kajian terhadap pelajar tajaan lembaga zakat selangor di institusi

18

Upload: hathuan

Post on 12-Jan-2017

290 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian terhadap Pelajar Tajaan Lembaga Zakat Selangor di Institusi
Page 2: Kajian terhadap Pelajar Tajaan Lembaga Zakat Selangor di Institusi

t--

Ik

Cetakan Pertama

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagianartikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apajuga bentuk dan dengancara apajua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau caralain sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit.

Perpustakaan Negara Malaysia

NorAiniAli. 1976-

Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

ISU KONTEMPORARI PENGURUSAN DAN PEMBAYARAN ZAKXTDI MALAYSIA / NOR AINI ALI, AZIZI CHE SEMAN, MOHAMMADTAQIUDDIN MOHAMAD.rsBN 978-967 -13583 -2-0l. Zakat.2. Islam-Charities. 3.Islamic giving. I. Azizi Che Seman, 1972-.IL Mohammad Taqiuddin Mohamad, 1983-. III.Judul297.54

Diterbitkan OlehMajlis Agama Islam Wilayah PersekutuanAras 1-7,9-11BangunanPERKIMNo. 150Jalan Ipoh51200 Kuala LumpurTel: +603-40479444Faks: +603-40449444Email : pro@maiwp. gov.my

Dengan KerjasamaJabatan Syariah dan EkonomiAkademi Pengajian IslamUniversiti Malaya50603 Kuala LumpurTel: +603-79676006Faks: +603-79676147Email : api_ekonomi@um. edu.my

Dicetak OlehAttin Press Sdn. Bhd.No.46, Jalan 3/108, Taman Salak Jaya,Salak Selatan, 57100 Kuala Lumpur.Tel: 03-7984'1626Fax:03-7981 5253E-mail: [email protected]

Page 3: Kajian terhadap Pelajar Tajaan Lembaga Zakat Selangor di Institusi

I KESAN BANTUAN ZAKAT TERHADAP PRESTASIAKADEMIK PELAJAR: KAJIAN TERHADAP

; PELAJAR TAJAAN LEMBAGA ZAKATI SELANGOR DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGII t-----------To@ry

I nzharAhmad MustaffalI Hairunnizam Wahid2I Sanep AhmadrIItIIII pnNcnNALANtJ Lokalisasi menurut kepada Kamus Dewan Bahasa dan pustaka adalah

I bermaksud penempatan atau penumpuan. Lokalisasi menjurus kepada

I konsep pentadbiran atau tadbir urus sesebuah organisasi iaitu dalam

I konteks kajian ini, ia difokuskan kepada pusat pengurusan zakat. Tadbir

I *, sesebuah organisasi sangat berkait rapat dengan sentralisasi dan

I desentralisasi. Sentralisasi bermaksud memusatkan seluruh kuasa yang

I berkaitanpemerintahan ataupentadbiran kepadaperingkatpusat. pengurusan

I zakat yang berpusat di satu tempat, misalnya di ibu-ibu negeri atau di

I bandar-bandar besar, tentulah sukar menyebar furun ke kawasan-kawasan

I tanggungiawabnya, tambah lagi sekiranya kawasan tanggungjawabnya

I adalah terlalu luas (Muhammad Syukri, 2014). Menurut kajian Muhammad

I SYot"i lagi, pusat pengurusan zakat yangjauh dari pembayar dan asnaf

I menyukarkan mereka untuk berurusan. Manakala menurut L.A.Mills

I (2013) desentralisasi didefinisikan sebagai pemulangan kuasa pentadbiran,

l' Pelajar Sarjana, Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan pengurusan,

I Universiti Kebangsaan Malaysia, [email protected].

! 2 Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan pengurusan,

I Universiti Kebangsaan Malaysia, [email protected].

!3 Profesor Madya, Pusat Pengajian Ekonomi, Fak-ulti Ekonomi dan pengurusan,

! Universiti KebangsaanMalaysia, [email protected] 9 3I,II

-.r'I-I

Page 4: Kajian terhadap Pelajar Tajaan Lembaga Zakat Selangor di Institusi

perundangan dan kewangan secara berperingkat oleh kerajaan pusat kepadakerajaan negeri. Pada masa yang sama juga, kerajaan pusat mengekalkankuasa yang cukup untuk menjaga keselarasan pentadbiran dan kestabilankewangan. Desentralisasi secara mudah ditakrifkan sebagai penyerahanatau sebagai pengalihan tanggung jawab, kuasa dan sumber-sumber (dana,

manusia dan lain-lain) dari kerajaan pusat ke daerah sama ada mengenaipelaksanaannya, perancangan dan pembiayaannya. Dalam kajian ini,desentralisasi merupakan salah satu kaedah lokalisasi pusat pengurusanzakat.Lokalisasi pusat pengurusan zakat di sini bermaksud melokalisasikanpusat pengurusan zakat iaitu dari aspek tempat yang mana pentadbirannyalebih bersesuaian dan memudahkan pembayar dan asnaf untuk berurusan.

Kaedah lokalisasi zakat dicadangkan agar dapat mengatasi masalah agihanzakat. Pengecilan kawasan agihan zakat akan mengecilkan juga skoptanggungjawab pihak institusi zakat dalam pengurusan zakat. Ini lebihefisien dalam proses pengurusan zakat walaupun jumlah kutipan zakatmenunjukkan peningkatan hasil zakat dari tahun ke tahun namun masalahisu lebihan zakat dan agihan zakat masih lagi menjadi perbahasan olehinstitusi zakat. Isu pengagihan zakat masih lagi menjadi perbahasan pada ,hari ini kerana masih ramai asnaf yang selayaknya menerima banfuan Jzakat masih terbiar. Ini lebih dikuatkan lagi apabila kehidupan mereka ini Jdisiarkan dalam media.

JZakatmerupakan satu ibadat yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam yangitelah mencukupi syarat. Segala urusan berkaitan kutipan zakat dikendalikanfoleh institusi zakat setiap negeri di Malaysia. Seterusnya institusi zakattbertanggungjawab dalam mengagihkan zakat kepada lapan golonga.{asnaf sepertimana yang telah ditetapkan di dalam al-Quran iaitu kepad{fakir, miskin, muallaf, fi sabilillah, ibnu sabil, gharimin, riqab dan um\Pengagihan zak* kepada lapan golongan asnaf ini terdapat dalam pelbagEskim dan bentuk termasuklah bantuan pendidikan. Bantuan pendidik{merupakan salah satu benfuk bantuan terpenting kepada golongan asn{fakir dan miskin kerana pendidikan salah satu kaedah yang dapat mengub{kehidupan dan mengeluarkan golongan ini dari kepompong kemiskinqlDisebabkan oleh kepentingan pendidikan ini kepada golongan asnaf faldan miskin, maka institusi zakat memainkan peranan yang penting dal{memastikan golongan asnaf fakir miskin ini mendapat peluang pendidi{dan berjaya seperti orang lain. Terdapat beberapa kes dilaporkan padaa$tahun 2013 di mana anak-anak fakir miskin ini tidak dapat meneru{persekolahan kerana gagal melunaskan yuran persekolahan mereka. DeE

94

Page 5: Kajian terhadap Pelajar Tajaan Lembaga Zakat Selangor di Institusi

wujudnya kes-kes keciciran dalam pelajaran seperti ini, institusi zakatmemainkan peranan yang sangat penting dalam menyalurkan bantuan zakatdari segi pendidikan kepada gologan ini. Justeru itu, kajian ini dijalankanbagi mengenalpasti masalah yang dihadapi para pelajar berhubung aspekpengurusan zakat di samping mempertingkatkan prestasi akedemik. Selainperanan yang dilakukan oleh institusi zakat dalam memastikan pelajar fakirdan miskin tidak ketinggalan dalam pelajaran khususnya diLembagaZakatSelangor. Kajian ini diharap dapat memberi gambaran kepada masyarakatterhadap usaha yang telah dilakukan oleh institusi zakat dalam membantuasnaf pelajar dalam pembangunan pendidikan di Malaysia.

KAJIAN LEPAS

Secara alnnya, tidak banyak kajian yang menerangkan secara komprehensifmengenai kesan bantuan zakat terhadap aspek kualiti hidup pendidikananak asnaf. Kebanyakan kajian adalah memfokuskan bagaimana hasilkutipan zakat dapat ditingkatkan dan kaedah yang berkesan pengagihan

i zakat (Mohd Ali et a1.,2003; Abdul Monir, 1994; Mohd Parid, 2001).

I S.Uln itu, terdapat juga kajian yang mengupas mengenai isu pengurusan

J datam institusi zakat sebagaimana kajian yang dijalankan oleh Azninainie

I fzotl) yang menganalisis kaedah pengurusan dana zakat yang diuruskan

J oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melalu Kelantan (MAIK) di

J Negeri Kelantan, khususnya berkenaan dengan pengagihan dana zakat

I kepada masyarakat setempat. Kajian ini telah menggunakan data kutipan

t Oan agihan bagi seluruh Negeri Kelantan dan telah dianalisis dengan

! menggunakan kaedah deskriptif untuk menggambarkan hasil kajian secara

I teuitrietas.

I Sercrusnya adalah kajian daripada Ahmad Hidayat dan Saidatul Badrul

! tZOt+l yang mengkaji mengenai faktor-faktor yang menghalang kecekapan

I pentadbiran zakat oleh pihak berkuasa negeri. Bagi mencapai tujuan ini,

I Daerah Kota Belud di negeri Sabah telah dipilih sebagai contoh kajian. Hasil

f talian ini memperlihatkan aspek pentadbiran Bahagian Zakat dan Fitrah

I MUIS berjalan dengan teratur. Walau bagaimanapun, beberapa kelemahan

I harus ditangani seperti menambah bilangan kakitangan untuk mengurus

f fntadbir an zakat khususnya zakat harta dari segi memberi penerangan dan

J penjelasan kepada masvarakat.

! Manakala kajian oleh Hairunnizam, Sanep dan Radiah (2010) yang telah

I menganalisis persepsi satu sampel individu yang berpotensi membayar

I- 95

I

I-I

Page 6: Kajian terhadap Pelajar Tajaan Lembaga Zakat Selangor di Institusi

zakat di Semenanjung Malaysia dengan menumpukan kepada asptketidakpuashatian mereka terhadap insitusi zakat. Ketidakpuasan httersebut telah diterjemahkan menerusi aspek kaedah pengagihan yarkurang berkesan dan maklumat pengagihan kepada asnaf yang tidak jelas

Terdapat juga kajian yang menerangkan aspek pengurusan tetu,berdasarkan kepada perspektif al-quran dan al-sunnah, sepertimana kajitoleh Ahmad Hidayat (2000) di mana ia diperkuatkan lagi menerusi nas-nisyarak dan contoh-contoh amalan sahabat serta pendapat-pendapat ulanmuktabar. Sebagai contoh, beliau mengupas mengenai hukum membayizakat berdasarkan kepada Jumhur ulama sahabat dan tabi'in seperti Sa'd biAbi Waqqas, Ibn 'Umar, Abu Sa'id al-Khudr, Abu Hurayrah, ',{ishah, aHasan al-Basr, al-S'ha'bi, Muhammad ibn 'Ali, Sa'id bin Jubayr, al-Awzadan lain-lain berpendapat bahawa zakatperlu dibayar kepada pemerintah'i

Kajian oleh Mahadi Mohammad (2013) pula mengambil pendekataniaitu meneran gkan zakatmenurut Islam. Kajian tersebut telahkaedah perpustakaan berdasarkan sumber primer (al-Quran dan adan sekunder (kitab-kitab ulama) bagi mengenal maqasid hukum.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini telah menggunakan kaedah kajian secara kualitatif.secara kualitatif ini berfujuan untuk memahami secara mendalamberkaitan persoalan kajian (Merriam, 2002). Seramai 187 orangkajian yang merupakan keseluruhan pelajar asnaf fakir miskin diIPTS yang merangkumi Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS),Multimedia (MMU), Universiti Industri Selangor (IINISEL),Tenaga Nasional GINITEN) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).yang dijalankan pada 9 Mei 2015 menggunakan kaedah persaberstruktur di mana responden adalah terdiri daripada pelajarmiskin yang menerima bantuan zakat pendidikan. Inipersampelan rawak berkelompok adalah sesebuah kumpulanrawak dan bukannya individu serta setiap individu dalamdijadikan sampel (Noraini Idris, 2013). Sehubungan itu,mendapati bahawa 94 responden yang mewakili 50.3 peratusresponden mengembalikan dan menyempurnakan borangSetelah semua jawapan soal selidik dikumpul dan direkodkaqimembuat rumusan untuk satu kesimpulan.

96

Page 7: Kajian terhadap Pelajar Tajaan Lembaga Zakat Selangor di Institusi

Kaedah Spesifikasi Model dan KaedahAnalisis Data Kajian ini menggunakankesemua soalan yang dikemukakan berkaitan aspek demografi respondenserta penerimaan konsep lokalisasi pentadbiran dan pengurusan zakatmenggunakan kaedah deskriptif dan ujian perbandingan min serta peratuspenerimaan responden terhadap sesuatu item soalan.

Kajian ini telah dibentuk menggunakan analisis faktor (EFA) kepadasetiap pemboleh ubah utama iaitu keberkesanan agihan, pengetahuan danseterusnya ialah cadangan lokalisasi pengurusan zakat di sesebuah IPT.Kesemua tiga faktor ini mempunyai beberapa item yang dijelaskan olehbeberapa pemboleh ubah berkenaan secara terperinci. Pertama, dalamkaedah EFA, setiap pembolehubah yang membentuk konstruk vulnerableperlu diuji dengan analisis kebolehpercayaan (reliability) untuk memenuhisyarat ketekalan dalaman. Ukuran yang sering digunakan untuk tujuanpengukuran ini ialah koefisien alpha (Cronbach, l95l). Menurut MohamadNajib (1999), sekiranya nilaiAlpha Cronbach melebihi 0.8, bermaknatahapkesahan atau kebolehpercayaan item yang diuji adalah tinggi.

Jadual 1 : Pecahan Pelajar Yang MenerimaBanttanZakatMensikut Universiti

Universiti Pengajian Populasi Sampel Peratusan

Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS)

Universiti Multimedia (MMU)

Universiti Industri Selangor

GlNrsEL)Universiti Tenaga Nasional(UNrrEN)Universiti Putra Malaysia (UPM)

52

t

100

5

29

30

I

40

5

l 8

3 Z

43

1 9

Total

Berdasarkan Jadual l, majoriti responden terdiri adalah terdiri UniversitiIndustri Selangor iaitu sebanyak (43 peratus). Walau bagaimanapun daripada100 pelajar hanya 40 pelajar yang menyempurnakan borang tersebut. Inibermakna seramai 60 orang pelajar tidak mengemukakan borang tersebut.Jumlah perbezaan ini adalah yang tertinggi berbanding dengan universitilain. Peratusan pelajar yang mengemukakan borang di Kolej Universiti

Selangor sebanyak (32 peratus), Universiti Putra Malaysia (UPM)yak (19 peratus), Universiti Tenaga Nasional (IINITEN) sebanyak (5

100187

97

Page 8: Kajian terhadap Pelajar Tajaan Lembaga Zakat Selangor di Institusi

peratus). Manakala Universiti Multimedia adalah yang paling terendah iaitusebanyak (1 peratus) sahaja.

Jadual 2 : Demografi Pelajar Yang Menerima Bantuan Zakat di IPTA

ltem Kekerapan Peratusan

Jantina Pelajar

Perempuan

Lelaki

Peringkat Pengajian

Diploma

Ijazah Sarjana Muda

Ijazah Sarjana

Keputusan Peperiksaan Kumulatif

<2 .50

2.5r - 2.75

2.76 - 3.00

3.01 - 3.50> 3 .51

Tiada Jawapan

Jumlah Pendapatan Isi Rumah

Tiada Sumber Pendapatan

RM100 - RM500

RM501 - RMl,000

RMl,OOl - RMl,500

RMl,sOl - RM2,000

RM2,00l - RM2,500

RM2,50l - RM3,000

Tiada Jawapan

Jumlah Bilangan Adik Beradik

Anak Tunggal

2 -3 orang

4 -5 orang

6 -7 orang> 8 orang

Tiada Jawapan

78

l 6

59J

J

9

l 5

47

l 6

4

6

9

32

2rl 0

5

4

7

2

l 3

30

28

t 9

2

83t7

34633

J

l 0t650t7

i+

6

1 0

34

22

l l

5

4

7

2

l 4

32

30

20

2

98

Page 9: Kajian terhadap Pelajar Tajaan Lembaga Zakat Selangor di Institusi

Berdasarkan Jadual 2, jumlah responden yang adalah sebanyak 94 orangyang terdiri daripada daripada perempuan iaitu sebanyak (83 peratus)berbanding dengan responden lelaki hanya (17 peratus). Jumlah ini jugaseakan bersetuju dengan kajian yang dilakukan oleh SalinaAbdullah (2001)yang menerangkan tentang prestasi kurang baik pelajar lelaki kini sudahsampai ke peringkat hanya 20 peratus lelaki berada di universiti berbanding80 peratus wanita. Majoriti responden adalah mereka yang sedang mengikutipengajian di peringkat ljazah Sarjana Muda iaitu sebanyak (63 peratus)daripada keseluruhan pelajar. Daripada Jadual 2 jtga, didapati bahawasebanyak (50 peratus) pelajar yang menerima zakat telah memperolehimarkah PNGK 3.01 sehingga PNGK 3.50. Ini menunjukkan bahawa hasilwang daripada sumber yang betul dan digunakan ke jalan yang diredhaioleh-Nya pasti beroleh keberkatan. Selain itu, jumlah pendapatan isi rumahbagi keluarga responden adalah sekitar RM501 hingga RMl,000 sebulaniaitu sebanyak (34 peratus) sahaja. Manakala mereka yang mempunyaibilangan adik beradik yang iaitu di antara 4 hingga 5 orang adalah (32peratus). Secara inferensnya, majoriti pelajar adalah daripada keluarga yangberpendapatan rendah dan mempunyai adik beradik yang ramai. Dalam halini, wujudnya masalah kesempitan wang yang dihadapi oleh pelajar tersebut,dan akhirnya ia dilihat seakan halangan dalam memperoleh keputusanakademik yang cemerlang.

HASIL KAJIAN

I Justeru, untuk menilai kecekapan pengurusan agihan zakat dan }uga konseplokalisasi zakat di masjid, beberapa faktor penyumbang telah dibentukkanmenggunakan analisis faktor (EFA) kepada setiap pemboleh ubah utamaiaitu faktor keberkesanan agihan, faktor pengetahuan unit zakat, wakaf dansedekah dan faktor cadangan pelaksanaan. Kesemua faktor ini mempunyaibeberapa item yang dijelaskan oleh beberapa pemboleh ubah berkenaansecara terperinci. Ini dapat dilihat di Jadual 3. Kajian ini menganalisisfaktor-faktor yang dikaji beserta item yang terlibat untuk melihat manakahantara item-item berkenaan mempengaruhi setiap pemboleh ubah yangdikaji dengan melihat kepada nilai faktor muatan dan komunaliti setiap item.Perlu dinyatakan juga adalah penting untuk mengesahkan kesesuaian itemtersebut dalam kelompok faktor yang dikaji. Nilai muatan dan komunalitiyang tertinggi menunjukkan sumbangan yang terbesar terhadap pembolehubah yang dikaji.

99

Page 10: Kajian terhadap Pelajar Tajaan Lembaga Zakat Selangor di Institusi

Berdasarkan Jadual 3 nilai alpha cronbach bagi skala keseluruhan0.939 bagi cadangan pelaksanaan, 0.901 bagi pengetahuan resmengenai zakat dan 0.801 bagi keberkesanan dari aspek agihanmenunjukkan tahap kebolehpercayaan soalan adalah amat baik.nilai min juga menunjukkan nilai yang tinggi bagi ketiga{igaubah seterusnya kajian ini adalah sesuai,rntot oiuirr.ungiu., c"riidengan lebih lanjut.

Jadual 3: Analisis Faktor pembolehubah yang Dikaji

Yffil Min "l,f*,

K"J;;';Kelompok Faktor

Keberkesanan Agihan

1. Proses Permohonan adalahmudah dan ringkas

2. Bantuan wang sakutepat mengikut jadual

3. Penyampaian maklumat jelas, 0.770 3:37 0.g01

tepat dan mudah

4. Tidak digugur taraf akibatkelewatan proses LZS

5. Tiada masalah kemaskinikeputusan peperiksaan

Pengetahuan

l. Proses Permohonan adalahmudah dan ringkas

2. Bantuan wang sakutepat mengikut jadual

4. Tidak digugur taraf akibarkelewatan proses LZS

5. Tiada masalah kemaskinikeputusan peperiksaan

0.809 3.52

0.790 3.22

0.759 3.82

0.630 3.28

0.875 3.52

0.849 3.34

0.837 3.85

0.835 3.66

3. Penyampaian maklumat jelas, 0.g46 3.54tepat dan mudah 0.901

100

Page 11: Kajian terhadap Pelajar Tajaan Lembaga Zakat Selangor di Institusi

Faktor

Pelaksanaan

Proses dermasiswa zakat LZScepatkan agihan

Penglibatan kaunter zakatmudahkan proses

Kaunter zakat mudahkanproses permohonan

Cadangan lokalisasikurangkan kerenah birokrasi

Penolong amil memahamikeperluan pelajar

ffi;l Min"*'J*,

*"ffi".

0.939 80.422

Jadual 4: Korelasi Antara Pembolehubah Yang Dikaji

Kelompok

0.931 3.98

0.900 3.93

0.889 3.99

0.889 4.03

0.873 3.83

Keberkesanan Agihan

Pengetahuan

KeputusanPelajar-.234*

.126

CadansanPelaksanaan -.222*

Keberkesanan PengetahuanAgihan

.861**

.471** .507x** Signifikan pada aras keertian 5 peratus** Signifikanpada aras keertian I peratus

Kajian ini seterusnya akan melakukan analisis korelasi sebelum membinasesuatu model regresi. Berdasarkan kepada JadtaL4, kajian juga mendapatikesemua kelompok mempunyai nilai koefisien negatif dengan keputusanpelajar. Namun begitu, hanya terdapat dua pemboleh ubah sahaja yangsignifikan iaitu keberkesanan agihan dan cadangan pelaksanaan. Kajianini juga menunjukkan wujudnya korelasi yang mempunyai nilai koefisienyang positifdi antara pengetahuan dengan keberkesanan agihan iaitu 0.861.Ini menunjukkan pelajar tersebut mempunyai ilmu pengetahuan mengenaizakat dan dari aspek keberkesanan agihan. Selain itu, sebanyak 0.471 untukcadangan pelaksanaan dengan keberkesanan agihan.

1 0 1

Page 12: Kajian terhadap Pelajar Tajaan Lembaga Zakat Selangor di Institusi

Jadual 5 : Perbezaan nilai min antara keputusan pelajar danpemboleh ubah yang dikaji

pemborehubah 1n"lj,:':" p.rBruil", Nilai Min ?Tjlll -Tf;<2.50

2.51-2 .75

2.76-3.00

3.01-3 .50

>3.51

<2.50

2.51-2 .75

2.76-3.00

3.0 r -3.50

>3.51

<2.50

2.51-2 .15

2.76-3.00

3.01-3 .50

>3.51

4.2000*

3.6222*

3.4533*

3.3022*

3.2500*

4.2667

3.4889

5 . I J J J

3.3867

3.67 50

5.0000*

4.1118*

3 .8933 *

3.8044*

3.8250*

J

9

.20000 .11547

.71725 .23908

.50408 .13015

.78696 .11731

.40332 .10083

.64291 .37118

.5011 l .16704

.83723 .21617

.82506 .12299

t.03241 .2s8t2

.00000 .00000

.71146 .2s915

.5338 r .13783

.85 I 19 .12689

1.13813 .28453

KeberkesananAgihan

Pengetahuan UnitZakat Wakafdan Sedekah

CadanganPelaksanaan

l 5

45

l 6

J

9

1 5

45

l 6

J

9

1 5

45

l 6

* Signifikan pada aras keertian 10 peratus

Jadual 5 menunjukkan ujian perbandingan yang dilakukan di antaraketiga-tiga pemboleh ubah tersebut iaitu keberkesanan agihan, pengetahuan unizakat, wakaf dan sedekah dengan keputusan pelajar. Nilai min 4.2dari mereka yang mempunyai keputusan kurang daripada PNGK 2.5(manakala 3.25 bagi mereka yang mempunyai PNGK 3.51 dan keBagi kelompok mengenai pengetahuan mengenai zakat sebanyak 4.27pelajaryang memperoleh kurang daripada PNGK 2.50 dan3.67 bagi

t02

Page 13: Kajian terhadap Pelajar Tajaan Lembaga Zakat Selangor di Institusi

memperoleh PNGK 3.51. Manakalabagi cadangan pelaksanaan pula,min sebanyak 5.0 bagi pelajar yang memperoleh PNGK 2.50 danyak3.82 bagi pelajar yang memperoleh keputusan PNGK 3.51.

Berdasarkan hal ini, dapat disimpulkan bahawa nilai min yang paling tinggiadalah daripada kelompok pelajar yang mempunyai keputusan PNGK 2.50.Ini bertentangan dengan pelajar yang mempunyai keputusan yang cemerlangiaitu di atas PNGK 3.51. Walaupun jumlah pelajar yang mempunyai nilaimin yang tinggi adalah yang terendah berbanding dengan yang lain. Inimenunjukkan bahawa semakin rendah keputusan pelajar, semakin tingginilai min mengenai persepsi pelajar terhadap zakat. Di dalam konteks ini,pelajar yang lemah sangat optimis dengan konsep lokalisasi ini dilihatberbeza dengan pelajar yang cemerlang iaitu mereka dilihat seakan pesimisdengan konsep tersebut.

Perkara ini dapat dirumuskan bahawa pelajar yang mempunyai keputusanyang rendah ini perlu diberi perhatian dan galakan agar mereka dapatmemperoleh keputusan yang lebih baik. Di sini konsep lokalisasi amatbertepatan dalam aspek membantu pelajar-pelajar yang lemah denganmelakukan pemantauan berkala dari masa ke semasa. Dengan menempatkanseorang amil zakat di masj id IPI ia bukan sekadar memudahkan para pelaj aruntuk berurusan, malah ia sebagai pemantau kepada para pelajar tersebut.Keputusan pelajar tersebut akan dinilai dari masa ke semasa dan tindakansusulan akan diambil jika mereka memperoleh keputusan yang rendah.

PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI DASAR

Masjid merupakan rumah ibadat bagi umat Islam dalam mengerjakansolat dan majlis keagamaan serta pusat aktiviti sosial umat Islam. Masjidadalah sebuah institusi ibadat yang sepatutnya berkembang sejajar denganarus perkembangafl zama\ dan memainkan peranan di dalam kehidupanmasyarakat Islam sebagai sebuah institusi membina kemajuan ummah.Mengimarahkan masjid pula adalah tugas yang berkait rapat dengankonsep kejadian manusia untuk melaksanakan amar makruf dan nahimungkar. Justeru itu, setiap individu muslim seharusnya menunjukkaniltizarn supaya memastikan pengurusan masjid berfungsi sebagai pusatibadat dan pembangunan ummah. Selain itu, pentadbiran dan penguusanmasjid perlulah dikemaskini terutamanya mekanisme yang bercirikanprofesionalisme dalam segenap sistem pengurusan dan pentadbiran masjid.Ini adalah kerana pembangunan dan kecemerlangan ummah bermula dari

103

Page 14: Kajian terhadap Pelajar Tajaan Lembaga Zakat Selangor di Institusi

sejauh mana berkesannya penggerak dalam melaksana pengurusan masDi zaman Rasulullah SAW, masjid'menjadi tempat untuk meniniman para sahababrya. Dalam masa yang sama, masjid juga disebagai tempat pembelajaran dan pengajian Islam. Allah SWTdalam al-Quran yang bermaksud:

"Hanyalah yang memalvnurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudiqn, serta tetapmendirikan solat, menunaikan zakat, dan tidak takut kepadasiapapun selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yangmendapat petunjuk."

(Terjemahan surah al-Taubah: I

Kajian ini percaya bahawa masalah pengurusan zakat sepatutnya disebermula di masjid sebagai institusi utama komuniti Islam, seiringkonsep lokalisasi pengurusan dan pentadbiran zakat. Ini kerana iadiakses oleh para pelajar selain pusat pentadbiran zakat yang sediaterletak di kawasan yang jauh yang mana menyukarkan merekaberurusan. Bukan itu sahaja, ia juga dilihat sebagai pendekatan terbauntuk menggalakkan mereka untuk kerap ke masjid.

Dalam hal ini, pihak masjid boleh mengambil inisiatif dalamprestasi para pelajar asnaf seperti mengadakan program kerohanian.kerohanian membekalkan pelajar dengan kekuatan dalaman yangmendorong kewajaran mereka dalam berperlakuan. Sebagai insan yangberagama, aspek kerohanian memberikan semangat kepada seseorang untukmenghadapi sesuatu cabaran dengan tenang dan sabar. Kebanyakan pelajarpercaya bahawa kehidupan ini adalah di bawah ketentuan Tuhan dan merekasentiasa berdoa dan berusaha bersungguh-sungguh serta percaya kepadatakdir (Norhani Bakri, 2005). Golongan ini perlu diberi dorongan yang kuatuntuk tabah menghadapi kegagalan supaya mereka terus berusaha dan tidaklemah semangat untuk mendapatkan prestasi yang lebih baik.

Selain itu, pihak masjid boleh mengadakan program mentor mentee bagipelajar asnaf yang lemah. Dalam aspek ini, pelajar yang cemerlang dapatmebantu pelajar yang lemah. Oleh itu, secara amnya prestasi keseluruhanpelajar yang menerima zakat dapat dipertingkatkan lagi dari masa ke semasa.Perhubungan antara penglibatan mentor dan mentee mendapat sokongandaripada teori gelagat berasaskan motivasi. Sebagai contoh, teori jangkaan(Vroom, 1964) menerangkan bahawa tingkah laku adalah fungsi jangkaanindividu terhadap apa yang akan diperolehi dan sejauh mana pentingnya

r04

Page 15: Kajian terhadap Pelajar Tajaan Lembaga Zakat Selangor di Institusi

hasil yang akan diperolehi pada masa depan. Dalam konteks progmmmentoring, penglibatan mentor dan mente secara aktif dalam mempelajaripengetahuan, kemahiran dan kebolehan baru berupaya mendorong menteemenambahbaik psikososial dan prestasi pengajian. Teori pengukuhan(Skinner, 1953) menegaskan bahawa jangkaan individu terhadap akibat-akibat positif atau negatif yang akan diperolehi apabila melakukan sesuatutindakan akan mempengaruhi jenis tindakan individu tersebut. Dalamkonteks program mentoring, penyertaan mentor dan mente secara aktifdalam mempelajari pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang bergunamampu menguatkan keazaman mentee untuk menambahbaik psikososialdan prestasi pengajian. Oleh itu, jurang perbezaan markah PNGK di antarapelajar dapat dikurangkan yang mana prestasi pelajar yang lemah dapatdipertingkatkan lagi manakalapelajar yang cemerlang akan terus konsisten.

Selain itu jug a, pihakLZS perlu mempelbagaikan bentuk bantuan pendidikankepada pelajar asnaf dalam usaha unutuk meningkatkan prestasi merekadalam pelajaran (Azman & Siti Martiah, 2013). Institusi zakat di negeriJohor memberikan bantuan pendidikan yang berbeza daripada institusizakatlain di Malaysia iaitu dari segi skim bantuan basikal pelajar dan skimbantuan cermin mata. Manakala di negeri Sarawak, bantuan pendidikanyang berbeza yang diberikan oleh institusi zakat Sarawak ialah bantuankertas kerja projek (tesis). Terdapat juga keistimewaan dan bantuan zakatpendidikan khusus bagi pelajar yang mengambil bidang kejururawatan diKuala Lumpur yang dinamakan Bantuan Pelajaran Kolej KejururawatanPUSRAWI. Bantuan pendidikan di Sabah dan Sarawak dari segi bantuanyuran pengajian adalah dibezakan mengikut bidang pengajian yang diambil.Kedua-dua institusi zakat ini mensyaratkan bidang agama sebagai syaratutama untuk memohon dermasiswa dan bantuan ini akan diberikan padasetiap semester di sepanjang pengajian. Berbeza dengan bidang pengajianyang lain di mana bantuan yuran pengajian hanya akan diberikan sekalisahaja iaitu ketika pendaftaran pengajian.

KESIMPULAI{

Berdasarkan kajian ini, jelaslah bahawa lokalisasi memainkan perananpenting dalam aspek pengurusan agihan zakatkepada pelajar. Kedudukanmasjid yang mudah diakses merupakan tempat strategik. Tambahan lagi,jika pihak LZS menempatkan seorang amil sebagai wakil kepada LZS dimasjid-masjid IPT. Ini kerana ia dapat melicinkan lagi aspek pengagihanzakat kepada pelajar dan ia dilihat lebih efisien Selain itu juga, skim dan

105

Page 16: Kajian terhadap Pelajar Tajaan Lembaga Zakat Selangor di Institusi

bantuan pendidikan yang telah diberikan oleh institusi zakat di Malaysia

dapat menggalakkan golongan asnaf supaya mementingkan pendidikan

dan ilmu pengetahuan sebagaimana yang digalakkan dalam Islam iaitumenuntut ilmu adalah satu kewajipan kepada semua umat Islam. Dengan

usaha seperti ini, ia seharusnya dapat menaikkan lagi martabat golongan

asnaf, memperbaiki taraf hidup golongan fakir dan miskin, melahirkan lebih

banyak lagi pelajar asnaf fakir dan miskin yang berjaya di dalam dan luar

negara dan seterusnya menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang

kurang masalah dalam keciciran pelajaran.

RUJUKAN

Ab. Halim Tamuri, Zuria Mahmud & Safani Bari. "Permasalahan Pelajar-pelajarFakir Miskin di Daerah Sabak Bernam." Jurnal Pendidikan (2005).

Abd Halim & Mohd Saladin. Pengurusan Agihan Zakat; Fiqh Zakat Malaysia.Institut Kajian Zakat Malaysia (IKaZ), Pusat Penerbitan Universiti (UPENA),2011.

Abdul Monir Yaacob. "Garis Panduan Agama dalam Pengagihan Dana Zakat."Dalam Nik Mustapha Nik Hassan (Ed.). Kaedah Pengagihan Dana Zakat;Satu Perspektif lslam. Kuala Lumpur: lKlM, 2001.

Ahmad Hidayat Buang & Saidatul Badrul Mohd Said. "Pentadbiran Zakat danKesedaran Masyarakat Islam Membayar Zakat di Daerah Kota Belud Sabah."Sains Humanika. 2(l) (201 4): 125 -134.

Azman Ab Rahman & Ahmad Wifaq Makhtar. "Kelayakan dan Kedudukan Pelajarsebagai Penerima Zakat Menurut Perspektif Islam." Jurnal PengurusanJATI/HAR (20I1).

Azman Ab Rahman & Siti Martiah Anwar. Zakat Pendidikan Kepada GolonganAsnaf di Malaysia: Peranan dan Cabarannya Pada Masa Kini,2070.

Azninainie Binti Mohd Ghazi. "Analisis Pengurusan dan Agihan Dana Zakat diNegeri Kelantan." Prosiding Perkem VIII, Jilid 3, 2013.

Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Mohd Ali Mohd Nor. "Kesan BantuanZakat Terhadap Kualiti Hidup Asnaf Fakir dan Miskin." The Journal ofMuamalat and lslamic Finance Research 1(l) (2004): l5l-166.

Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Mohd Ali Mohd Nor. "Kesan BantuanZakat Terhadap Kualiti Hidup Asnaf Fakir dan Miskin." The Journal ofMuamalat and Islamic Finance Research l(1) (2004): 151-166.

Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kader. "Melokalisasi UrusTadbir Pengagihan Zakat: Peranan Institusi Masjid di Malaysia." AsianJournal ofAccounting and Governance,3 (2012): 71-83.

Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kader. "Penerimaan Amildan Asnaf Terhadap Penyetempatan Pengagihan Zakat di Malaysia." JurnalEkonomi Malaysia 46(1) (2012): 39 -5 1 .

106

Page 17: Kajian terhadap Pelajar Tajaan Lembaga Zakat Selangor di Institusi

Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kader. "Pengaglhan Zakatoleh Institusi Zakat kepada Lapan Asnaf: Kajian di Malaysia." JurnalPenqurusan JAWHAR a(1) (2010): l4l-170.

Mohd Parid Syeihtr Ahmad. "Kaedah Pengagihan Dana Zakal: Satu Perspektiflslam." Dalam Nik Mustapha Nik Hassan (Ed.). Kaedah Pengagihan DanaZakati Satu Perspektif lslam.Kuala Lumpur: lKlM, 2001.

Muhammad Syukri Salleh. "Lokalisasi Zakat: Satu Cadangan Teoritis."Muzakarah Pakar Zakat, Fakulti Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia,2002.

Muhammad Syukri Salleh. "Pembasmian Kemiskinan Melalui PemerkasaanPendidikan Ummah." Kertas Kerja Seminar Pengurusan Zakat di InstitusiPengajian Tinggi: Pengalaman dan Hala Tuju, Universiti Teknologi Mara,2014.

Muhammad Syukri Salleh. Organizational and Definitional Reconfguration ofZakat Management, 2014.

Wan Mohd Khairul Firdaus Wan Khairuldin & Mahadi Mohammad. "ThePhilosophy and Elasticity of Zakah Distribution in Islam." InternationalJournal ofEducation and Research (2013).

r07

Page 18: Kajian terhadap Pelajar Tajaan Lembaga Zakat Selangor di Institusi

r s B N 9 7 8 - 9 6 7 - 1 3 5 8 3 - 1 - 3

ilil1ruilil|il[[ilililil