surat mohon sumbangan

1
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BATU 8, JALAN PUCHONG, 47100 PUCHONG, SELANGOR. Tel: 603 80702830 Faks: 603 80761967 Email : [email protected] Rujukan kami : SMKBL.100-7/1/7(08 ) Tarikh : 18 MEI 2015 ____________________ ____________________ ____________________ ____________________ Tuan / Puan, MEMOHON SUMBANGAN UNTUK MEMBIAYAI MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BATU 8 BAGI TAHUN 2015 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa SMK Batu 8 akan menganjurkan Majlis Sambutan Hari Guru peringkat sekolah tahun 2015 seperti butir-butir berikut: Tarikh : 29 Mei 2015 (Jumaat) Masa : 7.30 pagi 12.30 tengah hari Tempat : SMK Batu 8 Sasaran : Guru dan kakitangan SMK Batu 8 Jumlah : 110 orang 3. Sehubungan dengan itu, pihak PIBG SMK Batu 8 amat berbesar hati sekiranya pihak tuan / puan dapat membantu SMK Batu 8 dengan menyumbang dana yang diperlukan bagi menjayakan majlis ini. 4. Sumbangan boleh dibuat melalui cek atau kiriman wang atas nama PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU – GURU SMK BATU 8 PUCHONG dan dihantar ke SMK Batu 8 (u/p: Encik Thiyagarajan a/l Muniandy). Selain itu, pihak kami juga mengalu-alukan sumbangan dari segi barangan bagi menjayakan majlis ini. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Thiyagarajan a/l Muniandy di talian 010-2342732. 5. Segala sokongan dan keprihatinan pihak tuan / puan amat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, (BASIRAN BIN YUSOF) Yang Dipertua PIBG SMK Batu 8

Upload: rawaidahayani

Post on 06-Dec-2015

2.756 views

Category:

Documents


182 download

DESCRIPTION

surat mohon sumbangan

TRANSCRIPT

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BATU 8,

JALAN PUCHONG, 47100 PUCHONG, SELANGOR.Tel: 603 80702830

Faks: 603 80761967

Email : [email protected]

Rujukan kami : SMKBL.100-7/1/7(08 )

Tarikh : 18 MEI 2015________________________________________

____________________

____________________

Tuan / Puan,MEMOHON SUMBANGAN UNTUK MEMBIAYAI MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BATU 8 BAGI TAHUN 2015Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.2.Sukacita dimaklumkan bahawa SMK Batu 8 akan menganjurkan Majlis Sambutan Hari Guru peringkat sekolah tahun 2015 seperti butir-butir berikut:

Tarikh

:29 Mei 2015 (Jumaat)

Masa

:7.30 pagi 12.30 tengah hari

Tempat

:SMK Batu 8

Sasaran

:Guru dan kakitangan SMK Batu 8

Jumlah

: 110 orang3.Sehubungan dengan itu, pihak PIBG SMK Batu 8 amat berbesar hati sekiranya pihak tuan / puan dapat membantu SMK Batu 8 dengan menyumbang dana yang diperlukan bagi menjayakan majlis ini.4.Sumbangan boleh dibuat melalui cek atau kiriman wang atas nama PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU GURU SMK BATU 8 PUCHONG dan dihantar ke SMK Batu 8 (u/p: Encik Thiyagarajan a/l Muniandy). Selain itu, pihak kami juga mengalu-alukan sumbangan dari segi barangan bagi menjayakan majlis ini. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Thiyagarajan a/l Muniandy di talian 010-2342732.

5.Segala sokongan dan keprihatinan pihak tuan / puan amat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan terima kasih.Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

(BASIRAN BIN YUSOF)Yang Dipertua PIBG

SMK Batu 8