sumbangan islam

Upload: daredevil89

Post on 30-May-2018

257 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Sumbangan Islam

    1/28

    Sumbangan Islam Terhadap

    Tamadun DuniaSEBELUM Renaissance, Eropah dilanda zamangelap (dark age). iaitu zaman masyarakat Eropah

    menghadapi kemunduran intelek dan kelembapan

    ilmu pengetahuan.Menurut Encyclopedia Americana ialah tempoh

    1000 tahun, yang bermula antara zaman kejatuhan

    Kerajaan Roman dan berakhir dengan

    kebangkitan intelektual pada kurun ke-15 Masihi.

  • 8/14/2019 Sumbangan Islam

    2/28

    "Gelap" bermaksud tiada prospek yang jelas bagi

    masyarakat Eropah. Situasi ini wujud kerana tindakan dancengkaman kuat pihak berkuasa agama; Gereja Kristian

    yang sangat berpengaruh. Gereja serta para paderi

    mengongkong pemikiran masyarakat dan juga politik.

    Mereka berpendapat hanya gereja sahaja yang

    berkelayakan untuk menentukan kehidupan, pemikiran,

    politik dan ilmu pengetahuan. Akibatnya kaum

    cendekiawan yang terdiri daripada ahli-ahli sains berasa

    mereka ditekan dan dikontrol. Pemikiran mereka ditolak.

    Sesiapa yang mengeluarkan teori yang bertentangandengan pandangan gereja akan ditangkap dan didera

    malah ada yang dibunuh.

  • 8/14/2019 Sumbangan Islam

    3/28

    Dalam politik, gereja sering bersaing dengan kuasa-kuasakerajaan. Pada abad pertengahan itu ialah kuasa gereja lebihkuat dan adakalanya terjadi semacam kerjasama, ThomasAquinas (m 1274) seorang ahli fikir zaman ini mengeluarkanteori "negara wajib tunduk kepada kehendak gereja". St

    Augustine (m 430) sebelumnya juga berpendirian demikian.Manakala Dante (1265-1321) berpendapat kedua-dua kuasa ituhendaklah masing-masing berdiri sendiri, dan mestilahbekerjasama untuk mewujudkan kebajikan bagi manusia(Joseph H Lynch, 1992, 172-174).

    Golongan cendekiawan sentiasa memberontak terhadapkongkongan gereja tersebut. Pada kurun kedua belas, gerakan

    intelek telah mula berjalan. Cerdik pandai Eropah mula bersikaplebih berminat untuk tahu dan lebih ghairah terhadapkebudayaan bangsa Timur yang telah lama maju. Dan Timuryang dimaksudkan itu ialah Timur Tengah.

  • 8/14/2019 Sumbangan Islam

    4/28

    Beberapa kota besar di Timur Tengah telah menjadi kota ilmu sepertiIskandariah, Harran, Antioch dan Baghdad. Diskusi akademik yang melibatkantajuk besar seperti metafizik, perubatan, astronomi, etik, politik, fizik danseumpamanya dibahas secara terbuka dan ilmiah. Ini bermakna sewaktu duniaIslam sudah menikmati kemajuan dan tamadun yang tinggi, Eropah masihdiselimuti kegelapan dan kemunduran! Dunia telah diperlihatkan tentang betapa

    hebatnya perkembangan intelektual dan ilmu pengetahuan di dunia Islam antarakurun ke-9 hingga ke-12.

    Sewaktu pemerintahan khalifah-khalifah Abbasiyah yang mashyur; al-Mansur(754-75), Harun al-Rashid (786-809) dan al-Makmun (813-833) wilayah-wilayahIslam khasnya di Baghdad telah disuburkan dengan kemunculan ahli-ahli fikirbesar seperti al-Kindi, al-Farabi, Ibnu Sina, al-Biruni, Ibnu Miskawayh al-Razi, al-Khawarizmi, Ibnu Haitham, Ibnu Rusyd Ibnu Bajja, Ibnu Masarrah, Ibnu Tufail,dan Ibnu Khaldun. Mereka menjadi pemikir-pemikir dalam bidang-bidang falsafah,

    metafizik, fizik, matematik, etik, politik, psikologi, perubatan, geografi, astronomi,kimia, optik, dan muzik. Sebuah institusi bernama Baitul-Hikmat telah secaralangsung membantu operasi ilmiah ini dengan jayanya.

  • 8/14/2019 Sumbangan Islam

    5/28

    Kawasan Islam yang dekat dengan Eropah ialah Sepanyol. Di siniperkembangan intelek juga berlaku dengan pesat. Philip K Hittidalambukunya The Arabs: A Short Historymenukilkan seperti berikut:"Moslem Spain wrote one of the brightest chapters in the intellectualhistory of medieval Europe. Between the middle of the eighth and thebeginning of the thirteenth centuries, the Arabic-speaking peoples werethe main bearers of the torch of culture and civilization throughout theworld, the medium through which ancient science and philosophy wererecovered, supplemented and transmitted to make possible therenaissance of Western Europe."(h 174-175).

    Bagi memenuhi kehendak baru masyarakat intelek Eropah ini, usahaterjemahan telah dibuat terhadap bahan-bahan ilmiah dari negara-

    negara Islam. Mereka tidak menterjemah bahan-bahan ilmiah itudaripada bahasa Yunani. Charles Singerdalam bukunyaA ShortHistory of Scientific Ideas to 1900menyenaraikan tujuh alasanmengapa tindakan terjemahan lebih banyak buku berbahasa Arab. (h175-176):

  • 8/14/2019 Sumbangan Islam

    6/28

    1. Sebelum lebih kurang tahun 1200, ilmu-ilmu Islam lebih teratur, lebihasli, lebih penting berbanding ilmu-ilmu Rom Timur.

    2. Bahasa Yunani Rom Timur jauh sekali daripada bahasa klasik.Bahasa yang digunakan oleh Aristotle sukar difahami oleh rahib-rahibyang menjaga manuskrip-manuskripnya.

    Tetapi bahasa Arab klasik pula mudah difahami oleh setiap orangberpendidikan tinggi yang bertutur dan menulis bahasa Arab. 3. Keseluruhan kecenderungan ilmu Rom Timur mengarah kepada

    teologi falsafah dan ilmu sains. 4. Saluran-saluran perniagaan dengan Barat sama ada secara

    langsung dengan Islam ataupun melalui wilayah-wilayah asingterkepung di dalam Empayar Rom Timur.

    5. Dalam zaman pertengahan bahasa dipelajari secara bertutur danbukunya daripada tatabahasa Yunani.

    6. Kuasa Kristian Latin tidak mencapai kemajuan di dalam mendudukiWilayah Rom Timur. Di pihak lain pula Islam sedang berundur di Barat.

    7. Bantuan daripada orang Yahudi diperolehi untuk bahasa Arab, tetapijarang sekali untuk bahasa Yunani.

  • 8/14/2019 Sumbangan Islam

    7/28

    1. Agama sebagai sumbangan

    terbesar Sumbangan yang paling besar ialah dan aspek agama kerana agama Islam

    membawa akidah, iaitu kepercayaan terhadap Allah Yang Maha Esa. Menerusiakidah, manusia bebas hidup tanpa ada sesuatu yang di-takutinya kecuali Tuhan. Akidah juga menjadi aspirasi bagi manusia untuk bekerja secara ikhlas dan jujur.

    Oleh sebab sifatnya sarwajagat dan tidak terbatas-batas bangsa, kaum,keturunan dan geografi menyebabkan agama Islam dapat diterima oleh semuabangsa di dunia.

    agama Islam menyediakan undang-undang dan peraturan hidup manusia yang

    dinamakan Undang-undang Syariat yang dilaksanakan setiap masa dan tempat. Sekiranya akidah menjadi aspirasi dan motif penggerak ke arah tamadun, maka

    peranan syariat itu ialah menunjuk ajar serta memberi kaedah yang jelas kepadaasas pembinaan tamadun.

    Antara asas itu ialah ilmu, iman dan amal. Ini ditambah pula dengan aspekakhlak, iaitu asas kepada pembinaan peribadi yang luhur. Kesepaduan ketiga-ketiga aspek itu akan membentuk insan yang sem-purna yang merangkumi roh,

    akal dan jasad. Dengan ketibaan ajaran Islam, masyarakat Eropah tidak lagi terikat dengan

    kawalan atau sekatan Paus gereja Rom. Bukan sahaja mereka tidakmenghormati institusi gereja, bahkan mereka menentangnya. Seruan agamasecara paksaan yang selama mi diamal-kan oleh pihak gereja telah diubahkepada cara diplomasi dan damai.

  • 8/14/2019 Sumbangan Islam

    8/28

    Bidang falsafah dan Pemikiran Dalam bidang falsafah dan pemikiran, daripada pengaruh Islam, orang Eropah

    dapat membebaskan pemikiran mereka yang selama mi dibelenggu olehpelbagai doktrin Kristian terutama sekali hubungan manusia dengan alam.

    Manusia tidak lagi dipandang sebagai makhluk yang pasif lantaran dosa warisan.Demikian juga sikap mereka terhadap kehidupan di dunia, bukan lagi sesuatuyang dibenci lantaran ia merosakkan, tetapi sesuatu yang mesti diisi denganaktiviti kehidupan yang bermakna. Perubahan sikap ini akhirnya melahirkan satugerakan intelektual yang dikenali sebagai faham humanisme pada abad ke-13M.Tokoh-tokoh falsafah Islam yang dicontohi oleh orang Eropah ialah al-Kindi, al-Farabi, Ibn Tufayldan Ibn Rushd. Ibn Tufayl dengan karyanya Hayy Ibn Yaqzanyang mengungkapkan bahawa manusia boleh mengenal Tuhan tanpa wahyu danguru telah mempengaruhi pemikiran orang Eropah. Karya ini telah diterjemahkanke bahasa Latin oleh Roger Bacon dan diterbitkan bersama-sama teks Arab diOxford pada tahun 1671. Seterusnya karya tersebut diterjemahkan ke bahasa-bahasa Eropah yang lain. Bukan se-takat menterjemah, malahan orang Eropahjuga menghayatinya melalui penciptaan kisah-kisah berdasarkan idea yangdikemukakan dalam buku tersebut. Antara kisah tersebut ialah Robinson Crusoeyang dihasilkan pada abad ke- 18M.

    Begitu juga idea falsafah Ibn Rushdtelah mempengaruhi ahli falsafah Eropahsejak abad ke-12M lagi. Pada abad ke-16M, falsafah Ibn Rushd, menurut Renan,telah diamalkan secara rasmi oleh golongan terpelajar di Itali.

  • 8/14/2019 Sumbangan Islam

    9/28

    kemasyarakatan dan

    keadilan Dalam bidang kemasyarakatan konsep

    keadilan, hak individu serta penyertaan rakyat

    memberi pendapat, memberi layanan baik

    terhadap tawanan pe-rang, etika peperanganseperti melindungi nyawa kanak-kanak, orang

    tua dan kaum wanita yang dianjurkan oleh Islam

    merupakan nilai baru bagi mereka. Tokoh-tokoh

    yang dicontohi dalam aspek keadilan sosialialah Nabi Muhammad (saw) dan para

    sahabatnya termasuk Abu Bakar, Umar,

    Uthman dan Ali.

  • 8/14/2019 Sumbangan Islam

    10/28

    Ekonomi dan perubatan

    Orang Eropah juga mendapat pengetahuan dalambidang ekonomi seperti kegiatan perdagangan,perindustrian, teknologi pertanian serta sistem perairan.Teknik tanaman seperti sekoi, padi, tembikai, aprikot dan

    limau telah dipe-lajari daripada orang Islam. Tokoh-tokohIslam yang dicontohi ialah Ibn Baytar dan al-Ghafiqi.

    Tokoh-tokoh Islam yang terkenal dalam bidangperubatan ialah al-Razidan al-Asrar. Al-Razi telahmenghasilkan buku berjudul al-Hawi. Buku ini telah

    dijadikan rujukan di Eropah dalam bidang kimia. Begitujuga buku Ibn Sina berjudul al-Qanun menjadi bahanrujukan di Eropah.

  • 8/14/2019 Sumbangan Islam

    11/28

    matematik

    Dalam bidang matematik pula, ramai penuntut Eropah yangdatang belajar ke Andalus pada zaman pemerintahan Islam.Kebanyakan mereka telah menjadi pakar dalam bidangtersebut, antaranyaAdelarddan Morleydari Britain. Adelardtelah berguru dengan orang Islam dan beliau telah

    menterjemahkan karya al-Khawarizmiyang menulis tentangteori geometri dalam matematik dan statistik. Beliau telahmenggunakan nombor Arab dalam terjemahannya. Seorang lagitokoh matematik Eropah ialah Leonardo Fibonacci of Pisa.Beliau telah mempelajari ilmu matematik dengan orang Islam diAndalus. Karya--karya beliau antaranya Liberabcitelahdijadikan bahan bacaan asas ahli matematik di Eropah. Begitu

    juga George Purbach, pakar matematik dari Vienna pada abadke-15M banyak berpandukan kajian yang dilakukan oleh ahlimatematik Islam seperti Ibn al-Zarqiyali. Beliau mahir dalammatematik rajah segi tiga.

  • 8/14/2019 Sumbangan Islam

    12/28

    astronomi

    Dalam bidang astronomi terdapat beberapa karya karanganAbuMasyardan al-Khawarizmi. Karya mereka telah diterjemahkan kebahasa Latin olehAdelard of Bath dan John of Siville. Karya al-Battanijuga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Alfonso X. Ahliastronomi Eropah bernama Romondtelah menulis karya astronominyaberdasarkan karya Ibn al-Zarqiyali(Azarchel). Ibn al-Zarqiyalimahirdalam menentukan gerhana matahari dan telah mencipta sebuahkompas untuk menentukan jarak antara bulan dan bumi dan di antarabintang-bintang dan matahari. Dalam bahasa Eropah ter-dapatbeberapa istilah astronomi yang dipinjam daripada bahasa Arab.Antaranya ialah alsumutdan nadir (nazir). Umat Islam juga telahberjaya mencipta kompas yang digunakan dalam pelayaran di laut.Dengan itu pelayaran di laut dan kegiatan perdagangan telahberkembang dengan lebih pesat. Muhammad bin Musa telah mencipta

    astrolab (jam matahari). Beliau juga mencipta sebuah alat yang dapatmengukur bulatan dunia. Pada abad ke-12M,Abu Solettelah menciptasebuah alat yang dapat menimbulkan semula kapal yang sudahtenggelam.

  • 8/14/2019 Sumbangan Islam

    13/28

    botani Dalam bidang botani pula, umat Islam telah memberi sumbangan yang

    besar. Di kota-kota besar seperti Cordova, Kaherah, Baghdad dan Fez

    terdapat taman bunga yang cantik dan indah. Menurut Sarton, pencapaianumat Islam dalam bidang botani adalah jauh lebih hebat daripadapencapaian yang pernah diwarisi bangsa Yunani. Pada abad ke-12M, Ibn

    Arabitelah menulis sebuah buku tentang botani.Al-Ghafiqidari Cordovatelah menerbitkan sebuah buku tentang tumbuh-tumbuhan dan 50 jenispohon buah-buahan. Sementara Ibn Sina turut menghasilkan sebuah buku

    yang mengulas tentang tumbuh-tumbuhan. Ibn al-Baytaryang berasal danAndalus telah menyusun sebuah buku yang menyenaraikan 1400 jenisdadah yang boleh diproses daripada binatang, tumbuh-tumbuhan danbahan galian. Karyanya yang berjudul Kitab al-Mughni fi al-Adwiyah al-Mufradah merupakan sebuah buku yang paling perpengaruh dalam bidangfarmakologi. Berikutnya, karya-karya botani yang berkaitan dengan

    perubatan telah dihasilkan oleh para pengkaji yang tinggi di wilayah-wilayahIslam. Segala kajian itu telah membantu mengenal pasti jenis akar kayu dantumbuh-tumbuhan yang berkhasiat dan dapat digunakan dalam bidangperubatan.

    Umat Islam turut menghasilkan kain dan kertas bermutu tinggi melaluikemajuan teknologi yang mereka miliki. Dalam bidang pertanian, merekatelah membina kincir air dan kincir angin.

  • 8/14/2019 Sumbangan Islam

    14/28

    seni muzik

    Dalam bidang seni muzik pula, pada abad ke-

    12, didapati karya-karya penting yang dihasilkan

    oleh orang Islam tentang muzik telah

    diterjemahkan ke bahasa Latin. Terjemahan inidilakukan di Toledo. Ahli muzik Eropah, Franco

    ofCobogne (1190M) telah mengikut jejak al-

    Kindi dalam bidang seni muzik. Setelah itu

    muncul pula John of Garlanddengan karyanyaberjudul Ochetus yang mengkaji tentang nada

    suara yang diambil daripada kaedah nada suara

    muzik Arab.

  • 8/14/2019 Sumbangan Islam

    15/28

    bahasa

    Dalam bidang bahasa, sastera dan seni ukir,

    banyak karya bahasa dan sas-tera dalam

    bahasa Arab telah diterjemahkan ke bahasa-

    bahasa Eropah. Istilah--istilah Arab sepertisukkar (sugar), kimia (alchemy), arsyek

    (cheque) dan ba-nyak lagi telah dipinjam oleh

    bahasa Eropah. Tidak kurang pentingnya

    tentang ilmu pelayaran Islam. Ramai tokoh ahlipelayaran Islam yang menjadi terkenal

    antaranya ialah al-Masudi, Ibn Jubayr dan Ibn

    Battutah.

  • 8/14/2019 Sumbangan Islam

    16/28

    ketenteraan

    Dalam bidang ketenteraan pula, taktik peperangan yangdigunakan oleh tentera Islam sejak zaman NabiMuhammad (saw) banyak mempengaruhi taktik danstrategi peperangan pada zaman moden.

    Ringkasnya, banyak aspek keintelektualan Islam telahditiru oleh bangsa Eropah sehingga melahirkan satuperubahan besar dalam sejarah tamadun di Eropah.Namun begitu, nilai-nilai murni yang terkandung dalamtamadun Islam tidak dimanfaatkan oleh masyarakatBarat bagi mengukuhkan lagi ta-madun mereka, malahmereka menggantikannya dengan nilai-nilai kebendaansemata-mata. Justeru, lahirlah era penjajahan bagimengejar harta kekayaan tanpa batas dan sempadan.

  • 8/14/2019 Sumbangan Islam

    17/28

  • 8/14/2019 Sumbangan Islam

    18/28

    Alpetragus adalah seorang daripada ahli astronomi yangterakhir. Beliau menulis buku teks astronomi untuk menggantiteori-teori Ptolemy dengan suatu sistem planet yang benar-benar sepusat dan berjaya menyediakan cadangan-cadangankepada Copernicus (1993, 168-69).

    Penterjemah terkemuka menurut Charles Singerialah Gerardof Cremona (1114-87). Beliau menghabiskan banyak masa diToledo dan menimba ilmu-ilmu Arab dari guru-guru Kristiantempatan. Beliau telah berjaya menterjemah buku berbahasaArab ke Latin tidak kurang daripada 92 buah karya Arab yanglengkap. Banyak daripadanya amat panjang, misalnyaAlmagest karya Ptolemy dan Canon karya Ibnu Sina. Canon ini

    ialah Canon fi al-Tibb, iaitu kitab perubatan (1993, 178).

  • 8/14/2019 Sumbangan Islam

    19/28

    Mereka juga menterjemah buku-buku falsafah. Di antarapenterjemah-penterjemah cemerlang Eropah waktu ituialah Gundissalines (1130-1150).

    Beliau telah menterjemah beberapa bab dari kitab al-

    Syifa oleh Ibnu Sina, buku Ihsa al-ulum oleh al-Farabi,Risalat al-aqli Wa al-Maqul oleh al-Kindi, Maqasid al-Falsafah oleh al-Ghazali, juga beberapa buah bukutentang Astronomi. Herman dari German, seorang uskupbekerja menterjemah buku di Toledo. Pada tahun 1240,beliau telah menterjemah ulasan Ibnu Rusyd terhadapbuku Ethica Nicomachaea karangan Aristotle. Pada

    tahun 1250, beliau menyalin dari bahasa Arab bukuRheforica oleh Aristotle dengan memakai alasan-alasanal-Farabi, Ibnu Sina dan Ibnu Rusyd.

  • 8/14/2019 Sumbangan Islam

    20/28

    Pada tahun 1256, beliau menyalin buku ulasan dari IbnuRusyd terhadap buku Phoetics karangan Aristotle. Bukual-Syifa oleh Ibnu Sina yang telah juga diterjemah kebahasa Latin telah diterbitkan di bawah tajuk Sufficientia

    Physicorum di mana ahli fikir Barat Roger Bacon seringmembuat rujukan. Mengenai Rusyd pula, Michael Scottelah membuat terjemahan ke bahasa Latin, komentar-komentar beliau tentang buku falsafah Greek De Caeloet Mundo, De Enima, De Generatione et Conruptione,Physica, Metaphysica, Metarologica, Parva Maturalia dan

    De Substancia Orbis.

  • 8/14/2019 Sumbangan Islam

    21/28

    Robert dari Chester (1110-1160), pernah tinggal diSepanyol, merupakan antara orang yang mula-mula

    menterjemah al-Quran. Sementara buku-buku saintifikpula, beliau menterjemah teks alkimia yang mula-mulasekali terbit dalam bahasa Latin. Penterjemahan beliaubagi karya al-Khawarizmi Algebra telah berjayadiperkenalkan kepada orang Latin. Sewaktu di England,beliau menghasilkan jadual-jadual astronomi bagi garis

    bujur London berdasarkan karya al-Battani dan garislintang pula berdasarkan karya al-Khawarizmi.

    Raymond Lull (633-716/1236-1316) telah mempelajaribahasa Arab di Majorea dan falsafah Islam di Bugia diTunisia. Beliau telah menterjemah Asmaal-Husna oleh

    Muhyi al-Din ibn Arabi. la juga ada membuat sadurandan penyesuaian beberapa passage dari Futuhat al-Makkiyah hingga ia sendiri boleh menulis hal-halberkenaan dengan sufis, akidah dan falsafah. Tetapi iajuga yang memberi inisiatif kepada pihak Kristian supayamelancar serangan moral menentang Islam.

  • 8/14/2019 Sumbangan Islam

    22/28

    Miguel Asin Palacios telah mempelajari bukan sahaja bukuTahafut al-Falasifah oleh al-Ghazali malah lain-lain buku beliauseperti Maqasid. Buku Maqasid telah diterjemah ke Latin diberi

    tajuk Logika et philosophia Algazelis Arabic oleh Gundisalvasdan diterbitkan di Venice pada 912/1506. Buku lain seperti al-Nafs al-Insani juga diterjemahkan dan diberi judul De AnimaHumana (M M Sharif, A History of Muslim Philosophy, 1966, h1360).

    Proses penterjemahan pelbagai ilmu dari Timur khasnyaSepanyol ini dibantu juga oleh pelajar Yahudi. Bahasa Arabadalah bahasa pertuturan waktu itu. Nama-nama Yahudi yangterkenal pada zaman tersebut ialah seperti Solomon ibn Gabirol(1021-58) dari Sarafossa, Moses ben Maimon (1135-1204) dariCordova.

    Terjemahan buku-buku Ibnu Rusyd yang mereka lakukanmenjadi bahan-bahan akademik yang sangat berpengaruh.Terjemahan-terjemahan tersebut telah memberi makna besarterhadap tamadun Eropah seperti yang disebut oleh Philip KHittidi atas.

  • 8/14/2019 Sumbangan Islam

    23/28

    Bahan-bahan tersebut dipelajari oleh para sarjana dan

    pelajar-pelajar tempatan. Ketika Frederick II memerintahItali, beliau telah mendirikan Universiti Neples dan di siniilmu pengetahuan dari dunia Islam itu telah dipelajari.Universiti Paris dibina pada tahun 1236, kemudian UniversitiBologna dan Oxford di London. Universti-universiti ini

    menjadi pintu masuk ilmu-ilmu dari dunia Islam secara rasmikepada masyarakat Eropah pada abad pertengahan.

    Kemunculan Universiti Paris sebagai pusat pembelajaranadalah antara sebab penting ke arah perkembangan bidangfalsafah dalam abad ketiga belas. Usaha-usaha

    mempelajari falsafah Aristotle serta sejarah besar ulasan-ulasan teks yang dibuat oleh orang-orang Islam dariBaghdad dan Sepanyol dalam bidang-bidang epistemologi,metafizik dan etika berasaskan pemikiran al-Farabi,IbnuGabirol, Ibnu Sina dan Ibnu Rusyd telah berlaku.

  • 8/14/2019 Sumbangan Islam

    24/28

    Kerja-kerja terjemahan diperhebatkan. Cendekiawan Parissibuk mempelajari buku-buku yang berjudul Deintellectu etintelligibili kerap merujuk kepada Ibnu Rusyd sekeraprujukannya terhadap Aristotle. St Thomas Aquinas merujukkepada Ibnu Sina dalam karyanya guaestiones disputaEae de

    veritate (Permasalahan yang dipertikaikan mengenaikebenaran). Buku perubatan Ibnu Sina iaitu Qanun Fi al-Tibdipelajari di Eropah hingga abad ke-17.

    Pengaruh Ibnu Rusyd di Eropah menurut Bertrand Russellsangatlah kuat, bukan sahaja di kalangan golongan skolastik,tetapi juga di kalangan satu kumpulan besar pemikir bebasbukan profesional (a large body of improfessional free-thinkers)

    yang menafikan keabadian (immotality). Mereka digelar pengikut Ibnu Rusyd.Sementara di kalangan ahli

    falsafah profesional, peminatnya yang utama ialah ahli-ahliMazhab Franciscan dan mereka yang berada di Universiti Paris.(Russell, 413-421).

  • 8/14/2019 Sumbangan Islam

    25/28

  • 8/14/2019 Sumbangan Islam

    26/28

    Makna penting walaupun ringkas paparan di atas ialah bangsaBarat khasnya Eropah telah mengambil inisiatif besarmenterjemah malah mempelajari pelbagai jenis ilmu dari duniaIslam Sepanyol dan lain-lain wilayah di Timur Tengah. Ilmu-ilmuyang diterjemah itu melewati ilmu-ilmu falsafah, perubatan,

    astronomi, matematik, logik, akhlak (Etika), kimia, dan algebra.Lahir Universiti-universiti Neples, Bologna, Paris, Oxford, danKoln, akhirnya Eropah berjaya melepasi zaman gelap meluncurmenuju zaman Renaissance. Ilmu-ilmu dari dunia Islam telahmembawa kejayaan kepada bangsa Eropah.

    Kenapakah suasana maju dan cemerlang itu tidak terjadi dialam Melayu walaupun Islam dan ilmu-ilmu dari dunia Islam

    Timur Tengah telah dipelajari sejak abad ke-13 lagi? Cuba kitabandingkan hakikat ilmu di Nusantara dan di Eropah itu bagimengenal pasti apakah yang menyebabkan kita terbelakangatau mundur, walhal daerah Nusantara ini bukan sepertiAntartika. Nusantara adalah daerah yang subur dan kayadengan pelbagai hasil bumi dan pertanian.

  • 8/14/2019 Sumbangan Islam

    27/28

    Ilmu pengetahuan dari Timur Tengah yang dibawa ke alam Melayubukanlah seperti yang terjadi di Eropah. Eropah menerima ilmu-ilmu daridunia Islam sewaktu umat Islam berada dalam kekuatan dan kemajuan.Sebab itu ilmu-ilmu yang kita sifatkan sebagai "akademik" itu berkembang

    pesat di Eropah dan akhirnya mereka maju. Nusantara mewarisi suasana yang lemah dan mundur justeru kerajaan-kerajaan Islam di Timur Tengah telah jatuh ke tangan bangsa Tartar. Padatahun 1258 M atau pun abad ke-13, Kota Baghdad telah ditawan olehbangsa ganas Tartar tersebut. Kumpulan-kumpulan Sufi kemudiannyamengambil peranan menjaga Islam.

    A H Johns dalam eseinya muslim mystics and historical writing

    mengungkapkan apa yang telah disebutkan oleh Gibb tentang hal kejatuhanini: "After the capture of the caliphate, the task of maintaining the unity of the

    Islamic Community passed to the sufis, a development rising from the closerelationship between the sufi shaikh and his disciples, the sufi missionaryspirit and the popular basic of the movement. The Sufi orders graduallybecame stable and disciplined foundations and some of them spread over

    wide areas. " (dipetik oleh A H Johns 1993, 39). Maksudnya setelah berlaku serangan bangsa ganas itu, orang-orang Sufi

    telah muncul dan berfungsi menyelamatkan Islam. Dan mereka inimengembangkan aktiviti mereka ke wilayah-wilayah yang lebih luas. Parasufi pengembara telah melakukan pengembaraan hingga ke Nusantara.

  • 8/14/2019 Sumbangan Islam

    28/28