, pemupukan nilai, sikap, dan etika yang positif dan progresif melalui pendidikan, latihan, dan pembelajaran sepanjang hayat. Bina upaya akan diperkukuhkan untuk membangunkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan inovasi bagi memacu ekonomi yang berasaskan pengetahuan. Penekanan kepada pembangunan modal insan yang bersifat progresif dan mempunyai nilai etika yang bersifat universal akan diperkukuhkan sejajar dengan apa yang digariskan dalam Islam Hadhari.

Teras Dasar Modal Insan Melaksanakan penambahbaikan secara komprehensif ke atas sistem penyampaian pendidikan dan latihan. Memperkasa sekolah kebangsaan untuk menjadi sekolah pilihan utama rakyat Malaysia bagi meningkatkan perpaduan Negara. Melaksanakan langkah bagi merapatkan jurang prestasi antara sekolah luar bandar dengan di bandar. Mewujudkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan pendidikan dan latihan di peringkat tertiari memenuhi keperluan majikan. Menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan, latihan, dan pembelajaran sepanjang hayat yang berkualiti di semua peringkat. Membina masyarakat yang inovatif dengan keupayaan Sains dan Teknologi (S&T) yang kukuh dan memiliki kemampuan memperoleh dan menggunakan pengetahuan. Memperkukuh perpaduan nasional dan membangunkan masyarakat yang mempunyai perspektif progresif, sistem nilai yang boleh diteladani dan budaya mengutamakan prestasi tinggi serta menghargai tradisi dan warisan, dan Memperluas dan memperkemaskan forum perbincangan dan perundingan antara kerajaan, sektor swasta, ibu bapa dan masyarakat dalam pembangunan modal insan.Posted byNorlidaatIsnin, Ogos 23, 2010http://kakba.blogspot.com/2010/08/pembangunan-sumbangan-di-bawah.html

Thank you PakLah videohttp://www.youtube.com/watch?v=WSE2mTliE60

NO NAME , TUN ABDULLAH HAJI AHMAD BADAWIhttp://www.youtube.com/watch?v=WSE2mTliE60

KAK BA , ( 2010) Pembangunan dan sumbangan di bawah pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi .http://kakba.blogspot.com/2010/08/pembangunan-sumbangan-di-bawah.html

No name ,( 2012 ) Biography of fifth Prime Ministerhttp://www.pmo.gov.my/?menu=page&page=1880

Perdana Leadership Foundation , Yayasan Kepimpinan Perdana (2010 ) Tun Abdullah Ahmad Badawi in brief. http://www.perdana.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=183&Itemid=122

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (2013) , Perdana Menteri Malaysiahttp://www.malaysiamerdeka.gov.my/v2/ms/malaysiaku/tokoh-dan-pemimpin/perdana-menteri-malaysia?start=3

Malaysia Fact Book all you want to know about Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi.http://malaysiafactbook.com/Tun_Abdullah_Ahmad_BadaPENGENALAN TOKOHKEJAYAAN TOKOHANUGERAH YANG DITERIMAPENGALAMANKERAJAANPOLITIKPILIHAN RAYASUMBANGAN TOKOH TERHADAP MASYARAKAT SETEMPAT, NEGERI, NEGARA DAN ANTARABANGSASIFAT-SIFAT ISTIMEWA TOKOHRUMUSAN

PENGENALAN TOKOH

Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi

Nama Tokoh Tokoh bagi laporan kajian ini adalah Y.A.B. Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi yang merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-5. Beliau mengambilalih jawatan tersebut pada 31 Oktober 2003 daripada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Biodata Dan Latar Belakang Tokoh Nama penuh beliau ialah Dato' Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi. Beliau dilahirkan pada 26 November 1939 di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Selepas tempoh pantang ibunya berakhir, Abdullah dibawa tinggal bersama bapa dan datuknya di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Pada waktu itu, datuk beliau, Sheikh Abdullah Fahim adalah mudir di Sekolah Idrisiyah, manakala bapanya, Datuk Ahmad Badawi turut mengajar di sekolah berkenaan. Apabila Perang Dunia Kedua meletus, Datuk Seri Abdullah dan keluarga pulang ke Kepala Batas di mana beliau menghabiskan zaman kanak-kanak dan remajanya. Datuk Seri Abdullah dibesarkan dalam suasana kampung walaupun berada dalam keluarga ulama terkenal. Hal ini kerana negara masih dijajah, rakyat hidup serba kekurangan dalam keadaan penuh kemiskinan. Kepala Batas ibarat jelapang padi kepada Pulau Pinang kerana rumah beliau dikelilingi dengan sawah padi dan kerana itu beliau dibesarkan dalam suasana kampung. Menurut sepupunya, Datuk Subki Raof, seperti kanak-kanak lain di Kepala Batas, pada sebelah paginya datuk Seri Abdullah ke sekolah kebangsaan, manakala sebelah petangnya ke sekolah agama yang dikelolakan oleh bapanya. Datuk Seri Abdullah mempunyai minat yang mendalam dalam pembacaan Al-Quran. Minat seperti ini telah diteruskan oleh beliau sehinggalah beliau dewasa. Beliau juga mempunyai minat dalam menangkap ikan laga di bendang bersama rakan-rakannya yang lain iaitu Allahyarham Abdul Fatah Abdullah dan Cikgu Bakar. Selain daripada itu, beliau juga mempunyai minat dalam bermain kotak rokok, layang-layang dan berbasikal di atas bendang. Datuk Seri Abdullah mempunyai kemahiran dalam pertanian. Beliau bersama Allahyarham Abdul Fatah amat berminat untuk menjual buah manggis pada masa lapang. Beliau juga diajar untuk menyemai, menanam dan menuai padi serta membajak sawah. Beliau juga pernah mandi air telaga. Pada musim kemarau, beliau bersama rakannya Subki mengangkut air dari sungai menggunakan upih pinang untuk kegunaan di rumah. Selepas mengambil peperiksaan Special Malay Class (SMC), di Sekolah Melayu Permatang Bertam dan lulus bersama empat pelajar lain, Datuk Seri Abdullah telah melanjutkan pelajaran di Sekolah Tinggi bukit Mertajam hingga tingkatan lima. Selepas itu, beliau meneruskan pengajian di Methodist Boys School, Pulau Pinang. Di sekolah, guru-gurunya selalu mengingatinya bahawa dia seorang pelajar yang dedikasi, rajin dan popular. Beliau pernah menjadi ketua pengakap sekolahnya Bukit Mertajam. Ketika berada di tingkatan lima, beliau menjadi editor majalah sekolah. Guru-gurunya turut mengakui beliau mempunyai kemahiran dalam mengarang dengan baik dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Jelas sekali bahawa sejak kecil lagi, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah dipersiapkan dengan latar belakang pendidikan yang seimbang antara keperluan dunia dengan akhirat. Walaupun datuk dan bapanya ulama, tetapi mereka tidak membataskan pendedahan Abdullah kepada ilmu agama semata-mata. Sebaliknya beliau dihantar ke sekolah kebangsaan dan sekolah Inggeris, tetapi pada waktu yang sama, didikan agama tidak diabaikan. Malah sewaktu bersekolah menengah pada sebelah pagi, beliau juga dihantar ke sekolah agama pada waktu petang. Apa yang istimewanya ialah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi diasuh dan dididik sendiri oleh datuknya, Sheikh Abdullah Fahim dan bapanya dalam ilmu-ilmu agama. Hasilnya, beliau mempunyai keperibadian yang mulia dan terserlah. Selepas menerima pendidikan menengah, beliau kemudiannya meneruskan pengajian di Universiti Malaya dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang pengajian Islam pada tahun 1964. Beliau pada masa kini adalah seorang kakitangan awam dan juga seorang pemimpin tertinggi negara dan pemimipin UMNO iaitu parti yang terbesar dan menjadi teras pemerintahan negara dengan jumlah kerusi terbanyak dan pemimipin-pemimpinnya berperanan dalam membuat dasar-dasar. Dato' Seri Abdullah berkahwin dengan Datin Seri Endon binti Dato' Mahmood dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Kamaluddin dan Nori.

top

KEJAYAAN TOKOH Dato' Seri Abdullah menyertai UMNO pada tahun 1964. Beliau mula bergerak aktif dalam arena politik setelah dipilih menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas pada tahun 1978 dan beliau berjaya mengekalkan kerusi parlimen tersebut hingga kini. Beliau adalah ahli Majlis Tertinggi UMNO semenjak 1981. Dato' Seri Abdullah dipilih sebagai Naib Presiden UMNO pada tahun 1984 hingga 1990, dan dipilih semula memegang jawatan berkenaan pada tahun 1996. Pada perhimpunan Agung UMNO 2000, Dato' Sei Abdullah dilantik sebagai Timbalan Presiden bagi penggal 2000-2003. Beliau dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang pada tahun 1999. Dato' Seri Abdullah pernah memegang jawatan-jawatan penting dalam beberapa kementerian. Beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan (1980-81), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1981-84), Menteri Pelajaran (1984-86) dan Menteri Pertahanan (1986-87). Pada 15 Mac 1991, beliau dilantik menjadi Menteri Luar sehingga Februari 1999 dan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri pada Februari 1999.

top

ANUGERAH YANG DITERIMA

Year / Tahun Anugerah Daripada2004Ijazah Doktor Persuratan(Honoris Causa)Universiti Jamia Millia Islamia, New Delhi India2004Pingat Jose Marti(Jose Marti Order)Cuba2004D.U.N.M.(Darjah Utama Negeri Melaka )Melaka2004D.K.J.(Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama)Johor2003D.P.(Datuk Patinggi Bintang Kenyalang)Sarawak2003S.P.S.A.(Darjah Seri Paduka Sultan Azlan Shah)Perak2001Honorary Fellowship.Institute of Engineers Malaysia2001S.S.S.J.(Darjah Setia Tuanku Syed Sirajuddin Jamallulail)Perlis2000S.P.M.S.(Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor)Selangor2000S.P.N.S.(Darjah Seri Paduka Negeri Sembilan)Negeri Sembilan1999Honorary FellowshipLondon Chartered Institute of Marketing1999S.S.A.P.(Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat DiMulia Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad)Pahang1999S.P.D.K.(Seri Panglima Darjah Kinabalu)Sabah1997First Class Order Of Friendship Of DPRK.Democratic's People Republic Of Korea1997D.G.P.N.(Darjah Gemilang Pangkuan Negeri)Penang1994A Knight Grand Cross, First Class Of The Most Exalted Order Of The White ElephantKingdom Of Thailand1994Grand Cross Of The Order Of MeritChile1992D.S.S.A.(Dato' Salahuddin Abdul aziz Shah)Selangor1992"Qwang Hwa Chang" Award from Republic of KoreaRepublic of Korea1991Grand Cordan of The Order of The Sacred Treasure.Japan1987 Honorary Doctorate by University of Western Michigan, US.United States Of America1983Diplomatic Service Merit, The Kwangha Medal by South Korean President, Chun Doo HwanSouth Korea1981DM.P.N.(Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri)Pulau Pinang1979D.J.N.(Darjah Johan Negeri)Pulau Pinang1974K.M.N.(Kesatria Mangku Negara)Persekutuan1971A.M.N.(Ahli Mangku Negara)Persekutuan

top

PENGALAMAN Berikut adalah pengalaman beliau di dalam pelbagai lapangan:

top

KERAJAAN

TahunJawatan31 Oktober 2003Perdana Menteri, Perdana Menteri Kewangan dan Perdana Menteri Keselamatan Dalam NegeriFeb 1999 Okt 2003Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri1999Timbalan Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara1991 1999Menteri Luar Negeri1986 1987Menteri Pertahanan1984 1986Menteri Pendidikan1981 1984Menteri di Jabatan Perdana Menteri1980 1981Timbalan Menteri di Kementerian Wilayah Persekutuan1978 1980Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan1974Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan1971 1973Ketua Pengarah, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan1969 1971Ketua Penolong Setiausaha kepada Majlis Operasi Negara, Jabatan Perdana Menteri1964 1969Penolong Setiausaha, Jabatan Perkhidmatan Awam

topPOLITIK

TahunJawatanSeptember 2004Presiden UMNOMei 2000Timbalan Presiden UMNO1999 - sekarangAhli Parlimen Kepala Batas1999Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang1995 - 1999Ahli Parlimen Kepala Batas1996 - 2001Naib Presiden UMNO1993 - 1996Ahli Majlis Tertinggi UMNO1990 - 1995Ahli Parlimen Kepala Batas1990Ketua Delegasi UMNO ke Jawatankuasa Perundingan Ekonomi Negara/ Pengerusi Jawatankuasa Penyusunan Semua Masyarakat1987 - 1990Naib Presiden UMNO1986 - 1990Ahli Parlimen Kepala Batas1984 1987Naib Presiden UMNO1981Ahli Majlis Tertinggi UMNO1979Ketua UMNO - Cawangan Bertam1979Ketua UMNO - Bahagian Kepala Batas1978Ahli Parlimen Kepala Batas, Pulau Pinang

topPILIHAN RAYA

TahunKawasanMajoriti1986Kepala Batas86221990Kepala Batas98511995Kepala Batas17,8341999Kepala Batas11,1752004Kepala Batas18,122

top

SUMBANGAN TOKOH TERHADAP MASYARAKAT SETEMPAT, NEGERI, NEGARA DAN ANTARABANGSA

Perdana Menteri Berjiwa Rakyat

Pada tahun 1962, beliau dilantik sebagai presiden Gabungan Pelajar- pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). Semasa beliau memimpin GPMS, beliau memajukan program pendidikan Melayu dengan mengadakan kelas-kelas bimbingan bagi anak-anak melayu, memperbanyakkan bilangan pelajar melayu di Universiti Malaya khususnya dalam bidang sains dan kejuruteraan, menambah peruntukan biasiswa untuk pelajar-pelajar melayu, memberi peluang kepada kaum guru untuk melanjutkan pelajaran dengan pembayaran separuh gaji dan dengan kerjasama badan-badan pertubuhan bukan kerajaan yang lain waktu itu, GPMS juga bergiat cergas dalam menobatkan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan. Keupayaan beliau mengukuhkan semula GPMS yang menghadapi krisis berikutan saingan yang dihadapi dengan penubuhan dua organisasi pelajar lain pada tahun 1961 juga merupakan satu lagi kejayaan beliau sebagai presiden GPMS. Pada tahun 1971, Dato' Seri Abdullah dilantik sebagai Pengarah Belia Majlis Belia Malaysia (MBM). Melalui usaha beliau, kerajaan bersetuju untuk menubuhkan Majlis Perundangan Belia Negara (MPBN) untuk merapatkan jurang antara generasi muda dan kerajaan. Di situlah program-program belia dibahaskan secara teliti sebelum dilaksanakan oleh kerajaan. Setiap ahli MPBN diberi kebebasan untuk bercakap dan tidak ada sekatan dikenakan. Dengan cara itu kerajaan akan mendapat maklum balas yang berguna untuk menggubal dasar-dasar yang baik. Ini merupakan suatu perkara yang tidak dibuat sebelum ini. Pada masa itu, dua masalah kritikal dihadapi oleh belia negara iaitu pengangguran dan masalah dadah. Selain menanggani kedua-dua masalah itu melalui program tertentu, pandangan belia berkaitan aspirasi nasional dan pembangunan politik negara turut dibincangkan dalam MPBN.

top

SIFAT-SIFAT ISTIMEWA TOKOH

Tokoh Yang Istimewa

Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mempunyai keperibadian yang amat disenangi adalah sesuatu yang diakui umum. Baik kawan mahupun lawan, mereka sependapat keperibadiannya yang mulia bukanlah sesuatu yang dibuat-buat, sebaliknya sesuatu yang tulen dan asli. Beliau juga digelar sebagai Mr. Nice Guy dan Mr. Clean. Pemupukan keperibadiannya yang baik ini jelas dipengaruhi oleh cara beliau dididik oleh datuk beliau, Sheikh Abdullah Fahim. Selain itu, Datuk Seri Abdullah juga mewarisi sifat-sifat mulia dan terdedah kepada amalan datuk dan bapanya yang berpegang kuat untuk menegakkan apa yang disuruh dan apa yang dilarang dalam Islam. Sahabat karibnya, Allahyarham Abdul Fatah pernah menyifatkan beliau sebagai "keramat hidup". Beliau juga bersikap bermusyawarah dan begitu disenangi oleh golongan muda. Keperibadiannya yang tulus ikhlas dalam memberi khidmat dan juga sentiasa bersedia menjadi pendengar yang sabar juga diterima dengan baik.

top

RUMUSAN

Perdana Menteri dan Isteri

Rumusan mengenai keseluruhan watak dan falsafah hidup Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dapat disimpulkan dalam sajak ciptaan beliau yang berjudul "Kucari Damai Abadi" yang ditulisnya secara spontan dan dideklamasikannya dengan penuh perasaan pada "Malam Puisi Kumpulan Utusan" yang berlangsung di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 9 Mei 2003 terutama dalam enam baris pantun berikut: Wang berjuta dan harta bertimbunHanyalah alat bukan matlamatDamai abadi yang hendak dicariItulah pegangan pemimpin yang santunPedoman hidup dunia akhiratDatuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Sajak ringkas itu boleh dianggap sebagai satu "potret peribadi" yang dirakamkan secara candid dan memberi gambaran yang tepat serta menyeluruh tentang watak atau "wajah dalaman" beliau. Seorang cendekiawan ternama, Tan Sri Dr. Mohd Noordin Sopie, memberi pandangan mengenai Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadi Perdana Menteri dengan berkata :"He will make good use of his 18 months in waiting 20 years in politics and 64 years of decent life."(Beliau akan memanfaatkan pengalamannya menunggu untuk menjadi Perdana Menteri selama 18 bulan, perjuangannya 20 tahun di arena politik dan 64 tahun kehidupan yang soleh). Selain daripada "mencari damai yang abadi" untuk dirinya, beliau juga mengingini bangsa dan negaranya menjadi "gemilang serta terbilang di kalangan yang cemerlang." http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=174&xslFile=papirus

Beliau telah membina asas pengdemokrasian yang selama ini sangat ditakuti ia itu memberi ruang kepada segenap lapisan masyarakat Malaysia tak kira siapa dan kumpulan mana, NGO dan politik, menyuarakan pandangan dan pendapat dengan sekatan yang sangat minima.

Bayangkan, secara bertubi-tubi, beliau telah dikutuk dari segala penjuru termasuk bloggers, malah dari wakil rakyat, ADUN dan parlimen UMNO dan BN sendiri.

Saya merasakan Anwar Ibrahim sepatutnya berterima kasih kepada Datuk Seri Abdullah Badawi kerana memberi ruang dan peluang sehingga Anwar bangun pulih sepenuhnya kalau dibandingkan dengan apa yang dilakukan oleh Dr Mahathir terhadapnya. Begitu juga dengan Datuk Mukhriz, Muhyiddin Yassin, dan ramai lagi, malah Dr Mahathir sendiri, walaupun Abdullah Badawi dikritik dengan hebatnya, dengan prinsip yang dipegang, sekali gus Abdullah Badawi telah mengembalikan semangat dan roh kehidupan yang bebas kepada setiap rakyat yang mendiami bumi Malaysia. Tidak ada siapa yang terkecuali. Itulah legasi yang ditinggalkan oleh Datuk Seri Abdullah Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang ke-5.