sumbangan sains islam

22
3.1 Perubatan dan farmasi 3.2 Sains permakanan 3.3 Astronomi 3.4 Kejuteraan 3.Sumbangan Sains Islam

Upload: ahmad-zaki-abdul-latiff

Post on 30-Nov-2014

5.457 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Sumbangan Sains Islam

3.1 Perubatan dan farmasi3.2 Sains permakanan3.3 Astronomi3.4 Kejuteraan

3.Sumbangan Sains Islam

Page 2: Sumbangan Sains Islam

Prof Madya Dr Ahmad Zaki Hj Abd Latiff

Koordinator TITASTOT Asasi Mei 2011

22 Mei 2011

Sumbangan Sains Islam

Page 3: Sumbangan Sains Islam

Isi kandungan1.0 Pengenalan2.0 Perubatan dan farmasi3.0 Sains permakanan4.0 Astronomi5.0 Kejuteraan6.0 Kesimpulan7.0 Rujukan

Page 4: Sumbangan Sains Islam

Pengenalan• Sains tulin dalam Islam mula berkembang pada zaman

Umaiyah. Perkembangan awal Islam dimulai dengan pembinaan asas-asas keislaman, seterusnya barulah dipenuhi keperluan dan tuntutan perkembangan sains dalam tamadun manusia

• Dasar Islam yang berteraskan keilmuan, akidah, syariah dan akhlak menjadi asas kepada perkembangan sains dalam tamadun Islam dan ia amat berbeza sekali dengan perkembangan tamadun lain.

• Gerakan futuhat (pembukaan) dan dakwah memberi ruang kepada para ilmuan muslim memberi sumbangan dalam pengislaman sesebuah tamadun.

• Sains muslim menimba ilmu sains daripada pelbagai perspektif dan seterusnya menyaring dan menyumbangnya dalam perspektif Islam (gambar rajah 1)

Page 5: Sumbangan Sains Islam

Sains Islam menerima dan menyumbang

BARAT

ISLAM

CHINAINDIASABEAN

ARABYUNANIIRAN

BABYLONIAEGYPTINDIA

(Abad ke 17-20 M.)

(Abad ke 7-19 M.)

(2000 – 200 S.M.) 11 - 1 S.M.

(1750 -538 S.M.)

(2500 -1500 S.M.) (1523 S.M. – 1600 M.)

(4000 – 600 S.M.)

Page 6: Sumbangan Sains Islam

2.0 Perubataan dan farmasi

• 2.1 Sumbangan al-Qur`an dan Hadis dalam Ilmu Perubatan

• Al-Qur`an adalah kitab petunjuk dan pedoman hidup kepada sekalian manusia (Q2:185). Namun, Ia tidak ketinggalan membicarakan ilmu perubatan dan pengubatan rohani dan jasmani

• Al-Quran menjadi sumber inspirasi kepada ilmuan menimba, meneroka dan menyebar ilmu pengetahuan

• Terdapat ayat-ayat yang menyentuh secara umum tentang kesihatan dan perubatan; antaranya ialah galakan mengkaji tubuh badan manusia sebagai tanda kebesaran Allah (Q51:20); (Q30:20 ; (Q41:53) dan (Q22:5)

• Hadis Nabi (SAW) juga membincangkan perihal penyakit seperti kusta, pleurisi dan oftalmia; cara rawatan seperti membekam, meyelar atau membakar serta kegunaan madu. Kumpulan Hadis perubatan disusun oleh para penulis dan diberi nama Tibb al-Nabi (Perubatan Nabi) (Ismail Saad, 1985).

• Ajaran dan cara hidup Islam seperti solat, berwuduk, berpuasa, diharamkan arak, bangkai, khinzir, kewajipan menutup aurat, keutamaan bersih dan bersuci , bersenam, amalan zikir dan doa, pemilihan permakanan dan cara makan yang betul juga mempunyai unsur-unsur perubatan dan pengubatan rohani dan jasmani.

Page 7: Sumbangan Sains Islam

2.2 Tokoh-tokoh Representatif Bidang Perubatan• Kesan gerakan penterjemahan (750-900M)dan galakan

pemerintah Islam seperti Harun al-Rasyidmelahirkan ramai penyumbang kepada kemajuan bidang perubatan; di antara tokoh tersebut ialah;

• Jabir ibn Hayyan (721-776M) dikenali sebagai Geber di Eropah, seorang ahli kimia ubat, menghasilkan karya melebihi 100 buah buku; karya beliau sering dirujuk oleh pakar kimia Eropah, antaranya spr Book of the seventy

• Hunayn ibn Ishaq (810-878M)dikenali sebagai Joannitius dilahirkan di Hirah (Iraq), seorang penterjemah, pengarah Institut al-Hikmah dan doktor istana. Beliau menulis buku Sepuluh Treatis Mengenai mata

• Thabit ibn Qurah (838-901M), pengamal perubatan, penterjemah dan penyusun buku tentang ilmu perubatan Yunani

Page 8: Sumbangan Sains Islam

• Abu Yusof ibn Ishaq al-Kindi (809-873M), dikenali sebagai al-Kindi seorang gabenor Kufah, pegawai perubatan dan guru Diraja. Beliau menulis melebih 265 jilid kitab (dlm pelbagai bidang; falsafah, logik, perubatan dsb, kebanyakan karya musnah akibat serang Mongol di Baghdad). Salah sebuah karya beliau yang terkenal ialah The Book pf Optics, dikatakan mempengaruhi Roger Bacon (Eropah)

• Abu Bakar Muhammad Ibn Zakaria Razi (865-925M), lebih dikenali sebagai Rhazes di Barat dan digelar sebagai Galen Arab. Menghasilkan karya melebihi 200 jilid; di antaranya Kitab al-Hawi yg merupakan ensikopedia perubatan. Kitab al-Mansur dan al-Asrar adalah dua buah kitab kimia yang berpengaruh. Pengasas perubatan psikosomatik dan tokoh yang mengenali cacar dan campak

Page 9: Sumbangan Sains Islam

• Abu Qassim Kahalf ibn Abbas al-Zahrawi (936-1013M), tokoh bedah yang dikenali sebagai Abulcassis di Barat. Beliau dilahirkan di Zahrah, Cordoba. Beliau menghasilkan buku bertajuk al-Tasrif (@Kitab al-Zahrawi) yang mengandungi 30 bahagian yg diterjemahkan ke bahasa Latin, Perancis, Sepanyol dan Hebrew. Beliau juga memperkenalkan 150 alat pembedahan.

• Abu Ali Hussain ibn Abdullah Ibn Sina (980-1037M), dikenali sebagai Avicenna di Barat, dilahirkan di Isfahan di Uzbekistan. Menghafal al-Quran sejak umur 10 tahun, menguasai bahasa Parsi dan Arab, menulis 456 buah buku, karya beliau yg masyhur ialah al-Qanun fi al-Tibb atau Canon of Medicine mengandungi 1 juta perkataan. Membincangkan asas umum perubatan dan jenis2 ubat berjumlah 760. Buku ini menjadi teks terkenal dan digunakan selama enam abad di universiti-universiti di Eropah. Ia menemukan juga gejala penyakit seperti diabetis, penyakit jangkitan seks dsb.

Page 10: Sumbangan Sains Islam

2.3 Sumbangan Islam dalam perubatan umum• Bidang Oftalmologi, di antara penyumbang

utama ialah al-Hazen, kitabnya Kitab al-Manazir tokoh pertama membicarakan tentang dwicembung pada lensa mata.

• Farmokologi dan Farmasi, di antara sumbangan ialah dos ubat diperkenalkan, spr. salap, serbuk, pembalut, dentifis, suposttori, enema, pil, tablet, maajun, rebusan, sirap dan lain-lain

• Perubatan Internal seperti cacar, demam bunga ros, venereologi, plague, gangguan psikosomatik

• Pembinaan hospital di kota-kota besar seperti Damsyik (707M), Baghdad, Madinah, Mekah, Kaherah dan Ray.

Page 11: Sumbangan Sains Islam

3.0 Sains permakanan• Islam amat mengutamakan kesihatan tubuh

badan, akal yg sihat terletak pada tubuh badan yg sihat. Oleh itu, permakanan berperanan penting bagi mengekalkan kesihatan.

• 3.1 Kepentingan peraturan permakanan, tujuan Islam mengharamkan makanan tertentu adalah untuk menghindarkan mudarat dan penyakit sebaliknya Islam menggalakan supaya makan makanan yang halal lagi baik untuk manfaat kesihatan tubuh badan manusia (Q2:172-3) dan (Q2:168).

Page 12: Sumbangan Sains Islam

Al-Quran menjelaskan makanan yg diharamkan secara spesifik seperti bangkai, darah, daging khinzir dan binatang yg disembelih bukan kerana Allah (Q16; 115). Selain itu, yg mati tercekik, yg mati dipukul, yg mati jatuh dari tempat tinggi, yg mati ditanduk, yg mati dimakan binatang buas dan yg disembelih atas nama berhala (Q5:3).

Minuman keras dilarang kerana mudarat lebih besar daripada munafaatnya (Q2: 219).

Syariat Islam mengutamakan konsep ‘kawalan lebih baik daripada mengubati’.

Page 13: Sumbangan Sains Islam

• 3.2 Kepentingan Permakanan yang seimbang, • Al-Quran menjelaskan secara tidak langsung

kepentingan protein haiwan kepada permakanan manusia seperti daging lembu yang dipanggang (Q11:69); (Q51:26), ikan sumber protein yang kaya (Q16:14); (Q25:12), kepentingan susu yang fresh(Q23:12) dan kelebihan buah-buahan seperti buah tamar anggur, delima (Q16:67) ; (Q55:68-69)

• Cara dan tertib makan adalah penting kerana ia menentukan penghadaman yg betul dan tidak membawa terhasilnya toksimia

• Antara kaedah sunnah Nabi (SAW) ialah makan apabila lapar dan bila makan jangan sampai kenyang atau berlebihan, jangan campur berbagai jenis makanan dalam satu hidangan. Baginda menegaskan bahawa perut adalah sarang penyakit, berpantang larang adalah petua segala perubatan.

Page 14: Sumbangan Sains Islam

4.0 Astronomi• 4.1 Fakta astronomi dalam al-Qur`an• Bulan sebagai munir (bercahaya) berfungsi pemantul

cahaya dan matahari sebagai siraj(obor) yg mengeluarkan cahaya, haba (Q25:71) dan (Q71; 15-16).

• Pertukaran siang dan malam, fenomena ini terhasil daripada putaran (kawwara=membelit serban) (Q39: 5) dan sebagai bukti dunia adalah bulat.

• Allah yang membina alam dan mengembangkannya , bukan secara evolusi spr dalam teori pengembangan(Q51:47)

• Langit dan bumi dijadikan oleh Allah pada asalnya adalah satu jasad yang kemudian diasingkan, (dikatakan sama dengan teori Ledakan Besar) ditegaskan oleh Al-Qur`an (Q21:30)

Page 15: Sumbangan Sains Islam

4.2 Sumbangan ilmuan muslim dalam bidang astronomi• Di antara foktor utama; fakta saintifik yg terdapat dalam

al-Qur`an dan gesaan mengkaji kejadian alam; galakan daripada pemerintah dan pengetahuan sains dan matematik yg maju abad ke 9M.

• Pada zaman al-Makmun, lahir tokoh al-Habasy dengan jadual-jadual alMakmun dan al-Khawarizmi dengan jadual astronomi, al-Farghani (alfaraganus) dengan karyanya tentang unsur-unsur astronomi

• Al-Battani telah menemui cara baru untuk membuat penyelidikan terperinci tentang gerhana matahari dan bulan.

• Pada abd ke 10M, Abd Rahman al-Sufi menghasilkan buku yang mengandungi peta bintang @rajah-rajah bintang. Buku ini tersebar luas ke dunia Timur dan Barat.

• Abu Said al-Sijzi terkenal dengan ciptaan ‘astrolab’ yg berasaskan andaian bumi mengelilingi matahari .

• Pada abad ke 11M, al-Biruni telah menentukan latitud dan longitud, membuat banyak ukuran tentang bumi

Page 16: Sumbangan Sains Islam

• Ibn Yunus menjalan pencerapan di Kaherah dan menyempurnakan jadual yg paling tepat ketika itu bertajuk Zij (Jadual Hakimi) pada tahun1007M

• Al-Zarqali (berketurunan Sepanyol) berjaya mencipta alat astronomi yang dikenali sbg sahifah. Jadual ini digunakan secara meluas beberapa abad.

• Pada abad ke 12M, aktiviti pencerapan sudah bertapak di Maragha yg diterajui oleh Nasir al-Din al-Tusi. Beliau berjaya mengeluarkan Iikhanid Zij pada abad ke 13M.

Page 17: Sumbangan Sains Islam

5.0 Teknologi dan Kejuteraan5.1 Al-Qur`an sebagi sumber ilmu

kejuteraan dan teknologiPenciptaan besi untuk kepentingan

teknologi dan kejuteraan manusia (Q 57 :25); kegunaan tumbuh-tumbuhan untuk kepentingan penjanaan tenaga (Q36 :80); menerokai angkasa lepas (Q55 : 33); pembinaan dam untuk tujuan pengairan pertanian mendapat stimulasi daripada ayat al-Qur`an spr. (Q31:20) dan (Q45:13).

Page 18: Sumbangan Sains Islam

5.2 Sumbangan teknokrat muslimDi antara kitab yang masih tinggal dan dapat

diselamatkan drp dimusnahkan oleh penjajah ialah Kitab Hiyal (Kitab pengetahuan Peranti Mekanik) oleh al-Jazari, Book of Artifices (Kitab Alatan) yg ditulis oleh Banu Musa dan The Sublime Methods of Spritual Machines (kaedah-kaedah mulia mesin Rohani) yg ditulis oleh Taqi al-Din.

Sumbangan kejuteraan mekanikal utama ialah alat pengangkut air untuk pengairan, perumahan, industri dan lain-lain. Ia dikenali sbg Shaduf di Mesir dan Syria. Dua lagi ialah saqiya (digerakkkan oleh binatang ternakan) dan naura (menggunakan kuasa air). Mesin pengangkut yang ketiga oleh al-Jazari menggunakan roda berputar (Rajah 1 &2).

Page 19: Sumbangan Sains Islam

Satu inovasi teknologi Islam yg canggih dan penting ialah jam air gajah. Ukiran binatang spr gajah, burung dan ular digabungkan untuk menghasilkan jam tersebut .Pelampung yg tenggelam berfungsi untuk memberi waktu sama seperti fungsi jam moden (lihat, gambarajah 3).

Sumbangan dalam teknologi kejuteraaan awam ialah pembinaan Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis dan masjid Umawi pada kurun ke 7M, mengandungi teknologi senibina yg mengkagumkan. Selain itu, pembinaan jalanraya dan jambatan Shahristan di Isfahan pada kurun ke 12M.

Page 20: Sumbangan Sains Islam

Khalifah Umar Abd Aziz mengarahkan pembinaan terusan yg panjangnya 10km yg mengalir air dari sungai Furat ke Basrah. Baginda juga membina terusan yg menyambungkan Sungai Nil dengan Laut Merah. Terusan itu dibina bermula di Fustat hingga ke Laut Merah, panjang keseluruhan ialah 110km.

Pembinaan ‘qanat’ atau sistem pengairan air bawah tanah telah direka oleh jurutera awam di Parsi dan dibina di sekeliling bandar Isfahan, air dari sungai dialirkan ke anak-anak sungai untuk kegunaan pertanian dan perumahan.

Page 21: Sumbangan Sains Islam

Kesimpulan• Sains Islam Menyambung tradisi ilmu dan

mengembangkan secara fitrah berdasarkan lunas-lunas keislaman.

• Keunikan Sains Islam ialah kebanyakan penyumbang sains Islam adalah di luar semenanjung Arab dan kalangan ajam, ia membuktikan Islam bercirikan universal

• Pemerintah Islam memberi ruang kepada non muslim menyumbang dalam bidang kepakaran mereka masing-masing malah sumbangan mereka dihargai.

• Sains menurut perspektif Islam tidak boleh dipisahkan daripada asas-asas Islam malah saintis muslim berakhlak mulia, menghayati Islam, berdedikasi tinggi terhadap kerjaya mereka dan menganggap kerja sbg ibadat dan jihad

Page 22: Sumbangan Sains Islam

Rujukan• Afzalur Rahman. (1981). Quranic Sciences. Singapura:

Pustaka Nasional• Bakhtiar Rahman. (1998).Islamic Contributions to

Science. Kuala Lumpur: Research Information Centre on Islam

• Ismail Saad et al. (1985). Pengenalan Tamadun Islam Dalam Ilmu Perubatan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

• Ramli Awang et al. (2003). Falsafah Sains dan Teknologi. Kuala Lumpur : PTS

• Shaharir Mohamad Zain et al. (1985). Pengenalan Tamadun Islam Dalam Sains dan Teknologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

• Sulaiman Nordin. et al. (1995). Sains Menurut Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka