ruj kami sumbangan

Click here to load reader

Post on 08-Apr-2016

258 views

Category:

Documents

7 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sumbangan kantin sekolah

TRANSCRIPT

_____________________________________________________________________

Ruj kami : 01/08/000/02

Tarikh : 6 April 2011

Kepada,

Pengusaha kantin

SK Seri Sekamat

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN HAMPER UNTUK PERTANDINGAN BAKAT MUZIK SK SERI SEKAMAT.

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Panitia Muzik akan menganjurkan Pertandingan Bakat Muzik bagi tujuan mencungkil bakat murid-murid. Di samping itu , murid dapat meningkatkan disiplin diri dan membentuk semangat kerja berkumpulan. Pertandingan dibahagikan kepada 3 kategori iaitu nyanyian, tarian dan alat muzik .

3. Untuk tujuan di atas , kami ingin memohon jasa baik tuan untuk memberi sumbangan Hamper bagi memenang-pemenang yang akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 21 April 2011

Hari

: Khamis

Masa

: 8.30 pagi

Tempat

: Pavilion4. Kerjasama daripada pihak tuan amat kami harapkan bagi menjayakan program yang telah dirancang.

Sekian,terima kasih.

KEJUJURAN DAN KETEKUNAN

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

.

( Mohd Yusry BinMuhamad )

Pengerusi Panitia Muzik SK Seri Sekamat

sk Guru Besar

Fail

_____________________________________________________________________

Ruj kami : 01/08/000/01

Tarikh : 19 Jun 2014Kepada,

YDP PIBGSK Seri Sekamat

Melalui,

Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat,

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN UNTUK MEMBELI PAKAIAN MURID POM POM SEKOLAHPerkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa kelab Muzik memohon sumbangan kewangan untuk membeli pakaian murid-murid semasa membuat persembahan pembukaan Hari Sukan sekolah 20143. Untuk pengetahuan pihak tuan, penambahan pakaian perlu dibeli kerana penambahan bilangan murid seramai 50 orang berbanding tahun lepas 30 orang sahaja . Anggaran harga seperti berikut ;1 helai pakaian RM20.00 x 20 orang = RM400.00Aksesori RM 2 X 50 0rang = RM100.00

Jumlah

RM500.004. Dengan itu, diharapkan pihak tuan dapatlah menghulurkan sumbangan bagi memperlihatkan kekemasan murid-murid dalam membuat persembahan . 5. Kerjasama daripada pihak tuan amat kami harapkan bagi menjayakan program yang telah dirancang.

Sekian,terima kasih.

KEJUJURAN DAN KETEKUNAN

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

.

( Mohd Yusry BinMuhamad )

Pengerusi Panitia Muzik SK Seri Sekamat

sk Guru Besar

Fail

Gambar baju weskot lama 10 tahun lepas ( kumpulan rekoder )

Cadangan gambar baju weskot baru RM 30.00

Gambar weskot 1 set ( baju kemeja dan seluar ) RM 50.00

Gambar baju kot 1 set ( baju Kemeja dan seluar ) RM 60.00

_____________________________________________________________________

Ruj kami : 01/08/000/03

Tarikh : 6 April 2011Kepada,

YDP PIBG ,

SK Seri Sekamat.

Melalui,Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat,

Tuan/Puan,

MEMOHON SUMBANGAN PIBG UNTUK PERTANDINGAN BAKAT MUZIKPerkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan Panitia Pendidikan Muzik akan menganjurkan satu pertandingan bakat muzik di Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat seperti berikut ;

Tarikh : 21 April 2011

Tempat : Pavilion

Sasaran

: Murid tahun 3 hingga 63. Pertandingan ini diharapkan dapat meningkatkan sikap yakin pada diri dan mencungkil bakat murid-murid. Di samping itu , murid dapat meningkatkan disiplin diri dan membentuk semangat kerja berkumpulan. Pertandingan dibahagikan kepada 3 kategori iaitu nyanyian, tarian dan alat muzik .4. Sehubungan dengan itu, besarlah harapan kami sekiranya PIBG dapatlah menyumbangkan RM250.00 bagi menjayakan program tersebut . Bersama ini dilampirkan kertas kerja untuk rujukan pihak tuan.

Kerjasama dan sokongan pihak Tuan/Puan dalam perkara ini diucapkan ribuan terima kasih.Sekian, terima kasih. KEJUJURAN DAN KETEKUNAN

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,MOHD YUSRY BIN MUHAMAD

Pengerusi Panitia MuzikSK Seri Sekamat

sk Guru Besar

Fail

_____________________________________________________________________

Ruj kami : SST 08/02/001 ( )

Tarikh : 6 April 2011Kepada,

YDP PIBG ,

SK Seri Sekamat .

Tuan,

PEMOHONAN PENYELENGGARAAN TANDAS DAN BUMBUNG SEKOLAHPerkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu pihak sekolah memohon sumbangan penyelenggaraan tandas dan baik pulih bumbung sekolah .

3. Untuk makluman pihak tuan keadaan tandas sekolah buat masa ini kurang memuaskan dan perlu penyelenggaraan segera. Antara kerosakkan yang perlu diperbaiki adalah seperti berikuat :-i. Tandas tersumbat

ii. Kepala paip rosak

iii. Pamp tandas rosak

iv. Pintu tandas rosak4. Untuk pengetahuan pihak tuan juga, bangunan blok B mengalami kerosakan perabung bumbung. Ini menyebabkan berlaku kebocoran pada setiap bilik aras 3 blok tersebut . 5. Sehubungan dengan itu, besarlah harapan kami sekiranya PIBG membantu menangani permasalahan tersebut . Bersama ini dilampirkan gambar-gambar kerosakkan untuk rujukan pihak tuan.

Kerjasama dan sokongan pihak tuan dalam perkara ini diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih

KEJUJURAN DAN KETEKUNAN

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,ZULKIFLI BIN MOHD NOOR

GURU BESAR

SK SERI SEKAMAT

Sk Fail

Lampiran 1

Gambar perabung bumbung yang rosak

Gambar kebocoran berlaku dalambilik perpustakaan aras 3

Lampiran 2

Gambar kerosakan kepala paip

Lampiran 3

Gambar kerosakan pintu tandas, pamp tandas dan tandas tersumbat

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SEKAMAT

BATU 12 , JALAN CHERAS,

Tel : 03-87360579

43000 KAJANG, SELANGOR, DARUL EHSAN. Fax: 03-87342842

Ruj kami : SST01/08/000/ ( )

Tarikh: 6 April 2011Kepada,YDP PIBG ,

SK Seri Sekamat.

Melalui,Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat,

TuanPEMOHONAN SUMBANGAN PEMASANGAN JERIJI ( GRILL ) BILIK MUZIK

Perkara di atas adalah dirujuk.2. Sehubungan dengan itu pihak sekolah memohon sumbangan pemasangan jerigi bilik muzik yang baru diwujudkan . 3. Untuk makluman pihak tuan pemasangan jerigi ini perlu kerana banyak peralatan berharga yang diletakkan dalam bilik tersebut antaranya seperti :-

i. TV LCD 42 ii. Pianoiii. Dram bass

iv. Alatan dikir barat dan alatan muzik yang lain4. Selain itu juga, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah sekarang menggalakan murid-murid tahap 1 menggunakan kemudahan bilik muzik dalam melaksanakan program pengajaran dan pembelajaran melalui muzik.5. Sehubungan dengan itu, besarlah harapan kami sekiranya PIBG dapatlah menyumbangkan RM3108.00 bagi pemasangan tersebut .

Kerjasama dan sokongan pihak tuan dalam perkara ini diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih

KEJUJURAN DAN KETEKUNAN

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,MOHD YUSRY BIN MUHAMAD

Pengerusi Panitia MuzikSK Seri Sekamat

sk Guru Besar

Fail

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SEKAMAT

BATU 12 , JALAN CHERAS,

Tel : 03-87360579

43000 KAJANG, SELANGOR, DARUL EHSAN. Fax: 03-87342842

Ruj kami : SST01/08/000/( )

Tarikh : 6 Mei 2011Kepada,

YDP PIBG ,

SK Seri Sekamat.

Melalui,Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat,

Tuan,UCAPAN TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN DAN SUMBANGAN KEWANGAN / HAMPERS BAGI AKTIVITI-AKTIVITI PANITIA MUZIK SK SERI SEKAMATDengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.Saya bagi pihak ketua Panitia Pandidikan Muzik Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat dengan iklas hati ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada tuan/puan kerana telah menghulurkan sumbangan kewangan/hampers kepada pihak kami bagi menganjurkan program Bakat Muzikal dan bilik muzik.

3. Program ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya . Selain itu juga sumbangan ini dapat menaikkan semangat para peserta untuk mengambil bahagian dalam pertandingan itu. Di harap pihak PIBG dapat membantu pihak kami dari masa ke semasa.

4.Sumbangan tuan, telah membantu pihak sekolah bagi menyediakan prasarana sekolah untuk keselesaan murid-murid bagi menimba ilmu pengetahuan. Keperhatinan tuan amatlah kami hargai dan berdoa agar tuan sentiasa sihat dan terus berkhidmat kepada masyarakat setempat.

Sekian, terima kasih.

KEJUJURAN DAN KETEKUNAN

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

MOHD YUSRY BIN MUHAMAD

Pengerusi Panitia MuzikSK Seri Sekamat

sk Guru Besar

Fail

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SEKAMAT

BATU 12 , JALAN CHERAS,

Tel : 03-87360579

43000 KAJANG, SELANGOR, DARUL EHSAN. Fax: 03-87342842

Ruj kami : BIL (2) SKSS/BKGK 2011( )

Tarikh : 6 Mei 2011Kepada,

YDP PIBG ,

SK Seri Sekamat.

Melalui,Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat,

Tuan,

JEMPUTAN KE SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

SK SERI SEKAMAT 2011Perkara di atas adalah dirujuk,

2. Adalah dimaklumkan bahawa BKGK Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat akan

View more