sumbangan maria montessori

13
SUMBANGAN MARIA MONTESSORI

Upload: lee-yee-bun

Post on 05-Dec-2015

672 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

KONSEP DAN PERALATAN

TRANSCRIPT

Page 1: Sumbangan Maria Montessori

SUMBANGAN MARIA MONTESSORI

Page 2: Sumbangan Maria Montessori

1. KAEDAH MONTESSORI-”RUMAH KANAK-KANAK” Mula diperkenalkan di Casa dei Bambini, atau ‘’Rumah Kanak-Kanak’’.

Kaedah ini berpegang kepada dua prinsip :

I. Kanak-kanak lebih muda belajar jika mereka diberi peluang untuk berinteraksi dengan persekitaran di mana mereka berada serta dengan bahan-bahan manipulatif yang dibekalkan. Kanak-kanak digalakkan untuk berbuat demikian tanpa bantuan orang dewasa.

II. Kanak-kanak berupaya untuk mengajar diri mereka sendiri. Kedua-dua prinsip di atas telah mengilhamkan usaha Montessori dari segi reformasi pendidikan, metologi, psikologi, pengajaran dan latihan perguruan.

Page 3: Sumbangan Maria Montessori

2. PENUBUHAN PUSATa) Pameran bilik darjah di Pameran Antarabangsa Panama-

Pasifik di San Francisco pada tahun 1915.b) Pusat latihan Montessori di Laren, Netherlands (1938)c) Siri Kursus Latihan Perguruan di India (1939)d) Pusat Montessori di London (1947)

Page 4: Sumbangan Maria Montessori

KAEDAH MENGAJARKanak-kanak yang berusia 3 hingga 6 tahun mempunyai ciri-ciri yang universal dalam kehidupan mereka

Ciri-ciri berikut adalah :· Semua kanak-kanak mempunyai “absorbent mind”(penyerapan minda: motivasi kanak-kanak yang tiada had untuk mencapai kecekapan terhadap persekitarannya dan untuk memperincikan skillnya dan memahami sebaik sahaja ia ditemui di sekitar tempoh sensetif. Fenomena ini di gambarkan oleh kapasiti kanak-kanak mengulang aktiviti didalam kategori tempoh sensetif categories (Contoh: babbling menyeluruh sebagai latihan bahasa mengarah kepada kecekapan berbahasa).· Semua kanak-kanak melalui peringkat umur yang sensitif.· Semua kanak-kanak ingin belajar.· Semua kanak-kanak belajar melalui bermain dan bekerja.· Semua kanak-kanak melalui berbagai peringkat perkembangan.· Semua kanak-kanak ingin berdikari.

Page 5: Sumbangan Maria Montessori

Aspek dalam

pendidikan

Montessori

Persekitaran Pusat sekolah

Kanak-kanak

Guru Bahan

Kurikulum

Page 6: Sumbangan Maria Montessori

PERSEKITARAN PUSAT SEKOLAH Suasana persekitaran pendidikan haruslah mempunyai kawasan yang luas

untuk kanak-kanak bergerak dengan bebas

Dilengkapi dengan taman permainan dan kebun bunga untuk mewujudkan suasana yang menyeronokkan.

Peralatan asas seperti kerusi, meja, almari, sinki basuh tangan, papan hitam dan pelbagai lagi haruslah sesuai dengan umur mereka, bagi memudahkan kanak-kanak menggunakan kemudahan tersebut di samping dapat mengelak daripada berlaku kecederaan sewaktu proses pembelajaran.

Falsafah Montessori adalah berdasarkan logik, teratur, sistematik dan indah

Page 7: Sumbangan Maria Montessori

KANAK-KANAK

Berdasarkan kepada aktiviti individu, kanak-kanak pelbagai umur melibatkan diri dalam aktiviti-aktivtiti yang berbentuk individual.

Kanak-kanak bebas memilih mana-mana projek yang mereka sukai. Aktiviti biasanya dilakukan di atas tikar atau di atas meja. Kanak-kanak mengikut arahan kendiri bekerja bersendirian atau berdua-duaan.

Kanak-kanak yang lebih muda mempelajari aktiviti tertentu dengan cara memerhati dan meniru rakan-rakan yang lebih tua

Page 8: Sumbangan Maria Montessori

GURU Kawalan orang dewasa sangat minimal.

Guru memerhati kanak-kanak dari jauh dan hanya melibatkan diri sewaktu membuat demonstrasi kepada kanak-kanak tentang bagaimana menggunakan alat-alat atau bahan yang baru.

Guru-guru tidak memuji kanak-kanak kerana matlamat aktiviti ialah untuk mendapat “self rewarding”, motivasi intristik.

Guru mempelajari kaedah dan kurikulum Montessori melalui kursus intensif pada peringkat ijazah.

Page 9: Sumbangan Maria Montessori

BAHAN Bahan yang digunakan adalah didaktik, direka untuk subjek spesifik.

Contohnya bahan sebenar yang digunakan dalam kehidupan seharian iaitu cawan, gelas, pisau.

Ia dijalankan dengan pengawasan rapi oleh pengawasan orang dewasa. Kanak-kanak didedahkan dengan pengajaran seperti memasak menggunakan api dan menyiram pokok bunga.

Ia adalah berbentuk pembentukan diri sendiri dengan itu kanak-kanak mendapat maklumat bahan yang segera daripada bahan selepas pembetulan tugasan diselesaikan.

Bahan-bahan adalah berbeza  dari mudah kepada kompleks, dengan itu kanak-kanak adalah tercabar dengan cara membina konsep secara progresif dari mudah kepada lebih susah. Bahan dibina dengan teliti dan menarik, biasanya dibuat dari bahan-bahan yang sebenar antaranya penyapu ,  penyodok, alat –alat pertukangan,  dan stetoskop.

Page 10: Sumbangan Maria Montessori

KURIKULUM

Aktiviti berkaitan kehidupan

Aktiviti berkaitan

penggunaan deria

Aktiviti bersifat

akademik

Page 11: Sumbangan Maria Montessori

AKTIVITI BERKAITAN KEHIDUPAN

Aktiviti ini adalah praktikal

Contoh:

Membutangkan baju

Mengikat tali kasut

Menggilap kasut

Menyikat rambut

Menyiram pokok

Membersihkan tingkap, menyapu lantai dan mengelap meja

Aktiviti ini bukan sahaja membantu dalam perkembangan fizikal kanak-kanak,malahan melatih kanak-kanak agar berdisiplin, berdikari, dan menghargai diri dengan memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap aktiviti yang dilakukan.

Page 12: Sumbangan Maria Montessori

AKTIVITI BERKAITAN PENGGUNAAN DERIA

Cylinder Block: terdiri daripada blok dengan lubang dan silinder kecil yang muat dimasukkan ke dalam lubang. Kanak-kanak perlu menarik silinder keluar daripada blok dan memasukkannya ke dalam lubang yang sesuai.

Brown Stairs: terdiri daripada 10 blok yang diperbuat daripada kayu. yang diperbuat daripada kayu. Kesemuanya berwarna coklat dan berbeza dari segi ketebalan. Kanakkanak boleh menyusun blok-blok ini daripada yang paling nipis kepada yang paling tebal. Blok paling tebal bersaiz 10cm dan blok lain semakin berkurang 1cm setiap satu.

Membantu kanak-kanak membentuk, menyusun, meluaskan, dan mengkaji persepsi deria dari segi penglihatan, pendengaran, sentuhan, menghidu, dan merasa.

Untuk membangunkan kemahiran tersebut, Montessori mencipta pelbagai alatan seperti:

Page 13: Sumbangan Maria Montessori

AKTIVITI BERSIFAT AKADEMIK

Melibatkan  konseptual atau bahan akademik  contohnya membantu membina asas  menulis,membaca dan matematik

Aktiviti  konseptual adalah konkrit  dan melibatkan kanak-kanak secara aktif dan  menggunakan  pelbagai sensori

Contoh bahan akademik dan konseptual:

Geometric Insets Kayu dan Bingkai:

Dalam set ini, kanak-kanak perlu memadankan dua bentuk kayu yang sama dengan menyesuaikannya dalam bingkai yang mempunyai bentuk berbeza.

Dua keping kayu ini diskrukan agar tidak bercampur aduk. Montessori turut membuat kabinet bagi menyimpan alatan geometri ini.