soalan tugasan morfologi dan sintaksis

8
8/8/2019 SOALAN TUGASAN Morfologi Dan Sintaksis http://slidepdf.com/reader/full/soalan-tugasan-morfologi-dan-sintaksis 1/8 SOALAN TUGASAN Kerjasama kerajaan dengan wartawan dalam pertumbuhan dan penyebaran Bahasa Melayu memang tida dapat dinafikan. Pelbagai program terus dipertingkatkan bagi meperkasa Bahasa Melayu. Usaha memartabatkan bahasa dapat dilakukan dengan  pengayaan khazanah ilmu dan persuratan Melayu. 1. Merujuk akhbar Berita Harian, pilih satu petikan daripada Minda Pengarang. Anda dikehendaki : (a) menjelaskan definisi morgologi dan sintaksis.  Definisi Morfologi Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan  penggolong kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan  penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Menurut  Kamarudin Hj.Husin dan rakan –rakannya dalam buku  Pengajian  Melayu 1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997 : 83, morfologi ialah disiplin ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu. Manakala  Abdullah Hassan  juga menyatakan definisi morfologi dalam buku  Linguistik Am,2007 : 117 , morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana  perkataan dibina.Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan,  proses-proses membentuk perkataan dan bentuk – bentuk perkataan ialah morfem dan kata.

Upload: ahad-abdul-laja

Post on 10-Apr-2018

427 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SOALAN TUGASAN Morfologi Dan Sintaksis

8/8/2019 SOALAN TUGASAN Morfologi Dan Sintaksis

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-tugasan-morfologi-dan-sintaksis 1/8

SOALAN TUGASAN

Kerjasama kerajaan dengan wartawan dalam pertumbuhan dan penyebaran Bahasa

Melayu memang tida dapat dinafikan. Pelbagai program terus dipertingkatkan bagi

meperkasa Bahasa Melayu. Usaha memartabatkan bahasa dapat dilakukan dengan

 pengayaan khazanah ilmu dan persuratan Melayu.

1. Merujuk akhbar Berita Harian, pilih satu petikan daripada Minda Pengarang.

Anda dikehendaki :

(a) menjelaskan definisi morgologi dan sintaksis.

  Definisi Morfologi

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan

  penggolong kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang yang

menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama

ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan

 penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan

keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.

Menurut  Kamarudin Hj.Husin dan rakan –rakannya dalam buku  Pengajian

 Melayu 1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997 : 83, morfologi ialah disiplin

ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.Bentuk kata ini

merujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu.

Manakala  Abdullah Hassan   juga menyatakan definisi morfologi dalam buku

 Linguistik Am,2007 : 117 , morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana

 perkataan dibina.Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan,

 proses-proses membentuk perkataan dan bentuk – bentuk perkataan ialah morfem dan

kata.

Page 2: SOALAN TUGASAN Morfologi Dan Sintaksis

8/8/2019 SOALAN TUGASAN Morfologi Dan Sintaksis

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-tugasan-morfologi-dan-sintaksis 2/8

 Nik Safiah Karim dan rakan – rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi 

 Baharu , 2004 :43   berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji

struktur , bentuk dan penggolongan kata.Dengan struktur kata dimaksudkan susunan

 bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna.

Sehubungan itu,  Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz , dalam bukunya Tatabahasa

  Bahasa Melayu ( Perkataan ), 1996 : 17  telah menyatakan teori morfologi iaitu

morfologi  satu cabang daripada ilmu linguistik yang mengkaji soal – soal yang

 berkaitan dengan kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata, dan makna kata

akibat daripada perubahan bentuk kata.Morfologi mengkaji selok –belok bentuk kata dan

fungsi gramatik atau semantik perubahan kata itu.Beliau juga telah merumuskan bahawa

morfologi adalah bidang mengkaji bagaimana morfem – morfem itu bergabung untuk membentuk ayat.

 

Menurut  Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam dalam buku   Kajian Bahasa

Untuk Pelatih Maktab Perguruan ,1985 :152,   bidang morfologi merupakan bidang

dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara –cara

 pembentukkannya.O`Grady & Guzman juga menyatakan pendapat pada tahun 2000 :121 dalam buku yang disediakan oleh  Radiah Yusoff dan rakan – rakannya,2004:36 

iaitu  morfologi adalah merujuk kepada kajian tentang pembentukan kata dan struktur 

kata.

Manakala ahli bahasa juga iaitu  Leonard Bloomfield  dalam bukunya Language

yang telah diterjemahkan oleh Alias Mahpol, Kamaruzaman Mahayiddin dan Noor Ein

 Mohd.Noor ,menyatakan bahawa “Morfologi adalah konstruksi yang mengandungi

bentuk – bentuk terikat antara konsituen – konsituennya.”“Morfologi meliputi konstruksi

kata – kata dan bahagian kata”.

Page 3: SOALAN TUGASAN Morfologi Dan Sintaksis

8/8/2019 SOALAN TUGASAN Morfologi Dan Sintaksis

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-tugasan-morfologi-dan-sintaksis 3/8

Definisi Sintaksis

Sintaksis ialah cabang ilmu yang menghaki bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi

ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum yang

menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.

Sesuatu ayat yang lengkap mesti mengandungi dua konstituen iaitu subjek dan

 predikat. Dalam ayat, subjek merupakan unsur yang diterangkan atau dikenali sebagai

 judul manakala predikat menjadi unsur yang menerangkan. Binaan ayat yang terdiri

daripada subjek dan predikat boleh menghasilkan empat pola ayat dasar iaitu :

Pola AyatDasar Subjek Predikat

Pola 1 Frasa Nama (FN)

Deti

Frasa Nama (FN)

guru.

Pola 2 Frasa Nama (FN)

Suhaimi

Frasa Kerja (FK)

sedang makan.

Pola 3 Frasa Nama (FN)

Pelajar itu

Frasa Adjektif (FA)

sangat rajin.

Pola 4 Frasa Nama (FN)

Sekolahnya

Frasa Sendi Nama (FSN)

di Kampung Rancangan Batu 22.

Berdasarkan contoh ayat-ayat di atas, didapati unsur yang menjadi konstituen subjek ayat

dasar ialah frasa nama (FN) manakala unsure predikat boleh terdiri daripada frasa nama

(FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FSN).

Ruang lingkup kajian sintaksis juga merangkumi ragam ayat dalam sesuatu

 bahasa. Huraian ragam ayat ini melibatkan ayat yang mempunyai frasa peredikat yang

Page 4: SOALAN TUGASAN Morfologi Dan Sintaksis

8/8/2019 SOALAN TUGASAN Morfologi Dan Sintaksis

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-tugasan-morfologi-dan-sintaksis 4/8

terdiri daripada frasa kerja iaitu pola ayat dasarnya terbina daripada Frasa Nama + Frasa

Kerja (FN + FK). Berdasarkan ragam ayat, binaan ayat boleh dibahagikan kepada dua

iaitu ayat aktif yang mengutamakan subjek asal sebagai judul dan ayat pasif iaitu ayat

yang mengutamakan objek asal atau subjek terbitan sebagai judul.

Contoh ayat aktif :  Deti menjahit baju itu.

Contoh ayat pasif :  Baju itu dijahit oleh Deti.

Binaan ayat juga boleh dibezakan berdasarkan tujuan dan intonasi ayat. Dalam

hal ini ayat boleh dikategorikan kepada ayat penyata, ayat perintah dan ayat seruan.

Berdasarkan bilangan klausa yang terdapat dalam sesuatu ayat, binaan ayat boleh

dibahagikan kepada ayat tunggal, iaitu ayat yang terbina daripada satu klausa dan ayat

majmuk, iaitu ayat yang terbina lebih daripada satu klausa.

Akhir sekali ialah proses penerbitan ayat yang juga termasuk dalam bidang kajian

sintaksis dan berdasarkan proses penertbitan ayat, ayat boleh diketegorikan kepada ayat

dasar, iaitu ayat yang menjadi dasar atau sumber untuk membentuk ayat-ayat lain dan

ayat terbitan, iaitu ayat yang terhasil daripada ayat dasar melalui proses penerbitan ayat

seperti pengguguran, penyusunan semula dan peluasan.

(b) Analisis Morfologi dan Sintaksis.

Page 5: SOALAN TUGASAN Morfologi Dan Sintaksis

8/8/2019 SOALAN TUGASAN Morfologi Dan Sintaksis

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-tugasan-morfologi-dan-sintaksis 5/8

Ayat 1.

Umat Islam baru seminggu menjalani ibadat puasa.

Penerangan :

1. Ayat di atas merupakan ayat peyata yang mana ia diucapkan dengan maksud

membuat pernyataan. Ayat penyata terseut mempunyai tujuan menyatakan atau memberi

keterangan tentang sesuatu hal. Ayat jenis ini disebut juga ayat berita atau ayat

keterangan. Ayat di atas menerangkan tentang Umat Islam yang baru seminggu

menjalani ibadat puasa.

Ayat 2

Kemalangan maut bukanlah asing kepada kita kerana apabila menjelang perayaan setiap

tahun, pastinya angka korban kemalangan jalan raya menunjukkan peningkatan

Penerangan :

1. Ayat di atas mengandungi Kata Hubung Pancangan keterangan iaitu perkataan

kerana digunakan untuk menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada satu

klausa utama. Dalam ayat tersebut apabila menjelang perayaan setiap tahun merupakan

klausa yang menjadi pancangan keterangan bagi   Kemalangan maut bukanlah  asing 

kepada kita.

2. Perkataan kerana juga merupakan Jenis Ayat Keterangan Musabab yang

menerangkan sebab-sebab sesuatu kejadian. Dalam ayat tersebut di atas sebab-sebabkemalangan maut bukanlah asing kepada kita kerana apabila menjelang perayaan setia

tahuh, pastinya angka korban kemalangan jalan raya menunjukkan peningkatan.

Ayat 3

Page 6: SOALAN TUGASAN Morfologi Dan Sintaksis

8/8/2019 SOALAN TUGASAN Morfologi Dan Sintaksis

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-tugasan-morfologi-dan-sintaksis 6/8

Page 7: SOALAN TUGASAN Morfologi Dan Sintaksis

8/8/2019 SOALAN TUGASAN Morfologi Dan Sintaksis

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-tugasan-morfologi-dan-sintaksis 7/8

langsung usaha dan mekanisme untuk menanganinya.

Penerangan :

1. Ayat di atas mengandungi Penegas Frasa Subjek iaitu perkataan  juga yang

 bersifat bebas dari segi kehadirannya dalam ayat.

Ayat : Mungkin juga kadar kematian dan jumlah kemalangan akan bertambah.

2. Perkataan dan merupakan Kata Hubung Gabungan yang menghubungkan dua

klausa yang sama tara sifatnya.

Ayat 1 : Mungkin juga kadar kematian akan bertambah jika tiada langsung usaha 

dan mekanisme untuk menanganinya.

Ayat 2 : Mungkin juga jumlah kemalangan akan bertambah jika tiada langsung usaha dan mekanisme untuk menanganinya.

3. Ayat di atas juga merupakan jenis Ayat Keterangan yang mana perkataan jika

merupakan Ayat Keterangan Syarat yang ada unsur menerangkan sesuatu

tuntutan yang perlu dipenuhi.

Ayat : Jumlah kemalangan akan bertambah jika tiada langsung usaha dan

Mekanisme untuk menanganinya.

4. Perkataan untuk merupakan Kata Hubung Pancangan Keterangan yang mana

Menyambungkan klausa pancangan pada kalusa utama.

~ Perkataan untuk  menanginya dipancangkan dengan klausa utama  jumlah

kemalangan akan bertambah jika jika tiada langsung usaha dan mekanisma..

Ayat 5 :

Meneliti sejarah Ops Sikap, kita tidak dapat menyangkal hakikat bahawa ia sangat

Page 8: SOALAN TUGASAN Morfologi Dan Sintaksis

8/8/2019 SOALAN TUGASAN Morfologi Dan Sintaksis

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-tugasan-morfologi-dan-sintaksis 8/8

  berkesan dalam membantu mengurangkan kemalangan di jalan raya pada musim

 perayaan.

Penerangan :

1. Ayat tersebut diatas merupakan Ayat Komplemen Frasa Adjektif yang mana

 perkataan bahawa menduduki bahagian predikat dalam sesuatu ayat . Ayat kecil bahawa

ia sangat berkesan dalam membantu mengurangkan kemalangan jalan raya

dipancangkan ke dalam ayat induk iaitu menerliti sejarah Ops sikap, kita tidak dapat 

menyangkal hakikat.

2. Perkataan sangat merupakan Penguat Bebas yang terletak di hadapan frasa

kerja bagi perkataan berkesan. (…… sangat berkesan dalam membantumengurangkan kemalangan di jalan raya pada musim perayaan)

Ayat 6 :

Walaupun ada pihak  yang mempertikaikan keberkesanannya kerana angka yang

dicatatkan tahun lalu adalah lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.