sumbangan shahnon ahmad

21
BSS3013:SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU TUGASAN KUMPULAN Semester 1 Sesi 2013/2014 PENSYARAH: DR. NORAZIMAH BINTI ZAKARIA SOALAN: 1(d) TAJUK TUGASAN: SUMBANGAN TOKOH:SHAHNON AHMAD NAMA: NURRUL FASIHAH BINTI AZIZ (D20131063136)

Upload: fasihah-aziz

Post on 29-Jun-2015

1.906 views

Category:

Education


0 download

DESCRIPTION

sumbangan Shahnon Ahmad

TRANSCRIPT

Page 1: Sumbangan Shahnon Ahmad

BSS3013:SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU

TUGASAN KUMPULAN

Semester 1 Sesi 2013/2014

PENSYARAH: DR. NORAZIMAH BINTI ZAKARIA

SOALAN: 1(d)

TAJUK TUGASAN:

SUMBANGAN TOKOH:SHAHNON AHMAD

NAMA:

NURRUL FASIHAH BINTI AZIZ (D20131063136)

NURUL SALWANA BINTI SARIR( D20131063097 )

AMIRAH IZZATI BINTI SALLEH (D20131063095)

NUR SYALIMATUL AZIRAH BINTI KAMARULZAMAN (D20131063100)

Page 2: Sumbangan Shahnon Ahmad

1.0 PENGENALAN

Shahnon Ahmad atau lebih dikenali dengan nama penanya iaitu Juwahir dan Tutang. Beliau

telah dilahirkan pada 13 Januari 1933 di Kampung Banggul Derdap , di daerah Sik , Kedah

Darul Aman .Beliau merupakan anak bongsu daripada dua beradik.Bapanya bernama Haji

Ahmad Bin Haji Abu Bakar.Bapa Shahnon berasal daripada Medan Sumatera . Bapanya telah

meninggal dunia pada tahun 1981 .Semasa muda , bapanya telah mengembara dari tempat

asalnya dan telah berkahwin dengan ibu Shahnon dan telah menetap di Sik .Ibunya bernama

Hajah Kalsum Bt Haji Mohd Saman yang berasal dari Kampung Poseng , Pattani , Thailand .

Pada awalnya ,bapa Shahnon bekerja di Jabatan Ukur dan kemudiannya telah menjadi

seorang posmen .Semasa Perang Dunia Kedua , bapanya telah menjadi perisik kepada pihak

British untuk mencari maklumat rahsia mengenai gerakan pihak Jepun .Haji Ahmad atau

lebih dikenali sebagai Pak Mat seorang yang sedar akan kepentingan pendidikan kepada

anaknya .Anaknya yang pertama bernama Mohd Noh .Beliau telah menyekolahkan kedua

anaknya di Sekolah Inggeris di Alor Setar. Kedua ibu bapa Shahnon merupakan orang yang

tabah , gigih , dan cekal dalam hidup . Ibunya juga banyak mendorong dalam pendidikan

awal Shahnon .Kehidupan Shahnon terbahagi kepada tiga zaman yang mempengaruhi

hidupnya sebagai seorang penulis.

Page 3: Sumbangan Shahnon Ahmad

Zaman tersebut adalah zaman kanak –kanak , zaman remaja dan zaman

dewasa.Semasa zaman kanak-kanak , Shahnon merupakan seorang kanak-kanak yang

pendiam,pemalu dan tidak suka bergaul dengan orang lain.Kehidupannya banyak diluangkan

dengan mengikut ibunya ke sawah . Beliau rajin membantu ibunya mencabut rumput

disamping gemar mencari ikan dan bermain-main dengan air.Pada tahun 1940,Shahnon telah

bersekolah di sekolah Melayu Sik.Disebabkan itu,Shahnon terpaksa menyesuaikan diri

dengan suasana sekolah yang penuh keriuhan , perlumbaan dan cabaran.Manakala pada

zaman remajanya pula , Shahnon telah bersekolah di Kolej Sultan Abdul Hamid Alor Setar

(1945-1953).Selepas tamat persekolahan, Shahnon mula menunjukkan bakatnya dalam

bidang penulisan.Sifatnya yang sensetif serta keadaan keluarganya yang menjadi pendorong

besar kepadanya untuk mencuburi bidang penulisan. Shahnon turut menunjukkan bakatnya

dalam seni lakonan yang berunsur jenaka yang telah membawanya kepada pemupukan bakat

seni sastera.Setelah tamat KolejSultan Abdul Hamid, beliau telah bekerja sebagai guru

sementara dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris di Inggeris Grammar School,Kuala

Terengganu.Selain itu,setelah setahun berada di negeri Pantai Timur , Shahnon kemudiannya

telah memasuki Askar Melayu di Port Dickson,Negeri Sembilan.Namun begitu,akibat

kemalangan yang Berlaku, beliau telah meletak jawatan dan telah pulang semula ke

Kedah.Dalam tahun 1956 Sehingga1959 Shahnon telah menjadi seorang guru Bahasa

Inggeris di sekolah Melayu Gunung Bukit Besar di Alor Setar.Pada tahun 1960 pula, beliau

Page 4: Sumbangan Shahnon Ahmad

telah ditukar ke sekolah lamanya iaitu Kolej Sultan Abdul Hamid sebagai guru Bahasa dan

Kesusasteraan Melayu.Semasa berada di Jitra,Shahnon telah bergiat aktif dalam politik dan

telah menjadi Ketua Penerangan UMNO di Kubang Pasu. Shahnon juga bersama-sama rakan

penulisnya telah menubuhkan Gabungan Sasterawan Sedar (GATRA) pada tahun 1956.Pada

pertengahan tahun 1968 pula, Shahnon telah bertugas sebagai pembantu penyelidik,Projek

Perkamusan Bahasa Inggeris-Malaysia di Department of Indonesia Languages and

Literatures ,Australian National University (ANU) Canberra ,Australia, di bawah Prof

A.H.Johns ketua jabatannya.Di samping bekerja, Shahnon juga turut menyambung

pelajarannya hingga mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera (BA) dalam bidang Pengajian

Melayu.Shahnon juga pernah bertugas sebagai seorang pesyarah setelah pulang ke tanah air

di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI),Tanjung Malim,Perak.Pada tahun 1974, Shahnon

Ahmad telah dianugerahkan bintang Kesasteria Mangku Negara (KMN) daripada Yang di

Pertuan Agung dan pada tahun 1980 telah dianugerahi Dato’ Setia Diraja Kedah (DSDK) ,

dengan gelaran Dato’ .Akhirnya beliau telah dilantik sebagai sasterawan negara yang kedua

pada tahun 1982. Shahnon Ahmad pada asalnya hanyalah seorang anak kampung, telah

berjaya dalam bidang penulisan dengan hasil usahan serta dorongan ahli keluarganya.

Page 5: Sumbangan Shahnon Ahmad

2.0 SUMBANGAN SHAHNON AHMAD

Shahnon Ahmad menulis sejak tahun 1954.Hingga kini,beliau telah menghasilkan 18

cerpen terjemahan,4 drama,80 cerpen dan 16 novel.Penulisan Shahnon Ahmad berkembang

selaras dengan perkembangan peribadi dan perkembangan zamanya.Menurut pandangan

Prof. Dr. A. Wahab Ali seorang penyelidik Kanan di Institut Alam dan Tamadun Melayu

(ATMA),Shahnon Ahmad adalah seorang penulis yang berani kerana beliau akan menulis

apa yang terlintas di benaknya.Terdapat beberapa tahap perkembangan karya Shahnon

Ahmad seperti tahap kampungan,tahap luar negara,tahap islam,tahap pengaruh

Marquez,tahap carut mencarut dan tahap usia lanjut.Terdapat pelbagai karya kreatif hasil

nukilan Shahnon Ahmad,antaranya ialah cerpen,antalogi dan juga novel.

2.1 Novel

Karya novel Shahnon Ahmad memberi penumpuan kepada kehidupan masyarakat

desa .Beliau menekankan kemiskinan yang dihadapi oleh penduduk desa yang hanya

bergantung kepada hasil cucuk tanam yang tidak seberapa.Beliau menganalisis kemiskinan

yang dihadapi masyarakat yang miskin dalam novel pertamanya ‘Rentong’(1965) dan juga

‘Ranjau Sepanjang Jalan’.Beliau melahirkan rasa simpati terhadap masyarakat miskin yang

memerlukan pembangunan melalui novel tersebut.Kedua-dua karya ini berjaya membuka

mata pemimpin dan golongan atasan mengenai kemiskinan yang dihadapi golongan bawahan

seraya menaikkan nama Shahnon Ahmad sebagai seorang penulis novel yang berani

menyuarakan pendapat diri.

Page 6: Sumbangan Shahnon Ahmad

Contoh 1:Novel ‘Rentong’

Novel ini mengisahkan pembangunan desa yang ingin dilaksanakan oleh ketua kampung

bernama Pak Senik.Namun pembangunan yang ingin dilaksanakan bagi membebaskan

penduduk desa daripada belenggu kemiskinan dihalang oleh manusia yang tamak seperti

watak Dogol.

Contoh 2 :Novel ‘Ranjau Sepanjang Jalan’

Novel ini mengisahkan tentang kemiskinan yang dialami oleh keluarga Lahuma,Jeha dan 7

orang anak mereka.Mereka selalu berserah kepada takdir dan tidak berusaha untuk

mengubah nasib mengikut cara yang bersesuaian seiring dengan zaman yang berubah

berubah.

Selain daripada tema kemiskinan,Shahnon Ahmad juga menulis novel yang

bertemakan keagamaan dan ketuhanan.Melalui tema berat seperti ini Shahnon Ahmad cuba

menyeru masyarakat agar mengamalkan orentasi pendidikan yang bersifat

keagamaan.Contoh novel yang membawa teori islam ialah Al-Syiqaq I, Tok Guru dan Tivi.

Contoh 1 : Novel ‘Tok Guru’

Novel ini mengisahkan Tok Guru yang bukan benar ajaranya tetapi kebuasan nafsunya.

Tema berkaitan soal politik orang Melayu selepas merdeka turut diketengahkan dalam

karya novel Shahnon Ahmad .

Page 7: Sumbangan Shahnon Ahmad

Contoh 2 : Novel ‘Menteri’

Memaparkan konflik yang dihadapi masyarakat Melayu dalam bidang politik.Hal ini dapat

dilihat dalam watak Bahadur sebagai seorang Menteri Kabinet yang resah dengan

perkembangan politik dalam masyarakat Melayu..Para menteri Melayu pada tahun 60-an

resah mengenangkan orang Melayu yang makin menderita dan kebanyakkan daripada orang

Melayu tidak boleh diharapkan.

Contoh 3:Novel ‘Srengenge’

Novel terbaik pada tahun 1973 ini mengetengahkan konflik antara manusia dengan unsur-

unsur aminisme disebuah kampong terpencil di Kaki Bukit Srengenge.Masyarakat di

kawasan tersebut meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Bukit Srengenge.Konflik timbul

apabila Cik Teh cuba memperkenalkan pemodenan kepada mereka.Masyarakat Bukit

Srengenge menolak kemajuan seperti rawatan kesihatan moden yang dianggap bertentangan

dengan nilai kepercayaan yang menjadi amalan tradisi nenek moyang mereka.

2.2 Teknik Penulisan Novel

Latar : Masyarakat Melayu

Mayarakat desa yang terdiri daripada petani miskin dan juga nelayan .Latar yang terdapat

dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan,Rentong dan Srengenge adalah latar zaman selepas

Perang Dunia Kedua iaitu sekitar tahun 60-an.Shahnon Ahmad mengambil latar-latar semasa

dalam menghasilkan karya novel beliau.

Page 8: Sumbangan Shahnon Ahmad

Watak dan Perwatakan

Shahnon Ahmad mengambil watak-watak dari kalangan orang Melayu terutamanya golongan

bawahan yang terdiri daripada nelayan dan petani Melayu.Terdapat juga watak-watak

daripada golongan intelek Melayu,ahli politik dan juga golongan bangsawan.Beliau

mendalami perasaan setiap watak yang ditulisnya.

Gaya Bahasa

Beliau banyak menggunakan bahasa daerah dalam penulisan novelnya.Penggunaan bahasa

daerah bagi mewujudkan suasana masyarakat dalam novel yang ditulisnya.Shahnon Ahmad

menyelitkan teknik-teknik seperti monolog dalaman,imbas kembali bagi menghasilkan

penulisan yang dapat memberi impak kepada golongan pembaca.

3.0 ESEI DAN KRITIKAN

Shahnon Ahmad telah berjaya menghasilkan sebanyak 44 buah esei dan kritikan dari tahun

1962 hingga 1975 yang meliputi soal penulis dan karya termasuk menyentuh isu-isu semasa

mengenai sastera .Shahnon memilih Islam sebagai unsur terpenting dalam pembentukan

kebudayaan kebangsaan dan dalam penciptaan karya melalui penulisannya.Shahnon juga

telah berjaya memenangi Hadiah Terbaik 1973 dalam pemilihan Panel Hadiah Karya Sastera

melalui novel Srengenge.Beliau juga merupakan seorang tokoh penulis yang berkeupayaan

dan berkebolehan dalam bidang penulisan novel , cerpen , rencana , esei , dan kritikan.

Page 9: Sumbangan Shahnon Ahmad

3.1 Esei dan kritikan ialah :

Pengarang yang amat mahir dengan permasalahan masyarakat desa.Shahnon Ahmad seorang

tokoh yang dapat menghayati bersungguh-sungguh setiap denyut

nadi kehidupan masyarakat desa.Disebabkan Shahnon memberikan pemerhatian yang rapi

terhadap permasalahan , penderitaan , dan kemiskinan masyarakat desa , beliau telah

dikurniakan gelaran ‘Victor Hugo Melayu’ oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

3.2 Seorang penulis esei dan kritikan yang berjaya

Shahnon telah menghasilkan 44 buah esei dan kritikan yang membincangkan tentang

penulis dan karya serta isu-isu semasa mengenai sastera. Dari hasil penulisan tersebut ,

Shahnon telah berjaya menonjolkan ketajaman pengetahuannya dan kepekaan terhadap

pengalamn yang telah dilaluinya.Shahnon juga telah menulis menurut perspektif Islam

semenjak kebelakangan ini.

Page 10: Sumbangan Shahnon Ahmad

4.0 CERPEN-CERPEN SHAHNON AHMAD

Shahnon banyak menghasilkan cerpen -cerpen yang turut mengambil desanya

sebagai latar penceritaan.Melalui penghasilan cerpen ini jelas ditonjolkan unsur pembelaan

terhadap masyarakatnya.Disamping itu , Shahnon juga turut menterjemahkan cerpen-cerpen

dalam Bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Melayu. Usahanya ini dapat mengkayakan khazanah

sastera Melayu dan dapat mendedahkan kepada umum mengenai nilai , ciri , dan persoalan

hidup masyarakat asing.

Shahnon Ahmad mula menulis cerpen pada tahun 1956.Cerpen pertamanya iaitu

“Bingung” telah disiarkan dalam Majalah Guru pada bulan Mei pada tahun 1956. Cerpen ini

mengisahkan tentang kebingungan watak utamanya dalam menghadapi dunia orang dewasa.

Namun demikian, penulisan cerpenya tidak hanya terhenti setakat itu kerana selepas cerpen

pertamanya itu, Shahnon Ahmad terus menghasilkan cerpen-cerpen lain antaranya , “Tiga

Kali Gagal” , “Ayam dan Manusia dan “Kawan-Kawan dan Pangkat” pada tahun 1958,

“Bercuti di kampung” pada tahun 1959, serta “Tua” dan “Di Tengah Keluarga” pada tahun

1960.Penulisan cerpen oleh Shahnon Ahmad membawa pelbagai jenis tema iaitu dapat dilihat

melalui Cerpen “Kawan-Kawan dan Pangkat” pada tahun 1958, “Tiga Kali Gagal” pada

tahun 1958, “Ayam dan Manusia” pada tahun 1958. “Nasib Seorang Buruh” pada tahun

1958, “Kisah Malam Lustrum” pada tahun 1959 dan “Sesudah Merdeka” pada tahun 1959

yang membawa tema tentang isu-isu masyarakat dan penyalahgunaan kuasa.

Selain itu,cerpen –cerpen yang mengungkap persoalan seperti membawa unsur

seks,mempersoalkan mengenai cinta,perbuatan zina,gejala pelacuran,perbuatan kecurangan

suami isteri dan keruntuhan rumah tangga telah dimuatkan oleh Shahnon Ahmad dalam

Antologi Anjing-Anjing pada tahun 1964. Seterusnya,cerpen Shahnon Ahmad yang ditulis

sekitar tahun 1960 hingga 1965 iaitu cerpen–cerpen yang dikumpulkan dalam Antologi Debu

Page 11: Sumbangan Shahnon Ahmad

Merah berlatarkan kepada desa dan kota. Antara cerpen-cerpen yang berlatarkan desa

misalnya, “Gelungnya Terpokah”, “ Pak Utih”, “Nadinya Masih Berdenyut” dan “Babi

Hutan”. Manakala,contoh-contoh cerpen yang berlatarkan kota pula seperti “Doktor Zaqlul”,

“Borang G 147”, dan “Jangan Beritahu Orang Lain”.

Di samping itu,penulisan Shahnon Ahmad juga dapat dilihat melalui cerpen-cerpen

Shahnon Ahmad yang berlatarbelakangkan desa kelahirannya iaitu Banggul Dedap.Cerpen

Shahnon Ahmad yang lain iaitu Gelungnya Terpokah pula cuba menyingkap konflik yang

dihadapi olehnya petani-petni yang mengerjakan sawah.Diceritakan Jusoh amat marah

kepada kerbau Berahim kerana telah memokah gelungnya menyebabkan tanah sawahnya

menjadi kering kontang.Jusoh menuntut bela dengan mencuka belakang kerbau itu.

Page 12: Sumbangan Shahnon Ahmad

5.0 KESIMPULAN

Ketokohan Shahnon Ahmad sebagai penulis yang berkeupayaan dan berkebolehan

dalam bidang penulisan novel,cerpen,rencana,esei dan kritikan tidak dapat disangkal lagi

kerana beliau merupakan penulis kedua yang diangkat menjadi Sasterawan Negara pada

tahun 1982.Pengalaman hidup dalam suasana kampung membolehkan beliau berupaya

mengarang karya kreatif yang berkaitan dengan isu kemiskinan.Sehingga kini tiada lagi

penulis-penulis yang mampu mengangkat isu kemiskinan setaraf dengan karya Shahnon

Ahmad. Betapa sukarnya untuk mencari penulis-penulis dalam kalangan generasi baru yang

berjiwa kemiskinan atau memertabatkan nilai kemiskinan untuk disanjung di mata pena.

Istilah mata pena yang lebih tajam daripada mata pedang memperlihatkan ketajaman isu

kemiskinan dan kesusahan serta kesakitan yang dialami oleh masyarakat desa sedikit

sebanyak terluah dan dimuntahkan dalam karya Shahnon Ahmad. Beliau berjaya menangkap

segala konflik jiwa orang kampung melalui kekuatan sensitiviti dan imaginasinya sebagai

pengarang kreatif.Sumbangan Shahnon ini sebenarnya telah berjaya meringgankan beban

yang membelenggu naluri dan jiwa masyarakat desa yang tidak mampu bersuara. Hanya mata

pena Shahnon Ahmad yang mampu membela nasib golongan miskin.Selain itu,beliau juga

mengetengahkan tema berat mengenai ketuhanan,soal politik orang Melayu dan juga hal-hal

lainya.

Page 13: Sumbangan Shahnon Ahmad

BIBLIOGRAFI

Hamdan Hamdani,Zeti Aktar Jaafar (2007). “SHAHNON AHMAD DALAM ESEI DAN

KRITIKAN”.Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainon S.Ahmad (2007). “SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU MODEN DAN

KRITIKAN SASTERA”.Selangor:Ilmu Media Trade.

http://www.scribd.com/doc/38365821/Huraikan-Kedudukan-Dan-Sumbangan-Tokoh

http://tajaulama90.blogspot.com/2010/07/esei-sumbangan-shahnon-ahmad-dalam.html

http://aziziabdullah.blogspot.com/2006/04/penilaian-karya-sumbangan-fikiran-dan.html

LAMPIRAN

Page 14: Sumbangan Shahnon Ahmad