kalangan remaja sekolah perilaku …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bbm 5402 kuliah 1 sejarah,...

9
2/27/2017 1 Kuliah 1 Sejarah Perkembangan, Konsep dan Teori Analisis Bezaan Prof.Madya Dr. Zaitul Azma Binti Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang 1 Zazh/UPM Sejarah Perkembangan AK Dari segi sejarahnya, analisis bezaan ini juga disebut sebagai analisis kontrastif (AK). diperkenalkan oleh Leonard Bloomfield (1887- 1948), seorang pengasas aliran strukturalisme di Amerika. Dalam buku Language itu, Bloomfield menggunakan teknik menganalisis linguistik ini untuk menganalisis bahasa-bahasa Indo-Eropah. Kemudian hala tuju kajiannya ditumpukan kepada pelbagai bahasa yang terdapat di Amerika, lebih- lebih lagi apabila bahasa yang dikaji itu dianggap amat istimewa atau luar biasa( eksotik). 2 Zazh/UPM Pada tahun 1950-an, analisis kontrastif ini diterap dan dikembangkan oleh ahli-ahli linguistik lain. Fries dan Lado mengatakan bahawa proses pemelajaran bahasa kedua pelajar, banyak dipengaruhi atau diganggu oleh bahasa pertama atau bahasa ibunda pelajar. Kesilapan dan kesalahan dapat dikesan dalam penggunaan bahasa pertama seseorang pelajar itu dengan menggunakan analisis kontrastif ini. 3 Zazh/UPM Kemunculan AK; Usia perbandingan bahasa sama dengan timbulnya ilmu bahasa itu sendiri Keinginan untuk masyarakat mengetahui tentang bahasa yang lain Keinginan untuk mengetahui bentuk kata, makna, bunyi, dan ayat serta unsur bahasa yang lain. Lahirnya ilmu bahasa bandingan. 4 Zazh/UPM

Upload: letram

Post on 05-Feb-2018

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

2/27/2017

1

Kuliah 1Sejarah Perkembangan, Konsep dan Teori Analisis

Bezaan

Prof.Madya Dr. Zaitul Azma Binti Zainon Hamzah

Jabatan Bahasa Melayu

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Universiti Putra Malaysia

43400 UPM Serdang

1Zazh/UPM

Sejarah Perkembangan AK

• Dari segi sejarahnya, analisis bezaan ini juga disebut sebagai analisis kontrastif (AK).

• diperkenalkan oleh Leonard Bloomfield (1887-1948), seorang pengasas aliran strukturalisme di Amerika.

• Dalam buku Language itu, Bloomfield menggunakan teknik menganalisis linguistik ini untuk menganalisis bahasa-bahasa Indo-Eropah.

• Kemudian hala tuju kajiannya ditumpukan kepada pelbagai bahasa yang terdapat di Amerika, lebih-lebih lagi apabila bahasa yang dikaji itu dianggap amat istimewa atau luar biasa( eksotik).

2Zazh/UPM

• Pada tahun 1950-an, analisis kontrastif ini diterapdan dikembangkan oleh ahli-ahli linguistik lain.

• Fries dan Lado mengatakan bahawa prosespemelajaran bahasa kedua pelajar, banyakdipengaruhi atau diganggu oleh bahasa pertama ataubahasa ibunda pelajar.

• Kesilapan dan kesalahan dapat dikesan dalampenggunaan bahasa pertama seseorang pelajar itudengan menggunakan analisis kontrastif ini.

3Zazh/UPM

• Kemunculan AK;

• Usia perbandingan bahasa sama dengan timbulnyailmu bahasa itu sendiri

• Keinginan untuk masyarakat mengetahui tentangbahasa yang lain

• Keinginan untuk mengetahui bentuk kata, makna, bunyi, dan ayat serta unsur bahasa yang lain.

• Lahirnya ilmu bahasa bandingan.

4Zazh/UPM

2/27/2017

2

• Mulanya hanya untuk mencari-cari kekuranganbahasa-bahasa lain

• Tambah pula adanya anggapan bahawa bahasa Latin, Yunani, Eropah lebih baik daripada bahasa diNusantara.

• Rumusan: Linguistik kontrastif ialah subdisiplinlinguistik yang berkaitan dengan perbandingan duaatau lebih bahasa atau subsistem bahasa agar dapatmenentukan kedua-duanya, iaitu perbezaanataupun persamaan di antara bahasa tersebut.

5Zazh/UPM

• AK merupakan satu kaedah sinkronis dalam analisisbahasa untuk menunjukkan persamaan danperbezaan antara bahasa-bahasa atau dialek-dialekbagi mencari prinsip yang dapat diterapkan dalammasalah praktis seperti pengajaran bahasa,penyelidikan linguistik dan penterjemahan

6Zazh/UPM

Istilah Analisis Bezaan Terbahagi kepada tiga istilah

• Analisis perbezaan

• Analisis kontrastif

• Analisis diferensial

Tiga nama

• Konfrontatif linguistik (Jerman)

• Komparatif deskriptif linguistik (Ellis,1966)

• Linguistic confrontation (Akhmanova and Melencuk, 1977)

7Zazh/UPM

Objektif Analisis Kontrastif

Analisis kontrastif dalam lingkungan linguistik terapan. Linguistik terapan pula termasuk dalam subdisiplinlinguistik dan berobjekkan bahasa

maka analisis kontrastif turut berobjekkan bahasa. untuk kepentingan pengajaran bahasa. Oleh yang demikian, bahasa sebagai objek dapat

dilihat dari bahasa itu sendiri atau sebagai bahanpengajaran guru dan pelajar yang mempelajaribahasa.

8Zazh/UPM

2/27/2017

3

• Tujuan Analisis kontrastif diperkenalkan :

• 1. Menganalisis perbezaan dan persamaan antara bahasa ibunda (Bl) dengan bahasa yang sedang dipelajari (B2) agar pengajaran bahasa berjalan lancar.

• 2. Menganalisis perbezaan dan persamaan antara bahasa ibunda dengan bahasa yang sedang dipelajari.

• 3. Hasil analisis dapat digunakan untuk menuntaskan keterampilan berbahasa pelajar.

• 4. Membantu pelajar untuk menyedari atau mengesan kesalahan berbahasa yang dilakukan dengan harapan pelajar tersebut segera dapat menguasai bahasa kedua yang sedang dipelajari.

9Zazh/UPM

• Persamaan dan perbezaan linguistik ditunjukkan dengansistem fonologi, sistem morfologi, sistem sintaksis sertamakna atau semantik bahasanya.

• Oleh itu, pengetahuan asas mengenai linguistik mestilahdipunyai oleh setiap pengkaji analisis bezaan/AK ini.

• Linguistik (tulen) mempunyai cabang yang utama, iaitufonologi, morforlogi, sintaksis, dan semantik.

• Manakala linguistik terapan antaranya ialah pengajaranbahasa, sosiolinguistik, etnolinguistik, psikolinguistik, dan pragmatik

10Zazh/UPM

Cabang Linguistik :Fonologi• Fonologi,fonetik/fonemik ialah bidang linguistik yang

menyelidiki bunyi-bunyi bahasa menurut fungsinya, (Harimurti Kridalaksana,1984:51) .

• “Fonetik (phonetics) ialah ilmu yang menyelidikibunyi-bunyi bahasa tanpa melihat fungsi itu sebagai pembeda makna dalam suatu bahasa” (Marsono1986:1).

• Fonemik ialah cabang fonologi yang menitikberatkan analisis sistem bunyi sesuatu bahasa secara sinkronik, khususnya untuk mengenal pasti fonem – fonem dalam bahasa tersebut dan menghasilkan sistem tulisan.

11Zazh/UPM

• Fonemik –

• 1. bunyi vokal, bunyi konsonan, bunyi

semi vokal

• 2. bunyi nasal dan oral

• 3. bunyi keras bunyi lunak

• 4. bunyi panjang dan bunyi pendek

• 5. bunyi rangkap dan bunyi tunggal

(diftong)

• 6. bunyi nyaring dan tidak nyaring

12Zazh/UPM

2/27/2017

4

13Zazh/UPM 14Zazh/UPM

Morfologi• Bidang linguistik yang mempelajari morfem

dan kombinasi-kombinasinya, bahagian daripada struktur bahasa yang mencakup kata dan bahagian-bahagian kata, iaitu morfem.

• a. proses afiksasi- proses atau hasil penambahan afiks pada kata akar, kata dasar atau alas

15Zazh/UPM

• Afiks- bentuk terikat yang apabila ditambahkan pada bentuk lain akan mengubah makna gramatikalnya. Konsep ini mencakup prefiks, sufiks, infiks, simulfiks, konfiks, suprafiks

• Prefiks –afiks yang ditambah pada bahagian depan pangkal cnt: berpada

• Sufiks – afiks yang ditambah pada bahagian belakang pangkal (akhiran) cth jutaan, boys.

• Infiks-afiks yang diselipkan ke dalam kata dasar. Cth jemari

16Zazh/UPM

2/27/2017

5

• Simulfiks- afiks yang tidak berbentuk suku kata dan yang ditambahkan atau dileburkan pada kata dasar cth ngopi—kopi

• Konfiks – afiks tunggal yang terjadi daripada dua bahagian yang terpisah (apitan ke—an cth keadaan)

• Suprafiks –afiks yang berupa fonem suprasegmental, cth pada kata Batak Toba ‘asora –jernih’ ‘asora –’macam’

17Zazh/UPM

SintaksisSintaksis

• Peraturan dan hubungan antara kata dengan kata, atau dengan satuan-satuan yang lebih besar, atau antara satuan-satuan yang lebih besar itu dalam bahasa.

• Satuan terkecil dalam bidang ini ialah

• a. kata

• b. frasa

• c. klausa

• d. ayat.

18Zazh/UPM

Semantik• Kajian aspek dan struktur bahasa yang berhubungan

dengan makna. Termasuk ungkapan, struktur maknasesuatu bicara, sistem bahasa dan penyelidikanmakna dalam sesuatu bahasa atau bahasa padaumumnya.

• a. makna leksikal (makna bebas konteks)

• b. makna gramatikal (makna dalam hubungan katadengan kata lain dalam frasa atau klausa

• c. makna kontekstual

• d. makna referensial

19Zazh/UPM

• Untuk membuat kajian analisis bezaan, makakeempat-empat bidang linguistik di atas bolehdiambil sebagai acuan utama.

• Namun, dalam kerja-kerja penyelidikansebaiknya hanya satu bidang yang dijadikandasar untuk melihat persamaan ataupunperbezaan dua bahasa yang dibandingkan.

• Bagi melihat dan mencari perbezaan setiapbahasa, seseorang perlu memahami prinsip-prinsip dasar dalam klasifikasi tipologinya.

20Zazh/UPM

2/27/2017

6

Prinsip-prinsip dasar Klasifikasi Tipologi

• Beberapa bahasa atau sekelompok bahasa dapat memperlihatkan kesamaan jenis-jenis tertentu, apabila dibandingkan dengan kelompok-kelompok lainnya

• Kesamaan-kesamaan jenis bahasa pada kelompok itu, melingkupi kesamaan dalam bidang fonologi, morfologi, sintaksis, dan semantik

21Zazh/UPM

• Kesamaan-kesamaan jenis bahasa yang ada dalam kelompok-kelompok itu menjadi landasan untuk mengadakan klasifikasi tipologi.

• Untuk mengadakan klasifikasi, harus ditemukan kesamaan-kesamaan jenis tersebut.

• Di samping perbezaan-perbezaan antara kelompok, bahasa-bahasa di dunia memperlihatkan pula kesamaan-kesamaan tertentu pada setiap tataran yang disebut semestaan bahasa atau universal of language.

• Kesemestaan bahasa tidak dapat dijadikan landasan untuk mengadakan klasifikasi, kecuali kalau digabungkan dengan jenis-jenis tertentu dalam setiap kelompok bahasa

22Zazh/UPM

Rumusan AK• Analisis bezaan atau kontrastif ini diwujudkan dengan tujuan

• 1. untuk memperlihatkan satu teori atau hipotesis atau pemerian sistem bahasa yang cuba menjelaskan fenomena kesalahan/kesilapan yang sering wujud dalam pemelajaran bahasa kedua.

• 2. merupakan pendekatan dalam pengajaran bahasa yang menggunakan teknik perbandingan antara bahasa ibunda dengan bahasa kedua atau bahasa yang sedang dipelajari sehingga guru dapat meramalkan kesalahan pelajar dan pelajar pula segera menguasai bahasa yang bukan bahasa ibundannya.

23Zazh/UPM

Jenis Kajian AK

• Dua jenis kajian analisis bezaan:

• teoritis

• aplikasi

24Zazh/UPM

2/27/2017

7

• Teoritis memberikan tumpuan yang lebihterhadap perbezaan dan persamaan di antaradua atau lebih bahasa,

• menyediakan model untuk perbandingan dan

• menentukan bagaimana serta apakahelemen-elemen yang dapat dibandingkan,

• menetapkan idea yang sesuai, dan berkaitandengan perbezaan dan persamaan di antaradua atau lebih bahasa.

25Zazh/UPM

• Aplikasi – bahagian daripada aplikasilinguistik.

• Menggambarkan penemuan kajian kontrastifteoritis,

• menyediakan kerangka kerja untukperbandingan bahasa,

• memilih apa-apa informasi yang diperlukanuntuk tujuan khusus. Misalnya pengajaran, analisis bilingualisme, terjemahan dan lain-lain.

26Zazh/UPM

2 Hipotesis AK• Hipotesis Versi Kuat

• Hipotesis bentuk kuat menyatakan bahawa kesalahan dalam berbahasa kedua dapat diramalkan berdasarkan hasil pengidentifikasian perbezaan bahasa kedua dan bahasa pertama pelajar. Hipotesis ini turut disokong oleh Lee (1968). Beliau menegaskan bahawa penyebab utama kesulitan dan kesalahan berbahasa dalam pembelajaran bahasa kedua berasal dari tekanan bahasa pertama.

• Hipotesis bentuk kuat ini begitu memperihalkan peranan bahasa pertama.

• Hipotesis bentuk kuat ini juga pada umumnya diterima kebenarannya sebelum muncul hasil-hasil penelitian lain seperti analisis kesalahan yang dapat menentangnya.

27Zazh/UPM

Hipotesis Versi kuat ini didasarkan kepada andaian-andaian seperti berikut:

• 1. Penyebab utama atau penyebab tunggal kesulitan belajar dan kesalahan dalam pengajaran bahasa asing adalah interferensi bahasa ibunda.

• 2. kesulitan belajar tersebut sebahagian atau keseluruhannya disebabkan oleh perbezaan di antara bahasa pertama dan bahasa kedua

• 3. Semakin besar perbezaan antara bahasapertama dan bahasa kedua semakin akut (serius) kesulitan belajar.

28Zazh/UPM

2/27/2017

8

• 4. Hasil perbandingan antara bahasa pertamadan bahasa kedua diperlukan untuk meramalkankesulitan dan kesalahan yang akan terjadi dalambelajar bahasa asing.

• 5. Bahan pengajaran dapat ditentukan secara tepat dengan membandingkan kedua-dua bahasa, kemudian dikurangkan dengan bahagian yang sama sehingga apa yang harus dipelajari pelajar adalahperbezaan yang disusun berdasarkan analisiskontrastif (Lee,1968:186;Fisiak [ ed],1985:211)

29Zazh/UPM

Hipotesis Versi lemahHipotesis Versi lemah

• Hipotesis ini menyatakan bahawa tidak semua kesalahan berbahasa disebabkan oleh interferensi.

• AK digunakan untuk mengidentifikasi jenis kesalahan yang disebabkan oleh interferensi.

• AK hanyalah bersifat diagnostik dan disebabkan itulah analisis kontrastif disarankan bekerjasama dengan analisis kesalahan .

• Dalam hipotesis bentuk lemah ini, tersirat asumsi/andaian bahawa kesalahan berbahasa disebabkan pelbagai faktor.

30Zazh/UPM

• Menurut penganut hipotesis ini peranan bahasapertama tidak begitu besar dalam pembelajaranbahasa kedua.

• Versi lemah analisis kontrastif juga merupakan versiyang bersifat 'a posteriori' iaitu menjelaskan sesuatukesilapan apabila kesilapan itu telah dilakukan dandalam hal ini konsep telahan tidak teriibat. Melaluicara ini, para penyelidik dapat melihat bukti-buktikesilapan yang konkrit dan cuba menghuraikannyadengan merujuk dua sistem bahasa iaitu bahasapertama dan bahasa kedua.

31Zazh/UPM

3 sumber yang digunakan sebagai penguat atau

rasional hipotesis Analisis Kontrastif

• i. Pengalaman praktis guru bahasa asing

• ii. Telah mengenai kontak bahasa di dalam

situasi kedwibahasaan

• iii. Teori belajar

32Zazh/UPM

2/27/2017

9

Sekian, terima kasih

33Zazh/UPM